GUNA BOMOH JUGAK


 

TANGKAP JA BEROK NI


 

KISAH WALAUN TAK NGAJI DAN RENDAHKAN YUSOF QORDAWI


 

RMAF IRINGI AIRFORCEONE


 

SIDANG KEMUNCAK ASEAN BERMULA HSRI INI

 



Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.






















Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.


Sebagai tuan rumah dan Pengerusi, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global dan suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).


Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan. 


Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.


//


The 47th ASEAN Summit begins today, bringing together regional leaders and delegates to strengthen cooperation and shape a more inclusive, prosperous, and resilient ASEAN.


As host and Chair, Malaysia leads with confidence and principle, upholding ASEAN as a pillar of stability, guided by the values of Malaysia MADANI toward unity, peace, and shared prosperity.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#ASEAN2025




TRUMP MERAIKAN.


 

WOIII BADIGOL....

 

Fawwwaz Fathil


Fadhli Shaari, gam cap senapang ke gam cap dunlop ni? ☺️






HAAA.. PAKAT PAKAT PEJATUH SAMA SAMA SENDIRI. TU KA NAK JAGA RAKYAT?


 

PRESIDEN US TIBA DI MALAYSIA

 



PERDANA MENTERI DISENANGI

 

Presiden Brazil berkata, beliau amat gembira berada di Malaysia, sebuah negara yang disifatkannya indah dan penuh keakraban.






“Dalam fikiran saya, hubungan antara manusia bermula dengan sesuatu yang kecil, apabila kita bertemu seseorang, kita terus merasai sama ada kita menyukainya atau tidak.


“Ketika saya bertemu sahabat saya, Anwar, saya tahu bahawa saya sedang berhadapan dengan seorang teman sejati.


“Anwar seorang yang mempunyai tekad untuk berjuang demi keadilan dan menamatkan penderitaan rakyatnya,” katanya.





APA LA BODO SANGAT PI TUNGGANG MOTOR.... KAN DAH SALAH.. PERMIT TAK ADA. MENGGANGGU TRAFFIC.. KIOK.

 Zainuddin Omar


Sekumpulan kira-kira 50 penunggang motosikal yang menyertai konvoi bagi membantah ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk Sidang Kemuncak Asean esok, telah ditahan polis di satu sekatan jalan raya malam tadi.


Vodo betul. Mesti walaun Ahaks.





SEJAK BERSAMA DENGAN PAS..DIA BELAJAR DARI PAS CARA TIKAM DIRI SENDIRI😂🤣😅😆😁🤭kiah kah kah





Beban Bukti. 


Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjadi pentas terhadap satu peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir untuk prosiding saman sivil yg beliau failkan terhadap Datuk Seri Diraja Anwar Ibrahim (PMX). 


Tun mendakwa Anwar Ibrahim telah memfitnahnya dalam ucapan Kongres Nasional Khas PKR Disember 2023, apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Tun Mahathir “memperkaya anak-anak dan kroninya”.


Namun dalam ruang perundangan, setiap saman itu bukan bererti siapa lebih berani atau siapa lebih benar.  


Ianya soal beban bukti. 


Dan dalam kes ini, beban bukti (burden of proof) terletak dibahu Tun Mahathir sendiri.


Dalam sistem perundangan sivil , siapa yg saman, dia yg perlu buktikan. 


Dalam undang² fitnah, plaintif sebagai pihak yg menyaman mesti membuktikan tiga perkara utama:

 

1. Kenyataan itu merujuk kepada dirinya secara jelas.


2. Kenyataan itu bersifat fitnah yakni menjatuhkan reputasinya dimata masyarakat.


3. Kenyataan itu tidak benar atau dibuat dgn niat jahat (malice).


Namun, cabaran terbesar terletak pada poin ketiga untuk membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar.


Kalau Tun gagal buktikan satu saja dari tiga perkara itu dgn kebarangkalian lebih tinggi (balance of probabilities), maka saman Tun akan ditolak.


Kerana untuk menafikan dakwaan memperkayakan anak² dan kroni, Tun Mahathir perlu buktikan bahawa tiada langsung sebarang bentuk manfaat ekonomi, peluang korporat atau keistimewaan dasar yg diperoleh oleh lingkaran rapat beliau sepanjang tempoh pemerintahannya.


Masalah utama bagi Tun M adalah beliau bukan berdepan tuduhan jenayah individu tetapi berdepan dgn tuduhan struktur kuasa.


Anwar Ibrahim tidak menuduh beliau menerima wang, mencuri atau mengarahkan sebarang transaksi² peribadi kedalam akaun beliau.


Sebaliknya apa yg disebut adalah pengayaan anak² dan kroni melalui dasar pentadbiran.


Ini disebut sebagai structural enrichment melalui State-Facilitated Capitalism. 


Ia adalah kekayaan yg berpunca dari keputusan dasar yg menguntungkan kumpulan tertentu tanpa bukti transaksi langsung.


Contohnya apabila konsesi, kontrak dan saham diagihkan kepada individu atau syarikat tertentu yg mempunyai hubungan politik walaupun tanpa arahan bertulis namun manfaatnya tetap terarah. 


Itulah asas enrichment by proximity to power.


Enrichment by proximity to power ni bermaksud kekayaan yg diperoleh kerana kedekatan dgn kuasa politik atau pentadbiran kerajaan.


Ini bukan bermakna seseorang itu mencuri wang kerajaan secara langsung..


Tapi mereka berada cukup dekat dgn pusat kuasa samada sebagai ahli keluarga, sahabat atau kroni politik sehingga keputusan dasar, projek kerajaan dan peluang² ekonomi secara tidak langsung mengalir ke arahnya.


Dalam kes ini, Tun juga ada peluang untuk menang.


Beliau cuma perlu buktikan bahawa sepanjang 2 dekad memegang kuasa, semua keputusan ekonomi dan korporat adalah dibuat secara bebas tanpa sebarang konflik kepentingan keluarga atau kroni.


Untuk itu, beliau perlu buktikan bahawa : 


1. Anak-anaknya tidak pernah mendapat manfaat langsung atau tidak langsung drpd dasar kerajaan.


2. Tiada kroni politik atau korporat yg menerima faedah luar biasa daripada penswastaan.


3. Semua keputusan dibuat secara telus dan profesional tanpa konflik kepentingan.


Itulah beban bukti yg sedang menanti beliau harini.



SEMOGA KO TENANG DISANA.

 Labu Labi


Aku doakan ko merekok dalam penjara.. semoga Allah bagi kesedaran jaga mulut jaga perangai.. manusia jijik macam ko x guna dihormati.





SUDAH LAH KO... KO KHIANAT UMNO.. PKR... SEKARANG NAK. PLAY SAFE LAM PARTI. TUNJUK BUKTI NAK TENGOK..

 


Ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin dedah keberadaan menantunya 





SEORANG pemimpin tertinggi Bersatu menggesa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan di mana keberadaan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri daripada pertuduhan di mahkamah.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah membuat gesaan itu selepas pendedahan media berhubung gambar dipercayai menantunya yang menjalani kehidupan mewah di Asia Barat.


Saifuddin memaklumkan beliau membuat gesaan itu terhadap Muhyiddin dalam kumpulan WhatsApp parti kerana isu itu banyak dibangkitkan di Parlimen, namun tiada jawapan diberikan. 


“Beliau pun tidak menjawab,” kata Saifuddin seperti dipetik FMT.


“Jika bapa mertua pun kelu, maka dalam isu begini, macam mana kami semua hendak menjawabnya?.


Saifuddin berkata ahli-ahli Bersatu empati dengan Muhyiddin, namun isu ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang akan kesannya pada nama baik Bersatu.


Adlan dan peguamnya, Mansoor Saat, dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.


Semalam, media melaporkan Muhammad Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.


Akhbar New Straits Times (NST) dalam satu laporan juga menyiarkan beberapa gambar menunjukkan Muhammad Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.- MalaysiaPost



PESAN BUAT WARGA EMAS.

 


Pengarah sebuah hospital di Beijing menyampaikan lima pesanan kepada warga emas:


Banyak “penyakit” bukanlah penyakit, tetapi proses penuaan yang normal.


▪︎ Anda bukan sakit, anda sedang menua.

▪︎ Banyak perkara yang anda sangka sebagai “penyakit” sebenarnya bukan penyakit, tetapi isyarat bahawa badan sedang menua.


1. “Lupa-lupa” bukan penyakit Alzheimer, tetapi mekanisme perlindungan diri oleh otak warga emas.

Jangan cepat panik atau menakutkan diri sendiri. Ini hanyalah tanda otak sedang menua, bukan penyakit. Jika anda hanya terlupa letak kunci, tetapi masih boleh mencarinya semula sendiri, itu bukan nyanyuk.


2. “Berjalan perlahan dan kaki tidak stabil” bukan lumpuh, tetapi kemerosotan otot.

Penyelesaiannya bukan dengan makan ubat, tetapi dengan banyakkan bergerak dan bersenam.


3. “Susah tidur” bukan insomnia, tetapi otak sedang menyesuaikan ritma.

Ini bukan penyakit, tetapi perubahan dalam “struktur tidur”. Jangan ambil ubat tidur secara sembarangan. Penggunaan ubat tidur jangka panjang boleh meningkatkan risiko jatuh dan kemerosotan fungsi kognitif. Ubat tidur terbaik bagi warga emas adalah cahaya matahari yang mencukupi di siang hari dan rutin harian yang tetap.


4. “Sakit badan” bukan reumatik, tetapi tindak balas biasa akibat penuaan saraf.

Ramai warga emas mengadu: “Sakit lengan dan kaki, adakah ini reumatik atau tulang tumbuh?”

Memang benar, tulang menjadi rapuh dan nipis, tetapi 99% “sakit badan” bukanlah penyakit, sebaliknya penghantaran saraf yang perlahan menyebabkan rasa sakit yang lebih kuat. Ini dinamakan "pensensitisasian pusat", iaitu perubahan fisiologi biasa warga emas. Ubat tahan sakit bukanlah penyelesaiannya. Senaman dan fisioterapi lebih sesuai. Disyorkan: “rendam kaki + tuam panas sebelum tidur + urutan ringan”, lebih berkesan daripada makan ubat.


5. “Keputusan pemeriksaan kesihatan yang tidak normal” bukan penyakit, tetapi piawaian yang belum dikemas kini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan agar penanda pemeriksaan kesihatan bagi warga emas diberi kelonggaran. Begitu juga dengan kolesterol — kolesterol sedikit tinggi bagi warga emas sebenarnya dikaitkan dengan jangka hayat yang lebih panjang. Ini kerana kolesterol diperlukan untuk menghasilkan hormon dan membran sel. Kolesterol yang terlalu rendah boleh melemahkan imuniti.

“Garis Panduan Pencegahan dan Rawatan Hipertensi di China” juga menyatakan bahawa sasaran tekanan darah bagi warga emas ialah <150/90 mmHg, bukan piawaian orang muda <140/90.


Jangan anggap “penuaan” sebagai “penyakit”, dan jangan anggap “perubahan” sebagai “kecacatan”.

Penuaan bukan penyakit — ia adalah laluan yang pasti akan dilalui.


Beberapa pesanan buat warga emas dan anak-anak mereka:


▪︎ Pertama, ingatlah: tidak semua ketidakselesaan adalah penyakit.

▪︎ Kedua, warga emas paling takut apabila ditakut-takutkan. Jangan panik melihat laporan kesihatan, dan jangan mudah percaya iklan ubat-ubatan.

▪︎ Ketiga, perkara paling penting yang anak-anak boleh lakukan bukan sekadar bawa ibu bapa ke hospital, tetapi luangkan masa berjalan bersama, berjemur, makan bersama, dan berbual.


Penuaan bukan musuh. Yang menjadi musuh adalah tanggapan yang salah.




𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗟𝗶𝗯𝗮𝘀 𝗣𝗔𝗦: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝘂𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗡𝗮𝗸 𝗔𝗷𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮.



I̲n̲t̲r̲o̲:

𝘚𝘦𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘰𝘥𝘤𝘢𝘴𝘵, 𝘙𝘢𝘧𝘪𝘻𝘪 𝘙𝘢𝘮𝘭𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘤𝘢𝘯 — 𝘥𝘪𝘢 𝘭𝘪𝘣𝘢𝘴 𝘗𝘈𝘚 𝘬𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯.

𝘛𝘰𝘱𝘪𝘬 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘫𝘢𝘮 — 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘦𝘮𝘰𝘴𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘮𝘦𝘯?





𝘒𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘦𝘬𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘴𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢?

𝘋𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘥𝘶 — 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘱𝘶𝘯 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭, 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘥𝘣𝘪𝘳 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢?


𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘱𝘰𝘥𝘤𝘢𝘴𝘵 𝘵𝘶, 𝘰𝘵𝘢𝘪-𝘰𝘵𝘢𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘶𝘯 𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶.

𝘓𝘪𝘣𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘧 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘬𝘦 𝘶𝘭𝘶 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘗𝘈𝘚. 


 1️⃣ 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗗𝘂𝗹𝘂, 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶


PAS tahu mereka gagal, sebab tu strategi utama mereka —

“𝙎𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜, 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜, 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜.”

Bila rakyat sibuk dengar fitnah mereka, tak sempat nampak kegagalan SG4.


💬 “𝘉𝘪𝘭𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘳𝘦𝘵𝘪 𝘵𝘢𝘥𝘣𝘪𝘳, 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘦𝘮𝘰𝘴𝘪 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢.”

💬 “𝘉𝘪𝘭𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘦𝘬𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪, 𝘵𝘶𝘥𝘶𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮.”


𝙃𝙖𝙨𝙞𝙡𝙣𝙮𝙖? Negeri corot, tapi ceramah penuh.

Terbaru & Tertinggi — YB Siti Mastura kalah saman fitnah RM830K, tapi derma dikutip atas nama jihad.

👉 𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙋𝘼𝙎 — 𝙜𝙪𝙣𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙞𝙡 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙝𝙖𝙡𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙨𝙖 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠.






 2️⃣ 𝗦𝗚𝟰: 𝗦𝗹𝗼𝗴𝗮𝗻 𝗚𝗲𝗺𝗽𝗮𝗸, 𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗛𝗮𝗽𝗮𝗸


Konon SG4 nak jadi blok Islam moden — tapi data kata lain.

📊 SG4 antara 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙘𝙤𝙧𝙤𝙩 dalam KDNK, pembangunan, peluang kerja.

Tapi 𝙥𝙚𝙡𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖 — gaji MB dan bilangan penjawat awam paling tinggi.


𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩? Ramai berhijrah ke Penang, Selangor, Negeri Sembilan — negeri PH yang mereka hina setiap minggu.


Rafizi selit sinis:





> “𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙠𝙖𝙣, 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖?”


𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿:

PAS 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙂𝙧𝙤𝙬𝙩𝙝 𝙈𝙞𝙣𝙙𝙨𝙚𝙩.

Mereka 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙡𝙖𝙣𝙟𝙖, tapi 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙣𝙖.

Pandai baca doa panjang, tapi 𝙩𝙖𝙠 𝙧𝙚𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙧𝙖 𝙗𝙖𝙟𝙚𝙩 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞.





 3️⃣ 𝗘𝗖𝗥𝗟 & 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗙𝗮𝘁𝗮𝗺𝗼𝗿𝗴𝗮𝗻𝗮


ECRL — 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙢𝙚𝙜𝙖 𝙍𝙈84 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙤𝙣 lalu Kelantan, Terengganu, Pahang.

Tapi bila tanya 𝙖𝙥𝙖 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 sekitar projek tu?

👉 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴.


𝙋𝘼𝙎 𝙨𝙞𝙗𝙪𝙠 𝙩𝙪𝙙𝙪𝙝 𝙋𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 dapat peruntukan lebih, padahal Kelantan & Terengganu antara penerima tertinggi bawah PMX.


Rafizi tanya tepat:


> “𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩, 𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡𝙣𝙮𝙖?”


Dr. Sam masih sibuk rayu bantuan.

Syahir pula sibuk reka teori “𝘚𝘺𝘢𝘩𝘪𝘳𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘴” — 𝙗𝙖𝙟𝙚𝙩 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙜𝙖𝙜𝙖𝙡, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙖𝙟𝙚𝙩 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙣𝙜.

𝙉𝙚𝙩𝙞𝙯𝙚𝙣 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙜𝙚𝙡𝙖𝙧 — “𝙎𝙮𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙤𝙢𝙞𝙠”

Sebab 𝙩𝙚𝙤𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖.


 4️⃣ 𝗩𝗶𝗰𝘁𝗶𝗺𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆: 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗔𝗯𝗮𝗱𝗶


PAS dah jadi “𝙅𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙉𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙎𝙞𝙣𝙙𝙧𝙤𝙢 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜.”

Setiap kegagalan — 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 kerajaan pusat, 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 DAP, 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 takdir.


Padahal 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙨𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 𝙖𝙨𝙡𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙖𝙟𝙪.

Lihat Negeri Sembilan & Melaka — tak ada hasil bumi, tapi rakyat tak perlu berhijrah.


Rafizi cakap satu benda yang padu:


> “𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣. 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙞𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙙𝙪𝙝.”


Itulah 𝗯𝗲𝘇𝗮 𝗺𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 dengan mindset pengemis simpati.


 5️⃣ 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗮𝗵 𝗕𝘂𝗻𝘁𝘂, 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗠𝗮𝗶𝗻 𝗕.𝗔.𝗕.𝗜.


Kata otai Reformasi — bila PAS hilang hala tuju, dia akan tunggang naratif B.A.B.I.


1️⃣ 𝘽𝙖𝙠𝙖𝙧 𝘼𝙜𝙖𝙢𝙖, 𝘽𝙖𝙠𝙖𝙧 𝙄𝙨𝙪 – Ayat Quran dipusing ikut selera politik.

2️⃣ 𝘽𝙪𝙖𝙩 𝘼𝙪𝙩𝙖, 𝘽𝙞𝙠𝙞𝙣 𝙄𝙡𝙪𝙨𝙞 – Ceramah penuh drama, fakta entah ke mana.

3️⃣ 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝘼𝙠𝙖𝙡 𝘽𝙪𝙣𝙩𝙪 𝙄𝙙𝙚𝙖 – Bila rakyat tanya ekonomi, dia jawab “DAP”.

4️⃣ 𝘽𝙞𝙘𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙣𝙜𝙠𝙪𝙝, 𝘽𝙤𝙝𝙤𝙣𝙜 𝙄𝙨𝙪 – Jual syurga dalam ceramah, tapi bila kena saman — cari derma duniawi.

5️⃣ 𝘽𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 𝘼𝙩𝙖𝙨 𝘽𝙚𝙣𝙘𝙞 𝙄𝙙𝙚𝙣𝙩𝙞𝙩𝙞 – Asal tak suka orang, terus cap kafir.


Inilah “𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘴𝘶𝘤𝘪” versi PAS — 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝 𝙨𝙠𝙧𝙞𝙥, 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙤𝙜𝙞𝙠.


6️⃣ 𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶: 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶


PAS kata 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩,

𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙞𝙨𝙠𝙞𝙣, 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡, 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞𝙧 — 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙟𝙪𝙜𝙖.


𝙋𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙢𝙚𝙬𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙧𝙚𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧,

rakyat terus beratur cari air bersih dan kerja luar negeri.


Dan bila rakyat persoal?


> “𝘚𝘢𝘣𝘢𝘳, 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢.”

Tapi 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙨𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 —

“𝘊𝘦𝘱𝘢𝘵! 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢𝘸𝘪 𝘴𝘪𝘬𝘪𝘵, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘵𝘢𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘳𝘮𝘢!”


𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽: 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗱𝗶𝗵


PAS 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 gagal sebab orang lain zalim.

𝙋𝘼𝙎 𝙜𝙖𝙜𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙧𝙚𝙩𝙞 𝙗𝙚𝙯𝙖 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙤𝙥𝙖𝙜𝙖𝙣𝙙𝙖.


Selagi rakyat terus 𝙙𝙞𝙨𝙪𝙖𝙥 𝙘𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙖𝙢 𝙗𝙚𝙣𝙘𝙞,

selagi itulah bangsa Melayu terus dijauhkan dari kemajuan sebenar.


Mereka 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 ajar rakyat membangun,

mereka 𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣.

Mereka 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 lahirkan pemikir,

mereka 𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙚𝙢𝙗𝙖𝙝 𝙨𝙡𝙤𝙜𝙖𝙣.


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶,

𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻.


====>>>

✒️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘗𝘈𝘚 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘰𝘢,

𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘭𝘶𝘱𝘢 𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘫𝘶.