KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG Pekara: Hormati Kebebasan Ahli


Pekara: Hormati Kebebasan Ahli Parlimen Menentukan Pendirian Dan Membuat Keputusan


1.Belanjawan Negara Tahun 2021 yang akan dibentangkan oleh Kerajaan pada 6hb November di Dewan Rakyat adalah dalam bentuk Rang Undang-Undang Perbekalan di bawah Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan.


2.Parlimen adalah badan legislatif iaitu sebuah institusi perundangan yang tugasnya menggubal undang-undang. Manakala ahli-ahli parlimen adalah penggubal undang-undang atau (laws maker).


3.Negara kita Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengguna pakai prinsip pengasingan kuasa (separation of powers).Semua pihak dan institusi perlu menghormati parlimen dengan menyediakan suatu keadaan yang kondusif bagi membolehkan ahli-ahli parlimen bebas menentukan pendirian dan membuat keputusan.


4.Dalam hal ehwal kewangan negara, peranan parlimen amat besar.Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa tiada percukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang. Manakala Perkara 102 pula menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan.


5.hal-hal berkenaan rang undang-undang melibatkan kewangan negara adalah dalam bidang kuasa parlimen.Tidak ada sesiapa boleh mengarah, mendesak,memujuk atau memaksa ahli-ahli parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November nanti.


6.Peranan Parlimen sebagai badan semak dan imbang perlu difahami dan dihormati.Rang undang-undang belanjawan tahun 2021 seperti belanjawan sebelum ini perlu melalui proses penggubalan undang -undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kewangan yang sedia ada.Rang undang-undang belanjawan 2021 perlu dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.Proses pengundian juga perlu dilakukan di peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa.Tidak ada proses fast track ataupun jalan pintas.Duit beratus bilion ringgit dalam belanjawan negara 2021 itu adalah duit pembayar cukai dan duit hasil negara milik rakyat dan milik negara.


7.Ahli-ahli parlimen yang mengangkat sumpah telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud menjaga kepentingan rakyat dan negara.Ahli-ahli parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara berada di Parlimen atas kelayakannya menjadi ahli Parlimen di bawah Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan.Justeru itu kepercayaan wajar diberi kepada mereka untuk menimbang mana yang baik dan mana yang merosakkan negara.


8.Sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya amat gusar dan bimbang dengan suatu kenyataan Istana negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang menyebut, antara lain, bahawa Yang di-Pertuan Agong menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.


9. Saya beranggapan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.Saya ingin menegaskan ahli-ahli parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang parlimen termasuk sidang berkenaan Belanjawan 2021 tanpa ada sebarang tekanan atau pengaruh sesiapa (undue influence).


Yang benar


HASSAN BIN ABDUL KARIM

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Bertarikh: 28 Oktober 2020.



BELANJAWAN 2021: KERAJAAN MESTI TERBUKA DENGAN INPUT DWIPARTI DAN PENAMBAHBAIKAN PARLIMEN



Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN meminta kerajaan dan pembangkang untuk "... mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi yang mantap untuk menghadapi wabak COVID-19 dan isu pengangguran dan kemiskinan yang mendesak."


Pendekatan ini memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia. Sudah semestinya penting Belanjawan 2021 diluluskan untuk memastikan perjuangan negara kita melawan pandemik Covid-19 dalam pemulihan ekonomi tidak terganggu.


Seperti yang dititahkan oleh Raja-raja Melayu baru-baru ini, ahli-ahli politik di negara kita mesti bekerjasama untuk menghadapi pandemik kali ini dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.


Ahli politik Malaysia mesti bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan Belanjawan diluluskan, dengan syarat semua pihak, termasuk Pembangkang, akan diberi ruang untuk menyatakan pandangan dan dijelaskan hal-hal penting belanjawan secara menyeluruh.


Tidak ada pihak yang boleh menjadi pak turut semata-mata dalam belanjawan kali ini - ia akan menutupi tujuan sebenar langkah dwiparti diambil.


Pembaharuan besar dan realistik mesti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan setelah apa yang dilalui negara tahun ini.


Proses ini tidak boleh dilakukan secara melulu, walaupun dalam keadaan krisis Covid-19. Belanjawan yang dibentangkan akan gagal sekiranya ia tidak dipantau oleh penggubal undang-undang atau tiada input dwiparti yang benar-benar bermakna. 


Sudah tentu perbelanjaan tidak boleh dilakukan untuk tujuan politik atau menaungi sesiapa. Setiap sen yang dicadangkan untuk dibelanjakan oleh Belanjawan ini mestilah untuk kemaslahatan rakyat, termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan kesejahteraan mereka.


Kita juga harus sedar bahawa barisan hadapan kita - terutama mereka yang berkhidmat di Sabah - sangat memerlukan pertolongan di semua peringkat.


Saya merasakan belanjawan ini perlu membincangkan masalah-masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi kita tetapi kerap dipandang ringan.


Ini termasuk cabaran lama seperti membebaskan negara dari terlalu bergantung pada komoditi, isu tenaga kerja asing, meningkatkan kemahiran pekerja serta meningkatkan gaji dan produktiviti, serta isu baru seperti ancaman keselamatan serantau.


Satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mendapatkan Belanjawan terbaik adalah dengan kerajaan semasa perlu komited dalam reformasi Parlimen. 


Ini akan bukan sahaja untuk memungkinkan semua anggota Parlimen membahaskan isu-isu kritikal, tetapi turut dapat bertindak untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan dan menghidupkan kembali Jawatankuasa-Jawatankuasa Terpilih yang sebelumnya telah ditubuhkan.


Akta Perkhidmatan Parlimen penting kerana Pakatan Harapan di ambang memperkenalkannya semula. Parlimen yang  lebih bebas, cekap dan kuat akan dapat memberi kebaikan yang baik kepada rakyat dan kehidupan mereka.


Menangani ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi kita tidak boleh berlaku tanpa reformasi politik dan institusi. Belanjawan 2021 tidak akan berjaya tanpanya.


Apa pun yang berlaku, saya dan rakan-rakan seperjuangan komited untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dijunjung. Kami tetap tabah dalam memberikan semak imbang dan memastikan negara dapat keluar dari pebagai dugaan yang dilalui selama ini.


NIK NAZMI NIK AHMAD

KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN

JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN BAGI PENDIDIKAN

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA



KERAGUAN TERHADAP KESAHIHAN PM PERLU DISELESAIKAN DULU SEBELUM BENTANG BAJET - GERAK98 PAHANG


Pembentangan bajet bukan perkara remeh.  Sewajarnya tiada mainan politik di dalam bab pembentangan bajet ini kerana ia melibatkan perbelanjaan negara untuk rakyat bagi tahun hadapan di samping menjadi kayu ukur di atas  kebolehan kerajaan menguruskan negara.


Namun, bagi membentangkan bajet yang begitu besar implikasinya kepada negara dan rakyat keseluruhannya, amat penting dan menjadi kewajipan utama adalah mesti dibentangkan oleh kerajaan yang diketuai seorang PM yang sah mengikut perlembagaan.  Sekiranya seorang PM itu diragui kesahihannya atas sebab beberapa perkara tambahan pula dicabar oleh seorang MP lain yang telah mengemukakan bukti dan dokumen bahawa beliau mempunyai sokongan lebih kuat dari PM yang ada sekarang, menjadi kewajipan dan tanggungjawab PM sekarang untuk membuktikan bahawa beliau masih seorang PM yang mendapat sokongan majoriti.


Seluruh dunia telah melihat di dalam beberapa usul di Parlimen sebelum ini, kerajaan hanya berjaya membuktikan mendapat sokongan 111 undian di Parlimen, iaitu tidak mencapai angka separuh dari jumlah kerusi parlimen iaitu 112.  Keraguan terhadap PM bertambah ketara apabila terdapat beberapa orang MP yang sebelum ini dikatakan menyokong PM telah menunjukkan sikap yang berbeza dan menolak beliau secara terbuka.  


Paling ketara apabila Ketua Pembangkang secara terbuka telah menyatakan beliau memperolehi sokongan majoriti yang kukuh dan bukti berbentuk dokumen telah dihantar ke Istana.  Kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah diperakui oleh Presiden Umno secara terbuka apabila beliau menyatakan terdapat ramai MP Umno telah menyokong Ketua Pembangkang ini.  Sebagaimana kita ketahui, proses yang sepatutnya berlaku di Istana telah tertangguh beberapa minggu dan selang masa ini terdapat banyak kekeliruan yang wujud tentang berapakah sokongan sebenarnya terhadap PM, Muhyiddin Yassin.


Beberapa usul tidak percaya terhadap PM katanya telah mula terkumpul untuk dibawa ke Parlimen dan salah satu darinya dibawa oleh MP dari Umno sendiri.  Ini menambahkan lagi ketidaktentuan kesahihan Muhyiddin sebagai PM.  


Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi GERAK98 Negeri Pahang merasakan amat penting bagi Parlimen menamatkan krisis keyakinan ini agar pembentangan bajet nanti dapat berjalan dengan baik dan teratur.  Biarlah bajet kali ini datangnya dari seorang PM yang sah dan berkeyakinan serta mendapat kepercayaan.  Bajet tidak boleh dipaksakan kepada Parlimen untuk diterima bulat-bulat apatah lagi dibentangkan oleh kerajaan yang PM nya diragui.


WAN FAUZULDIN WAN SAMAD 

Pengerusi GERAK98 

Negeri Pahang


DAP sedia kerjasama dengan semua parti politik untuk lanjutan moratorium

 

DAP bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti bagi menekan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin supaya melanjutkan moratorium pinjaman bank secara automatik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, lanjutan moratorium sehingga Mac 2021 diperlukan kerana rakyat sedang menderita.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata bahawa gelombang ketiga penularan Covid-19 telah membantutkan pemulihan ekonomi terutama perniagaan kecil.

“Kerajaan PN telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia kerana gagal untuk menyambung moratorium pinjaman bank secara automatik.

“Sekiranya Muhyiddin enggan mendengar keluhan lebih 6.6 juta peminjam yang ditinggalkan ketika moratorium pinjaman berakhir pada 30 September, maka semua parti politik harus bekerjasama untuk menuntut lanjutan moratorium pinjaman secara automatic selama enam bulan lagi.

“Ini semua demi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, lanjutan moratorium akan menelan belanja sebanyak RM6.4 bilion, yang mana mampu diserap oleh industri perbankan.

“Industri perbankan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019 mampu untuk menanggung kos tersebut.

“Jika industri perbankan tidak mahu memikul tanggungjawab sosial korporat itu sekalipun, kerajaan harus menanggungnya,” ujarnya. 



Pencemaran sungai di Selangor ada unsur sabotaj?



Pencemaran sungai-sungai kecil di Selangor yang menjejaskan sungai utama seterusnya menyebabkan loji rawatan air terpaksa ditutup dikhuatiri terdapat unsur-unsur sabotaj.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa, dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat pencemaran di beberapa batang sungai namun bahan cemar yang dikesan bukan datang dari mana-mana kilang di sekitarnya.

 

"Dalam tempoh 5 - 6 hari sahaja kita telah mengesan empat potensi pencemaran yang berjaya dihalang sebelum mengalir ke sungai utama.

 

"Semalam kita kenal pasti ada tumpahan minyak hitam. Pegawai SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar serta LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) telah meninjau keseluruhan sungai dan kita dapati tidak ada kesan (buangan) dari kilang atau bengkel-bengkel di persekitaran.

 

"Tiga hari lepas kita dapat kesan di Sungai Kundang, benda sama tumpahan pencemaran berwarna hitam yang kita percaya minyak.

 

"Saya bimbang ia adalah tindakan yang disengajakan. Namun saya tidak ada bukti mahu katakan begitu. Cuma dalam tempoh 3 - 4 hari ini kita berjaya menghalang potensi atau percubaan untuk mencemarkan sungai dengan menggunakan tenaga sumber manusia (penguatkuasa) yang sedia ada," katanya kepada wartawan selepas majlis Sumbangan Kenderaan dan Kelengkapan kepada Pihak Berkuasa di Shah Alam, pagi tadi.


MB Amirudin menyampaikan sumbangan motorsikal

 

Dalam perkembagan lain, sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor diharap mampu meningkatkan lagi usaha pemantauan persisir pantai dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

 

Menurut Amirudin, sebanyak 18 basikal elektrik dan 8 jetski diberikan kepada pihak polis bagi meningkatkan keupayaan rondaan.

 

"Kenderaan ini akan bergerak dalam formasi buddy system dan mula digunakan pada 1 November 2020. Ia menelan belanja sebanyak RM1.15 juta," katanya.

 

Selain itu, menurut Amirudin, Kerajaan Negeri juga membekalkan beberapa peralatan penjagaan kesihatan seperti 100 unit sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE), 500 unit perisai muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun, 500 unit pelitup muka, 500 cecair nyahkuman dan 200 apron kepada Jabaran Penjara Malaysia Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pandemik di penjara-penjara sedia ada.

 

"Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terbela," katanya lagi.

 

25 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL


SILA TEKAN >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.



IDEA DARURAT MANIFESTASI MUHYIDDIN LEBIH SAYANG AZMIN, MASIH BERDENDAM DENGAN UMNO

 


Walaupun isu darurat boleh dikira sudah selesai berikutan Agong telah menolak cadangan tersebut, tetapi masih ramai yang memperkatakan tentangnya.
Yang paling banyak ditanya ialah mengapa dan bagaimana Muhyiddin Yassin boleh tergerak hati kepada cadangan itu, walhal untuk meraih lebih sokongan untuk mengelakkan dijatuhkan di Parlimen, beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai banyak pilihan lain untuk dipertimbangkan.
Seterusnya, yang lebih mengecewakan, jika penguatkuasaan darurat berjaya dilaksanakan, ia akan meletakkan Agong sebagai beban bersama yang tidak sepatutnya diletakkan di bahu Istana.
Lantaran itu, mengapa Muhyiddin begitu tergamak mahu melaksanakan darurat itu?
Kalau diperhalusi, ada dua sebab darurat menjadi pilihan dan kedua-duanya adalah salah Muhyiddin belaka.
Pertama, sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu, beliau tidak pernah berani mahu mengesahkan kedudukannya di Parlimen, walaupun ada usul percaya dan tidak percaya dikemukakan terhadapnya.
Sepatutnya, selepas dilantik oleh Agong dengan kepercayaan beliau mempunyai sokongan majoriti, Muhyiddin terus membawa isu keabsahan jawatannya untuk disahkan oleh Parlimen.
Selain itu, demi untuk mengelak pengundian, beliau turut menangguh dan menukar tarikh Sidang Parlimen, bahkan pembukaan Sidang Parlimen juga hanya diadakan selama setengah hari saja.
Jika daripada awal, beliau berani bersikap jantan dan membawa pertikaian mengenai kedudukannya ke Parlimen, pasti ribut-ribut mengenai kedudukannya tidak berbangkit sampai ke hari ini.
Malah, beliau juga tidak perlu takut lagi sama ada Belanjawan 2021 dilulus atau ditolak ketika pengundian.
Tentunya juga tidak perlu lagi sampai ke tahap mahu mengisytiharkan darurat yang perkara utama di sebaliknya ialah menggantung Parlimen dan mengelakkan pengundian bagi belanjawan tahun depan.
Kedua, cadangan darurat adalah manifestasi sayangnya Muhyiddin kepada Azmin berbanding kepada UMNO yang memiliki 39 kerusi Parlimen.
Melalui pembentukan kabinetnya, Muhyiddin mengumumkan Azmin bukan saja salah seorang menteri kanan bersama Ismail Sabri Yaakob, Dr. Radzi Jidin dan Fadillah Yusof, malah sebagai menteri kanan yang terkanan sekali.
Ia berikutan, Muhyiddin mengatakan jika semasa ketiadaan beliau, Azminlah yang akan mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Dengan jawatan menteri kanan paling kanan dan diberi kuasa mempengerusikan mesyuarat kabinet, secara tidak langsungnya beliaulah Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu, dengan taraf yang dirasakan sebagai orang nombor dua selepas Muhyiddin, Azmin juga dikatakan turut menggunakan pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya sebagai kegunaannya, selain pejabatnya sebagai menteri MITI di Jalan Duta.
Kalau daripada awal lagi Muhyiddin mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebaiknya memberikan jawatan tersebut kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi, sesuai dengan jumlah 39 kerusi Parlimen yang dimiliki UMNO berbanding Geng Azmin yang hanya ada 10 kerusi, kekeruhan hubungan dan konflik dalam PN sebagaimana yang berlaku sekarang pasti tidak terjadi.
Ini tidak, sudahlah UMNO tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kementerian-kementerian kanan turut lebih banyak diserahkan kepada Bersatu yang hanya memiliki enam kerusi asal, manakala selebihnya sebanyak 25 adalah kerusi-kerusi pelompat katak bekas UMNO (Geng Hamzah Zainuddin) dan 10 daripada bekas PKR (Geng Azmin).
Mengapa Muhyiddin tidak mahu memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada pemimpin UMNO sejak awal adalah kerana beliau amat sayangkan Azmin.
Jika ada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tidaklah Azmin dapat diburung-merakkan seolah-olah dia adalah pemimpin nombor dua dalam negara dan bakal Perdana Menteri.
Jika diteliti, cadangan darurat yang dicadangkan kabinet kepada Agong andai berjaya dilaksanakan, dengan jelas bertujuan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diberikan kepada Azmin sebagai pemimpin paling kanan kepada Muhyiddin.
Hanya setelah cadangan darurat itu ditolak Agong, barulah Muhyiddin ternampak sedia memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, itu pun dengan syarat bukan Zahid Hamidi orangnya.
Ternampak di sini bahawa Muhyiddin masih berdendam kepada UMNO dan punya niat untuk terus memecah-belahkan UMNO melalui pendekatan pecah dan perintah.
Jika Timbalan Perdana Menteri yang bakal dilantik bukan Presiden UMNO itu sendiri, malah Hishammuddin Hussein yang tiada kedudukan dalam hireaki parti dijadikan pilihan, selain memperlihatkan Muhyiddin terus mahu membuli UMNO, lebih penting ia juga menunjukkan rasa sayangnya kepada masa depan Azmin tidak pernah berkurangan, meski dilanda pelbagai badai dan rintangan.
Makna kata, selepas ini Hishammuddin dan Azmin adalah gandingan yang sedang diprojekkan untuk mengambil alih kepimpinan negara.

(Shahbudindotcom 28/10/2020)

Anwar selar tindakan Presiden Perancis hina Islam

 




Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa Islam sedang menghadapi krisis di seluruh dunia adalah satu penghinaan dan tidak masuk akal.

 

Malah, Presiden KEADILAN itu menganggap Macron sengaja menyalahkan Islam sebagai punca segala masalah di negaranya, berbanding melihat semula perspektif yang merosakkan tertanam dalam doktrin sekularisme Perancis.

 

"Tidak ada yang akan membela keganasan dan pembunuhan berdarah, serta mereka yang memesongkan Islam. Macron sendiri, kadang-kadang, sedar betapa rumitnya isu ini.

 

"Ini adalah kejahatan yang menimpa umat Islam dan Dunia Islam lebih dari sekadar tragedi yang menimpa Perancis. Saya bersimpati di atas kematian Samuel Paty sama seperti mereka yang terkorban dengan cara ini," katanya.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Macron yang mengkritik Islam selepas seorang guru sejarah dan geografi, Samuel Paty dipenggal kepala oleh pengganas ekoran tindakan guru itu menunjukkan karikatur mempersenda Nabi Muhammad di hadapan murid-murid dalam kelasnya.

 

Bajet perlu dibahas oleh AP diparlimen supaya ianya tidak tersasar dari tujuan bajet diluluskan. Nanti kalau bajet tidak diluluskan bukan bererti mengingkari titah DYMM Agong.

 Image may contain: 1 person, suit and text

Pakej ransangan tidak akan berkesan jika tiada lanjutan moratorium

 


Kerajaan digesa untuk memanjangkan lagi tempoh moratorium bank memandangkan rakyat masih terkesan dengan keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

 

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata sebilangan besar rakyat masih terbeban dengan masalah kewangan dan tanggungan lain selain berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19.

 

"Lanjutan tiga bulan lagi moratorium bakal membantu 7.7 juta peminjam dan 245,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

"Sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, pakej rangsangan ekonomi Prihatin tidak akan berkesan dan tidak berupaya membantu rakyat bawahan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan," katanya.

 

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menghentikan seketika kemelut politik dan memberikan fokus utama kepada keperluan rakyat.

 

"Diharapkan kerajaan berhenti bermain politik dan dapat mengambil langkah proaktif dengan segera dengan program ekonomi yang lebih fleksibel dalam menangani situasi semasa ekonomi yang tidak menentu," katanya.

 


Guna undian Belanjawan 2021 sebagai tawar-menawar agenda reformasi - Wong Chen

 





Keadaan terdesak Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan mengisytihar darurat ke seluruh negara hendaklah digunakan sebaik-baiknya bagi menuntut pembaharuan dalam kerajaan.

 

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, Pakatan Harapan (PH) seharusnya menggunakan pendekatan tawar menawar berdepan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan undi meluluskan Belanjawan 2021 amat penting.

 

Menurutnya, sekiranya PM Muhyiddin gagal meluluskan belanjawan kali ini maka beliau perlu meletak jawatan. Oleh kerana itu, PH tidak harus menyokong melulu tanpa sebarang timbal balas yang diperolehi dari kerajaan PN.

 

"Konvensyen Parlimen menuntut jika kerajaan kalah dalam Rang Undang-Undang kewangan, kerajaan tidak ada pilihan selain meletak jawatan. Undian belanjawan ialah ibu kepada semua RUU kewangan. Jika PM kalah undian ini, beliau perlu meletak jawatan dan kerajaannya akan tumbang.

 

“Oleh itu, kita tidak boleh menyerahkan 'senjata khas' ini kepada PM secara percuma. Sebaliknya, kita mesti mempertimbang menggunakannya sebagai kelebihan yang sangat penting bagi mendapatkan beberapa pembaharuan yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan demokrasi,” tulisnya di Facebook.

 

Menurut Wong lagi, terdapat banyak masa untuk PH menyuarakan beberapa tuntutan kepada kerajaan PN kerana undian belanjawan hanya akan berlangsung pada 10 Disember.

 

Manakala sokongan yang dinyatakan Umno kepada Muhyiddin bukanlah muktamad dan mungkin boleh ditarik pada bila-bila masa.

 

Sehubungan itu, Wong berpendapat PH perlu menawarkan undian blok Pembangkag dengan pertukaran kerajaan PN membuat beberapa reformasi pentadbiran.

 

“Paling atas dalam senarai pembaharuan demokratik ialah memberi hak tanpa had kepada Pembangkang untuk membentangkan usul Undi Tidak Percaya di Parlimen. Saya yakin Ahli Parlimen Umno yang berfikiran reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah akan menyokong permintaan tersebut.

 

“Reformasi ini akan membolehkan Parlimen memeriksa keabsahan PM dan untuk mencegah kediktatoran

 

"Kedua, kabinet perlu meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen pada sidang Mac 2021 untuk menjadikan Parlimen bebas daripada eksekutif dari segi kewangan dan pentadbiran.

 

"Sebenarnya ada ratusan perkara yang boleh direformasikan tetapi saya menekankan pimpinan PH untuk berunding mengenai dua peruntukan asas demokrasi berkenaan," katanya.

 

Kata Wong lagi, tiada makna sekiranya kerajaan menawarkan perdamaian atau rekonsiliasi namun mereka tidak mahu melakukan sebarang pembaharuan demokrasi.

 

"Selepas gagal mengisytihar darurat, agenda pembaharuan menjadi lebih mendesak daripada sebelumnya

 

"Sebagai menunjukkan keikhlasan kerajaan, saya juga menyeru agar kabinet melakukan pembentangan penuh belanjawan kepada seluruh Ahli Parlimen Pembangkang pada 2 November ini.

 

“Selepas itu, biarkan rundingan ‘undi belanjawan untuk reformasi’ bermula demi kepentingan rakyat, demokrasi dan negara,” katanya.

 


Pelaburan ke dalam negara parah di bawah kerajaan PN

 

Pelaburan ke dalam negara parah di bawah kerajaan PN

GHANIMAH LEBIH BERNILAI BERBANDING MARUAH



Jelasnya, dua pemimpin itu sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muhyiddin pada masa ini, malah tindak-tanduk serta nasihat mereka telah mengganggu proses demokrasi berparlimen. “Saya sudah cakap sejak sesi Parlimen pada 18 Mei lepas, Muhyiddin sepatutnya berhenti berharap dan percaya bulat-bulat kepada Hamzah dan Azmin.

SIAPA BALING BATU SEMBUNYI TANGAN?



“Tiba-tiba didominasi pula dengan isu pembubaran Kerajaan Negeri Sabah yang mewajibkan diadakan Pilihan Raya Negeri. Lihat dan renung siapa yang bertindak membubarnya.” Beliau seolah-olah telah mensucikan kesalahan Tan Sri Musa Aman yang cuba merampas Kerajaan Warisan sehingga akhirnya menyebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan.




BEBALISME ITU PERCUMA




“Saya yakin rakyat tidak lupa gelagat Datuk Zahidi dalam berhadapan dengan isu Veveonah Mosibin,” kata Pengerusi PKR Johor itu dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline. Syed Ibrahim membangkitkan isu capaian internet yang lemah di kawasan-kawasan luar bandar sehingga membawa kepada permasalahan lain.


TIADA DARURAT - PAS U-TURN


Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia. Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya di Facebook rasmi beliau secara jelas menyebut bahawa beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang diumumkan melalui Kenyataan Media Istana Negara itu.


GOLONGAN SEDERHANA DAH MULA SENGKEK?


UMNO SOKONG PN MUSIM COVID SAJA?


PERDAMAIAN UMNO UNTUK BUBAR PARLIMEN LEPAS COVID 19?


UMNO MUNGKIN TAK SOKONG BAJET 2021 MUHYIDDIN?


(function() { var d = document, w = window; w

MGNews: Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Dan Liwat Bayi 9 Bulan