PIAGAM ATAU PAWAGAM?


Tamrin Tun Ghafar
Sabtu – 01/06/19
( 1 – 32 )
1. PIAGAM adalah Perlembagaan dan Dasar yang dimuktamadkan bersama yang melibatkan sesuatu dasar antara pihak-pihak tertentu.
2. Semua pihak yang menandatangani Piagam ini harus bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui.
3. PAWAGAM pula adalah ringkasan 3 perkataan , Panggung Wayang Gambar atau dalam bahasa Inggerisnya – cinema.
4. Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam tahun 622M bersamaan Tahun Pertama Hijrah merupakan Perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah dunia.
5. 10hb Januari 1920 menyaksikan satu lagi Piagam yang telah ditandatangani oleh negara – negara bersekutu yang telah menang peperangan dunia pertama dengan ujudnya The League of Nations yang kemudiannya dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau United Nations ( UN ).
6. Baru – baru ini suatu mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan khusus bagi menghalusi isi kandungan perjanjian yang bakal menyaksikan kerjasama antara UMNO dan PAS.
7. Bagi memberi ‘impak politik’ atau ‘political impact’ keatas perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua – dua parti tersebut maka UMNO mencadangkan perkataan PIAGAM itu digunapakai.
8. Salah satu terma yang dicadangkan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diserahkan kepada PAS untuk mentadbir – ini membawa erti UMNO TIDAK AKAN meletakan sebarang calun mereka bertanding di negeri – negeri tersebut.
9. Bagi timbalbalas, PAS akan menyokong kesemua calun UMNO dan BN yang lain termasuk MCA dan MIC di Kawasan DUN dan Parlimen yang tidak di tandingi PAS.
10. Dengan kerjasama ini UMNO khususnya percaya mereka pasti akan berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke15 yang akan datang.
11. Jika rancangan mereka ini berjaya, maka pemimpin UMNO sama ada Zahid Hamidi atau Mohammad Hassan akan dipilih sebagai Perdana Menteri sementara Hadi Awang adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
12. Maasalahnya Zahid sedang berhadapan dengan 47 tindakan mahkamah dan sedang menunggu giliran untuk dibicarakan.
13. Kes RM10 juta yang di hantar ke London melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer TANPA memaklumkan Bank Negara Malaysia oleh Mat Hassan berkemungkin besar akan diketengahkan semula.
14. Selain mereka berdua ini, hamipr kesemua pemimpin UMNO termasuk Annuar Musa sedang dan akan diheret ke Mahkamah diatas berbagai kesalahan yang dilakukan semasa berkuasa dahulu.
15. UMNO sendiri sedang berhadapan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan atau
Registrar of Society
( ROS ) kerana melanggar Akta Pertubuhan itu sendiri.
16. Jika UMNO itu sendiri didapati telah melanggar undang – undang yang digubal semasa mereka memerintah dahulu, maka JANGAN ada suara – suara sumbang mengatakan Kerajaan hari ini zalim apabila tindakan termasuk mengharamkan UMNO oleh ROS dilakukan.
17. Sejak Hadi mengambil alih selepas Tok Guru Nik Aziz kembali ke pangkuan Illahi, berbagai – bagai isu berlaku.
18. Kepada ahli – ahli PAS totok yang pekak , bisu dan buta hati, mereka ini menggangap Hadi ini maksum seperti Nabi; segala apa yang di perkata dan dilakukan Hadi benar belaka walaupun sebenarnya salah.
19. Mereka ini terdiri dari spesis tidak sedar bahawa hidung mereka sedang ditarik seperti lembu.
20. Hadi terang – terang menipu mereka tentang beberapa pemimpin PAS TELAH menerima sogokan dari Najib yang menggunakan duit curi 1MDB – ini mengikut Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.
21. Pendedahan Zaharuddin, menantu beliau sendiri berhubung perkara yang sama.
22. Pembayaran RM1.4 juta oleh penganut tegar PAS , Ramlii Musa kepada Clare dari Sarawak Report sedangkan Hadilah yang menyaman malu Clare di London.
23. Kenyataan Ketua Pengarah ROS amat jelas bahawa mana – mana parti jika terbukti mendapat bantuan dari sumber haram maka ia boleh diharamkan.
24. Jika ROS membatalkan pendaftaran UMNO dan PAS maka PIAGAM yang bakal ditandatangani akan bertukar menjadi PAWAGAM sahaja.
25. Pesan Tok Guru Nik Aziz , UMNO AKAN CARI KITA ( PAS ) APABILA LEMAH; MEREKA AKAN TENDANG KITA APABILA KUAT.
26. Biarlah ahli – ahli PAS yang walak terus dicucuk hidung dan pemakan dedak UMNO mati kelaparan asalkan majoriti rakyat tidak turut tertipu.
27. Apa pun yang AMAT PENTING, dengan termetrinya nanti perjanjian kerjasama ini, ia adalah bukti kukuh bahawa AMANAT HADI yang pernah dibuat pada 17hb April 1981 adalah satu pembohongan Hadi semata – mata bagi meraih sokongan umat Melayu / Islam terhadap PAS.
28. Hadi dan PAS akhirnya terpaksa menjilat ludah dan kahaknya sendiri apabila menerima UMNO yang pernah dikafirkan dahulu.
29. Perjanjian kerjasama antara 2 musuh ketat ini adalah PENGIKTIRAFAN dan KEMENANGAN BESAR BAGI UMNO.
30. Sama – sama kita tonton cerita ‘Ali Baba dan 40 Penyamun’ di PAWAGAM nanti.
31. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
32. Maaf jika terkasar bahasa.
Terima Kasih.

MUJAHID LAPOR POLIS, PEMFITNAH SEDANG DICARI

Dr Mujahid Yusof Rawa
17 jam
Bulan Ramadhan adalah bulan penyuburan taqwa dan iman. Amat malang ada yang rakus memfitnah dan memburukkan maruah orang lain dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.
Terkini saya ditunjukkan seorang pengguna Facebook bernama “Shamsul Faisal Abdul Wahab” yang memuat naik gambar yang diedit dengan meletakkan wajah saya yang saya yakin dengan tujuan memburukkan maruah saya.
Inilah bahana budaya takfiri yang sudah semakin menjadi-jadi dengan wujudnya satu golongan yang sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama secara melampau.
Laporan kepada pihak berwajib telah dibuat.


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, teks dan luaran


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks



PENEROKA FELDA DAPAT JUGA DUIT RAYA AKHIRNYA





Walaupun Azmin Ali sebelumnya mengatakan tiada duit raya untuk peneroka Felda dan kemudian Tun Mahathir Mohamad menyindir dengan berkata beliau tidak tahu sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, desakan pelbagai pihak akhirnya membuatkan kerajaan memberikan juga sedikit sumbangan sempena Aidil Fitri ini.
Turut bersuara agar kerajaan memberikan duit raya, meskipun sedikit kepada peneroka Felda bagi tahun ini ialah Anwar Ibrahim yang semalam disahkan sekali lagi oleh Tun Mahathir adalah penggantinya sebagai Perdana Menteri ke-8.
Untuk itu, bagi tahun ini, kabinet Rabu lalu telah memutuskan untuk memberikan duit raya sebanyak RM300 kepada peneroka Felda.
Pada masa yang sama, Felda juga diminta menyegerakan pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.
Alhamdulillah…meskipun hanya sedikit, sekurang-kurangnya dengan adanya duit raya ini dapatlah para peneroka menyambut Hari Raya pada tahun ini dengan perasaan yang lebih gembira. (Shahbudindotcom 31/05/2019)

Matrikulasi: Merit saja tak cukup, status sosioekonomi keluarga pelajar juga penting


Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang telah ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018, kini cuba menjadi wira kaum dalam isu matrikulasi dan STPM dengan memutarbelitkan pendirian DAP.

Kata Naib Presiden UMNO itu dalam tulisannya yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 26 Mei 2019, “program matrikulasi bukan tentang merit akademik secara mutlak dan jumlah A semata-mata”. Tentu dia berharap orang Melayu akan marahkan DAP kerana menganggap DAP hanya mementingkan merit semata-mata.

Sebenarnya DAP berpegang kepada prinsip menolong orang susah dan golongan memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau wilayah. Dalam hal meritokrasi, DAP menegaskan bahawa bahawa meritokrasi memang penting untuk menentukan kelayakan akademik tetapi ia tidak cukup jika tidak mengambil kira latar belakang dan pendapatan keluarga pelajar.

Ia juga melibatkan keputusan berasaskan jurang di antara kaya dan miskin. memerlukan gabungan kesemua faktor tersebut untuk menentukan kelayakan masuk ke pusat pengajian tinggi.

Malah, Khaled sendiri berkata: “Benar, merit dan kecemerlangan mesti menjadi nadi pendidikan. Tetapi peluang membetulkan jurang dan memperbaiki diri serta susun atur masyarakat adalah perkara yang tidak boleh diketepikan sama sekali.”

Memang inilah prinsip DAP.  Tak kan itu pun Khaled sampai sekarang tak faham? Atau sekadar mahu melemparkan fitnah untuk mencari publisiti murahan?

Rakyat tahu dasar DAP dan Pakatan Harapan untuk mengutamakan golongan terbawah iaitu B40. Ini menuntut kepada perubahan dan reformasi dan pastinya bukan hanya retorik kosong semata-mata seperti yang didakwa oleh Khaled.

Kementerian Pendidikan utamakan B40

Kementerian Pendidikan telahpun memulakan usaha untuk mengutamakan golongan B40 di dalam pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tiada lagi sebarang surat sokongan yang mampu membawa anak-anak kroni yang tidak layak untuk masuk ke SBP. Ini jelas menunjukkan dasar berasaskan keperluan akan terus menjadi tunjang kepada dasar-dasar di bawah kerajaan.

Sedangkan pada zaman Khaled dan rakan-rakan UMNO serta BN menguasai kerajaan, mereka hanya menjaga kepentingan kelompok elit dan kaya. Orang-orang Melayu B40 dan rakyat kebanyakan yang tidak mempunyai kabel dan kroni tidak menikmati dasar-dasar yang sepatutnya membela golongan berpendapatan rendah.

Untuk persediaan masa hadapan, kita perlu bertanya sekarang: Apakah STPM dan Matrikulasi bersedia membawa golongan mahasiswa kita ke alam yang baharu? Ekonomi global tidak peduli tentang warna kulit, kepercayaan, adat resam kita. Jika kita tidak bersedia untuk berubah dalam era Revolusi Perindustrian Ke-4, kita akan jauh ketinggalan.

Kita perlu bersedia, berinovasi dan pantas menerima serta membuat perubahan. Tidak ada makna untuk kita bertegang urat tentang kaum dan bangsa jika Malaysia tertinggal jauh di belakang pentas dunia.

Perbahasan tentang Matrikulasi ini adalah permulaan kepada transisi Malaysia Baharu kepada wacana dasar yang lebih segar. Perselisihan pendapat adalah perkara biasa. Ia juga bermakna kerajaan Pakatan Harapan prihatin kepada perubahan- kita tidak pernah dan tidak akan menyembunyikan yang hakikat yang hodoh dan membisukan suara benar yang kurang sedap didengar. Kita tidak akan secara semberono menjalankan dasar yang separuh masak. Itu cara BN dahulu yang kita tidak mahu ulang lagi.

Cadangan tentang Matrikulasi dan STPM yang dikemukakan oleh DAPSY sebelum ini telah disambut baik boleh Menteri Pendidikan. Alangkah baiknya sekiranya Khaled selaku mantan Menteri Besar turut sama memberikan pandangan bernas, dan bukannya memesongkan wacana segar yang telahpun dibincangkan sebelum ini.

Era Malaysia Baharu meraikan rakyat dan kerajaan untuk memberikan hujah-hujah dan memperdebatkan soal dasar. Berhujahlah dengan idea-idea yang lebih membina untuk kepentingan rakyat. Hentikanlah hasutan perkauman. 

*Howard Lee adalah Ketua DAPSY, Adun Pasir Pinji dan Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Insan Negeri Perak.

MP Jelutong lapor polis gesa Najib disiasat pecat AG, TPM pada Julai 2015



Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung peristiwa pemecatan timbalan perdana menteri, peguam negara dan rombakan besar-besaran agensi kerajaan pada Julai 2015.

Beliau merujuk kepada pemecatan bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015 serta rombakan terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

“Saya ada membaca satu artikel oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di Pulau Pinang.

Kit Siang dalam kenyataan sebelum ini mendakwa Najib merancang apa yang dipanggilnya sebagai peristiwa Hari Hitam dan Minggu Pemecatan Besar-Besaran melibatkan pemecatan Gani, Muhyiddin dan rombakan agensi kerajaan.

Pemimpin veteran DAP itu mendakwa Najib merancang operasi yang menyerang prinsip demokrasi itu sebagai usaha untuk melenyapkan skandal 1MDB. 

(function() { var d = document, w = window; w

TIMAH NI BANYAK- KALAU BIJIH TIMAH KERAJAAN KELUARKAN . ITU HASIL BUMI...KALAU TIMAH ARAK..BUKAN KELUARAN KERAJAAN .KATA TIM MENTERI PAS..SEBAB TIMAH TU BUKAN JANDA....JANGAN POTONG DOUBLE LINE....KAH...KAH...

  Panas! Ustaz Zolkharnain dakwa timbalan menteri Pas terdesak nak tutup isu arak TIMAH October 17, 2021 Bukan saja aku, tapi aku yakin oran...