TERIMA KASIH DENGAN 7000 KECAMAN

 


RAKYAT KATA KERAJAAN GAGAL TAPI PAS PUAS HATI | Mahfuz Omar



Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid-19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi, Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal, malah mereka berpuas hati!




PIMPINAN PAS TIADA HATI PERUT ! | Ustaz Ridzwan Abu Bakar



Apabila kempen kebar bendera putih yang digerakkan oleh rakyat Malaysia supaya setiap rakyat prihatin dengan jiran tetangga yang terkesan dengan pendamik Covid-19 sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri. Pimpinan Pas dengan angkuh memperlekehkan kempen tersebut malah ada yang cuba memperkecilkan tindakan orang ramai yang ingin membantu sesama insan agar tiada lagi kes bunuh diri akibat dari tekanan hidup yang dihadapi.


MEMALUKAN! KERANA ŅÁFSÜ LEBAI PAS MEMBUAK - ULAMAK DISEKOLAHKAN!


Masih ingat YB PAS yang merupakan Timbalan Menteri iaitu Che Abdullah Mat Nawi dari Parlimen Tumpat yang buat hal nikah online Siam baru-baru ni? Beliau pandai betul memohon supaya beliau diberikan ruang untuk menyelesaikan isu dakwaan pernikahannya baru-baru ini yang melanggar undang-undang kerana ini adalah "urusan peribadi" beliau. YB PAS ini siap nak ugut saman mereka yang dikatakan aibkan beliau.

Menteri Umno sendiri yang uruskan Covid-19, jangan salahkan orang lain. Siapakah orang lain itu kalau bukan kerajaan PN sendiri.

 

Wan Saiful bidas Najib, Menteri Umno sendiri yang uruskan Covid-19, jangan salahkan orang lain

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja melakukan kesilapan dalam mengurus pandemik Covid-19 supaya tempoh darurat dilanjutkan sekali gus menghalang pilihan raya umum diadakan disifatkan sebagai tidak logik.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia kerana pasukan pengurus bencana Covid-19 kebanyakannya terdiri daripada menteri UMNO sendiri.

Menurutnya, semua urusan termasuk dari segi vaksinasi, prosedur operasi standard (SOP) serta pengurusan hospital dan pasukan kesihatan dikendalikan oleh menteri UMNO.

Katanya, kesemua mereka juga berkhidmat sehabis baik demi negara.

“Tiba-tiba Najib nak fitnah menteri-menteri parti sendiri sengaja buat silap untuk memanjangkan pandemik. Mana logiknya?

“Kalau ya pun Najib stres sebab takut (dijangkiti Covid-19 dan masuk hospital) Sungai Buloh, janganlah sampai terlupa bahawa pasukan pengurus bencana Covid kita, ketua-ketuanya ramai dari UMNO yang sentiasa jalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam kerajaan PN,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat

Najib dilaporkan berkata, atas sebab perbuatan kerajaan PN yang seolah-olah sengaja buat kesilapan itulah, UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wan Saiful mendakwa, beliau juga memahami strategi yang dilakukan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan, strategi itu dipanggil ‘diversion’ atau cubaan untuk mengalih pandangan.

“Untuk membolehkan Najib dan Ahmad Zahid mengkritik Tan Sri Muhyiddin, mereka perlu alihkan pandangan supaya rakyat melihat seolah-olah kerajaan ini ada ‘team’ yang berbeza.

“Padahal sebenarnya seluruh jentera kerajaan termasuk menteri-menteri UMNO, sepakat bertungkus lumus membanteras Covid supaya kita semua menang bersama,” katanya.

Wan Saiful menjelaskan, laporan berita yang mengatakan bahawa penyokong Najib dan Ahmad Zahid dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bimbang keadaan kes Covid-19 yang reda akan merugikan parti itu sebab tidak mendapat kredit, seolah-olah menunjukkan Najib gembira sekiranya keadaan Covid-19 bertambah buruk.

“Bila rahsia pecah, nampaknya Najib sekali lagi cuba alih pandangan supaya orang tak nampak strategi sebenar beliau,” dakwanya yang turut memberitahu dalam waktu sebegini Najib seharusnya menunjukkan empati serta memberi tumpuan untuk membantu dan menjaga rakyat.

Jika PH masih berkuasa Dr Wan Azizah setanding PM New Zealand tangani Covid 19

 


Andainya Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa, adakah keadaan pandemik Covid 19 seburuk sekarang?

Persoalan itu dijawab oleh blogger politik terkenal, Ipohmali, dalam entry terbaharunya.

Menurut beliau, cara Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menangani kes Covid pada 2020 lalu walaupun ketika itu hanya beberapa orang yang dijangkiti, jauh lebih baik daripada mana-mana menteri kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Katanya, sekiranya PH masih berkuasa maka Dr Wan Azizah akan dicatat jasanya sehebat PM New Zealand, Jacinda Arden dalam mengawal Covid 19.

"Pada 27 Januari 2020, hari kedua cuti Tahun Baru Cina, Dr Wan Azizah yang memimpin Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pergi ke rumah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan isu coronavirus.

"Masa tu belum dinamakan Covid-19, masih belum diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO. Tetapi perbincangan hal itu sampai dibawa ke kediaman Tun Mahathir... Bukan sibuk melawat bekas PM macam Menteri Anuar Musa," tulis Ipohmali.

Description: https://static.wixstatic.com/media/52025c_1da584f5794944cb8bf058a7fe6469e7~mv2.png/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.png



Menurut blogger itu lagi, Dr Wan Azizah telah berjaya mengkordinasikan beberapa menteri dan agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi bersiap sedia menghadapi apa sahaja bencana.

Jauh lebih baik daripada rekod Ismail Sabri yang naik pangkat ke jawatan TPM pada ketika negara paling teruk dilanda malapetaka Covid 19.

"Bayangkan, masa tu Covid-19 hanya 2 kes sehari. Tak ada yang duduk ICU, tak ada kematian. Tapi perbincangan untuk hadapi wabak ini cukup serius.

"Sampaikan hari cuti bekerja, sampaikan urusan rasmi dibawa ke kediaman PM. Hari ini kes dekat 10,000 sehari. Menteri elok saja melancong atau duduk di rumah.

"Orang seperti Dr Wan Azizah ini barulah boleh dibanggakan. Biarpun hanya memimpin Kementerian Wanita, tetapi berjaya menguruskan bencana dan wabak dengan cukup cemerlang

"Jika inilah gambaran PM yang memimpin negara hari ini. Sudah pasti kita akan sehebat New Zealand dan PM Jacinda Arden," katanya lagi.

Untuk rekod, New Zealand hampir tidak merasai pandemik Covid 19 dengan hanya mencatat 26 kematian sejak 2019.

Biar pun negara itu tidak menumpukan kempen vaksinasi besar-besaran, dengan hanya 13% penduduk yang telah divaksin namun keutamaan Arden adalah 'menghentikan gelombang kehancuran'.

Tidak banyak negara di dunia yang mampu mengekalkan statistik menakjubkan dan mempunyai formula menghentikan kehancuran sebagaimana Arden.

 

PARLIMEN PERLU BERSIDANG PENUH, BUKAN DENGAR MENTERI BERCERAMAH


LAGI TERUK "TRUST DEFICIT" BILA MERAPU UBAH SANA SINI.

 

May be an image of 2 people and text



PASAL #KERAjaanBongok ni lah ubah Polisi, ubah peraturan sesukati mak bapak depa dengan SOP yang tak masuk akal sehingga FDI pun susah nak masuk Pelabur sediada pun kecewa dan lari.

Ini terbukti bila Duta US pun cakap macamni. Ada Pelabur yang saya kenal, dah bawa masuk duit tapi tak boleh nak guna sebab macam-macam alasan dari Bank tempatan pula untuk menahan kunun "strict regulation" mengelak Money laundering?

Bayangkan rasa kecewa Pelabur Asing duit mereka "stuck" berbulan-bulan with no valid reasons? Bukan mudah untuk mereka lalui "sekatan dan toll" BNM, tetiba dengan Local Bank pun sangkut? GILA.

Pelabur kecewa dan jadi hilang percaya. Panjang le klau nak tulis. Kita tak boleh salahkan Pelabur Asing. Hakikatnya perbuatan #KERAjaanCiritBirit ini sendiri yg mencipta "TRUST DEFICIT".

- Zus Din

11 Julai 2021

#KERAjaanPNGagal

#KERAjaanCiritBirit

#PNCiritGagal

***************

US ambassador says country’s investors discouraged by Malaysia’s confusing trade regulations

Friday, 09 Jul 2021 04:04 PM MYT

BY OPALYN MOK

GEORGE TOWN, July 9 — American companies were still interested to invest in Penang and Malaysia but some were discouraged by the country’s unstable regulatory climate, said United States Ambassador Brian McFeeters.

He said there were long-term US investors in Malaysia and some of them are becoming disheartened by the confusing government regulations, even before the Covid-19 pandemic gave rise to health-related regulations.

“They find Malaysian regulations are hard to understand and there is an anxiety about the regulatory climate in Malaysia,” he said during a virtual press conference.

The press conference was held after McFeeters held virtual meetings with US companies based in Penang and the state’s chief minister Chow Kon Yeow.

He said Malaysia was regarded as a good investment destination due to its highly educated workforce and generally English speaking population, but the unpredictability of its regulations were turning off some companies.

He said there was uncertainty in the implementation of regulations for investors where new regulations might suddenly “pop up” and the way it was implemented were also confusing.

He stressed that this predated Covid-19 and was not in reference to the additional regulations due to the pandemic.

“What was needed is consultation with a representative body so that they can tell the companies what is needed and create a dialogue for them so that there are no surprises with more stability,” he said.

He said there were consultation sessions between the American Malaysian Chamber of Commerce (Amcham) but it was not as productive as they would have liked these to be.

He said the industries would prefer these consultation sessions to be more systematic and accountable.

As for American companies’ interest in investing in Malaysia, particularly in Penang, he said Penang has a large number of American investors such as Intel that has been here for over 40 years.

“DexCom is building its first factory in Penang next year and they are already looking for an expansion site,” he said.

He said there are possibly dozens of other potential American companies that are interested to invest in Penang.

On the impact of the Covid-19 pandemic and the strict SOPs imposed on the manufacturing industry, McFeeters said all American companies are fully committed to complying with the SOPs.

“They are complying with the Covid-19 SOPs to hold frequent screenings of twice a week and they are getting their workers vaccinated,” he said.

He said the companies, based in Penang, are also glad to be able to operate at 80 per cent capacity now that the state has moved to Phase Two of the National Recovery Plan (NRP).

“They are doing better now with an increased capacity compared to earlier this week,” he said in response to a question on the companies’ performance.

Link : https://www.malaymail.com/.../us-ambassador-says.../1988577

 

BENAK BILA MAKAN TAHIK


May be an image of 1 person and text that says "How it started How it's going BH Dr Jemilah dilantik penasihat khas kesihatan awam PM Mac 31 2020 5:08pm Mohd Mukhlis Mohd Sharif Favourites sama ada ini. benda sahaja kenapa macam 1) Penasihat itu sendiri tak tahu nak menasihati dengan betul; 2) Penasihat dah nasihat, tapi PM terlalu ngang untuk proses apa yang di nasihati oleh penasihat. irdaus Walau bagaimanapun, yang pasti #kerajaangagal di pimpin oleh #PMLemah di oleh #moptiserbatahu Mahmood Demikian la Tokpeti. See less happened? menerusi 530 masanya kepade apersaya 67 comments Haha shares View Comment more comments Share Write comment..."


Aku kecewa tengok si Jemilah ni dulu nama harum sewaktu di Mercy dan PBB tetiba bersetongkol dgn #AbahKauCirit dan #PNkhianat? Elok le dia kata kat diri dia le tu takde kordinasi.

Apa keperluan jawatan ni? Dia makan gaji apa dok bg "nasihat" kat #PMCirit, ada dia dengar? Tengok keadaan KKM handle pandemic ni jadi kelamkabut. Aku tengok dia ni dok kempen vaksin di TV diulang2 sampai org nak termuntah.

PARA penjilat #PMCirit benak sbb makan tahik #Cirit agaknya?

Wallahualam

- Zus Din

11 Julai 2021

 

Perbankan Islam patut jadi contoh bukan ambil kesempatan kenakan caj – Asyraf By


MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI51


Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Perbankan Islam mesti tunjuk contoh tawarkan moratorium tanpa keuntungan terakru bukan ambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya ada menerima aduan seorang individu berkenaan perkara itu.

“Seorang hamba Allah mengadu kepada Pemuda UMNO untuk perjuangkan nasib mereka kerana dalam keadaan terdesak untuk mengambil moratorium enam bulan, beliau akan terpaksa membayar tambahan RM9,212 akibat penangguhan yang diberikan.

“Secara prinsipnya sudah ada elemen-elemen berbaur riba melainkan wujud perubahan akad yang dimeteraikan

“Menggunakan perkataan interest servicing dalam surat pemakluman Penjadualan Semula Pembiyaan juga merupakan satu kesalahan serius,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, jika ketika beliau menjadi Pengerusi Shariah merangkap Ahli Lembaga Pengarah sebuah perbankan Islam dulu pasti, pegawai bank yang keluarkan surat ini akan dipanggilnya.

Jelasnya, sudah berulang kali Pemuda UMNO bangkitkan dan desak agar Menteri Kewangan yang sudah dinaikkan pangkat kepada Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk ambil tindakan menyelaras kaedah penawaran moratorium termasuk mekanisme pengiraan keuntungan/faedah.

“Pemuda UMNO minta agar kerajaan melalui Menteri Kewangan Tengku Zafrul guna kuasa yang ada melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi mengarahkan bank-bank sama ada konvensional mahupun Islamik agar memansuhkan elemen Keuntungan/Faedah Terakru dalam moratorium yang ditawarkan,” tambahnya.

Justeru kata Asyraf, Pemuda UMNO mengharapkan ada tindakan positif sebagaimana jaminan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri yang baru kepadanya dalam pertemuan semalam ketika beliau datang mengunjungi Presiden UMNO.

Menurutnya, inilah masanya perbankan Islam mesti ditampilkan berbeza daripada amalan konvensional.

“Dengan menzahirkan nilai-nilai ihsan dan rasa kebertanggungjawaban sosial yang tinggi dengan menawarkan moratorium tanpa keuntungan terakru terutamanya ketika umat dilanda musibah Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengekang mereka daripada bekerja dan memperoleh pendapatan sebagaimana biasa,” katanya.- MalaysiaGazette

 

Pelajar IPTA Maut Akibat Pendarahan Otak, Tekanan Belajar #MGFlash

Moratorium tak bermakna jika tidak bebas faedah, kata Guan Eng


Moratorium pinjaman bank selama enam bulan tidak dapat mengurangkan beban kewangan peminjam sekiranya mereka perlu membayar faedah terakru lebih tinggi selepas moratorium, kata Lim Guan Eng.

PETALING JAYA: Moratorium selama enam bulan dianggap tidak bermakna dan tidak boleh mengurangkan beban rakyat Malaysia jika ia tidak bebas faedah bagi semua kecuali bagi mereka dalam kumpulan T20, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau mengingatkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bahawa moratorium pinjaman bank itu hanya membantu masalah kewangan pekerja dan perniagaan sekiranya ia bebas faedah.

Lim menggesa Perikatan Nasional (PN) supaya lebih berani dan mengarahkan Bank Negara (BNM) meminta bank mengecualikan faedah sepanjang moratorium kecuali bagi kategori T20.

“Tidak ada gunanya bagi kerajaan memberi moratorium pinjaman bank selama enam bulan sekiranya peminjam masih perlu membayar faedah terakru selepas moratorium. Kos keseluruhan pinjaman yang tinggi bagi mereka yang memilih moratorium ini telah diketengahkan oleh BNM.

“Ia memberi amaran kepada peminjam bahawa ketika bank mengecualikan faedah terkompaun atau faedah penalti, bayaran ditangguhkan, faedah masih terakru pada jumlah yang ditangguhkan itu,” kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, walaupun pandemik Covid-19, bank tetap untung dan mereka sepatutnya melakukan tanggungjawab sosial korporat kepada lapan juta peminjam yang memohon moratorium itu.

Lim berkata, rakyat Malaysia sama ada mengalami pengurangan pendapatan atau langsung hilang mata pencarian manakala banyak perniagaan juga berdepan pengurangan aliran tunai yang drastik akibat penutupannya.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata situasi semakin parah apabila kerajaan sendiri melaporkan terdapat lebih 90% perusahaan mikro, kecil dan sederhana berisiko gulung tikar, sementara Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendedahkan 100,000 perniagaan ditutup tahun lalu dengan lebih 50,000 akan mengalami nasib sama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, beberapa bank masih mencatatkan keuntungan dalam tempoh suku pertama tahun ini dan terus memperolehi keuntungan selepas cukai yang memberangsangkan berjumlah RM32.3 bilion dan lebih RM23 bilion masing-masing pada 2019 dan 2020.

“Walaupun begitu, mereka tidak mengecualikan faedah terhadap pinjaman sewa-beli seperti moratorium pertama tahun lalu,” katanya.

KENAPA MASJID-MASJID TIDAK BERFUNGSI.GEREJA BERI SUMBANGAN MAKANAN

Menteri Agama singgah Zoo Melaka beri gajah makan 


NI BUKAN KERJA MENTERI AGAMA. PATUT DIA FIKIR MACAMANA NAK BANTU UMMAT


NORMAN RADZUAN


KENAPA MASJID2 TIDAK BERFUNGSI

Glad Tidings Church @ Sunway giving free food. Look at the people from all races queuing to receive. Hunger cuts across all barriers.

Pihak gereja memang diakui bab kebajikan mereka memang utamakan. Sebab itu sejak dulu ramai org Melayu yg terdesak akn pergi ke gereja memohon bantuan. Bagi saya rasa sgt tercabar dan malu apabila pihak gereja selalu mengatasi kita bab kebajikan.

Kita org Islam hanya tahu menghukum dan tahu mengutip duit zakat. Bab ini org2 agama memang cekap. Persoalannya di mana fungsi ribuan masjid? Di mana fungsi Pusat Zakat??? Sepatutnya Pusat Zakat menggunakan masjid utk membekal food bank utk sesiapa yg memerlukan. Malangnya kita ada Menteri Agama...selain sibuk menikah selebriti dia pergi ke Zoo.

Islam sebenarnya hebat tetapi yg menghancurkan Islam ialah mentaliti umat Islam. Selain lembab berfikir, bagi mereka hanya cukup slogan kami mahu hudud.. mereka sudah Islamik dan dijamin ke syurga.

Sdgkan Islam itu menjaga kebajikan hingga tertubuhkan Baitul Mal. Tapi sayang mereka hanya tahu mengutip wang tapi tidak tahu bagaimana menguruskan utk tujuan asalnya Baitul Mal tersebut.

Sewajarnya Masjid2 dgn kerjasama Pusat Zakat menjadi bank makanan. Di mana ratusan juta simpanan zakat? Islam tercemar kerana org agama hanya tahu menghukum, hanya tahu menghafal hadis tetapi tidak tahu bagaimana menguruskan negara. Tapi mereka tetap mahukan jawatan tersebut demi keseronokkan dunia.

Org Melayu terkenal sgt takut dgn gereja. Kitab Injil di dlm laci hotel pun mereka sudah ketakutan mcm nampak hantu. Ketakutan mereka samalah seperti ketakutan termakan babi. Tetapi apabila mereka sanggup ke gereja berbaris panjang utk mendapatkan bekalan makanan... mereka sudah tidak peduli lagi ketakutan tersebut.

Org Melayu sanggup membunuh diri dan mereka sudah tidak peduli hukumnya. Semua ini terjadi kerana apa? Org Melayu lemah cara mereka berfikir dan hanya tahu sebut hari ink kes 9k, esok kes 10k... dan membebel 'kenapa org tu gak mahu stay at home'. Ia satu kebodohan org kita.

Org Melayu hari2 membebel perkara yg sama. Tapi mereka tak mahu mencari puncanya. Contoh org Melayu bila demam dia hanya tahu pergi klinik ambil ubat. Kenapa dia kerap demam dia tak ambil tahu. Ada tak dia terfikir dia kerap demam sebab kurang minum air, tidak makan sayur, kena hujan, kuat merokok dan sebagainya.

Begitulah dgn pandamik ini. Mereka hanya kata rakyat tak berdisiplin. Inilah kejayaan org politik kerana berjaya melahirkan persepsi ( dakyah politik ) kes tinggi kerana rakyat bukan salah kerajaan.

Org Melayu mudah di tanamkan persepsi hingga mereka tak tanya kenapa vaksin lambat sampai, kenapa proses vaksinasi perlahan, kenapa kilang2 91% tidak ditutup, kenapa dahulu Genting Highland tidak tutup.... akhirnya mereka keliru dan politikus2 terus mengambil kesempatan dari ketakutan yg ditanamkan kpd rakyat utk terus seronok dgn projek2 direct nego mereka, dgn gaji puluhan dan ratusan ribu mereka.

Seperti kata DS Najib... kerajaan sengaja membuat silap menguruskan pandemik kerana mereka perlukan numbers utk kekal sebagai kerajaan. Tapi sayang masih ramai org Melayu yg hidup kepartian dgn semangat Melayu walaupun jika bukan dirinya tetapi org sekeliling dlm keperitan dia tetap akn berkata syukurlah ini bukan kerajaan DAP.

Saya sgt kesal kegagalan Muhyiddin dan Azmin menguruskan negara. Lebih malang mereka tidak mahu menyerah kalah dan mengakui kelemahan tersebut.Mereka sebenarnya tidak serius pedulikan nasib rakyat! Duit lebih byk ditaburkan kpd pemimpin2 daripada kpd rakyat.

Mereka terus memikirkan siapakan ahli Parlimen yg mahu dibeli? Bagaimana caranya utk kekal menjadi PM. Terpulang rakyat... anda sendiri boleh menentukan nasib anda sendiri.

PKPP sudah, PKP sudah, PKPD sudah, ribuan kematian angkara Covid19 sudah, ratusan bunuh diri sudah, jutaan kehilangan pendapatan sudah, stay at home sudah... yg tak sudah2 kilang2 beroperasi dan Muhyiddin tetap mahu jadi Perdana Menteri.