LIVE TERTUNDA Anwar Ibrahim: Kes Kematian Bunuh Diri Yang Semakin Meruncing Ketika Ini

MOHON MORATORIUM DAN I SINAR TAK DAPAT, PINJAM WANG BERLESEN JUGA YANG DIBUKA

 

ZUL AZ


Tu diaa....rakyat minta luluskan bantuan I-Sinar atau I-Lestari 2.0 dia tak bagi. Last² dia bagi bantuan tailong beroperasi. Tengah² bisnes rakyat slow dan tak der kerja, lagi nak suruh rakyat meminjam pulak. Dah tu rakyat nak bayar dengan apa? Air liur??

Cam ni baik buka jer semua sektor. Tak yah susah² orang nak pinjam dengan along.

Soalan cepumas..masa mesyuarat kabinet dan MKN, isu benarkan tailong beroperasi ni ada dalam agenda mesyuarat tak? Kalau ada dalam agenda, apa pendapat pemimpin² Umno dan Pas dalam kabinet? Angguk²? Geleng²?...

Pejuang Melayu Islam konon...last² bagi lampu hijau kat tailong. Chehh!!!

 

May be an image of one or more people and text


MEMANG KEGAGALAN LEWAT MENDAPATKAN VAKSIN MENJADI BUAH MULUT SATU DUNIA


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Tanda Kejayaan Kerajaan PN Ikut Neraca Annuar Musa ialah bila

"Larangpun dia buat, dia tidak takut", siap bagi justifikasi nak guna polis lagi.

Cumanya nak tanya, rumah Tan Sri Annuar Musa tak ada cermin ke? Mana tahu tak mampu beli sebab tu "terpaksa" makan maggi.

Jadi kiranya Tan Sri langgar SOP 2 kali sebelum ini adalah kerana Kerajaan PN sudah berjaya kawal Covid? Sabit pun kes dari bulan 2 kat Bukit Aman sampai sekarang tak ke mana-mana; ini semua bukti kejayaan.

 

SUATU KETIKA DAHULU AKHBAR INI AGAK BAGUS. SEKARANG LEBIH TERUK DARI UTUSAN YANG DAH MELINGKUP. DAH BAYAR UTANG KA BELUM

 No photo description available.

(LIVE) Syed Ibrahim Syed Noh: Kes Sporadik, Isu Lapangan Terbang Subang ...

Johari Abdul: Istana "Tolak" Mahiaddin?

BICARA ANWAR JAM 830 MALAM INI

 

May be an image of text


Ikuti kenyataan saya malam ini terkait kebolehupayaan kerajaan dalam menangani penularan wabak. Juga benarkah kerajaan berjaya mengawak pandemik covid 19 - dari semasa darurat diisytiharkan? turut menyentuh tentang gejala bunuh diri yang semakin meruncing saat ini.

Malam ini jam 8.30 malam.

 

KAWAQ

 May be a meme of 7 people and text that says "TAYANG ANU' DIMESSANGER NGURAT FIKAH/ LEENA 7.5INCI KETUA DEWAN ULAMAK LIWAT ISTERI PPV PAY PER VIEW LAYANCIAPAN PORNO GAY SHEMALE USUNG JANDA KE SANA KE SINI CERALISTERI GUNA APLIKASI WHATSAPP haili WhatsApp"

WALAU KITA" DAPAT 42 BILLION". MEMBALAK JUGA KITA TERUSKAN....YEEEE HAAAAA

 

Terkini! Aktiviti membalak di Kedah tetap diteruskan, kata MB

Terkini! Aktiviti membalak di Kedah tetap diteruskan, kata MB

Semua aktiviti pembalakan di Kedah akan tetap diteruskan berikutan ia sudah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri ketika ini tidak boleh membatalkan kelulusan membalak sebanyak 75,000 hektar di kawasan luar dan dalam Ulu Muda kerana perlu membayar pampasan bernilai puluhan bilion ringgit kepada syarikat yang sudah membayar premium.

“Semua kelulusan yang diberikan itu bermula 2014 sehingga 2020 sebelum kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengambil tampuk pemerintahan negeri ini.

“Sudah berkali-kali saya tegaskan bahawa kita ada kelulusan lama yang begitu banyak iaitu 22,000 hektar di kawasan Ulu Muda dan lebih 50,000 hektar di luar kawasan Ulu muda.

“Apabila satu-satu kawasan diluluskan, dibayar premium dan dibuat penandaan sempadan, mereka akan memohon proses lesen menebang.

“Lesen ini bergantung kepada kuota penebangan dan untuk kuota penebangan Kedah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) diberi sebanyak 4,200 hektar setahun.

“Jika hendak dibatalkan kelulusan 75,000 hektar ini, saya tidak dapat membayangkan berapa puluh bilion perlu disediakan untuk membayar pampasan kepada syarikat yang membayar premium di kawasan yang diluluskan sebelum ini,” katanya pada sidang media secara dalam talian di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai isu air keruh di Puncak Janing yang tular di media sosial sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya sangat berharap netizen di media sosial tidak mudah percaya dengan tuduhan semborono yang sering mengaitkan aktiviti pembalakan dengan kerajaan negeri.

Katanya, kejadian air keruh di kawasan tadahan air di Hutan Lipur Puncak Janing, Padang Terap adalah berpunca daripada aktiviti penandaan sempadan antara hutan simpan dan juga kawasan eko pelancongan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK).

“JPNK sudah membuat kenyataan. Aktiviti penandaan juga telah diberhentikan dan perbincangan dilakukan bersama penduduk kampung bersama jabatan berkenaan.

“Menteri Besar (MB) kerjanya bukan menebang kayu balak kerana urusan ini diuruskan oleh JPNK. Kalau tuan-tuan hadir ke Pejabat Menteri Besar, satu pun fail berkaitan hutan tiada di sini.

“Saya harap netizen tidak terpengaruh oleh pandangan yang dilemparkan sembrono oleh pihak tertentu apabila melihat kayu balak di atas jalan raya, mereka akan mengaitkan dengan MB,” katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa setakat ini masih belum meluluskan sebarang permohonan baharu diberikan untuk kegiatan balak di Kedah.

'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz


Irwan Muhammad Zain
'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan beliau masih mempunyai sokongan 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Nazri mendakwa, Zahid tidak mempunyai bukti untuk menafikan semua 25 Ahli Parlimen BN terbabit hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau.
Malah beliau juga mendakwa kenyataan balas Zahid kepada sebuah portal berita pada Khamis berkaitan isu itu, yang sebenarnya karut dan 'cerita kartun'.

"Respons Zahid terhadap apa yang saya katakan itu (25 Ahli Parlimen BN hilang keyakinan terhadap Zahid) sebenarnya yang karut dan 'cerita kartun'.
"Kalau dia berani, panggil semua Ahli Parlimen BN dan tunjukkan bukti bahawa mereka semua masih menyokongnya," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
BACA: Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap Zahid
Semalam, media melaporkan Nazri mendakwa 25 daripada 42 Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Zahid menyifatkan dakwaan itu sebagai karut dan hanya 'cerita kartun'.
Mengulas lanjut, Nazri mendakwa Zahid sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana tindakannya sebelum ini.
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 12 Januari lalu kerana ditipu oleh Zahid yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan.
"Zahid rancang, Ahli Parlimen UMNO yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan tarik sokongan one by one, hingga kerajaan ini jatuh.
"Sebagai tanda setiakawan dan percaya kepada beliau, saya menarik sokongan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat keputusan yang sama.
"Selepas saya dan Jazlan, tiada siapa yang umum tarik sokongan termasuklah Zahid. Sebagai presiden parti yang merancang semuanya, sepatutnya dia yang pertama tarik sokongan," dakwanya lagi.
Jelas Nazri, yang lebih mengecewakan apabila beliau mendapat tahu Zahid tetap mengambil peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.
"Sepatutnya kalau dah rancang nak jatuhkan kerajaan dan minta tarik sokongan, beliau tidak ambil peruntukan tersebut. Tetapi itu tidak berlaku, beliau tidak tarik sokongan dan terus ambil peruntukan," dakwanya.
Ditanya adakah beliau akan kembali menyokong Muhyiddin, Nazri berkata semunya akan boleh dilihat apabila Parlimen kembali bersidang.
"Saya tidak perlu umum apa-apa, lihat saja nanti apabila Parlimen kembali bersidang.
"Jika ada undi dalam dewan nanti, saya akan kembali kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO, kekal sokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan," jelas beliau.

ANWAR IBRAHIM - SEMUA ORANG MEMPERKATAKANNYA

 


May be an image of 1 person, sitting and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 2 Kenali Pemimpin Kita Kepeloporan Anwar Ibrahim dalam sejarah kebangkitan Islam adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan dengan fitnah dan propaganda murah. " PROFESOR DATO' DR. SIDDIQ FADZIL Presiden ABIM Ke-3 TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"May be an image of 1 person and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 7 Kenali Pemimpin Kita Hendak cari pemimpin Melayu yang mempunyai ketokohan seperti Anwar Ibrahim begitu sukar terutama imej agamanya ketika memimpin ABIM. " ALMARHUM TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HJ. NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Mantan Mursyidul Am PAS TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"

May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 5 Kenali Pemimpin Kita Pemahaman berkaitan Fiqh Taáyush as-Silmiy (Hidup bersama secara damai) Anwar Ibrahim lebih baik berbanding pemimpin Islam di negara Arab. Sekiranya beliau menjadi pemimpin Malaysia, Sheikh Yusof Qardhawi akan hadir ke Kuala Lumpur, meskipun uzur. Saya juga akan bersama mengiringi Sheikh Yusof Al-Qardhawi. " PROF. SHEIKH DR. AHMAD AL-RAYSUNI Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"


Di saat negara kita kini masih berhadapan dengan kemelut politik dan pandemik Covid19 yang tidak berkesudahan, bayangan sosok tubuh yang sering bermain di mata kebanyakan rakyat Malaysia perbagai kaum dan agama adalah insan bernama Anwar Ibrahim.

Tidak ada seorang pun orang politik di negara ini tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sekiranya beliau diangkat menjadi PM Malaysia, kecuali mereka yang gentar kepada ketegasannya memerangi rasuah. Prinsipnya menentang rasuah menjadikan jalan untuk mengangkat beliau ke kerusi PM itu amat sukar kerana rasuah di negara ini sudah menjadi amalan ramai pemimpin politik bahkan berjangkit kepada para kayangan.

Nama Anwar Ibrahim sudah lama disebut di dunia luar terutamanya di kalangan pemimpin dunia Islam. Tiada seorang pun tokoh ilmuan Islam dunia yang tidak mengenali anak Cheruk To Kun, P.Pinang ini. Tidak seorang pun tokoh ekonomi dan kewangan dunia yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, nama yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan

Terbaik

Asia/Dunia.

Tidak menghairankan memang sukar untuk meletakkan beliau ke posisi yang layak baginya sebagai PM, sejajar dengan mandat rakyat di negara ini pada PRU14 yang lalu sehinggakan musuh-musuh politik beliau sanggup merencanakan satu pengkhianatan di saat beliau semakin hampir menjadi PM negara ini. Kerajaan PH yang menjanjikan reform kepada negara ini di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dikhianati oleh seorang diktator musuh reformasi bernama Mahathir Mohamad apabila beliau sengaja meletakkan jawatan sebagai PM di bawah kerajaan PH setelah 22 bulan berkuasa demi untuk menafikan hak Anwar Ibrahim menggantikannya seperti yang dijanjikan PH kepada rakyat.

Selagi masih ramai yang cintakan rasuah dan ketidakadilan, selagi itu laluan untuk Anwar Ibrahim itu terus berliku. Hak beliau terus dinafikan. Namun, percayalah, semakin kuat dugaan, fitnah dan halangan terhadap beliau, itu satu pertanda cahaya reformasi bakal muncul menyinari bumi Malaysia ini.

"Wamakaru wamakarallah, Wallahi khairul makirin".

WFAUZDIN NS

Ketua Gerak N.Pahang

 

INI PEJUANG ISLE TAK NAK AMBIL KISAH KAH ? SETELAH CELCOM PUN DIJUAL.

 

MOHD MUKHLIS


Semalam Syed Ibrahim MP Ledang bangkitkan isu tentang penjualan Lapangan terbang Subang pada Cukong Kroni MCA, hari ini Syed Saddiq revealkan rayuan CEO Malaysia Airports Holdings (MAHB) & Malaysia Aviation Group (MAG) sampai hantar surat merayu kerajaan jangan jual LTSAAS!

Tapi ingat pejuang Melayu Isle akan peduli ke? Mereka semua tengah senyap makan elaun haram macam duta bergaji buta. Semuanya mencari redha Orang Alim MCA, janji jawatan GLC mereka tak di sentuh.

Biarlah hilang 5.4B kepada ekonomi negara, atau 19K peluang pekerjaan, yang penting poket kroni kena jaga buat dana PRU15.

Jadi jangan hairan kenapa rakyat mati bunuh diri makin banyak sebab menteri duk sibuk bagi kaya kroni, yang mati itu bukan masalah kementerian, itu masalah terpencil. Mana-mana kementerian semua cuba buat duit, mereka ini menjadikan jawatan itu sebagai habuan; scheme of things bak kata Abah Scammer

I am out of words to describe my frustration, kalaulah boleh dakwa seorang sahaja di hadapan yang Maha Esa, yang jadi punca segala kebobrokan ini, semua ini adalah hasil tangan daripada Ulamak su' yang memberi nasihat yang salah pada orang yang zalim. Description: 😡Description: 🤬. Just pathetic!

No photo description available.No photo description available.May be an image of text

No photo description available.May be an image of text that says "Syed Saddiq @SyedSaddiq Waktu darurat, kerajaan PN gadai aset negara? Lapangan Terbang Subang (LTSAAS) akan dijual kepada tauke? Konsesi sampai tahun 2092? CEO Malaysia Airports Holdings (MAHB) & Malaysia Aviation Group (MAG) sampai hantar surat merayu kerajaan jangan jual LTSAAS! Apa dah jadi ni?? Translate Tweet MKOK maG 1 ΑαλΝοιΙς MaG+ maG 10:44 AM Jun 24, 2021 Twitter Web App 3,258 Retweets 246 Quote Tweets 2,465 Likes"




KENYATAAN INI TAK BOLEH DISANGKAL


HAMZAH RIE NA


Begitulah kisahnya, hikayat bangsawan.

Note:

Isteri Hishammuddin, Tengku Dato' Sri Marsilla adalah anak pertama kepada Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, yang mana Tengku Tan Sri Abdullah adalah adinda kepada bapa YDP Agong, mantan Sultan Pahang Almarhum Sultan Ahmad Shah.

 

 May be an image of 5 people, people standing and text that says "SEPUPU NAjiB SR Isteri Hishammuddin SEPUPU AGONG"

KITA PERLUKAN DATA DAN BUKANNYA AUTA IKUT SUKA


May be an image of 1 person and text


MOHD MUKHLIS

Kita kena di pacu oleh Sains dan Data, bukannya oleh tembolok dan auta. Sebab tu saya kata dengan wife, selagi testing positif rate dalam 7%, jangan mimpi nak keluar dari lockdown walaupun KKM dok bangga kes positif harian kurang. Tu yang jadi kematian masih tinggi, BOD (Brought in dead) pun tinggi yang tak sempat di rawat. Pastu buat benda yang tak ada priority macam Ambulan tekanan negatif walhal wad HEPA lebih mendesak. Baca keluhan Dr Musa Nordin bila dia bandingkan kes kita dengan UK. Even WHO sendiri kata kalau atas dari 5%, maknanya kita sudah di luar kawalan.

21 June 2021

‪UK pop: 68 million

‪Daily Tests: 1 million

‪Positive Rate: 0.8%

‪M’sia: 33 million

‪Daily Tests: 80,000

‪Positive Rate: 6.8%

WHO Positive Rate is <5%

If a country’s Positive Rate is >5% the epidemic is OUT OF CONTROL!

‪UK which is twice our population doing 12.5X our Testing numbers!

‪How on earth are we ever going to tame this virus?

‪We’ve tolerated this incompetency for far too long!

‪So how?

Hire or Fire?

 

SEMAKIN MENGARUT HARAKAHDAILY


Semakin Mengarutnya HarakahDaily


BOB KELANANG

HarakahDaily dilihat semakin mengarut. Artikel yang ditulis didalamnya yang dilihat menyokong PAS dan menghentam Pakatan Harapan pun sebenarnya menceritakan tentang peribadi PAS itu sendiri.

Menceritakan gelodak dan nafsu PAS pimpinan Abdul Hadi Awang itu sendiri. Adoilah. Apa nak jadilah dengan PAS.

Sekadar nak beritahu... memanglah tujuan semua parti pembangkang adalah untuk mengambil alih kerajaan dan menerajui kepimpinan selaku Perdana Menteri. Apa kejadahnya kalau masuk politik tapi tidak bertujuan begitu. Malah PAS sendiri pun bercita-cita nak memerintah negara. Dan Abdul Hadi Awang sendiri pun nak jadi Perdana Menteri.

Pelik kalau semua asas demokrasi berpolitik di Malaysia dianggap satu kesalahan... hanya kerana tidak bersekongkol dengan PAS.


Semakin Mengarutnya HarakahDaily


youtube.com
Semakin Mengarutnya HarakahDaily
Semakin Mengarutnya HarakahDailyHarakahDaily dilihat semakin mengarut. Artikel yang ditulis didalamnya yang dilihat menyokong PAS dan menghentam Pakatan Hara...

KALAU UNTUK PEMBAHARUAN UMNO, DARIPADA H2O, LEBIH SESUAI NAMAKAN KJ CALON PERDANA MENTERI

 

Setelah hilang kuasa pada 2018, UMNO kini sentiasa bergelut sambil bercakaran tanpa henti untuk merebut kembali kerusi Perdana Menteri.

Begitu pun, dalam keadaan sekarang, sebahagian kita mungkin boleh memahami ketidaksesuain untuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri.

Oleh kerana kes mahkamah yang sedang dihadapinya, walaupun beliau mendakwa ia merupakan pendakwaan terpilih dan bermotif politik, tetapi selagi butiran perbicaraannya menjadi bahan bacaan semua orang, adalah sukar untuk menyandarkan harapan UMNO mampu kembali berkuasa jika namanya diletakkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Kita juga mungkin boleh memahami ketidaksesuaian Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Dengan berkedudukan hanya sebagai Adun dan tidak pernah menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman pentadbiran di peringkat Pusat, lebih-lebih lagi BN Negeri Sembilan tumbang ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar, keraguan terhadap kemampuannya tentu saja tidak mudah untuk dikikis.

Kita juga tentunya tidak sukar memahami bahawa tiga Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin berada di luar kemampuan, kewibawaan dan keyakinan ramai jika hendak ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri.

Mereka itu bukanlah Hang Tuah atau Hang Jebat, sebaliknya hanyalah Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi yang namanya kadang-kadang disebut, kadang-kadang dilupakan.

Dalam waktu yang sama, walaupun Najib Razak agak popular kembali di dalam UMNO dan di kalangan rakyat ketika ini, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk menobatkannya kembali menduduki Seri Perdana.

Haruslah difahami, dengan sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah, selain banyak lagi kesnya sedang menunggu untuk dibicarakan, halangan untuk Najib merebut kembali jawatan lamanya juga datang daripada kalangan dalam UMNO sendiri yang merasakan cukuplah sekali saja Ahli Parlimen Pekan itu diberi peluang menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kata mereka, takkan nak bagi Najib lagi, orang lain nak juga jadi Perdana Menteri?

Untuk itu, siapa yang sesuai dan harus UMNO tonjolkan sebagai calon Perdana Menteri untuk menghadapi PRU15 akan datang?

Adakah Tengku Razaleigh Hamzah, Hishammmuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin yang lebih patut ditonjolkan di mana mereka ini adalah antara pemimpin UMNO yang dirasakan layak, tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti sekarang ini?

Berdasarkan pengakuan Nazri Aziz bahawa beliau mengetuai usaha mengumpul Akuan Bersumpah atau SD untuk Hishammuddin, selain ia menandakan adanya gerakan untuk menentang Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, adalah mudah juga difahami bahawa semua itu bertujuan meletakkan Ahli Parlimen Sembrong itu sebagai bakal Perdana Menteri.

Tanpa menafikan kewibawaan dan kemampuan anak Tun Hussein Onn itu, tetapi yang harus difikirkan oleh ahli-ahli UMNO ialah setelah parti itu kalah dan dan hilang kuasa, ia sebenarnya memerlukan pembaharuan yang segera.

Sebagaimana jika Ku Li dinamakan sebagai calon Perdana Menteri tidak mencerminkan adanya pembaharuan dalam UMNO, menamakan Hishammuddin atau H2O juga akan menghasilkan natijah yang sama.

H2O hampir seangkatan saja dengan dengan Zahid Hamidi dan dikira sebaya dengan Ismail Sabri atau Khaled Nordin.

Apa lagi, H2O bukanlah pemimpin yang benar-benar berani kerana pernah memohon maaf setelah menghunus keris dan kemudian memilih tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan 2018 iaitu setelah UMNO hilang kuasa.

Bagi kebanyakan orang dalam UMNO, tindakan beliau tidak bertanding itu mencerminkan ketidaksediaannya memikul tangungjawab memulihkan parti setelah ketiadaan kuasa dan hanya seronok bergelumang di dalam parti bersama kuasa dalam kerajaan yang turut dapat digenggam.

Jika benar inginkan pembaharuan dan mahu melonjakkan peremajaan dalam parti, UMNO sebenarnya tiada pilihan lain melainkan harus berani menamakan calon muda untuk dijadikan Perdana Menteri.

Di kebanyakan negara lain, sudah banyak yang meletakkan pemimpin muda sebagai Perdana Menteri dan hasilnya cukup membanggakan.

Melihat senarai pemimpin muda yang ada dalam UMNO sekarang, KJ adalah calon calon paling sesuai untuk diamanahkan tanggungjawab itu.

Reputasinya sentiasa menonjol dalam apa juga tugas kementerian yang diberikan kepadanya, termasuk menyelaras program imuninasi Covid19 sekarang ini.

Walau diakui ada beberapa kelemahan timbul dalam tugas yang dijalankannya itu, tetapi jika orang lain diberi amanah tersebut, sudah tentu lebih banyak masalah lagi akan timbul.

Selain itu, ketika UMNO tiada kuasa, KJ juga tidak lari atau menyembunyikan diri, malah menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 2018 yang lalu.

Keupayaannya mendapat 61 undi berbanding Zahid Hamidi yang memperolehi 99 undi, tetapi mampu menewaskan Ku Li yang mendapat 30 undi, adalah cerminan adanya sokongan yang agak kuat untuknya serta keinginan kepada pembaharuan.

Untuk itu, dalam kelam-kabut yang masih berterusan dalam UMNO sekarang, ubat mujarab untuk mengubatinya hanyalah dengan tidak melengah-lengahkan lagi kepada pembaharuan.

Dengan KJ dinamakan calon Perdana Menteri, kemungkinan UMNO mampu meraih sokongan rakyat dan anak-anak muda adalah lebih cerah, sekaligus mampu membuatkan segala jenis jurassic yang ada dalam UMNO sekarang sedar diri serta tahu untuk mengundurkan diri.

Kekalahan UMNO pada PRU 2018 bukan saja harus membuatkan golongan tua dalam UMNO memberi laluan kepada golongan muda, bahkan turut menjadikan H2O yang sebahagian besar penyokongnya adalah golongan tua juga tidak lagi relevan.

UMNO dengan KJ sebagai calon Perdana Menteri lebih berupaya untuk berubah dengan golongan baharu akan mengambil alih teraju kepimpinan di semua peringkat untuk menggantikan wajah-wajah yang usang yang sedia ada sekarang.

Lagi pun, cuba kita lihat, caca-marba dan kekalutan dalam UMNO sekarang adalah disebabkan onar dan karenah golongan jurassic tersebut yang tidak henti-henti menimbulkan masalah yang semata-mata bertunjangkan kerakusan kepada kuasa yang tak sudah-sudah bersarang dalam hati mereka.

Sampai bila golongan muda yang berwibawa dan berpendidikan sekadar mahu jadi penonton saja kepada golongan tua yang tak henti-henti berebut kuasa? 


(ShahbudinHusin 24/06/2021)

VIDEO : GEMPAR!! - NAZRI Dapat 25 SD Sokong HishamH20 | Halang DSAI JADI PM?

Undi Tidak Percaya Boleh Dibuat di Luar Parlimen?

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Yang di-Pertuan Agong ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia (Fasal (2)(a) Perkara 43). Tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa untuk singkir Perdana Menteri. Ini adalah di antara ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia boleh disingkir di dalam Dewan Rakyat samada melalui usul Undi Percaya atau usul Undi Tidak Percaya menurut Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Usul undi percaya pernah dibuat di Dewan Rakyat sebaik sahaja Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Usul tersebut dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Perdana Menteri Hussein Onn tidak ada masalah untuk mendapatkan undi percaya kerana Barisan Nasional menguasai majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat ketika itu.

Urusan kerajaan mematikan Undi Tidak Percaya

Selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan pada hujung bulan Februari 2020, Ahli-ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan (PH), Warisan dan Pejuang, termasuk bekas Perdana Menteri ketujuh, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh.

Usul-usul Undi Tidak Peraya tersebut tidak pernah diberi kesempatan untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat kerana Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan helah di bawah Peraturan 15 (1) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada uruan-urusan lain.

Jika Parlimen Malaysia dibuka semula sebelum atau selepas 1 Ogos 2021 ini, nasib yang sama akan dihadapi jika ada usul-usul tidak percaya dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Begitu juga, hampir tidak mungkin Kerajaan Perikatan Nasional akan membawa usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin di Dewan Rakyat setelah mereka belajar apa yang telah terjadi terhadap Menteri Besar Perak Faizal Azumu yang tewas dalam usul Undi Percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri Perak pada tahun 2020.

Jadi, timbul persoalan adakah Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh dibuat di luar Dewan Rakyat?

Saya berpendapat, jawapannya boleh dilakukan, berdasarkan duluan (precedent) apa yang berlaku dalam Krisis Perlembagaan Menteri Besar Perak pada tahun 2009 dan duluan yang berlaku di Kedah pada tahun 2020.

Perak duluan kerajaan ditukar di luar Dewan

Di Perak, pada tahun 2009 Kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar Nizar Jamaludin telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri apabila tiga orang ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat ketika itu melompat menyokong Barisan Nasional. Menteri Besar Nizar hilang sokongan majoriti. Beliau enggan meletak jawatan Menteri Besar. Nizar meminta Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ketika itu supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sebaliknya Sultan Perak mengambil inisiatif untuk menentukan sendiri sama ada Nizar mempunyai sokongan majoriti.

Apabila ternyata Nizar tidak ada sokongan majoriti maka Sultan Perak singkir Nizar sebagai Menteri Besar dan melantik Zambri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Krisis Menteri Besar Perak itu dibawa ke Mahkamah Tinggi dan kemudian atas rayuan dibicarakan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Undi Tidak Percaya boleh ditentukan dengan lain-lain cara, tidak semestinya melalui undian di dalam Dewan Undangan Negeri.

Di Kedah pula, pada tahun 2020, tidak lama selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan, maka berlaku kejadian beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri PH melompat menyokong Perikatan Nasional yang terdiri daripada Pas, Bersatu dan Umno.

Menteri Besar Kedah ketika itu ialah Mukriz Mahathir telah hilang majoriti. Untuk mempastikan sama ada benar Mukriz telah hilang majoriti, maka proses menentukan Undi Tidak Percaya terhadap Mukriz dilakuan di luar Dewan Undangan Negeri iaitu di Istana Kedah, bukannya di dalam Dewan Undangan Negeri.

Berbeza dengan Nizar Jamaludin di Perak, Mukriz Mahathir di Kedah bersetuju meletakkan jawatan. Berlaku kekosongan jawatan Menteri Besar lalu Sultan Kedah melantik Sanusi dari Pas yang dipercayai mempunyai majoriti menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Dua contoh duluan di Perak dan Kedah serta keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia dalam Kes Nizar Jamaludin melawan Zambri Abdul Kadir tersebut boleh menjadi rujukan bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh mengambil inisiatif yang sama untuk menentukan sama ada sekarang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti menurut Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu peruntukan yang sama yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 lalu.

PM baharu boleh dilantik jika cukup sokongan

Inisiatif ini boleh diambil oleh Yang di-Pertuan Agong sama ada ketika negara berada di dalam tempoh Darurat ataupun selepas Darurat tamat. Ia juga boleh dilakukan samada ketika Parlimen digantung ataupun Parlimen telah dibuka semula. Inisiatif menentukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sekiranya baginda mempunyai bukti yang jelas bahawa Perdana Menteri telah kehilangan sokongan ahli Dewan Rakyat.

Apa yang dilakukan oleh Sultan Azlan Shah di Perak pada tahun 2009 dan Sultan Kedah pada tahun lepas boleh juga dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang sekiranya wujud fakta yang sama kerana undang-undang yang ada melalui keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nizar lawan Zambri yang disebut di atas membenarkan proses menentukan undi tidak percaya boleh dilakukan di luar Parlimen.



__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


VIDEO : ISWARDY MORNY GEMPAR!! - Inilah Senarai 30 AHLI Parlimen Sokong HISHAMMUDDIN | Sura...

PAHANG TIADA AKTA HUTAN SIMPAN KEKAL, MUDAH DINYAHWARTA


(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...