CABARAN MAHATHIR:KERAJAAN HARUS BERTINDAK



Mahathir mencabar lagi.Kali ini ialah berhubung dengan dakwaan yang di perkatan dan di tulis dalam sebuah buku karya Barry Wain .Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," sebelum membuat keputusan tentang pengedaran buku itu di Malaysia.


Seperti biasanya buku tersebut mendedahkan tentang kepincangan yang di lakukan oleh Mahathir selama pemerintahan beliau dan dikatakan menghilangkan duit negara sebanyak 100 billion.Menurut kenyataan KDN pada Sabtu, kajian itu merupakan satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses tersebut. Dakwaan Mahathir sebaliknya berlainan pula.beliau mendakwa bahawa jika 100 billion kerajaan tentu parah.Kini kerajaan menghadapi keparahan setelah Mahathir bebas pergi.Kesannya ialah kerajaan sendiri tidak mampu untuk membayar bonus sejak mula di perkenalkan dahulu.Itulah kesan keparahan yang di dakwa Mahathir itu.banyak lagi kesan apa yang dikatakan parah oleh mahathir tersebut jika dilihat harga barangan yang melambung hinggakan bawang merah meningkat mendadak.



Soalnya ialah bukan jumlah yang hilang tetapi kenapa ianya hilang yang harus di persoalkan kini.Baiklah, jika Mahatir berkata bahawa semasa pemerintahan Pak Lah juga berlakunya kehilangan sebanyak berbillion, maka eloklah keduanya di siasat.namun permainan ini dan dakwaan itu, semuanya membuktikan betapa berlakunya pecah amanh terhadap rakyat.Rakyat menjadi mangsa kerana kerajaan yang di percayai rakyat tidak amanah dan berlakunya ketidak cekapan dan kerugian di tanggung rakyat kini.Rakyat terpaksa menerimanya diatas kesilapan pemimpin.


Memang rakyat sejak sekian lama, semasa di bawah pentadbiran pemerintah sekarang ,yang kini menghadapi masaalah keyakinan dari rakyat, nampaknya mula menghadapi berbagai tekanan, dan masaalah , dari kehilangan duit dalam negara,aset bernilai , ke enjin kapal terbang, dilihat ianya bukanlah sesuatu yang boleh di anggap sebagai kecil, atau kehilangan biasa.ianya di lihat sebagai kegagalan kerajaan dalam berbagai aspek baik kewangan,pelaburan,pentadbiran,dan juga keselamatan.Maka kerana itulah Malaysia digelar dengan berbagai panggilan dan "tuduhan" yang munasabah.


Malaysia pernah di "tuduh" sebagai pembekal serombong nuklear,Malayisa juga di "Tuduh"pusat pertukaran dan perdagangan manusia.Malayisa juga di"tuduh"sebagai negara yang hampir sama dengan Zimbabwe, Malaysia juga di "tuduh" sebagai tidak boleh di percayai sebagai sebuah negara yang megamalkan sistem kehakiman yang telus, Malaysia juga di "tuduh" sebagai mempunyai pemimpin yang mengamalkan kuku besi,Malaysia juga di "tuduh" sebagai sebuah negara yang macammerba.Semua tuduhan ini adalah salah.salahnya ialah kerana kerajaan hari ini belum pernah dan tidak pernah mengambil iktibar dari kesilapan lalu.Malah kerajaan juga tidak mahu mendengar nasihat dari rakyat.


Semua tuduhan ini bukanlah di suarakan oleh rakyat tetapi oleh berbagai badan antarabangsa berdasarkan rekod yang berlaku.Inilah yang menjadi masalah di mana semua tuduhan ini dilihat meurukkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang akan menjadi maju dalam jangka masa 10 tahun dari sekaranh.Jika inilah caranya , maka Malaysia dilihat amat ketinggalan dan inilah kenapa Matahir harus di siasat dan semoga sisatan ini akan membuahkan sesuatu yang lebih jelas, dimana segala pekung kebusukan dan kemusnahan yang dilakukan terhadap rakyat dapat di dedahkan.


Natijah dari cabaan Mahatir ini akan menjadikan kerajaan dilihat lebih telus untuk membersihkan apa sahaja korupsi atau kemusnahan yang dikatakan oleh pihak pembangkang.Jika benarlah apa yang dikatakan Mahathir dan tuduhan Barry bahawa antara 100 billion dan 10 billion itu banyak perbezaannnya ,kita mahu tahu di manakah wang sebanyak itu lesap.Sama ada ianya di lesapkan kerana kegagalan projek atau perancangan luar jangka , atau ianya di laburkan kepada para kroni yang bertaut pada parti atau kepada ahli kebinet yang mengasak.Semua ini akan terjawan jika Mahathir didakwa atas kesilapan yang beliau lakukan.


Untuk mengelak ianya menjadi lelucon dan senda gurau rakyat jelata,maka adalah lebih elok perkara ini di dedahkan di masa kabinet DS Najib membentuk satu gagasan 1 Malaysia.Malahan ada di kalangan ahli excopemuda Umno yang kehilangan idea bagi memajukan orang Melayu mendesak agar semua kakitangan kerajaan memakai lencana satu Malaysia. Ini samalah dengan arahan agar menaikkan bendera Jepun di zaman penjajahan dahulu.Namun ini adalah kes terpencil dan sikap kebodohan exco umno tadi.Ianya di lihat betapa persepsi dan tanggapan terhadap apa yang hendak di jelaskan dan di laksanakan kepada rakyat menjadi terpesong.Untuk mendapat sokongan rakyat , di paksa memakai lencana 1 Malaysia. ianya sama juga apabila untuk melancarkan bahasa inggeris di paksanya rakyat belajar metematik dan sains dalam bahasa inggeris dan disumbat dengan berbagai peralatan yang bertujuan untuk menyelamatkan kroni dan bukan memajukan rakyat. Banyak cara untuk memajukan rakyat, bukan dengan melaburkan wang untuk memaksa rakyat dan dalam masa yang sama pula menguntungkan peniaga kroni tadi.


Jika di luar sana kita percaya pemerintah atau ketua negara yang menghilangkan wang sebanyak itu pastinya kan dihukum gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan menghilangkan duit negera.Kehilangan wang sebanyak itu boleh menjadikannegara muflis dan ianya lebih teruk dari tuduhan liwat dan menjual nama negara yang atut di hukum mati.Inilah yang dikatakan betapa satu undang-undang harus dilihat dan di jalankan dengan seadil-adilnya supaya ianya di adili oleh rakyat dan hakim yang arif lagi bijaksana dan bukan urusan hakim itu diatur dan dikontrakan kepada hakim upahan yang lain.


Adalah elok jika kerajaan menerima cabaran Mahathiir itu kerana bagi Mahathir , beliau percaya cabaran beliau tidak akan kemana-mana , malah kerajaan tidak akan mengusik beliau.Jika tidak semuanya akan terbongkar apa yang sebenarnya berlaku antara 10 billion dan dakwaan 300 billion itu.Banyak perbezaannya.Rakyat mahu tahu....






Amiruddin Ahmad

adalah EXCO Aliran

Aliran Kesedaran Negara.

Wartawan bebas untuk Konsep Era Pakatan




ERA PAKATAN RAKYAT

DIBERI RUMAH TIDAK MAHU BERPINDAH

Setelah menunggu hampir 40 tahun seramai 236 keluarga yang tinggal di "rumah hijau" di mak mandin , Butterworth ,kini boleh berpindah ke rumah baru yang terletak di Ampangan Jajar.


Rumah Hijau yang mencakupi sebanyak 25 buah rumah panjang yang mana di bina untuk penduduk setelah kawasan tersebut di jadikan kawasan perindustrian oleh pihak PDC untuk dijadikan kawasan perindustrian.

Rumah kos rendah yang di berikan kepada penduduk dengan syarat TOl berharga RM42,000 sebuah.

Kerajaan negeri telah menandatangani dengan syarikat swasta dengan perjanjian bersama dengan sebuah syarikat Silver Channel Sdn Bhd bagi membina banggunan 20 tinglat flat di mana mempunyai 304 unit rumah kos rendah.



Dalam kenyataan akhbar ketua UMno yang tidak pernah berbuat apa-apa menjelaskan bahawa kerajaan negeri cuba menyusahkan rakyat di kawasan rumah Hijau.beliau yang mewakili Umno sebenarnya keliru apabila langkah tersebut di lihat amat bodoh kerana sejak 40 tahun dahulu pun Umno tidak bertindak berbuat apa-apa kerana denan lankah menempat kan sementara mereka di flat Ampangan Jajar sementara dibina flat yang baru, usaha ini dilihat sebagai satu langkah terkebelakang.

Oktober lalu Wong Hon Wai pengerusi perancangan perumahan negeri telah menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah menandatangani kontrak dengan penswastaan bagi membina 304 buah rumah kos rendah di Ampang Jajar.

Dalam perjanjian tersebut pihak pemaju akan berudaha untuk menyerahkan sebanyak 200 units pada harga RM8.4mil kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalaah penduduk rumah hijau, sejak itu terdapat 236 keluarga , dan kerajaan negeri terpaksa membayar 4.3 juta lagi kepada pemaju bagi menempatkan semua yang terlibat.

Ok la tu.Yang ketua pemuda UMno semakin nganga buat apa sejak 40 tahun dahulu.Soal untuk berpindah ke tempat baru dengan masalah peribadi dilihat bukan alasan lagi untuk penduduk di kawasan ini.Bila tidak di buat di katakan kerajaan tak perihatin , bila di berikan di katakan payah pula.

Apa Umno buat????????Penduduk sakit kerana tinggal di dalam kawasan perindustrian.Berpindah kerumah baru dengan suasana yang baru dilihat lebih sesuai.takkan nak bagi rumah banggalow.Umno , rumah Flat pun belum mampu menyelesaikan masalah sepeti ini.

Team WRLR akan mendapatkan maklumat dan lokasi penempatan yang akan di berikan.