PM DERHAKA DIBERI KATA DUA SEHINGGA 5 JULAI, JIKA TIDAK…

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021.

Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh dan perlu bersidang.

Majlis Presiden turut meneliti kenyataan media bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 30 Jun 2021, bahawa satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos 2021 dicadangkan kepada Perdana Menteri.

Namun kami kesal bahawa sehingga hari ini Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Majlis Presiden berpandangan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah melakukan penderhakaan terhadap bukan sahaja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga terhadap KDYMM Raja-Raja Melayu yang turut menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang segera.

Sekiranya Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya masih berdegil menderhaka kepada Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu maka mereka bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan.

Sidang Parlimen yang perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 ini mesti membahaskan krisis pandemik COVID-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, seperti titah pandangan Seri Paduka Baginda.

Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kehidupan harian yang dihadapi rakyat.

Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan ada yang telah mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukan isu politik.

Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP).


LOKMAN ADAM MESTI DATANG TENGOK NAJIB...JANGAN TAK DATANGG LOKMAN...TENGOK PENYAMUN KAU NIH....

 

JEBAT

Kes 1MDB akan bersambung pada 5 Julai 2021 ni. Korang rasa apa alasan Najib Razak kali ni? Pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

1. Adakah Najib Razak akan ambil MC dan active dekat Social Media?
2. Adakah Najib Razak sakit mata kali ini ataupun beliau akan sakit otak?
Sama-sama kita fikirkan bagi idea kat Najib Razak supaya beliau tidak hadir ke Mahkamah 👇

May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian Sinar Harian Bicara kes 1MDB Najib bersambung Isnin depan"


(KEMASKINI) Umno dijangka ‘tinggalkan’ kerajaan PN sebelum 1 Ogos

 

PETALING JAYA: Umno dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, kata sumber parti, dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini.

Menurut sumber itu, majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memberikan persetujuan untuk Umno berbuat demikian dalam perjumpaan secara berperingkat dengan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Umno adalah blok penyokong terbesar kepada kerajaan PN yang mempunyai sokongan amat rapuh di Dewan Rakyat.

Sumber parti memberitahu FMT, hanya beberapa ahli MKT yang belum memberi persetujuan untuk Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada PN.

“Setakat ini majoriti ahli MKT bersetuju Umno ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos 2021.

“Tinggal beberapa orang sahaja yang belum dipanggil iaitu dalam kalangan ‘Kluster Menteri’ (dalam kerajaan PN),” kata sumber itu.

Menurut sumber tersebut, Ahli Parlimen terikat dengan keputusan MKT maka tidak timbul presiden parti memerlukan persetujuan Ahli Parlimen Umno.

Beliau menegaskan perjumpaan itu selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020, yang memberi mandat kepada Presiden berbincang dengan MKT tarikh yang sesuai untuk Umno keluar daripada kerajaan PN selewat lewatnya 1 Ogos 2021″.

“Justeru tidak timbul presiden parti memerlukan persetujuan Ahli Parlimen Umno. Ia keputusan MKT. Ahli Parlimen adalah terikat dengan keputusan MKT. Sebagai Ahli Parlimen yang menang atas tiket Umno adalah wajib mereka patuh kepada keputusan MKT.”

Sumber parti berkata ketetapan ahli MKT memberikan persetujuan kepada Zahid untuk menarik balik sokongan Umno terhadap PN sebelum 1 Ogos – tanpa menunggu PRU – tidak melanggar mana-mana keputusan parti.

“Umno perlu buat keputusan segera kerana situasi negara semakin meruncing. Apatah lagi Biro Politik Umno memberi tempoh 14 hari sebelum ini (untuk Parlimen bersidang). Tempoh itu sudah hampir tamat.

“Ini bertepatan dengan dengan titah Agong supaya Parlimen bersidang secepat mungkin dan tidak ada kewajaran darurat disambung,” kata sumber itu.

Beliau berkata Umno juga tidak mahu terus terpalit dengan kegagalan Muhyiddin dan kerajaan PN dalam mengurus negara.

“Malaysia berhadapan krisis keyakinan tahap maksimum sekarang ini,” kata beliau.

Sumber itu mengesahkan ahli MKT dipanggil secara berperingkat oleh Zahid untuk mendapatkan persetujuan mereka “secara individu” iaitu menarik balik sokongan parti terhadap PN sebelum 1 Ogos.

“Pendekatan ini diambil kerana Umno tidak dapat mengadakan mesyuarat MKT secara bersemuka akibat pelaksanaan PKP.

“Kaedah ini sama dengan kaedah yang digunakan oleh MKT Umno untuk mendapatkan persetujuan menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan,” kata beliau.

Turut difahamkan, sumber berkata persetujuan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat MKT secara maya untuk disokong sebagai keputusan MKT dan akan diumumkan oleh presiden.

“Ahli MKT akan dimaklumkan tarikh mesyuarat MKT secara maya dalam masa terdekat,” katanya.

30 alasan kenapa saman terhadap Hadi perlu didengar di mahkamah


Presiden PAS Abdul Hadi Awang bulan lalu berjaya membatalkan saman dua individu dari Sabah terhadapnya atas dakwaan membuat kenyataan bersifat hasutan terhadap penganut agama Kristian. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Dua individu dari Sabah mengemukakan 30 alasan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman mereka terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan membuat kenyataan bersifat hasutan terhadap penganut agama Kristian.

Menurut mereka, paling utama tafsiran hakim perbicaraan Akhtar Tahir disifatkan lunak berhubung kenyataan buruk Hadi terhadap badan kehakiman yang dibuatnya di Facebook pada 4 Mac.

Dalam memorandum yang difailkan di Mahkamah Rayuan awal minggu ini, individu terbabit Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian berkata, hakim silap dari segi undang-undang dan fakta dengan tidak menganggap serius serangan Hadi terhadap badan kehakiman.

Pada 11 Mei, Akhtar mengizinkan permohonan Hadi untuk membatalkan saman itu dengan berkata, Maklin dan Lawrence tiada “locus standi” untuk membuat tuntutan itu.

“Tuntutan itu juga semberono dan menyalah guna proses keadilan,” kata hakim dalam keputusan lisannya.

Beliau turut memerintahkan Maklin dan Lawrence masing-masing membayar RM50,000 kepada Hadi sebagai kos kerana katanya, permohonan mereka “menyesakkan sistem keadilan dengan litigasi yang tidak perlu”.

Kata Akhtar, Maklin dan Lawrence patut dipersalahkan kerana menimbulkan kembali perkara yang berlaku pada 2016.

Beliau berpandangan, kenyataan Hadi itu ditujukan kepada mubaligh yang membayar wang supaya orang memeluk agama Kristian, bukannya terhadap orang Kristian secara umum.

Maklin and Lawrence berkata, Akhtar juga salah dalam membatalkan saman mereka tanpa menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan tidak mahu mengiktirafnya sebagai litigasi kepentingan awam.

Perintah untuk membayar kos juga kata mereka, bersifat menindas, tidak seimbang dan tidak adil kepada mereka.

Dalam saman mereka yang difailkan tahun lalu, Maklin dan Lawrence memohon perisytiharan bahawa Hadi melakukan kesalahan itu bawah Seksyen 3 Akta Hasutan dan beliau juga tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Dalam saman pemula mereka, kedua-duanya mendakwa Hadi membuat kenyataan bersifat hasutan terhadap penganut agama Kristian dan/atau mubaligh Kristian dalam akhbar Harakah terbitan PAS pada 18 Jan 2016.

Dalam afidavit untuk menyokong tindakan itu mereka juga berkata, kenyataan Hadi itu turut disiarkan oleh FMT pada hari sama.

LAIN KALI IKUT CARA INI BILA TAK MAKAN ....KATA AYAHANDA RANI KULUP

 May be a Twitter screenshot of 1 person and standing

LAMA DAH ORANG TAHU..WALAUN JA KENA PEMBOHONG...Panas! Lelaki ini dakwa himpunan RUU355 adalah penipuan dan kebodohan paling besar di abad ini

 

CHE  IBRAHIM MOHAMED


Panas! Lelaki ini dakwa himpunan RUU355 adalah penipuan dan kebodohan paling besar di abad ini

Panas! Lelaki ini dakwa himpunan RUU355 adalah penipuan dan kebodohan paling besar di abad ini

Penipuan dan kebodohan paling besar di abad ini ialah RUU 355 dan hudud, lantang dan hebat semasa pembangkang sehingga penentangnya dihukum kafir, diugut tanam di jirat.

Sekarang bila dah jadi kerajaan, bertukar menjadi syaitan bisu, bertanya pun dianggap suara syaitan.


CONTOH PALING TERKINI....BAB BENDERA PUTIH PUN DIA TAK FAHAM MAKSUDNYA...DIA UBAH JADI DALIL KONONNYA HARAM....WEIIIIII..SIMPAN SIKIT BODO..


DATO JAI 

Hebat

Dalil Pas, ini wajah topeng Pas....kalau nk tahu ni perangai

Pas. Rakyat gantung diri senyap, rakyat gantung bendera

putih abis berkokok



May be an image of 1 person and text that says "Majlis ulama-ulama Pas putuskan haramkan kibar bendera putih tanda mohon bantuan kepada UMNO BN dan rakyat Malaysia lain dan Kami lebih 1 juta ahli Pas cukup sahaja. Ketua Ulama Pas Pusat dan ahli Parlimen Pasir Putih Kelantan"

PATUT PADANG RENGAS TAK MAJU MAJU....PEMIMPIN SUKA FLIP FLOP...TERUK PUNYA FLIP FLOP

 

Irwan Muhammad Zain
Nazri Aziz isytihar kembali sokong Muhyiddin Yassin
Pengisytiharan terbaharu Nazri Aziz itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin yang dibuatnya pada Januari lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan kembali sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, pengisytiharan terbaharu itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang dibuatnya pada Januari lepas..
Katanya, beliau membuat keputusan kembali menyokong Muhyiddin kerana mengikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang hanya akan memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadaka
Januari lalu saya membuat pengumuman menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Hari ini saya nak umumkan saya kembali memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.
“Dengan keputusan ini, penarikan sokongan yang saya buat sebelum ini terbatal,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat menerusi telefon.
Nazri merupakan antara ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan parti UMNO dan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.
Sebelum ini, beliau mengakui menjadi perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tegas Mohamed Nazri, tindakan itu adalah bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu untuk menjadi jurucakap kepada kesemua 25 wakil rakyat BN sekiranya dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Nazri juga pernah mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.
Pada awal tahun, Nazri mendakwa beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
"Saya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 12 Januari lalu kerana ditipu oleh Zahid yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan.
"Zahid rancang, Ahli Parlimen UMNO yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan tarik sokongan one by one, hingga kerajaan ini jatuh.
"Sebagai tanda setiakawan dan percaya kepada beliau, saya menarik sokongan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat keputusan yang sama.
"Selepas saya dan Jazlan, tiada siapa yang umum tarik sokongan termasuklah Zahid. Sebagai presiden parti yang merancang semuanya, sepatutnya dia yang pertama tarik sokongan," dakwa Nazri lagi

SELEPAS DESAKAN KUAT : Takiyuddin jelaskan Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, tarikh dimuktamad 7 Julai - Takiyuddin


Harits Asyraf Hasnan
Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, tarikh dimuktamad 7 Julai - Takiyuddin
Takiyuddin Hassan memaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini

"Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
"Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa satu persidangan khas Parlimen akan diadakan dalam masa terdekat.
Malah, kedua-dua Yang di-Pertua turut mencadangkan kepada Ketua Majlis Parlimen untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos.
Kenyataan media oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto JPM
Kenyataan media oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto JPM



















Zahid panggil Ahli Parlimen tandatangan cadangan tarik diri daripada kerajaan, kata laporan


Menurut sumber, Zahid bercadang mengemukakan usul kepada Majlis Tertinggi parti supaya Umno menarik sokongan kepada kerajaan “dalam masa terdekat”.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan terhadap cadangan menarik diri daripada kerajaan, menurut satu laporan.

Akhbar Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, lebih 10 Ahli Parlimen Umno dipanggil untuk menemui Zahid di pejabat parti bersama-sama Timbalan Presiden Mohamad Hasan, dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

Katanya, Zahid bercadang mengemukakan usul kepada Majlis Tertinggi parti supaya Umno menarik sokongan kepada kerajaan “dalam masa terdekat”.

“Kalau setuju bermakna mereka perlu tandatangan cadangan itu,” tambahnya.

Menurut laporan itu lagi, ada Ahli Parlimen yang tidak bersetuju mengemukakan usul itu kerana keputusan MT Umno tidak mempunyai kesan sekiranya wakil rakyat tidak menarik sokongan.

Terkini! Jika PM derhaka dan enggan bersidang, ini MP PH akan buat

 


Terkini! Jika PM derhaka dan enggan bersidang, ini MP PH akan buat

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
2 Julai 2021

JIKA PM DERHAKA DAN TIDAK UMUM TARIKH SIDANG SECEPAT MUNGKIN, AHLI PARLIMEN AKAN KE PARLIMEN 19 JULAI

Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dan memandang serius kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Jun 2021. Ini adalah kenyataan yang amat bersejarah kerana merupakan kali ketiga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh dan perlu bersidang.

Majlis Presiden turut meneliti kenyataan media bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 30 Jun 2021, bahawa satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos 2021 dicadangkan kepada Perdana Menteri.

Namun kami kesal bahawa sehingga hari ini Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Majlis Presiden berpandangan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah melakukan penderhakaan terhadap bukan sahaja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga terhadap KDYMM Raja-Raja Melayu yang turut menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang segera.

Sekiranya Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya masih berdegil menderhaka kepada Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu maka mereka bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan.

Sidang Parlimen yang perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 ini mesti membahaskan krisis pandemik COVID-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara, seperti titah pandangan Seri Paduka Baginda.

Ini untuk memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi dan kehidupan harian yang dihadapi rakyat.
Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang telah membunuh diri dan ada yang telah mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memberi fokus isu rakyat dan bukan isu politik.

Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021.

Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

PM mahu panggil sidang Parlimen ‘secepat mungkin’ sebelum 1 Ogos

 

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mahu memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos, bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dalam kenyataan sebentar tadi.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

“Sehubungan itu perdana menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

“Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021,” kata Takiyuddin.

Pada 29 Jun lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Jelas beliau lagi, baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

Raja Kamarul kata Pas dah lupa daratan, terus hanyut di laut kekuasaan

 


Raja Kamarul kata Pas dah lupa daratan, terus hanyut di laut kekuasaan


2 Julai 2021

1. PAS hari ini sudah tidak seperti dahulu.

2. Rakan rakan dari kalangan NGO yang cukup akrab dengan PAS sebelum ini, seolah sudah tidak mengenali PAS hari ini.

3. Kawan kawan lama seperti UMMAH, PPIM, dan IKRAM sebagai contohnya dan beberapa lagi dari kalangan NGO Islam, telah mengeluarkan kenyataan kekecewaan mereka yang amat sangat bahawa PAS telah hilang hala tuju dan kesungguhan perjuangan yang sudah hanyut. Prinsip perjuangan pun entah ke mana.

4. Apabila hendak mengenakan tekanan kepada Majlis Raja Raja supaya tidak meminta Parlimen bersidang dan supaya darurat di teruskan, beberapa nama nama NGO Islam yang tidak tahu menahu pun di masukkan dalam senarai 440 NGO Islam yang kononnya bersama PAS!

5. Inilah caranya PAS memperalatkan sahabat NGO NGO Islam tanpa malu atau prinsip persahabatan yang baik.

6. Berkenaan Majlis Raja Raja Melayu, dahulu PAS mengherdik pihak lain yang membuka mulut sedikit sahaja pun sebagai penderhaka. Hari ini PAS bukan hanya setakat menderhaka tetapi berlaku biadab berterusan.

7. Setiausaha Agong PAS yang juga merupakan Menteri Undang undang berlakon tidak faham titah untuk Parlimen dan DUN bersidang ‘secepat mungkin” sambil beliau ketawa kecil.

8. Tiga negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah terus membisu selepas 8 negeri lain, termasuk Negeri kerajaan yang diterajui DAP telah bersetuju untuk sidang DUN. Ini menunjukkan sikap jelas biadab dan angkuhnya PAS.

9. PAS ibarat kacang lupakan kulit jasa Raja Raja Melayu yang telah melindungi serta menyelamatkan nama PAS pada tahun 1980an apabila Barisan Nasional (UMNO-MCA-MIC), meminta nama ISLAM di haramkan kegunaannya oleh mana mana parti politik.

10. Majlis Raja Raja Melayu lah yang menghalang pengharaman kegunaan perkataan Islam dalam nama Parti islam se-Malaysia atau PAS.

11. Lupakah Haji Hadi Awang dan Takiyuddin, SUA PAS hari ini jasa Raja Raja Melayu kepada PAS? Rakyat yang menyokong PAS pula selama ini makin hari makin dijauhi dan dilupakan.

12. Kalau dahulu semasa PAS miskin dan perlukan wang, rakyat miskin di kampung diminta mengisi tin tin milo di ceramah PAS. Ada yang memberi wang dan ada yang dengan ikhlas membuka cincin dan gelang di tangan untuk mengisi tin milo tersebut.

13. Hari ini PAS telah kaya raya dan menjadi kerajaan Malaysia serta negeri dan boleh memperlekehkan rakyat yang susah kebulur kerana mereka mengantung bendera putih untuk minta bantuan makanan dan wang.

14. Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh berkata tidak perlu gantung bendera putih, memadai untuk berdoa sahaja. Kalau begitu mengapa PAS perlu hulur tin milo puluhan tahun lamanya untuk derma dan tidak berdoa sahaja selama ini?

15. Setelah EXCO PAS Kelantan menaiki kereta Mercedes mewah rakyat diminta memadai mandi sungai dan telaga sementara ada Mak Cik terpaksa makan biskut selama 3 hari semasa PKP Covid 19 tampa bantuan.

16. Rakan NGO Islam diperalatkan dan disisihkan. Rakyat kampung yang mengisi tin tabung milo dengan wang semasa PAS susah diperlekehkan.

17. Raja Raja Melayu pula yang suatu hari dahulu menyelamatkan nama dan identiti PAS sebagai sebuah parti Islam diderhakai dengan penuh biadab.

18. Mungkin pemimpin PAS pura pura lupa perkara ini kerana setelah menjadi kerajaan telah lupa daratan dan tidak lagi tahu mengenang budi atau sekurang kurangnya tunjuk sedikit hormat sebagai kerajaan Melayu Islam.

19. Saya percaya Raja Raja Melayu akan tetap ingat dan akan berwaspada wajah jelek PAS sebenarnya apabila PAS memegang kuasa.

20. Daripada Raja Raja yang memerintah negeri dan Negara, kepada NGO NGO Islam sahabat seperjuangan, sehinggalah ke rakyat di kampung yang menanggalkan cincin di jari untuk tabung PAS, wajah baru PAS yang ditunjukkan hari ini tidak mudah untuk di lupakan.

21. Wajah pemimpin PAS yang kelihatan begitu gelap air mukanya hari ini bermula dari sikap kacang lupakan kulit di mana mereka yang membantu PAS di lupakan dan di perlekehkan.

22. Hari ini PAS hanya boleh berhujah kosong tentang konsep kerajaan Melayu Islam yang hanya wujud di atas kertas.

23. Dimana Melayunya kalau tidak langsung menunjuk sedikit hormat atau segan silu kepada Raja Raja Melayu sendiri, tetapi dalam masa yang sama menyuruh bangsa lain menghormati institusi Raja Raja.

24. Dimana Islamnya kalau nama rakan rakan NGO Islamnya di peralatkan melalui satu pembohongan di siang hari tanpa pengetahuan dan izin mereka semata mata untuk memenuhi kerakusan nafsu semata mata untuk berkuasa.

25. PAS telah lupa daratan dan hanyut di laut kekuasaan.

26. Inilah wajah sebenar PAS hari ini.

#KerajaanGagal #BukaParlimen

SENATOR DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu


GEMPAR! - RIBUT PERUBAHAN MELANDA PUTRAJAYA!

MENGAPA TIDAK KITA BERLUMBA MEMBUAT KEBAIKAN?

KEH..KEH KKEH...BILA LEBAI MENULIS TANPA GUNA OTAK KANAN DAN KIRI


AHMAD MUNIR

Jual bini lg senang ustaz. Bini ada 4. Kalau jual 3, ada lg baki 1 orang 😄 lepas tu kibar peluru scud kat socmed


 May be an image of text

KAH..KAH...KAH...AKIBAT LEBAI PERINTAH NAK DIJADIKAN CONTOH ?WOIII CINA DAP PENANG PERPUSTAKAAN PUN DAH DIGITAL .....KAH....




 May be an image of 3 people, people sitting and text

Kempen bendera putih: Bantuan makanan tetap diteruskan di kawasan PKPD

 

Ohana’s Helping Hands Food Bank tidak menyangka PKPD diumumkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika PKP sedang berjalan. (Gambar Faceook)

PETALING JAYA: Bantuan menerusi kempen bendera putih kekal diteruskan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mereka yang terkesan pandemik Covid-19.

Ohana’s Helping Hands Food Bank, satu badan bukan kerajaan (NGO) kemasyarakatan tidak menyangka PKPD diumumkan di kedua-dua negeri berkenaan ketika PKP sedang berjalan.

“Walaupun kami tidak menjangka PKPD diumumkan secepat ini, namun kami akan cuba sedaya mungkin untuk menghantar agihan makanan di kawasan PKPD…mungkin melalui ‘rider’ mahupun kaedah pengeposan.

“Ketika ini kawasan yang banyak terjejas berada di Lembah Klang dan kami berharap di kawasan lain bantuan turut diagihkan,” kata jurucakap NGO berkenaan, Nursyazwani kepada FMT.

Semalam, kerajaan mengumumkan PKPD di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur bermula 3 hingga 16 Julai depan.

Semakin ramai rakyat Malaysia berada di belakang kempen bendera putih atau #BenderaPutih, selain beberapa syarikat perniagaan tempatan baru-baru ini tampil menyokong inisiatif yang tular beberapa hari lalu di media sosial.

Berpunca daripada masalah ketidakstabilan pendapatan yang dihadapi ramai rakyat Malaysia susulan pandemik Covid-19, kempen menggantung bendera putih mendapat perhatian ramai dengan tujuan membolehkan individu memberi isyarat langsung bahawa mereka hampir atau putus sama sekali bekalan makanan untuk isi rumah masing-masing.

Kenapa PKPD di KL dan Selangor selepas sebulan lockdown, adakah sebab takut buka Parlimen?

 


Kenapa PKPD di KL dan Selangor selepas sebulan lockdown, adakah sebab takut buka Parlimen?

1- Kenapa PKPD di Lembah Klang, Selangor tidak dilaksanakan seawal 1 Jun dalam tempoh kononnya Total Lockdown dilaksanakan ? Kenapa laksana 1 Julai ? Mengapa terus mendera Rakyat.. apakah Bagi mengelakkan pembukaan Parlimen..

2- Sudah pasti Kerajaan akan mempunyai sebab, Bukan hanya menangguhkan Parlimen, Hatta menukar peraturan Mesyuarat Parlimen dengan pelbagai alasan kononnya wabak semakin merbahaya….

3- Kami di Ipoh dan beberapa Daerah di Perak telah melaksanakan PKPD 10-14 hari sebelum Total Lockdown dilaksanakan biarpun kes di daerah KINTA, Ipoh tidak seteruk lembah Klang dan Selangor..

4- Aku bukan lah warga KL dan Selangor untuk berasa marah..Tapi bagi Kerajaan yang tidak bermaruah, Mereka bukan saja telah melakukan Jenayah keatas Ekonomi, Aku anggap perlaksanaan PKPD di Lembah Klang dan Selangor selepas sebulan tempoh Lockdown adalah satu jenayah Kemanusiaan tanpa sebarang Persediaan dan bantuan.. Nak bagi rakyat terus bunuh diri ?

5- Bila niat yang tak betul, takkan datang keberkatan..Maka lahir lah sebuah Kerajaan Gagal..Tapi apa depa ni peduli.. Janji Kuasa masih ditangan.. Tak pernah aku tengok sebuah Kerajaan dan seorang PM tak bermaruah seperti PN dan Mahiaddin.. 🙂

Ipohmali

MEDIA SENSASI ISU BUNUH DIRI TIMBUL COPYCAT SUICIDES