TAU DAH DARI MANA..BIASA YANG TAK CERDIK....NEGERI SENDIRI KOYAK...


 

BIL TNB NAIK ? DAK KOT..PAKAI LEBIH TAK SEDAQ


 

SIAPA TERANCAM ? NAK SAKAW..LA NI ZAMAN TAK LEH NAK SAKAW DUIT BAWAH MEJA TAK HULOQ. PENANG ELAUN KAFA, IMAM NAIK PULAK


 

KALAU BAB TH NI BOLEH MEMALUKAN ANAK CUCU CICIT, RAKYAT TAHU MASA SIAPA JADI PEMERINTAH


 

PERANGAI WALAUN PARTI JALANG.MULUT CAM BINATANG ADAB TAK ADA.KONON ADA ILMU AGAMA.


 

ASYRAF WAJIDI DIGAMBARKAN DIA SEORANG YANG BAGUS...MMMMMM....SAMA RUPANYA YANG LAIN


 

@jasmadimin Subscribe jom kita dengar tengku zafrul membebel...😬


 

Peletakan Jawatan Saya Berkuat Kuasa Selepas Najib Pulang Ke Rumah – Anthony Loke

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada rakaman video perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di Kuala Lumpur pada 29 September 2026. Foto MOT

KUALA LUMPUR, 29 Sep – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan melepaskan jawatannya setelah bekas Presiden Umno, Najib Razak pulang ke rumah bagi menyambung baki hukuman penjara.

Perkara tersebut disampaikan kepada media sambil memberitahu, surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perbincangan antara mereka berhubung perkara terbabit turut diadakan selepas itu.

“Buat masa ini, beliau meminta saya untuk terus kekal dalam jawatan buat sementara. Bagaimanapun, surat itu sudah diserahkan kepada beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anthony Loke ketika sidang media selepas merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Perdagangan Digital Gobal (GDTE) 2026 di Hangzhou pada 24 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sudah tentu, saya tetap dengan keputusan parti untuk melepaskan jawatan sebagai menteri. Perdana Menteri akan membuat keputusan, tetapi saya berkata bahawa perlu ada tempoh masa yang ditetapkan.

“Jadi, tempoh masa peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa pada hari Najib (Najib Razak) pulang ke rumah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini hari ini.

Loke sebelum ini berkata beliau akan meletak jawatan dalam Kabinet susulan keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib serta membenarkan bekas ahli parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Keputusan Anthony Loke melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dipercayai ada kaitan dengan pembebasan bersyarat kleptokrat tersohor dunia, Najib Razak pada 18 September 2026.

Ahli Parlimen Seremban itu menjelaskan demikian pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026, di sini hari ini.




PM Anwar Sahut Seruan Sultan Nazrin, Syura Dan Adab Jadi Pedoman Umat Islam

 


Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 75 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya pada pagi ini.


















Dalam titah perutusan, Baginda mengingatkan betapa prinsip dan budaya syura perlu menjadi suluh, dan adab mesti menjadi kemudi dalam mengurus perbezaan pandangan, khususnya dalam kalangan umat Islam. Ketika pendapat bersilang dan suara meninggi, kejernihan pertimbangan serta kesantunan budi mesti teguh memimpin peribadi dan perwatakan diri.


Saya telah meminta pihak JAKIM untuk menghadam dan menyebarluas titah Tuanku ini untuk dihayati oleh segenap peringkat masyarakat. Titah ini ialah nasihat berharga buat kami semua dalam pimpinan kerajaan, partai-partai politik, badan dakwah dan masyarakat seluruhnya. 


Amanahnya perlu hidup dalam tutur dan tindakan, bermusyawarah dengan lapang dada, menegur dengan hikmah, serta mendengar dengan rendah hati. Tidak berhujah sambil merobek tenunan ukhuwah dan tidak berbeza jalan hingga meruntuhkan jambatan persaudaraan, Insya-Allah. 





#YakinMADANI





Proses Penghantaran Pulang 1,476 Warga Myanmar Berjalan Lancar

 

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

LUMUT, 29 Sep – Malaysia hari ini melaksanakan proses penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga buah kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar yang berjalan lancar hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Makhzan Mahyuddin berkata semua individu terbabit melibatkan 1,370 lelaki, 79 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan, berusia antara lapan hingga 60 tahun.

Beliau berkata penghantaran pulang itu melibatkan tahanan dari 14 depot imigresen, dengan jumlah tertinggi masing-masing dari Depot Belantik, Kedah dan Depot Tanah Merah, Kelantan.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

“Individu terbabit dikenal pasti oleh Kerajaan Myanmar dan nama mereka dikemukakan kepada Malaysia menerusi nota diplomatik bertarikh 13 Ogos 2026.

“Susulan itu, satu penyelarasan telah dilaksanakan melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan dengan mengambil kira keperluan operasi dan logistik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di KD Sri Indera Sakti pada Program Penghantaran Pulang Tahanan Warga Myanmar Fasa Pertama di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini hari ini.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Makhzan berkata tiga kapal melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia dijadualkan mengiringi dua kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Myanmar itu sehingga sempadan perairan negara bagi kawalan keselamatan.

Dalam perkembangan sama, Makhzan berkata Jabatan Imigresen merupakan agensi operasi utama bagi pelaksanaan program terbabit, dengan fasa pertama dilaksanakan melibatkan pengesahan dan pemadanan individu dikenal pasti, dokumentasi, penyelarasan dengan agensi berkaitan serta persediaan keselamatan dan logistik.

“Program penghantaran pulang ini merupakan antara langkah yang sedang dilaksanakan dalam pengurusan warga asing dan tahanan imigresen secara lebih teratur, selain dilakukan secara sukarela, selamat dan bertanggungjawab berdasarkan prosedur yang dipersetujui bersama Kerajaan Myanmar,” katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Makhzan Mahyuddin selepas meninjau proses penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Beliau berkata selepas fasa pertama selesai, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengesahkan hasil pelaksanaan dan menilai aspek dokumentasi, keselamatan, logistik serta penyelarasan antara agensi bagi persediaan fasa berikutnya bagi program penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar.

Tarikh dan jumlah bagi fasa berikutnya akan ditentukan selepas mengambil kira keputusan Kerajaan Malaysia, proses pengesahan individu, kesiapsiagaan operasi serta penyelarasan dengan Kerajaan Myanmar.

Terdahulu, tahanan warga Myanmar terbabit dibawa ke Stadium Daerah Manjung bagi menjalani proses akhir, termasuk pemeriksaan kesihatan, semakan identiti dan dokumentasi yang bermula 4 pagi tadi.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Sebanyak 46 bas yang membawa tahanan warga Myanmar daripada beberapa depot tahanan itu, sebelum dibawa ke Pangkalan TLDM Lumut untuk proses penghantaran.

Kesemua tahanan terbabit dihantar pulang menggunakan Kapal UMS Moattama bersama dua kapal pengiring, iaitu kapal pengiring UMS King Sin Phyu Shin dan kapal hospital UMS Thanlwin milik Tentera Laut Myanmar yang tiba di sini, semalam.

Sebanyak 850 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam program berkenaan.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Pada 29 Julai lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 tahanan warga Myanmar yang kini berada di Malaysia hasil rundingan dan hubungan baik antara Malaysia dan Myanmar.

Susulan itu, pada 30 Julai, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN telah memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan membuat tapisan terhadap tahanan warga Myanmar sebagai persediaan penghantaran pulang. – Bernama



KEH..KEH..KEH....



Harakatdaily



Pemimpin PAS akui tidak hadir ke majlis pengebumian kerana terima maklumat palsu daripada ahli PAS, Fais Al Hajari.




@jasonyew_ Join "Pada hari Najib balik rumah, peletakan


 

KEJAYAAN IBU DORONGAN BUAT YANG LAIN.

 


Alhamdulillah… satu lagi perjalanan sampai ke penghujungnya. 🤍🎓






Semalam saya sempat menghantar thesis setelah selesai melalui sesi Viva Voce untuk Master Project saya.


Perjalanan ini bukan sekadar tentang menyiapkan thesis atau mengejar sebuah kelayakan. Di sepanjang jalan, ada kesibukan kerja, tanggungjawab, keletihan, kehilangan dan hari-hari di mana hati terasa terlalu berat untuk meneruskan semuanya.


Ada ketika saya terpaksa berhenti seketika. Ada ketika saya tertanya-tanya sama ada saya masih mampu menghabiskannya. Tetapi akhirnya saya belajar, kita tidak perlu sentiasa kuat untuk terus berjalan. Kadang-kadang, cukup sekadar jangan menyerah.


Dan dalam perjalanan ini, saya sangat bersyukur kerana tidak berjalan sendirian. Suami dan keluarga adalah antara penguat terbesar saya yang sentiasa memahami, memberi ruang, mendoakan dan menjadi tempat saya bersandar ketika semangat mula goyah.


Terima kasih kerana terus percaya kepada saya, terutama pada saat saya sendiri hampir hilang keyakinan pada diri.


Alhamdulillah Ya Allah, atas segala kekuatan, kesempatan dan insan-insan baik yang Engkau hadirkan sepanjang perjalanan ini.


“Be proud of how far you’ve come. Some chapters were never easy, but you kept going surrounded by those who never stopped believing in you.”


Satu fasa telah selesai. Bukan kerana perjalanannya mudah, tetapi kerana saya memilih untuk terus melangkah dengan doa, kasih sayang dan sokongan orang-orang yang saya sayangi.


Perlahan-lahan, satu demi satu. Insya-Allah, perjalanan ini masih panjang. 🤍🎓


~Rozy Razit~ 🤍🌹






CAKAP TAK SERUPA BIKIN








 

ARTIKEL│Rakyat trauma dengan kerosakan institusi awam dibuat Umno?

 


FAIRUL AL QASAS

Ada satu perkara yang sering hilang apabila perdebatan politik mengenai Umno, kerajaan terdahulu dan institusi Melayu dimainkan di ruang awam: angka.

Politik boleh berdebat tentang siapa yang patut dipersalahkan. Penyokong kerajaan boleh menunjukkan satu arah, pembangkang pula boleh memberikan tafsiran yang berbeza. 

Tetapi apabila angka kewangan sudah direkodkan dalam laporan kerajaan, audit dan penyata rasmi, persoalannya menjadi lebih mudah: berapa sebenarnya yang hilang, berapa yang masih perlu dibayar dan siapa yang akhirnya menanggung bebannya?

Dalam beberapa kes yang sering disebut kebelakangan ini, angka tersebut memang besar. Tabung Haji misalnya, kini kembali berada dalam kedudukan kewangan yang lebih stabil, tetapi kerajaan mengesahkan kerugian terdahulu hampir RM13 bilion. 

Daripada jumlah itu, RM10.2 bilion ditanggung kerajaan melalui Urusharta Jamaah pada 2018, manakala RM2.6 bilion lagi merupakan rosot nilai yang ditanggung Tabung Haji antara 2018 hingga 2025.

Lebih penting, angka RM13 bilion itu bukan sekadar nombor dalam laporan kewangan. Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa kerugian berkenaan akhirnya ditanggung bersama kerajaan, pembayar cukai dan pendeposit. 

Laporan berkaitan pula menyebut 14 pelaburan bermasalah, dengan tujuh daripadanya mengalami kerugian 100 peratus.

Tetapi di sinilah kita perlu berhati-hati. Menyebut angka kerugian tidak bermaksud secara automatik bahawa keseluruhan jumlah itu boleh diletakkan sebagai “wang yang dicuri” atau dipertanggungjawabkan kepada sebuah parti politik tanpa membezakan siapa yang membuat keputusan, tempoh masa dan bentuk salah urus yang dipersoalkan. 

RCI dan proses siasatan perlu menentukan tanggungjawab berdasarkan bukti, bukan sekadar sentimen politik.

FELDA pula merupakan satu lagi contoh yang tidak boleh dipandang ringan. Pada Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata FELDA menanggung hutang hampir RM10 bilion, manakala kerajaan perlu membayar kira-kira RM980 juta setahun bagi kos perkhidmatan hutang agensi itu.

Namun angka FELDA juga perlu dibaca dengan konteks. Bekas pengerusinya, Ahmad Shabery Cheek, misalnya mempertikaikan tafsiran bahawa keseluruhan komitmen sekitar RM10 bilion itu berpunca daripada pentadbiran terdahulu, dengan mengatakan sebahagiannya berkait keputusan kerajaan selepas PRU14 mengenai penghapusan hutang peneroka.

Siapa tinggalkan hutang?

Jadi persoalan sebenar bukan sekadar “siapa tinggalkan hutang”. Persoalannya ialah bagaimana hutang itu terkumpul, keputusan apa yang menyebabkannya, siapa yang mendapat manfaat, siapa yang membuat keputusan dan berapa banyak wang awam yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Itu jauh lebih penting daripada sekadar menukar angka menjadi slogan politik.

Kemudian datang episod 1MDB, yang skalanya jauh lebih besar. Berdasarkan angka terkini Kementerian Kewangan pada September 2026, jumlah keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan ialah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar dan baki hutang RM8.9 bilion. Kerajaan pula telah menerima RM31.3 bilion melalui usaha pemulihan aset.

Dengan angka tersebut, kerajaan menganggarkan baki kerugian yang bakal ditanggung akibat skandal 1MDB sekitar RM20 bilion. 

Ini bukan lagi sekadar isu sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan. Ia sudah menjadi persoalan kewangan awam kerana pembayaran hutang dan kos berkaitan akhirnya melibatkan kedudukan kewangan kerajaan.

MARA Inc pula memberikan gambaran berbeza. Laporan Ketua Audit Negara merekodkan kerugian terkumpul RM286.3 juta pada 2022, selain defisit pegangan saham RM115.73 juta dan liabiliti semasa RM234.96 juta. 

Laporan audit mengaitkan keadaan itu dengan pelaksanaan aktiviti yang kurang cekap dan menyarankan pemantauan lebih menyeluruh.

UiTM Holdings pula pernah dilaporkan mencatat RM157 juta kerugian sebelum cukai terkumpul bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021. 

Tetapi angka ini penting untuk disebut dengan tepat: Kementerian Pendidikan Tinggi menjelaskan bahawa pada tahun-tahun tertentu sebelum tempoh tersebut, syarikat berkenaan turut mencatat keuntungan sebelum cukai terkumpul sekitar RM26 juta.

Sebab itu, apabila angka-angka ini dikumpulkan, kita tidak sepatutnya terus menjumlahkan semuanya lalu menyatakan rakyat telah “kehilangan RM70 bilion”.

 Itu akan mencampurkan kategori yang berbeza kerugian, hutang, liabiliti, kos faedah dan komitmen kerajaan seolah-olah semuanya perkara yang sama. Ia bukan.

Tetapi walaupun angka itu perlu dibaca dengan disiplin, persoalan besarnya tetap tidak hilang. Mengapa institusi yang diwujudkan untuk kepentingan rakyat dan masyarakat Melayu boleh sampai ke tahap memerlukan penyelamatan, penstrukturan hutang atau campur tangan kewangan kerajaan?

Tabung Haji diwujudkan untuk memudahkan umat Islam menguruskan urusan haji. FELDA pula lahir daripada agenda pembangunan tanah dan peningkatan taraf hidup peneroka. MARA mempunyai mandat pembangunan sosioekonomi Bumiputera, manakala UiTM mempunyai misi pendidikan tinggi. 

Apabila institusi-institusi sebegini berdepan masalah kewangan, kesannya tidak berhenti di bilik lembaga pengarah.

Kesannya sampai kepada pendeposit, peneroka, pelajar, usahawan, pembayar cukai dan akhirnya kerajaan yang perlu mencari ruang dalam kewangan negara untuk menyelesaikan masalah yang terkumpul.

Di sinilah isu tatakelola menjadi jauh lebih besar daripada pertarungan Umno melawan Pakatan Harapan, atau kerajaan melawan pembangkang. Kerajaan boleh bertukar. Menteri boleh bertukar. 

Pengerusi boleh bertukar. Tetapi bil yang tertinggal tidak semestinya hilang apabila seseorang meninggalkan pejabat.

Rakyat sebenarnya tidak hanya mahu tahu parti mana yang patut dipersalahkan. Mereka mahu tahu siapa yang membuat keputusan, siapa yang meluluskan, siapa yang mendapat manfaat, siapa yang cuai dan apakah tindakan yang diambil apabila masalah mula dikesan.

Jika benar berlaku salah guna kuasa, penyelewengan atau pecah amanah, siasatan dan proses undang-undang mesti menentukan siapa yang bertanggungjawab. Jika pula kerugian berpunca daripada keputusan perniagaan yang gagal, kelemahan pengurusan atau perubahan dasar, perkara itu juga perlu dijelaskan secara terbuka.

Akhirnya, ukuran sebuah kerajaan bukan hanya pada berapa banyak wang yang mampu dibelanjakan untuk projek baharu. Ukuran yang lebih sukar ialah sama ada kerajaan mampu memastikan wang yang sudah ada tidak hilang melalui kelemahan tatakelola yang sama berulang kali.

Rakyat boleh berbeza parti. Rakyat boleh berbeza pandangan tentang Umno, PH, PN atau mana-mana kerajaan. Tetapi apabila angka sudah sampai berbilion ringgit, satu perkara sepatutnya menjadi titik temu: amanah awam mesti mempunyai akauntabiliti.

Dan jika sejarah benar-benar mahu dijadikan pengajaran, persoalan yang paling penting bukan sekadar berapa banyak yang telah hilang, tetapi bagaimana kita memastikan generasi selepas ini tidak perlu membayar bil yang sama sekali lagi.

*** Artikel ini disunting daripada facebook Muhammad Fairul Al Qasas






Bagaimana isu UiTM Holdings bermula?

 


Isu kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd yang mula mendapat perhatian umum sejak 2023 kembali hangat apabila seorang alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) membangkitkannya secara terbuka di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Persoalan mengenai pengurusan kewangan syarikat pelaburan milik penuh UiTM itu dibangkitkan dalam sesi soal jawab sempena Himpunan Mesra Alumni UiTM bersama Perdana Menteri di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, pada 26 September.

Menurut laporan Utusan Malaysia, individu yang membangkitkan perkara berkenaan ialah alumni UiTM, Datuk Dr Khairuddin Othman, yang mempersoalkan kedudukan syarikat itu selepas kerugian yang dilaporkan sebelum ini masih belum menemui penyelesaian.

Bagaimanapun, isu tersebut sebenarnya bukan perkara baharu. Pada 2023, Utusan Malaysia mendedahkan bahawa UiTM Holdings, yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti berkenaan, dilaporkan mengalami kerugian sebelum cukai terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tahun kewangan 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Pendedahan itu turut membangkitkan persoalan mengenai rekod kewangan syarikat berkenaan apabila akaun bagi tahun 2020 dilaporkan tidak dikemukakan. 

Kerugian yang dicatatkan sebelum ini kemudiannya menjadi antara perkara yang mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari 2023.

Menjawab persoalan alumni terbabit, Anwar mengarahkan supaya pengurusan dan tadbir urus UiTM Holdings diteliti dengan kerjasama pihak universiti, Persekutuan Alumni UiTM Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak sepatutnya menghukum mana-mana pihak semata-mata kerana sesebuah syarikat mengalami kerugian. 

Sebaliknya, penelitian perlu dilakukan bagi menentukan sama ada kerugian itu berpunca daripada kelemahan pengurusan ataupun wujud unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Sehari selepas pertemuan tersebut, SPRM mengesahkan siasatan berhubung UiTM Holdings masih berjalan. Antara perkara yang disiasat ialah pembayaran RM42 juta yang didakwa dibuat bagi tujuan tidak berkaitan dengan projek solar berkapasiti 50 megawatt di Gambang, Pahang, tanpa kelulusan lembaga pengarah syarikat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman menjelaskan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Kes berkenaan masih dalam siasatan kerana melibatkan aspek teknikal yang kompleks, selain menunggu arahan lanjut pihak pendakwaan.

Sementara itu, Pengerusi UiTM Holdings, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menjelaskan bahawa kerugian RM157 juta merupakan isu lama dan bukannya kerugian baharu di bawah kepimpinan semasa. 

Menurut beliau, syarikat itu sudah mempunyai pelan pemulihan yang beberapa kali dibentangkan melalui saluran tadbir urus, termasuk kepada Lembaga Pengarah Universiti.

Perkembangan terbaharu itu kembali membuka persoalan mengenai punca kerugian, keberkesanan pelan pemulihan dan hasil siasatan yang bermula beberapa tahun lalu. 

Bagaimanapun, sehingga siasatan selesai, kerugian kewangan dan dakwaan salah guna kuasa perlu dibezakan supaya sebarang tindakan dibuat berdasarkan bukti, bukannya andaian.





RM691.7 juta jadi RM330.96 juta? Bekas CEO Felda didakwa perdaya lembaga

 


Dua belas tahun selepas keputusan berkaitan pembangunan komersial tanah Felda dibuat, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) hari ini berdepan dua pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah agensi berkenaan membabitkan pelantikan syarikat serta penilaian harga pasaran 24 bidang tanah.

Mohd Zaid Abdul Jalil, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Zaid yang hadir dengan memakai kemeja putih didakwa melakukan kesalahan itu ketika memegang jawatan sebagai CEO Felda, masing-masing pada Januari dan April 2014.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Zaid didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah Felda untuk mempercayai bahawa Synergy Promenade Sdn Bhd layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Developer bagi projek The Proposed Commercial Development On Felda Lots In Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa Mohd Zaid mengetahui syarikat berkenaan hanya layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Planner.

Perdayaan itu didakwa mendorong Lembaga Pengarah Felda meluluskan pelantikan Synergy Promenade sebagai Project Delivery Partner–Master Developer, sedangkan keputusan itu didakwa tidak akan dibuat sekiranya lembaga berkenaan tidak diperdayakan.

Kesalahan bagi pertuduhan pertama itu didakwa berlaku di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara Felda, Persiaran KLCC pada 16 Januari 2014.

Pertuduhan kedua pula menyentuh angka penilaian 24 bidang tanah milik Felda yang dicadangkan untuk pembangunan komersial di Bandar Kuala Lumpur dan Mukim Setapak.

Mohd Zaid didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah untuk mempercayai bahawa penilaian harga pasaran yang dilaporkan Firdaus & Associates Property Professionals Sdn Bhd berjumlah RM330.96 juta, sedangkan beliau didakwa mengetahui nilai sebenar yang dilaporkan adalah RM691.7 juta.

Pada masa sama, mahkamah dimaklumkan anggaran awal nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi kesemua tanah berkenaan ialah RM180 juta. Namun, Mohd Zaid didakwa mengetahui bahawa JPPH tidak pernah memberikan anggaran awal berkenaan kepada Felda.

Perdayaan itu didakwa menyebabkan Lembaga Pengarah menerima tawaran daripada Synergy Promenade berdasarkan cadangan Minimum Guaranteed Return RM500 juta atau 10 peratus daripada Gross Development Value, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, sedangkan keputusan tersebut didakwa tidak akan dibuat sekiranya lembaga tidak diperdayakan.

Pertuduhan kedua itu didakwa berlaku di lokasi sama pada 29 April 2014.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.






G25 desak Ismail letak jawatan, pihak berkuasa perlu siasat usaha singkir Tuanku Muhriz

 


Kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan memasuki fasa baharu apabila G25 menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa terbabit dalam usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar negeri itu.

Menurut laporan The Malaysia Press(TMP) kumpulan bekas penjawat awam kanan itu turut mendesak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim supaya meletakkan jawatan, dengan alasan beliau telah kehilangan kredibiliti dan kewibawaan moral untuk menerajui pentadbiran negeri susulan tindakannya dalam isu berkenaan.

Dalam kenyataannya, G25 mendakwa usaha menyingkirkan seorang pemerintah merupakan perbuatan serius yang boleh disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan, selain mendakwa ia turut boleh melibatkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

G25 berkata pihak berkuasa perlu bertindak tanpa mengira kedudukan mana-mana individu sekiranya terdapat asas untuk menyiasat dakwaan berhubung usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz. 

Kumpulan itu turut menegaskan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan dan prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan.

Gesaan itu dibuat ketika polis sedang menjalankan siasatan susulan beberapa laporan berkaitan kemelut pentadbiran dan institusi diraja negeri berkenaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebelum ini mengesahkan keterangan 10 bekas Exco akan direkodkan di Negeri Sembilan.

Malah, beberapa bekas Exco telah hadir di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 28 September untuk membantu siasatan pasukan Bukit Aman. Polis turut dijangka mengambil keterangan daripada saksi dan individu lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan.

G25 turut mempersoalkan kedudukan Ismail selepas beliau mengangkat sumpah jawatan serta ikrar taat setia sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos, sebelum didakwa menandatangani proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar pada hari berikutnya.

Menurut G25, keadaan menjadi lebih rumit apabila Ismail sebelum ini mendakwa beliau menandatangani dokumen itu di bawah tekanan serta menganggapnya tidak sah dan tidak mempunyai kesan perundangan, sebelum pada 16 September muncul kenyataan yang menunjukkan pendirian berbeza mengenai proklamasi berkenaan.

Pada 17 September, Jabatan Peguam Negara menjelaskan Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.

 AGC turut menyatakan keputusan Exco yang kemudiannya mengiktiraf penyingkiran Tuanku Muhriz adalah tidak sah dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Susulan kemelut itu, pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa 20 September. Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata tindakan berkenaan sah mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan kemudiannya diwartakan.

Kesemua 10 bekas Exco berkenaan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

G25 dalam pada itu mengulangi gesaan supaya Ismail menjelaskan siapa yang didakwa memaksanya menandatangani proklamasi berkenaan serta sebab pendiriannya berubah mengenai kesahihan dokumen tersebut. 

Bagaimanapun, gesaan dan dakwaan G25 itu merupakan pendirian kumpulan berkenaan, manakala siasatan polis terhadap perkara tersebut masih berjalan.





@saifulnizam Subscribe ZAHID U-TURN KE? MINTA ISMAIL LASIM


 

@sinarharianofficial Ismail Lasim menghadap Tuanku Muhriz

 


ANTHONY LOKE PILIH LETAK JAWATAN, PAS PILIH SAMBUT PENGAMPUNAN NAJIB




Kadang-kadang politik Malaysia ni memang pelik. Isunya sama, orangnya sama, tetapi pendirian boleh jauh berbeza.


Anthony Loke sudah menyerahkan sendiri surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri pada 28 September. Anwar minta beliau terus menjalankan tugas buat sementara waktu, tetapi Loke menetapkan satu garis jelas: apabila Najib pulang ke rumah untuk menjalani tahanan rumah, peletakan jawatannya berkuat kuasa.


Ini bukan keputusan yang muncul semalam. Sejak 19 September lagi DAP sudah memutuskan Loke akan berundur daripada Kabinet sebagai respons parti terhadap pengampunan bersyarat Najib. Ketika di China beberapa hari kemudian pun dia ulang perkara sama — keputusan sudah dibuat. 


Maksudnya mudah. Kalau Loke mahu jaga jawatan, dia boleh sahaja diam dan terus duduk dalam Kabinet. Tetapi dia memilih jawatannya sendiri sebagai tanda bantahan terhadap keputusan yang dibuat terhadap Najib.


PAS pula ambil pendirian yang sangat berbeza. Takiyuddin Hassan secara terbuka menyambut baik pengampunan bersyarat Najib, mendoakan kesihatannya dan berkata Najib masih boleh menyumbangkan idea, pandangan serta pengalaman kepada negara. 


Sedangkan Najib bukan sedang menunggu keputusan mahkamah dalam kes SRC. Sabitan beliau telah melalui Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan. Pengampunan bersyarat sekarang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada denda RM50 juta dan syarat yang ditetapkan.


Jadi sekarang senang nak tengok kontrasnya. Seorang pemimpin memilih untuk keluar Kabinet kerana tidak bersetuju dengan perkembangan itu. Sebuah parti lain pula memilih untuk menyambut baik perkembangan yang sama.


Dalam politik, rakyat bukan sahaja dengar apa yang kita kata tentang rasuah atas pentas. Rakyat tengok juga bagaimana kita bertindak apabila kes sebenar berada depan mata.


PH pula menyatakan pendirian bahawa agenda melawan rasuah akan diteruskan, sementara menteri dan timbalan menteri DAP lain kekal dalam kerajaan atas alasan menjaga kestabilan pentadbiran. Jadi tindakan Loke dibuat sebagai pendirian peribadi dan parti terhadap isu Najib, bukannya keputusan DAP meninggalkan kerajaan. 


Sebab itu tak perlu sangat gaduh siapa paling kuat bercakap soal moral dan integriti. Rekod tindakan masing-masing sudah ada: Loke memilih letak jawatan, PAS memilih menyambut pengampunan. Rakyat boleh baca, banding dan nilai sendiri.


#ahmadmursi





MESTI ADA DALIL...BILA NETIZEN KUTUK , SAT LAGI ADA LA DALIL.

 



Ahmad Hussein


Jujur saya mahu nasihatkan pimpinan PAS supaya berhenti berdalih dalam isu majlis rasmi pengebumian pembesar negara.



Saya tegur PAS semalam bukan kerana mahu bermain politik, tapi terang nyata mereka sejak dulu lagi bermasalah dalam menziarahi kematian para pemimpin.


Berubahlah, lepas ini jika ada lagi majlis rasmi kematian pembesar negara, maka please wahai PAS, pemimpin tinggi wajib hadir. 


Usah buat alasan dangkal kononnya dah hantar Shahidan Kasim yang baru 3 hari masuk PAS, dia tu kalau kalian tak suruh pun dia hadir, kerana itu semua kawan-kawan karib dia. 


Sedangkan PAS sendiri laung slogan kepimpinan Ulama, dimana Ulamak kalian saat majlis pengebumian semalam? 


Please ubah sikap, saya bukan nak main politik, tapi perkara ini perlu ditegur wahai Afnan. 


Langsung takde muka pimpinan tinggi PAS semalam, kalian lebih busy berbanding Perdana Menteri ke? Astaghfirullahalazim


Jagalah hati perasaan rakan kalian sendiri Dato' Seri Mukhriz, jangan buat begitu, pergi ziarah mereka segera.