KISAH KAJIAN DAN PEMBOHONGAN PAS DALAM MUKTAMAR. KEMPEN BN/PN DALAM KUTBAH JUMAAT DI PAHANG


 

KISAH MASLEE MALIK TENTANG SAKAU DUIT


 

TUUUU DIAAAA....KATANYA MALAM JUMAAT...MENTERI AGAMA DI MANA ?

 han_skyline

YANG TANYA BAB TEROWONG NI TAK WALAUN MESTI MACAI- MALAS MEMBACA-DENGAR KES. BEBERAPA AHLI UMNO MENERIMA IMBUHAN


 

PERBUALAN MALAIKAT DAN ORANG KAYA

 Pak Abu seorang saudagar emas yang kaya raya dan alim telah meninggal dunia tapi dimasukan ke neraka.


Malaikat  :  *Berapa banyak rumahmu?*

Pak Abu        :  *Empat*

Malaikat   :*Keretamu?*

Pak Abu         :  *Lima*


Malaikat   :  *Kau gunakan untuk apa semua hartamu?*


Pak Abu         :  *Saya pergi haji setiap 5 tahun sekali, umrah tiap tahun, infaq sedekah tiap hari, bahkan banyak masjid yg saya bantu membina nya.*


Malaikat   :  *Oke silakan masuk syurga.*


*Pak Abu berjalan dengan bergaya  menuju pintu surga, tapi kemudian malaikat memanggilnya semula.*


Malaikat   :  *Hei Pak Abu, tunggu ada satu pertanyaan lagi.*


Pak Abu       :  *Apalagi yang nak ditanyakan?*


Malaikat   :  *Wahai Pak Abu, berapa orang isterimu?*


Pak Abu       :   *Cuma satu*


Malaikat    :   *Kenapa cuma satu?. Kamu orang kaya dan mampu, tapi cuma beristeri satu.?*


Pak Abu        :   *Saya takut dengan isteri saya.*


Malaikat     :   *Nah ini masalahnya. Kamu tidak jadi masuk syurga ... Silakan menuju neraka .. segera!!*


Pak Abu        :  *Kenapa? Apa salah dan dosa saya?*


Malaikat      :  *Takut itu hanya kepada Allah SWT.  Tetapi kamu lebih takut kepada isteri. Itulah yg menyebabkan kamu dimasukan ke neraka.*


Pak Abu        :  *Aduh.... Kalau tau begini nyesal tidak nikah lagi.*


Allah SWT. berfirman :

*“Janganlah kalian takut kepada manusia dan takutlah kalian kepada-Ku.”* 

Al Maidah : 44)

●●●●●●

😂😂😂


*Moga2 di Grup ini tidak ada yg takut dengan isterinya..🤣🤣🤣🤣🤣*


Aziz alu-alukan Anwar bertanding di Tambun tapi …..berbaloikah Tambun.....



 

Aziz alu-alukan Anwar bertanding di Tambun tapi …..

Aziz alu-alukan Anwar bertanding di Tambun tapi …..

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari yang sebelum ini disebut bakal bertanding di kerusi Parlimen Tambun mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, namun menyifatkannya sebagai tidak berbaloi.

Menurut beliau, sebagai calon Perdana Menteri, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai standard yang tinggi untuk bertanding di Perak.

“Saya memikirkan bakal Perdana Menteri mahu bertanding di Tambun, memang cukup layak untuk dia bertanding.

“Tetapi pada pandangan saya harus mempertimbangkan juga kedudukannya dalam politik untuk bertanding di sini.

“Tak akan kita nak turunkan standard dia kepada ini kan (bertanding di Tambun), berbaloi ke?,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Ketua Pembangkang Perak itu berkata, kesediaan Anwar bertanding di Perak sudah tentu memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

 

 Bagaimanapun katanya, belum ada sebarang ketetapan rasmi dibuat berhubung kedudukan calon dan kerusi di situ, setakat ini.

“Saya fikir dia (Anwar) cuma memberi maklum balas kepada soalan pemberita sahaja.

“Dia tidak mengatakan secara rasmi akan bertanding di Tambun, tetapi bagi kami kalau bos besar nak datang, beri kelebihan kepada kami,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada 11 Ogos lalu, Anwar sedia mempertimbangkan pelawaan PKR Perak untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara kerusi dicadangkan termasuklah kawasan Parlimen Tambun yang kini disandang Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain Anwar, Abdul Aziz yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi turut menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan pada PRU15.


SOMBONGNYA TOK MAT – “SAYA TIMBALAN PRESIDEN, SUKA HATI SAYALAH BERTANDING DI MANA”

 




Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun tidak menyatakan kerusi mana termasuk Rembau seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah Pilihan Raya BN menegaskan kedudukan calon dan kerusi bagi gabungan itu mahupun UMNO belum dimuktamadkan.

“Saya belum cakap pasal kerusi lagi dan Rembau pun, saya hanya bercakap soal kesiapsiagaan jentera parti.

“Saya hanya bagi tahu akan bertanding di peringkat Parlimen dan tiada nyatakan kerusi di mana pun. Fokus kami bincang soal jentera dan belum lagi membabitkan soal calon dan kerusi mana.

 

“Saya tak pernah cakap nak bertanding (kerusi Parlimen) di mana-mana, cuma saya bagi tahu sudah sampai masanya untuk bertanding di peringkat Parlimen, di Parlimen mana suka hati saya lah, saya Timbalan Presiden,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Mini Ekspo Keselamatan dan Kesihatan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Elvina Hijayu 3B, Bandar Sri Sendayan, dekat sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan selaku penganjur program, Ahmad Murshidi Kamal.

Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pameran agensi kerajaan, ceramah penjagaan kesihatan dan keselamatan, jualan produk usahawan dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Dalam laporan media sebelum ini, Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, BN/UMNO tidak akan mengamal dasar menetapkan calon tertentu perlu kekal di kerusi masing-masing.

Beliau berkata, setiap negeri akan mencalonkan nama dan kerusi masing-masing sebelum rundingan dibuat di peringkat kepemimpinan tertinggi BN untuk menentukan dan membuat keputusan.

“Kita akan lihat siapa yang dianggap layak dan boleh dipertimbangkan untuk kita jadikan sebagai calon.

“Kriteria utama adalah hendak menang dan saya tiada isu berkaitan hubungan peribadi atau agenda tertentu (dalam pemilihan calon) dan sebagainya.

“Keutamaan saya sebagai Pengarah Pilihan Raya adalah hendak menang, bila nak menang kita kena cari kaedah nak menang walaupun calon itu dah lama di situ (kerusi), tapi kalau dia boleh menang, kenapa tidak (dipilih),” katanya.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/09/998656/di-parlimen-mana-suka-hati-sayalah-saya-timbalan-presiden


PRU15: Pas tak boleh tumpang Umno di Perak . Umno reject Pas di Perak.

 PRU15: Umno reject Pas di Perak

PRU15: Umno reject Pas di Perak

UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO akan bergerak sendirian dan kerjasama yang terjalin kini hanya sebagai rakan dalam kerajaan negeri.

“Kami bekerjasama sebagai rakan dalam kerajaan tetapi untuk pilihan raya kita pergi sendiri, muktamad,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Seri Iskandar di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai perbezaan keputusan yang diambil di beberapa negeri berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

“Sidang DUN khas itu akan diadakan selepas RUU peringkat nasional diwartakan sebab kita akan gunakan Jadual Kelapan (Perlembagaan Persekutuan),” katanya, lapor Sinar Harian.

KHIANATNYA DAP DI KELANTAN


 

SHAHRIL SHAHRIL


Celakak sungguh DAP ni bgi tanah 30 hektar kat cina kapir di kelantan...ehh jap-

JAP  kelantan DAP ke perintah...yea la kot mustahil klu kerajaan Pas Pis Pus yang

 bagi  kan-kan.

ELOK DI "SYAHIDKAN" SAJA MEREKA INI....KAH..KAH..KAH....TAK BERAPA NAK YAKIN MUKA MUKA INI....


ADA KA TAK ADA SAMA SAHAJA...ZACK  ROCKSTAR
 

KITA PAKAT PAKAT LIHAT SEJAUH MANA MUHYIDDIN TAK KENA KENCING

 



MOHD AFFNDI ABAS

Depan ahli dalam muktamar kata tengah berunding, depan #AbahCow dia kata tak ada rundingan….

#PASik

 

Dr Afif gagal jaga Seberang Jaya, mahu ke Shah Alam pula?




Pengumuman ADUN Seberang Jaya yang melompat, Dr Afif Bahardin mahu bertanding di parlimen Shah Alam mahu pun Permatang Pauh merupakan langkah gelojoh dan tamak.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fahmi Zainol berkata, Dr Afif seharusnya mengukur baju di badan sendiri kerana prestasi ADUN 'melompat' itu tidak memuaskan di DUNnya sendiri.


"Mandat yang diberikan oleh pengundi Seberang Jaya kepada beliau selaku ADUN juga gagal dijaga dengan baik selepas beliau mengkhianati pengundi dengan aksi lompat dari KEADILAN ke Bersatu.


"Hakikatnya, sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau sendiri jarang kelihatan di kawasan, malah banyak masalah kawasan beliau yang diselesaikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah Anwar


"YB Nurul secara konsisten mengangkat isu-isu setempat dan berkhidmat kepada warga Permatang Pauh semenjak dipilih," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Permatang Pauh itu lagi, Nurul telah pun berjaya dalam tekad politik membasmi kemiskinan menerusi Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh, kajian pertama pasca Covid-19 di Malaysia yang membuahkan hasil sehingga Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini disemak semula mengambil kira dimensi ketersisihan lain yang turut dinyatakan dalam kajian tersebut.


Justeru, Fahmi menimbulkan sikap Dr Afif yang tidak komited dalam menjaga kawasannya dan membayangkan pula impian yang tidak pasti.


"Persoalannya siapa yang tidak komited, apabila rambang mata mencari kerusi? Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.


"Kami yakin, pengundi Seberang Jaya dan Permatang Pauh secara keseluruhannya bijak untuk menilai berdasarkan rekod serta khidmat bakti di lapangan dan tidak berminat dengan individu yang rambang mata mencari kerusi serta gagal mengangkat mandat yang diberikan oleh rakyat," katanya lagi.

 

Kerajaan Keluarga Malaysia tidak mampu menyelami derita rakyat


 Kerajaan Keluarga Malaysia hanya 'indah khabar daripada rupa' apabila telah setahun memerintah namun masalah rakyat masih tidak mampu diselesaikan.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim, kerajaan Keluarga Malaysia tidak berupaya mentadbir negara dengan baik apabila inflasi melambung dan derita rakyat tidak diselami sebaiknya.


"Jatuhnya Muhyiddin Yassin yang naik Ismail Sabri, kerajaan Keluarga Malaysia. Tetapi tidak cuba menyelami penderitaan rakyat dengan lebih mendalam.


"Contohnya beberapa bulan lalu kita bimbang keadaan ekonomi tidak menentu, keadaan inflasi semakin meningkat mereka tubuh sebuah jawatankuasa, tetapi menteri duduk dalam kabinet (yang gagal) dilantik untuk bincang masalah menangani inflasi.


"Dua tiga hari lalu kita diberitahu inflasi meningkat 4.4%, Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan OPR (kadar faedah) yang akan memberi masalah selepas ini dalam keupayaan untuk rakyat berbelanja.


"Ini sudah tentu memberi kesan langsung kepada rakyat. Ini kita katakan 'revolusi orang bebal'. Mereka ini tidak mampu melihat masalah. Tidak mampu menilai masalah apatah lagi menawarkan penyelesaian," katanya dalam ceramah Pentas Angkatan Muda, malam tadi.


Menurut Kamil, bukan semua pimpinan mampu melaksanakan perubahan secara total, apatah lagi sekiranya berasal daripada Umno BN


Malah katanya, dalam kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan sendiri reformasi tidak berlaku dengan baik kerana banyak watak daripada bekas parti korup Umno berada pada posisi Menteri.


"Reformasi ini harus bermula dari jiwa, hati nurani rakyat di bawah. Tetapi kita lihat apabila kembali ke tampuk kekuasaan (pemimpin Bersatu) mereka kembali ke aktiviti lama memunggah kekayaan negara untuk diagihkan kepada 2 - 3 kerat kroni.


"Sebab itu usaha untuk melakukan perobahan perlu diteruskan, sebab itu lihat lepas jatuh kerajaan PH yang naik kerajaan scheme of things yang terang terang temanya kerajaan rasuah. Nak dapatkan sokongan politik, Ahli Parlimen dibagi kedudukan, bagi wang ringgit," katanya lagi