Guru enggan divaksin tak dibenar mengajar di kelas, kata menteri


Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan bagaimanapun akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang enggan divaksin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas dan berinteraksi bersama pelajar apabila sesi persekolahan dibuka 3 Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana timbul persoalan terhadap guru yang enggan menerima vaksin itu.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini.

“Pada waktu ini, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan kita akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

“Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah Negeri Perlis.

Radzi berkata, pihaknya sedang juga berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang masih enggan menerima vaksin.

Katanya, tindakan yang diambil itu adalah mengambil kira keadaan semasa terutama menjelang pembukaan sekolah kelak.

“Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.

“Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi,” katanya.

Beliau berkata, segala alasan yang dikemukakan guru yang enggan divaksin akan diteliti satu persatu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan bertemu dan menjelaskan kepada guru terbabit keperluan vaksin dalam memastikan ekosistem keseluruhan sekolah adalah selamat untuk pelajar.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini sebanyak 85.26% guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Sebanyak 96.7% sudah menerima satu dos vaksin dan pada masa sama juga, kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kita turut mahu pastikan staf sokongan sekolah yang terdiri sektor pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan divaksinkan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah pun mengeluarkan makluman iaitu mereka yang berada di kawasan sekolah mesti di vaksin.

“Terdapat 73.71% kakitangan perkhidmatan sokongan sekolah sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35% lagi pula sudah pun menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.

Radzi berkata, sesi pengajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran juga dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

“Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti,” katanya.

INI KENAPA MAZLEE MALIK DIPECAT

 


MOHD MUKHLIS


Petikan dari buku Dr Maszlee membenarkan apa yang saya tulis 18 bulan yang lepas. Ia juga jawapan untuk persoalan saya tempoh hari kenapa Dr Maszlee di pecat.

Ini pentingnya integriti dan prinsip, bukan takat manis di mulut. Bila sudah hilang kuasa baru mahu bicara tentang akta lompat kerusi, masa ada kuasa dia tak kisah pasal semua itu.

"A true leader has the confidence to stand alone, the courage to make tough decisions, and the compassion to listen to the needs of others. He does not set out to be a leader, but becomes one by the equality of his actions and the integrity of his intent."

 


HAAAA...ELOK LAH AMBIL LANGKAH BARU DAN MEMBUKA RUANG JUGA BAHARU..-HADI

 

MOHD MUKHLIS


Harap ayohchik jangang lupa tugas tertangguh membuka semula pusat judi genting. Yerla

 nak harap bentang ruu355, Parlimen pun masih tutup. Pastoking!







PM DARIPADA UMNO, MAKA UMNO MESTI KUASAI KERUSI SPEAKER PARLIMEN

 

Sepatutnya apabila Perdana Menteri bertukar, antara jawatan yang harus turut sama diganti pengisinya ialah Speaker Parlimen.

Apatah lagi bila dalam keadaan seseorang Perdana Menteri itu mempunyai majoriti yang tipis, adanya Speaker Parlimen yang memihak kepadanya yang boleh menolak usul tidak percaya atau mempertahankan kerusi Perdana Menteri dengan pelbagai cara, peranannya adalah seperti penyelamat nyawa.

Bertukar Perdana Menteri daripada sesama parti, misalnya daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Badawi, kemudian daripada Tun Abdullah kepada Najib Razak dalam era BN sebelum ini pun, pertukaran Speaker tetap dilakukan.

Ketika era Tun Mahathir, Speaker Parlimen ialah Mohamed Zahir Ismail, di era Tun Abdullah digantikan dengan Ramli Ngah Talib dan kemudian di era Najib ia diambil alih oleh Pandikar Amin Haji Mulia.

Apabila PH menang, gabungan itu juga memilih Speaker pilihannya iaitu bekas Hakim, Mohamad Ariff Md Yusof.

Kemudian apabila Mahiaddin Md Yasin melakukan pengkhianatan menjatuhkan PH untuk mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri, beliau turut menukar Speaker dengan meletakkan Azhar Azizan Harun sebagai pemegang jawatan itu.

Kini dengan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, beliau juga harus melakukan perkara yang sama iaitu menukar Speaker Parlimen dengan meletakkan calon pilihannya.

Tidak ada sebab untuk Ismail Sabri terus mengekalkan beliau kerana Azhar adalah calon yang diletakkan Mahiaddin di kerusi tersebut.

Dalam keghairahan UMNO tidak mahu lagi mengguna nama kerajaan PN, bahkan Ismail Sabri turut dilaporkan bersetuju dengan panduan MT UMNO agar nama kerajaan “Keluarga Malaysia” atau “Kerajaan Malaysia” digunakan dibawah kepimpinannya, menukar Speaker Parlimen adalah salah satu syarat wajibnya.

Ini kerana Azhar adalah Speaker bagi kerajaan PN sebelum ini dan mengekalkan lagi beliau hanya memperlihatnya lekehnya Ismail Sabri yang seolah-olah sengaja mahu terus dibayangi imej kerajaan lama pimpinan Mahiaddin.

Meskipun Azhar tidak berjiwa besar dengan tidak mahu meletakkan jawatan dan masih mengharapkan beliau dikekalkan di jawatan itu, Ismail Sabri dan UMNO tidak harus ada perasaan simpati terhadapnya.

Ismail Sabri mesti lebih simpati kepada nasib dan kedudukan mereka berbanding simpati kepada Azhar.

Azhar pada 27 Ogos lalu dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada Ismail Sabri menentukan kedudukannya sama ada khidmatnya masih diperlukan sebagai Speaker Parlimen untuk persidangan sesi Dewan Rakyat akan datang atau sebaliknya.

“Saya menjadi Speaker Parlimen adalah atas ihsan majoriti Ahli Dewan Rakyat, terpulang kepada Perdana Menteri yang memimpin majoriti Dewan sekarang ini untuk menentukannya,” kata beliau.

Daripada gaya cakapnya itu ternampak Azhar masih mahu kekal lagi di jawatannya, meskipun dari segi moralnya, oleh Perdana Menteri sudah bertukar daripada Bersatu kepada UMNO, beliau seharusnya secara sukarela meletakkan jawatannya.

Dengan beliau meletakkan jawatan juga, ia akan memudahkan Perdana Menteri mencari calon pengganti.

Tetapi tidak mengapa, berikutan adanya tidak kurang 15 usul menukar Speaker dalam sidang Parlimen akan datang dan sebahagiannya ditolak oleh Timbalan Speaker daripada Bersatu, Rashid Hasnon, jalan mudah yang mesti diambil oleh Ismail Sabri dan UMNO ialah segera mengenalpasti calon Speaker pilihan yang baru.

Harus dipilih seorang Speaker baru yang bukan saja lebih berwibawa, bahkan juga mesti berjiwa UMNO.

Azhar tidak berjiwa UMNO, sebelum beliau diletakkan oleh Mahiaddin sebagai Speaker Parlimen, beliau adalah Pengerusi SPR yang diletakkan di jawatan tersebut oleh Tun Mahathir.

Kalau UMNO dan Ismail Sabri mahu kekal lama menguasai Putrajaya, tidak ada sebab munasabah untuk mereka mengekalkan lagi calon pilihan Presiden Bersatu sebagai Speaker Parlimen. –


 ShahbudinHusin 03/09/2021.



PATUT LA KELUAR FATWA BUKAN BUKAN DAN BELA KERAJAAN 69- GAJI DUNIA BANYAK... MALEK HUSIN dedah jumlah sebenar gaji Duta Khas PM ke Timur Tengah

 


Panas! Lelaki ini dedah jumlah sebenar gaji Duta Khas PM ke Timur Tengah


Gaji Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah

Aku mengemaskan fail dan dokumen urusan parlimen hari ini. ‬

‪Kebetulan aku temui satu dokumen yang menarik perhatian.‬

Dokumen itu ialah Pemberitahuan Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 mengenai jawaban rasmi Kerajaan kepada pertanyaan bertulis Soalan No.537.‬

‪Soalan itu “meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai nama-nama Ahli Parlimen yang dilantik menjadi pengerusi badan berkanun, GLC dan duta khas sejak 1 Mac 2020 serta nyatakan elaun, gaji, emolumen yang diterima sebulan.”‬

‪Aku tertumpu kepada jawaban Menteri Kewangan mengenai Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah.


Sebelum ini aku seringkali ditanya oleh ramai mengenai elaun, gaji, emolumen jawatan Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah yang disandang oleh MP Marang, Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Aku tidak dapat memberi jawaban dengan pasti pada ketika itu.‬

‪Menteri Kewangan menjawab ringkas sahaja. Katanya, “Duta Khas diberikan saraan bersesuaian dengan kelayakan, tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Amalan ini sama seperti mana pelantikan Duta Khas semasa dibawah pentadbiran terdahulu.”‬

‪Soalan No.537 yang ditanya itu spesifik, tetapi jawaban Menteri Kewangan kabur. Tak disebutkannya berapa sebenarnya emolumen diterima sebulan untuk Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu. Menteri Kewangan cuma menjawab dengan bersandarkan kepada amalan terdahulu.‬

‪Lalu aku pun semak amalan terdahulu.‬

‪Aku selidiki dan meneliti risalat-risalat Parlimen yang berkaitan bagi tahun-tahun terdahulu, khasnya yang dibentang dalam Dewan Rakyat pada masa Belanjawan 2018, 2019, 2020 dan 2021.‬

‪Aku tidak temui apa-apa keterangan dalam dokumen Belanjawan 2019, 2020 dan 2021.‬

‪Namun, aku temui keterangan yang terkandung dalam dokumen “CMD 25/2017 – Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, 2018 Jilid 1” yang dibentang pada 27 Oktober 2017.‬

‪Keterangan itu menunjukkan Duta Khas Ke India Dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur diberikan gaji RM27,227.20 sebulan. Jawatan itu disandang oleh Presiden MIC Samy Vellu semasa pemerintahan BN.‬

‪Berdasarkan keterangan dokumen Parlimen itu dan jawaban Menteri Kewangan kepada Pertanyaan Bertulis Soalan No.537, aku boleh menyebut bahawa gaji Abdul Hadi Awang bagi jawatan Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah ialah RM27,227.20 sebulan.‬

‪Aku boleh menyimpulkan pendapatan rasmi Abdul Hadi Awang sebulan kini, seperti berikut:‬

‪Pendapatan Rasmi:‬
▪️Gaji Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah RM27,227.20 ‬
▪️Gaji Ahli Dewan Rakyat (Marang) RM16,000.00‬
▪️Pencen Menteri Besar (Terengganu) RM15,000.00‬
▪️Pencen Ahli Dewan Negeri (Ru Rendang) RM5,500.00‬

‪Di Jabatan Perdana Menteri, sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang diberikan keistimewaan berpejabat dengan empat pegawai, seperti berikut:‬

‪- Setiausaha Sulit Kanan (Gaji Gred 54)‬
‪- Pegawai Khas (Gaji Gred 52)‬
‪- Setiausaha Sulit (Gaji Gred 41)‬
‪- Pembantu Khas (Gaji Gred 19)‬

‪Kesimpulannya, pendapatan rasmi Abdul Hadi Awang berjumlah tidak kurang RM63,727.20 sebulan. Ini tidak termasuk tuntutan, ganjaran dan berbagai keistimewaan sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke Timur Tengah yang juga bertaraf Menteri.‬


Sumber | Facebook Abd Malek Hussin



INI SOQANG LAGI TAK BUAT KERJA ATAU TAK TAU NAK BUAT KERJA- LENA KA WOIII

 Lambakan cempedak di Teluk Intan : Razman kena turun padang, jangan biarkan pekebun tanggung kerugian

Lambakan cempedak di Teluk Intan : Razman kena turun padang, jangan biarkan pekebun tanggung kerugian

Selepas durian, berlaku pula lambakan buah cempedak di daerah ini yang menjejaskan kira-kira 60 pekebun terutama di Kampung Selabak di sini.

Peraih buah-buahan, Zulkifli Akhmar, 57, berkata, lambakan buah itu menghampakan pekebun yang mengharapkan jualan yang baik pada musim kali ini.

Menurutnya, mereka yang mengalami masalah itu terdiri daripada pekebun di Kampung Selabak Luar dan Kampung Selabak Dalam.

Katanya, berikutan lambakan, harga borong buah itu jatuh daripada RM3 sekilogram sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada hanya RM1.60 sekilogram ketika ini.

“Lambakan buah berlaku kerana peraih dari luar tidak dapat datang untuk membeli hasil daripada pekebun di sini.

“Biasanya peraih datang dari luar daerah seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga dari utara, namun, disebabkan PKP, mereka tidak boleh merentas negeri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, ada pekebun yang menjadikan tanaman itu sebagai mata pencarian, namun, hampa dengan apa yang berlaku.

“Pekebun rasa seperti tidak berbaloi dengan harga yang dijual dan merugikan setelah mereka menanggung pelbagai kos membaja, upah dan pengangkutan,” katanya.

Menurutnya, kerana mahu membantu pekebun, dia tetap membeli hasil tanaman mereka untuk mengelak buah busuk dan terbiar begitu saja.

Katanya, pekebun juga sudah tidak mahu berkira berapa harga belian asalkan hasil tanaman mereka boleh dijual.

“Pekebun setuju dengan harga yang saya tawarkan, bagi mereka yang penting asalkan hasil tanaman mereka dapat dijual.

“Setakat ini, hampir 400 hingga 500 kilogram buah yang rosak terpaksa dibuang begitu saja sebab tidak dapat dijual,” katanya.

Menurutnya, sama seperti lambakan buah durian yang berlaku ketika musim raja buah itu baru-baru ini, cempedak juga mengalami lambakan kerana buah itu juga banyak di beberapa kawasan lain di negeri ini.

“Tempat lain juga seperti di di Kuala Kangsar, Chenderong Balai, Pasir Salak, Sungkai dan lain-lain tempat juga musim cempedak yang berbuah lebat kali ini,” katanya.

Berikutan itu, Zulkifli berharap pihak berkenaan mengatasi masalah lambakan cempedak dan membantu pekebun agar tidak terus menanggung kerugian.

“Saya harap pihak berkenaan seperti FAMA datang melihat keadaan pekebun di sini dan membantu mereka,” katanya.

Sumber | UTUSAN


Panas! Zolkharnain dakwa Menteri Agama tak ada idea

 


Panas! Zolkharnain dakwa Menteri Agama tak ada idea


 

Bagi aku, kalimah “pemantapan” jarang diguna dalam polisi pentadbiran negara peringkat tinggi terutama sebuah kementerian. Bukan isu salah atau betul, tapi istilah itu agak longgar dan leweh.

Ya, aku tahulah lima “pemantapan” itu ada huraiannya. Itu cuma asas. Aku pun kerap terlibat dlm perbincangan merangka visi, misi, objektif, strategi organisasi. Tahu jugalah sikit sebanyak.

Misalnya pemantapan mental, jasmani dan rohani, apa dia? Pemantapan sistem pendidikan Islam, apa tu? Kenyataan sebegitu sangat longgar, leweh, tak jelas, sangat asas, terlalu umum, kabur …

Idea menteri agama ini tak masak. Rasanya bukan terhasil daripada sesi brainstorming yang mantap dan jitu. Mungkin idea spontan daripada menteri kerana tekanan 100 hari daripada PM.

Semasa PH, menterinya meletak teras dan hala tuju yang jelas iaitu Rahmatan Lil Alamin. Maksudnya, sebarang polisi dan aktiviti mesti bertolak, berjalan dan mencapai maksud teras tadi.

Menteri agama baru buat Inisiatif Mantap? Apa benda tu? Tak ada nilai falsafah, tak ada tapak berpijak, tak ada landasan, tak ada hala tuju. Macam moto kem motivasi remaja lepasan SPM.

“Lima pemantapan” itu tidak menggambarkan “falsafah” pentadbiran sebuah kementerian. Kelima-limanya mirip garis panduan berbentuk motivasi kerja atau aktiviti untuk sebuah persatuan khairat kematian saja.

Seharusnya menteri menggarap sebuah idea yang lebih besar. Bukan sekadar sebut pemantapan itu dan ini. Apa kayu ukur mantap itu? Bagi aku, idea menteri itu lebih berorientasikan aktiviti, bukan polisi.

Sebuah kementerian mestilah menjadi perangka polisi, bukan pemeriah aktiviti. Apa polisi memperkasa mahkamah syariah? Apa polisi berkaitan institusi wakaf? Banyak lagi kalau nak tulis. RUU 355 macam mana? Malas nak tulis dah. Buat habih karan ja…!

Sumber | Facebook Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


BUDI BICARA PENTING DARI HUKUMAN


Seorang hakim di USA telah melepaskan hukuman ke atas seorang lelaki tua berumur 96 thn kerana memandu melebihi had kelajuan utk membawa anak lelakinya berumur 60an ke hospital kerana kanser. Hakim tersebut telah menggunakan budi bicara (common sense).

Hakim itu bukan beragama Islam. Hakim itu tidak perlu menjadi AJK rumah suci. Hakim itu hanya menggunakan akal utk membuat keputusan. Saya setahun sekali pasti melihat video tersebut dan pasti bergenang air mata. Ini soal humanity.

Manusia ini diberi akal. Undang2 sebagai panduan tetapi manusia diberi akal utk budi bicara. Apa kesalahan, kenapa dia berbuat demikian, berapa kos kecurian dan bermacam macam lagi. Kita yg bikin undang2 gunakan akal dan kita bukannya robot.

Selepas disiasat kenapa dia berbuat demikian sepertimana budi bicara Hakim di USA tadi...jika seseorang meminta maaf, contohi baginda terus memaafkan org lain apakah kes itu mudaratnya kecil.

Utk menjadi seorang yg mampu memaafkan org yg melakukan kesalahan kpd kita memerlukan jiwa yg besar. Org yg memaafkan sedangkan dia berada di pihak yg benar adalah kemuliaan buat dirinya. Pernah lihat video bagaimana bapa seorang muslim memaafkan pembunuh anaknya di mahkamah.

Takkan AJK2 Masjid tak tahu hadis, 'Iman yg paling utama adalah sabar dan memaafkan.' RM 28 dicuri itu ambil kesempatan tarbiah kpd wanita tersebut jgn ulangi lagi lebih byk muafaatnya. Kita masih ada pilihan. Kenapa selalunya AJK2 Masjid atau Surau dia punya lagak mcm Menteri.

Sdgkan Hakim di sebuah negara Pasir Berdengung boleh menggunakan budi bicara seorang anak VIP mencuri duit RM 1 billion lebih hanya perlu bayar balik wang dicuri RM 450 juta sahaja utk dilepaskan. Hakim di negara Pasir Berdengung tu hanya guna budi bicara kpd org2 VIP tetapi ada hakim di negara itu utk rakyat termiskin curi RM 1 dipenjarakan 3 tahun.

Andaikata jika wanita itu berkata, " Saya terpaksa mencuri kerana saya tiada lagi bekalan makanan utk dimakan oleh anak dan diri saya. Jika saya dihukum saya terima tetapi dosa2 kalian yg tidak mempedulilkan nasib saya apabila memohon bantuan saya serahkan nasib kalian di hadapan Allah swt.".... apa AJK tu nak jawab.

Norman Radzuan

PKR dedah surat Speaker

Kelemahan Pemuda UMNO Pimpinan Asyraf Wajdi Sekarang

ASYIK SALAHKAN PH? GPS & BN PUN BANYAK JANJI PALSU PADA RAKYAT SARAWAK B...

PANAS MELAMPAU! KERANA LEBAI PAS, ISMAIL SABRI KENA TIBAI!!


Kini kerana YB Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang, YAB Bera Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah dikecam netizen. Ini kerana PM9 telah melantik semula Presiden PAS itu ke jawatan sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri. Netizen mula mempersoalkan berapa banyak imbuhan yang diterima beliau kerana sudah pasti ianya satu pembaziran. Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.

Adakah UMNO PAS BERSATU Akan Bergabung Atau Berlawan Sesama Sendiri Pada...

JANJI MENGARUT ISMAIL SABRI KEPADA VETEREN TENTERA?



Begitu terdesaknya PM baru ini untuk membina imejnya. Dikhabarkan beliau berjanji kpd veteren tentera yang tidak berpencen untuk menerima pencen merupakan satu janji sedap mulut. Janji lama tidak tertunai, mahu janji yg baru?




ANAK-ANAK MUDA SEKALI LAGI AKAN MENGAJAR KERAJAAN GAGAL AGAR TAHU MENGHORMATI MANDAT RAKYAT


May be an image of 7 people, people standing and headscarf


Perjuangan anak2 muda seperti ini tidak akan kita lupakan. Perjuangan mereka berbaloi kerana akhirnya rejim GST dan 1MDB itu berjaya kita alahkan pada PRU14 yang lalu.

Akhirnya, wujudlah kerajaan PH yang mengkotakan janji menghapuskan GST. Banyak juga perkara baik berjaya kita lakukan dan ada yang belum dapat dilaksanakan. Kita jangkakan dalam tempuh sepenggal, kita mampu tonjolkan kita lebih baik dari kerajaan sebelum ini.

Memang belum sempurna, ibarat membina rumah baru, hanya beberapa tiang dan dinding yang sempat kita bina, tiba2 kita dikhianati oleh rakan2 kita sendiri dan mereka runtuhkan rumah yang masih dalam pembinaan itu. Kononnya untuk bina rumah yang lebih cantik dan kukuh dan mereka mahu menjadi tuan rumah tersebut. Maka dijemputnya Umno dan Pas untuk sama2 mereka lakukan pengkhianatan serta mendiami rumah yang mereka sebut "rumah melayu islam".

Apa yang berlaku kepada "rumah melayu islam' tersebut? Kita dapat menyaksikan keadaan rumah yang lebih hodoh, tiang senget, atap bocor, lantai reput, lebih malang lagi di dalam rumah tersebut setiap hari bercakaran. Kalau dulu rakyat dapat balik kampong ziarah ibu bapa, anak2 boleh sekolah, boleh ke masjid, boleh bekerja, boleh makan di warung, boleh berniaga di pasar malam, boleh balik beraya dan macam2 lagi nikmat dapat diperolehi, tiba2 selepas mereka meruntuhkan rumah yang didirikan oleh rakyat itu, segala nikmat tersebut hilang sekelip mata.

Semenjak itu hingga kini kita dapat lihat sendiri akibat perbuatan khianat yang Allah murkai. Jika hanya merosakkan sebatang dahan pokok tanpa sebab itu pun Allah larang, bayangkan kerja2 menjatuh dan merampas kerajaan yang rakyat pilih. Kalau yang menggantikan itu lebih baik, boleh diterima akal juga, tetapi kita lihatlah sendiri. Ekonomi merudum teruk, pengangguran hampir sejuta, harga barang melambung, kematian akibat wabak covid seolah2 setiap hari sebuah kapal terbang jatuh terhempas. Itukah yang dikatakan kerajaan melayu islam yang mendapat keberkatan?

Mereka sesama mereka berebut kuasa. Bergilir2 sesama pengkhianat untuk menjadi PM kerajaan yang dipilih hanya oleh MP-MP sahaja. Rakyat tukang tonton mereka sesama mereka mengagihkan jawatan menteri dan GLC sambil kita ikat perut. Menteri paling ramai dalam sejarah negara, duta khas bertaraf menteri dan tuan penasihat 20 persen juga bertaraf menteri. Rakyat tukang perati. Inilah kerajaan melayu islam kononnya.

Rakyat telah melihat era Najib hingga rakyat jatuhkan rejimnya. Rakyat tidak pernah jatuhkan kerajaan PH. Ertikata lain, sehingga saat ini, satu2nya kerajaan yang rakyat pilih adalah kerajaan PH tetapi yang mereka pilih itu jadi Pembangkang, manakala yang MP-MP pilih pula jadi kerajaan walaupun bertahan dengan tiga, empat ekor MP sahaja. Khianat lagi tiga empat ekor, tumbang lagi kerajaan.

Pengkhianat tetap akan dikhianati. Umno dan Pas tersilap langkah dan terlanjur libatkan diri dan kini mereka terima akibatnya. Jadi kerajaan tapi hidup tidak tenteram, tidur tidak lena kerana memikirkan bila pula kerajaan ini akan tumbang? Begitulah keadaannya bila tiada keberkatan Illahi.

Anak-anak muda harus ke hadapan lagi untuk membalas dendam di atas pengkhianatan durjana ini. Ajar para pengkhianat ini untuk menghormati mandat rakyat.

WFAUZDIN NS

 

Panas! SPRM terima aduan salah guna kuasa ROS isu penangguhan pemilihan UMNO

 

Panas! SPRM terima aduan salah guna kuasa ROS isu penangguhan pemilihan UMNO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada menerima aduan terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana dikatakan menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah bagi mengubah keputusan yang dibuat pada 6 Ogos lalu iaitu penangguhan pemilihan UMNO sebagai tidak sah kepada sah.

Laporan Harian Metro yang memetik sumber memaklumkan, pegawai kanan itu didakwa meluluskan penangguhan pemilihan UMNO sehingga Disember 2022 bagi tempoh 18 bulan menerusi sepucuk surat bertarikh 30 Ogos lalu.

Kata sumber, aduan berkenaan diterima daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat itu.

“Mereka mengesyaki berlakunya perbuatan salah guna kuasa dan rasuah untuk mempengaruhi perubahan keputusan oleh segelintir ahli politik yang cenderung kepada pemimpin tertentu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan terbabit namun enggan mengulas lanjut.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, memaklumkan RoS membatalkan keputusannya sebelumnya.

Beliau mengesahkan ada menerima surat pemakluman daripada RoS mengenai keputusan itu pada hari yang sama.

Katanya ketika itu, berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang beliau dan peguam UMNO berikan pada 9, 11 dan 18 Ogos lalu serta beberapa keterangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO  pada 24 Ogos, didapati keputusan penangguhan pemilihan parti itu untuk penggal 2021/2023 dibuat secara teratur.

Maka, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember ini.

UMNO sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Pada 6 Ogos lalu, RoS menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

KUTBAH AMPU SAMPAI TERBALIK..

 

W.FAUDZIN


May be an image of text

Kot ye pun khutbah dari pejabat tok peti nak bodek dan jack, jgn sampai terbalik kereta punyalah jack. Nanti ada plak tok khatib yg jenis main baca teks, salah pun ikut...adoiii

Baca sini, sebelum kena edit balik

https://mufti.pahang.gov.my/.../KHUTBAHKEDUA-SEPTEMBER...

 

FORUM : RASUAH SEBAGAI BUDAYA

 


BERLANGSUNG ESOK! 

Forum "RASUAH SEBAGAI BUDAYA", 4 September 2021 jam 5ptg bersama panelis jemputan dan topik hangat yang akan dikupas. Antaranya 

Dato Seri Akhbar Satar- 

Perangi Rasuah; YB Senator Dato' Haji Husam Musa tentang Rasuah Dalam Islam; Prof. Dr. Abdul Aziz Bari - Perangi Rasuah dan Cik Cynthia Gabriel tentang Reformasi institusi serta hubungkait politik kewangan dan perniagaan. Ikuti forum ini secara live di www.facebook.com/craftora 


Juga lawati pameran Kartun Rasuah Sebagai Budaya di www.craftora.com dari 1 hingga 30 September 2021

INI PULAK TRENDING - PAKAT TUNJUK SOLAT PULAK....

 

LAGI PEMBAZIRAN . LANTIK YANG TIDAK BERFUNGSI UNTUK BELI JIWA

 



HAMZAH RIE NA


May be an image of 1 person and text that says "fo© PENERANGAN UMNO KOTA KINABALU Setinggi tinggi Tahniah DATUK HAJJAH ROSNAI ABDUL RASHID SHIRLIN Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Exco Wanita UMNO Malaysia Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar atas perlantikan sebagai PENASIHAT KHAS MENTERI KESIHATAN MALAYSIA Ikhlas Daripada Masliati Maslimin KETUA IMNO B”HGIAN INARAI SERTA UMNO BAHAGIAN WANITA pemudaumno"


Dilantik lagi oleh kerajaan 69 tikam belakang umno.

Apakah didlm kkm kekurangan para Dr yg bertauliah? Atau pakar2 yg
hebat
?
Umno sudah mula menunjukkan belang lama mereka. Sama sebiji mcm kerajaan kudeta abahcow middin. Lantik sana sini utk beli jiwa.
Yg kerugian adalah rakyat! Dari membayar gaji buta baik bantu rakyat yg semakin susah sekrg! Tau tak SUSAH!

ISMAIL SABRI LAKUKAN PEMBAZIRAN KETARA. BAIK BANTU TAHFIZ YANG NAK LINGKUP

 May be an image of 3 people, people sitting and text that says "2 SEPT 2021 0л astro AWANI TERKINI RICHARD RIOT Abdul Hadi Awang, Tiong King Seng & Richard Riot kekal sebagai Duta Khas ke Asia Tengah, China dan Asia Timur"

MENGUASAI KERAJAAN APA KAH ? KALAU TIMBALAN BUKAN DARI UMNO SEPERTI DAHULU?

 Shahidan tegaskan sekarang masih kerajaan PN, tapi dikuasai BN


Shahidan tegaskan sekarang masih kerajaan PN, tapi dikuasai BN



Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan beliau kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sambil mengingatkan bahawa jenama kerajaan hari ini tidak perlu dijadikan polemik, bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan itu menjelaskan pentadbiran baharu yang ditubuhkan adalah Kerajaan PN, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang mengetuai Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) di bawah pertadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata perbezaan lain ialah kerajaan sekarang bukan diterajui Bersatu.

Memetik kenyataan kepada MalaysiaNow, Shahidan – antara pemimpin lama UMNO yang kuat menyanggah presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – berkata:

“Pasal apa pula bukan kerajaan PN? Ini ialah BN-led government yang sekarang berada dalam PN. Bagi saya tidak ada polemik, ia diwujudkan sesetengah pihak untuk jadikan perbincangan. Pada saya tak perlu.”

Hujah Shahidan bahawa kerajaan sekarang masih PN diperkuatkan lagi dengan rancangan melantik seorang pengerusi baharu untuk mengetuai PNBBC bukan BNBBC.

Beliau dipetik sebagai berkata:

“Kita akan lantik pengerusi baru PNBCC, buat masa sekarang ia belum diubah apa-apa dan perkara ini tak perlu jadi polemik, kalau sekarang orang kata ini bukan kerajaan PN. Siapa pun yang dilantik kita akan beritahu.”

Semalam, Zahid menegur kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila menggesa Jemaah Menteri baharu berhenti daripada memberi alasan menjengkelkan dalam menjalankan tugas.

Bukan itu sahaja, malah Zahid juga dilihat seolah mengancam bekas menteri Kerajaan PN yang dilantik semula oleh Ismail Sabri membarisi Kabinetnya.

“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. Maka seharusnya cara bekerja dan berfikir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu.

“Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang annoying (menjengkelkan),” kata Zahid.

Kerajaan PN tumbang apabila Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu susulan tindakan Presiden UMNO itu membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO bersamanya menarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Di penghujung hayat Kerajaan PN, dua menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan dan menyertai kem Zahid.

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, bagaimanapun melatik semula Noraini mengekalkan jawatan Menteri Pengajian Tinggi seperti ketika pentadbiran Muhyiddin.

NAK MENGEJUTKAN APA...AWAK FITNAH ORANG DAN INI ADALAH PEMBALSANNYA...SAMA JUGA DENGAN PARA LEBI...ADAKAH AHLI MEREKA BEGITU BODOH UNTUK MEMPERCAYAI LAGI ?

 Panas! Papagomo dedah cerita kenapa dia digantung keahlian Umno, memang mengejutkan

Panas! Papagomo dedah cerita kenapa dia digantung keahlian Umno, memang mengejutkan

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata dia digantung keahlian daripada Umno kerana mengkritik tindakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya ‘bermasalah’ dan membelakangkan parti.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, kritikan itu terutamanya berkaitan dakwaan bahawa Ahmad Zahid menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan.

“Saya buat kritikan kepada presiden saya, yang mana saya melihat presiden memang bermasalah dan menjejaskan parti tapi akhirnya saya diambil tindakan.

“Jadi, bagaimana dengan presiden yang membelakangkan parti, membuat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hantar sokongan kepada Istana Negara, dengan rakaman telefon antara dia dan Anwar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Papagomo berkata, dia pernah diberi amaran oleh Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi sekiranya dia masih berkeras, parti akan mengambil tindakan terhadapnya.

“Dr Asyraf minta saya sokong presiden parti. Saya cakap, macam mana saya nak sokong kalau presiden ada buat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membelakangkan parti?

“Kalau presiden tak jujur pada parti, macam mana saya ni nak sokong presiden. Dr Asyraf tekan untuk minta sokong Zahid Hamidi. Katanya, Datuk Zahid berjiwa besar.

“Saya cakap, kalau Datuk Zahid berjiwa besar, dia perlu berundur. Sebab ini soal imej parti, bukan soal individu.

“Ini kepentingan parti dan rakyat, dalam keadaan hari ini Umno terpalit dengan tindakan yang presiden buat dan saya maklumkan saya tidak akan sokong benda yang salah,” katanya.

Jelas Papagomo, tindakannya itu juga berasaskan seruan yang dibuat Asyraf sebelum ini, yang mana ketua pemuda itu menuntut sayap Pemuda menjadi ‘parti dalam parti’.

“Dr Asyraf cakap Pemuda kena jadi parti dalam parti, kemudian kena berani kritik pemimpin, yang mana kes skandal ini kena berundur.

“Jadi, saya peganglah kenyataan Dr Asyraf sewaktu perhimpunan Agung Umno 2018 lalu Itu kenyataan yang dia buat sendiri dalam AGM Umno,” katanya.

Namun menurutnya, perkara sebaliknya pula berlaku apabila dia digantung ekoran kritikan terhadap Zahid.

Sebelum ini bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendedahkan surat Umno yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Surat berkenaan didakwa ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Spekulasi kerjasama antara dua parti itu semakin kukuh setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Ahmad Zahid.

Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan Ahmad Zahid semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan ketulenan audio berkenaan namun tiada laporan polis dibuat oleh mereka.

“Dr Asyraf kata nak buat laporan polis, namun sehingga hari ini pun tidak buatnya,” tambah Papagomo.

Umno memang nak gantung saya’

Mengulas lanjut, Papagomo berkata, tindakan Umno menggantung keahliannya tanpa memanggilnya untuk membela diri jelas menunjukkan parti itu memang mahu menggantungnya.

“Saya tak akan merayu walaupun ada yang suruh saya merayu, sebab saya nak merayu macam mana? Saya dipanggil Lembaga Disiplin pun tidak untuk bela diri.

“Tahu-tahu saja keluar keputusan (penggantungan keahlian).

“Iyalah, ikut Perlembagaan Umno memanglah MKT putuskan tapi kalau pemimpin yang ada hari ini macam (presiden) Dr Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi (tidak memanggilnya) bela diri dulu apalah maknanya?”

“Kita bercakap soal rakyat, nak perjuangkan rakyat tapi benda-benda parti ini tak panggil bela diri. Panggillah bela diri dulu, kemudian buatlah keputusan.

“Ini keputusan dibuat tanpa bela diri. Jadi, tak perlulah untuk saya merayu. Sebab, nampak sangatlah memang nak gantung saya,” katanya.

Terdahulu, Umno menggantung keahlian Papagomo selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti bermula 27 Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 1 September dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ahmad berkata Majli Teringgi Umno mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan

parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti

Pemuda ini gesa POS Laju perbaiki servis, bukan mainkan sentimen kaum dan agama untuk tarik pelanggan

 

Pemuda ini gesa POS Laju perbaiki servis, bukan mainkan sentimen kaum dan agama untuk tarik pelanggan





Pemuda Amanah Negeri Perak menegur tentang tularnya mesej berbaur rasis dan perkauman antara Pos Laju dan J&T.

Dalam hal ini Pemuda Amanah Negeri Perak berpendapat dalam suasana politik yang tidak tentu, adalah tidak molek mesej-mesej ini tular yang mungkin boleh menyinggung bangsa dan agama mana-mana pihak.

Sementelah itu Pemuda Amanah Negeri Perak mencadangkan kepada Pos Laju supaya berunding semula dengan Platform Niaga seperti Shopee dan Lazada dengan menawarkan tawaran menarik kepada Platform Niaga ini agar Pos Laju dapat memberi saingan kepada perkhidmatan kurier yang lain.

Disamping itu juga, Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan agar Pos Laju menaiktaraf segala kemudahan dan fasiliti bagi melancarkan sistem mengurus, menyimpan dan pengedaran barang kepada pengguna.

Perkhidmatan kurier yang terbaik adalah dengan sistem penghantaran yang dapat dipercepatkan daripada peniaga kepada pengguna.

Akhir kalam suka Pemuda Amanah Negeri Perak menasihati kepada semua peniaga agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan tanpa membangkitkan sentimen rasis yang menyinggung bangsa dan agama mana-mana pihak.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak