TUBUH PARTI BARU JALAN TERBAIK BUAT AZMIN



Walaupun dinafikan oleh Zuraidah Kamaruddin, dakwaan Dr Syed Husin Ali bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang merancang menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangan politiknya adalah sesuatu yang logik dan banyak kemunasabahannya.
Dilihat daripada pelbagai sudut, itulah satu-satunya pilihan yang ada untuk beliau dan penyokongnya kalau mahu terus hidup dalam politik negara ini.
Memilih kekal dalam PKR sudah merupakan “jalan mati” buat Azmin. Segala ruang untuknya bernafas boleh dikira sudah tertutup.
Beliau sama ada akan dipastikan kalah dalam pemilihan parti yang seterusnya atau mungkin dalam waktu terdekat ini bakal dipecat daripada PKR berikutan tidak pernah hadir mesyuarat parti sejak November tahun lalu lagi.
Peraturan dalam PKR sudah jelas bahawa sesiapa yang tidak hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab boleh menyebabkan seseorang itu gugur jawatannya secara automatik.
Kalau Azmin sudah tidak boleh hidup lagi dalam PKR, para penyokongnya juga akan turut mati bersama dan ia tentunya merupakan kerugian dari segi perjuangan dalam usianya yang masih dikira muda ketika ini.
Menyertai parti lain, sama ada Bersatu atau Gerakan pula tidaklah semudah yang dilihat di depan mata.
Dalam Bersatu, walaupun Azmin mempunyai hubungan baik dengan Tun Mahathir Mohamad, menyertai parti Melayu itu bermakna beliau tidak boleh membawa penyokong bukan Melayunya dalam PKR menyertai parti baru pilihannya itu.
Dalam keadaan ini, selain merugikan dirinya yang kehilangan penyokong setia, ia juga dilihat tidak baik bagi imej dirinya sebagai seorang pemimpin.
Faktor lain yang menyukarkan Azmin jika memilih Bersatu ialah jawatan apa yang mahu disandangnya dalam parti itu, sedangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah diisi oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dengan baik dan tiada masalah kepada parti.
Memandangkan dalam PKR, Azmin adalah Timbalan Presiden, tentulah tidak munasabah jika beliau memegang jawatan yang lebih rendah dalam Bersatu seperti Naib Presiden dan lain-lainnya.
Maka, Bersatu bukanlah pilihan yang wajar buat Azmin.
Begitu juga dengan menyertai Gerakan kerana di samping ia dilihat mesra dengan BN, parti tersebut juga terkenal dengan parti yang dikuasai oleh orang Cina, walaupun ia adalah parti berbilang kaum dari segi keahliannya.
Tidaklah mudah untuk Azmin mengubah imej parti itu, meskipun jika sekiranya kepimpinan sedia adanya bersetuju menjadikannya Presiden Gerakan yang baru.
Menjadi Timbalan Presiden Gerakan dengan Dominic Lau terus kekal sebagai Presiden pula hanya akan menjadikan Azmin terundur kedudukannya kerana parti itu jauh lebih kecil berbanding PKR serta berada di luar kerajaan.
Sama seperti Bersatu, menyertai Gerakan bukan pilihan yang mudah buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Akhirnya, dengan PKR sudah merupakan jalan mati baginya, manakala menyertai Bersatu atau Gerakan ternampak tidak munasabah serta lebih banyak susah, pilihan yang tinggal buat Azmin hanyalah menubuhkan sebuah parti baru yang berbilang kaum juga.
Dengan parti baru itu nanti, Azmin bukan saja boleh membawa penyokong setianya dalam PKR ketika ini, malah tidak mustahil mampu menarik lebih ramai penyertaan daripada rakyat biasa yang berbilang kaum.
Tetapi, Azmin mesti cepat mengusahakan penubuhan parti baru itu iaitu sebelum berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Jika lambat, apa lagi jika setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, segala-galanya tidak lagi bermakna bagi perjuangannya mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 09/10/2019)

MUAFAKAT NASIONAL PAS – UMNO SUKAR BENTUK KERAJAAN CAMPURAN – DR MAZLAN

DAP KEKAL LEPAS KERUSI TANJUNG PIAI KEPADA BERSATU

KUMPULAN UTUSAN BERKUBUR HARI INI



Ini berita yang dipetik daripada Harian Metro online.

KUMPULAN UTUSAN BERKUBUR HARI INI?

NASIB 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan hari ini.

Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

“Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

“Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi satu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

“Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan ‘batu nisan’ kepada Utusan,” katanya.

NUJ Cawangan Utusan dijangka akan mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Melayu dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.


Lupakah Zainal Kling tentang semangat pembentukan Malaysia 1963?


Oleh Brolin Nicholsion
(Ketua DAPSY Serian dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Adun Padungan)  
Kenyataan Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang mengatakan “Malaysia untuk Melayu” membuat beliau lupa akan semangat pembentukan Malaysia 1963 di mana negara ini telah didirikan atas semangat perpaduan di mana orang Melayu, Cina, India, Dayak, Orang Ulu, Kadazan, Bajau dan seluruh rakyat Malaysia yang lahir selepas 1957 bersatu membentuk sebuah Negara yang bernama Malaysia.
Selepas 60 lebih tahun, bangsa Dayak, Cina, India dan yang lain ditindas, dilayan seperti warganegara kelas ketiga namun itu tidak melunturkan semangat mereka untuk memanggil Malaysia sebagai tanah air mereka. Ini boleh dilihat dari pengorbanan jaguh sukan negara seperti Kanang Anak Langkau, Nicol David, Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Tan Cheng Hoe, Datuk Ong King Swee dan ramai lagi telah membuktikan mereka gembira dan bangga mengibarkan jalur gemilang di pentas dunia dan kita lebih maju jika semua kaum bersatu. Walaupun kaum-kaum ini dilayan seperti kelas kedua dan ketiga, mereka tetap berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.
Ketua DAPSY Serian dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Adun Pandungan, Brolin Nicholsion.
Pada 9 Mei 2018, tarikh ini seperti memberi harapan baru untuk semua kaum bersama-sama dengan bangga memanggil Malaysia sebagai negara mereka kembali selepas menjadi bahan ejekan sebagai negara kleptokrasi yang paling teruk di dunia.
Namun harapan itu seakan-akan meleset dan sukar untuk dicapai kerana penyakit yang dialami selama 60 tahun lebih seakan-akan lebih parah bila banyak yang menidakkan hak-hak kaum-kaum ini. Adakah ini Malaysia Baharu yang diimpikan oleh mereka yang memanggil Malaysia sebagai tanah air mereka atau kita kembali ke Malaysia yang kita kenal seperti dulu. Jangan hairan sekiranya suara untuk keluar Malaysia oleh rakyat Sabah dan Sarawak semakin kuat didengari sekarang. Pemimpin ulung Iban yang juga individu penting menyokong penubuhan Malaysia, Mendiang Tun Jugah Barieng ada menyebut dalam pepatah Iban terhadap pembentukan Malaysia “Anang Malaysia baka tebu, manis bak pun, tabar ujung” yang bermaksud janganlah Malaysia ibarat tebu, manis di pangkal tetapi tawar di hujung. 
Saya mengimpikan Malaysia yang bukan lagi berpaksikan agama dan bangsa terhadap satu dengan yang lain. Walaupun harapan itu kelihatan kecil, saya akan tetap berharap dan masih setia memanggil Malaysia ini “Negaraku”.

KENAPA KHAZANAH JUAL ASET NEGARA?