SILA DENGAR SAMPAI HABIS KENAPA PEMBANGKANG DAYUS DAN BACUL UNTUK MENDENGAR LAPORAN AKHIR KETUA AUDIT NEGARA - Sidang Media Ahli Parlimen PH: Kenapa Pembangkang Tidak Mahu Laporan Ket...SIAA YANG BERSIH DAN SIAPA YANG KOTOR

KOYAK 1- KETIKA MAHU MEMBINCANGKAN TATAKELOLA LAPORAN AUDIT


 

KOYAK 2- PEMBANGKANG TAKUT BAHAS ISU LAPORAN AUDIT KETIKA MAHIADDIN JADI PM


 

KOYAK 3- PEMBANGKANG TAKUT BAHAS ISU LAPORAN AUDIT


 

KITA KEDAH KENA KALIH DAH . JIKA KITA TAK SAMA DENGAN PUSAT, MAKA PETANI KITA TIDAK AKAN DAPAT MENINGKATKAN HASIL PERTANIAN.


 

KENAPA PEMBANGKANG TIADA KETIKA MAHU MEBINCANGKAN TENTANG PAC


 

ISU PAC..KENAPA PEMBANGKANG TIADA DALAM DEWAN


 

KALAU DIUNGKIT KISAH LAMA SEJARAH, MAKA JIKA NEGARA JIRAN MEMOINTA KEDAH PERLIS MANAKALA SABAH DAN SARAWAK JUGA ADA TUNTUTAN ADAKAH KITA MAHU MELAYAN? .


 

TU DIA SANUSI....HANG JENUH LA MENJAWAB. KANUN KESEKSAAN. TAHANAN TANPA BICARA......





 

MESYUARAT PEMBAHGIAN KERUSI PN, TAK SELESAI. PAS BOIKOT ?

 




Semalam patutnya ada sidang media Majlis Pemimpin Tertinggi PN. Katanya untuk umum dah habis pembahagian kerusi antara pelbagai parti. 


Tapi tak jadi. Sinar laporkan sebab tak cukup korum, bagi disclaimer dengan tinggal tanda soal. 


Seekor little bird sampaikan, PAS boikot Mesyuarat tersebut. Ada kem dalam PAS yang push untuk join Kerajaan Perpaduan. 


Pada saya simple, at this point of time. Kurangkan sengketa dan turunkan suhu politik. Itu penting untuk negara. Nak hadapi situasi ekonomi dunia kini. 


Tengokkan Indonesia, selepas Jokowi, seperti dah set dah Timbalan dia dari parti lawan akan take over. Diaorg rilex je memerintah dalam Unity. Diaorg dah start potong kita pun dalam banyak benda. 


Politikus Malaysia, gaduh tak sudah. Semua perasan boleh naik jadi Perdana Menteri. Dari set dinosaur hingga ke Menteri formula one. 


Kalau PN nak masuk Kerajaan saya sokong sepenuhnya. Sudah2 tu bergaduh, pikirkan negara! 


~LM~



PAS NAK.MELOMPAT SEJAK 2009- NIK AZIZ


 

HASSAN KARIM JAWAB MB KEDAH – TUN RAZAK, PROF UNGKU AZIZ JUGA BUKAN ANAK ORANG MISKIN


Laporan Malaysiakini itu memetik ucapan Sanusi, Menteri Besar Kedah itu dalam satu ceramah Perikatan Nasional di Tanjong Karang, Selangor semalam Ahad 04 Jun 2023.

Menurut Sanusi, Anwar tidak tahu tentang kemiskinan kerana Anwar bukan dari keluarga miskin dan Anwar bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebuah sekolah elit.

Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah tentu maklum bahawa di Kedah terdapat ramai pesawah padi. Adakah Sanusi sudah lupa bahawa antara tindakan awal Anwar sebagai Perdana Menteri ialah berbincang dengan Tan Sri Syed Mokhtar, tuan punya syarikat Bernas yang memiliki AP mengimport beras supaya memulangkan sebahagian daripada keuntungannya bernilai RM100 juta untuk membantu pesawah-pesawah miskin?

Adakah Sanusi mengetahui bahawa ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, antara ucapan awalnya yang penting di Parlimen ialah menegur dengan ikhlas belanjawan negara kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Saya berada di dalam Parlimen ketika itu dan saya menyaksikan bahawa Anwar tidak setuju tindakan kerajaan memotong subsidi kepada petani, pesawah dan nelayan miskin.

Anwar berharap subsidi kepada rakyat golongan miskin di kekalkan. Anwar mencadangkan Kementerian Kewangan supaya menyusun semula kadar bayaran kepada syarikat-syarikat besar berkaitan GST.

YAB Sanusi sebagai seorang pemimpin tentu bersetuju dengan saya bahawa tak semestinya kita pernah hidup miskin barulah kita tahu erti kemiskinan. Saya bagi beberapa contoh klasik untuk menyokong andaian saya ini.

Pertama, saya sebut nama Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz. Ungku Aziz semasa hidupnya bukan anak orang miskin. Profesor Ungku Aziz berasal dari golongan bangsawan Johor dan amat dekat dengan keluarga di Istana Johor.

Tetapi Ungku Aziz amat arif tentang kemiskinan rakyat di Malaysia, khususnya kemiskinan orang Melayu.Sepanjang hidupnya Prof. Ungku Aziz memperjuangkan nasib orang miskin.

Contoh kedua, ialah Profesor Syed Husin Ali, rakan satu kem di Penjara Kamunting, Taiping bersama-sama Anwar Ibrahim apabila mereka ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 kerana menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah.

Prof. Dr. Syed Husin Ali, seorang Profesor Sosiologi dan Antropoligi dari Universiti Malaya bukan dari keluarga yang miskin di Batu Pahhat, Johor. Syed Husin mempunyai darah keturunan dari kesultanan Siak di Sumatera sana.

Tetapi sepanjang hayatnya dia mengkaji tentang kemiskinan, menulis tentang isu kemiskinan dan selama enam tahun terkurung di Penjara ISA kerana membela rakyat miskin.

YAB Sanusi mengkritik Anwar Ibrahim dan mendakwa Anwar tidak tahu hal rakyat miskin kerana Anwar bersekolah di MCKK. Saya ingin bertanya Sanusi, seorang pemimpin PAS dan Perikatan Nasional.

Apa dosanya Anwar bersekolah di MCKK Kuala Kangsar? Sekolah MCKK itu adaah untuk pelajar-pelajar Melayu yang terbaik. Saya tahu hal itu kerana anak sulung saya juga pernah belajar di sana kerana mendapat kelulusan terbaik semasa peperiksaan darjah enam UPSR.

Tetapi saya bagi contoh lain, bukan anak saya. Tahukah YAB Sanusi bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua juga pernah belajar di MCKK.

Tun Abd Razak bukan anak orang miskin. Tun Abd Razak adalah seorang anak bangsawan dari Pahang. Tetapi lihat apa yang dia telah buat tentang memperjuangkan nasib orang miskin.

Siapakah Perdana Menteri yang membuka beribu-ribu hektar tanah di seluruh negara di bawah rancangan tanah Felda untuk dikurniakan kepada rakyat miskin Melayu? Tentulah jawapannya ialah Tun Abd Razak yang bersekolah di MCKK dulunya dan bukan dari keluarga miskin.

Mungkin YAB Sanusi perlu ingat Tun Abd Razak yang diberi gelaran bapa pembangunan Malaysia adalah pemimpin yang mengasaskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuan utamanya ialah untuk membasmi kemiskinan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Jadi, apabila YAB Sanusi telah faham semua ini sekarang, eloklah bersederhana dalam ucapan. Adalah lebih molek dan elok kesudahannya jika Sanusi selaku Menteri Besar Kedah menghulurkan tangan persahabatan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan Persekutuan.

Sepatutnya kita (termasuk YAB Sanusi) bersyukur dan terus berdoa kepada Allah supaya Perdana Menteri kita sekarang terus tabah dan istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat miskin.

Sejak Anwar Ibrahim masih muda-muda lagi, baru sahaja berumur dua puluhan, tetapi Anwar Ibrahim telah memperjuangkan isu kemiskinan rakyat sehingga beliau terpenjara selama dua tahun di bawah ISA.

Jangan lupa fakta itu wahai Sanusi.

Maka, sekurang-kurangnya, hormatilah Perdana Menteri kita sekarang. Saya rasa itulah yang disuruh oleh ajaran agama supaya kita jalinkan silatulrahim.

Oleh

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Merangkap

Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

berkenaan Kos Sara Hidup, Pertanian dan Keusahawanan

05 Jun 2023 (Isnin)



JAWAPAN PM KES SANUSI.


 

YANG PENTING, JANGANLAH SAMPAI KENA BUNGKUS IKAT TEPI

 

Walaupun komen pendek “PRN UMNO bungkus” itu hanya sekadar reaksi kepada luahan Hishammuddin Hussein yang tidak senang dengan sindiran Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki terhadap mereka yang dipecat dan digantung daripada UMNO menjelang PAU2023 minggu ini, tetapi tidaklah sukar mematami maksud reaksi KJ itu.

Lebih kurang maksudnya – janganlah berlagak dan cuba nak sindir-sindir orang kerana UMNO akan kalah pada PRN akan datang ini.

Betulkah UMNO akan bungkus di enam negeri yang bakal diadakan PRN nanti?

Daripada enam negeri yang ada PRN itu, tiga negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – diperintah oleh PH, manakala tiga negeri lagi – Kelantan, Terengganu dan Kedah – ditadbir oleh Pas atau PN sekarang ini.

Tiada satu negeri pun sedang ditadbir oleh UMNO/BN.

Oleh kerana UMNO/BN sekarang sudah bekerjasama dengan PH, bermakna hanya tiga negeri yang sekarang ditadbir PN saja boleh untuk mereka cuba untuk berangan-angan merampasnya.

Tapi, bolehkah UMNO/BN merampas Kelantan, Terengganu dan Kedah?

Melihat kepada situasi semasa di mana Pas yang bersama PN memang diakui kukuh di tiga negeri yang sedang ditadbirnya sekarang, memang diakui adalah sukar untuk UMNO/BN mampu melakukan kejutan.

KJ dalam hal ini menjangkakan UMNO akan kalah atau bungkus di tiga negeri tersebut.

Rasanya, selain KJ, majoriti kita yang mengikuti perkembangan semasa juga sependapat dengan beliau.

Ini bererti KJ sebenarnya memberi jawapan yang jujur bila menyebut “PRN UMNO bungkus” itu.

Bagi tiga negeri lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, melalui erti kerjasama yang sedia terjalin dalam konteks kerajaan perpaduan, UMNO/BN hanyalah berperanan sebagai pembantu untuk memastikan kerajaan sedia ada yang diterajui PH kekal berkuasa.

UMNO/BN bukan saja tidak boleh mahu merampas kuasa yang dipegang PH, malah juga tidak mudah untuk meminta lebih kerusi daripada jumlah yang mereka menangi pada PRU tahun 2018 lalu.

Ini kerana kerusi yang sedia dipegang oleh PH akan terus kekal ditandingi parti tersebut.

Hanya sejumlah kecil kerusi yang dipegang PN terbuka untuk ditandingi oleh UMNO/BN, itu pun perlu melalui proses rundingan dengan PH dengan mengambil kira parti mana yang lebih kuat dan siapa memperolehi lebih banyak undi pada PRU yang lepas.

Misalnya di Selangor di mana UMNO hanya menang lima kerusi pada PRU yang lepas, sudah tentu mustahil untuk mereka mendapat tambahan kerusi yang begitu banyak yang membolehkan parti itu berangan-angan jadi peneraju kuasa menggantikan PH.

Persoalannya, mampukah UMNO menang di semua kerusi Melayu yang ditandinginya di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam berhadapan dengan PN?

Sekali lqgi, perkiraan KJ ialah UMNO bungkus atau dalam erti kata lain akan kalah kepada PN.

Sama ada betul atau salah jangkaan KJ itu, apa yang lebih penting ialah semua ini harus menjadi cabaran buat UMNO untuk membuktikan sebaliknya.

UMNO tidak harus tersinggung atau kecil hati dengan kejujuran KJ, jadikanlah ia tangkal semangat untuk sekurang-kurangnya janganlah sampai kena bungkus ikat tepi dan tiada langsung kerusi yang mampu dimenangi. – ShahbudinHusin 06/06/2023.



TERKINI- TERBAIK- PM JELASKAN POLIS AKAN SIASAT DAN AKAN DI SERAHKAN KE PEJABAT PEGUAM NEGARA DIBAWAH AKTA HASUTAN-[parlimen kecoh] PEMBANGKANG BIADAP! PM10 JAWAB KEBOKROKAN SANUSI!,- SANUSI BAKAL DISIASAT PIHAK POLIS ATAS AKTA HASUTAN

MACAM MACAM PAS KATA BILA KIT SIANG DAPAT TAN SRI- DIA CURI TANAH BAGI KAT BINI DIA KA ? DIA RASUAH MASUK AKAUN PARTI KAH ? ATAU DIA ADA BAGI KE ANAK BERANAK DIA ?


 

KEH..KEH....


 

NAMPAKNYA YANG KENA SAMAN BANYAK DARI PAS


 

KAMU NAK BUAT APA DENGAN NEGERI PH YANG MEMANG DAH MAJU.


 

MEREKA MENYERANG PERIBADI ANWAR


 

NASIHAT RAKYAT TERENGGANU KEPADA PENDUDUK SELANGOR.


 

MENGENANG TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT (TAN SRI)



Adrian Lim Chee Ann


Sebab apakah sepanjang 33 bulan PAS berkuasa, tidak pernah dibuat apa-apa untuk mengangkat semula nama seorang Tok Guru yang telah pergi buat selama-lamanya?


Sama ada menyatupadukan keluarga ATGNA ke, ataupun pun buat program-program ilmu untuk mengangkat semula fikrah ATGNA ke, apa-apa lah. Takde langsung. Why? Why?


Tetapi dalam 6 bulan pertama Kerajaan Perpaduan berkuasa pula, PMX telah menyatu semula waris-waris ATGNA dan mengangkat nama ATGNA untuk menerima darjah kebesaran Tan Sri secara posthumous.


Tiba-tiba sahaja, seluruh negara diingatkan bahawa kita pernah mempunyai tokoh dan insan hebat yang bernama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.


Bukan sekali tetapi dua kali.


Generasi yang baru kenal politik pun tiba-tiba mencari siapa dia Tok Guru Nik Aziz dan mula membaca tulisan-tulisan dan catatan-catatan lalu tentang Tok Guru Nik Aziz.


Sekitar sebulan dua yang lalu (bulan puasa), semasa duduk makan malam kat sebuah kedai Arab di Jalan Sultan Ismail, kawan-kawan dari PAS ada ceritakan tentang sebuah gerakan sulit di dalam PAS.


Tak pasti betul ke tak. Tetapi orang PAS sendiri yang cakap. Saya pun dengar je lah.


Sejak pemergian ATGNA, pemimpin-pemimpin yang pernah dilihat sealiran atau dianggap "orang Nik Aziz" semuanya telah dibuang atau disingkir.


Seolah-olah wujud gerakan sulit oleh golongan tertentu untuk memastikan legasi Tok Guru Nik Aziz pergi buat selama-lamanya.


Gerakan sulit itu mahu memastikan PAS tidak dilihat sinonim dengan Nik Aziz, tetapi dilihat sinonim dengan seorang lagi tokoh dalam PAS.


Oleh itu, pelopor-pelopor gerakan sulit itu sangat marah dan bengang dengan PMX dan Kerajaan Perpaduan. Lebih-lebih lagi apabila PMX dan Kerajaan Perpaduan mengangkat semula legasi Nik Aziz, kerana ianya bertentangan dengan segala objektif yang dijalankan oleh gerakan sulit tersebut selama ini.


Apa pun, semoga semuanya baik-baik.


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.


Meskipun ATGNA telah pergi hampir 10 tahun, legasi dan nama baik yang ditinggalkan oleh Allahyarham sangat mendalam.



NAMPAK GAYANYA DUSUKI PETIR INI MERENDAHKAN INTELEK YDPA. POLIS TAK NDAK KUTIP KAH ?


 Jelas merendahkan intelek YDP Agong. Apakah dia anggap YDP Agong tak mampu berfikir?


Kalau Tuanku tak berkenan, Baginda dah reject awal dah nama Kim Kit Siang. Tapi Baginda perkenan, maknanya Baginda sendiri iktiraf sumbangan Lim Kit Siang terhadap negara.


Apa pula jasa Hadi Awang terima anugerah Tan Sri selain daripada menghasut kebencian antara kaum dan perpecahan? Jadi manusia tu jangan ikutkan sangat hati busuk. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

JANGAN MACAM TU. DIA NAK SEMBUNYI DI MANA ?



Jangan la cakap macam tu. Kang dia nak sembunyi mana mamat ni? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



AWAS SCAMMER.

 




Kelakar pulak aku baca. Pembangunan Kelantan disokong ketersediaan infrastruktur,  dipandu oleh kepimpinan negeri berwawasan dan berjiwa rakyat. Ni ayat scammer ni. Penipuan yang nyata.


Jalan sempit, berlubang, stesen bas macam reban kambing, sistem pengangkutan awam teruk, malah bekalan air pun paling jahanam dalam negara, apa ketersediaan infrastruktur yang dia maksudkan?


Hakikatnya Kelantan negeri yang paling ketinggalan serba-serbi. Paling menyedihkan,  pimpinan negeri cuma pandai salahkan orang lain. Tak pernah nak mengambil tanggungjawab atas kegagalan itu.


Dari dulu cuma gunakan isu Kelantan dianak-tirikan. Sedangkan Selangor juga negeri pembangkang sebelum ini. Begitu juga Pulau Pinang. Tapi boleh saja dua negeri itu berjaya, tak macam Kelantan.


Dan 33 bulan PAS dalam kerajaan pusat, tiada pun pembangunan masuk ke Kelantan walau berderet menteri dari PAS. Yang ada pembinaan loji rawatan air yang lulus dengan amaran. Apa lagi bukti yang perlu nak tunjukkan kegagalan PAS? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SANUSI....RAKYAT KEDAH TANYA. MANA DIA ???


 

KEH..KEH..KEH...

 

W. Faudzin


Nikah, cerai, nikah cerai, ini memang stail Lebai.  Macam Nikah muta'ah...ikut dia je...






3 PENJURU BEREBUT MB KELANTAN. NIK AMAR DAN DIN COPONG. SEMENTARA NIK ABDUH SEBAGAI LEGASI TOK GURU


 

BERSIH KORAK MU. PEMIMPIN RASUAH RATUS JUTA- LIM GUEN ENG SAMAN 300 JUTA- KES TERKINI LIM GUAN ENG


 

LA HANG SOMBONG LA SANUSI. HANG LAMA SIKIT LAGI HANG KENA LA


 

SHAHRUKHAN KRISDAYANTI DAPAT HANGPA TAK BISING PUN...


ZAINUDDIN OMAR


Orang macam ini deserve dapat datukship dari bagi kat Shah Rukh Khan !!!




 Who needs superheroes when we have Real life Hero.


A Sherpa guide named Gelje Sherpa saved a Malaysian climber T. Ravichandran in a rare high-altitude called "Death Zone" on Mount Everest by carrying him down the hill on his back.

It is very difficult to rescue climbers at that altitude, and many climbers have died while attempting to descend from the summit. Kudos to Gelje Sherpa for his heroic act!

TAN SRI




Ada orang tanya saya pasal Lim Kit Siang dapat Tan Sri. Katanya, kecoh belah Pembangkang. Macam nak runtuh langit dibuatnya. Sampai tenggelam cerita TG Nik Aziz dapat Tan Sri juga. 


Saya jawabkan apa masalahnya? Orang yang tak boleh terima, mesti kurang paham konteks bina negara. Ia perlukan Kerajaan dan Pembangkang sama kuat. Untuk semak dan imbang. 


Dah LKS dapat tu, Agong percaya lah dia ada jasa pada negara. Hatta sebagai pembangkang. 


Lagi pun ini bukan kali pertama orang DAP dapat gelaran Tan Sri. Dulu spokesperson DAP yang lantang lawan Kerajaan pun pernah dapat. Tan Sri Lee Lam Thye namanya. Dapat zaman Tun M lagi. Tahun 2002. 


Makanya pernah ada precedent la. Nak melompat sgt buat apa? 


Lagipun Uncle Lim tolak jawatan Menteri bila DAP masuk dalam Kerajaan. Ok lah tu dapat Tan Sri. 


Ketua Kerajaan kita bagi Tun, Ketua Pembangkang kita bagi Tan Sri. Sikit bawah lagi. TG Hadi Awang tak pernah jadi Ketua Pembangkang pun dapat kan? 


Orang yang tak boleh terima, sama ada dia jenis racist, penyokong totok suatu parti ataupun langsung tak faham demokrasi. 


~LM~



KAKI SEBELAH DOK DALAM. TU SEBAB DOK KERIAU SIANG MALAM JAJA FITNAH DAN MEMBURUKKAN KERAJAAN


 

WOI SANUSI HANG CERITA TAHUN 71 72 TU ORANG KUBANG SEMANG BUKIT MERTAJAM NAIK BAS PI SEKOLAH DAH.


 

WALANON SEMUA KERJA......TAPI KAMI MAKAN DUIT RASUAH KATA SEDEKAH


 

NI SANUSI. BETOI LA HANG KATA DIA TAK PERNAH MISKIN. TAPI HANG YANG PERNAH MISKIN MAI KERJA KONTREK JADI PECACAI CINA PUN HANG TAK BOLEH BANTU PETANI NEGERI HANG. TAKAT HANG SEMBANG JA .



 "Tak perlu sembang kemiskinan. Hang tak tau apa!" Begitu bongkak dan terdesaknya Mat Badut (MB) Kedah perkecilkan usaha PM DS Anwar membasmi kemiskinan.


Ini kerana, menurut MB Kedah itu, DS Anwar adalah anak pemimpin UMNO dan pernah belajar di MCKK. Maka DS Anwar tak pernah hidup miskin dan faham penderitaan orang miskin.


Mungkin Sanusi nak tunjuk kononnya dia lebih tahu derita kemiskinan sebab dia pernah miskin. Pernah makan nasi dengan air garam dan telur belah lapan, seperti yang pernah diceritakan.


Tapi untuk memahami kemiskinan ni tak perlu jadi miskin dahulu. Apa yang perlu adalah sekeping hati yang tulus, jujur dan ikhlas. Sekiranya seseorang itu ikhlas, dia akan memahami.


November 1974, umur Sanusi baru beberapa bulan. Apa yang Sanusi tahu tentang kemiskinan? Tapi anak orang kaya yang Sanusi hina itu rela dipenjara kerana memimpin demonstrasi memperjuang nasib  petani miskin waktu itu.


Orang yang Sanusi tuduh bukan tahu apa tentang kemiskinan itu juga yang tubuhkan Yayasan Anda untuk membantu anak Melayu yang keciciran dalam pelajaran agar tak ketinggalan.


Hingga hari ni, selepas menjadi PM, DS Anwar tak pernah gagal mengingati orang miskin terutamanya petani dan pesawah. Antara yang pertama beliau buat adalah dapatkan dana konglomerat bagi bantu pesawah miskin.


Malah Kementerian Ekonomi juga dah melancarkan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat terutama B40 untuk membina kerjaya dan menceburi bidang perniagaan. Itu yang tak tahu apa?


Jadi Sanusi sebagai orang yang kononnya sangat faham soal kemiskinan, dah buat apa untuk orang miskin? Selain dari mengarut, gebang, apa lagi yang Sanusi pernah buat? Tiada!


Malah Mahiaddin, calon PM yang Sanusi sokong, masa jadi PM 17 bulan dulu, berapa banyak yang dia dah tolong orang miskin? Tiada! Tapi dia jadikan orang miskin tu banyak.


Hadi pula, Presiden parti Sanusi, dah berapa ramai orang miskin yang dibantu? Juga tiada! Yang terjadi cuma Hadi ambil gaji tanpa buat kerja. Sedangkan gaji tu boleh dilaburkan dalam program membantu naiktaraf hidup rakyat miskin.


Sebenarnya dah malas nak ulas cakap Mat Badut ni. Tapi kalau dah keterlaluan, aku tak boleh terus berdiam diri. Sebab cakap dia umpama wahyu bagi walaun. Biar salah tetap disebar.


Kebenaran mesti diungkapkan. Sanusi dan PAS/PN tak ada pun lagi jasa yang boleh dibanggakan bagi membantu orang miskin. Tapi tergamak hina tokoh sehebat DS Anwar yang ketepikan kepentingan diri demi rakyat miskin. Dasar sampah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MACAMANA BERANI SANGAT NI.

 



Anak kepada Roslan Saad ada tinggalkan komen dalam post aku sebelum ini. Menurutnya, ayahnya mahu menyindir walaun tapi salah susun bahasa.


Dia sudah pun memohon maaf. Jadi aku akan tutup posting aku sebelum ini atas dasar tabaiyun. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

MUSTAHIL SPRM TAK PEGANG KES NI.


 

MB KERIAU MACAM CAT GILA.


 

3 ORANG TUA TUA MEMALUKAN BUAT GENERAAI MUDA . MACAMANA ? TAK TAU.....


 

GILA BERBAGAI ADA KATA SAMA MACAM CAT GILA....ADA GILA KATA KE ORANG, TAPI NEGERI SENDIRI TAK TAU JAGA.


 Ahmad Shahril


Contoh kemiskinan moral.....siap menganjing rakyat masa pkp dlu siapa....sembang deras.