PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu. 

Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Dalam masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang.

Gombak dan Bukit Antarabangsa adalah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, manakala Kajang pula diwakili oleh Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kenapa Pas, selain beria-ia untuk berlawan tiga penjuru di Selangor, mereka hanya bersungguh-sungguh di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat Pakatan Harapan saja?

Kenapa tidak pernah kita dengar Pas menunjukkan kesungguhan yang sama di kawasan yang sedia diwakili oleh UMNO?

Pernahkah kita dengar Pas mahu merampas Parlimen Tanjung Karang yang diwakili oleh Noh Omar?

Semua ini dengan sendirinya mengesahkan Pas dan UMNO memang bekerjasama untuk menghadapi pilihanraya akan datang, meskipun ketika ini mereka sedang "makan setalam" dengan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Apakah jenis politik Pas ini, di ketika berkeras tak mahu keluar daripada jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan Selangor, tetapi dalam masa yang sama berpakat dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?

Pendedahkan oleh akhbar Singapura mengenai perkara itu di mana Hadi Awang dan Najib Razak dikatakan berhubung hampir setiap hari dengan Najib Razak dan sedang merangka kerjasama untuk menawan Selangor,  tidak sukar diterima kebenarannya.

Kecondongan politik dan arah tuju Pas memang jelas ke arah itu, walaupun wajah politik Najib adalah yang terburuk berbanding semua Perdana Menteri yang kita ada sebelum ini.

Pas nyata tidak peduli semua itu. Mereka bukan mahu menang pilihanraya, sebaliknya hanya ingin membantu UMNO dan Najib mencapai cita-citanya.

Akhirnya, apa mesti Pakatan Harapan lakukan kepada Pas?

Pertama, lupakan Pas dan tidak harus buat sebarang rundingan lagi dengan mereka. Jangan buang masa, sebaliknya tumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dan memberi penerangan mengenai isu-isu lebih besar yang berlaku dalam negara.

Jangan percaya lagi dengan mana-mana pemimpin Pas yang kononnya bersimpati dan tetap bersama perjuangan Pakatan Harapan. Pas sekarang sudah pandai "main wayang" dan hanya mahu membuatkan mereka leka.
Pemimpin Pas sebenarnya  tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Jika benar ada antara pemimpinnya mengaku bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan, mereka mesti berani keluar dan meninggalkan Pas. Hanya itu pilihan bagi mereka.

Kedua, Pakatan Harapan mesti buang semua Exco dan pemimpin Pas yang ada jawatan lain dalam kerajaan Selangor dengan segera. Mereka kini adalah "duri dalam daging"  kepada Pakatan Harapan.

Masa untuk bersimpati sudah berakhir. Tauke Pas kini adalah UMNO dan Najib yang bertaraf bilionaire serta boleh menjanjikan syurga dengan lebih segera kepada mereka. (ShahbudinHusin 25/08/2017)

KERJASAMA PRU 14: ZURAIDA, PAS BUKANNYA BODOH


MUKTAMADKAN RUNDINGAN DENGAN PAS, PRU HAMPIR – RAFIZI

PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD

Rafizi Ramli

Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister
Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor
2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali
3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu
4. Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan
Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).
Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.
Sebagai satu-satunya Naib Presiden KEADILAN yang telah menyatakan secara terbuka pendirian saya bahawa KEADILAN sebagai tonggak pakatan pembangkang nasional iaitu Pakatan Harapan (yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN sendiri) mesti bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS, saya merasakan masanya telah tiba agar perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan KEADILAN mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk PAS walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran KEADILAN (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk PAS.
Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh INVOKE yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib dengan segera.
Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam KEADILAN untuk menjayakan rundingan mereka dengan PAS dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman PAS Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama PAS-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam KEADILAN ke arah memuktamadkan pendirian KEADILAN mengenai PAS dan komitmen KEADILAN kepada Pakatan Harapan.
Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi KEADILAN yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian KEADILAN mengenai kerjasama dengan PAS dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

BN – PAS MAHU KERJASAMA TAWAN SELANGOR?

SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT




Tun Mahathir Mohamad adalah ketakutan utama bagi Najib Razak dan UMNO. Selagi beliau sihat, cergas,  boleh bertemu rakyat dan menyampaikan ucapan, selagi itulah ketakutan terhadapnya tidak akan padam.

Diserang, dihina, dikecam, disiasat dan kini mahu dicari kesalahannya melalui RCI, tetapi keyakinan dan pengharapan rakyat terhadapnya sentiasa menggunung tinggi.

Di Kepala Batas dan Ipoh baru-baru ini, melaut rakyat hadir untuk mendengar ucapannya.

Hujung minggu mendatang ini, beliau dijadualkan berceramah di Kelantan, Terengganu dan Port Dickson. Dijangka, ribuan lagi akan hadir mendengar ucapannya.

Minggu-minggu seterusnya sehinggalah tibanya tarikh pilihanraya, lebih banyak program akan diatur untuknya.

Hakikatnya, sudah pelbagai usaha dilakukan untuk mengekang kemaraan Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan dalam menuju Putrajaya, tetapi segala-galanya tampak tidak berjaya.

Apabila beberapa hari lalu tiba-tiba disebarkan khabar angin di media sosial kononnya beliau sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, sebenarnya itulah harapan mereka yang bermusuh dengannya.

Memang ramai yang berharap saya mati, demikian reaksi Tun Mahathir mengenai berita tersebut.

Makin diserang, dihina, dikecam dan bakal dihadapkan dengan pelbagai kesalahan melalui RCI yang sengaja diwujudkan, sama-sekali tidak membuatkan sokongan rakyat terhadapnya berkurangan.

Sokongan rakyat kian bertambah kerana beliaulah dilihat satu-satunya harapan untuk memulihkan negara yang rosak ketika ini. Bersama Pakatan Harapan, Tun Mahathir kini adalah lambang pemulihan kepada imej dan maruah negara.

Hanya kematiannya merupakan satu-satunya berita gembira bagi mereka.

Biar pun pihak di sana ramai yang mengharapkannya agar mati cepat, dalam usia 92 tahun ketika ini, kesihatan dan kecergasannya yang terus stabil, adalah rahmat tak terhingga bagi kita semua.

Bayangkan apa jadi kepada negara ketika ini jika Tun Mahathir tiada?

Tuhan pasti tidak memanjangkan usianya dengan percuma. Jika kita yakin ada kebenaran melalui apa yang diperjuangkannya, di sebalik ramai yang mengharapkan Tun Mahathir mati cepat, marilah pula kita mendoakan agar beliau terus sihat dan cergas untuk tempoh yang lebih lama.

Hanya Tun Mahathir yang sihat dan boleh terus berkempen saja akan membuatkan UMNO bertambah sakit, derita dan mudah kita hantar ke pusara. (ShahbudinHusin 24/08/2017)

LAWAN SELANGOR: PAS AKAN HILANG SOKONGAN PENGUNDI MELAYU, BUKAN MELAYU

RUNDINGAN PKR – PAS: TIDAK MAHU PARTI HILANG MARUAH – WILLIAM

SUSPEK SPRM BERSUKA RIA DI SUKAN SEA 2017

Image may contain: 7 people, people sitting


Bukan sahaja tidak mempunyai apa-apa perasaan , tetapi itu lah suspek SPRM dengan pembelian Hotel dengan harga yang luar biasa hadir ke sukan SEA 2017 dengan tiada apa -apa perasaan bersalah di wajahnya...BELIAU HANYALAH SUSPEK DAN BELUM TERBUKTI BERSALAH.....

Image may contain: 10 peopleImage may contain: 1 person, standing and on stageImage may contain: 1 person, standing


DR SYRD AZMAN BAKAL TINGGALKAN PAS?


Syed Azman ,  bekas Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan AJK Kerja PAS Pusat mengakui konsisten dengan PH dan tidak akan mengubah keputusan untuk meninggalkan PAS.

"Tiada apa yang saya nak sorokkan, saya konsisten dengan perkara itu," katanya.

Image may contain: 1 person
Untuk rekod Syed Azman merupakan antara pemimpin PAS yang berpengaruh di Terengganu selain pernah menyandang jawatan AJK Kerja PAS Pusat hampir 20 tahun.

Beliau juga merupakan antara pemimpin yang lantang bersuara dan kedudukannya sebagai ahli PAS mula dipersoalkan apabila sering dilihat menyertai program anjuran PH.

Dalam penyertaan pilihan raya umum, Syed Azman pernah merasai pengalaman menang dan tewas namun pada PRU13 memenangi kerusi DUN Batu Burok selepas menewaskan calon BN Datuk Che Mat Jusoh dengan majoriti sebanyak 2,273 undi.

DUN Batu Burok merupakan kubu kuat PAS selama enam penggal berturut-turut sejak PRU 1990 hingga PRU13.
Ditanya mengenai kedudukannya sebagai wakil rakyat PAS, Syed Azman bagaimanapun menjawab beliau akan menentukan hala tuju barunya dan mengisytiharkan menjelang PRU14 yang dijangka diadakan pada awal tahun depan.

"Aspirasi saya bersama-sama dengan Pakatan Harapan, saya konsisten dengan janji kita sampai masanya bila tiba pilihan raya parti politik pun kita perlu menentukan sikap bagi menghadapi pilihan raya.

"Tapi penentuan politik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang saya bersama-sama dengan aspirasi di dalam Pakatan Harapan dan saya akan memberikan sepenuh tenaga saya untuk menentukan Pakatan Harapan dapat menumbangkan Umno-BN," katanya.

TUN M CADANG BINA PROTON 2 JIKA GAGAL DAPATKAN KEMBALI PROTON APABILA PH BERKUASA

mahathir-proton


Oleh:Amiruddin Ahmad


Tun M, pengasas PROTON bercadang membina PROTON 2 jika gagal mendapatkan kembali PROTON yang diasaskannya jika PH berjaya menguasai Putrajaya.

Beliau yang membayangkan demikian selepas mendapati bahawa keadaan ekonomi yang semakin parah itu , menyebabkan PROTON yang dasakannnya di jual kepada sebuah gergasi kereta negara China Zhejiang Geely Holding Group (Geely).

"Jika saya tidak dapat mengembalikan Proton, saya akan membina PROTON ke 2", demikan jelas beliau dalam satu forum mengenai pelaburan China di Malaysia.

"Kita perlu ingat bahawa idea membina sebuah lagi kereta nasional seperti PROTON adalah kerana kita sudah mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan dan kemampuan membinanya"

"Bagi PROTON, sesetengah syarikat yang digunakan sudah mempunyai kepakaran dalam menyediakan alatan bagi PROTON"

" Kereta memerlukan 4000 peralatan dan ini memberikan peluang kepada pembuatnya". Namun syarikat yang membekalkan peralatan ini kemudiannya terpaksa ditutup perniagaannya"

Beliau berkata , tidak ada sebuah negara membangun yang dapat membina syarikat kenderaan seperti PROTON dimana kualitinya begitu baik seperti PROTON  disesebuah negara membangun lain.
Mengulas lanjut, beliau berkata negara kita mempunyai kepakaran dan kejuruteraan membina dari A hingga Z dan kini mereka ini bakal hilang pekerjaan.Beliau mengasaskan PROTON pada tahun 1983.





Bertanding 42 kerusi Dun Selangor sahkan Pas 'pengebom bunuh diri'


Faiz Fadzil
Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi bahawa Pas akan bertanding di 42 kerusi Dun Selangor mengesahkan parti itu sebagai 'suicide bomber' (pengebom bunuh diri) dan bukannya 'king maker' dalam politik tanah air.
Keputusan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak lagi bersama pembangkang malahan menjadi pengganggu (spoiler) dalam perjuangan rakyat menjatuhkan rejim Umno-BN pimpinan kleptokrat Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil bagaimanapun yakin rakyat akan memilih blok yang benar-benar kuat bagi menjatuhkan Umno-BN iaitu Pakatan Harapan.
"Dalam keadaan ini, mustahil untuk Pas menjadi 'king maker' kerana mereka bukan lagi pilihan rakyat kerana tidak lagi berada bersama gabungan pembangkang," ujarnya.
Menurut beliau, dalam sejarah pilihan raya negara ini, Pas hanya mendapat sokongan kuat rakyat apabila berada dalam satu gabungan seperti mana bersama Barisan Alternatif dalam PRU 1999 dengan 27 kerusi parlimen, PRU 2008 (23 kerusi) dan PRU 2013 bersama Pakatan Rakyat (21 kerusi).
"Sebaliknya apabila bersendirian, Pas hanya mendapat 1 kerusi dalam PRU 1986 dan 7 kerusi dalam PRU 2004," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas sebagai 'suicide bomber' yang bukan sahaja akan membunuh dirinya sendiri, tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.
"Begitulah juga ibaratnya dengan kedudukan Pas yang akan ditolak rakyat kerana dilihat mesra Umno dan seringkali membela korupsi Datuk Seri Najib Razak yang mana parti-parti yang bersama Pas juga dibimbangi bakal ditolak rakyat," katanya.
Oleh itu, Faiz menyeru semua parti gabungan Pakatan Harapan supaya memberikan fokus memperkukuhkan Pakatan Harapan di semua peringkat dan menumpukan kepada objektif menjatuhkan Umno-BN.
"Masa yang diberikan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan telah lama dibuka, namun tidak disambut oleh Pas. Sebaliknya Pas lebih ketagih menyerang Pakatan Harapan dan parti-parti komponennya.
"Maka, punca dan agenda Pas di sebalik langkah sumbang Pas ini di kala Datuk Seri Najib Razak mengamalkan khurafat baru 'cash is king' demi survival politiknya bukan lagi suatu misteri," tegas beliau.