Kedudukan Najib tidak selamat, walaupun telah perkukuh posisinya..



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.
 
Walaupun PAU telah selesai dan Najib Tun Razak telah mengambil segala tindakan bagi mempastikan kedudukannya selamat dan tidak boleh diganggu-gugat, diri dan hati-kecilnya tahu bahawa dia belum selamat bahkan tidak akan berada dalam keadaan selamat atas pelbagai sebab.Dzulkefly-Ahmad_najib_600
Apa penghujjahan saya....
1. Persoalan besar tentang RM2.6bilion masih belum terjawab secara tuntas. Bukan sahaja dari mana sumber itu tetapi terkini berapa ramai pendermanya? Sebab apa mereka 'menderma' pada jumlah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun manusia dan apa timbal baliknya? Beliau tidak rasa selamat kalau diketahui.
2. Bukankah Najib sendiri yang menegaskan bahawa derma kepada parti mesti dibuat ke dalam akaun parti dan secara telus? Beliau sendiri yang tegaskan dan terakam video ucapannya. Beliau takut rakyat tahu.
3.Bukankah Najib telah melanggari Seksyen 3 Akta SPRM kerana selaku penjawat awa tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
4. Bukankah Najib tahu bahawa Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
5. Bukankah Najib juga tahu bahawa Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Najib takut dihukum!
6. Bukankah Najib juga tahu bahawa BNM mengakui mengenakan penalti sebanyak RM53.7juta ke atas AmBank kerana pelbagai kesalahan Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) dan juga Akta Kawalan Pertukaran Asing (FEC) bersabitan akaun-akaun peribadi Najib di AmBank tentang RM2.6bilion termasuk perpindahan RM42 juta dari anak syarikat SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang juga pernah menjadi anak syarikat 1-MDB? Najib tahu cerita sebenarnya tetapi Rakyat tidak tahu! Beliau rasa tidak selamat kalau diketahui Rakyat!
7. Segala Undang-undang Drakonian seumpama POTA, POCA, SOSMA dan terkini MKN adalah untuk menyelamatkan negarakah atau seperti tuduhan sesetangah pakar undang-undang menyelamat Najib yang sekarang ini merasakan dirinya tidak selamat atau 'insecure'??
Akhirnya, meskipun Najib telah mengambil semua langkah 'mitigasi' bagi memperkukuhkan kedudukan dan posisinya..Najib merasakan dirinya 'Tidak Selamat'.....Sebabnya Najib sudah menjadi Takut kepada Bayang-banyangnya sendiri!
Saya akan menulis dalam terdekat tentang 'Mampukah Najib diselamatkan dengan 'Penyatuan Ummah'?? Sabar Menanti Ya....
Semoga AlLah Merahmati Rakyat dan Negara ini...Amin Ya Rabb!
-----------------------------------------------
Facebook
Dr. Dzulkefly Ahmad
22 Disember 2015

KEMANA PEMIMPIN PAS NAK LARI.?

KEMANA PEMIMPIN PAS NAK LARI.?



Dato Husam kata, beliau akan cetak segala bukti yang dia kemukakan kepada Dewan Harian Pas dan edarkan kepada umum(Media/Orang ramai) jika pemimpin Pas(Hj Hadi) tidak mahu bertindak di atas segala bukti yang beliau berikan.
Sekarang sudah nampak tanda-tanda bahawa pemimpin Pas cuba bermain silap mata dengan menyapu segala salah laku pemimpin Pas Kelantan di bawah karpet. Tunggulah akan sampai masanya..!!

Masa itu, kemana Pemimpin PAS ingin lari apabila segala penyelewengan sudah terdedah? Apakah kamu mahu lari dari tanggungjawab setelah melakukannya? Apakah kamu fikir rakyat tidak tahu menilai?
Jangan kamu fikir bahawa kamu lulusan ugama maka kamu terlepas dari melakukan dosa.. Sudah ramai lulusan ugama akhirnya tersembam kerana harta, takhta(pangkat) mahupun wanita. 3 'TA' yang menjadi ujian seorang lelaki apatah lagi mendakwa pejuang.
"TEPUK DADA TANYA SELERA"
MAHU KEMANA?

MUJAHID JELASKAN ISU KHIANAT

SERAP GST PRABAYAR MULAI 2016, KERAJAAN PERDAYA RAKYAT?

KERAJAAN DICABAR ANJURKAN DEBAT TERBUKA TPPA – WONG CHEN

TAMRIN TUN GHAFAR YAKIN AHLI PAS AKAN TOLAK HADI SEPERTI AHLI UMNO TOLAK NAJIB


Nampaknya sudah ada suara2 dlm PAS seperti juga dlm UMNO yg tidak senang dgn tindak tanduk pemimpin no 1 mereka. ALLAH SWT dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dgn mereka yg cuba menutup kejahatan mereka dgn menggunakan ayat2 Al-Quraan dan Hadith.
Mereka ini termasuk dlm kalangan munafik. Masanya akan tiba ahli2 akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli2 UMNO akan tolak Najib.
Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh2 nak berkawan dgn penyamun.
Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli2 mereka (UMNO dan PAS) tak faham isi kandungan Al-Quraan dan Hadith seolah2 mereka akan terus "membabi buta" dan seperti "lembu cucuk hidung" akur apa sahaja pemimpin mereka kata.
Secara perbadi saya simpati dgn beberapa pemimpin PAS. Semoga ALLAH SWT berikan mereka kekuatan. Kita semua tidak akan terlepas menghadapi Dia Yang Maha Pencipta. Salam.
Tamrin Tun Ghafar
22 Disember 2015

SU AGUNG PAS SUDAH LAMA MAHU KERJASAMA – BEKAS PRESIDEN NUJ

PENGARUH PAS KECIL DI SARAWAK, PKR KERJASAMA DENGAN AMANAH, DAP

Persatuan Kontraktor juga nyatakan RM9.7juta untuk 'facelift' pintu gerbang tidak masuk akal.



21 Disember 2015

1. sudah beberapa minggu sejak saya bangkitkan projek (facelift) pintu gerbang RM9.7 juta telah menarik perhatian orang ramai. Terbaru ia bukan sahaja menjadi bualan orang politik semata mata tetapi mengundang respon 2 persatuan kontraktor turut menyatakan jumlah tersebut 'tidak masuk akal'.

2. Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor India Malaysia, K Kanthasamy dilaporkan media menyatakan jumlah tersebut membazir, katanya dengan jumlah RM9.7 juta tersebut boleh dibuat sebuah sekolah rendah pun. Jamaluddin Non , Penolong Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia juga menyatakan ia jumlah yang melampau.

3. Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan masej khususnya melalui aplikasi whats app menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh Khalid Ibrahim. Ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma dimana nama penderma akan ditulis di tiang pintu gerbang tersebut. Proses pilih kontraktor pula diletakkan kepada JKR.

4. Respon saya mudah iaunya bukan siapa lulus, adakah kalau bukan Azmin lulus maka ia jadi halal ? Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai Umno guna nama Istana untuk berselindung. Jawapan derma lebih jenaka kerana nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan , kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama.  Siapa dapat dan proses tender juga belum lagi ditimbulkan, peringkat sekarang ialah nilai RM9.7 juta adakah wajar untuk facelift pintu gerbang, katanya denggan lampu dan siap sedikit pokok bunga pun harganya tidak wajar.

Dalam perihal menggunakan nama Sultan sebagai jawapan saya cabar pihak berkenaan membuat kenyataan rasmi terbuka agar mudah dijawab. Keratan Whats App kuncu Azmin dalam mengait Sultan ini masih saya simpan.

5. Sejak ditimbulkan isu ini saya turut mendapat rungutan kepada pengguna lebuhraya tersebut khususnya pengguna bermotorsikal, katanya malam kawasan tersebut gelap dan tidak ada pengawal pun. Tanda keselamatan kurang. Mula timbul pertanyaan, kontraktor dapat RM9.7 juta untuk facelift tak kanlah kerja lebih kurang kecualilah ia disub berlapis lapis sehingga yangs ebenar membuat kerja dapat sikit sahaja. Isu keselamatan projek RM9.7 juta ini sewajar turut menarik perhatian ramai kerana semalam sebagai bukti ia tampa kawalan apabila ada mayat seorang lelaki dijumpai tergantung.

Akhirnya isu ini bukan isu individu tetapi isu pentadbiran. Bukan siapa lakukan tetapi apa yang dilakukan.

Tidak kiralah Khalid atau Azmin, Bn atau bukan Bn....jika ia ada yang tidak kena wajar kita suarakan, jangan sesekali ada sikap kalau 'orang kita' jangan kita hebahkan.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021