Felda Diberi Tempoh Sebulan Kemuka Pelan Hala Tuju Baharu – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Felda terus berdaya maju bagi memastikan nasib para peneroka terus terjamin.

KUALA LUMPUR, 26 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan pelan tindakan baharu bagi menentukan hala tuju badan itu.

Menurut Perdana Menteri, Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju yang ada sekarang bagi menyelamatkan para peneroka pada masa akan datang.

“Kerajaan seperti mana sudah tahu, beri suntikan RM1 bilion setahun. Kita mahu lakukan (beri suntikan dana) asalkan kita yakin bahawa pendekatan dan hala tuju kita mampu menyelamatkan bukan sahaja gedung Felda ini tetapi peneroka di masa hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju yang ada sekarang bagi menyelamatkan para peneroka pada masa akan datang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya ucap terima kasih dan hargai pengurus besar dan keluarga pengurusan untuk kemukakan, melaksanakan beberapa langkah di ladang pengurusan, pemasaran, kilang, eksport.

“Saya beri tempoh satu bulan kepada pengurusan untuk mengemukakan pelan hala tuju. Saya akan pastikan seluruh kekuatan dan jentera daripada kerajaan, Kementerian Kewangan dan pakar-pakar lain untuk memastikan bahawa kita puas hati dengan pendekatan, hala tuju baharu supaya dalam masa singkat ini,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Felda Bersama PMX di sini pada Rabu.

TUGAS BENTARA PARLIMEN BUKAN PAPAH HADI AWANG


 

SANUSI PANDAI BERLAKON DEPAN WALAUN

 


TU DIA.. PUNYA BANYAK BERAS.


 

WALAUN NI KFA DENGAN KD FA PUN TAK KENAI.. DIA MAIN TALA.. APA PUNYA PALATOYA

 


KEGAGALAN MUHYIDDIN.

 


10 TAHUN KINI SELESAI DENGAN ELOK

 


ISU PERLEMBAGAAN UNTUK PINDA SUOAYA JAWATAN PM DIHADKAN KEPADA 10 TAHUN PUN HANG DOK QOBLAH PASAI PA?


 

LAGI KEJAYAAN BANK NEGARA


 

Isu Kuil. Pengakhiran yang baik.

Aman Mohamad. 





1. Isu Kuil vs Jakel akhirnya berjaya diselesaikan dengan harmoni selepas 10 tahun rundingan berjalan.


2. Dan alhamdulillah ia diselesaikan di zaman PMX.


3. Kuil akhirnya akur untuk berpindah ke sebuah tanah kerajaan yang akan digazetkan sebagai rumah ibadat.


4. Pengazetan ini bermaksud kuil tidak memiliki hak ke atas tanah dan kerajaan masih mempunyai hak ke atas tanah dan boleh arah kuil berpindah bila-bila masa di masa hadapan.


5. Apa yang menarik dalam penyelesaian kes ini ialah, Menteri Wilayah menegaskan penyelesaian kali ini Kuil vs Jakel adalah khusus untuk kes ini sahaja dan tidak akan menjadi 'precedent case'.


6. Dengan kata lain, jika berlaku pertikaian mana-mana rumah ibadat di masa hadapan, semua pihak mesti merujuk kepada undang-undang.


No more!


7. Dan antara penambahbaikan yang boleh kerajaan Madani adalah mewujudkan satu akta baru untuk mengawal pembinaan rumah ibadat bukan Islam dan menghukum mereka yang membina secara haram.


8. Akta sedia ada masih ada banyak kelompongan dan perlu reformasi menambahbaiknya.


9. Alhamdulilah, semoga ketegasan PMX dan Menteri Wilayah menjadi asbab berakhirnya masalah rumah ibadat haram ini di masa akan datang. 


10. Madani tidak sama dengan PN yang membiarkan masalah ni berterusan tanpa penyelesaian. Apa yang PN hanya buat ialah bagi je tanah kepada kuil haram pastu baling bantu sembunyi tangan. Bila orang lain buat dia marah tapi dia buat halal belaka.


11.Akhir kata, aku quote kata-kata seseorang, "walaupun ada yang menyampah dengan PMX, namun mahu jadikan PN sebagai kerajaan adalah menghina akal kurniaan Tuhan".



Individu dedah apa MB Kedah buat pada Kedah Agro, Sanusi balas “see you in court”

 

Individu dedah apa MB Kedah buat pada Kedah Agro, Sanusi balas “see you in court”

Seorang individu menyelar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas membuat satu tuduhan tidak berasas terhadap pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) yang membangkitkan isu pembayaran gaji tertunggak.

Individu yang menggunakan akaun Facebook Zuraini Ab Ghani mendedahkan apa yang berlaku terhadap anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI), mendakwa MBI mengambil pendapatan KAHB dan mencuri kakitangan syarikat itu.

Selain itu, dia mendakwa pengurusan tertinggi KAHB yang dilantik dalam lingkungan kenalan Sanusi hanya tahu membazirkan duit rakyat, tetapi pekerja pula dipersalahkan.


“Terlalu keterlaluan, waktu Kedah Agro Industries, hangpa nak buat Kedah Agro Group of Companies. Overhead tak sampai RM20,000 sebulan (tapi) disebabkan hangpa, had sampai RM100,000 sebulan.

“Kedah Agro ada income, tapi MBI ambil. Kedah Agro ada pekerja, MBI curi staff, hangpa lantik CEO daripada kalangan hangpa yang asyik bazirkan duit rakyat. Akhirnya, staff pula yang salah?

“Mana tanggungjawab pengurusan? Takkan hang bodoh sangat. Kakitangan 24 orang tu ada kuasa buat keputusan ka?

“Kes tak dapat gaji ni bukan baru bulan ni ya, dah lama. Tapi kenapa dari dulu tak tutup? Sebab masih ada ruang untuk berbahagi habuan kan? Macam hang berbahagi balak dulu?,” luahnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu itu merupakan pekerja di KAHB atau pun tidak, namun dia mengatakan bahawa Sanusi telah menjatuhkan maruah kakitangan Kedah Agro untuk tatapan satu dunia.

Individu itu menambah, jika tiada kakitangan KAHB yang buat laporan, pasti wakil rakyat Pas itu tidak akan menutup syarikat tersebut.

“Kalau staff tak report, mustahil hang nak tutup, betul dak? Ini baru kes Kedah Agro. Macam mana dengan Kedah Tourism?,” tambahnya lagi.







HEBAT STAFF MADA NI MAKI PMX. APA HANG TAK PUAS Hti entah.


W. Faudzidin


Khabarnya dia ni staf MADA.  Jika benar, memang hebat la komen dan ayat dia tu.  So, MADA boleh bagi la apa2 sijil penghargaan ke, pingat hang tuah ke kat mamat ni kalau benarlah dia staf MADA. 






 https://www.facebook.com/share/19Qg2pyBgd/


Fahmi Fadzil 

Saifuddin Nasution Ismail 

Mohamad Sabu 

Asri Mustafa 

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )



WOIII SANUSI...YELLEK..MANA DIA ?

 


Dah setahun tunggu LOD, mana dia Sanusi


Tahun lalu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengancam akan memfailkan undang-undang terhadap seorang individu susulan isu tunggakan gaji pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB).


Individu menggunakan akaun Facebook Zuraini Abd Ghani Zuraini mendedahkan apa yang berlaku terhadap KAHB, mendakwa syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah mengambil pendapatan KAHB dan ‘mencuri’ kakitangan syarikat itu.


Dia mendakwa pengurusan tertinggi KAHB dilantik dalam lingkungan kenalan Sanusi yang hanya tahu membazirkan duit rakyat.


Susulan pendedahan itu, Sanusi berkata beliau akan memfailkan saman terhadap individu terbabit.


“Haaa, jumpa dah tukang reka cerita karut sejak belasan tahun dia bersembunyi di sebalik muka manis. Okay, jom tengok dia boleh pertahankan atau tidak tuduhan keterlaluan dia kali ni. Sila duduk jangan lari. See you in court!,” katanya menerusi Facebook pada Mac tahun lalu.


Pun begitu selepas setahun, Sanusi dikatakan masih belum lagi menghantar LOD kepada individu terbabit.


“Hey Panglima Nusi! Di mana LOD? Mak lintah masih di sini. Akur perintah, “sila duduk jangan lari”. Tapi aku rasa lah kan hang memang suka sembang kari,” kata Zuraini dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya.







WINDOW DRESSING (Antara Royalti & Ihsan)







Ramai minta komen isu Wang Ihsan Negeri Terengganu. Saya pernah kupas dulu. Tapi bila dikaji poster yang disebar luas ni, saya nampak, banyak juga “window dressing”. Nak ajak kita lihat dari jendela sahaja, bukan melalui pintu yang boleh nampak seluruh rumah. 


Ini perkara2 yang pemimpin PAS patut bagitau rakyat Terengganu: 


1. Dari segi undang2, ada beza Wang Royalti dan Wang Ihsan. 


Mengikut Akta Wilayah Laut 2012, kalau minyak tu dicarigali dalam 3batu nautika dari persisir pantai, Negeri akan dapat bayaran Royalti. Lebih dari 3batu nautika, minyak itu dah jadi hak Persekutuan. Terpulang kepada Kerajaan nak bagi Wang Ihsan. 


Undang2 ni bukan parti lawan depa buat. Ini Konvensyen Antarabangsa, Laws of Sea Conventions (LOCS) yang ditetapkan oleh PBB. Terpakai seluruh dunia. 


Disebabkan carigali minyak Terengganu itu berlaku di luar pesisir pantai negeri. Makanya, itu bukan wang Royalti, mengikut Akta yang ada, hanya Wang Ihsan kepada Kerajaan Negeri. Yang Kerajaan Persekutuan boleh guna as carrot and stick. 


***************


2. Ini bukan perkara baru. Tun M dulu lagikan pula. Masa memerintah 22 tahun. Tahun 90-an, bila PAS rampas Terengganu, Tun M langsung hentikan bayaran Wang Ihsan. Masa tu Akta Laut Wilayah pun tiada lagi. Sesen pun tak diberi, alasan undang2 pun tak diberi. 


Cuma masa dia PM7, kita tahu dia nak pikat parti PAS. Untuk jadi plan B kepada DAP. Bukan sahaja diberi royalti kepada Terengganu, Kelantan pun dapat juga RM400 juta wang ihsan, yang terpalit isu memborong Mercedes untuk ahli EXCO nya. 


Tapi sayang pelaburan Tun M tak mengena. PAS pakat dengan TS Muhy pula lepas tu dan khianat dia. 


Beza PM4 dan sekarang PMX ialah, masa tu dana langsung disekat ya. Si Thanos punya brutalnya. Tapi PMX tetap memberi, bukan seperti mentornya. 


Wang Ihsan diberi melalui 2 saluran. Ini diakui sendiri oleh MB Terengganu dalam Ucapan Belanjawan Negeri 2025. Beliau sendiri akui, cara Wang Ihsan disalurkan: 40% masuk akaun Kerajaan Negeri, 60% Kerajaan Persekutuan akan beri terus kepada rakyat melalui 3rd party. Sama ada kontraktor pembangunan atau agensi persekutuan di negeri. 


Maknanya, wang ihsan itu memang dapat, cuma tiada dalam tangan Kerajaan Negeri. Rakyat Terengganu masih boleh merasa Wang Ihsan ini. Cuma Kerajaan Negeri marah mereka tak boleh urus sendiri. 


Saya percaya, apa yang Kerajaan Persekutuan nak buat dengan Wang Ihsan adalah peruntukan terus untuk pembangunan dan dana rakyat. 


Kena tahu ya, selama 8 tahun Kerajaan PAS Terengganu memerintah, mereka naikkan tenaga kerja atau civil service dari 7,000 pada tahun 2017 kepada 14ribu tahun 2025. Dua kali saiz dalam  sekelip mata. Difahamkan, lantikan politik kebanyakkannya. 


Gaji dan Elaun sahaja dah RM1.4 Billion setahun. Lebih separuh dari hasil yang ada. Itu sangat irresponsible. Yang dapat hanya antara mereka. Peruntukan untuk rakyat terjejas pula. 


*****************


Saya percaya, Kerajaan Terengganu perlu belajar dari sejarah. Masa tak sekufu dengan Kerajaan mereka dah kena. Zaman Tun M dan PMX pun sama. Masa depa dalam Kerajaan janganlah kira. Itu depa memerintah sesama depa. 


Isu Royalti/ Wang Ihsan ni dah jadi senjata politik lawan ke atas mereka. Kerana Undang2 nya tersedia. 


Daripada menggunakan outcry politik untuk melawan carrot and stick, lebih afdal Kerajaan Terengganu bawa perkara ini ke Mahkamah. Saman Kerajaan Persekutuan. Agar Akta Wilayah Laut dipinda atau dibatalkan. Tegakkan hak mereka di bawah Perjanjian 1974.  


Tapi masa memerintah Malaysia, ini PAS gagal lakukan. Walau dah memerintah 2 round, PAS langsung tiada usaha nak betulkan keadaaan. Nak tolak dalam DUN baru dibuat tahun 2024. 


Berbanding Sabah, lama sudah mereka cabar. Sejak tahun 2015. Siap bawak masuk Mahkamah. Dinamik mereka juga berbeza, sebab ada Perjanjian Malaysia 1963. 


Window dressing isu ini takkan bawa ke mana. Anda akan sentiasa “be held at ransom” oleh Kerajaan Persekutuan. Dulu, kini dan dan possibly selamanya. Kalau kena kawan ok lagi. Namun kalau kena lawan, terduduk anda nanti. Kerana undang2 belum menyebelahi. 


Kalau nak urus sendiri dana negeri, eloklah masuk Mahkamah. Saya percaya PAS pun tahu itu tindakan paling berhikmah. Tetapi kenapa nak buatnya cukup payah? 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TERDESAK GAMAKNYA YA... NAK MASUK SANGKAR BESI MASIH TAK LAMA.... J

 


Betul-betul terdesak 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵, 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 dan 𝗣𝗡 ni. Mungkin dah nampak 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 agaknya. Cuma dengan 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 je dapat halang mereka ke penjara.





Tiba-tiba boleh nak kerjasama dengan UMNO. Bukan sebelum ni korang banyak main isu 𝗗𝗡𝗔𝗔 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 ke? Kalau Zahid setuju bergabung, dia 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗰𝗶 ke macamana?


Berhenti je la dari bercakap soal 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 ni. PRU lagi 3 tahun lebih kurang. Tak lama. Lagi 3 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮 je. Ini masanya korang tunjuk kepada rakyat yang PN adalah 𝗮𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.


Tunjuklah formula apa yang korang ada supaya boleh atasi pencapaian PH. Sebab PH sekarang cemerlang. Dari segi 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 sampailah ke isu bekalan bahan keperluan asas.


Hampir semua masalah yang 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗡 dulu 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Bekalan 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸, 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 malah pengurusan bencana pun 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 jauh lebih cemerlang berbanding PN.


Zaman PN rakyat 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵. Pemimpin PN buat apa? 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻. Berbeza MADANI yang buat program 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗜𝗣𝗥) dan telah berjaya bantu rakyat miskin dan B40 jana pendapatan tambahan.


PN sepatutnya  𝘱𝘳𝘰𝘮𝘰𝘵𝘦 idea-idea sebegitu. Barulah rakyat yakin PN boleh memerintah. Ini tak. Kerjanya hanya 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗰𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶. Buat lawak bodoh persendakan kerajaan. Macam tu siapa nak percaya PN boleh memerintah?


Paling penting, buktikan dahulu PN 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵. Pastikan menang kes-kes yang menimbun di mahkamah tu. Ini tak. Usaha nak tebuk atap tu meyakinkan rakyat yang pemimpin PN 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Tebuk atas sebagai 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 untuk lepas dari pertuduhan.


Rakyat dah jemu cerita tebuk atap. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿. Rakyat tengah sibuk ambil peluang untuk perbaiki kehidupan. Rakyat malas dah dengan cerita 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶.


Hamzah oi. Kalau betul korang tak bersalah, jangan risau la. Lawan di mahkamah. Bila dah menang nanti, lawan dalam PRU pulak. Tak payah nak tebuk atap. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MAI KIRA FIRDAUS WONG.. NANTI HANG MAKLUMKAN YA.

 

Aman Muhamad


Saya menjemput saudara Firdaus Wong sebagai pakar penilai hartanah untuk mengira berapakah nilai hartanah 28 lot tanah rizab Melayu yang diberikan oleh PAS/PN kepada kuil haram.


20 lot di KL.

8 lot di Kedah.


Dipersilakan.


;)






BANG PI MINTA LESEN BANG


 

ZALIM NOHHH... KESIAN KAT DEPA... NAK RAYA.. ANAK BINI NAK MAKAN PA.


 

SAKAI MANA DOK LAM GUA NIH... BERAS MELAMBAK DIA TAK TAU..

 


ORANG LAIN BUAT MUNAFIK, SWNDIRI BUAT TOLERANSI

 

Soalan: Ustak, apa hukum beri tanah kepada kuil Hindu?







Ustak: Ada dua hukum.


Satu, HALAL bila PAS buat.


Dua, HARAM bila orang lain buat.


Soalang seterusnya.....

🤭



LEBAI DAN WALAUN MANA MAKAN BERAS MURAH...IKAN KELAH..BERAS IMPORT....




 Beras tempatan banyak di pasaran tapi tak laku pula, kenapa?

OLEH DR ZULQARNAIN LUKMAN



Nampaknya beras tempatan sudah begitu banyak di pasaran. Tahniah kepada Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu atas perancangan yang baik.

Selama ini rupanya yang banyak bersungut tiada beras tempatan itu adalah suara echo sahaja dan bukanlah suara sebenar rintihan rakyat bawahan.


Dalilnya bila kita pergi pasar raya, beras tempatan ini berlambak-lambak. Gambar ini diambil di Lotus Selayang pada hari ini, 25/3/2025.


Kalau ikut kiraan itu ada paling kurang 500 kampit beras tempatan. Beras import memang sedia ada banyak.

Mana pergi semua orang yang muat naik status dahulu kata beras tempatan tak ada. Kerajaan MADANI tak pandai memerintah.


Ini semua kerja kartel beras dan pelbagai lagi tuduhan yang diberikan. Kenapa orang ini tidak pergi serbu beli tempatan sementara stok masih banyak ini.

Walaupun kerajaan sudah memberikan penerangan yang cukup berkaitan ketiadaan beras sebelum ini tetapi orang seperti ini lagi gembira beras tempatan tiada supaya senang bagi mereka untuk troll kerajaan dan menteri.

Apabila kerajaan sudah pastikan supply chain beras tempatan ini mencukupi sepanjang tempoh hari raya ini tiada pula manusia seperti ini menzahirkan kesyukuran.

Jadi sebenarnya apa yang mereka mahu. Adakah mereka mahu supaya beras tempatan ini senantiasa hilang daripada pasaran?


Keduanya, majoriti penduduk Malaysia ini sebelum ini sudah tidak kisah dengan beras tempatan sebab mereka adalah pengguna beras import.


Walaupun harga beras import itu lebih mahal tetapi masih dalam kemampuan kocek mereka.

Ada sebab juga mereka makan beras import. Mungkin sebab mereka mempunyai diabetes dan disarankan makan beras basmathi?


Bagi pesakit diabetes, beras parboiled basmathi adalah lebih baik daripada beras basmathi biasa kerana parboiled itu sudah direbus atau sudah distimkan sehingga kandungan kanjinya sudah menurun begitu banyak.


Mungkin juga mereka membeli beras import kerana mereka makan tidak banyak dan beras tempatan tiada dalam kampit kecil.


Jika beli 10kg entah berapa bulan baru habis berbanding jika beli paket 2kg atau 5kg.


Apa pun kita harapkan rakyat Malaysia ini menjadi bijak dan tidak terperangkap dalam isu-isu politik yang bersifat adu domba, fitnah, rasis dan pecah belah.


Jadilah rakyat yang bijaksana dan mampu meletakkan antara neraca fakta dan propagand






ISU SAMAN MUKHRIZ... NOHHHH..


 

NEGERI KITA ORANG NAK AMBIK DAAAHHHHHH


 

Pembinaan Masjid Di Jalan Masjid India Diteruskan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini. Foto Faiz Rusadio

KUALA LUMPUR, 25 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan.

Berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Perdana Menteri berkata, ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini.

Anwar turut mengesahkan akan merasmikan majlis pecah tanah masjid berkenaan biarpun dipertikai badan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke- 218 tahun 2025 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada 25 Mac 2025. Foto Bernama

Pada masa sama, Perdana Menteri juga mahu supaya pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman meneruskan perbincangan dengan pemilik tanah iaitu syarikat swasta serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi urusan pemindahannya ke lokasi lain.

“Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas di masjid pada 27 hari bulan (Mac) ini.

“Saya minta jawatankuasa kuil sepertimana mereka lakukan, runding dengan baik,” katanya.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta para pegawai tertinggi PDRM.



Naib Presiden LDP Umum Letak Jawatan, Keluar Parti

 

Jin berkata keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diambil setelah membuat pertimbangan yang mendalam.

KOTA KINABALU, 25 Mar – Naib Presiden Parti Liberal Democratic (LDP), Jin Tze Vun, mengumumkan peletakan jawatannya dan mengundur diri daripada parti, berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Jin berkata keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diambil setelah membuat pertimbangan yang mendalam.

“Dengan perasaan yang bercampur baur, saya secara rasmi mengumumkan peletakan semua jawatan dalam LDP serta pengunduran diri saya sebagai ahli parti.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada parti atas kepercayaan, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang 15 tahun ini.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin dan rakan seperjuangan yang telah bekerjasama dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan politik saya,” katanya.

Turut bersama-sama beliau mengumumkan keputusan meninggalkan LDP seramai 16 pemimpin dan ahli bahagian Petagas.

Mengulas lanjut, Jin yang juga Ketua LDP Bahagian Petagas berkata parti itu bukan sekadar tempatnya memulakan kerjaya politik, tetapi juga medan yang telah membentuk dirinya menjadi pemimpin.

Katanya, pengalaman itu sangat berharga dan akan dikenang selama-lamanya.

Mengenai sebab pengunduran, beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau merasa bahawa cara parti beroperasi semakin jauh daripada prinsip politik yang beliau perjuangkan.

Beliau mendakwa budaya kerja parti telah berubah secara seperti di Bahagian Klias, di mana masalah di peringkat akar umbi semakin meruncing, tetapi tidak mendapat penyelesaian sewajarnya.

Beliau mendakwa suara rakyat diketepikan, manakala tindakan sebenar digantikan dengan mesyuarat-mesyuarat formal yang tidak membawa hasil.

“Lebih mengecewakan, apabila isu-isu ini dibangkitkan, kepimpinan pusat memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mengambil langkah pembetulan yang diperlukan.

“Saya percaya bahawa politik seharusnya menjadi platform membawa perubahan positif kepada masyarakat, bukan sekadar medan pergelutan dalaman yang tidak berkesudahan.

“Saya tidak dapat menerima cara parti dikendalikan pada ketika ini, dan saya tidak mahu semangat perjuangan saya terus terhakis dalam sistem yang semakin tidak produktif ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil keputusan berundur dan berpegang teguh pada prinsipnya.

Jin juga berkata pengundurannya daripada LDP tidak bermakna akan berhenti berkhidmat untuk masyarakat.

Sebaliknya, beliau akan terus berusaha menyumbang kepada rakyat dengan cara yang lebih bebas, kerana khidmat yang sebenar tidak bergantung kepada jawatan dalam politik, tetapi melalui tindakan yang nyata.

“Saya berharap kepimpinan LDP melakukan refleksi mendalam, berani menghadapi realiti, dan mengambil langkah pembaharuan sewajarnya.

“Hanya dengan reformasi yang menyeluruh, parti ini dapat kembali meraih kepercayaan rakyat,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa proses pembatalan keahlian dan penyerahan tugas akan diuruskannya mengikut peraturan parti.




NOHH AIHHH


 Ana Tahu


Ana ingatkan 1 rupanya 8‼️ Halus je pimpinan parti ana buat kerja, zaman ahli parti ana sibuk dengan kes harian PKP..


👻👻👻



MASA KERAJAAN PN BAGI TANAH GANTI PADA KUIL HARAM DI KUALA LUMPUR KENAPA PAS MEMBISU SERIBU BAHASA TETAPI SEKARANG BOLEH PULA BUAT KECOH, MEMANG PAS NI BANGSAT

 

CnP


MASA KERAJAAN PN BAGI TANAH GANTI PADA KUIL HARAM DI KUALA LUMPUR KENAPA PAS MEMBISU SERIBU BAHASA TETAPI SEKARANG BOLEH PULA BUAT KECOH, MEMANG PAS NI BANGSAT





Pada 15 April 2021 telah menyaksikan lapan Rumah Ibadat Bukan Islam yang semuanya kuil hindu di beri tanah ganti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenapa masa ni Lebai dan Walaun PAS tak bising. Inilah sifat jahat mereka yang boleh bertukar kepada PNhasut dan PNdusta bila gagal jadi Kerajaan Pusat dan beralih kepada Pembangkang.


OMN KD

26 Mac 2025



ELON TELAN PIL HAYAI...


 Fathi Aris Omar


Seingat saya, Wall Street Journal media terawal yang mendedahkan Elon Musk mengambil beberapa jenis dadah berat yang berbahaya. 





Akhbar niaga berpengaruh itu menyebut manusia terkaya di dunia, kini penasihat presiden Donald Trump, mengambil ketamin untuk seronok-seronok selain menelan cecair pil khayal.



TETIBE...


Zainuddin Omar


Ini usaha Dr Zaleha Menteri Wilayah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pengurusan DBKL. 


Tetiber Saravanan masuk sekaki.




PEMBINAAN KUIL DIATAS TANAH KERAJAAN ATAU SWASTA HARUS DIATAAI DENGAN UNDANG UNDANG

 

Jamzuri Ardani


Kita perlu akui bahawa tindakan membina rumah ibadah (terutamanya kuil) di atas tanah kerajaan secara semberono memang berlaku dan perlu kepada tindakan penguatkuasaan segera. 


Makin lama dibiarkan, makin besar bangunan itu dan makin sukar untuk diselesaikan. 


Pun begitu ada kes-kes yang genuine yang perlu kepada intervensi kerajaan. 


Sebagai contoh, ada tanah estet yang dulunya dimiliki oleh syarikat estet. Syarikat mempunyai ramai pekerja beragama Hindu lalu disediakan rumah pekerja dan kuil untuk mereka mengamalkan ajaran agama mereka di atas tanah milik syarikat. Kuil ini tidak pernah diabsahkan secara undang-undang. 


Kemudian syarikat estet jual tanah ini kepada syarikat pemaju untuk dibangunkan. Pemaju tidak perlu  kepada pekerja estet yang ramai ini. Mereka juga tidak mahu kepada rumah-rumah dan kuil. Dalam keadaan tertentu, mungkin ada persetujuan untuk diberi pampasan rumah pekerja atau disediakan rumah lain untuk pekerja tinggal. Tapi tidak kuil. Kuil ini akhirnya mungkin dirobohkan oleh pemaju. 


Jika ini tidak dilakukan secara teratur akan berlaku akibat yang tidak diingini. Ada bantahan atau rusuhan. Jika kuil itu akhirnya dirobohkan oleh pemaju, komuniti penganut Hindu ada kalanya membina kuil baharu di atas tanah kerajaan. 


Atas kealpaan dan kecuaian pihak kuil dan penguatkuasa, perkara ini dibiarkan begitu berpuluh tahun lamanya. Ini akhirnya memberikan mesej yang salah. Ramai fikir mereka boleh dirikan kuil di mana-mana tanah kerajaan tanpa berhadapan penguatkuasaan. 


Untuk selesaikan masalah ini, tentulah setiap premis itu perlu dinilai satu persatu. Tak boleh pukul rata. Ada yang memang diperlukan oleh komuniti setempat dan ada yang dibina hanya untuk ambil kesempatan.  Ada yang dibina ditempat yang sesuai untuk diwartakan, dan ada yang perlu dipindahkan, dan ada yang perlu dirobohkan. 


Penelitian inilah yang perlu dibuat secara objektif dan adil. Ini kerja rumit. Tak ramai yang nak buat kerja renyah macam ni. Mungkin sebab itulah masalah ini dibiarkan begitu lama sehingga sukar untuk dikawal. 


Sekarang adalah masanya untuk membetulkan kesilapan ini. Jika tidak, prasangka perkauman dan agama akan terus marak sehingga boleh mengancam kerukunan hidup bernegara.



GUDANG MAKANAN SELANGOR


Amiruddim Saari 


Selangor menjadi negeri pertama menyediakan gudang makanan dalam usaha memperkukuh sistem keselamatan bekalan, terutama ketika berdepan kecemasan atau bencana.




Pelancaran Gudang Makanan Selangor (GMS) bermula dengan stok bekalan makanan utama iaitu 5,000 tan beras dan sejuta kilogram (kg) daging sejuk beku.


#KitaSelangor


https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/03/1375587/gudang-makanan-selangor-simpan-stok-hadapi-detik-genting



PUNYA JELEK PERANGAI MEREKA INI


 

WALAUN.. JOM... MAKAN TELOQ BAGI BANYAK PROTEIN. OTAK PUN CERGAS.

 

Man Toba


Zaman Madani ni harga telur takde maruah dah.😂


Aun diam terus krik krik krik!





TERENGGANU HANYA PANDAI WUJUD INDUSTRI PERJAWATAN AWAM. LAIN TAK RETI. BILA DUIT TAK ADA KERIAU KERAJAAN PUSAT.


Najib Bakar


 Baru aku tau industri baru yang diwujudkan PAS di Terengganu sebagai peluang pekerjaan.





Industri penjawatan awam. 😆


Tahun terakhir BN perintah Terengganu pada tahun 2017, penjawat awam negeri cuma berjumlah 6,230 orang.


Tahun pertama PAS ambil alih Terengganu tahun 2018, penjawat awam negeri dah mencecah 12,000 orang.


Sekelip mata berganda.


Sekarang nak bayar duit raya pun perlu bantuan Kerajaan Pusat.


"Duit raya tu dari royalti Terengganu, memang hak kami! J*b*r mung!" Jerit type W sampai tekeluaq anak tekak.


Dak, yang masa hampa jadi Kerajaan Pusat 33 bulan tu, awat tak cuba kemas kini Akta 750 Wilayah Laut 2012 tu supaya hak negeri melebihi 3 batu nautika?


Pastu, takkan tak reti cari hasil lain selain daripada harap duit royalti?


Kalau gitu, tak payah belajaq sampai pHD aeroangkasa bagai la jadi MB.


Makan nasi kuah ayaq fanta oren pun boleh jadi MB kalau setakat tunggu duit royalti.


Tahun ni, duit raya diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada Terengganu.


Siaran media MOF tadi tu dibuat supaya takdak yang claim tu hasil usaha depa.


Berkemungkinan besar separuh daripada 14,000 penjawat awam negeri tu merupakan penyokong kuat PAS.


Oklah tu, ucapkanlah syukur atas duit raya ehsan MADANI tersebut.


Kalau rasa jijik sebab dapat duit tu daripada orang yang hampa anggap tak setaraf dan tak sorga macam hampa, dipersilakan transfer kat kami penyokong MADANI.


☺️


Najib Bakar 

24 Mac 2025