ANWAR TOLAK AGENDA EKONOMI BERASASKAN KAUM

ALAT DAP: PRESIDEN PAS DIGESA KEMUKA BUKTI

ISU MAS: HADI JANGAN CEPAT LUPA

Tiada penerangan foto disediakan.Tiada penerangan foto disediakan.


HADI : JANGAN CEPAT LUP

Di antaranya kenyataan Haji Hadi tentang MAS(Malaysia Airline).. Perlunya selamatkan MAS, menurut beliau, ini menunjukkan Kerajaan PH lemah.. dan perlu dirombak..
Tiba tiba jer Pak Haji ni jadi Pakar Ekonomi.. Dia tahu ker apa dia cakap.. Nak Selamatkan MAS konon..Jangan Jual Kepentingan Negara konon.. dia lupa kut, masa dia Jadi MB Terengganu.. apa jadi pada Pelangi dan Medic Air ? Dulu Kerajaan Terengganu antara pemegang terbesar Syarikat Penerbangan Domestik.. Lepas tu apa Jadi ?
Lepas PAS ambil alih Kerajaan Terengganu tahun 1999, Berapa banyak anak syarikat Kerajaan dijual ? antaranya syarikat seperti Gunawan Steel.. Babena, Syarikat Hydro elektrik, Syarikat Francais A&W.. habis semua PAS jual, lepas tu salahkan kerajaan BN... Syariakt fasfood A&W dia lepas pada KUB, Sekarang sapa pegang ? Bukan Cina..?
Bulan lepas pun ,Bernama laporkan..Kerajaan Terengganu hari ini pun bakal tutup 50 anak Syarikat sebab terpaksa tanggung ratusan ribu kos pentadbiran.. tu belum cerita sebelum PRU 14 berapa banyak anak Syarikat Kerajaan Kelantan tutup..hatta Syarikat Perkayuan Kelantan pun rugi, walaupun Balak, Bukit habis gondol licin.. l
Lepas tu nak sembang pasal Teknokrat.. sembang Islam sebagai penyelesaian.. Bila Kerajaan PAS jual anak Syarikat, ia dinamakan Pengstrukturan semula.. bila Gov PH buat, dituduh gadai kepentingan Negara.. Kerajaan PH hari ni pun mewarisi hutang dan masalah Kerajaan BN dulu..rakan taawwun, rakan perompak PAS..
Dalam laporan kerugian Khazanah baru baru ini, dari 7 Billion Rosot Nilai selepas penilaian semula aset khazanah.. sebahagian Kerugian itu dari hutang MAS, Pakej bailout MAS oleh Najib yang hari ini gagal..Hanya tinggal beban Hutang ditanggung Khazanah..
Sebenarnya PH pun kalau boleh taknak jual MAS.. Tapi kalau nak selamatkan MAS, ia bermakna Kerajaan kena buat Hutang baru..kena terbit hutang atau Bon baru.. Ini akan sebabkan Hutang kerajaan bertambah... Hutang Kerajaan bertambah hari ini pun sebab pengstrukturans semula semua Syarikat dan Projek zaman BN.. takda kena mengena dengan PH..
Haji Hadi ni semua Benda dia nak sembang.. Macam dia pakar Ekonomi.. walhal PAS hari ini jangan kata nak uruskan Syarikat Besar, Harakah pun berhutang.. Pekerja Harakah pun ramai kena buang sebab tak mampu nak bayar Gaji,
Jangan kan PAS ni nak uruskan Syarikat Penerbangan.. Dulu Syarikat Kohilal, Jual Sabun, Jual Minyak Angin..Jual Barang runcit pun lingkup.. Jangan kata aset, sampaikan Duit Pelabur Kohilal RM 40 Juta lesap.. Lepas tu ada hati nak sembang pasal MAS.. pasal Khazanah.. Cermin lah diri dulu.. 
AMBB


DSAI BERSAMA MENYAMBUT HARI POLIS DI PORT DICKSON

Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim sedang bersama Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
Selamat Menyambut Hari Polis Ke-212 kepada semua warga PDRM!
Tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" menjadi bukti bagaimana pentingnya jasa dan pengorbanan polis dalam menjaga dan menjaga ketenteraman daripada anasir-anasir jahat.
Terima kasih Polis Diraja Malaysia!
*Gambar YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Majlis Ramah Mesra bersama Warga PDRM Port Dickson pada 14 Mac lepas.
Beliau menzahirkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada Pasukan PDRM Daerah Port Dickson di bawah pimpinan Supt. Aidi Sham yang sentiasa bersedia untuk menjaga ketenteraman rakyat Port Dickson.

SELEPAS 10 BULAN BERKUASA, PH SEMAKIN DIUBAH MENJADI BN 2.0




Pertama, janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan, malah sesetengahnya tiada iltizam tinggi daripada kerajaan sendiri untuk melaksanakannya.
Kedua, hala tuju kerajaan yang tidak jelas serta tidak komited dalam agenda reformasi dan ekonomi yang pernah dlaung-laungkan kepada rakyat selama ini.
Dalam semua keadaan itu, punca utamanya ialah Tun Mahathir yang seolah-olah sengaja membiarkannya keadaan itu berlaku dan dalam waktu yang sama seperti sedang berusaha menukar PH ininmenjadi BN 2.0.
Lantaran itu apabila Khairy Jamaluddin memberi markah D kepada kerajaan selepas 10 bulan mengambil alih kuasa daripada BN, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Sesetengah pihak, dengan menambah prestasi menteri-menteri yang dilihat mengecewakan, celaru serta tidak keruan, tanpa ragu-ragu ada yang sampai memberi markah F atau gagal kepada kerajaan.
Ada pula yang merasakan tiada perbezaan langsung antara PH dengan BN yang pernah berkuasa selama 61 tahun sebelum ini.
Semua janji perubahan yang pernah dilaung dan dibentangkan kepada rakyat hanya tinggal janji-janji kosong belaka.
Tun Mahathir, dalam mengemudi kerajaan bersama kuasa dalam tangannya, sejak hari pertama mengangkat sumpah hinggalah tempoh 10 bulan ini, lebih memberi keutamaan kepada mengukuhkan kedudukannya berbanding menjaga perut dan poket rakyat.
Kos sara hidup masih tinggi, harga barang kian meningkat, pendapatan rakyat tidak bertambah, peluang pekerjaan dan perniagaan tidak berkembang dan segala-galanya seperti tiada beza dengan sebelum ini.
Reformasi atau perubahan dalam negara masih gagal dilaksanakan dan undang-undang drakonian yang dijanji untuk dihapuskan masih lagi tidak menampakkan sebarang kemajuan.
Yang lebih diutamakannya hanyalah menyediakan platform untuk seramai mungkin Ahli Parlimen UMNO melompat menyertai Bersatu.
Jika dengan sokongan PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta Warisan pun beliau sudah berjaya menjadi Perdana bagi tempoh sementara waktu atau dalam jangka masa dua tahun sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perjanjian, untuk apa sebenarnya Tun Mahathir mahu membawa lagi Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?
Apakah selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri nanti dan ketika itu usianya sudah melebih 95 tahun, beliau masih mampu lagi secergas seperti hari ini?
Selain itu, dengan Tun Mahathir berhasrat mengekalkan Pengerusi PAC dipegang oleh Ahli Parlimen kerajaan, Tun Mahathir jelas memperlihatkan keinginan untuk menunjukkan betapa “gedebenya” beliau mentadbir negara ini.
Mujur masih ada beberapa pemimpin PH, terutamanya Nurul Izzah yang terus bersikap keras membantah pendirian Tun Mahathir itu sehingga beliau mula akur dan sedia mengembalikan jawatan Pengerusi PAC kepada pembangkang.
Jika tidak dibantah dan struktur PAC terus kekal dipengerusikan oleh Bersatu, manakala timbalannya oleh DAP seperti sekarang, ini akan memperlihatkan PH jauh lebih buruk berbanding BN dahulu yang setidak-tidaknya memperuntukkan jawatan timbalan pengerusi kepada wakil pembangkang.
Tetapi, itulah caranya Tun Mahathir menunjukkan kekuasaan dan “gedebenya” sebagai Perdana Mentero buat kali kedua ini.
Untuk itu, sambil menyedari bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan terus jatuh merosot, PH mesti sentiasa waspada serta berani bersuara dalam mempertahankan agenda reformasinya yang menjadi asas sokongan rakyat kepada perubahan dalam negara sejak 1998 lagi.
Andainya Tun Mahathir berjaya menjadikan PH ini sebagai BN 2.0 melalui kemasukan semakin ramai bekas pemimpin UMNO dan
menukar gaya pemerintahannya sepertimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini, bukan saja agenda asal reformasi akan berkubur dengan sendirinya, yang lebih buruk ialah PH ini akhirnya hanya tinggal nama saja lagi.
PH hanya mampu kekal berada di hati rakyat jika percaturan menukarnya menjadi BN 2.0 dapat dielakkan. (Shahbudindotcom 25/03/2019)

DR WAN AZIZAH AKAN LANCAR INISIATIF DISKAUN 20 PERATUS TAMBAHAN BAGI TAMBANG KTM KOMUTER 31 MAC INI



Tambahan diskaun tambang 20 peratus bagi perkhidmatan KTM Komuter yang diumumkan kerajaan baru-baru ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos pengangkutan awam untuk rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya amat menyambut baik inisiatif baik berkenaan yang disifatkannya sebagai langkah yang tepat.
"Tinjauan ke atas orang ramai menyambut baik inisiatif kerajaan ini dan mereka rasa bersyukur dan gembira dengan pengurangan kadar tambang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelancaran tambahan diskaun tambang 20 peratus itu dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Stesen KL Sentral, pada 31 Mac ini.
Susulan itu pihak KTM sedang membuat persiapan khususnya untuk memastikan semua pengguna KTM Komuter akan mendapat kad-kad baharu yang mengandungi tambahan 20 peratus diskaun.
Timbalan Perdana Menteri juga dijangka melancarkan aplikasi terbaharu yang berfungsi sebagai perancang perjalanan bagi pengguna KTM Komuter pada tarikh di Stesen KL Sentral nanti.
Aplikasi yang boleh dimuat turun di semua peranti Android dan I0S itu membolehkan orang ramai mengetahui komuter perjalanan maklumat seperti waktu keluar, tiba dan sebagainya.
Bagi pengguna yang ingin memiliki kad-kad itu mereka boleh mendapatkannya mulai hari ini di Stesen KL Sentral dan Kuala Lumpur, manakala pengedaran berperingkat-peringkat dilakukan semua stesen di Lembah Klang sehingga ke selatan sektor di Pulau Sebang / Tampin, Negeri Sembilan, Isnin ini.
Mereka perlu menunjukkan MyKad dan hanya satu kad sahaja akan dikeluarkan untuk setiap warganegara Malaysia, berusia antara 13 hingga 59 tahun.
Ketika ini, penumpang kategori pelajar, OKU dan warga emas menikmati tambang konsesi sebanyak 50 peratus.
Mohd Rani berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tata cara penggantian dan penggunaan kad-kad baharu di mana-mana stesen, menerusi media hebahan dan saluran baru rasmi KTMB secara rasmi dibuat untuk memastikan pengguna dapat menggunakan keseluruhan diskaun menjelang 1 April nanti.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook pada 20 Februari lalu membolehkan hampir 100,000 pengguna komuter menikmati kadar tambang lebih murah.


(function() { var d = document, w = window; w

APA NAK DIKATO.....

Jamzuri Ardani Ini adalah parti komponen PN yang di dalamnya ada PAS dan Bersatu, yang juga disokong oleh Umno dalam kerajaan. Lebai nak cak...