BUNG MUKHTAR PILIH BUNG MUKHTAR KETUA MENTERI SABAH


BN menyerahkan kepada Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin untuk menentukan calon Ketua Menteri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah diberi kuasa autonomi untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan Adun apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baru adalah tugas Bung Moktar.
“Lepas PRN kalau dapat majoriti mudah perundingan akan dijalankan dengan semua Adun yang ada,” ujar beliau.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh PRN Sabah.
Hal itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya di sebuah hotel di bandar raya berkenaan.
Untuk tarikh penamaan calon ia ditetapkan pada 12 September, manakala pengundian awal diadakan pada 22 September.
Berdasarkan tarikh yang diumumkan itu, tempoh untuk berkempan bagi semua calon yang bertanding ialah selama 14 hari.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata pihaknya akan menggunakan logo BN dalam PRN Sabah yang diadakan nanti.
Menjawab pertanyaan wartawan tentang calon yang akan mewakili BN, Bung Moktar berkata ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
“Ia dalam proses, kita sedang memperhalusi dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya.
Dua minggu lalu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, beliau akan turut bertanding di peringkat Dun dalam PRN Sabah kali ini.
Menurut beliau, kawasan yang dipilihnya untuk bertanding ialah di Dun Lamaq, sebuah kawasan baru.
Ditanya jika keputusannya menunjukkan beliau sedang mengintai kerusi Ketua Menteri, Bung Mokhtar berkata, UMNO mempunyai ramai calon berkelayakan bagi jawatan itu.
“Saya juga boleh jadi Ketua Menteri,” katanya.
Dengan perkembangan terbaru di mana Pengerusi BN, Zahid Hamidi memberi kuasa autonomi kepada Bung Moktar memilih calon Ketua Menteri, siapakah pilihan beliau nanti?
Mungkinkah Bung Moktar akan memilih calon lain selain dirinya atau Bung Moktar akan memiih Bung Mokhtar sebagai Ketua Menteri Sabah?
 (Shahbudindotcom 18/08/2020)

APA LA KAU NAJIB...TAK HADIR DEWAN KA?

Image may contain: 1 person, text that says "Hannah Yeoh @hannahyeoh Untuk makluman @NajibRazak, bajet Covid-19 sedang dibahaskan sekarang di Parlimen. @guanenglim dan @anwaribrahim sedang bahas meminta suntikan dana yang lebih tinggi supaya manfaat sampai kepada rakyat. Yang diluluskan semalam bukan bajet Covid-19. Translate Tweet 12:51 PM 18/08/2020 Twitter for Android 140 Retweets 290 Likes 5 Quote Tweets"

RM41 JUTA KOS CCTV BAHARU DI KUALA LUMPUR

VIDEO DEWAN RAKYAT : Anwar Ibrahim: Peruntukan Harus Ditambah Untuk Menghidupkan & Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi


VIDEO DEWAN RAKYAT : Lim Guan Eng: Tambah RM40 Bilion, Pihak Pembangkang Akan Sokong Untuk Selamatkan Ekonomi Negara



Hidupkan semula ekonomi, peruntukan harus lebih tinggi - Anwar






Peruntukan yang lebih tinggi amat diperlukan bagi meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara yang sedang menguncup ketika ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpandangan, walaupun kerajaan sentiasa dinasihatkan supaya membelanjakan peruntukan secara berhemah, pendekatan baharu perlu diambil apabila pertumbuhan ekonomi negara masih tidak menunjukkan rekod yang positif.

"Memang kita sentiasa berjaga-jaga supaya jumlah peruntukan jangan terlalu tinggi tapi ternyata kemelesetan sedang dihadapi negara ketika ini.
"Penguncupan ekonomi negara adalah antara paling rendah di Asia, tetapi peruntukan dilihat sangat terbatas.

"Ada juga yang membuat unjuran bahawa hanya sekitar dua peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), nyata bahawa jumlah ini rendah.
"Kalau nak hidupkan semula ekonomi, peruntukan harus lebih tinggi. Dalam keadaan sekarang ini, orang tak fikir soal defisit tetapi bagaimana nak tingkatkan semula pembangunan ekonomi negara," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini melaporkan bahawa statistik KDNK Suku Tahun Kedua 2020 menunjukkan prestasi ekonomi negara menyusut 17.1 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku tahun pertama 2020.

Prestasi suku tahun ini merupakan pertumbuhan KDNK terendah yang direkodkan sejak suku tahun keempat pada 1998 (-11.2%).

Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan peranan bank-bank yang dilihat masih gagal membantu meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

"Berbeda daripada soal moratorium, langkah cermat secara pinjaman tidak sepatutnya memihak kepada bank tetapi memihak kepada ekonomi.
Maknanya bank berperanan membantu mempercepat proses pertumbuhan, bukan menekan dan memberikan syarat collateral atau memilih syarikat yang sudah berada dalam keadaan baik dan mendapat untung.

"Ternyata mereka tidak membantu untuk membangkitkan pertumbuhan ekonomi seperti yang diharapkan," katanya.


‘Dia paling sibuk di dunia nak buat RCI Tabung Haji’


‘Dia paling sibuk di dunia nak buat RCI Tabung Haji’




Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Tabung Haji (TH) bermula Jun 2018 hingga termeterai perjanjian syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) terbukti telah berhasil.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pencapaian itu dapat dilihat pada lebihan aset TH sebanyak RM1.9 bilion setakat 30 Jun lalu.
“Terbukti dengan usaha kita (kerajaan Pakatan Harapan) lakukan terbukti pada pertengahan 2020, segala soalan yang dikemukakan dijawab oleh kerajaan hari ini.
“Kerajaan hari ini mengakui TH untung, aset sudah melebihi liabiliti dan pendeposit telah bertambah. Pelan pemulihan TH terbukti sukses dan menunjukkan pemulihan,” katanya menerusi saluran Jom Channel di YouTube malam tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempersoal kewajaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
“Bila (TH) sudah berjaya seharusnya tidak timbul lagi ‘misteri’. Lainlah kalau pemulihan itu lingkup.
“Tapi kalau pemulihan itu sukses, saya tidak faham mengapa isu RCI dibangkitkan semula.
“Kami memulihkan TH dan terbukti menerusi jawapan-jawapan di Parlimen yang semua orang sedia maklum.
“Desakan-desakan politik daripada bekas Pengerusi TH yang lalu. Dia paling sibuk di dunia nak buat RCI termasuk Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Menteri dari Pas.
“Walhal, dia sebagai Timbalan Menteri sepatutnya tahu segala maklumat yang diberi secara berfakta dan berobjektif,” bidasnya.
Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH menyifatkan desakan RCI TH itu kerana diheret sentimen politik.
“RCI ini untuk merendah-rendahkan usaha pemulihan yang telah kita buat dan menutup segala kelemahan mereka yang semakin hari semakin terdedah.
“Apabila mereka mendesak, rupanya desakan itu kena pada diri mereka,” tegasnya.
Syarat terma
Mujahid sekali lagi mengulang pendiriannya yang tiada masalah dengan penubuhan RCI tetapi mestilah jelas dari segi syarat terma rujukan.
“Jangan hanya dibuat RCI untuk tutup segala penyelewengan yang berlaku pada zaman dulu.
“Tetapi RCI itu mesti juga melihat secara keseluruhan transaksi terdahulu bagaimana untung dan rugi bagaimana.
“Tunjukkan bagaimana TH Heavy Engineering Berhad rugi tetapi tidak direkodkan. Ya. Tanya itu semua,” tegasnya.
Untuk rekod, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 menyatakan rosot nilai melibatkan pelaburan dalam syarikat bersekutu, iaitu TH Heavy Engineering Berhad berjumlah RM164.58 juta tidak direkodkan.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, RCI terbabit boleh meminta penjelasan daripadanya berhubung pelan pemulihan TH yang diusahakan kerajaan PH sebelum ini.
“Saya boleh tunjukkan dokumen-dokumen bagaimana kita lakukan pemulihan dengan telus, mesyuarat Kabinet, transaksi yang tidak meragukan.
“Kalau RCI betul-betul dibuat dengan adil ia akan makan tuan (kerajaan). Tapi ingat RCI tidak ada kuasa untuk mendakwa. RCI hanya siasatan.
“Kalau sudah untung, aset sudah lebih baik malah bertambah, perniagaan berjalan elok, pendapatan tetap lebih baik , tiba-tiba RCI. Ini pelik dalam dunia, daripada pihak kerajaan pula,” sinisnya lagi.
Abdul Azeez dalam debat ‘Berani Semuka’ dengan Mujahid anjuran Sinar Harian pada 14 Ogos lalu tidak susah-sudah menyebut tentang RCI.

Pas ingatkan jangan ada sikap tidak endahkan parti Bersatu

Pas ingatkan jangan ada sikap tidak endahkan parti Bersatu

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mengingatkan supaya jangan ada sikap tidak mengendahkan parti Bersatu.

Ini kerana kata beliau, asal parti itu adalah sebagai komponen kerajaan, namun bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan bersama dalam gabungan baharu membentuk kerajaan.


Dakwa beliau, tindakan Bersatu itu kerana menyedari wujudnya ancaman kepada kestabilan dan keadaan tidak teratur kepada masa depan negara dalam Pakatan Harapan, sebaliknya melihat adanya asas teguh untuk bersama penyatuan ummah.

Oleh itu tegas Razman, umat Melayu-Islam mesti bersatu jangan sesekali meminggirkan Bersatu walaupun datangnya kemudian dalam Muafakat Nasional, bahkan diperlukan untuk bersama-sama.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menjelaskan,
penyatuan ummah tidak membawa makna jika hanya berlaku antara Pas dan Umno.

Ini kerana katanya ia sepatutnya mengikat seluruh umat tanpa perlu ada perbezaan parti sebagaimana dilakukan Nabi dan dituntut Islam.


“Oleh itu keputusan Bersatu menyertai Muafakat Nasional mesti dialu-alukan,” katanya seperti dipetik daripada Harakahdaily.

AHLI MAJLIS TERENGGANU TAK APA TAK ADA SPM?

Najib: Awak dah jadi cybertrooper, tak tahu apa yang diundi, spin sahaja

Najib: Awak dah jadi cybertrooper, tak tahu apa yang diundi, spin sahaja


Bekas Perdana Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba untuk memutarbelitkan penentangan Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain pihak terhadap usul perbelanjaan tambahan semalam dengan berkata ia bertujuan menyekat bajet prihatin kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membantu rakyat.
Padahal, kata ahli parlimen Segambut, PH tidak menyokong bajet ini kerana ia bagi meluluskan perbelanjaan bagi menambah bilangan menteri/timbalan menteri yang begitu banyak.
“Ini bukan bajet Covid-19. Kita tidak sokong penambahan Menteri/Timbalan Menteri yang begitu banyak,” kata Hannah Yeoh menerusi twitter beliau bagi membidas Najib.
Hannah mengepilkan hansard (catatan mesyuarat) Parlimen bertarikjh 13 Ogos 2020 yang memaparkan bunyi usul yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdulllah yang antaranya berbunyi:
“… penyusunan semula fungsi kementerian ini selaras dengan pewujudan Kabinet baharu pada 10 Mac 2020 yang bertujuan memperkemaskan lagi organisasi dan fungsi kementerian-kementerian terutamanya dalam memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintergriti.”
Huraian terhadap RUU Perbekalan Tambahan yang jelas menunjukkan ia untuk perbelanjaan bagi kementerian yang baru diwujudkan.
Usul ini telah diundi secara belah bahagi dimana 111 telah menyokong manakala 106 Ahli Parlimen lagi menentang usul ini.
Ekoran penentangan terhadap usul ini, Najib telah menulis melalui facebook beliau, “Siapakah yang berpakat hari ini untuk cuba gagalkan bajet Prihatin kerajaan PN untuk bantu rakyat dan selamatkan ekonomi pada masa krisis Covid-19.”
Tan Sri Muhyiddin telah membentuk 32 portfolio dan telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.
Kabinet ketajaan PH pimpinan Tun Dr Dr Mahathir Mohamad pula hanya mempunyai 27 menteri, yang mana Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio. Mahathir pula melantik hanya 26 timbalan menteri.
Usul perbelanjaan tambahan ini dikemukakan bagi membelanjakan wang untuk membiayai kabinet yang bersais besar ini sehingga ditolak oleh 106 MP termasuk dari PH, Warisan dan kumpullan Tun Dr Mahathir.

KENAPA PH TIDAK SOKONG RUU LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA PEMBIAYAAN KERAJAAN



FAEZUDDIN PUAD




Untuk makluman semua, RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019(Covid-19)) 2020 berbeza dengan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020).

Boleh rujuk RUU yang telah dibacakan, diluluskan dan bakal dibacakan di sini:


PH tidak menyokong RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) kerana beranggapan ianya satu bentuk pembaziran. Sebagai contoh menubuhkan Kementerian baru yang melibatkan penambahan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.


 

Jumlah seluruhan anggota pentadbiran PN adalah 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri, 32 Setiausaha Politik dan 2 Duta Khas bertaraf Menteri.

Boleh rujuk jumlah anggota pentadbiran kerajaan PN di sini: www.kabinet.gov.my
Sebagai perbandingan anggota pentadbiran kerajaan PH cuma melibatkan 28 Menteri dan 24 Timbalan Menteri dan 28 Setiausaha Politik.

Sebagai contoh lagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) ketika PH perintah telah dipecahkan kepada tiga kementerian iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Menteri Alam sekitar dan Air.

Justeru, PH mempersoalkan apakah rasional penambahan peruntukan untuk penambahan anggota kabinet yang dirasakan tiada keperluan pada waktu ini.


 


Pada hemat PH, wang ini semua lebih wajar disalurkan untuk kepentingan rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19 berbanding berbelanja untuk lantikan politik.

Oleh itu, dakwaan pihak tertentu mengatakan PH tidak sokong RUU terkait Covid-19 adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu fitnah yang besar.

Sekian.





AZMIN. TUNJUKLAH WAJAHMU YANG SEBENAR


Menurut Zuraida, kumpulan Azmin akan menyertai PPBM secara sah pada 22 Ogos ini.
Baru sekarang Azmin berani menunjukkan wajahnya yang sebenar
Itu bermakna PPBM akan ada dua Menteri Kanan.
Di zaman PH, kumpulan Azmin yang tidak sehaluan dengan partinya dapat 4 jawatan Menteri. Manakala yang pro Anwar cuma dapat 3 jawatan Menteri.
Di zaman PN, Azmin semakin untung kerana dilantik Menteri Kanan walaupun tidak berparti.
Azmin nampaknya sentiasa untung bila wajahnya tidak jelas.
Tetapi apabila menyertai PPBM barulah wajah Azmin nampak jelas. Cuma jika wajah sudah jelas, bolehkah Azmin menang lagi di Gombak.
Setelah menyertai PPBM, bukan mudah bagi Azmin dan kumpulannya meraih sokongan solid orang Cina seperti di PRU ke 13 dan 14.
Bila masuk PPBM, bermakna Azmin akan masuk MN. Ikutlah peribahasa, “masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.
Jangan nak mengaum pula macam harimau.
Rakyat nampak wajah sebenar Azmin. Ketua Polis Negara sahaja yang kata wajah Azmin masih kabur.
Dr. Puad Zarkashi
Ahli MT UMNO
18 Ogos 2020.

PN DIRAGUI MAMPU BERTAHAN DENGAN HANYA 111 KERUSI




Perikatan Nasional (PN) diragui akan mampu bertahan menjelang pengundian beberapa Rang Undang-undang berikutnya dengan hanya sokongan 111 Ahli Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dengan majoriti yang amat minimum itu dikhuatiri akan terpaksa memberi lebih banyak sogokan pada masa hadapan untuk kekal berkuasa.

"Kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menjadi persoalan dan pertikaian selepas proses undian Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.
"Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar, Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk mengembalikan mandat rakyat menghadapi kerajaan PN yang membazir dalam mentadbir negara dengan mewujudkan pelbagai jawatan baharu bagi mendapatkan sokongan.

"Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.

"PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh 3 Ahli Parlimen dari Sabah yang tidak hadir pada sesi pengundian semalam kerana sibuk menghadapi pelbagai urusan Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi.

Sesi Dewan Rakyat semalam mencatat kontroversi apabila Speaker Azhar Harun terpaksa menghentikan perjalanan sidang apabila kehadiran wakil rakyat PN tidak mencukupi.

Beliau menangguhkan Dewan selama 10 minit selepas mengumumkan pengundian akan dilakukan secara belah bahagi.

Penangguhan selepas pengumuman tidak pernah dilakukan dalam sejarah Dewan Rakyat sebelum ini.




𝕂𝔼ℕ𝔸ℙ𝔸 𝕋𝕀ℙ𝕌 𝕂𝔸𝕄𝕀 𝔻𝔸𝕃𝔸𝕄 ℍ𝕌𝔹𝕌ℕ𝔾𝔸ℕ ℙ𝔸𝕊-𝕌𝕄ℕ𝕆 - 𝔸ℍ𝕃𝕀 ℙ𝔸𝕊


Bob Kelanang

Ahli-ahli bawahan akar umbi Pas kini mula mempersoalkan secara terbuka hubungan politik antara Pas dan Umno. Ini adalah lantaran pendedahan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat 𝘿𝙧. 𝙕𝙪𝙝𝙙𝙞 𝙈𝙖𝙧𝙯𝙪𝙠𝙞 bahawa beliaulah antara yang mengusahakan dari tahun 2011 lagi agar Pas dan Umno bersatu. Setiausaha Agung Pas, 𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝙏𝙖𝙠𝙞𝙮𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙨𝙨𝙖𝙣 pula mendakwa beliau menggerakkan usaha penyatuan Pas dan Umno sejak 2015 atas arahan Presiden Pas, Hadi Awang.
“Kami sekarang keliru. Sekarang kita akhirnya mengaku usaha menyatukan Pas dan Umno dah lama dah. Sejak 2011. Masa tu Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Tok Guru pulak kita pun tahu menentang keras penyatuan Pas dan Umno. Jadi adakah tuduhan PAN (Parti Amanah) kepada kita selama ini betul dan bukannya fitnah?” kata seorang ahli PAS Abdul Karim Mahussin, 58, ketika ditemui di Kota Bharu.

“Sekarang puak PAN tu dah bersorak gembira sebab ternyata yang mereka kata selama ni adalah benar dan pimpinan kita (PAS) yang duduk nafi selama ini tu bercakap tidak benar dan menipu arwah Tok Guru dan seluruh Ahli PAS. Selama ni kita kata geng Mat Sabu dan Husam ni dok fitnah kata PAS nak bersatu dengan Umno. Rupa-rupanya memang ia adalah betul.

Kenapa begitu sekali jadi? Kalau nak bergabung dengan Umno sejak dulu, kenapa tak bawa dalam muktamar masa tu. 2011 Tok Guru Nik Aziz ada lagi. Sanggup mereka ini menipu sampai mati Arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bawalah usul masa tu ke muktamar jika benar dan berani sebagai anak jantan. Bincang  kat situ dan buatlah keputusan. Ni sampai pecah parti, balah sama sendiri ahli PAS. Sebab ada yang duduk berunding dalam gelap dan sedap makan pitih.

Tapi Pimpinan (PAS) pulak dok nafi. Kita ahli di bawah ni terpinga-pinga macam bodoh sangat . Kita sekarang, bila jumpa dengan puak PAN ni malu muka berasa sebab memang betul rupanya lama dah ada usaha Pas nak bersama dengan Umno dan duduk  tidur sekali” Ujar beliau lagi.

Rakan beliau pula, Mohtar Said, 50 yang ahli PAS sejak puluhan tahun lagi, memang terasa bodoh sangat dan tertipu dengan mainan pemimpin PAS setelah ketiadaan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

"Umno ni musuh kita (PAS)  lama dah... Apa yang dia (Umno) tak buat kat kita orang-orang PAS ni. Yang kerja kerajaan kena tukar ke hulu dabong. Tanam padi takleh bantuan Baja dan mace mace lagi... Tanam getah takleh bantuan, memang sengaja menyusahkan ahli PAS... sampa ada yang bercerai dan sanggup mati... Tiba-tiba pimpinan nak suruh kita duduk sekali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mintak maaflah, saya tak boleh terima ke arah tu... apatah lagi Hadi Bewok sanggup menipu kami dan Arwah ( Tok Guru Nik  Aziz )” Kata Mokhtar.

“Pimpinan (PAS) janganlah buat kami ahli di bawah ni macam tak ada nilai, sesuka hati demi perut mereka. Kami pun ada harga diri. Di Kelantan sebelum ni, kami sanggup bergaduh dengan puak PAN tu kerana tuduh kami khianat perjuangan Tok Guru dan dah nak baik dengan Umno. Kami lawan puak PAN ni pilihanraya umum baru ni bermati-matian.

Kami percaya bila Ustaz Nik Amar kata hanya orang bodoh percaya PAS nak bersatu ( bergabung ) dengab Umno. Akhirnya,  rupa-rupanya semua berita tu betul, apatah lagi diakui oleh pimpinan tertinggi PAS hari ini. Kecewa lah kami macam ni.” Ujar beliau bagi menutup perbincangan.



KERAJAAN PN SUDAH TERIMA LAPORAN TABUNG HAJI




𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛: Laporan kewangan Tabung Haji (TH) era PH sudah diserahkn kpd kerajaan PN !!

Akhirnya.. terjawab jua fitnah UMNO & PAS selama ini kerajaan PH tidak buat/ sediakan laporan kewangan PH bg tahun 2018 & 2019, rupa²nya dah ada di tangan kerajaan PN !!

Jika dah berada di tgn KERAjaan PNipu, kenapa hingga kini Menteri Agama PN khasnya Kerajaan PN masih gagal tak berani nak dedahkan bentangkn di sidang parlimen kali ini ??!.. Apa yg hendak disorokkan..?

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH..

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧:
https://malaysiadateline.com/jangan-ulangi-isu-murahan-ini-laporan-kewangan-th-ada-di-tangan-pn/





RAIS YATIM DIRASUK PERASAAN

SPEAKER TUNGGU AHLI PARLIMEN ?



Lucunya parlimen Malaysia di bawah kerajaan tebuk atap.  Bukan ahli parlimen tunggu speaker masuk, tapi speaker yg pergi cari dan tunggu ahli parlimen masuk.  Sebab apa?  Sebab ada undian dan bilangan ahli parlimen kerajaan tebuk atap tak cukup dalam parlimen.  Maka, speaker seperti budak suruhan atau 'batman' cari orang.

Kalau diandaikan ahli-ahli parlimen itu tentera, dan speaker itu adalah panglima tentera yang akan mengambil perbarisan, apa akan terjadi kepada tentera-tentera yang lewat masuk perbarisan sehingga panglima terpaksa menunggu cukup anggota perbarisan?  Jawabnya, adalah yang kena berlari keliling padang kawad dan besar kemungkinan kena masuk 'guard room'.  Itulah disiplin tentera.  Patutnya di Parlimen yang menjadi institusi tertinggi itu lebih tinggi disiplinnya.  

Bagaimana mahu berdisiplin kalau kaedah menjadi kerajaan pun secara tidak beretika, melalui tebuk atap?  

WFAUZDIN NS