KO MAJUKAN LA KEDAH...

 



Haim Hilman: Daripada Rizab Antarabangsa Kepada LRT Penang

Perkara asas belanjawan Kerajaan pun tak faham dan keliru tak payah nak memperbodohkan dan mengelirukan orang ramai Haim Hilman!

PENDAPAT, 5 Mei – Baru ni Haim Hilman bekas pakar motivasi Tiktok merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah cakap kenapa tak guna rizab antarabangsa BNM bernilai RM520 bilion untuk kekalkan peruntukan dalam Belanjawan 2026, hari ni dia cakap kenapa tak potong bajet LRT Pulau Pinang RM17 bilion pulak.

Mungkin dah sedar betapa dangkal hujah kenapa tak guna rizab antarabangsa BNM yang bertujuan untuk pelaksanaan dasar monetari negara oleh BNM kini dia beralih kepada LRT Pulau Pinang.

Pun begitu hujah kenapa tak potong bajet LRT Pulau Pinang juga sama dangkal dan cetek sama seperti kenapa tak guna rizab antarabangsa RM520 bilion.

Ini kerana peruntukan untuk projek LRT Pulau Pinang dengan siling RM16.8 bilion adalah peruntukan di bawah perbelanjaan pembangunan (DE) dan bukannya peruntukan perbelanjaaan mengurus (OE).

Dalam laporan berita pemotongan perbelanjaan Kerajaan yang dicadangkan oleh Perbendaharaan adalah khusus untuk perbelanjaan mengurus (OE) yang melibatkan item pembekalan dan perkhidmatan, pembelian aset dan pemberian kepada badan berkanun.

Pemotongan perbelanjaan tidak melibatkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town pada 11 Januari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sekalipun bajet untuk LRT Pulau Pinang dipotong, bukannya ada lebihan hasil untuk Kerajaan mengekalkan perbelanjaan mengurus kerana projek LRT Pulau Pinang dibiayai melalui perbelanjaan pembangunan yang bermaksud dibiayai melalui pinjaman Kerajaan.

Perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai menggunakan hasil Kerajaan seperti hasil cukai dan bukan cukai dan tidak boleh menggunakan pinjaman atau hutang tertakluk kepada undang-undang iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang hanya membenarkan hutang Kerajaan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town pada 11 Januari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hairan juga bekas profesor dan Naib Canselor universiti awam tak tahu perbelanjaan mengurus dibiayai menggunakan hasil, manakala sebahagian besar perbelanjaan pembangunan dibiayai menggunakan pinjaman atau terbitan bon dan sukuk.

Lagi satu, projek pembangunan seperti projek LRT Pulau Pinang hanya diberi peruntukan mengikut keperluan aliran tunai.

Maksudnya peruntukan RM16.8 bilion tersebut bukanlah dibelanjakan dalam tempoh setahun atau tahun ini (2026) serta merta tetapi secara berfasa sebagai contoh tahun ini untuk kos pengambilan tanah melibatkan perbelanjaan RM2 bilion dan selebihnya apabila pembinaan projek bermula perbelanjaan akan digunakan mengikut progress atau milestones projek tersebut.

Peta jajaran LRT Mutiara Pulau Pinang yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada 11 Januari 2025. Foto Chow Kon Yeow

Projek LRT Pulau Pinang dijangka siap pada penghujung 2031 bermakna RM16.8 bilion tersebut secara purata akan diperuntukkan selama 6 tahun dengan purata perbelanjaan RM2.8 bilion setahun.

Boleh faham ke Haim Hilman? Perkara asas belanjawan Kerajaan pun tak faham dan keliru tak payah nak memperbodohkan dan mengelirukan orang ramai.

Fokus pada negeri kamu tu sahajalah.

Oleh Syahir




Shahril kata Umno Negeri Sembilan silap besar, persepsi ‘tebuk atap’ dah terbentuk

 


Bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan menyifatkan tindakan 14 ADUN Umno Barisan Nasional Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sebagai satu “kesilapan besar” yang boleh memberi kesan buruk kepada parti itu.

Beliau berkata, walau apa jua hujah teknikal atau penjelasan yang dikemukakan, tanggapan rakyat tetap melihat langkah tersebut sebagai cubaan mengambil kesempatan terhadap krisis melibatkan institusi negeri.

Menurutnya, persepsi itu lebih kuat apabila wujud kenyataan bahawa Umno sudah bersedia membentuk kerajaan baharu, sekali gus mengundang naratif bahawa parti berkenaan cuba “menebuk atap” atau merampas kuasa.”

“Ini boleh menjadi satu kesilapan besar kepada Umno. Tradisi cuba menurunkan kerajaan ini bukan datang daripada Umno tetapi datang daripada sebelum itu lagi pada 2008, 2009.

“Akhirnya tanggapan rakyat masih akan menyatakan bahawa ADUN-ADUN Umno dan Umno sendiri mengambil kesempatan atas krisis perlembagaan.

“Kalau sekadar menarik sokongan dan menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan negeri, mungkin masih boleh dipertahankan dari sudut hujah.

“Tetapi apabila disebut sudah bersedia membentuk kerajaan dengan Perikatan Nasional, itu menjadi kesilapan yang akan dimainkan oleh pihak lawan dan ia ada asas. Kini Umno akan dianggap kembali kepada perangai lama dia, iaitu cuba tebuk atap, rampas kuasa.,” katanya dalam Podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.

Shahril menjelaskan, walaupun pelbagai infografik dan penjelasan cuba dikeluarkan bagi memperbetulkan keadaan, usaha tersebut dilihat sudah terlambat untuk mengubah persepsi awam.

Katanya, tindakan itu berisiko mengembalikan imej lama Umno sebagai parti yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan kerajaan melalui jalan pintas, sekali gus meletakkan parti dalam posisi defensif.

“Jika sebelum ini UMNO dilihat stabil dan tersusun berbanding parti lain, perkembangan ini boleh menjadi kesilapan besar yang akan membawa kos politik pada pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa jika isu tersebut tidak diurus dengan baik, ia bukan sahaja menjejaskan kredibiliti parti, malah melemahkan naratif Umno sebagai parti yang memperjuangkan kestabilan dan institusi.


Exco Pertanian Terengganu dari Pas pun tak berani pertahankan RM3,000 per tan


 


MOHD IKHMAL ISKANDAR

Menarik bila Exco Pertanian Terengganu menulis panjang tentang harga lantai padi, tetapi langsung tidak berani mengulang cadangan RM3,000 per tan seperti yang dilaungkan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau hanya menulis bahawa kadar kenaikan yang sesuai “boleh dibincangkan dan dirundingkan”.

Maksudnya apa?

Maksudnya beliau sendiri pun tahu angka 𝗥𝗠𝟯,𝟬𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻. Kalau benar yakin, sebut sahaja dengan jelas. Kenapa perlu berlapik? Kenapa tidak tulis terus: “Saya sokong harga lantai padi RM3,000/tan”?

Sebab di pentas politik, angka RM3,000/tan memang sedap dijual. Tetapi bila menulis sebagai Exco Pertanian, tiba-tiba ayat jadi selamat: “boleh dibincangkan.”

Nampak sangat bezanya antara slogan dengan dasar.

Lebih menarik, dalam tulisan yang sama beliau meminta Persekutuan menyemak semula harga lantai padi. Konon macam Persekutuan tidak pernah buat apa-apa.

Sedangkan sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, harga lantai padi sudah disemak semula dua kali.

Daripada 𝗥𝗠𝟭,𝟮𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻 kepada 𝗥𝗠𝟭,𝟯𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻.

Kemudian 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗠𝟭,𝟱𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻 metrik.

Jadi bila Exco minta Persekutuan menyemak semula harga lantai padi, soalan mudahnya: Nak semak sampai berapa?

Kalau mahu RM3,000/tan, sebutlah terang-terang. Jangan sorok di sebalik ayat “boleh dibincangkan dan dirundingkan”.

Dan satu lagi soalan yang wajar ditanya.

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮?

Kalau hari ini laju sangat mendesak Persekutuan, kenapa dulu semasa ada kuasa di Putrajaya tidak dibuat perkara yang sama?

𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗿𝗮𝗵, 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗥𝗠𝟭,𝟱𝟬𝟬/𝗵𝗲𝗸𝘁𝗮𝗿.

Sedangkan yang betul ialah 𝗥𝗠𝟭,𝟱𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘁𝗿𝗶𝗸. Kesalahan itu hanya dibetulkan selepas kira-kira 6 jam tulisan asal dimuat naik.

Ini bukan salah ejaan biasa. Ini salah asas. Hektar ialah ukuran keluasan tanah. Tan metrik ialah ukuran berat hasil pertanian.

𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗘𝘅𝗰𝗼 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗶, 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗷𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝘁𝘂?

Malah beliau juga tahu harga lantai padi bukan kuasa kerajaan negeri. Itu dasar di peringkat Persekutuan.

Tetapi di situlah senang ceritanya. Bila bukan bawah kuasa negeri, semua boleh ditaici kepada Persekutuan. Negeri tampil simpati, Persekutuan dijadikan sasaran, pesawah pula dijadikan latar politik.

  • Yang susah, salah Persekutuan.
  • Yang mahal, salah Persekutuan.
  • Yang lambat, salah Persekutuan.
  • Yang rumit, pun salah Persekutuan.

Padahal kalau benar mahu bela pesawah, negeri masih ada kerja yang boleh dibuat iaitu dengan 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗶𝗮𝗿, 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 kepada pesawah sebenar.

Cuma bab itu mungkin tidak cukup sedap untuk dijadikan status politik.

Yang lebih mudah ialah tulis panjang, salahkan Persekutuan, tetapi angka asas dalam tulisan sendiri pun tersilap.

Kesimpulannya, pesawah wajib dibela. Itu kita setuju. Tetapi membela pesawah mesti dengan fakta bukan dengan angka yang sedap dilaung tetapi takut diulang.

  • Kalau benar yakin dengan RM3,000/tan, sebutlah terang-terang.
  • Dan sebelum terlalu ghairah menyalahkan Federal, betulkan dulu asas sendiri iaitu:-

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗶 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟭,𝟱𝟬𝟬/𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘁𝗿𝗶𝗸.
𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟭,𝟱𝟬𝟬/𝗵𝗲𝗸𝘁𝗮𝗿.




DATO KAMAL RESPON UMNO, PH SEPAKAT KEKAL KERJASAMA KERAJAAN PERPADUAN DI N9


 

TERKINi! PH & BN KEKALKAN KERAJAAN PERPADUAN! APA TINDAKAN JALAL NANTI?


 

SIMPAN LAGI. LAMA DAH ORANG TEGUR

 



Jamzuri Ardani


Kawan-kawan tanya apa komen saya pasal kajian Ilham Center yang menyebut PH akan hilang kerajaan jika PRU dibuat sekarang. 


Komen saya, "Tak payah tengok kajian Ilham Center. Tengok cara Menteri Komunikasi buat kerja pun dah tahu sapa yang akan kalah".




TUNGGANG PETANI

 


 







Tunggang petani pulok dah.. masa ada kuasa knp tk mau naikkan. Knp penaik judi masa tu?