Misi Paling Gila CIA: Bina Kapal Gergasi Semata-Mata Nak 'Curi' Kapal Selam Soviet Dari Dasar Laut!"








Oleh: Mazlan Syafie


Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sering dianggap sebagai perang ideologi semata-mata. Realitinya, ia adalah zaman di mana kedua-dua kuasa besar ini sanggup melakukan perkara paling tidak masuk akal demi mendapatkan kelebihan ketenteraan.


Salah satu operasi paling berani dan mahal dalam sejarah perisikan manusia ialah Projek Azorian.

Kisah bermula pada tahun 1968. Sebuah kapal selam nuklear Soviet bernama K-129 tiba-tiba hilang di tengah Lautan Pasifik. Soviet mencari kapal mereka siang dan malam tetapi gagal menemuinya.


Amerika Syarikat sebaliknya berjaya mengesan lokasi bangkai kapal itu menggunakan sistem pendengaran bawah laut rahsia mereka. K-129 terbaring senyap di kedalaman 16,000 kaki atau hampir 5 kilometer di dasar laut.


CIA melihat ini sebagai peluang emas. Kapal selam itu mengandungi buku kod rahsia, peluru berpandu nuklear dan teknologi kriptografi Soviet yang sangat bernilai.


Masalahnya ialah bagaimana cara untuk mengangkat beban seberat 2,000 tan dari kedalaman 5 kilometer tanpa diketahui oleh Soviet?


Jika mereka menghantar kapal tentera laut, Soviet pasti akan syak wasangka dan datang menyerang.

Maka lahirlah satu rancangan yang sangat licik. CIA perlu mencipta satu penipuan berskala global. Mereka mendekati seorang jutawan eksentrik bernama Howard Hughes.


Howard Hughes bersetuju menjadi "muka depan" operasi ini. Beliau mengumumkan kepada dunia bahawa syarikatnya akan membina sebuah kapal perlombongan laut dalam yang canggih untuk mencari nodul mangan di dasar laut.


Dunia percaya bulat-bulat cerita itu. Media memuji Hughes sebagai inovator yang berani mengambil risiko.


Di sebalik tabir, kapal bernama Hughes Glomar Explorer itu sebenarnya adalah alat pengangkut raksasa. Di bawah perut kapal itu terdapat satu "penyepit" gergasi atau The Claw yang direka khusus untuk mencengkam badan kapal selam Soviet tersebut.


Pada tahun 1974, kapal Glomar Explorer berlayar ke lokasi kejadian. Kapal pengintip Soviet turut berada di kawasan itu memantau keadaan.


Soviet melihat kapal itu dan menyangka ia hanyalah kapal "orang kaya gila" yang sedang mencari batu di dasar laut. Mereka tidak tahu bahawa di bawah permukaan air, penyepit gergasi sedang diturunkan perlahan-lahan paip demi paip menuju ke sasaran.


Operasi mengangkat berjalan lancar pada peringkat awal. Bangkai kapal selam itu berjaya dicengkam dan ditarik naik. Jantung para ejen CIA berdegup kencang menanti hasil tangkapan mereka.


Malangnya apabila kapal selam itu sudah separuh jalan naik, sebahagian daripada penyepit itu patah akibat tekanan yang terlalu tinggi.


Dua pertiga daripada badan kapal selam itu, termasuk bahagian yang menyimpan buku kod dan misil utama, terlepas dari cengkaman dan jatuh semula ke dasar laut. Ia hancur berkecai apabila menghentam lantai samudera.


CIA hanya berjaya menaikkan satu pertiga bahagian hadapan kapal selam itu! 


Walaupun misi ini dianggap separa gagal, mereka tetap berjaya memperoleh dua torpedo nuklear, beberapa dokumen perisikan dan enam jasad kelasi Soviet.


Atas dasar hormat sesama tentera, CIA memberikan pengebumian laut penuh istiadat tentera kepada jasad musuh mereka itu. Upacara itu dirakamkan dan rakamannya diserahkan kepada kerajaan Rusia selepas Perang Dingin tamat sebagai tanda muhibah.


Projek Azorian menelan belanja sekitar USD 800 juta pada waktu itu. Jika dinilai dengan wang hari ini, jumlahnya mencecah USD 4 bilion.

Semua wang itu hangus semata-mata untuk sebuah misi mencuri bangkai besi di tengah lautan.


Kisah ini membuktikan bahawa dalam dunia perisikan, tiada idea yang terlalu gila asalkan ada bajet yang mencukupi. Amerika Syarikat sanggup membina kapal palsu dan menipu satu dunia hanya untuk mengintip rahsia musuh mereka.


Gila sungguh kan persaingan manusia merebut kuasa dunia. Mereka sanggup berhabis harta benda demi secebis maklumat. Begitulah.


---


Operasi Azorian hanyalah secubit kisah di sebalik tirai persaingan kuasa; jika Amerika Syarikat sanggup membina kapal berbilion dolar hanya untuk mencuri bangkai kapal selam, bayangkan strategi besar apa lagi yang mereka gunakan untuk menguasai dunia. Buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu membongkar rahsia agensi, taktik licik wang, media, dan senjata yang menjadikan negara lain berlutut, mendedahkan bagaimana propaganda dan kekuatan ketenteraan membentuk realiti kita hari ini. Dapatkan buku ini sekarang sebelum rahsia ini terkunci semula: https://s.shopee.com.my/70BQ88Azn4




TU DIA NOHHH

 



BOT BARU UNTUK GGRK?

 


Adakah ini hint dari Pasukan GGK( Grup Gerak Khas) yang akan dapat bot tempur baru dari YDPA


Sebelum ini YDPA pun telah menyumbangkan sekurang 8 buah bot jenis medium landing craft kepada Pasukan GGK juga.




POSTING WALAUN PERCAYA.


 Syam Ghaz


Hurm posting macam ni pun Un caya gak ke? Memang kelas otak bawah tempurung la.




Dia ingat Kerajaan Perpaduan nak tumbang ke?


Di Sabah PERIKATAN NASIONAL menang 1 DUN sahaja.


Takpelah anggaplah ini hiburan malam Jumaat. 


Esok dah tamat 3x Jumaat yang Papagomo sebut sebutkan, kerajaan Perpaduan tak tumbang pun.


Yang dah tumbang:


1. Mahathir kantoi bila Yahoo Finance dedah dia pemimpin politik terkaya dunia dgn kekayaan USD40 Billion. Negeri Pas menang je tak cerdik, tak tahu Mahathir ni kedekut dan lantik dia jadi Penatsihat.


2. Perikatan Nasional tanding 42, menang 1 sahaja. Boleh undi popular tercorot


3. Ronald Kiandee Naib Presiden Bersatu, calon Ketua Menteri PN jika PN menang di Sabah tewas PRN Sabah


4. Albert Tei kuda Trojan Mahathir kena tahan SPRM


5. Dato Takiyuddin Ahli Parlimen Kota Bharu dah nak kena gantung 6 bulan 26hb Januari 2026 nanti.


6. Bersatu kini jadi BERKECAI, PN Sabah desak Muhyiddin letak jawatan Presiden Berkecai.


7. Cytros PN berpecah hancur lebur, tinggal juak jual kelas macai sahaja.




PALATAO

 

Dah lama aku tak menulis. Sibuk tu satu hal. Tapi naik menyampah pun satu hal lagi. Bukannya menyampah dengan kerajaan tapi 𝘀𝗲𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸.







Bukan walaun! Yang walaun kita dah tau la bebal. Ini sekumpulan pewalak lain. Yang sekarang ni dah jadi sama hebat dengan walaun bebalnya.


Kerja cuma cari salah kerajaan. Kemudian manipulasi cerita supaya nampak kerajaan sekarang 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 la kononnya sebab pujaan dia tak ada.


Komen pun aku dah lama tak tengok. Tadi je baru aku tertengok. Sekali ada walaun tanya aku kenapa aku tak ulas isu 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿.


Pertama sekali, aku memang dah lama tak berkenan dengan Shamsul tu. Dari dulu aku selalu tertanya apa kelebihan dia yang PMX nampak.


Tapi dalam isu 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 tu, aku tak nampak ada unsur rasuah pun. Tak nampak salahnya. Cuma aku rasa tak berbaloi nak ulas.


Tapi takpe. Sebab walaun ingat aku tak berani, jadi aku ulas la sikit. Senang je ceritanya. 𝘝𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥.


Shamsul hantar surat yang ada  nama 𝗹𝗶𝗺𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Dan dia hantar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 suruh lantik tapi meminta agar 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Itu sahaja.


Bagi aku, itu lebih kurang macam tambah 𝗼𝗽𝘀𝘆𝗲𝗻. Nak bagi senang cerita, kalau manusia, macam kita nak jodohkan kawan kita la. Tunjuk dia gambar lima gadis suruh dia pilih.


Kalau dia suka, dia pilih satu. Kalau tak berkenan, dia pilih lain pun kita tak kisah. Kita cuma nak tolong je kebetulan kita kenal gadis yang cari calon suami.


Bukan macam surat Exco Terengganu. Dia beri cuma 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 dan 𝗹𝗼𝗯𝗶 𝗴𝗶𝗹𝗮-𝗴𝗶𝗹𝗮 suruh lantik syarikat tu. Macam mak bapak yang paksa anak setuju kahwini gadis pilihan mereka. Begitu baru salah.


Adalah perbuatan Shamsul tu melanggar etika? Ya sebab kerajaan ini janjikan 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶. Adakah dia langgar undang-undanng? Jawapannya, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞.


Ok itu pasal surat sokongan. Yang pasal kes rasuah tu, sekali imbas aku dah boleh nampak yang 𝗔𝗹𝗯𝗲𝗿𝘁 𝗧𝗲𝗶 tu adalah 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 seseorang.


Dalam isu ni, yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 adalah si Albert tu. Berapa ramai orang politik yang dia rasuah. Kira dia tu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿. Itu hero walaun?


Dan bab ni satu benda yang bermain dalam kepala aku. Albert beri Shamsul hampir 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁  untuk dapatkan duit yang dia dah beri Adun Sabah.


Shamsul ni 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 ke apa? Aku ingatkan dia rasuah untuk dapat projek. Tapi nak suruh kutip duit. Kalau setakat nak suruh kutip duit macam tu baik upah samseng je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PANDANGAN INI AGAK TEPAT... RAMAI KAUM CINA BEROANDSNGAN SEPERTI INI

 

Norman Daud


Saya sempat berbual dengan beberapa rakan berbangsa Cina mengenai situasi politik Malaysia sekarang, terutamanya tentang sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan. Pandangan mereka cukup menarik dan membuka mata. Menurut mereka, sokongan terhadap PH masih wujud kerana mereka merasakan tiada pilihan lain yang lebih baik. Perikatan Nasional dianggap terlalu rasis dan ekstremis, manakala Barisan Nasional pula sudah lama dicemari isu rasuah dan salah urus. Bagi mereka, PH tetap menjadi pilihan terakhir untuk memastikan negara dipimpin oleh sebuah parti yang sekurang-kurangnya boleh menjanjikan kestabilan dan integriti.




Namun, apabila ditanya mengapa sokongan kaum Cina kelihatan berkurangan, terutamanya di PRK Sungai Bakap dan PRN Sabah, jawapan mereka lebih bersifat kritikal. Mereka menegaskan bahawa ia bukanlah bermaksud mereka meninggalkan PH, tetapi lebih sebagai protes terhadap beberapa keputusan yang tidak disenangi rakyat. Mereka faham keadaan selepas PRU lalu, di mana keputusan pilihan raya tergantung dan membentuk kerajaan campuran. Mereka boleh menerima PH bergabung dengan BN asalkan kepimpinan dijalankan secara adil dan prinsip integriti tidak diketepikan.


Masalah utama mereka adalah pelantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Zahid dilihat sebagai simbol korupsi dan salah urus di mata pengundi Cina. Mereka berpendapat sepatutnya jawatan itu diisi oleh pemimpin PH sendiri, bukannya dari BN, kerana ia mencerminkan kompromi politik yang boleh menjejaskan imej parti di mata rakyat. Isu ini telah menjadi simbol kekecewaan ramai pengundi Cina, yang walaupun masih menyokong PH, kini menzahirkan ketidakpuasan hati mereka melalui protes dan jarang menonjolkan sokongan secara terbuka.


Di Sabah pula, situasinya berbeza kerana ia PRN negeri. Penolakan terhadap parti dari Semenanjung menyebabkan PH dan sekutunya, termasuk DAP, sukar mendapat sambutan. Bagi pengundi di Sabah, isu ini lebih kepada sentimen tempatan dan kebimbangan bahawa kepimpinan luar tidak memahami keperluan negeri. 


Mereka juga tidak terlalu mengambil peduli tentang sambungan kontrak Azam Baki sebagai Pesuruhjaya SPRM. Isu itu dianggap kecil berbanding keputusan politik yang memberi kesan kepada persepsi rakyat terhadap integriti kerajaan.


Kesimpulannya, sokongan kaum Cina terhadap PH masih wujud, walaupun dibaluti rasa kritikal dan protes terhadap beberapa keputusan kerajaan campuran. Apa yang mereka mahukan ialah integriti, kepimpinan yang adil, dan dasar yang jelas, bukan kompromi politik yang menjejaskan kepercayaan rakyat.


Pada akhirnya, mereka menegaskan bahawa pada PRU akan datang, mereka akan tetap mengundi PH. Sebabnya, inilah kerajaan yang dilihat mampu berkompromi antara kaum, menyeimbangkan kepentingan rakyat, dan membetulkan semula hala tuju negara. Sokongan itu bukan pilihan politik, tetapi harapan untuk sebuah Malaysia yang lebih bersih, adil, dan inklusif.


*Gambar hiasan