Tidak benar 'orang luar' jadi calon KEADILAN Sabah





Laporan media kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini tidak semestinya dipilih dari kalangan anak tempatan adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan perkara itu pernah diucapkan ketika majlis Pelancaran Jentera PRN KEADILAN Sabah kelmarin.

"Ingin ditegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak pernah menyebut mengenai perkara berkenaan sebaliknya menegaskan pemilihan calon yang akan mewakili parti berkenaan perlu berdasarkan integriti mereka.

"Juga ingin dimaklumkan kenyataan "bukan dari mana" yang disebut Datuk Seri Anwar semasa ucapan bermaksud seseorang calon itu tidak semestinya berasal daerah atau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang sama, sebaliknya mereka berpotensi untuk dicalonkan di kawasan lain. Contohnya, sekiranya calon tersebut berasal dari Inanam tidak semestinya beliau akan bertanding di kerusi tersebut," ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, Anwar tegas dalam pendirian akan memberi lebih banyak kebebasan kepada KEADILAN Sabah dalam memilih calon yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman menguruskan kawasan.

"Datuk Seri Anwar mengulangi pendirian bahawa beliau secara dasarnya bersetuju memberikan lebih banyak kebebasan untuk KEADILAN Sabah memilih calon mereka sendiri.

"Pejabat Datuk Seri Anwar berharap agar pihak media lebih bertanggungjawab dengan laporan yang dikeluarkan dan dalam masa yang sama dapat menerbitkan berita yang sahih dan seimbang kepada semua pembaca mereka," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tular berita bertajuk 'Calon PKR tidak semestinya dari Sabah: Anwar' yang seolah-olah menggambarkan pergolakan dalaman antara KEADILAN Sabah dan Presiden Datuk Seri Anwar dalam isu memutuskan calon.


BILA LAGI BERSATU NAK PECAT OSMAN SAPIAN? ADAKAH MUHYIDDIN TAKUT?


Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian hadir dalam satu majlis anjuran Pejuang malam tadi, tiga hari selepas Lembaga Disiplin Bersatu berkata Adun Kempas itu masih menjadi anggota parti tersebut.
Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad malam tadi memuat naik gambar dan video kehadiran Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam PRK Slim baru-baru ini.
Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan turut melaungkan “Hidup Pejuang!”.
Dalam pada itu, ketika bercakap kepada sebuah portal berita sama ada beliau sudah meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang, Osman hanya menjawab: “Belum lagi”.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Megat Najmuddin Megat Khas enggan mengulas perkara itu dan berkata, pihaknya hanya dapat bertindak jika terdapat aduan rasmi dibuat dan bukti dikemukakan.
Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 29-27.
Jika Osman dipecat daripada Bersatu dan kemudian mengalihkan sokongannya kepada pembangkang, kedudukanDUN Johor akan jadi tergantung atau dalam kedudukan 28-28.
PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan memiliki 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).
Osman sebelum ini juga hadir dalam kempen Pejuang dalam PRK Slim tetapi menjelaskan kunjungan itu hanya untuk menjenguk kawan-kawan.
Beliau malah didapati berkempen untuk calon Pejuang dalam PRK Slim itu.
Laporan awal ketika itu memetik Megat Najmuddin sebagai berkata keahlian Osman telah gugur dengan sendirinya berikutan kehadirannya dalam program Pejuang yang merupakan blok pembangkang dalam negara ini.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, perkara itu seolah-olah ditarik balik dengan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin mengatakan, siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Osman.
Soalnya, sudahkah siasatan dijalankan terhadap Osman?
Kenapa lambat sangat?
Mengapa memecat pemimpin Bersatu yang lain begitu cepat dan pantas, bahkan tanpa siasatan dan tanpa dipanggil membela diri?
Kenapa pula siasatan lanjut mahu dijalankan terhadap Osman?
Bukankah kehadirannya dalam majlis Pejuang, malah berkempen dalam PRK Slim sudah terang lagi nyata?
Sementara itu, kehadiran Osman buat kali kedua dalam program Pejuang malam semalam jelas merupakan cabaran buat Bersatu agar berani mengambil tindakan atau memecatnya.
Beranikah Muhyiddin Yassin mengambil tindakan memecat Osman atau Muhyiddin lebih takut kerajaan negeri Johor tumbang akibat daripadanya?
Dalam pada itu, maklumat dari Johor menyebut, jika Osman dipecat, ada tiga hingga lima Adun Bersatu akan turut mengikut jejak langkahnya.
Apakah dalam hal ini, bekas Menteri Besar Johor itu bebas berbuat apa saja, termasuk terus hadir lagi dalam program-program Pejuang selepas ini? (Shahbudindotcom 07/09/2020)

PRN SABAH: ANWAR PERLU BUAT KEPUTUSAN TEGAS

DAP cadang 3 insentif perlindungan ekonomi untuk selamatkan pekerjaan, pendapatan rakyat



Oleh Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
Satu juta rakyat Malaysia yang menganggur menjelang bulan September memerlukan 3 perlindungan ekonomi berjumlah RM31.4 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian. Ia merangkumi bantuan bulanan RM1,000, pelanjutan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi serta insentif pengambilan pekerja kepada majikan dan pekerja. Dengan kadar pengangguran pada 4.9% bersamaan 773,200 penganggur pada bulan Jun 2020, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menyatakan bahawa pada bulan September, jumlah penganggur di negara ini akan meningkat kepaada satu juta orang.
Saravanan mengaitkan peningkatan jumlah pengangguran rakyat Malaysia kepada 1 juta, dengan tambahan 350,000 orang siswazah baharu dan 200,000 orang rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara. Satu juta rakyat Malaysia yang menganggur akan menjadi jumlah yang tertinggi dalam sejarah dan memerlukan tindakan segera oleh Kerajaan melalui peningkatan pinjaman berjumlah puluhan bilion ringgit.
DAP mencadangkan 3 perlindungan ekonomi berjumlah RM31.4 bilion. Pertama, pelaksanaan serta merta peningkatan bantuan kebajikan bulanan daripada RM200-300 kepada RM1,000 yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM12 bilion. Ini akan menyediakan jaringan keselamatan serta merta bagi pekerja yang menganggur.
Kedua, pelanjutan moratorium pembayaran pinjaman bank selama 6 bulan lagi apabila tamat pada 30 September, berjumlah RM6.4 bilion yang akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengatakan bahawa jumlah nilai moratorium pinjaman adalah RM78.14 bilion setakat 21 Ogos 2020. RM27.35 bilion telah dimanfaatkan oleh 300,000 perniagaan manakala RM50.79 bilion telah dimanfaatkan oleh 7.7 juta individu Malaysia.
Ketiga, insentif pengambilan pekerja di bawah #MalaysiaKerja sebanyak RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 kepada majikan untuk mendorong majikan mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh PH dalam Belanjawan 2020. Memperluaskan skim ini untuk menampung 600,000 pekerja Malaysia dan majikan mereka akan menelan belanja sebanyak RM13 bilion. Insentif ini juga akan membantu lebih dari 500,000 anak muda yang menganggur, yang merupakan sebahagian besar daripada 4.9% kadar pengangguran.
Malaysia adalah ekonomi dengan prestasi terburuk di ASEAN dengan penguncupan KDNK 17.1% pada suku tahun kedua 2020. Demi menyelamatkan dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi kita sekarang, fokus kewangan kerajaan harus beralih daripada mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang. Meminjam RM31.4 bilion untuk membantu satu juta rakyat Malaysia yang menganggur mungkin mahal tetapi diperlukan untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat Malaysia.

PELABUR TERUS JUAL EKUITI, EKONOMI MALAYSIA BERMASALAH

Menteri perlekeh anak muda, tolak PN di Sabah - Fahmi




Penghinaan ke atas pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bukan sahaja melampau tetapi merupakan sifat buruk dan menjadi kebiasaan pemimpin Umno/Perikatan Nasional (PN) yang sering tidak menghormati anak muda.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, sikap memperlecehkan suara anak muda sudah menjadi 'mainan' BN dan kemudian PN. Namun sikap itu, katanya, boleh mewujudkan jurang penyampaian maklumat kerajaan - rakyat yang meluas pada masa hadapan jika tidak ditangani.

"Inilah masalah generasi (tua) yang tidak faham dan memperlekeh anak-anak muda. Kalau kita lihat dalam kalangan timbalan menteri dari Umno, yang mana ramai kita tengok di Parlimen, golongan yang lebih tua ini (PN) sering memperlekeh anak-anak muda termasuk saya sendiri.

"Ahli Parlimen dari DAP atau Syed Sadiq dipanggil budak, dipanggil cucu. Saya melihat anak muda, termasuk Veveonah bagi mereka apabila bersuara dianggap tidak begitu penting.

"Berbeza dengan kami dalam Pakatan Harapan (PH). Kami cukup marah bila anak muda seperti Veveonah diperkotak-katikkan malah dituduh menipu. Timbalan menteri itu bukan bersembang di FB atau kedai kopi, dia bercakap (menuduh) di Dewan Negara," kata Fahmi dalam program sembang santai 'Apa Cerita Bah?' sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

Bagi Pengerusi Biro Komunikasi KEADILAN itu, menteri kerajaan PN seharusnya sedar mengenai kekurangan peralatan pembelajaran dalam kalangan mahasiswa atau akses internet yang lemah di kawasan pedalaman sebelum melontarkan kenyataan. Kenyataan mengelirukan, katanya, hanya akan merosakkan masa hadapan seorang pelajar malang seperti Veveonah.

"Saya sedih sebab ada dua perkara yang timbul di sini. Pertama, golongan penguasa di Putrajaya tidak mengambil serius perkara ini. Sebab mereka tidak faham masalah yang dihadapi.

"Saya beri contoh di kawasan saya ada ramai mahasiswa Universiti Malaya. Ramai daripada mereka berasal dari pelbagai tempat. Semasa PKP mereka terpaksa kuliah secara on line.

"Di situ kita lihat masalah besar. Tak ada laptop, tak ada internet. Itu perkara asas yang sepatutnya perlu difahami oleh menteri. Bukan isu orang itu nak jadi youtuber, viral dan sebagainya," katanya lagi.

Oleh itu, Fahmi menyeru agar pengundi rakyat Sabah sedar terhadap pengabaian yang dilakukan oleh kerajaan PN ke atas mereka. Rakyat Sabah harus bangkit bagi memastikan kerajaan negeri ditadbir oleh Warisan dan PH yang boleh menggunakan hasil negeri untuk membantu rakyat semampu yang mungkin.

"Saya kaji siapa yang paling banyak bercakap mengenai isu Veveonah ini. Paling banyak di Selangor dan kedua di Sabah.

"Bila kita selidik rupanya ramai anak Sabah yang belajar atau bekerja di Selangor. Jelas anak Sabah marah dan harapan saya agar mereka boleh balik pada 26 September nanti.

"Balik mengundi dan kekalkan kemenangan Warisan - PH agar kita dapat teruskan pembangungan di Sabah dengan baik," katanya lagi.


Menteri PAS Khairuddin menjadi simbol utama keburukan kerajaan Perikatan Nasional — di mana Rukun Negara dicabuli dan terdapatnya pilih kasih dalam negara kita


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin 7 September 2020:



Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali daripada PAS kini menjadi simbol utama keburukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mencabuli prinsip-prinsip Rukun Negara dan mendedahkan sikap pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang dalam negara. 
Apabila saya terbaca dalam berita pagi ini, di mana seorang pegawai polis kanan juga ditangkap dalam satu operasi pematuhan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bersama dengan 227 orang yang lain di Petaling Jaya, orang pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah Khairuddin. 

Saya percaya yang bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia yang masih tertanya-tanya, mengapa pihak Polis memerlukan masa yang sebegini lama untuk memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap Khairuddin yang telah melanggar SOP Kuarantin Covid-19, sedangkan setiap hari, tindakan diambil terhadap rakyat biasa yang telah melanggar peraturan PKPP. 
Adakah norma baharu dalam PKPP merangkumi sikap menerima tanpa menyoal, layanan dan peraturan berbeza di antara rakyat biasa dan golongan kenamaan?
Lebih daripada tiga minggu telah berlalu sejak pelanggaran SOP Kuarantin Covid-19 oleh Khairuddin sejurus selepas pulang daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai ni dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Parlimen.
Khairuddin dan ahli rombongan beliau tidak teragak-agak untuk melanggar SOP kuarantin ini, sehinggalah perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen pada 18 Ogos. Jika tidak kerana pendedahan awam ini, Kementerian Kesihatan mungkin tidak akan mengenakan beliau denda RM1,000 dan beliau pastinya tidak akan memohon maaf. 
Adakah ini contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang Menteri PAS dalam Kabinet Muhyiddin?
Apa yang lagi pelik dan luar biasa adalah walaupun setelah tiga minggu selepas pendedahan ini dibuat, rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran penuh mengenai lawatan Khairuddin dan rombongan beliau ke Turki dan pelanggaran SOP yang menyusuli, serta hasil siasatan polis, dan status pelbagai penipuan yang pada mulanya dikeluarkan semasa isu ini masih hangat diperbualkan seperti; kononnya Turki adalah negara “zon hijau” semasa lawatan ini berlangsung sedangkan Turki merupakan pusat penularan utama wabak Covid-19 pada masa tersebut. 
Adakah kita akan dapat melihat pendedahan sejelas-jelasnya yang bertanggungjawab dan telus mengenai perkara ini?
Adakah Khairuddin akan berterus-terang mengenai lawatan beliau bersama rombongan beliau ke Turki ini? Dan mengapa beliau berkeberatan untuk memberitahu rakyat Malaysia mengenai perkara ini?
Adakah Muhyiddin bertanggungjawab ke atas Menteri Kabinet beliau atau Menteri PAS ini berada dalam satu kategori yang berlainan? 


Senator kemuka usul kenakan tindakan terhadap Timbalan Menteri Komunikasi



Satu usul rasmi dikemukakan di Dewan Negara bagi menggesa supaya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disiasat dan dikenakan tindakan kerana memberi jawapan palsu berhubung masalah internet yang dihadapi oleh pelajar universiti, Veveonah Mosibin.

Usul itu dikemukakan Senator Alan Ling Sie Kiong dengan meminta supaya Zahidi dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.

"Pada 3 September 2020, Zahidi didapati telah memberi jawapan palsu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Beliau telah membuat dakwaan palsu dengan menyatakan saudari Veveonah hanya mahu mencari populariti dalam videonya yang tular berkenaan usahanya untuk menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.

"Pada 4 September 2020, saudari Veveonah telah menafikan kenyataan palsu Zahidi dan telah menunjukkan Jadual Peperiksaan Akhir Semester 2, Sesi 2019/2020, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah kepada pihak media," katanya dalam kenyataan.

Alan berkata, meskipun Zahidi telah membuat permohonan maaf, namun ia telah mendatangkan kesan buruk dan negatif kepada Veveonah dan keluarganya.

"Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia juga telah mengelirukan dan mencemarkan integriti Dewan yang mulia ini.

"Oleh yang demikian, Zahidi perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara untuk disiasat dan diambil tindakan tegas atas sikap tidak bertanggungjawab ini.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan perlu memutuskan sama ada Zahidi berkata benar berkenaan dakwaan mendapat maklumat tidak benar ketika memberi jawapan kepada Dewan Negara. Tindakan serius ini adalah untuk menjaga integriti Dewan Negara yang mulia ini," katanya.


MAKNA ASSABIYAH SEBENARNYA

BANYAK AKTA, MENGAPA MENTERI AIR TIDAK KENAKAN DAKWAAN BERAT?

MAKIN TERUK MERAPU MENTERI PAS….

AMK gesa Timbalan Menteri Komunikasi letak jawatan



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berhubung kenyataan terhadap pelajar Veveonah Mosibin.

Pengarah Komunikasi AMK Sarawak, Mohd Arwin Lim Abdullah menganggap kenyataan Zahidi telah membawa aib terhadap Veveonah seolah-olah pelajar itu merupakan seorang yang tidak jujur dan hanya ingin mencari populariti murahan.

"Timbalan Menteri dalam akaun media sosialnya telah mengakui bahawa kenyataan beliau di dalam Dewan Negara pada hari ini berkenaan saudari Veveonah Mosibin adalah tidak tepat.

"Jelas, tindakan Timbalan Menteri sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dianggap sebagai menghina Dewan Negara kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan dewan serta rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Arwin juga menempelak sikap Zahidi yang dianggap begitu angkuh sehingga mempersenda kesusahan dan cabaran yang dialami anak muda dari kawasan luar bandar.

Katanya, cabaran-cabaran tersebut adalah hasil daripada kegagalan serta kecuaian pihak kerajaan dalam membekalkan kemudahan infrastruktur yang asas kepada penduduk luar bandar.

"AMK Sarawak juga berasa sangat kesal kerana daripada cuba untuk memahami dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak muda dan penduduk di kawasan luar bandar, Timbalan Menteri telah memilih untuk mengeluarkan tohmahan palsu terhadap mereka bagi menyembunyikan dirinya daripada dipertanggungjawabkan sama ada beliau telah gagal dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

"Oleh demikian, AMK Sarawak berpendapat bahawa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia harus meletak jawatan dan meminta maaf khususnya kepada Veveonah Mosibin dan anak muda serta penduduk di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

"Kami juga mendesak supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia fokus dalam menyelesaikan isu rakyat dan bukannya sibuk mencari helah untuk menutup kelemahan mereka sendiri," katanya.



INI KALAU ZAMAN PH SAKAN LA WALAUNCAI MELOMPAT


Kes 302 bunuh dan gilis terlepas.....kalau PH yang perintah ni akan bangkit lah pejuang agama dan bangsa macam kes arwah Adib....tapi bila jea kerajaan PN perintah harimau-harimau pembela bangsa dan agama telah menjadi menjadi kura-kura yang masukkan diri dalam cengkerangnya.....kaku.

ANWAR DAN PKR JAUH LEBIH SELESA TANPA AZMIN


Apakah perkara paling mudah untuk difahami apabila Azmin Ali yang baru menyertai Bersatu tiba-tiba mengatakan dirinya lebih selesa bersama UMNO dan Pas berbanding Anwar Ibrahim.
Walhal, beliau bersama dengan UMNO dan Pas baru saja sejak kira-kira enam bulan yang lalu sedangkan bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat itu telah bekerjasama dengan Anwar dan PKR bermula puluhan tahun dahulu lagi.
Apakah yang menyebabkan UMNO dan Pas lebih didambainya sekarang ini?
Apakah Azmin telah melupai Anwar sebagai bekas bossnya di mana beliau adalah Setiausaha Sulit Anwar selama puluhan tahun sebelum ini?
Apakah Azmin juga telah melupai bahawa PKR adalah tempatnya bertapak dan membina nama dalam dunia politik sehingga memungkinkannya berada di kedudukan sekarang ini?
Apa juga cubaan Azmin untuk memburukkan Anwar dan PKR serta dalam masa yang sama mula mengampu UMNO serta Pas, ia bukanlah sesuatu yang ikhlas, tetapi petanda bahawa Ahli Parlimen Gombak itu belum ada kedudukan yang selamat bersama kedua-dua parti itu dalam PRU akan datang.
Sementara PKR akan mengejar dan meletakkan pesaing yang berkaliber untuk menewaskan Azmin, tak kira di mana saja beliau akan bertanding, UMNO dan Pas Gombak juga telah sepakat menolak kerusi Parlimen Gombak daripada diperuntukkan kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan dan Industri itu.
Lebih daripada itu, UMNO dan BN Selangor di bawah pimpinan Noh Omar juga tegar menolak sebarang kerjasama atau laluan kepada Azmin.
Bermakna, sama ada Gombak atau lain-lain kawasan, kedudukan Azmin adalah tidak selamat selagi UMNO dan Pas tidak sedia memberi laluan serta sokongan kepadanya.
Dalam erti kata lain, walaupun Azmin mengatakan beliau selesa bersama UMNO dan Pas, hakikatnya kedua-dua parti tidaklah selesa untuk bersama dengannya.
Ini kerana, tanpa adanya Azmin dan Bersatu bersama mereka, peluang UMNO dengan Pas adalah lebih cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Gombak.
Maka, apa lagi pilihan yang ada bagi Azmin?
Demi survivalnya, Azmin terpaksa bermuka tebal membodek serta mengampu kedua-dua parti itu, khususnya UMNO walaupun dia tahu tiada pemimpin UMNO yang mahu berdamping dengannya.
Harapannya cuma satu – dengam bodek dan ampunya itu semoga akhirnya UMNO dan Pas dapat memberi laluan dan menyokongnya kerana itulah satu-satunya cara untuk beliau terus dapat bernafas lagi dalam politik di negara ini.
Jika tidak, dengan bertanding bersendirian dan berhadapan dalam pertandingan tiga penjuru dengan UMNO atau Pas dan PH, hampir pasti tiada peluang untuknya menang, tak kira sama ada di kerusi tradisinya di Gombak atau di lain-lain tempat.
Cuma yang pasti, selain Azmin mengatakan beliau tidak lagi selesa bersama PKR dan Anwar, Anwar dan PKR pula sebenarnya jauh lebih selesa sekarang ini setelah tiada lagi Azmin bersama mereka.
Pergilah jauh-jauh Min….(Shahbudindotcom 07/09/2020)

(function() { var d = document, w = window; w

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR