TU DIA NOH

 


RAZEEF RAKIMIN. KENAPA SAYA DIAM ISU PELANCARAN JENTERA SABAH



Sejak dua hari lalu saya dihujani pertanyaan dari pihak media dan anggota Keadilan berkenaan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Sabah yang diadakan baru2 ini.. Namun saya menolak untuk menjawab sebab memang saya tidak tahu apa2.. Jadi apa saya mahu jawab..?






Namun selepas 2 hari melihat dari respond pimpinan serta reaksi di bawah, saya risau dan sedih bila program yang baik ini menjadikan kami di Sabah terhimpit oleh pertembungan dua pihak dalam pemilihan kali ini.. Maka hari ini saya menjawab pertanyaan dari seorang wartawan berkenaan isu ini..


Antara jawapan yang saya beri adalah:


1. Saya dan beberapa Ketua Cabang hanya dimaklumkan berkenaan program Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Sabah tiga hari sebelum program berlangsung;


2. Selepas bertanya kepada Pengerusi Keadilan Sabah, beliau memaklumkan keputusan telah dibuat oleh Biropol Pusat;


3. Isu semakin panas bila Rafizi memaklumkan beliau tidak dimaklumkan tentang program tersebut walaupun beliau adalah Pengarah Pilihanraya dan Timbalan Presiden parti.. Malah tidak ada dibincang dalam mesyuarat Biropol pusat;


4. Akar umbi mula mempersoal pelaksanaan program yang dikatakan tergesa-gesa dalam tempoh pemilihan;


5. Akibatnya Nurul Izzah Anwar dan Amirudin Shari dituduh menunggang MPN Keadilan Sabah dan menggunakan program untuk berkempen;


6. Di media sosial, akar umbi juga mempersoal pelaksanaan pelancaran jentera sedangkan selepas pemilihan peringkat cabang masih banyak cabang belum melengkapkan jawatankuasa cabang terutama yang baru menang pertama kali;


7. Saya meminta supaya jangan lagi dikaitkan Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Sabah dengan Pemilihan Keadilan 2025 atau dikaitkan dengan mana2 kem dalam pemilihan kali ini;


8. Di Sabah kami membuka ruang demokrasi seluasnya kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang boleh mambantu parti ini di Sabah dalam keadaan kami bakal berdepan dengan Pilihanraya Negeri Sabah ke-17..


@highlight



PARTI ANAK BERANAK MENANTU. BESAN

 


YA BETOI KA


 

WALAUN KENA MUHONG LAGI


 

PAPA GOMO...


 

𝗭𝗢𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥-𝗦𝗜𝗡𝗚𝗔𝗣𝗨𝗥𝗔 (𝗝𝗦-𝗦𝗘𝗭): 𝗧𝗢𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡








JS-SEZ bukan satu pencapaian yang dijamin sejak awal. Ia lahir daripada kesedaran bersama antara Malaysia dan Singapura bahawa masih banyak potensi belum dimanfaatkan antara Johor dan Singapura. 


Bermula dengan perbincangan pada Julai 2023, sehingga termeterainya MoU enam bulan kemudian, kejayaan ini dicapai melalui usaha bersama yang terancang, bukan sekadar hasil sejarah atau kedudukan geografi.


Hari ini menandakan langkah penting ke hadapan. Buat pertama kali, enam bank serantau dan antarabangsa, dari Barat hingga Asia, menandatangani Surat Hasrat (LoI) bagi menyokong JS-SEZ. Ini adalah isyarat kepercayaan paling kukuh setakat ini terhadap potensi JS-SEZ. Peranan bank-bank ini adalah penting dalam merealisasikan visi JS-SEZ melalui pembiayaan, promosi global, libat urus strategik, dan penyediaan risikan pasaran.


𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮:


1. Sokongan pembiayaan dalam sektor strategik seperti tenaga hijau, digital dan industri kreatif.


2. Promosi & pendedahan global melalui jaringan antarabangsa bank-bank terlibat.


3. Libat urus pemegang taruh bagi menarik pelabur besar, syarikat multinasional dan pelabur individu.


4. Penyelidikan pasaran untuk menyokong pembangunan dasar dan penilaian impak.


Menjelang hujung tahun ini, Pelan Induk JS-SEZ akan dilancarkan sebagai pelan hala tuju jangka panjang untuk pelaburan dan pembangunan.


Walaupun tampuk kepimpinan politik boleh berubah, JS-SEZ merupakan satu janji bersama kepada masa depan. Ia adalah tekad agar kerjasama ekonomi Malaysia-Singapura mampu menaiktaraf kehidupan rakyat kedua-dua negara. 


Selagi kita kekal memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab, JS-SEZ akan terus berkembang.



[𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱] 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡









Pada 23 Mei ini (Jumaat), anggota KEADILAN akan keluar mengundi untuk memilih 20 orang Majlis Pimpinan Pusat (MPP), melengkapkan saf kepimpinan parti bagi penggal 2025–2028.


Dalam beberapa minggu ini, saya telah menerima pelbagai pandangan dan mesej daripada anggota akar umbi yang mahukan barisan kepimpinan yang teguh membawa semangat reformasi, setia dan bukan sekadar mengejar kedudukan.


Cabaran kita hari ini adalah memilih pimpinan yang mampu kekal berpegang kepada idealisme reformasi, walaupun diuji dengan kuasa. Kita berdepan persaingan daripada pelbagai kumpulan, tetapi masa depan parti hanya boleh dibina oleh mereka yang sudah teruji dan kekal setia pada prinsip.


HIRUK - Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa bukan sekadar slogan. Ia adalah seruan untuk mengembalikan roh perjuangan KEADILAN, agar kita terus berpijak di atas kekuatan sendiri.


Saya pulangkan pilihan kepada perwakilan dari seluruh negara.


Sebagai perwakilan cabang masing-masing, saudara dan saudari membawa suara akar umbi. Tanggungjawab ini besar untuk memastikan parti kekal di landasan reformasi dan tidak tersasar daripada perjuangan asal.


Berikut adalah senarai calon yang disokong oleh kempen HIRUK: mereka yang kami yakini telah teruji, berprinsip, dan mampu membawa parti ke hadapan dengan kekuatan sebenar.



TAK CUKUP 5 TAHUN, TAK DIBENARKAN BERTANDING. JANGAN JADI TIKTOKERS KEMUDIAN RASA DAH HERO



 Terima kasih kepada semua anggota dan orang ramai di Johor serta kawasan sekitar yang turun padang ke jelajah terakhir HIRUK.





Buat ribuan yang menonton dari jauh, terima kasih juga, sokongan anda tetap kami rasa.


Saya dan rakan-rakan telah rumuskan dan rangkumkan segala mesej dan objektif sepanjang kempen HIRUK untuk pertimbangan anggota dan pemahaman rakyat di luar.


Semoga semangat reformasi terus segar dan kuat, walau diuji kuasa.


#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025



TOLAK SISA KARTEL.

 Halim




Tolak Ginie Lim dari sebarang jawatan dalam parti – cukup-cukuplah beri ruang pada sisa kartel yang lebih banyak merosakkan dari membina. Dari dulu sibuk boikot PRN dan PRU, masa semua orang bertungkus-lumus, dia pilih jadi penonton.


 Lebih parah, dia bukan saja undur diri, tapi siap hasut ahli supaya sokong PN – lawan parti sendiri demi agenda peribadi. Kalau masih diberi tempat, jangan hairan kalau luka lama berdarah semula. Parti tak perlukan pengkhianat bermuka manis – kita perlukan pejuang, bukan pelakon.



BOLEHKAH KERAJAAN/JABATAN KERAJAAN MELAKUKAN IBADAT KORBAN?






Jika amalan "membantu" individu menunaikan haji atau umrah telah diterima sebagai wajar, mengapa membantu individu melakukan ibadat korban perlu dipertikaikan?? 


Apabila kerajaaan/mana mana pihak rasa perlu menyumbang agar ibadat korban dapat dilaksanakan, mungkin ada maslahah yang ingin dicapai, cuma oleh kerana ibadat korban merupakan ibadat "aini" @ perseorangan, ianya mesti diniatkan oleh individu tertentu siapakah empunya korban ini. 


Ibadat Korban tidak dituntut atas nama jemaah atau atas nama agensi/jabatan kerajaan, ianya mesti dilakukan atas nama individu tanpa mengira siapa yang mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli binatang korban. Tanpa niat korban untuk/oleh individu tertentu, penyembilahan itu hanya bersifat sedekah atau hadiah wpun dibuat pada hari raya korban.




RAFIZI BERKERAT ROTAN DENGAN ANWAR?

 RAFIZI BERKERAT ROTAN DENGAN ANWAR?


21 May 2025


Keadaan paling nyata dalam ceramah Rafizi Ramli pada Grand Finale Jelajah HIRUK di Johor Bahru malam tadi tidak lain ialah beliau kini tidak lagi dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim.


Perkara ini tidak mustahil akan terus berlarutan sehingga selepas pemilihan  nanti dan Timbalan Presiden itu menampakkan beliau juga sudah sedia untuk  berkerat rotan serta berpatah arang dalam hubungannya dengan Perdana Menteri.


Tiga isu utama yang dibangkitkan Rafizi dan ia jelas merupakan serangan terbukanya terhadap Anwar.


Pertama, dakwaannya bahawa Anwar  adalah pemimpin yang “cakap depan lain, cakap belakang lain” serta “umum di depan lain dan buat di belakang lain”.


Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan media Anwar sebelum ini yang mahu Rafizi dikekalkan lagi sebagai Timbalan Presiden, meskipun Menteri Ekonomi itu mendakwa, beliau pada awalnya telah menawarkan diri kepada Anwar untuk beliau tidak bertanding.


Namun, dengan apa yang berlaku kemudian terutama dalam  pemilihan peringkat cabang di mana banyak berlaku keadaan “badan tanpa kepala” yang mana menurut  Rafizi, ia adalah sebahagian perancangan untuk mengenepikannya.


Serangan kedua ialah berkaitan keistimewaan yang ada pada Anwar selaku Presiden PKR yang boleh memberi pelepasan kepada mana-mana ahli baru untuk bertanding jawatan dalam parti di sebalik syarat asal yang ditetapkan parti ialah mesti selepas setahun menjadi ahli.


Rafizi mendakwa, pelepasan yang diberikan oleh Presiden PKR itu dalam beberapa kes telah menyebabkan parti jadi rosak dan kucar-kacir.


Dengan itu, beliau menegaskan agar keistimewaan memberi pelepasan itu ditarik balik serta dimansuhkan 100 peratus dan selepas ini, beliau mencadangkan mana-mana ahli baru yang menyertai PKR, mereka hanya boleh bertanding selepas lima tahun menjadi ahli.


Ketiga, Rafizi turut mempertikaikan vendor yang dilantik untuk menguruskan pemilihan parti yang kini didakwanya terdedah kepada penipuan.


Beliau menegaskan, berdasarkan culaan yang dilakukan pihaknya berasakan keputusan pemilihan cabang-cabang, beliau didapati tiada masalah untuk memenangi pertandingan kali ini.


Ini kerana dakwanya, yang dikerat hanya kepala, tetapi badan atau AJK yang menang masih lagi memihak kepadanya.


“Yang jadi masalah ialah sistem yang tidak memihak kepada kita,” dakwa Rafizi lagi.


 Apa respon Anwar atas segala dakwaan Rafizi di atas?


Apakah Presiden PKR itu akan diam atau bakal tampil memberi penjelasan sebelum bermulanya kongres pada 23 Mei nanti?


Daripada sudut yang lain, berikutan serangan terbuka Rafizi terhadap Anwar itu dan disertai dengan keyakinannya akan tewas, malah sedia berundur secara baik selepas ini, kemungkinan beliau akan diberikan undi oleh perwakilan  akan semakin tipis.


Dengan penampilan dalam Jelajah HIRUK kali ini,  perwakilan  akan semakin menjauhi Rafizi dalam memberi undi kerana percaya beliau bukan lagi gandingan yang sesuai dengan Presiden PKR itu dalam menerajui parti.


Tentulah sukar dibayangkan bagaimana agresifnya Rafizi selepas ini jika beliau ditakdirkan kekal lagi di jawatan nombor duanya itu.


Secara halusnya, laluan Nurul Izzah jadi mudah dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 21Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/rafizi-berkerat-rotan-dengan-anwar/



MELAYU MUDAH LUPA.

 


22 Tahun Apa Tun Buat? Oh, Cuma Selamatkan Negara, Tak Ada Apa Sangat Pun.


oleh Rahim Said


Sesekali, anda akan nampak mereka — para pahlawan berani di ruangan komen. Berbekalkan papan kekunci dan memori separuh lupa, mereka menaip penuh semangat:

“22 tahun apa Tun buat untuk Melayu?”


Wahai sejarawan Facebook dan ahli falsafah Twitter sekalian, izinkan saya segarkan semula ingatan anda yang begitu ‘terpilih’ itu. Sementara anda sibuk memilih antara nasi lemak dan roti canai untuk sarapan, lelaki yang anda suka kecam tu sedang — entahlah — mengambil semula beribu hektar tanah rizab Melayu dari kawalan British.


Pernah dengar Sime Darby? Tak pernah? Tak apa — kadang-kadang, jahil itu membahagiakan.


Dan sementara anda sedang mengkritik dari sofa IKEA sambil minum kopi mahal, Mahathir secara senyap menghasilkan lebih 3,000 doktor Melayu sepanjang pemerintahannya. Bukan doktor TikTok, ya — tapi doktor sebenar yang tahu beza buah pinggang dengan hati.


Tentang naratif yang kononnya Tun tak bantu orang biasa — mari kita bincang pasal Rumah Flat di KL. Dibina untuk menempatkan setinggan dari pelbagai tempat, kebanyakannya orang Melayu dari kampung yang kejar impian bandar. Lebih 100,000 rumah mampu milik (landed) untuk orang Melayu di seluruh negara. Tapi ya lah, kononnya semua tu tumbuh sendiri macam cendawan lepas hujan — tanpa kepimpinan.


Dan untuk yang kata Tun hanya tolong kroni, mari saya kenalkan anda dengan jutawan dan bilionair Melayu — seperti Rashid Hussain, Azman Hashim, Syed Mokhtar, Tajuddin Ramli dan Allahyarham Tan Sri Yahya. Mereka bukan lahir kaya — mereka dibentuk melalui dasar-dasar yang bagi Melayu tempat di meja-meja yang dulunya hanya untuk “towkay”.


Jangan lupa ASB — penyelamat kewangan untuk Melayu biasa. Atau Khazanah Nasional, dana kekayaan negara yang negara lain pun sanggup berperang untuk ada. Atau dasar yang mewajibkan syarikat tersenarai ada sekurang-kurangnya 12.5% ekuiti Melayu.


Tapi mestilah, dalam naratif anda, Tun hanya minat bina lebuh raya dan tengok Formula 1.


Dia juga hidupkan institusi macam Tabung Haji, PNB, MARA, dan FELDA — bukan dengan slogan kosong, tapi dengan peruntukan sebenar. Jenis bantuan yang memungkinkan sepupu anda dari Kampung Hulu jadi jurutera, peguam, atau arkitek tanpa perlu jual kebun getah ayah dia.


Dan sementara ada yang sekarang angkat placard dan hashtag tanya “Apa Tun buat 22 tahun?”, mereka buat semua tu guna smartphone yang wujud hasil dasar-dasar yang membuka ekonomi Malaysia, tarik pelaburan asing, dan bina infrastruktur serta industri yang kita ambil mudah hari ni.


Adakah Tun sempurna? Sudah tentu tidak.

Yang sempurna cuma malaikat — dan troll Twitter.


Tapi untuk berpura-pura dia tak buat apa-apa untuk Melayu adalah setaraf dengan berkata “durian tak ada bau.”


Jadi, lain kali bila rasa nak tweet “22 tahun apa Tun buat?”, tolong diri anda — tengok sekeliling.


Jalan yang anda pandu, flat yang anda diami, dividen ASB yang ibu bapa anda terima, kerja yang anda ada, dan tempat yang anda duduki dalam negara ini — Tun Mahathir ada peranannya.


Dan itulah, rakan-rakan, apa yang dia buat untuk orang Melayu. Dan juga seluruh Malaysia.


Sama-sama.


RAHIM SAID



JANGAN MACAM TU

 

Md Zulaimi Kazim



AYAH NIH… ASYIK2 ANWAR IBRAHIM. ASYIK2 ANWAR IBRAHIM”… itulah bebel anak bongsu saya bila dia tgk saya sentiasa ikiti ucapan PMX sejak sekian dulu lagi. 


Aku bukan taksub tapi memang jiwa ini sentiasa bersama orang yg kena tindas.


Sejak 3 minggu ini aku pula tak pernah terlepas ikut ucapan Rafizi Ramli sebab jiwa aku bersama dengan orang ditindas atau mangsa buli. Aku mulanya tak mahu memihak tp bila lihat apa yg elitik politik buat pada kawan mereka sendiri, jiwa aku kata, aku tak boleh terus membisu, Rafizi perlu dibela.


Aku rasa ramai orang macam aku dan aku dpt rasa di sosial media 80% pengikut politik juga macam aku. Mereka sdh beralih ikon politik dulu dari Anwar kpd Rafizi. 


Minta maaf PMX!



BAGUSLAH SUDAH MENGAKU KALAH





Dr Mahathir sudah mengakui akan kelemahan dan masanya sudah habis apabila tidak lagi berangan-angan untuk jadi perdana menteri. Dengan mengatakan kalau dia jadi perdana menteri dia akan mansuhkan isu 3R menggambarkan bekas PM dua kali itu insaf dan tewas dalam gamesnya sendiri.


Bukan itu sahaja Mahathir menawarkan bakti tersisanya akan berkongsi beberapa idea bersama kerajaan dan Anwar. Baguslah apabila sudah menemui lorong laluan akhir. Harapnya Tok Dor juga mengambil langkah serupa  Mahathir dan akan turut membantu kerajaan dengan pengalaman, ilmu dan kepakaran yang beliau ada. Mari kita bina bangsa dan nusa. Trims.



ZAMAN MENDATANG.


 CnP


Pada masa 10-20 tahun akan datang paper qualification takkan bermakna apa-apa lagi. Tak ada orang yang nak pergi universiti buat degree ke master ke phd ke. 


Zaman gen X di mana siapa yang ada qualification paling tinggi dipandang tinggi akan habis. Di masa depan, siapa paling cekap buat duit guna AI akan diangkat tinggi.


Sebab kita tak perlu nak pergi interview mintak kerja. Why? Sebab peluang kerja di sektor formal akan terhad. Takde siapa pun yang nak ambil kau kerja. Yang kita perlu ialah skill kawal AI.


Akan ada banyak majikan yang prefer pilih AI berbanding manusia. Sebab? Kos lebih murah, kecekapan lebih tinggi.


Kalau saya kena bayar RM 80 pergi klinik biasa tapi boleh kurang separuh harga pergi klinik doktor AI sebab kos konsultansi jadi kurang, why not saya pilih doktor AI? Thats why AI sebagai alat bisnes akan jadi relevan.


Tapi jangan risau kalau kita tak ada kerja makan gaji lagi pada masa depan. Sebab ramai antara kita akan menggaji diri sendiri dengan guna AI buat duit.


Macam mana kehidupan manusia harini susah nak dipisah dari media sosial dan hp, macam tu lah ia akan susah dipisah dari AI pada masa depan.


Universiti dipaksa berubah. Ia mungkin akan jadi research hub dan offer kursus jangka pendek dengan kos lebih rendah dan masa lebih singkat. Mungkin satu dua kursus je especially yang berkait dengan sentuhan emosi manusia akan ditawarkan.


Pada masa depan manusia tak perlu tahu semuanya. Manusia hanya perlu tahu cara nak guna AI sebagai alat. AI akan jadi lebih bijak dari manusia dan tahu lebih banyak benda. Cuma satu saja yang AI takkan boleh kalahkan manusia iaitu emosi.


Emosi akan jadi sesuatu yang sangat berharga pada masa depan. Disebabkan itu, emosi manusia akan menjadi ‘mata wang sosial’ yang sangat berharga pada masa depan. Mungkin ni antara kurus yang universiti akan offer. Tapi kita belajar bukan nak mintak kerja dengan orang. Kita belajar sebab nak buat duit dengan skill emosi ni.


Dalam dunia yang dipenuhi interaksi dengan AI, kehadiran individu yang mampu memberi sentuhan peribadi, empati tulen, dan hubungan hati ke hati akan menjadi semakin dicari. 


Contohnya, dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan mental, diplomasi, seni dan kepimpinan; keupayaan untuk memahami dan menyentuh emosi orang lain bukan sahaja relevan, tapi akan jadi kelebihan terbesar manusia berbanding mesin.


JOM BELIBERAS. BERAS MELAMBAK...

 


Harga Beras di MYDIN  ada pelbagai pilihan dan variety, yang penting harga murah dan memberi nilai pada pembeli.