GAMBAR GAMBAR LAWATAN DSAI KE PORT DICKSON




Di Port Dickson  : Bakal PM DSAI telah mengadakan lawatan untuk penyerahan bantuan kepada yang memerlukan.Beliau  turut meluangkan  masa bersama penduduk setempat dan beramah mesra dengan mereka. Alhamdulillah.


Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan dalamanImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, jambang, topi dan luaranImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan dalamanImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang dudukImej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri, jambang dan luaran

KEFAHAMAN DEMOKRASI DIPUTARBELIT OLEH PEMBANGKANG





POLITIK LALI DAN CANGGUN PH MENGHIDUPKAN TAPAK UMNO-PAS UNTUK MENAPAK



Apa yang nyata Pakatan Harapan (PH) telah gagal untuk melenyapkan pengaruh United Malays National Organization (UMNO) dalam konteks persekitaran politik Malaysia amnya dan politik Melayu khususnya, tambahan pula dengan sokongan serta dokongan Parti Islam Se Malaysia (PAS), hakikatnya UMNO akan terus mengepak untuk mencabar PH. Politik lestari dan anggun yang diperkenalkan PH serta menjadi amalan PH, bagi menunjukkan komitmen terhadap falsafah, pemikiran serta prinsip demokrasi, akan membuka ruang yang amat selesa untuk UMNO menyambung talian hayatnya, seterusnya meneruskan kelangsungan hidupnya.
Hakikatnya berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, pemikiran pengundi Melayu nampaknya masih terikat kuat dengan anggapan bahawa UMNO merupakan “pembela” Melayu dan PH dianggap sebagai parti yang tidak cakna kepada Melayu dan Islam.
Persepsi dalam kalangan masyarakat Melayu ini, khususnya dalam kelompok perkampungan tradisi, berlegar di sekitar andaian bahawa masyarakat Melayu sedang terancam, kepentingan Melayu tidak terbela, hak orang Melayu sudah tidak lagi dipertahankan, agama Islam telah diliberalkan dan Islam telah dihina oleh bukan Islam.
Inilah hakikat yang tertanam dalam minda masyarakat Melayu, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu yang terpedaya dengan sumber maklumat yang disebarkan oleh pihak yang berkepentingan daripada PAS dan UMNO.
Ini bermakna selagi wujudnya sentimen kemelayuan secara “intaian dalaman” dan politik kepertuanan Melayu-Islam, maka selagi itulah PH akan gagal untuk menerobos serta menakluk pemikiran pengundi Melayu untuk memberikan sokongan kepada PH, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan perkampungan tradisi Melayu yang menjadi pusat paksi kepada undi Melayu.
Keadaan ini tentunya akan memberikan kelebihan kepada PAS dan UMNO untuk membentuk kecenderungan pengundi Melayu-Islam bagi memihak kepada kedua-dua parti tersebut.
Sungguh pun begitu, terdapat unsur yang memungkinkan juga akan wujudnya pertarungan antara PAS dan UMNO untuk bersaing bagi mendapat undi dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar ini, memandangkan kedua-dua parti ini mempunyai kumpulan sasar yang sama iaitu Melayu-Islam.
PAS dan UMNO berkemungkinan boleh mencanangkan kerjasama serta sokongan antara satu sama lain dalam PRK, namun potensi konflik amat besar untuk berlaku dalam konteks penentuan kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di antara PAS dan UMNO, sebagaimana yang dilakukan oleh PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat (PR), khususnya sewaktu berlangsungnya PRU 13.
Sebelum itu sejarah juga telah mencatatkan akan hakikat berlakunya konflik di antara PAS dan UMNO sehingga membawa kepada penyingkiran PAS daripada Barisan Nasional, 1978. Berpunca daripada konflik kepentingan dalam usaha kedua-dua parti tersebut, PAS dan UMNO meluaskan pengaruh masing-masing di kawasan-kawasan lingkaran pengaruh Melayu, khususnya dikawasan FELDA.
Berdasarkan hakikat ini, dalam usaha untuk membina persekitaran politik baru, PH yang berkecenderungan membina persekitaran politik berteraskan keutuhan prinsip demokrasi, menjunjung kebebasan bersuara serta bertindak dan berhimpun, memancarkan tindakan politik berdasarkan persekitaran politik lestari dan anggun, hakikatnya mengundang cabaran dan kesukaran yang tersendiri terhadap usaha memperkasakan PH.
Keadaan ini akan menjadikan setiap gerak langkah politik PH menjadi lali dan canggun, khususnya sepanjang isu yang berkaitan dengan tindakan politik serta proses politik yang sepatutnya dilakukan, bagi berhadapan dengan isu-isu dan tindakan-tindakan politik yang dibangkitkan oleh PAS dan UMNO serta dakyah politik berkaitan dengan ancaman terhadap kepentingan Melayu dan Islam yang disebarkan oleh UMNO dan PAS.
PH telah gagal untuk bertindak secara konstruktif dalam menangani tindakan politik serta pemalsuan isu politik yang dibangkitkan oleh PAS dan UMNO, terutamanya sepanjang yang berkait dengan penyebaran maklumat yang bersifat manipulatif untuk membangkitkan unsur-unsur perkauman dan keagamaan bagi memesong serta mengkerdilkan pemikiran masyarakat Melayu khususnya.
Apa yang nyata, kebanyakan sebaran maklumat yang ditaburkan oleh PAS dan UMNO tidak diasaskan kepada data dan fakta yang tepat, sebaliknya lebih kepada aspek pemasungan minda dalam kalangan masyarkat, khususnya masyarakat Melayu. PAS dan UMNO bergabung menyebarkan kefahaman yang salah dalam mentafsirkan langkah tindakan yang diambil oleh pihak PH dalam mengemudi dasar-dasar pembangunan kerajaan.
Antara contoh yang nyata dakyah negatif yang disebarkan oleh PAS dan UMNO adalah bersabit dengan isu penghapusan tol lebuh raya, disebarkan bahawa PH telah gagal memenuhi janji dalam isu penghapusan tol tersebut, wal hal, apa yang di sebut di dalam manifesto PH dalam PRU 14 adalah;
“Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya. Kami akan berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. Kami percaya bahawa penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya dan lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat.”
Apa yang ditegaskan adalah mengkaji semula akan perjanjian konsesi lebuh raya dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berberingkat, bukannya dilakukan secara serta merta, bahkan isu penghapusan kutipan tol ini juga tidak ada dalam janji 100 hari PH.
Ini bermakna dalam tindakan politiknya PAS dan UMNO secara sedar cuba membentuk minda rendah dalam kalangan masyarakat Melayu, kerana dianggap sebagai satu aset kepada mereka. Bukankah kerajaan yang didokong oleh PH telah pun memulakan langkah perundingan tersebut? Bermakna semakin rendah daya fikir masyarakat Melayu, maka semakin besar peluang untuk UMNO dan PAS meneruskan kemaraan politik mereka.
Dalam PRK Semenyih umpamanya disebar dan ceramahkan bahawa PH akan bertindak untuk menutup pusat-pusat dan sekolah-sekolah tahfiz, melantik orang Cina dalam mengendali pengurusan Tabung Haji dan kuasa orang Melayu yang semakin lemah. Isu-isu ini sebenarnya telah gagal ditangani dengan berkesan oleh PH, mengakibatkan wujudnya tahap kecurigaan yang tinggi terhadap kewibawaan PH dalam mengurus kepentimgan masyarakat Melayu dan Islam.
Di sinilah yang dikatakan lali dan canggunnya PH dalam berhadapan dengan serangan PAS dan UMNO.
PH hakikatnya gagal untuk memahami dan menghayati akan falsafah serta strategi perang, khususnya dalam konteks mengendali kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14). Ruang-ruang telah dibuka sebegitu luas untuk membolehkan musuh politik kembali beraksi, atas sikap dan pendirian “menghormati” prinsip demokrasi.
Wal hal pada waktu yang sama PH masih belum berkeupayaan untuk memantap dan menstabilkan cengkaman kuasa dalam mengendalikan pemerintahan negara, memandangkan struktur, mekanisme serta jentera pentadbiran negara masih terperangkap dalam kerangka pemikiran “order lama,” masih terikut dengan perangai peninggalan Barisan Nasional (BN), hakikat ini agak sukar untuk dipecahkan, memandangkan pengalaman peralihan kuasa hanya baru berlaku buat pertama kali, dalam tempoh masa 60 tahun merdeka.
Politik adalah satu peperangan dalam bentuk yang lain, sebagaimana yang digambarkan oleh Carl Von Clausewitz dalam “On War,” manakala Sun Tzu mengungkapkan bahawa, “…dalam sesuatu medan pertempuran, kemenangan hanya boleh diperolehi apabila musuh berjaya dilemahkan sehingga menjadi abu, jangan biarkan musuh bangkit kembali kerana dengan kebangkitan itu musuh akan kembali menentang dan memusnah kekuatan anda.” inilah apa yang sepatutunya dilakukan oleh para strategis PH dalam menangani dan mengurus situasi politik selepas kemenangan dalam PRU 14 lalu.
Pemikiran strategis Carl Von Clausewitz dan Sun Tzu ini secara amnya telah gagal dilaksanakan secara berkesan oleh para pemikir strategis PH, sehingga menyebabkan wujudnya ruang-ruang terbuka untuk pihak-pihak yang bersaing menyanggah segala tindakan yang diambil oleh PH. PH sepatutnya boleh bertindak balas terhadap saingan poilitik, dengan memahami pemikiran yang dilontarkan oleh kedua-dua pemikir strategi perang ini.
Namun demikian dapat dijangkakan bahawa ini bukan gaya politik PH, dalam perkiraan PH, musuh perlu hidup kerana itulah demokrasi, politik demokrasi perlukan pesaing politik yang kuat. Sungguhpun pada masa yang sama, PH masih gagal dalam membentuk serta membina kestabilan kedudukannya dalam segala aspek, sama ada dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, memenuhi tuntutan manifesto PRU dan juga membina perseimbangan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, khususnya untuk mengikat keyakinan dalam kalangan msyarakat Melayu terhadap PH.
PH dalam realiti ini sememngnya berada dalam keadaan yang amat tempang, tindakan PH yang gagal bertindak secara strategis, sebenarnya memberikan peluang dan ruang secukupnya kepada musuh politik PH, UMNO dan PAS untuk terus bangkit mencabar PH.
UMNO dan PAS ternyata mempunyai peluang yang terbuka untuk mengeksploitasi sentimen kemelayuan disebabkan imaginasi masyarakat Melayu yang begitu kuat akan akar sentimen ketuanan Melayu serta kesucian Islam, bagi masayarakat Melayu kesucian Islam itu adalah apa yang ditafsirkan oleh mereka yang bergelar ulama Melayu, berteraskan kandungan kitab kuning. Apa pun yang dilontarkan oleh Yusuf al-Qaradhawi atau pun Rasyid al-Ghanusi umpamanya, bukan aliran Islam yang perlu diikuti.
Gambarannya, bagi masyarakat Melayu kesucian Islam itu hanya boleh dijaga oleh Melayu yang berkampung di dalam PAS sahaja, Melayu di luar PAS adalah Melayu liberal, Melayu yang tidak masak akan kefahaman Islam mereka. Realiti inilah satu hakikat yang gagal ditangani secara berkesan oleh pimpinan PH. Dalam situasi inilah juga UMNO dan PAS agak mudah untuk mengembangkan pengaruh serta fahaman politik mereka dan kembali bertapak dalam kalangan pengundi Melayu. Berdasarkan realiti inilah juga PH akan bertarung dalam PRK Rantau pada 13 April 2019 nanti.
DR. KAMARUDIN MUSA
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Skim Rumah Belia Melaka bantu golongan muda dapatkan rumah pertama


Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berkata kerajaan negeri komited membantu golongan belia mendapatkan rumah pertama mereka.

Menurut Kerk, inisiatif Skim Rumah Belia Melaka (RMB) yang akan bermula pada 22 Mac diyakini dapat membantu golongan belia yang sukar untuk membeli rumah.

“Skim perumahan khas ini merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di bawah portfolio Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka bagi melaksanakan salah satu manifesto Pakatan Harapan.

“Ia juga merupakan skim perumahan belia yang pertama di Malaysia,” ujarnya yang juga Adun Ayer Keroh dalam kenyataan hari ini.

Jelas Kerk, belia yang layak dan berjaya mendapat kelulusan boleh menikmati subsidi pembelian rumah sebanyak 10% daripada harga pasaran.

Subsidi berkenaan, termasuk bayaran guaman dan duti setem akan ditanggung oleh pihak pemaju, tambahnya.

“Fasa pertama yang bertempat di Durian Tunggal akan dilancarkan pada 22 Mac 2019. Dalam fasa ini, sebanyak 104 unit rumah yang berharga RM180,000 dibuka untuk permohonan.

“Borang permohonan berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Lembaga Perumahan Melaka dan pihak pemaju,” ujarnya.  

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi pemohon adalah:
1) Berusia 18 sehingga 35 tahun;
2) mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 ke bawah;
3) merupakan warga Melaka atau pemastautin tetap selama lima (5) tahun ke atas di negeri Melaka. 

Isu Taman Manggis selesai, rundingan berjaya


Rundingan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tiga pihak yang berkhemah selama beberapa hari di lobi Komtar ekoran hilang kelayakan menghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) akhirnya membuahkan hasil.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, dua dari mereka bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri untuk memiliki rumah kos rendah menerusi Skim Sewa Beli.

Sementara baki satu lagi pihak bersetuju untuk membeli rumah kos sederhana rendah di Daerah Timur Laut, tanpa melalui skim sewa beli, tambahnya.

“Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, mereka yang hilang kelayakan untuk PPR bukan bermakna mereka hilang kelayakan untuk kategori (perumahan) yang lain.

“Apa yang berlaku, kita telah berbincang dengan beberapa penghuni yang berada di Komtar sehingga semalam, saya gembira untuk mengumumkan akhirnya mereka telah bersetuju menerima tawaran.

“Iaitu, dua (pihak) menerima tawaran rumah kos rendah melalui Skim Sewa Beli iaitu harga rumah pada RM42,000, dan Kerajaan Negeri tidak akan mengenakan satu sen pun kadar faedah atas harga ini, yang mana tempoh sewa beli adalah 20 tahun.

“Dalam tempoh 20 tahun itu, ada ansuran bulanan iaitu RM175 dan bayaran penyelenggaraan iaitu RM58.30, yang membawa kepada jumlah besar bulanan RM233.30.

“Selepas tempoh 20 tahun itu, mereka akan menjadi pemilik (rumah kos rendah itu),” katanya pada sidang media yang turut disertai Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Komtar, semalam.

Sementara itu Chow turut menzahirkan rasa gembira atas kejayaan rundingan tersebut, sambil menambah yang hasil keputusan itu akan membolehkan kerajaan negeri menawarkan unit PPR kepada pihak yang telah sekian lama menunggu.

22 pihak sebelum ini hilang kelayakan untuk menghuni PPR Taman Manggis, sementara 11 daripada mereka telah menyerah unit kediaman masing-masing secara sukarela kepada Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


BARU MAIN MATA ATAU TAK MAHU KONGSI KUASA?


Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan secara terbuka mengumumkan UMNO dan Pas sudah bersanding secara rasmi.
Ia berikutan persetujuan kedua-dua parti untuk saling bekerjasama bagi berlawan dengan PH yang didalamnya ada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Susulan pengumuman persandingan itu, Mohamad Hassan juga berjaya memujuk MCA dan MIC agar tidak meninggalkan BN.
Dengan yang demikian, gabungan BN menjadikan didalamnya ada UMNO, MCA, MIC dan juga Pas.
Di waktu yang sama, UMNO turut melontarkan cadangan untuk mewujudkan kerajaan campuran di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis sebagai tanda rasminya perkahwinan tersebut.
Pas kemudian membalas dengan mengatakan ia lebih sesuai disebut kerajaan persahabatan berbanding kerajaan campuran.
Kedua-dua parti, UMNO dan Pas seterusnya mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal untuk memperhalusi dan meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua parti.
Bagi pihak UMNO, Naib Presidennya, Khaled Nordin telah dilantik sebagai penyelarasnya, manakala di pihak Pas pula ialah Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas.
Tetapi, setelah seminggu pengumuman persandingan itu diperkatakan ramai, hari ini seorang Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hubungan UMNO dan Pas sebenarnya masih lagi di peringkat bermain mata.
UMNO dan Pas belum bersanding lagi, katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau, adalah terlalu awal untuk mewujudkan kerajaan campuran antara UMNO dan Pas di empat negeri itu.
Katanya lagi, kerajaan negeri sedia ada patut dikekalkan sehingga PRU akan datang dan kedua-dua parti hanya perlu menumpukan usaha untuk menjadi pasukan pembangkang yang lebih baik serta berkesan.
Aikkk…kenapa tiba-tiba Pas berubah nada?
Baru main mata saja pulak?
Heboh diumumkan sudah bersanding, mengapa dikata baru main saja?
Habis, yang bersama ke sana sini dalam kempen di Cameron Highlands dan Semenyih, kemudian selepas ini mahu ke Rantau pula, apa namanya itu?
Bolehkah sekadar bermain mata sudah boleh ke sana ini bersama?
Adakah ini kerana Pas tidak mahu berkongsi kuasa dan kekayaan mereka dengan UMNO lantaran Kelantan dan Terengganu ada hasil minyak dan kedua-dua negeri baru saja menerima hasil royaltinya, sedangkan Pahang dan Perlis hanya ada hasil bauksit dan tebu yang tidak seberapa saja?
Jika begitu, bagaimana mereka mahu berkongsi mengurus kerajaan Pusat nanti? (Shahbudindotcom 13/03/2019)

Lip Eng tuntut Utusan mohon maaf jika gagal jelaskan laporan berat sebelah


Lidah rasmi UMNO, Utusan sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung siaran sebuah laporan berat sebelah yang dilihat sebagai percubaan untuk memburuk-burukkan imej pemimpin DAP di portalnya dua hari lalu.

Dalam laporan berkenaan, Utusan mendakwa dua Ahli Parlimen DAP iaitu Lim Lip Eng (Kepong), Tan Kok Wai (Cheras) dan seorang dari STAR, Jeffrey Kitingan (Keningau) tidak memakai pakaian istiadat pada hari pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14.

Namun, laporan berkenaan tidak menyebut nama Ahli Parlimen lain yang turut tidak mengenakan pakaian rasmi tersebut antaranya Abdul Hadi Awang (Marang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong).

“Sekiranya Utusan tidak dapat menjelaskan agendanya menerusi kewartawanan yang tidak profesional dan berat sebelah itu, saya menuntut Utusan memohon maaf kepada Tan Kok Wai, Jeffrey Kitingan dan saya,” tegas Lip Eng dalam kenyataan hari ini.

Lip Eng dalam kenyataan sebelum ini mempersoalkan niat Utusan yang menyiarkan laporan berat sebelah itu. 

Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia didakwa hari ini


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Dalam sidang media di Pasir Gudang hari ini, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mendakwa pengusaha kilang tayar kitar semula yang merupakan salah seorang dari tiga suspek utama kes tersebut hari ini.

“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa.

“Kertas pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Bee Yin dalam pada itu berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap dalang kes pencemaran tersebut.

“Peguam Negara bersetuju kerana menganggap kesalahan ini amat berat dan memudaratkan nyawa awam jadi antara yang dilihat termasuk mendakwa dalang terbabit atas beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan selain Akta Kualiti Alam Sekitar, ” katanya.

Tambahnya, JAS sudah mengerahkan 100 pegawainya termasuk alat pengesan gas ke kawasan yang terjejas sejak Ahad lalu, bagi mengelak pencemaran terus merebak.

“Cuaca hujan menyebabkan sisa kimia di sungai mendap ke tanah sebelum penguapan gas kimia berkenaan ke udara antara faktor menyebabkan kawasan lebih jauh dari lokasi pencemaran turut terjejas.

“Kita sedang memasang alat pengesan gas di beberapa kawasan berisiko bagi memantau bacaan udara tercemar dan pemantauan sedang berjalan dan akan dimaklumkan selepas disahkan.

“Kontraktor dilantik sudah memulakan tugas membersihkan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim bermula semalam dan pegawai JAS memantau dekat kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

 Sebenarnya ini bukan kali pertama Yeo Bee Yin pamerkan prestasi yang luar biasa, sebelum ni…
Bee Yin  pernah serbu lebih kurang 100 kilang kitar semula plastik.

Kalau ikut laporan FMT dan Sinchew, Yeo berhasrat hendak menghapuskan sekurang-kurangnya 100 kilang kitar semula plastik haram dalam tempoh tiga bulan pertama, bermula dengan Selangor. Malah, dia sendiri mengetuai satu pasukan untuk menyerbu sebuah kilang pada hari Khamis (17 Januari) dan apa lagi, orang ramai pun kagumlah dengan tindakan dia tu.
Yeo tak puas hati dengan operasi itu kerana pintu utama dirantai dan memerlukan masa untuk pihak berkuasa tempatan potong, benda ni berikan masa untuk pekerja kilang melarikan diri. Oleh sebab itu, beliau meminta pihak berkuasa supaya lebih cekap dalam mengendalikan serbuan.
Serbu jangan tak serbu. Via SinChew

Nampaknya, Malaysia dah berhenti memberikan lesen untuk mengimport sisa plastik tetapi itu tidak menghentikan sisa itu dari masuk ke negara kita dari Januari hingga Julai 2018. Plastik yang diimport kemudiannya diangkut ke kilang-kilang di seluruh negara dan Selangor yang terima paling banyak sisa plastik ni.

“Kerajaan akan terus buru kilang haram ni pada masa akan datang. Saya telah mengarahkan DoE untuk mengambil serius perkara ini dan menutup semua kilang haram,” – Yeo Bee Yin
Untuk pastikan kilang-kilang ni tak kembali ke beroperasi selepas serbuan tu, Yeo telah arahkan pihak berkuasa tempatan untuk potong bekalan kuasa dan air mereka untuk melumpuhkan operasi kilang. Bagi sisa plastik yang dirampas, mereka boleh dijual ke kilang-kitar semula plastik yang ada lesen yang sah.
Setakat ni, 61 kilang telah ditutup dengan lebih daripada 100 tan sisa plastik dirampas. Kementerian percaya terdapat lebih banyak kilang haram yang bersembunyi di Lembah Klang dan akan terus memburu operasi kilang haram tersebut.

(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...