MUHYIDDIN TIDAK MAHU MUSA AMAN SEBAGAI CALON LAGI


Kedudukan Musa Aman sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRN Sabah 26 September depan adalah misteri yang belum terungkai setakat ini.
Bagi Musa, memandangkan beliau telah bekerja keras dalam cubaan untuk menumbangkan Shafie Apdal, walaupun usahanya itu menemui kegagalan, sebaliknya DUN Sabah akhirnya dibubarkan, tentulah dalam hatinya ingin bertanding semula.
Sekurang-kurangnya jika bertanding semula di DUN Sungai Sibuga dan menang lagi, ditakdirkan pula kiranya Warisan berjaya dikalahkan, dapatlah Musa bersaing semula untuk kembali menjadi Ketua Menteri.
Tetapi, jika tidak bertanding, maka terlepaslah segala peluangnya untuk menduduki semula kerusi Ketua Menteri itu.
Dengan tidak bertanding juga seolah-olah usaha Musa menggegarkan politik Sabah dan menjatuhkan kedudukan Shafie sebelum ini sebagai sia-sia belaka.
Tambahan lagi, penyokong Musa tentu saja masih ramai yang mahu bekas Ketua Menteri Sabah itu terus bertanding lagi di DUN Sungai Sibuga.
Begitu pun, perkembangan terbaru nampaknya tidak memihak kepada Musa jika beliau teringin untuk bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Ini berikutan, Muhyiddin Yassin dihabarkan telah memberi mesej yang jelas agar Musa diketepikan dan tidak diberi ruang bertanding lagi jika PN benar-benar ingin menumbangkan Warisan dan menjatuhkan Shafie Apdal.
Para pemimpin PN khabarnya telah diperingatkan jika Musa bertanding lagi, mereka mungkin terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menjawab pelbagai isu isu berkaitan bekas Ketua Menteri yang banyak kontroversi itu.
Sebaliknya, kalau Musa tidak diletakkan sebagai calon, kerja kempen PN akan lebih mudah dan boleh ditumpukan sepenuhnya untuk menyerang Warisan dan Shafie Apdal saja.
Dalam lawatan dua hari Muhyiddin ke Sabah baru-baru ini, beliau telah pun menunjukkan isyarat tersebut dengan tidak menyebut sama sekali nama Musa dalam suatu majlis yang dihadiri oleh para pemimpin PN negeri.
Tindakan Muhyiddin tidak menyebut nama Musa itu bukan saja disedari oleh semua pemimpin PN, malah Musa yang turut berada dalam majlis tersebut dikatakan amat tersinggung dengan apa yang diperlakukan terhadapnya.
Musa dikatakan sedar tindakan Muhyiddin tidak menyebut namanya itu memang sesuatu yang disengajakan.
Beliau dikhabarkan tidak dapat tidur malam dengan perbuatan Muhyiddin itu dan telah datang meluahkan rasa hatinya sehingga menjelang Subuh kepada seorang pemimpin Bersatu dari Semenanjung yang turut berada di Sabah ketika itu.
Apa yang lebih mendukacitakan Musa ialah berikutan peluang UMNO menang juga agak seimbang dengan Warisan, pimpinan parti itu juga setakat ini nampaknya bersetuju agar beliau direhatkan saja dalam PRN kali ini.
Dengan terketepinya nama Musa, pertembungan merebut jawatan Ketua Menteri di pihak UMNO dijangka hanyalah antara Bung Mokhtar Radin dan Abdul Rahman Dahlan saja.
Dalam hal ini, apakah Musa akan hanya berdiam diri saja dalam PRN akan datang ini atau beliau akan berusaha dalam bentuk lain untuk melepaskan dendamnya menjatuhkan Shafie?
Atau mungkin Abdul Rahman Dahlan, bekas Setiausaha Politiknya sebelum ini adalah proksinya untuk merebut kerusi Ketua Menteri daripada Shafie? 
(Shahbudindotcom 04/09/2020)


27 POSTING HARI INI





SILA TEKAN BUTANG   >   UNTUK BERITA AWAL PAGI

LAGI BERITA AKAN MENYUSUL



INILAH KISAH BODO BODO PUN DAPAT 2 JUTA.





NILAH KISAH BODO BODO PUN DAPAT 2 JUTA. NI SETPOL SAKA OT 95 NI...DULU DALAM PKR DIA ANTARA PANGLIMA YANG AKU SANJUNG JUGA LA.TAPI KEMUDIANNYA HANYUT..RAMAI SENAGKATAN DENGAN DIA HANYUT..YA LAH..NAK MAKAN APA KALAU ASYIK DEMO SAJA..BAIK JADI ORANG TENGAH DAPAT GAK 2 JOTA

3 Sep 2020

Zahid Arip diberi RM2 juta sebagai tanda terima kasih - Saksi

KES RASUAH ISA SAMAD l Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas pegawai khas politik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Muhammad Zahid Md Arip telah diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih kerana menjadi penghubung dalam urusan penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Mohamad Jani Ismail, 58, pesara tentera berkata Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.
"Sebelum pelabur dari Jepun itu tiba lebih kurang 10 malam, Muhammad Zahid ada menyatakan beliau mahu menghisap rokok di kawasan menghisap rokok. Jadi saya yang ditemani Encik Dahalan Tunggal yang turut menghadiri mesyuarat tersebut telah pergi menemani Muhammad Zahid.

"Semasa kami sedang menghisap rokok, saya bertanya kepada beliau (Muhammad Zahid), tentu saudara Zahid sudah banyak duit kerana telah dilantik jadi Setpol PM (ketika itu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

"Muhammad Zahid kemudian membalas secara bersahaja dan menyatakan bahawa beliau ada sedikit duit apabila menjadi orang penghubung dalam urusan penjualan Hotel Merdeka Palace di Sarawak yang beliau telah diberikan sebanyak RM2 juta sebagai tanda terima kasih," katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding bela diri Mohd Isa yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah.

Bagaimanapun, saksi pembelaan keempat itu berkata Muhammad Zahid memberitahunya bahawa Mohd Isa tidak mengetahui berkenaan transaksi wang RM2 juta tersebut.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz sama ada beliau memaklumkan perkara itu kepada Mohd Isa, Mohamad Jani berkata “ada, selepas 8 Jun 2018”.

Afzainizam: Ketika itu Tan Sri Mohd Isa belum dituduh di mahkamah?

Mohamad Jani: Saya tidak tahu

Mohamad Jani yang merupakan bekas jurulatih tinju Malaysia sejak 1992 hingga 1998 berkata selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, Mohd Isa bagaimanapun tidak memintanya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Afzainizam: Saya katakan kepada kamu pengakuan ini (terima RM2 juta) tidak pernah dibuat oleh Muhammad Zahid.

Mohamad Jani: Tidak betul.

Afzainizam: Tentang pengakuan RM2 juta maklumat itu penting sepatutnya disalurkan kepada SPRM

Mohamad Jani: Tidak setuju.

Mohamad Jani turut tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa beliau takut untuk memberi keterangan kepada SPRM.

Beliau juga menafikan cadangan pendakwaan bahawa tindakan beliau membuat akuan itu adalah untuk menyelamatkan Mohd Isa dan terhutang budi dengan Mohd Isa.

Afzainizam: Adakah kamu mewujudkan akuan ini (RM2 juta) semata-mata dengan niat untuk memburuk-burukkan Muhammad Zahid
Mohamad Jani: Tidak setuju.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa mengapa beliau tidak membuat laporan polis sedangkan saksi itu mengetahui Muhammad Zahid menerima wang RM2 juta, Mohamad Jani berkata "saya klasifikasikan ini duit ucapan terima kasih sebagai orang perantaraan dan dia mengaku terima RM2 juta”.

Mohamad Jani juga berkata beliau tidak mengetahui sama ada wang itu rasuah atau tidak.

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pihak pembelaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil enam saksi dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 4 Nov untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak.



PEMBOHONG ...SAMA NAIK SAJA


RINA HAMZAH



Image may contain: 1 person, text that says "AJARAN SESAT PAS? Muhammad Rif'aat Razman 2d Anak Razman Zakaria Saya hadir dan mendengar sendiri ucapan al-Fadhil al-Mursyid al-Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, yang disampaikan ketika perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak pada hari Sabtu 29 Ogos lepas. SR suara rakyat Tuan Guru membawa kisah burung belatuk (hud hud) dalam kisah Nabi Sulaiman alaihis salam yang dirakamkan dalam surah al-'Ankabut ayat 15 hingga ayat 44. ??? APA KAITAN SURAH ANKABUT? dengan kisah burung hud-hud & Nabi Sulaiman?"


𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗧𝗢𝗞 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗦𝗔𝗧.. 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗚𝗔..

Masa aku menulis tentang tafsiran Surah Al Naml dan kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud Hud, ada sahabat tanya bagaimana dengan Surah Al Ankabut.. aku tanya apa kaitan surah Al Ankabut dengan kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud Hud..?
Akhirnya dia bagi aku link ini..rupanya Post Facebook Anak Razman kastam, yg dikata Ustaz.. yang dikata barisan Pemuda PAS Perak.. rupanya inilah Post yang pakat orang PAS Share.. aku sendiri tak baca.. dia sebut hashim Jasin tu Al Mursyid.. makna dari perkataan Muryid, Irsyad itu petunjuk.. pembimbing.. bukan menyesatkan..
Rupanya baru aku perasan.. Dia cuba ceritakan kisah dan Tafsir Surah Al Ankabut dari Mursyidul Am PAS dengan Kisah Burung Hud Hud dan Nabi Sulaiman.. Apa kaitan ? Apakah anak Razman atau Mursyidul Am yang sesat ? maksudnya sesat dalam buat tafsiran.. takkan pakai kitab google kut.. atau kisah2 binatang..

𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗔𝗻𝗸𝗮𝗯𝘂𝘁 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗛𝘂𝗱 𝗛𝘂𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗦𝘂𝗹𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 !!..

Yang ada disebut tentang Nabi Hud dengan kesombongan kaum A'ad, Dari ayat 15-40 Surah Al-Ankabut banyak kisah Nabi diceritakan, terutama tentang Azab Allah.. Antaranya Kisah Nabi Ibrahim.. Nabi Nuh dan Nabi Hud.. takda kisah Nabi Sulaiman dan Burungnya Hud Hud....

Bayangkan berapa ramai WALAUN yg akan sesat dari satu kisah dan Post ini dan kaitkan Surah Al-Ankabut dengan Kisah Nabi Sulaiman.. ada lebih 600 komen.. ada 400 Share.. semua dari WALAUN-PAS nak cover tok bomoh depa si Hashim Jasin dengan kisah dongengnya..

Lain kali nak cerita pasal agama biar faham... Biar ada kitab tafsir sebagai rujukan.. aku nak komen apa, rujuk Kitab tafsir dulu.. baca perbahasan tafsir dulu.. jangan Main google.. 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗯𝗲𝘇𝗮 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗛𝘂𝗱 𝗛𝘂𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗛𝘂𝗱 😂😂😂.. Tu sebab jangan berguru dengan Tok Bomoh Temberang Marang.. ini standard pemuda PAS.. hancur..

Hat Hashim Jasin bagi tau Tu bukan Surah Al Ankabut.. tapi surah kelam kabut.. 🙂



Ipohmali



BERSATU PECAT OSMAN SAPIAN, KERAJAAN PN JOHOR BOLEH TUMBANG

KESUKARAN ADIK VEVENOAH TIDAK WAJAR DIPERSENDA

BODO BODO JA DAPAT 2 JUTA...YANG BAWAH DAPAT BAJU..KAH.KAH.KAH


Rina Hamzah


Tanda TERIMA KASIH jer.. dah boleh dapat RM2 juta ??!

Camner ABAHkau boleh lantik manusia camtu jadi SENATOR Dewan Negara ??!

Kriteria apa yg beliau ada selayaknya dipilih jadi SENATOR ??!

MuaFUCKat Perpaduan Kaki Rasuah la katakan..🤭

ADA LAGI LANGKAH NAK LINDUNGI PENYAMUN

Bekas CEO 1MDB dedah rancangan cuba lindung Najib dari siasatan
TERDAPAT konspirasi oleh mereka yang rapat dengan Najib Razak untuk mengeluarkan namanya daripada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, orang yang rapat dengan Najib termasuk bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Hassan Ariffin memberitahunya agar mengelakkan bekas perdana menteri itu daripada siasatan.

Saksi pendakwaan itu berkata demikian apabla beliau diperiksa balas semula oleh peguam pendakwa Gopal Sri Ram.

Sri Ram bertanya Shahrol sama ada beliau diarahkan untuk memusnahkan nota untuk melindungi Najib.

Sri Ram: Kamu ditanya (oleh peguam bela) mengenai bukti kamu dihadapan PAC. Kamu katakan kamu sudah musnahkan nota perbualan itu kerana tugas kamu untuk melindungi tertuduh?

Shahrol: Betul.

Sri Ram: Boleh saya tanya, idea untuk melindungi tertuduh, dari mana ia datang?

Shahrol: Ia datang dari semua orang, bukan sahaja (ahli perniagaan dalam pelarian) Jho Low…pegawai di Jabatan Perdana Menteri, ahli politik Barisan Nasional yang merupakan anggota PAC di Parlimen yang berinteraksi dengan saya.

“Malah dari mula, saya ingat penjawat awam di MOF (Kementerian Kewangan) menggunakan ayat “perlu selamatkan PM”.

Tambahnya, antara yang terbabit dalam rancangan itu adalah bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Farid Ridzuan.

Shahrol memberi keterangan dua individu berkenaan bertanggungjawab terhadap penjenamaan dan imej Najib dan melindunginya daripada serangan premis berita antarabangsa, Wall Street Journal.

Tambahnya, beliau juga bertemu dengan pengerusi PAC Hasan di kediaman Farid yang mana beliau memberitahu Shahrol untuk keluarkan nama Najib daripada siasatan.

Sri Ram: Bagaimana dengan ahli BN dalam PAC?

Shahrol: Saya bertemu dengan engerusi Hasan ketika itu. Saya tidak ingat nama semua mereka tapi sekurang-kurangnya satu atau dua orang ahli turut hadir di kediaman Farid dan objektif perbincangan adalah untuk lindungi PM.

Sri Ram: Adakah bukti kamu dalam PAC dipengaruhi oleh perkara ini?

Shahrol: Sudah tentu. Semua fakta yang menyebut Jho Low dikeluarkan dan tanggungjawab atas semua keputusan diletakkan atas bahu saya.

Sri Ram: Jadi kamu sanggup terima kesalahan?

Shahrol: Ya. – 3 September, 2020.

KENYATAAN MEDIA 3 September 2020



TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH

Saya telah meneliti beberapa laporan berhubung penubuhan semula Hal Ehwal Borneo Utara oleh Jabatan Luar Negeri Filipina. Sikap dan langkah beberapa pegawai tertinggi kerajaan Filipina yang mempersoal kedaulatan Malaysia ke atas Sabah adalah sangat tidak wajar.

Saya mendukung pendirian kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan kedaulatannya di semua badan serantau mahupun antarabangsa.

Sabah jelas merupakan sebahagian dari Malaysia. Ini adalah keputusan dan muafakat yang dicapai oleh rakyat Sabah pada tahun 1963. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bersatu padu, dan akan mempertahankan setiap inci wilayah negara ini.

Malaysia, Filipina dan rakan lain di ASEAN adalah rakan serantau dalam mendepani pelbagai isu melibatkan geopolitik dan keselamatan yang mengesankan rantau ini dan warganya. Usaha dan upaya bersama kita dalam memerangi aktiviti lanun, penculikan, pendatang asing tanpa izin dan terorisme menjadi tunjang utama dalam kerjasama pelbagai hala ini yang akan memanfaatkan rakyat dan ekonomi kita, dan seterusnya untuk segera pulih dari rempuhan wabak Covid-19.

Ingin ditegaskan di sini bahawa sekarang bukan waktunya untuk politik keangkuhan dan mencipta pertelagahan yang sia-sia. Ini adalah masanya untuk kita rangkul segala kekuatan yang ada untuk memampan dampak Covid-19, mendukung jutaan rakyat yang miskin dan terpinggir, dan merencana masa depan yang aman dan sentosa untuk warga Malaysia dan Filipina.

ANWAR IBRAHIM

PH PERLU GANDINGAN ANWAR – RAFIZI HADAPI PRU 15

JAUHI SAKA OT95


Norashidah Mohd Daud

Mula-mula gebang PH menang sebab pengaruh Tunngong
Pastu PRK kalah manjang
Salahkan DSAI

Pastu janji nk lepas jawatan pada DSAI dalam 2 tahun
Pastu ikut sukati saya la bila saya nak lepas jawatan
Pastu 2 tahun x cukup untuk perbetulkan semula negara
Pastu lepas Apec.

Pastu tular audio saya x suka DSAI
Pastu macam sial dok cakap DSAI sekular liberal sedangkan cucu dia kena tangkap mabuk
Pastu alasan DSAI xleh jd PM sebab pimpin parti pelbagai bangsa

Bila DSAI cakap ok, x kisah lepas Apec, dan-dan wujud Langkah Sheyraton
Kalau jenis berakal, leh baca dah wayang ni
Lainla kalau kau boddow

Logik dalam masa beberapa hari boleh kumpul geng-geng khianat & pembangkang untuk wujudkan kerajaan baru?
Mesti la benda tu dah prepare awal

Lahanat tua kutuk tu sebagai PM pd masa tu, pastinya dapat info pasal semua ni
Jagan nak mengencing aku
Kedudukan dia sebagai PM yang paling lama dalam Malaysia, pastu jadi PM 2x lak tu, pastinya ramai orang-orang dia yang boleh bagi info pada dia
Eleh.... Mcm x biasa dengar ayat medey tu pegang file orang
Kalau pegang file pun dia boleh, ni pulak takat nak tau plan pihak-pihak belah sane

Kami ni bukan hadap sangat nak DSAI jadi PM
Mase bagitau Madey akan jadi PM selama 2 tahun pun kami dah rasa dia xkan jd PM, mane la tau umo DSAI x panjang
Skang pun dia bukan muda lagi

Masalah sekarang ni DAK2 OREN MASAM dok perli kami nak angkat DSAI sebagai PM
Sengaja nak tutup isu penipuan Madey.

Kalau Madey berkhidmat dengan baik, follow dasar PH, kami pun x boddow nak tanya bila dia nak lepaskan jawatan pada DSAI

Dahla Menteri yang x perform dia simpan, yang perform dia suh letak jawatan
Lantik orang penting dalam SPRM dalam KDN ikut sedap tekak dia tanpa berbincang sedangkan dasar PH lain.

Diam dengan projek keta terbang walau membazir, sedangkan isu PTPTN dia wat x nampak walau tu antara agenda utama PH
Jho Low? Sembang kencang

DAK2 OREN MASAM punya bangang dok perli kita, tapi bila dikatakan DSAI x cukup no, sibuk nak lantik Pie
Presiden kau boddow sangat ehh smpai x layak jadi PM?
DAK2 SUDU ni x suka Madey pun, xde smpai nak sokong Pie jadi PM
X dapat nak lantik Presiden sendiri, dapat sokong Presiden lain dalam PH pun xpe
Ni DAK2 OREN MASAM punya bangang, pengemis dari luar yang dia nak lantik jadi Ketua kat umah sendiri
Kebodohan apekah ini?
Pastu sibuk nak perli orang lain sebab nak DSAI sebagai PM

Nampk sangat Presiden kau tu boddow, x mampu memerintah Negara
Takat perintah dapo boleh la

*org x jual, aku x beli. So xyah nk acah-acah datang komen nasihat aku suh diam p baca je post belah sana dok hentam belah sini. Kalau kau betul neutral, p komen kat sane sekali. Kang x memasal dapat maki.


RIZAB KEWANGAN N SEMBILAN MENCANAK NAIK DI BAWAH PH

ANAK ORANG MISKIN DITUDUH MENIPU CUBA AKSES INTERNET?

ZAHIDI HARUS DIDAKWA SEBAR BERITA PALSU DI DEWAN NEGARA


Tak pasti jangan kongsi, jadilah pengguna internet yang bijak – inilah ayat yang pernah diperingatkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berhubung penyebaran berita-berita di alam maya.
Malangnya, sebagai seorang timbalan menteri, beliau bukan saja menyebaarkan berita yang salah di media sosial, bahkan lebih buruk mengucapkannya di Dewan Negara, sebuah tempat yang mulia.
Walaupun sudah meminta maaf atas kesalahan maklumat yang diterimanya berhubung dakwaannya bahawa pelajar UMS, Veveonah Mosibin tidak mengambil peperiksaan ketika memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet, sebaliknya menuduh hanya untuk mencari populariti sebagai youtuber, semuanya sudah terlanjur dan tidak lagi bermakna.
Zahidi bukan saja melukakan hati pelajar terbabit dan keluarganya, bahkan seluruh orang Sabah yang terasa dihina dengan jawapannya di Dewan Negara itu.
Kini bukan saja rakan-rakan Veveonah yang mengesahkan memang peperiksaan sedang berlangsung ketika itu, malah ada gurunya juga tampil mengesah dan menyokongnya.
Dalam hal ini, Zahidi bukan saja wajar dikecam atas penghinaannya kepada pelajar miskin tersebut, bahkan sebagai timbalan menteri, beliau juga patut didakwa kerana menyebar berita palsu dan menjadikannya sebagai sandaran dalam memberi jawapan di Dewan Negara.
Sebagaimana Attakiri yang bersalah melanggar perintah kuarantin diri, Zahidi juga sebenarnya melakukan kesalahan dan harus didakwa atas kesalahannya.
Lebih-lebih lagi dengan pengakuannya sendiri menerima maklumat yang salah berhubung Veveonah dan memohon maaf, bermakna beliau mengakui kesalahannya yang telah dilakukannya.
Sebagai timbalan menteri yang pernah memberi ingatan kepada rakyat agar jangan berkongsi maklumat yang tidak pasti, tetapi akhirnya beliau sendiri melakukannya, bukankah ini menunjukkan kecuaian dan tiada langsung sikap kepimpinan melalui teladan dalam dirinya?
Apakah pemimpin seperti ini harus terus berada sebagai pemimpin kepada rakyat dengan menikmati imbuhan gaji daripada cukai rakyat?
Apa pun, menjelang PRN Sabah pada 26 September ini, pengundi Sabah harus mengambil iktibar daripada perlakuan Zahidi ini.
Itulah sebenarnya wajah kebanyakan pemimpin UMNO terhadap orang miskin dan tidak berkemampuan di negara ini.
Bagaimana parti itu sudah dikalahkan dan kemudian beroleh kuasa melalui pintu belakang, perangai dan sikap mereka sama saja – hanya memikirkan diri sendiri dan gemar menghina orang lain yang lebih rendah statusnya.
Lantaran itu, PRN Sabah harus menjadi titik tolak untuk pengundi memilih parti dan pemimpin yang betul-betul pro rakyat dan tidak menghina orang miskin.
Jika Zahidi tidak didakwa atas berita palsu yang disebarkannya, sahlah kerajaan PN yang berkuasa sekarang di mana UMNO menjadi sebahagian daripadanya sedang membela dan melindungi Ahli Parlimen Padang Besar itu yang sebelum ini pernah melontarkan idea agar ketum dihalal dan dijadikan industri di Perlis. 
(Shahbudindotcom 04/09/2020)

MALAS BUAT RUJUKAN, MALAS MEMBACA ..INILAH LEVEL MENTERI UMNO

Image may contain: 1 personImage may contain: 1 person, text that says "Zahidi Zainul Abidin Just now ··… Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial. Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti. Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Zahidi Zainul Abidin Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia 3 September 2020"

PEMBOHONG!!!!!



USAMAH ZAYID


Soalan matematik;

Berdasarkan 2 keping gambar di bawah, berapa harikah dia telah berbohong?


SEMBANG KENCANG PASAL BANGSA MELAYU...LIHAT BANGSA MELAYU SENDIRI...SEDIH....

Image may contain: 1 person, text that says "POLITIK Melayu boleh jadi bangsa hebat jika masih ada kuasa politik- Noh Omar By Nizam Zain 3September2020 September MalaysiaGazette® Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Seri Noh Omar berucap pada majlis Perlancaran Usahawan Bangkit Digital di Bangunan Umno Bahagian Shah Alam,Selangor. foto MOHD ADZLAN, 02 SEPTEMBER 2020."


ZULAIFA RAHMAN

Hebat ka bila ada kuasa politik dulu? Cakap cam orang X WARAS je! atau hebat dngan nafsu yang bergelodak untuk mengaut harta negara lagi??buktinya,puluhan tahun dulu umno pernah berkuasa ekonomi orang melayu x banyak bkembang maju jika dibanding dengan bngsa lain.!mlaah kekayaan x seimbang dikalangan bangsa melayu itu sendiri! virus kroni makin subur,tanah rizab melayu sudah hampir pupus,tinggal 12% sahaja!!,penternakan rasuah bertmbah membiak,perompakan harta negara dilakukan sewenangnya,agensi rakyat menjdi lemah dengan kesusutan dana yang hampir kering bila disedut oleh bapak korupsi yang kebulor dan kehausan ! dan byk lagi menimbun pengkhianatan yg pernah dilakukan UMNO dalam tempoh pmerintahannya dulu.

 kalau nk di sebut!!! .sudah jelas sekarang ramai jerung-jerung dalam umno telah didakwa bukan sedikit kedarahnya!!!!.
mereka ni kau diberi 2 gunong emas pun xkan .. mati hidup balik pun UMNO TETAP UMNO...UMNO X MUNGKIN BERUBAH.!!!!!!.KLAU UMNO JADI BANGKAI, BEWOKS PUN X NAK MAKAN..!!



DIA BUAT SALAH, DIA PEMBOHONG RAKYAT ,MAKAN ANGIN WALAUN DAKWA BAWA BALIK 80 BILLION PELABURAN. PH DAN DAP JUGA SALAH.


Image may contain: 2 people, text that says "ANTARA DUA DARJAT Penyelia tapak Sibu SR Juruteknik kilang Balik Pulau Aku MENTERI di Putarjaya Langgar kuarantin, kes Covid-19 negatif dan tiada wujud kluster baru Kesalahan bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta Langgar kuarantin, kes Covid-19 negatif dan tiada wujud kluster baru Kesalahan bawah Seksyen 22(b) Akta Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) Langgar kuarantin, kes Covid- 19 negatif dan tiada wujud kluster baru Kesalahan bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) DIDAKWA mahkamah, PENJARA2 bulan DENDA RM5,000 DIDAKWA mahkamah, TIDAK DIDAKWA mahkamah. HANYA kompaun RM1,000 pulang balik bulan gaji?"

𝗞𝗛𝗔𝗜𝗥𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗣𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

Pemimpin Pas yang terpalit dengan kontroversi tidak menjalankan perintah kuarantin, Khairuddin hari ini tampil dengan status FB menyalahkan PH dan DAP yang menyerang kerajaan PN dengan isu remeh.

Menurut beliau lagi, PH dan DAP telah melakukan dosa besar dan terpalit dengan pelbagai penyelewengan sepanjang mentadbir negara 22 bulan.
Antara contoh penyelewengan yang disebut Khairuddin adalah isu terowong dan banglo yang sebenarnya berlaku sebelum PH menerajui negara lagi.
Status FB beliau adalah seperti berikut :

PH dan DAP tidak akan berhenti menyerang kerajaan baru ini dengan isu-isu kecil. Sedang mereka terpalit dengan pelbagai penyelewengan dan dosa besar melibatkan negara.

Rasuah puluhan juta melibatkan terowong dan banglo adalah maksiat besar. Menghina Islam dan mengenepikan Islam dalam pentadbiran adalah maksiat besar. Jangan lupa kejahatan dan kebobrokan PH ketika mentadbir negara melibatkan Melayu dan Islam.

Inilah yang perlu didendangkan dan dizikirkan tanpa henti oleh semua pendokong MN dan PN.

Dr Khairuddin Takiri



ESOK JANGAN LUPA

Image may contain: 3 people, text that says "Amanah MAJLIS TOKOH f LIVE ULAMA MASUK AMANAH 5.9.2020 SABTU Siaran langsung di Page 10.30 Pagi f Parti Amanah Negara Negeri Kelantan"