VAPE: KERAJAAN PERLU WUJUD PERATURAN JELAS – ABDULLAH SANI

APAKAH PENDIRIAN SEBENAR WEE JECK SENG TENTANG HUDUD – MUHYIDDIN

SURAT PALSU DIEDAR- KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Surat Palsu Taktik Kotor Musuh Politik

Saya difahamkan satu surat palsu telah dibuat dan disebar luas kononnya Setiausaha Agung KEADILAN mengarah anggota KEADILAN tidak keluar mengundi sempena PRK Tanjung Piai esok, 16 November 2019.

Surat ini jelas direkayasa musuh politik Pakatan Harapan yang mahu mencetus salah faham di kalangan anggota KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Harapan. Ia adalah tindakan kotor lagi terdesak puak-puak yang enggan berpolitik secara sihat.

KEADILAN mengulangi sokongan parti buat calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Sardini (Calon No 4) dan menggesa semua anggota KEADILAN untuk mengundi dan membantu memenangkan calon Pakatan Harapan.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

15 November 2019

DOA RAKYAT BUAT RAFIZI MAKBUL...


Syukur Alhamdulillah…itulah kata-kata yang paling sesuai dilafazkan berikutan keputusan hakim dalam kes rayuan Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengetepikan sabitan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) dan membebaskan serta menggugurkan tertuduh dari hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.
Hakim Mohd Yazid Mustafa menyampaikan keputusan itu pada akhir rayuan Rafizi dan Johari terhadap sabitan berhubung pendedahan data perbankan dari akaun National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail pada tahun 2012.
Mohd Yazid memutuskan bahawa beliau membenarkan permohonan rayuan Rafizi kerana pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asal sebagai keterangan dalam perbicaraan, yang merupakan syarat di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan.
Rafizi, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan dan Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari 2018 selepas Hakim Zamri Bakar mendapati mereka bersalah kerana mendedahkan data perbankan dari akaun NFC.
Hakim Zamri dalam penghakimannya tahun lalu berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Rafizi dan Johari telah melanggar Akta Bafia.
Untuk rekod, Bafia telah dimansuhkan pada tahun 2013.
Kedua-dua mereka didakwa pada 2012 kerana melanggar Seksyen 97 Akta Bafia bagi pendedahan empat akaun milik NFC dan Mohd Salleh, yang merupakan suami kepada bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.
Dalam menunggu keputusan hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, ramai penyokong Rafizi datang daripada seluruh negara untuk memberi sokongan moral kepadanya.
Selain memberi sokongan moral, doa mereka tidak lain ialah dengan harapan agar rayuannya diterima dan beliau tidak dipenjarakan.
Malam semalam juga banyak masjid dan surau di seluruh negara turut mengadakan majlis bacaan doa bagi tujuan tersebut.
Alhamdulillah sekali lagi, doa kita semua dimakbulkan Tuhan akhirnya dan Rafizi serta Johari kini dibebaskan sepenuhnya. (ShahbudinHusin 15/11/2019)


PAS DAKWA DI FITNAH.TAPI HADI TARIK SAMAN SR

Terbaek tulisan Ipoh Mali ni.

Pemimpin PAS kata dah terbukti mereka difitnah.. Sebab duit RM 90 juta tak masuk akaun PAS.., Cuma aku nak tanya Pemimpin dan Walaun PAS, cari dalam artikel Sarawak Report.. Sarawak Report ada sebut ker RM 90 juta masuk Akaun PAS ? sapa boleh bagi bukti SR ada sebut.. aku bagi RM 10 ribu sebagai ganjaran..

Jadi Pemimpin PAS tak payah Bodohkan Ahli depa lah.. Kalau yang dituduh dalam Sarawak Report tu PAS, yang saman Sarawak Report tu adalah PAS bukan Haji Hadi.. artikel SR tu tuduh Najib..tapi Hj Hadi pergi saman SR, nampak tak mudahnya Haji Hadi dikhadamkan Najib..

Kenapa Haji Hadi yg saman bukan PAS ? Sebab PAS menafsirkan " Top Echelons" dalam artikel SR dimaksudkan Haji Hadi, Dalam pembelaan SR pulak kata "Top Echelons" semua pemimpin Utama ada kaitan dengan PAS.. Tu sebab Haji Hadi Tarik balik Saman..Memang Haji Hadi dah Comfirm Kalah.. 

Macam Calon PKR yg saman Hj Hadi..Sebab dia kalah, Sebab Hj Hadi Fitnah Pil Kuda tak sebut nama... Shamsul takda hak untuk saman, Walaupun dalam penghakiman, Hakim mendapati Haji Hadi mengfitnah.. orang yg patut saman adalah PKR bukan Shamsul..

Bila Sarawak Report dalam Pembelaan dia,dia sebut yang dimaksudkan "Top Echelons" kesemua Kepimpinan Utama PAS.. tu yang Pemimpin PAS pakat takut.. Semua pemimpin depa , akaun pemimpin depa akan diheret ke Mahkamah London... Tembelang akan Pecah kat sana...

Sama macam kes 1MDB.. Bila dituduh kerugian RM 40 billion skandal 1MDB.. bukan makna RM 40 Billion masuk akaun Najib dari 1MDB, akhirnya yang sampai tak sampai 2 Billion pada akaun Najib..yang Najib terima pun bukan dari 1MDB..tapi SRC.. itu lah cara depa alirkan duit.. Cuci Duit, sama macam kes Peguam UMNO yang dapatRM 15 juta..tu sebab dalam Artikel Sarawak Report Sebut Najib alirkan RM 90 juta kepada Pemimpin Utama PAS untuk pecahkan Pembangkang.. dia tak kata masuk Akaun..

Apa yang SR tulis.. ?  RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). ".. nampak tak ada dia sebut akaun PAS ? RM 90 Juta masuk akaun mana mana ? yang jadikan kes ini dengan tajuk RM 90 juta sebagai isu bukan Pembangkang..sebenarnya PAS sendiri..

Tapi kita faham lah..IQ Pemimpin PAS, apa lagi walaun PAS bukan cerdik mana.. inilah Kelompok Ruwaibidhah.. Jangan kata hal Undang2..Hal agama pun depa jahil..Dulu depa kata depa dah menang Saman Sarawak Report.. last2 Haji Hadi sendiri tarik balik Saman.. 

Sama macam Walaun PAS sambut Haji Hadi bagai wira dulu kat Airport.. kata depa RUU 355 dah berjaya dibentang..walaupun baru baca tajuk.. Tu bukan Rang Undang2..tu baru usul pembangkang..Rang Undang2 ni dibuat Kerajaan bukan Pembangkang..baca usul pun depa kata dah bentang RUU.. begitulah mudahnya pembodohan yg berlaku kepada pengikut2 PAS..lebih teruk dari pengikut Ayah Pin.. Memang Sejarahnya orang Terengganu ada bakat sesatkan orang.. takda beza Ayah Chik dan Ayah Pin..

Depa ni jangan kata lah, Bab Undang2 Jahil..Bebas dengan jaminan Polis pun depa kata Suspek dah dibebaskan.. Macam depa percaya Najib tak bersalah sebab Najib masih bebas.. tak sangka begitu teruk cara orang agama, Bani Melayu berfikir.. agaknya tu sebab,paling ramai jadi mangsa Syarikat Scam adalah Bani Melayu.. tak heran lah air kencing Serangga pun depa tadah minum..jadi air suci.. buakn takat air anai anai 30 Juzuk..

Sudah sudah lah PAS..tak payah Bodoh kah ahli..kalau rasa saman Sarawak Report Kos tinggi..Saman jer Husam, Mahfuz.. Malah Exco Kedah dengan beraninya tunjuk resit transaksi RM 2.5 juta Duit UMNO masuk ke akaun PAS.. Jadi saman jer lah.. ni yg tuduh ni taraf Pemimpin Utama,EXCO..

Pemimpin PAS mengaku jer lah... FAKTANYA.. Sebenarnya Memang wujud Kerjasama Sulit PAS dan UMNO  sebelum PRU 14 pecahkan pembangkang.. sepertimana ditulis Sarawak Report.. Mengaku jer lah PAS memang terima Duit UMNO.. Makan Duit UMNO.. berapa pun jumlah yang sampai pada PAS tak penting..Yang penting telah dibuktikan sebelum PRU 14, Haji Hadi.. PAS makan duit UMNO.. Buat kerja untuk UMNO..Jadi Khadam Najib untuk pertahankan BN di Putrajaya.. Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support.. :)๐Ÿ‘๐Ÿ‘Œ๐Ÿ’ช๐Ÿฟ

Cnp Ipohmali๐Ÿฅณ๐Ÿคน๐Ÿฝ‍♂๐Ÿ˜Š


DOA UNTUK RAFIZI



Hari ini, 15 November adalah hari penentuan buat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada akan dibebaskan atau dipenjarakan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini akan membuat keputusan terhadap rayuannya atas sabitan hukuman penjara 30 bulan yang diterimanya mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan atau Bafia sebelum ini.

Turut disabitkan kesalahan bersama Rafizi ialah seorang kerani bank, Johari Mohamad yang didakwa bersubahat dengannya.

Sabitan kesalahan yang dilakukannya dibawah Akta Bafia ialah berkaitan pendedahan mengenai skandal  lembu NFC yang melibatkan bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dan suaminya, Salleh Ismail.

Dijangka beribu-ribu penyokong Rafizi daripada seluruh negara akan berada di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini untuk memberi sokongan moral kepadanya.

Kepada kita yang tentunya berasa gembira dan puas hari atas kejatuhan UMNO dan BN, marilah kita sama-sama turut berdoa agar rayuan Rafiz dan Johari ini diterima oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang arif lagi bijaksana.

Harus kita sedari, pendedahan Rafizi mengenai skandal NFC serta skandal-skandal lain seperti 1MDB dan Tabung Haji misalnya, telah memberi sumbangan besar kepada perubahan kerajaan yang kita nikmati sekarang ini.

Tanpa keberanian dan jiwa kentalnya mendedahkan skandal demi skandal itu, ramai antara kita barangkali tidak mengetahui dengan mendalam kebobrokan UMNO dan BN dalam merompak serta melanun kekayaan negara serta seterusnya mungkin tidak begitu terdorong untuk melakukan perubahan.

Oleh itu, doa kita untuk pembebasan Rafizi dan Johari adalah sesuatu yang relevan, melihat kepada peranan dan sumbangan besarnya selama ini.

Kita percaya, jika Rafizi terus bebas, lebih banyak lagi sumbangan dan peranan dapat dimainkannya untuk masa depan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Selamat untuk Rafizi dan semoga doa kita semua diterima Tuhan dan pembebasannya menjadi kenyataan yang menggembirakan. (ShahbudinHusin 15/11/2019)

KONGRES AMK: AZMIN TAK BALAS SURAT JEMPUTAN

TAZKIRAH PAGI JUMAAT...WARKAH BUAT HAJI KLUK KLEK.

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ

Tuan Haji,

Perkara YANG boleh berubah dalam politik IALAH pendekatan. Matlamat politik - IAITU maslahah UNTUK masyarakat - DAN prinsip politik - IAITU syura - tidak BOLEH berubah.

Tidak ADA sesiapa PUN yang berkata BAHAWA pendekatan politik TIDAK boleh berubah. Orang tidak PERNAH terlibat SECARA langsung DENGAN politik pun TIDAK akan berkata begitu.

Tuan Haji,

Masalahnya BUKAN orang LAIN tak FAHAM pendekatan politik BOLEH berubah, TAPI tuan HAJI sendiri yang MINTA orang LAIN supaya faham PUN nampak macam TAK berapa FAHAM. Kadang-kadang.

Jangan tuan HAJI LUPA label DAN gelaran YANG tuan haji BERI kepada KAMI apabila KAMI KELUAR parti yang tuan HAJI ketuai. Semua jenis makhluk DALAM hutan tuan HAJI tujukan KEPADA kami DALAM ucapan TUAN haji.

Tuan Haji,

Kenapa tuan haji BUAT begitu? Tuan haji TAK fahamkah TENTANG pendekatan politik YANG BOLEH berubah? Apabila kami KELUAR, maknanya KAMI mengubah pendekatan POLITIK kami. TAPI matlamat DAN prinsip politik tetap KAMI pegang TEGUH.

Kami tetap berpolitik UNTUK maslahah masyarakat DAN KAMI tubuh parti BARU DENGAN berpegang kepada prinsip SYURA

KAMI berpakat menubuhkan PH DEMI maslahah rakyat DENGAN menumbangkan Umno. Penubuhan PH TETAP dengan syura walaupun kami tak pandai GUNA istilah ARAB MACAM yang TUAN haji GUNA .

Tuan Haji,

Tuan haji sebenarnya kadang-kadang TAK BERAPA faham tentang politik, BEGITU JUGA dengan pengikut SETIA tuan haji. Justeru, KAMI dinerakakan, dijiratkan MALAH didoalaknatkan APABILA kami TIDAK bersama tuan HAJI .

Semua HAL itu berlaku HANYA kerana KAMI berubah DALAM pendekatan politik. Kalau TUAN haji FAHAM pendekatan politik BOLEH berubah, mengapa HAL sebegitu berlaku?

Tuan Haji,

TAPI fatwa politik TUAN haji YANG berbeza ANTARA di Cameron Highlands DAN di Tanjung Piai nampaknya seolah-olah tuan HAJI faham pula BAHAWA pendekatan POLITIK BOLEH berubah.

TAK mengapalah, SAYA bersangka BAIK BAHAWA tuan HAJI memang FAHAM hal ITU .

CUMA saya NAK minta PADA tuan haji. BUKAN nak minta tuan haji JANGAN sokong MCA, sebab ITU hak TUAN haji. Perkara yang SAYA minta DENGAN tuan HAJI ialah, berhentilah memutar leher DALIL mengikut SELERA politik TUAN haji.

Maksud SAYA, janganlah TUAN haji tafsir DALIL sesedap HATI tuan HAJI saja. Apabila menguntungkan TUAN haji, dalil ditafsir JADI HALAL. Apabila TAK untung, tuan HAJI tafsir menjadi HARAM .

TUAN Haji,

Jomlah KITA berpolitik DENGAN matang DAN sejahtera. Hentikan PERANGAI sebelum INI SEPERTI menerakakan DAN mendoa laknatkan ORANG lain YANG berbeza pandangan DENGAN parti TUAN haji.

Setakat INI dulu warkah SAYA UNTUK kali INI . Terima kasih tuan haji...!

Senyum Selalu Senyum Selalu

Mohd Mohd Muhamad Qayyum Ab Azis Abdul Latiff Wan Zulkifฤบi Wan Endut  Zulfizazuddin Zulkifli