MANUSIA PALING DIBENCI DI MALAYSIA

Rina Hamzah

Kitol semburit always on top & Abah dijangka tak akan mampu melawan Kitol dalam carta sampai bila-bila...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£.Inilah yang dipanggil , "Buat apa ada pangkat dan harta , tapi orang benci"Anwar Ibrahim




ANTARA ISI PERBINCANGAN PH BERSAMA MENTERI KEWANGAN

 Nik Nazmi

Sejak mendapat maklumat pertemuan rundingan Belanjawan 2021 antara Menteri Kewangan dan Pakatan Harapan, saya telah dijemput untuk memberi input kepada pasukan KEADILAN dan Pakatan Harapan, dan hadir pada rundingan yang diadakan pada petang tadi. 


Delegasi termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mewakili DAP dan AMANAH; manakala pasukan KEADILAN diketuai Saifuddin Nasution dan terdiri daripada Wong Chen, Akmal Nasir dan saya sendiri. 


Antara cadangan utama Pakatan Harapan adalah:


1. Meningkatkan peruntukkan Kementerian Kesihatan untuk Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD)

2. Memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000

3. Pelanjutan moratorium

4. Subsidi upah diteruskan dan mewujudkan 600,000 pekerjaan dengan menyediakan insentif  kepada majikan dan pekerja

5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan 

6. Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur kritikal termasuk  Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan projek air

Dalam perkara 5 - iaitu isu pendidikan kami menekankan keperluan simpanan atau repositori kurikulum untuk memastikan kelangsungan pendidikan. Saya juga menyuarakan kepentingan guru-guru interim ditambah bagi sekolah-sekolah yang memerlukan guru yang lebih ramai. 

Sejak era Kerajaan Pakatan Harapan saya membangkitkan keperluan mengambil bilangan guru interim lebih ramai dan saya percaya situasi Covid hari ini menuntut keperluan guru yang lebih ramai terutamanya untuk melaksanakan penjarakkan fizikal di sekolah. Matlamat akhir tentulah untuk meminimakan impak Covid kepada pelajar hari ini.


ENTAH ADA DUIT ATAU TIDAK

 


π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—₯..

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul kata kerajaan haritu PN byk duit, kewangan negara cukup stabil tak perlu nak pinjam..


Bila rakyat mahu keluarkan sebahagian akaun 1 KWSP utk kegunaan rakyat & bertahan makan minum setidaknya 8-10 bulan (terutama yg kehilangan pekerjaan) semasa Covid-19, tiba² ABAHcow nak halang tak benarkan tu kenapa ??!


Tak heranlah jika simpanan KWSP korang bakal jadi mangsa tak lama lagi..


#PNipu

#PNyamun


SR



ENAM CADANGAN UNTUK BELANJAWAN, BERUNDING TIDAK BERMAKNA PH KOMPROMI KEABSAHAN KERAJAAN

 

Pakatan Harapan telah selesai mengadakan pertemuan pertama dengan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membincangkan Belanjawan 2021.

Pakatan Harapan memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas utama Anggota Parlimen, bukan sekadar memastikan perkhidmatan awam mempunyai sumber yang cukup untuk memerangi Covid-19 secara berkesan, ia juga peluang untuk mempertahankan demokrasi dan menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih lestari dan saksama.

Dalam suasana Covid-19 yang ada pada hari ini, ekonomi Malaysia berada di dalam krisis yang mencabar survival perniagaan kecil, pekerjaan, masa depan dan keadaan kewangan rakyat Malaysia.

Penting bagi kerajaan dan pembangkang bersama untuk menghasilkan Belanjawan Perpaduan yang khusus untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi dan bertahan dalam kegawatan Covid-19.

Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, dengan mewujudkan dan memelihara pekerjaan rakyat, dan memastikan perniagaan dibantu untuk mereka terus bertahan.

Secara asasnya, kami mendesak kerajaan untuk menerapkan dasar fiskal yang mengembang dengan tujuan utama untuk meringankan cabaran aliran tunai rakyat dan syarikat.

Dalam pertemuan itu, kami mengajukan banyak pertanyaan dan meminta menteri untuk mendendahkan dan berkongsi data fiskal yang penting. Kami juga mencadangkan dan menjelaskan banyak idea dan dasar belanjawan Pakatan Harapan.

Dari semua idea yang dicadangkan, kami ingin mengetengahkan enam cadangan utama berikut kepada Menteri untuk Belanjawan Perpaduan 2021;

1. Meningkatkan peruntukkan Kementerian Kesihatan untuk Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD)

• Pemerolehan & penggunaan vaksin yang berpotensi kepada kelumpuk masyarakat paling berisiko

• Memberikan bayaran yang adil kepada barisan hadapan dan menyerap pegawai kontrak sedia ada kepada jawatan tetap

• Meningkatkan bilangan pekerja kesihatan sementara termasuk jururawat, kakitangan pembersihan dan pengesan kontak rapat

• Peruntukan khas untuk menangani krisis Covid-19 di Sabah

2. Memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri sehingga akhir krisis Covid

• Meningkatkan pendaftaran E-Kasih dan Skim Insurans Pekerjaan (EIS)

• Meningkatkan dana bagi mengatasi masalah penderaan domestik, isu kesihatan mental, penderaan warga emas dan kekurangan nutrisi kanak-kanak

3. Pelanjutan moratorium sehingga 31 Mac 2021

4. Subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program Malaysia@Kerja yang menyediakan insentif untuk tempoh 2 tahun kepada makjikan dan pekerja berharga RM13 bilion

• Fokus untuk mewujudkan pekerjaan hijau dan infrastruktur hijau (“Build Back Better”)

• Pendekatan ganjaran dan hukuman untuk sektor yang mempunyai pertumbhan yang baik, seperti sektor sarung tangan dan alat perubatan untuk meningkatkan bilangan pekerja tempatan

5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan

• Menambah baik / meningkatkan sumber untuk kelas dalam talian

• Sistem simpanan kurikulum untuk pelajar belajar dari rumah

• Meningkatkan bilangan guru sokongan dan bilik darjah untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial di sekolah

6. Perbelanjaan pembangunan untuk dua (2) projek utama, iaitu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang.

Kami berharap cadangan ini dapat diterima dan dimasukkan oleh menteri ke dalam Belanjawan Perpaduan 2021. Kami menunggu langkah dan respon berikutnya daripada kerajaan dalam proses rundingan ini.

Belanjawan Perpaduan ini adalah penting untuk menjunjung Titah DiRaja menolak pengisytiharan darurat dan mengelak pilihan raya dalam tempoh terdekat yang hanya akan mengeruhkan lagi glombang ketiga Covid-19.

Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kami ingin menekankan proses rundingan ini dilaksanakan dengan niat yang baik.

PH komited untuk bekerja dengan semua pihak bagi memerangi Covid-19, dengan hasrat menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara.

Pun begitu, proses rundingan ini tidak bermakna sokongan atau penerimaan PH dalam soal keabsahan kerajaan ini.

YB Hj Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB DS Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

1 November 2020.



HIPOKRASI AGAMA DAN PERKAUMAN BARAT JUGA WUJUD DI MALAYSIA

 

1. Serangan umum keatas umat Islam oleh Presiden Perancis, Emannuel Macron selepas pembunuhan seorang guru warga Perancis di Paris menerima kecaman seluruh umat Islam.

2. Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang individu muslim berusia 18 tahun terhadap seorang guru yang menunjukkan lukisan provokasi memaparkan kartun Nabi Muhammad saw di sekolah patut dikecam sekeras kerasnya. Walaubagaimana pun, tindakan individu terbabit tidak boleh dianggap sebagai sikap keseluruhan umat Islam.

3. Umat Islam tidak pernah menganggap pembunuhan 51 orang islam di Masjid Christchurch, New Zealand sebagai sikap dan pendirian seluruh penganut Kristian.

4. Sebagai kononnya seorang liberal pro kebebasan, Presiden Macron menunjukan sikap ekstrim secara terpilih dengan menyatakan sebelum insiden pembunuhan itu sebagai Islam menghadapi krisis secara global.

5. Sebenarnya kebebasan bersuara secara mutlak tidak wujud pun di Perancis kerana sesiapa yang menyoal kesahihan holocaust – pembunuhan Yahudi beramai ramai, boleh di dakwa dimahkamah Perancis.

6. Jadi, mengapakah penghinaan berterusan terhadap Nabi Muhammad saw yang merupakan individu terpenting kepada umat islam dibenarkan tanpa apa apa tindakan oleh pihak berkuasa Perancis?

7. Hal ini jelas menujukkan sikap dwi standard yang ketara terhadap umat Islam berbanding dengan Yahudi di Perancis.

8. Presiden Macron sebenarnya bermain politik agama dan kaum haluan kanan untuk pilihanraya Perancis. Ini sama juga dengan cara politik agama dan perkauman Presiden Trump menjelang pilihanraya Amerika. Umat Islam di Perancis dan Eropah hari ini semakin tertindas oleh Islamophobia yang terus di bakar oleh ahli politik demi mendapatkan sokongan.

9. Sebelum ahli politik kerajaan PN hari ini menyerang Presiden Perancis dan Amerika, cerminlah diri sendiri kalau mereka tidak melakukan perkara yang sama di Malaysia. Politik perkauman dan agama sering dimainkan di Malaysia tanpa tindakan sepatutnya oleh pihak berkuasa.

10. Baru baru ini sebelum PRN Sabah, seorang Timbalan Menteri dari PAS telah mengeluarkan kenyataan menyerang agama Kristian secara lantang dan terbuka. Ini jelas bertentangan dengan ajaran Rasullullah saw supaya kita tidak menghina agama lain supaya pihak berkenaan tidak menghina agama kita pula. Apa apa perbezaan pendapat bolehlah dimurnikan melalui proses dialog berilmu secara teratur.

11. Amalkanlah cara dakwah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w untuk menarik orang bukan islam kepada agama Islam, bukannya dengan bertindak untuk menambah musuh terhadap Islam.

12. Kecaman dan tuduhan liar seperti khafir harbi dan munafik haraki dan sebagai nya telah lama bermain di bibir “pejuang” parti berkenaan tanpa tindakan oleh pihak berkuasa. Adalah hipokrit untuk mereka terus mengecam pihak lain mengguna agama dan kaum apabila mereka sendiri mengamalkan yang sama untuk mengejar dan mengekalkan kuasa politik.

13. Sikap tercela dan terkutuk menggunakan agama dan kaum bukan hanya dimainkan oleh pemimpin politik Barat tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam politik di Malaysia.

14. Sebelum pemimpin PAS dan UMNO mengecam sikap serta cara politik Macron dan Trump, hendaklah mereka berdiri di hadapan cermin yang besar untuk muhasabah diri. Adakah cara mereka berpolitik memecah belahkan itu adalah mengikut ajaran serta sunnah Rasullulah saw atau adakah mengikut nafsu semata mata asal dapat berkuasa?

15. Ada baiknya jika Menteri Agama sekarang, seorang Senator dan bekas mufti yang tidak datang dari mana mana parti, menasihati pihak berkenaan tentang bahaya dan buruknya politik mengguna agama dan kaum.

16. Kita perlu akui politik kebencian keagamaan dan perkauman yang kita kecam apabila berlaku di negara barat, sebenarnya telah pun lama berakar umbi di Malaysia.

17. Jangan menuding jari pada pihak lain tentang apa yang telah lama turut berlaku dalam negara kita, bukan sahaja terhadap bukan Islam tetapi juga sesama Islam.


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.

1 November 2020.



KITA HARAP KELANTAN TERANGGANU DAN KEDAH BANTU MELAYU ISLE...

 Image may contain: 7 people, text that says "μ œλŒ€μ„Έμ΄λ₯Όκ³  BELANJAWAN SELANGOR 2021 Kerajaan Negeri teruskan Program KISS beri RM200 sebulan kepada ibu daripada kumpulan B40 beli barangan keperluan asas MediaSelangor"

Parlimen Gaduh, Kecoh, Panas? Sokong Belanjawan [2021]? Analisa 5 Tumpuan

10 Sebab Anwar Akan Berjaya Kali Ini

APA MASALAHNYA RAKYAT KELUAR DUIT KWSP?

ADUH TERTINGGAL BAS

 

W.Faudzin


Lama sangat tido loyar buruk pemuja atok ni kot.  Dia tanya statement ketua pembangkang menjelang parlimen.  Ehhh, ..dia tau tak majlis presiden baru saja bersidang, siap keluarkan kenyataan resmi lepas tu berkaitan dgn parlimen khususnya tentang pembentangan bajet.  Itulah keputusan majlis presiden yg juga mewakili kenyataan ketua pembangkang.  Takkan nak tunggu kenyataan ketua pembangkang menyokong mahathir kot baru dikira sah ?  Kesihan loyar terencat ni...



IMBASAN SEJARAH AKTA PENCEGAHAN RASUAH

 Imbasan sejarah :


Akta Pencegahan Rasuah 1997 Punca Anwar Disingkir


Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.


Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu.


Kenapa? 


Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.


Anwar Memerangi Rasuah Semasa Dalam Umno


Anwar telah berusaha membawa usul untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah 1997 di Parlimen yang memberi lebih autonomi kepada BPR dan kuasa meminta Peguam Negara membuka kes yang ditutup namun dihalang oleh PM, Tun Mahathir.


Dalam tahun 1997 juga, Anwar telah memperkemaskan lagi jawatankuasa displin bagi membenteras rasuah dalam UMNO.


Tahun 1997 juga merupakan antara yang terbanyak kes siasatan rasuah dikalangan exco dan ahli UMNO.


11 April 1997, lapan Exco negeri, 3 dari Melaka, 1 dari Kedah, Selangor dan Johor, Pahang dan Sabah disiasat atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.


Anwar telah mengumumkan pada hari yang sama di Dewan Rakyat kes siasatan BPR ke atas Menteri Besar yang menyeludup wang tunai RM2.4 juta ke Australia.


14 April 1997, skandal salahguna wang RM1.8 juta milik Wanita UMNO menyaksikan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Siti Zainab Abu Bakar dan Setiausaha Wanita UMNO, Senator Habshah Osman dipecat dari semua kedudukan.


9 Jun 1997, Anwar mengumumkan kempen basmi rasuah tidak terhad kepada UMNO sahaja, malah kepada semua komponen BN.

12 Jun 1997, enam exco negeri dan seorang Menteri Sabah disiasat oleh BPR.


4 Julai 1997, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Displin UMNO dalam kes rombongan 49 ahli UMNO Kemaman ke Zurich, Lucerne, Paris dan London.


Perakuan telah dibuat oleh Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bhg Kemaman, Mohamad Abu Bakar tentang pembiayaan rombongan berkenaan pada 29 Mei 1997 dengan belanja sebanyak RM112,700 diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu )


Menteri-Menteri Rasuah Cemas


Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.


Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya. Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas.


Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.


Mungkin macai berkata anwar juga rasuah dalam umno


Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar. 16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai. Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.


Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah?


Orang yang duduk di rumah kaca tidak berani membaling batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. 


Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.


- apages -



SPEAKER AKAN SELAMATKAN KERAJAAN ‘TEBUK ATAP’ LAGI?



WAH...RAMAI DAPAT LATOK...

 

Kamal Hero Malaya


Tahniah latuk latuk semua lamai lapat anugelah dari negeliM  Hilop Melayu.



MEETING PRA BELANJAWAN DI TEMPAT MEWAH..?

 


Nora Jamilah

Tak pandai habis berpolitik. Meeting pun di hotel-hotel mewah. Maklumlah politician elitkan...Kita haramkan duit tax kita bayar meeting di tempat-tempat mewah puak-puak elit ni...


#MuhyiddinOut

#LameDuckPM

#AnwarIn



SEMUANYA HAMPIR MELINGKUP


 Uzair Safuan.

DENGAR CITE MAS DAH BUNGKUS AWAL DAH?...SKRG MALINDO AIR PULAK PUNYA GILIRAN?...PANDAI BTUL KJAAN PNGOK JAGA EKONOMI NEGARA?...TGGU AIR ASIA PULAK KOT NAK MELINGKUP?..KJAAN PNGOK KAN PANDAI JAGA EKONOMI?..KATA DEPA LAH???



ADAKAH KERAJAAN TIDAK BOLEH LAKUKAN PINDAAN DI PARLIMEN?



Rohayuddin Yaakub


 1. Perdana Menteri dah kenapa? Seolah ingin mencetus ketakutan awam, menimbul ketidak puas hati terhadap YDPA dan menyalahkan pihak lain?? 


2. Tidak bolehkah DUN atau parlimen meminda perlembagaan utk peruntukan sementara bagi menangguh PRN/PRK utk 3-6 bulan atau hingga Covid lebih terkawal??


3. Kalau tak boleh, adakan SOP baru pilihanraya sewaktu Covid dan KKM peneraju dalam membuat SOP. Semua golongan terpaksa ikuti norma baru pada waktu ini. Apa beza dan istimewanya org politik? Terutama dalam berkempen dsbnya??

Boleh saja gunakan media/TV untuk berkempen semasa pilihanraya, tiada himpunan dan kontak ramai. 


4. Bukankah sudah ada SOP semasa PRK Chini dan Slim?? Persoalan org politik patuhi atau tidak? Yg kita nampak jelas di PRN Sabah, mereka melanggar SOP tanpa dihukum oleh penguatkuasa!


5. Kalau dah tak mampu mentadbir dgn baik dan bertanggungjawab, letaklah jawatan dgn bermaruah.


6. Datangmu tidak dijemput, pergimu tidak  dihalang (malah dialu-alukan).



SUPAYA MELAYU FELDA SEDAR..



Ibrahim Mat Isa

 Ohhhh.. jadi gini kerja kamu sejak masuk ikut atap.


Mungkin rasa tak bersalah kalau buat apa pun sebab haji dan lebai parti agama dapat menentukan perbuatan kamu itu halal.


Ok sila jual lagi apa yang patut. Gak pa pa kok!

KELUHAN HATI..



 Kadang-kadang menyinggah juga di hati. Apa yang aku sibukkan sangat hal politik di Malaysia ini?


Terus terang, aku kelompok T20. Jadi segala skim bantuan kerajaan tak pernah sampai kepada aku. Tak pernah aku nikmati.


Cukai pendapatan aku cukup untuk beli kereta secara tunai. Tapi aku sendiri berhutang beli kereta.


Dan terbaharu, isu KWSP. Aku sibuk nak kerajaan beri keluar duit tu. Sedangkan aku tak perlu pun. Tapi yang B40, dok sibuk sokong kerajaan.


Aku menulis di fb ni bukan sebab politik sangat pun. Aku tak ada jawatan politik. Bahkan parti politik pun tak ada. Aku nonpartisan.


Aku sokong DS Anwar bukan sebab aku dijanjikan jawatan politik, macam sesetengah pembenci DS Anwar yang terlepas jawatan politik bila PH jatuh.


Aku tak ada kepentingan pun. Tapi kenapa aku sibuk nak tulis panjang lebar di fb? Untuk apa?


Untuk keturunan aku. Untuk anak cucu cicit aku. Untuk masa depan negara yang aku cintai.


Selalu aku beritahu anak aku, bila mereka masuk alam pekerjaan, bersedialah untuk hidup susah. Jangan bayang dapat hidup semewah sekarang ini.


Mereka akan mulakan hidup dengan gaji kecil. Mungkin bawah seribu. Paling tinggi mungkin tiga ribu. Macam aku pernah lalui masa dulu.


Bayangkan masa itu, harga rumah sampai berjuta. Barangan keperluan pun berganda. Belanja sekolah anak pun makan ribuan ringgit setiap bulan.


Bersedia untuk hidup susah. Mungkin tinggal rumah setinggan. Mungkin tak mampu beli kereta. Mungkin terpaksa ikat perut. Because once you finish your study, you'll be on your own.


Ayah takkan mua dan manjakan kamu dengan bantuan kewangan. Kamu terpaksa telan semua kepahitan. Kerana itu yang akan dewasakan kamu.


Tap satu yang ayah akan bantu. Ayah akan usahakan negara ini ditadbir secara baik. Ditadbir dengan ketelusan. Keadilan ditegakkan.


Dan itulah yang aku buat sekarang. Aku aktif di fb ini untuk mencipta kesedaran di kalangan rakyat.


Negara ini perlu ditadbir oleh orang yang jujur, yang ikhlas, yang punya idea, yang punya integriti.


Kerana jika itu tidak berlaku, anak-anak kita akan terkejung di negara sendiri. Mereka akan merempat. Mereka akan merana ditekan ekonomi.


Masa itu, aku sudah tua. Mungkin sudah mati. Aku sudah tidak terkait dengan dunia lagi. Tapi tidak untuk anak-anak aku. Anak-anak kita.


Mereka akan terima kesan dari kecuaian kita memilih pemimpin. Atau kedangkalan kita membiarkan yang tidak layak memimpin negara.


Maka sebab itu, kita kena mula dari sekarang. Selamatkan negara ini. Demi masa depan generasi kita...


LAWAN TETAP LAWAN

#DSAI4PM9

#MuhyiddinQut 


- R a j a G e l a p -



AMK tubuh Tabung Bantuan Covid19 Sabah

 




Kesukaran rakyat Sabah menghadapi pandemik Covid 19 dan kurangnya bantuan bakul makanan yang diagihkan Kerajaan Negeri membawa inisiatif Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menubuhkan tabung bantuan kemanusian Sabah.

 

Menurut Ketua AMK, Akmal Nasir, pertubuhan itu telah pun menyumbangkan bantuan awal ke Sabah dan bantuan seterusnya akan dihantar secara berperingkat.

 

"Alhamdulillah AMK Malaysia telah menyalurkan sumbangan yang diterima kepada AMK Sabah untuk urusan agihan di sana.

 

"Terima kasih kepada dermawan yang telah bermurah hati dan percayalah, doa daripada mereka yang dibantu oleh sumbangan saudara-saudari adalah amat bermakna.

 

"Keadaan di Sabah masih banyak perkara yang boleh dibantu, maka kami akan terus membuka Tabung Bantuan Covid19 Sabah sehingga hujung minggu ini," katanya.

 

Sehubungan itu, Akmal merayu para dermawan yang ingin membantu agar menyalurkan ke akaun bank atas nama Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan), nombor akaun 21243960010033, RHB Bank.

 

Akmal memberi jaminan segala sumbangan akan diserahkan sepenuhnya kepada rakan-rakan di Sabah yang amat memerlukan.

 

LUAS berjaya kawal pencemaran air sungai di Hulu Kuang

 




Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjaya mengawal pencemaran air di hulu Sungai Kuang berikutan kebakaran besar yang memusnahkan sebuah kilang pemprosesan plastik pada petang 30 Oktober lalu.

 

Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, tindakan menangani pencemaran bau sekitar 3 ton dari sisa kebakaran kilang berkenaan dilakukan dengan menggunakan bahan karbon aktif.

 

"Siasatan pihak LUAS dan Air Selangor mendapati sisa kebakaran (yang mengalir ke sungai) telah membeku pada permukaan air. Sisa kehitaman kesan bahan terbakar mengalir masuk ke alur air di hulu Sungai Kuang sehingga menyebabkan kesan bau sekitar 3 ton melalui pensampelan bau yang telah dilaksanakan. Jarak insiden ke muka sauk loji rawatan air (LRA) terdekat iaitu di Rantau Panjang dalam anggaran 33km.

 

"LUAS dan Air Selangor melaksanakan langkah awal nyah bau dengan meletakkan 43 beg activated carbon untuk mengawal pencemaran di Sungai Kundang (aliran masuk daripada Sungai Kuang) sekali gus mengelakkan bau dari sisa kebakaran tersebut mengalir sehingga ke Sungai Sembah dan seterusnya ke Sungai Selangor. Dilaporkan pihak Bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut sekitar jam 4.30 pagi.

 

"Sehingga kini, LUAS, Air Selangor dan MPS sedang dalam proses untuk menghentikan sisa kebakaran daripada mengalir ke dalam sungai melalui cadangan pembinaan ban tanah di lokasi," katanya dalam satu kenyataan.

 

LUAS juga, kata Hee lagi, akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air.

 

Hee turut mengesahkan tiada henti tugas LRA dan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan. Langkah-langkah mitigasi susulan, katanya, akan dijalankan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat.

 

Bakul makanan lambat sampai, rakyat Sabah hilang sabar dengan GRS

 






Rakyat Sabah dilihat sudah semakin hilang sabar terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) apabila lewat menghantar bantuan bakul makanan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

 

Menurut portal IniSabahBah, lebih sejuta rakyat Sabah masih belum menerima bantuan bakul makanan.

 

Ini selepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendedahkan hanya sejumlah 102,730 bakul makanan telah diagihkan di seluruh negeri itu.

 

Ini bermakna sebilangan besar setiap keluarga di Sabah masih belum menerima bakul makanan.

 

Sedangkan Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar sebelum ini berjanji bahawa rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menerima bantuan tersebut, sejajar dengan penambahan peruntukan berjumlah RM160 juta yang diumum oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor.

 

Namun setelah beberapa hari, janji yang tinggal janji itu akhirnya membangkitkan kemarahan sebilangan penduduk Tawau yang mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda protes.

 

Ini kerana penduduk di kawasan itu amat memerlukan bekalan makanan, namun tidak dibenarkan berbuat demikian disebabkan terikat dengan SOP dan PKPD.

 

“Masuk hari keempat apa jenis bantuan makanan pun tidak diberi seperti yang diumum oleh Menteri.

 

“Bekalan makanan dari luar tidak dibenarkan masuk. Ketua kelurga yang mahu berbelanja keperluan rumah tidak dibenarkan keluar. Ahli keluarga bawa makanan sampai pagar pun tidak boleh!" lapor IniSabahBah.

 

Rakyat Sabah memberi kepercayaan kepada GRS dalam pilihan raya lalu untuk mentadbir kerajaan negeri, namun lain pula cara mereka membalas budi dan mandat rakyat.


Yidin jangan main muslihat nanti terbelit

 YIDIN JANGAN MAIN MUSLIHAT NANTI TERBELIT

Konon tanpa DAP kerajaan Melayu bagus …..

  KONON TANPA DAP KERAJAAN MELAYU BAGUS …..

A.S BOLEH PRU MENGAPA PERLU DARURAT ELAK PRN SARAWAK?


Mesyuarat PH ‘senyap’ tentang rancangan Anwar-Zahid-Najib








Tiada siapa yang membangkitkan mengenai isu itu tetapi fokus kepada dilema untuk menyokong belanjawan bulan depan.

MalaysiaNow

Oct 30, 2020

 

 

Tiada sesiapa yang membangkitkan tentang kerjasama antara pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dengan pemimpin tertinggi Umno semasa mesyuarat gabungan pembangkang itu semalam, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Situasi itu berbeza apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencadangkan “kerajaan perpaduan” sedekad lalu untuk bekerjasama dengan musuh Pakatan Rakyat padPakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 selepas majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Bagaimanapun gabungan itu berpecah pada 2015 selepas pertembungan antara PAS dan DAP dalam beberapa isu.

“Isu yang besar itu langsung tidak dibangkitkan,” kata seorang pembantu pemimpin yang menghadiri mesyuarat PH semalam.

“Mesyuarat tentang belanjawan akan datang dan bagaimana PH harus respons kepada titah Agong sehari sebelum itu (Rabu),” katanya merujuk kepada kenyataan Istana Negara yang menggesa ahli-ahli Parlimen menyokong belanjawan yang dibentangkan minggu hadapan bagi memastikan perang melawan Covid-19 akan terjejas.

Mesyuarat PH semalam yang pertama diadakan selepas pendedahan kerjasama Anwar, Zahid dan bekas perdana menteri, Najib Razak yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin melalui pembelotan sejumlah ahli-ahli Parlimen Umno.

Tidak seperti mesyuarat PH, pendedahan itu menyebabkan mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN dan Majlis Tertinggi Umno panas.

Minggu ini, Najib yang menjadi sasaran PH semasa kempen pilihan raya umum 2018 kerana skandal 1MDB, mengakui menggesa ahli-ahli Parlimen BN untuk menyokong cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Isu yang besar itu langsung tidak dibangkitkan,” kata seorang pembantu pemimpin yang menghadiri mesyuarat PH semalam.

Awal bulan ini MalaysiaNow mendedahkan Zahid menulis surat ke Istana Negara untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri dua hari sebelum Anwar mengadap Agong bagi membuktikan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen, menyebabkan kemarahan pemimpin kanan Umno.

a ketika itu.

MalaysiaNow turut mendedahkan perincian pertemuan sulit di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara selepas perdana menteri diberikan salinan surat yang turut ditandatangani oleh Najib itu.

Tetapi selepas diasak kepimpinan Umno, Zahid membuat “pusingan U”, menarik kembali sokongannya terhadap Anwar, dan terpaksa mengeluarkan sekurang-kurangnya dua kenyataan, termasuk awal bagi tadi bagi mengikrarkan sokongan terhadap kerajaan PN yang mana Umno sebahagian daripadanya.

“Pusingan U” Zahid juga dilakukan ketika Agong memberikan amaran kepada ahli-ahli politik agar tidak mengganggu kestabilan kerajaan ketika perang melawan pandemik Covid-19 sedang berjalan.

Seorang pegawai kepada bekas menteri memberitahu MalaysiaNow boleh difahami mengapa kepimpinan PH “senyap” tentang kerjasama Anwar-Zahid-Najib kerana kebanyakan mereka merasakan terdapat masalah lebih besar.

“Bagaimana untuk berdepan dengan titah Diraja yang menggesa menyokong belanjawan akan datang,” katanya.

Arahan itu dikeluarkan Istana Negara kerana dibimbangi sebarang usaha menggagalkan belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat depan akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin tumbang dan pilihan raya umum musim pandemik tidak dapat dielakkan.

“Terdapat cadangan untuk mentafsir kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada Rabu mengikut kepentingan PH termasuk mendesak Muhyiddin berbincang dengan pembangkang semasa menyediakan belanjawan.

“Tuntutan ini tak masuk akal tetapi boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menyokong belanjawan walaupun sudah terdapat titah Agong.”

MalaysiaNow cuba untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PH tetapi tidak berjaya.