*SENARAI 20 AHLI PARLIMEN DAN ADUN YANG DISAMAN RM10 JUTA TIAP SEORANG*

Inilah senarai pengkhianat mandat rakyat yang akan menerima surat tuntutan saman sebanyak RM10 juta tiap seorang.
Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya enggan memberi maklum balas dalam tempoh *TUJUH* hari dari tarikh surat tuntutan saman dikeluarkan.

*PARLIMEN*
1. Mohamed Azmin Ali (Gombak)
2. Zuraida Kamaruddin (Ampang)
3. Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)
4. Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak)
5. Mansor Othman (Nibong Tebal)
6. Rashid Hasnon (Batu Pahat)
7. Santhara Kumar Ramanaidu (Segamat)
8. Ali Biju (Saratok)
9. Jonathan Yasin (Ranau)
10. Baru Bian (Selangau)
*DUN*
1. Chong Fat Full (Pemanis)
2. Muhammad Jailani Khamis (Rembia)
3. Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau)
4. Muhammad Hilman Bin Idham (Gombak Setia)
5. Azman Nasrudin (Lunas)
6. Robert Ling Kui Ee (Sidam)
7. Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya)
8. Daroyah Alwi (Sementa)
9. Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)
10. Afif Bahardin (Seberang Jaya)
*SEBARKAN*

Najib selesai bayar ikat jamin RM1 juta


Najib selesai bayar ikat jamin RM1 juta

Najib selesai bayar ikat jamin RM1 juta

Sehari selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan membabitkan SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi semalam, Datuk Seri Najib Razak hadir sekali lagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir pada jam 1 tengah hari ditemani anak lelakinya, Norashman, selaku penjamin.
Kira-kira setengah jam kemudian, Najib dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi selepas selesai membayar ikat jamin.
Sebelum beredar meninggalkan perkarangan mahkamah, Najib sempat berseloroh kepada petugas media yang menunggu dengan berkata, “semalam dah banyak gambar.”
Najib kemudian beredar dari mahkamah dengan menaiki kereta Proton Perdana.
Najib, 67, membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah turut memerintahkan Najib melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.
Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716036/najib-selesai-bayar-ikat-jamin-rm1-juta

KEH.KEH..KEH...


RINA HAMZAH

Menteri undang-undang pn ni cuba buat apa? Nak kata undang-undang dibawah PN Ni meragukan? Sungguh tidak sesuai Taki mengeluarkan statement sebegitu!!!


Image may contain: 4 people, people standing, text that says "8m Takiyuddin Haji Hassan There may be times when we are powerless to prevent injustice, but there must never be a time when we fail to protest..."

KAH..KAH..KAH..MALU NAK DATANG KE MAHKAMAH..DATANG TENGAH MALAM

W. FAUDZIN

Malu nak tunjuk muka datang berhimpun kat mahkamah, datang tgh2 mlm kat rumah. Najib pun ambik gambar utk beritahu ulamak pun sokong dia sapu duit SRC. Korang walaun kena la sokong jugak ok. Kalau tak, masuk neraka nanti...hahaha




Image may contain: 5 people, people standing, text that says "Najib Razak 1h Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang.... See More 5"



NAJIB BERSALAH.MELAYU BERSATULAH


Pepatah ada mengatakan ‘biar lambat asal jangan tak sampai langsung’ begitulah kes 1MDB telah mula didedahkan oleh Pakatan Rakyat dan PH kemudiannya sejak 2011 di parlimen.
Transaksi meragukan dan penipuan terbesar merompak harta negara dirancang begitu rupa sehingga nama pemimpin no 1 Malaysia mula dikenali sebagai pemimpin kleptokrat.
Reaksi kepada penghakiman bersalah Najib Tun Razak agak menarik. Ramai orang Melayu dari parti Umno dan Pas dilihat hadir walaupun pertuduhan ke atas Najib melibatkan jenayah terbesar seorang kleptokrat dari pemimpin Melayu dan dari parti Melayu terbesar di dunia.
Dari awal pertuduhan ke atas pemimpin Melayu itu, saya melihat sangat sukar terlepas dari peruntukan perundangan yang ada kerana ia melibatkan penggubahan wang haram dan pecah amanah.
Tahap pembuktian terletak pada beban OKT kerana ia melibatkan duit yang jelas dimasukkan dalam akaun OKT.
Bertahun ketika ahli parlimen pembangkang membawa isu 1MDB dan rangkaian rumitnya dari anak syarikat SRC dan sarang antarbangsa lain, kami dari pembangkang ketika itu dikatakan memfitnah dan berbohong.
Isu pendedahan kami dijawab dengan bahasa perkauman, Kami ketika itu dikatakan anti Melayu, Liberal dan talibarut Amerika dan tidak setia pada negara.
Kempen terancang dan dibiyai kerajaan waktu itu menuduh kami anti Islam penganut Islam liberal dan tunduk pada orang kafir. Saya dikatakan Khadam DAP dan penganut Islam Liberal!
Melayu tertipu dengan skim licik ini supaya orang Melayu/Islam asyik sibuk tuduh menuduh sesama mereka pada masa mereka sudahpun mencuri duit negara dan Jho Low menunggang pemimpin Melayu bermewah dengan duit curi ini! Melayu tertipu lagi…
Hari ini terbuktilah siapa yang mengkhianati aset negara dan memalukan maruah orang Melayu?
Bukankah orang Melayu sendiri yang dimalukan dengan rompakan terbesar harta negara abad ini?
Kenapa orang Melayu masih perlu berbalah tentang kesalahan merompak harta negara yang cukup jelas ini?
Apabila saya memikirkan bagaimana seluruh aparatus kerajaan digunakan untuk menutup isu ini, saya yakin seluruh kerajaan BN/UMNO bersubahat dengan Najib.
Peguam Negara, Media kerajaan, parti UMNO dan cybertrooper UMNO. Selain itu parti Islam PAS turut memberi ‘nyawa’ penafian kepada Najib sampailah selepas penghakiman bersalah dikeluarkan.
Bayangkan, parti Umno dan Pas bercakap tentang perpaduan Melayu, bersatu atas nama perompak harta negara?
Apa pun, Alhamdulillah..disebalik sentimen Melayu dan agama yang digunakan untuk mengalih rakyat kepada perompakan ini, tidak semua orang Islam dan Melayu terpesong dengan pembohongan ini.
Orang Melayu ada maruah dan harga diri dipandu dengan Islam yang menentang keras pemimpin yang jahat merompak harta rakyat.
Sebab itu orang Melayu memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk menebus maruah yang dicabuli ini walaupun hanya sekitar 30% yang bersolidariti dalam undi menentang kleptokrat Melayu.
Saya mengajak supaya semua orang Melayu bersatu demi satu penghormatan kepada tahap kemuliaan akhlaq yang diajar oleh Islam.
Siapa kata Melayu berpecah?
Saya yakin perpaduan orang Melayu lebih kuat hari ini dengan pensabitan Najib, dengan syarat jika kita semua bersetuju dan bersatu hati melawan rasuah, melawan pemimpin yang merompak harta rakyat dan melawan penungang agama yang semakin berleluasa.
BERSATULAH!
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
29hb July 2020.


Bahana terlalu Percayakan Atok sehingga tiada tolak ansur dengan PH yang Majoriti,akhirnya tamak berkejar jawatan PM, Ketua Menteri pun terlepas


Taufiq Halim



 Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman.
29 Julai 2020

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Nota : handal orang Sabah... biasa Raya Haji orang Korban Lembu paling pelik pun Korban Unta.. tapi menjelang Raya Haji orang Sabah "sembelih" Warisan dan Shafie Apdal

Ada ‘petunjuk kuat’ Jho Low di Macau, kata KPN


Ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, memainkan peranan penting dalam pemindahan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Polis mengesyaki Low Taek Jho bersembunyi di Macau, di sebalik usaha membawa pulang ahli perniagaan dikehendaki itu untuk dibawa ke muka pengadilan atas peranannya berkaitan 1MDB.
“Ada petunjuk kuat yang dia ada di sana,” kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador melalui SMS kepada Bloomberg.
Hamid pada Februari berkata pihaknya mendapat maklumat yang Low berada di Wuhan.
Semalam, Mahkamah Tinggi menyatakan Low memainkan peranan penting dalam pemindahan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak.

Bekas Adun Amanah di Perak sertai PPBM


Hasnul Zulkarnain Abd Munaim memutuskan untuk menyertai PPBM kerana ia sebahagian daripada PN dan keyakinannya terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Amanah dan Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menyertai PPBM.
Sinar Harian melaporkan Hasnul yang meninggalkan Amanah pada Mac lalu, menyerahkan borang keahliannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga presiden PPBM hari ini.
Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai PPBM kerana ia sebahagian daripada Perikatan Nasional dan keyakinannya terhadap kepimpinan Muhyiddin.
“Saya melihat kesungguhan Tan Sri Muhyiddin membawa budaya politik baru yang menekankan akauntibiliti dan khidmat terus kepada rakyat tanpa ada jurang pemisah,” katanya sambil menambah beliau membuat keputusan menyertai PPBM beberapa bulan selepas meninggalkan Amanah kerana tidak mahu dianggap mengejar jawatan dalam kerajaan
Bekas exco Perak itu ialah seorang daripada 3 Adun Pakatan Harapan yang meninggalkan parti mereka dan menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan PH susulan pembentukan PN.
Dua Adun lain ialah Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam daripada DAP.
Susulan penyertaan Hasnul dalam PPBM, parti itu kini mempunyai 5 Adun di Perak, termasuk Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu (Chenderiang), Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), dan Abdul Yunis Jamahri (Kuala Kurau).

ZAHID HAMIDI JANGAN SEKADAR BERANI ACAH-ACAH SAJA!!



Semalam, sebaik Najib Razak diputuskan bersalah oleh mahkamah, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan membuat suatu keputusan politik yang besar berikutan hukuman tersebut.

Antara lain beliau berkata, “ini bukan penghujung dunia, proses masih berjalan, namun tentunya kita akan mengambil satu keputusan politik hasil keputusan hari ini”.

Hari ini pula, melalui laman FBnya, sambil memaparkan gambarnya beriktikaf di dalam masjid, Zahid Hamidi mengungkit tentang kejujuran dan keikhlasan dalam sebuah perkongsian kuasa.

Apa yang ditulisnya adalah seperti berikut:-

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula.”

Apakah maksud kata-kata Zahid Hamidi kali ini?

Apakah dengan Najib didapati bersalah oleh mahkamah semalam, Zahid Hamidi merasakan Muhyiddin Yassin tidak jujur dalam perkongsian kuasa terhadap UMNO?

Apakah beliau sebenarnya mahu Muhyiddin campurtangan dalam urusan mahkamah dengan membebaskan Najib dan semua pemimpin UMNO lain yang kesnya sedang dibicarakan, termasuk dirinya sendiri?

Itukah maksud kejujuran dan keikhlasan dalam berkongsi kuasa yang diingini oleh Zahid Hamidi?

Tetapi, jika benar perkongsian kuasa dengan Muhyiddin mahu dinilai semula, janganlah asyik bercakap dan berceloteh di FB saja?

Kalau sudah rasa dikhianati, selaku Presiden UMNO, Zahid Hamidi seharusnya terus saja lakukan apa yang sepatutnya.

Apa tunggu-tunggu lagi?

Tak perlu bising-bising, bertindak diam-diam lagi baik…habis cerita!!

Jangan hanya berani acah-acah saja, takut nanti sampai ke sudah tiada apa-apa akhirnya. (Shahbudindotcom 29/07/2020)

SHAFIE APDAL BERTEMU ANWAR BINCANG ISU CALON PM

BOSSKU DAH KENA, YANG SEKAPAL IKUT SAMA?

PENYOKONG NAJIB MAHU UMNO KELUAR PN

KES NAJIB PENGORBANAN RAFIZI RAMLI BERBALOI

TERBUKTI PAS SELAMA INI SOKONG PERASUAH

KULIAH OK, FATWA DULU BAGAIMANA? DAH KAJI KAH

Menteri Agama mahu kumpulan 30 Pemuda Pas susun kuliah Hadi

Menteri Agama mahu kumpulan 30 Pemuda Pas susun kuliah Hadi

KEPADA; Abang Mohamad Sabu dan Uncle Lim Guan Eng (sebuah bacaan dan jawapan yang sangat panjang serta melelahkan, untuk yang rajin membaca sahaja)



Saya telah membaca kenyataan saudara berdua dan sangat faham akan maksudnya. Di ketika Anwar Ibrahim masih mengeluarkan kenyataan atas kapasiti dan semangatnya sebagai Presiden Pakatan Harapan, melahirkan kepercayaannya bahawa Pakatan Harapan berkemampuan untuk memenangi pilihanraya, saudara berdua memilih untuk membuat siaran atas nama peribadi mewakili parti masing-masing. Prinsip "sentiasa dalam jamaah" mestilah tetap sedangkan "plus" atau "plus-plus" bukanlah jamaah dari segi takrifnya.

Jika benar bukan PH tetapi PH Plus-Plus itu satu jamaah maka seperti yang saudara berdua kata sokongan kukuh 109 Ahli Parlimen tidak akan ada masalah untuk terarah kepada Anwar Ibrahim, logiknya begitu kerana Anwar Ibrahim adalah Presiden PH yang mewakili 91 Ahli Parlimen sedangkan PH Plus-Plus itu adalah PH yang hanya ditambah dengan 18 kerusi yang lain. Bagaimana saudara berdua menakrif kekukuhan? Apakah bila PH perlu menyokong orang di luar jamaah sebagai calon Perdana Menteri maka ia satu kekukuhan? Dan apakah dengan meminta yang di luar PH yang dikenal sebagai Plus-Plus 18 itu menyokong keputusan PH 91 saudara berdua anggap sebagai ketaksuban? Anwar Ibrahim selamanya tidak akan mendapat sokongan 109 Ahli Parlimen yang saudara berdua maksudkan, kerana Dr. Mahathir bin Mohamad dan geng bunga hitamnya tidak akan memberi sokongan itu, keengganan ini akan pula dituruti oleh Shafie Apdal dan Warisannya. Saudara berdua tidak mahu anggap keadaan ini sebagai ketidakkukuhan, tetapi saudara berdua boleh pula meyakini kekukuhan 109 Ahli Parlimen itu ialah apabila Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim tunduk mengalah memberi sokongan kepada Mahathir atau Shafie, sedang mereka berdua tidak akan sesekali tunduk mengalah kepada Anwar!

Memang sangatlah mulia bila menjadi pemudah-cara bagi mengembalikan semula mandat rakyat. Tetapi perlulah kita terlebih dahulu menakrif apa itu mandat. Mandat rakyat itu bukan sekadar kuasa yang diberi rakyat kepada kita, lalu kita anggap mengembalikan mandat adalah mengembalikan kuasa kepada kita semula, tidak kiralah apa caranya, siapa pemukanya! Semua boleh sahaja, kita letak kuasa di titik akhir. Sedangkan mandat yang sebenar adalah taruhan kepercayaan rakyat kepada kita untuk merobah negara, mereformasi negara, ke arah yang lebih adil, lebih baik. Rakyat memang mahu berubah, kalau tidak masakan mereka begitu nekad menolak Barisan Nasional yang sudah memerintah 61 tahun tanpa kalah. Jadi kalaupun kita terlalu teruja mahu menjadi hero mandat, gagasan reformasi itu tidak bisa dikompromi!

Bercakap soal setiakawan, setiakawan yang macam mana yang saudara berdua maksudkan? Sebab ada orang yang suka orang lain setia kepadanya, tetapi dia tidak suka berkawan dengan orang tersebut. Ada pula orang yang berkawan memang bersekali dengan kesetiaan. Apakah setiakawan hanya dituntut dari Keadilan? Dituntut dari Keadilan untuk memberi sokongan kepada orang lain? Tetapi tidak pula muncul isu atau tuntutan kesetiakawanan bila Keadilan menuntut kesetiaan kawan-kawan yang lain kepada Keadilan (baca: Anwar Ibrahim)? Bahkan lebih teruk ia dituduh sebagai taksub, jumud dan ekstrim. Dalam kes pertukaran Speaker Dewan Rakyat, tentangan menyeluruh 109 Ahli Parlimen bukanlah kerana setiakawan, ia kerana prinsip, kaedah, prosedur atau politik, sama ada kerana kesemua atau salah satu darinya.

Saudara berdua ternyata salah dalam menebak punca kemelut PH Plus-Plus. Persoalannya bukan siapa calon Perdana Menteri kita, juga bukan masalah kerana kita obses kepada jawatan Perdana Menteri itu. Di kalangan aktivis Keadilan dan pendokong reformasi, soal utama dan obsesi kita adalah ke arah terdirinya sebuah kerajaan reformasi. Paling penting darihal reformasi eksekutif, kita mesti merobah status-quo seorang Perdana Menteri. Bagaimana saudara berdua boleh berharap kita tunduk dan mengalah kepada seorang bekas Perdana Menteri yang ternyata ketika dahulu kita memberi kepercayaan, telah membuktikan penolakan mentahnya terhadap idea-idea reformasi eksekutif, seperti kedegilannya untuk tetap menjawat jawatan menteri (memangku pun jadi) di masa dia menjadi Perdana Menteri, keengganannya menurunkan kuasa mencalon penjawat jawatan kanan negara kepada jawatankuasa terpilih parlimen untuk dipersembahkan kepada YDPA, bahkan memperlekeh pula fungsi jawatankuasa tersebut dan angkuh dengan kuasa prerogatifnya. Keingkaran reformasi dia yang lain termasuklah mahu mengembalikan Dasar PPSMI, yang nyata berlawanan dengan usaha reformasi pengukuhan negara bangsa melalui pemerkasaan bahasa ibunda. Yang saya senaraikan ini baharu sekadar usaha reformasi berdasarkan semangat reformasi sahaja, belum lagi ke tahap melembagakan idea-idea itu melalui pindaan undang-undang dan perlembagaan. Kalau Mahathir tidak pernah menunjukkan yang dia berkenan dengan idea-idea reformasi ini, bagaimana pula kita boleh berharap dengan pilihan lain yang secara nyata dan jelas adalah penyokong kuatnya? Ingatlah, kita ini sudah lama berjuang bersama, sudah melangkaui dua dekad usianya, sedang bersama Plus-Plus itu baharu bermula 2018 yang lalu. Sudah banyak yang kita lalui, sudah banyak yang kita lawan, bukan sekadar kleptokrasi dan 1MDB, atau Langkah Sheraton, lebih lama sebenarnya kita melawan kediktatoran, melawan kezaliman undang-undang, melawan kronisme dan nepotisme kuasa, melawan rasuah dan salahguna kuasa berlandas pangkat dan kedudukan, melawan penindasan dan kekerasan "sistematik" terhadap perbezaan pandangan. Lebih lama kita melawan ini semua berbanding gerakan dua-tiga tahun yang lepas. Perlawanan yang lama inilah sebenarnya sedikit demi sedikit, tahun demi tahun membuka mata rakyat, membuka kesedaran rakyat, sedangkan penentangan dua-tiga tahun lepas itu hanyalah kemuncaknya yang ditandai oleh sejarah 9 Mei 2018, Hari Rakyat. Kalau kita mahu menjadi kerajaan semula, mahu mengambil mandat semula, kita mesti ada iltizam yang sangat kuat untuk merobah ini semua, merobah kerangka negara, kalau tidak kita walaupun kemudiannya berjaya mendapat semula mandat, akan terus terperangkap dalam kerangka yang sama dan lama. Kerangka lama ini kalau tidak disalahguna oleh kita akan tetap boleh "accomodate" pemimpin-pemimpin generasi selepas kita untuk jadi penzalim dan perasuah serta pencuri. Reformasi yang kita perkatakan adalah membina kerangka baru negara dari asas undang-undang bagi menidakkan kemungkinan lahirnya lagi pemimpin yang korup dan jahat (saya maksudkan kepimpinan yang akan datang). Saya ingin bertanya saudara berdua secara jujur, siapakah pemimpin yang ada hari ini yang saudara berdua percaya punya kekuatan iltizam yang sangat hebat yang mampu membina kerangka baharu negara berbentuk ruang mengikat dan membenteng pemimpin masa hadapan dari terjerumus ke lembah kerakusan kuasa dan kedudukan, sekali lagi? Mahathirkah, atau Shafie Apdalkah?

Saya kira tidak perlulah saudara berdua memperinci setiap kerja baik saudara dalam usaha mengembalikan semula mandat yang diperolehi oleh Pakatan Harapan dahulunya. Kita semua tahu dan kita semua maklum, jangan sampai kerja baik itu akhirnya dikotori dengan keterburuan kuasa dan kedudukan. Saudara berdua telah memberi ultimatum yang salah kepada Anwar Ibrahim. Kata saudara jika Anwar gagal mendapat cukup sokongan, peluang serupa hendaklah diberi kepada Shafie Apdal, dengan sokongan asas 109 Ahli Parlimen. Saya katakan belum mula Anwar sudah gagal kerana 18 Ahli Parlimen Bunga Hitam dan Warisan tidak akan menyokongnya. Ikut logik saudara berdua maka peluang sama mesti diberi kepada Shafie, tetapi kali ini Keadilan mesti menyokong. Keadilan yang tidak disokong Bunga Hitam dan Warisan mesti menyokong Bunga Hitam dan Warisan, semata-mata kononnya mahu mengembalikan mandat rakyat. Ini justifikasi jenis apa?

Saya rasa cukuplah di sini dahulu. Kalau ikutkan panjang lagi saya mahu menjawab, tetapi ini pun sudah terlalu panjang. Saya melihat tidak salah untuk Pakatan Harapan sebagai satu pasukan fokus kepada PRU15 dari melayan kehendak seorang manusia bernama Mahathir. Sebagai orang biasa yang hidup setanah sebumi dengan rakyat saya nampak sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan sekarang nyata lebih baik berbanding dengan rekod Tanjung Piai. Saya sangat takjub dengan pengaruh Mahathir sehingga saudara berdua, orang lama dalam politik dan perlawanan begitu mudah termakan dengan mainan kata-katanya. Mahathir sekarang adalah orang "hebat" yang tidak boleh menghadam kenyataan bahawa dia telah dimalukan oleh Muhyiddin, segala tindakannya selepas itu hanyalah usaha untuk memalukan semula Muhyiddin, bukan kerana mandat rakyat atau menyelamat negara. Betul kita melawan Perikatan Nasional, kita melawan pengkhianatan, musuh kita sama dengan musuh Mahathir, tetapi sebab kita melawan bezanya ibarat langit dan bumi. Mao Ze Dong ada dalam revolusi demokratik China, ketumbukan Komunis China ketika itu pun kecil, mereka diterima atas prinsip melawan musuh yang sama. Apa yang jadi kemudiannya? Kerana dibiarkan, CCP semakin membesar dan akhirnya merampas kuasa dari kerajaan demokratik China dan membentuk sebuah kerajaan komunis, Chiang Kai Shek bersama Kuomintang berundur dan akhirnya membentuk negara tidak diiktiraf di Taiwan. Sepatutnya itulah sejarah yang patut kita belajar, jangan memberi tanah kepada Belanda!

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98 Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Amanah Negara Group Democratic Action Party Laman Rasmi Parti Warisan Sabah Tun Dr Mahathir Mohamad

LEBAI KUNJUNGI NAJIB SEBAGAI TANDA SOLIDARITI....


Empat ‘sahabat sejati’ Najib ziarah lewat malam



Empat ‘sahabat sejati’ Najib ziarah lewat malam

(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...