












Helaian tersebut adalah agak berbeza dari apa yang di ilhamkan oleh Hj Hadi yang mengutarakan idea tersebut, telah di keluarkan dari harakah edisi internet yang pro penyatuan Mustaffa..
Keadaan yang sama juga kini hampir berulang di Kedah , dimana kes pusat penyembelihan babi menyebabkan DAP mengambil tindakan keluar dari Pakatan Rakyat. Isu ini juga berulang apabila ianya pernah terjadi dengan penentangan 50 % kouta Bumiputera yang melibatkan isu perumahan kerajaan negeri Kedah.
Ianya melibatkan setiausaha agong DAP Thomas Su yang bukan sahaja menentang tentang 50% quota unuk bumiputera dari segi perumahan malah isu pusat penyembelihan babi di Kedah.
Amatlah naif apabila melihat akan situasi seperti ini dimana perbezaan pendapat dan ideologi politik yang berbeza di kalangan parti sekular DAP dan juga PAS yang memperjuangkan Islam kembali menjadi satu agenda yang tidak dapat di perhalusi secara bijaksana dalam memantapan perikatan pembangkang yang kukuh.
Kerajaan DAP di Pulau Pinang pula tidak banyak membabitkan PKR secara mendalam di Pulau Pinang , akan tetapi ianya sedikir sebanyak menjerumus apabila kes membangunkan kampung Buah Pala tersebut kemudiannya di anjak sehingga ke bulan Ogos, namun kumpulan pelobi Hindraf pula dan juga kaum India di Pulau mencetuskan situasai meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan dimana ianya menunjukkan tentangan , dalam masa yang sama juga pimpinan PKR balik Pulau YB Yusmadi pula menjelaskan bahawa pimpinan DAP di Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikannya dan menjadi kerajaan yang bertaggung jawab.
Masalah pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang pula yang mendapat kritikan dari pimpinan PKR berhubung perbelanjaan yang begitu besar untuk membinanya , kini berbeza pula dengan pandangan Guan Eng apabila beliau secara iklasnya menyatakan ianya tidak menjadi masaalah asalkan ianya diteruskan pembinaannya oleh kerajaan Pusat.Perbezaan pandangan ini jelas sekali apabila Anwar mengkritik kos pembinaannya yang luar biasa.
Tindakan Guan Eng berhubung dengan bantahan ahli majlis MPSP juga menjadi kan hubungan PKR dan DAP pimpinan Guan Eng sedikit tegang apabila ramai yang berpendapat tindakan tersebut adalah agak keterlaluan dan kuku besi kerana tidak bersetuju dengan pilihan beliau dan PKR melepaskannya ke Pusat untuk di selesaikan.Ianya berpunca dari ketidak puasan hati apabila melantik Mokhtar Jait yang di katakan penyokong Umno di lantik sebagai YDP MPSP.Johari kemudiannya di perintahkan untuk melepaskan jawatan tersebut.
PR tidak harus melihat insiden yang di anggap kecil ini sebagai satu perkara biasa sahaja sedangkan ianya haruslah di ambil perhatian yang serius kerana ini akan menjadikan mereka rugi dan sepatutnya melihat ke belakang perkara ini untuk kemajuan masa hadapan dan bukannya melihat kegagalan lalu dan meneruskannnya kembali .PR tidak boleh menyatakan ia sebagai sesuatu yang dianggap "kebebasan bersuara dan bertindak atas demokrasi" namun masalah ini akan menajdi lebih besar dan semakin berat untuk PR mengatasinya dimasa akan datang.
Mesyuarat hari ini mungkin akan dapat menyelesaikan masalah dan salah faham berhubung dengan isu-isu ini yang menjadi perkara yang utama dimana perbezaan antara parti ini akan dapat di perhalusi dengan lebih baik lagi.Selepas itu penerangan dibuat keseluruh negara.
JIka babi menjadi masalah untuk bertindak keluar dari pakatan, bagaimana pula jika penjualan alkohol dilarang di Selangor???
Sejak pilihanraya lalu PR mendakwa bahawa sokongan kepada mereka semakin melonjak namun dalam masa yang sama pula pimpinan dalam PR sendiri telah melakukan sebaliknya dengan bertindak keluar dari parti dan bertelagah pendapat seolah-olah tidak merujuk kepada ketua yang dipersetujui bersama , sehinggakan membawa kepada kejatuhan kerajan Pakatan Rakyat di Perak, dan yang selamat ialah kerajaan PAS Kelantan hingga kini.
Sementara ketua penerangan DAP Tony Pua menjelaskan dalam blog beliau berhubung dengan perbincangan yang akan melibatkan pemuda PAS dan Umno adalah sesuatu yang "luar biasa kenaifannya dan ianya bukan sekadar perbincangan intelektual namun sesuatu yang tidak dijangka dan tidak bertanggungjawab"
Mungkin jika ini melibatkan banyak permasalahan yang boleh dikaitkan dengan tindakan DAP, dan partinya Lim Kit Siang seharusnya lah memohon maaf secara terbuka kerana kegagalan DAP mengatasi banyak isu yang berkaitan dengan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Perhimpunan semalam bukan sahaja berjaya menjelaskan tentang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat , akan tetapi medan bagi menjelaskan polisi kerajaan Bn yang meniru Pakatan Rakyat , namun masih gagal untuk membenteras rasuah dalam negara.Menurut Hj Hadi lagi,"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.
"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.
Update 30 Jun