Tamin taja Umi Felda kempen untuk BN (LM)

Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini. 

Manifesto PR: “Pakatan Harapan Rakyat” fokus empat teras utama

Manifesto PR: “Pakatan Harapan Rakyat” fokus empat teras utama
19 February 2013



PETALING JAYA, 19 FEB: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sudah meluluskan manifesto bersama untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinamakan Manifesto Rakyat dan bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” yang akan dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, 25 Februari ini.


Manifesto itu mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat adalah rangkuman holistik semua dasar berlandaskan dasar Bersama Pakatan Rakyat 2009, Buku Jingga pada 2010 dan program khusus yang diumumkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pelancaran manifesto pilihan raya itu antara lain membuktikan komitmen PR terhadap tanggungjawab mengangkat permasalahan rakyat dan dasar untuk menentang politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional (BN).

“Ia adalah dasar yang matang. Sebelum ini PR sering dituduh tidak mempunyai dasar yang kukuh. Kini, kami mempunyai satu dasar yang progresif berbanding BN.
“Kami mengambil masa yang lama untuk merangka manifesto ini dan saya rasa inilah pertama kali oposisi memulakan kempen mereka,” katanya pada sidang media bersama di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PR mengambil inisiatif politik dengan mengangkat pandangan dan suara rakyat.

“Manifesto kali ini mudah untuk difahami rakyat dan ia bukan dasar ‘politik longkang’. Tawaran PR kali ini adalah atas kejayaan pencapaian kita sejak lima tahun memerintah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching pula menyeru pengundi agar tidak mengundi PR kerana benci kepada BN, sebaliknya mereka mengundi sebab menyokong dasar yang ditawarkan PR,” ujar Ahli Parlimen Serdang itu.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat dianggotai Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Kerja PAS Pusat), Dr Hatta Ramli (Ketua Pengarah Pilihanraya PAS), Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP), Dr Ong Kian Ming (Pakar Strategi Pilihanraya DAP), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Publisiti DAP), Charles Santiago (Naib Pengerusi DAP Selangor), Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Rafizi Ramli, Wong Chen (Pengerusi Biro Pelaburan PKR), Sivarasa Rasiah (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR), Baru Bian (Pengerusi Pimpinan PKR Sarawak) dan Ahmad Thamrin Jaini (Pengerusi Pimpinan PKR Sabah).

(function() { var d = document, w = window; w

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik