Umno Perak tidak mahu DAP jadi Exco



Umno Perak tidak mahu DAP jadi Exco


Umno Perak tidak mahu DAP memegang jawatan eksekutif sekiranya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Syarat Umno untuk membentuk kerajaan Perak yang baharu adalah dengan menuntut hanya PKR dan AMANAH menyertai barisan Exco.

“Permintaan ini sama sekali tidak logik,” kata sumber dipetik Malaysiakini.

DAP Perak mewakili 16 kerusi DUN sekali gus blok kedua terbesar selepas Umno yang menguasai 25 daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi.

Selain Umno dan DAP, Bersatu dan AMNAH masing-masing mempunyai lima kerusi, PKR (3), Pas (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan kehadirannya ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esoknya diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional (MN), lusa.


PH DESAK USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN DISEGERAKAN


 Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini dan telah menerima laporan berkenaan perkembangan politik terkini di negeri Perak.

Majlis Presiden juga telah membincangkan penurunan penarafan Malaysia dari AAA- ke BBB+ pada 4 Disember oleh Fitch Ratings. Ini adalah satu tamparan hebat buat Kerajaan, khususnya Menteri Kewangan.

Ia menampakkan kegagalan perancangan dasar serta tatakelola Kerajaan, lanjutan dari ketidaktentuan politik yang berlarutan sejak perubahan Kerajaan pada Mac lalu.

Kesan penurunan penarafan ini terhadap ekonomi negara masih belum dapat ditentukan sepenuhnya, namun apa yang jelas adalah langkah-langkah yang diusahakan Menteri Kewangan selama ini telah gagal memberi keyakinan sehingga berlakunya penurunan penarafan yang cukup serius ini.

Perdana Menteri seharusnya mengangkat prinsip ketelusan dan tatakelola yang baik dengan pelaksanaan langkah-langkah seperti tender terbuka dan pelantikan profesional bukannya ahli-ahli politik ke dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), antara lainnya. Malangnya, ini tidak berlaku di bawah pentadbiran sedia ada.

Oleh itu, demi menamatkan spekulasi berkaitan ketidaktentuan halatuju politik, merancakkan semula pertumbuhan ekonomi, dan mengembalikan keyakinan terhadap pentadbiran negara,

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpendirian bahawa Kerajaan perlu menyegera dan mengutamakan usul undi tidak percaya yang telah dibawa Ahli-Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 17 Disember.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

7 DISEMBER 2020.

AKHIRNYA YANG DIPERTAHANKAN HANYALAH JAWATAN

 

shahbudin husin



Akhirnya yang dipertahan hanyalah jawatan Exco Kerajaan Negeri, walaupun ini bermakna Pas sanggup menjilat ludah dan bekerjasama semula dengan mereka yang pernah dituduhnya sebagai pengkhianat dan penderhaka....

Penafian PN tentang krisis politik, ekonomi beri kesan kepada penarafan kredit negara


Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Penafian Perikatan Nasional (PN) bahawa Malaysia sedang mengalami krisis politik dan ekonomi menambah risiko penurunan lanjut penarafan kredit negara pada masa akan datang. Fitch Ratings telah menyemak turun penarafan kredit Malaysia untuk pertama kalinya sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98, dan Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang mengalami nasib seperti itu dalam wabak COVID-19 ketika ini.

Malangnya, kerajaan Persekutuan PN memilih untuk menafi dan tidak menangani penurunan metrik kredit utama Malaysia yang menyebabkan penurunan dari A- ke BBB +, iaitu ketidakstabilan politik dan kurangnya ketelusan atau piawaian tadbir urus. Pemecatan Menteri Besar Perak secara mengejut oleh sekutu PN iaitu UMNO pada minggu lalu, menunjukkan penilaian Fitch adalah tepat mengenai majoriti tipis parlimen dua kerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyebab ketidakstabilan politik.

Tan Sri Muhyiddin harus berani menangani ketidakstabilan politik ini dengan membenarkan usul tidak percaya di Parlimen. Penolakan beliau untuk melakukannya hanya menunjukkan kelemahan politiknya dan kekhuatiran bahawa beliau telah kehilangan majoriti parlimennya. Sebarang penangguhan hanya akan melanjutkan budaya politik toksik semasa yang mengorbankan kepentingan negara demi survival peribadi yang mementingkan diri sendiri.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz harus berhenti menanam tebu di bibir dan mendedahkan unjuran pertumbuhan yang realistik dan tepat mengenai pertumbuhan KDNK negara, kutipan hasil dan hutang kerajaan, yang jauh tersasar berbanding dengan penilaian Fitch.  Fitch menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat kepada 76% daripada KDNK pada tahun 2020 daripada 65.2% daripada KDNK pada tahun 2019, dan hutang langsung kerajaan pada RM874.27 bilion atau 60.7% daripada KDNK pada akhir bulan September, yang berada di atas had perundangan 60% daripada KDNK.

Lebih penting lagi, Fitch berpandangan bahawa kemerosotan tadbir urus dan ketidakpastian politik yang berterusan dapat melembapkan sentimen pelabur, yang membataskan pertumbuhan ekonomi. Jelas persepsi negatif ini tidak dibantu oleh penyalahgunaan sumber kerajaan demi politik di mana tender terbuka diganti dengan tender yang dirundingkan, dan menggantikan lembaga pengarah profesional Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan lantikan politik, seperti tawaran jawatan Pengerusi Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk membeli sokongan politik.

Yang lebih membimbangkan adalah kegagalan jelas Tan Sri Muhyiddin untuk mengekang wabak COVID-19 dengan keputusan untuk membenarkan perjalanan domestik dan mengurangkan sekatan Covid-19 di beberapa negeri walaupun terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 ke tahap yang tinggi. Pemimpin UMNO menyelar kegagalan Perdana Menteri untuk mengawal pandemik Covid-19 dengan menyatakan bahawa krisis COVID-19 Malaysia berada dalam keadaan yang lebih buruk berbanding di Indonesia, di mana dilaporkan 2.234 kes per juta penduduk di Malaysia berbanding 2.096 kes per juta di Indonesia. Jumlah kes COVID-19 (72,694) dijangka akan melebihi jumlah 86,619 kes di China dalam 10 hari akan datang.

Penurunan penarafan kredit negara ini adalah satu bentuk undi tidak percaya oleh pakar kewangan bebas dan antarabangsa mengenai prestasi ekonomi kerajaan.  Kerajaan Persekutuan PN harus bekerjasama dengan semua parti politik dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyelesaikan krisis politik dan ekonomi ini demi meningkatkan dan mendapatkan semula penarafan kredit A- negara. 

Penurunan penarafan kredit negara ini merupakan kejutan untuk bangkit dari lena kepada kerajaan PN melakukan reformasi politik dan struktur ekonomi yang mendesak. Sekiranya PN tidak berusaha untuk bersatu dan bekerjasama untuk memberikan kepastian, kejelasan dan ketekalan terhadap dasar politik dan ekonomi negara, prospek Malaysia akan malap dan mendatangkan risiko penurunan lanjut pada masa depan. 




Krisis politik Perak: Saarani beri arahan 'tutup mulut'

GEMPAR! AZMIN CUBA GELAPKAN RM60 JUTA DI PARLIMEN?

ZAHID & UMNO DAH TERSILAP LANGKAH DI PERAK...




Keputusan UMNO bawahan terutama bahagian UMNO Perak yang Zahid ada pengaruhnya menjatuhkan MB Peja, mereka telah masuk perangkap Politik sendiri sebenarnya... tujuan asal Zahid dan Najib untuk jatuhkan Peja di Perak hanya bertujuan untuk gugurkan MB dan kekalkan Kerajaan untuk bagi signal kepada Muhyidin...

Itu sebab sedar akan kesilapan, Zahid kelam kabut keluarkan keluarkan kenyataan, yang UMNO masih mahu mengekalkan kerajaan PN... cuma mahu tukar MB... hakikatnya yang tak disedari, tindakan UMNO bahagian telah membubarkan Kerajaan sedia ada memandangkan UMNO bukan dalam gabungan rasmi PN... Itu sebab aku kata Zahid ini seorang yang gelojoh...

Mereka terlupa... Sultan Negeri Perak adalah Sultan yang bijaksana dan arif dalam Undang-undang... bila MB hilang sokongan... maka wajar seluruh ahli jemaah Exco turut meletak jawatan... kerana Kerajaan sudah pun terbubar... itu yang berlaku bila sebelum ini Bersatu umum keluar dari gabungan PH...

Jadi jika ada mana-mana Adun, hatta ada pemimpin UMNO menyokong tertubuhnya Kerajaan PH... kita raikan sokongan dan kerjasama mereka... TETAPI untuk meletakkan kerjasama dengan parti UMNO dan PH membentuk kerajaan pemimpin PH wajib tolak... JANGAN masuk dalam Perangkap UMNO... biarlah UMNO dan PN berantakan... Pengkhianatan telah pun dilakukan UMNO... sukar untuk dipulihkan...

JANGAN ada pemimpin PH kerana dendam dengan PAS terutama di dalam Amanah... rindukan kerusi empuk Exco kita masuk dalam perangkap UMNO untuk bekerjasama dengan mereka... lebih baik jadi pembangkang bermaruah dari bersama dengan UMNO... bagi yang gelojoh dengan 'move' politik ini... biarlah mereka bersama dengan UMNO...

Kita biarkan UMNO dan Pakatan Nasional saling berantakan... ini petanda baik untuk kita di Persekutuan dan dalam PRU 15... PM tebuk atap itupun bila-bila saja boleh tumbang...

Ingat pesan Tok Guru Nik Aziz... JANGAN sesekali percaya dengan UMNO..!! - Ipohmali, edited by papa

Bob

KESIAN SI BONGOK RAZMAN

 Image may contain: 1 person, text that says "IR Info RAKYAT Adun Pas dakwa usaha tukar k'jaan Perak adalah satu bentuk pengkhianatan 04/12/2020 1:25 PM mkk Tahik Hehhh Razman.. Masa Geng2 Bengong Kamu Tukar Kjaan PH Dulu,Itu Bkn Satu engkhianatan? Knapa?Sayang Nak Lepaskan Gaji Puloh Ribu Riban Sebulan Sbgai Exco? Seorang exco kanan menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri hari ini adalah suatu "penderhakaan dan pengkhianatan". Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata"

NIZAM AKA

Kesian sibongok Razman Zakaria ni..Terkezut dengan Kerajaan 9 Bulan?Terkezut kerana dah hilang gaji pulohan ribu riban sebulan sebagai exco???

Ooo..jatuhkan Kerajaan PN itu pengkhianatan?Habis tu,yang geng-geng bengap kamu jatuhkan Kerajaan PH 9 bulan lepas,itu nak panggil apa?Itu bukan pengkhianatan tapi perosak,lanun dan samseng..

Jumlah semua adun 59 orang..yang mnyokong MB PN kesayangan geng-geng Pas hanya 10,yang tidak menyokong seramai 48 orang..Mana datangnya 48 orang itu kalau bukan termasuk dengan adun dari Umno?

Maknanya,bagi Pas umno itu adalah pengkhianat krana usul itu dibawa oleh wakil Umno..

Kalau umno itu pengkhianat,perlu apa lagi Pas terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh nak kerjasama dengan umnobn?Bodoh..

 

KEMELUT POLITIK PERAK: APA SEBENARNYA TERJADI?


Enggan beri kerakyatan, diskriminasi hak wanita dan kanak-kanak - Fuziah Salleh

 


Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said baru-baru ini bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberikan kerakyatan kepada anak wanita Malaysia yang mengahwini warga asing merupakan suatu diskriminasi kepada wanita dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, jawapan Timbalan Menteri itu dalam perbahasan Dewan Rakyat tempoh hari kononnya mahu mengelakkan dwi-kenegaraan dan boleh mengancam keselamatan negara adalah dangkal.

Katanya, alasan itu bertentangan dengan prinsip keadilan serta penegasan prinsip kesaksamaan yang ditegakkan oleh Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang terkait rapat dengan kesaksamaan gender.

"Pendirian kerajaan PN adalah satu bentuk praktis diskriminasi bukan sahaja terhadap wanita Malaysia yang mengahwini rakyat asing tetapi juga kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut.

"Kenyataan tidak bertanggungjawab ini mengabsahkan bahawa PN adalah sebuah kerajaan yang gagal memahami isu asas hak asasi serta menindas hak wanita dan kanak-kanak.

"Kerajaan PN juga ternyata gagal memahami struktur sosial masyarakat yang telah banyak berubah dan sumbangan wanita-wanita ini sama ada mereka belajar, melanjutkan pelajaran, bekerja mahu pun mengikut suami ke luar negara yang memungkinkan anak-anak mereka dilahirkan di luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Wanita KEADILAN mendesak kerajaan PN menghapuskan dasar diskriminatif yang menindas wanita dan kanak-kanak dengan menyegerakan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kesaksamaan hak asasi serta menolak semua ketidakadilan berasaskan gender.

Menyentuh mengenai kegagalan Kerajaan PN membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, hal itu membuktikan PN tidak peduli tentang hak asasi manusia di Malaysia.

"Kos pengoperasian Suhakam yang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 13 juta menjadi sia-sia kerana hasil laporan tahunan suruhanjaya itu tidak dapat dibahaskan dalam Dewan Rakyat," katanya lagi.

·         Berita

 

Pengangkutan awam luar bandar pun perlukan peruntukan kerajaan

 


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menggesa kerajaan supaya memperuntukkan dana untuk pengangkutan awam di luar bandar di seluruh negara.

Beliau berkata, pertambahan peruntukan besar untuk pengangkutan awam bandar dari RM13 juta kepada RM521 juta seolah-olah menganakitirikan pengangkutan bas di luar bandar.

"Adakah pengangkutan awam luar bandar tidak diberi perhatian kerana tiada butiran dalam anggaran kementerian.

"Saya menaiki bas Muafakat Johor, saya lihat ada manfaatnya supaya ada juga peruntukan diberikan kepada pengangkutan luar bandar terutamanya untuk membantu rakyat menghadapi masalah pengangkutan," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pengangkutan di peringkat jawatankuasa.

Pada masa sama, Syed Ibrahim juga meminta kerajaan memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh pemandu e-hailing yang kehilangan kerja.

"Saya ingin menteri jelaskan pendirian kerajaan dalam isu 'wrongful termination' terhadap pemandu e-hailing oleh syarikat e-hailing.

"Perkara ini ada berlaku, memandangkan mereka tiada medium khusus membawa masalah ini dan tidak ada usaha tindakan undang-undang malah akan memakan kos belanja, apakah ada ruang untuk mereka dapatkan pembelaan," katanya.

Syed Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan dua program perkhidmatan bas henti-henti.

"Terdapat pengurangan terhadap prorgram dana bantuan sementara bas henti-henti dari segi peruntukan dari RM98 juta ke RM80 juta. Walaupun pengurangan tidak signifikan tetapi bukankah kumpulan ini antara memerlukan sokongan bantuan kerajaan dalam pemulihan operasi.

"Dalam program transformasi bas henti-henti, tidak ada penambahan atau pengurangan sebaliknya peruntukannya sama, mohon penjelasan apakah peruntukan ini memadai, memandangkan tiada penambahan, dan adakah kerajaan akan pertimbangkan perluasan program untuk perkhidmatan bas kawasan luar bandar yang ada banyak penduduk," katanya.

 


26 POSTING SEHINGGA KINI .LAGI BERITA MENYUSUL

 


SELAMAT DATANG KE WRLR...


 TERIMA KASIH KERANA  MENGUNJUNGI  WRLR....

      

 SILA TEKAN    >      UNTUK BERITA AWAL PAGI 





SPRM digesa jelaskan keputusan melepaskan Ku Nan

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk menjelaskan keputusan melepaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dari pertuduhan rasuah membabitkan suapan bernilai RM1 juta.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Faiz Fadzil ketika dihubungi berkata, alasan bahawa adanya perkembangan kes yang memerlukan siasatan lanjut sehingga membebaskan wakil rakyat Umno itu sama sekali tidak masuk akal.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran melaksanakan siasatan lanjut walhal pemberi rasuah yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Tang Eng Boon telah mengaku bersalah menawarkan suapan.

“Biasanya, kes sebegini amat mudah bagi pihak pendakwaan membuktikan kes. Ironinya, pemberi rasuah telah mengaku salah, yang menerima rasuah tidak bersalah.

“Lagipun, untuk apa lagi siasatan lanjut sekiranya pemberi rasuah telah pun mengaku salah dan dihukum.

“Satu penjelasan komprehensif dan telus perlu dibuat oleh SPRM secara terbuka dengan seberapa segera supaya janji kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menjamin integriti tadbir urus benar-benar ditunaikan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan Tengku Adnan yang dikenali Ku Nan selepas pihak pendakwa raya menarik semula pendakwaan terhadapnya.

Ku Nan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Ku Nan).

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu menurut Faiz yang juga seorang peguam, keadaan yang berlaku ketika ini mencalarkan kredibiliti SPRM dan institusi undang-undang negara, selain bakal menyaksikan negara sekali lagi diheret ke arah situasi korup yang kritikal.

Bahkan jelasnya, trend melepaskan bekas pimpinan negara daripada rasuah memberikan persepsi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdesak untuk menyelamatkan kedudukan mereka sehingga sanggup melutut kepada Umno.


LEBIH BAIK PH KEKAL PEMBANGKANG DI PERAK?

 

AZIZ BARI BOLEH JADI MB PERAK?

 

DEMI NEGARA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA UMNO DAN DAP DAPAT BEKERJA BERSAMA

 

Nota - ini adalah artikel lama yang pernah saya tulis pada 23 Oktober 2020 lalu dan oleh kerana sekarang nampaknya ruang untuk UMNO dan DAP bekerjasama seolah-olah sudah terbuka, saya titipkan semula untuk tatapan, mungkin ada kebaikan bersama daripadanya. 


DEMI NEGARA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA UMNO DAN DAP DAPAT BEKERJA BERSAMA


Walaupun UMNO dan DAP diketahui sudah bermusuhan sejak sekian lama, permusuhan itu jika dihalusi hanyalah sia-sia saja.


Ini kerana kedua-dua parti tidak pun bertembung dalam pilihanraya di kawasan yang sama.


UMNO hanya bertanding di kawasan Melayu atau luar bandar, manakala DAP lebih tertumpu di bandar serta kawasan majoriti Cina.


Tindakan UMNO terus memusuhi DAP hanya meringankan kerja MCA dan membuatkan parti Cina dalam komponen BN itu lebih banyak masa untuk goyang kaki daripada membuat kerja.


Sepatutnya, biarlah MCA saja mendepani DAP kerana ia parti Cina juga, selain itulah lawannya dalam pilihanraya.


Ini tidak, UMNO lebih melihat DAP macam mereka takutkan hantu, walaupun tidak pernah melihat rupa sebenar hantu.


DAP juga begitu, mereka turut takut kepada UMNO seperti takutnya kepada hantu.


Hakikat mudahnya, ketakutan UMNO kepada DAP, begitu juga ketakutan DAP kepada UMNO, lebih banyak diselubungi imaginasi.


Realiti yang nyata, UMNO adalah parti Melayu yang bukan saja bertanding di kawasan Melayu, tetapi turut menang banyak kerusi di kawasan Melayu.


Sama juga dengan DAP, ia adalah parti Cina yang cuma bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang banyak kerusi di kawasan Cina.


Makna kata, kedua-dua parti iaitu UMNO dan DAP adalah parti yang diterima di kawasan masing-masing yang berbeza kelompok kaumnyq.


Jadi, di mana logiknya mereka perlu bermusuh dan bergaduh?


Kebelakangan ini, berikutan ura-ura Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan baru dengan sokongan UMNO, ternampak ramai sekali pemimpinnya menolak kerjasama itu dengan alasan ada DAP di dalamnya.


Sesetengah pemimpin juga enggan memberi komitmen kerana ia melibatkan UMNO.


Sebagaimana disebut di atas, ketakutan itu sebetulnya hanya imaginasi dan seperti takutnya kepada hantu, walaupun seumur hidup tidak pernah melihat rupa hantu.


Kenapa perlu takut sesama sendiri sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dan bertanding pula di kawasan yang berbeza?


Dalam konteks masyarakat majmuk dan untuk kebaikan negara, oleh kerana UMNO adalah parti paling diterima oleh orang Melayu, sementara DAP parti paling diterima oleh orang Cina, bukankah lebih baik jika mereka saling bekerjasama?


Dengan bekerjasamanya UMNO dan DAP dalam kerajaan, mereka mampu saling berperanan dengan lebih baik untuk memajukan negara mewakili sokongan kuat daripada kaum masing-masing


Lebih daripada itu, dengan bersama dalam kerajaan juga, mereka mampu saling menyesuaikan diri, berkompromi dan mengawal atau menegur antara satu sama lain dalam mengurus negara.


Lagi pula, dengan kedudukan MCA yang ditolak oleh pengundi Cina, keharmonian kaum hanya dapat dicapai melalui wujudnya kerjasama kedua-dua parti yang mendapat sokongan kaum Melayu dan Cina itu.


Selagi mereka bermusuhan dan seperti takutkan hantu, selagi itulah keharmonian antara Melayu dan Cina tiada jambatan penghubungnya.


Namun demikian, UMNO dan DAP tidak perlu bersama dalam sebuah gabungan parti yang sama, mereka boleh terus berbeza seperti sedia ada untuk menghadapi pilihanraya.


Mereka bebas bertanding di kawasan yang berbeza, tetapi setelah pilihanraya selesai dan demi kebaikan negara, bersama membina negara dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik daripada terus bermusuhan dari segi politik dan bermusuh juga dengan satu pihak menjadi kerajaan dan satu pihak lagi menjadi pembangkang.


Sebagaimana musuh DAP adalah MCA, musuh UMNO yang sebenar ialah parti Melayu seperti Bersatu yang bukan saja mahu merampas banyak kawasan Melayu yang biasa ditandingi UMNO, malah merupakan halangan terbesar kepada parti itu untuk mendapatkan balik kerusi Perdana Menteri.


Berbeza dengan DAP, oleh kerana kawasan Cina kurang berbanding kawasan Melayu, parti itu tidak mengancam survival UMNO dan kerusi Perdana Menteri yang dikejarnya.


Seperti sudah ramai orang Melayu suka makanan Cina serta dim sum dan ramai orang Cina pula gemar masakan Melayu serta hidangan pedas-pedas, berdamai dan bersama dalam kerajaan dengan masing-masing harus sedia berlapang dada dan melakukan penyesuaian tidak harus lagi dilihat sebagai imaginasi atau seperti takutkan hantu. (Shahbudindotcom 23/10/2020)



TAHNIAH KERAJAAN MELAYU ISLE

Shahbudin Husin


 Ku Nan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah kerana pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan perbicaraan.

Alhamdulillah dan tahniah kepada kerajaan Melayu/Isle pimpinan Muhyiddin....


Pendakwaan tidak teruskan kes ke atas Ku Nan.  Beliau bebas tanpa dilepas.  Ertinya, kes beliau boleh dibawa semula.  Maka, fail disimpan rapi.  Berani tak agak-agaknya Ku Nan nak menderhaka kepada kerajaan pintu belakang?  Sebab itu jangan pelik kalau Umno ni tak berani buat apa-apa kat Bersatu walaupun Bersatu ni ular lidi. Ular lidi ni lebih bahaya dari ular tedung.  Aku simpati dengan ahli-ahli  Umno yang masih anggap Umno parti keramat yang bermaruah sedangkan pmimpin-pemimpin mereka hanya pentingkan diri masing-masing  yang bergelut dengan kes...

(W.FAUDZIN)


"LANGKAH PERAK" ADALAH SATU CABARAN BUAT AHLI-AHLI PARLIMEN

 

1. Fasa 1 menjatuhkan Peja telah disempurnakan. 48 menolak usul percaya berbanding 10 adalah isyarat yang jelas MB Peja dari Bersatu tiada majoriti. Secara asasnya kejayaan usul percaya yang dikalahkan adalah kombinasi UMNO+PH manakala PAS dan pembelot dari Bersatu telah gagal pertahankan MB Peja dan kerajaan PN.

2. Fasa seterusnya ialah melantik MB baru dari UMNO yang sedari 2 bulan lalu telah menggerakkan usaha ini. PH sejak awal menolak MB Peja yang bersengkongkol dengan PAS dan UMNO mengkhianati PH yang bermandat. Ironinya UMNO yang bersama jatuhkan PH bulan March 2020 dengan para pembelot kini berganding undi dengan PH menolak kerajaan Peja pula.

3. UMNO sudah ada calon MBnya, cabarannya ialah untuk mendapat sokongan secara SD dari Adun-Adun lain dari PH, PAS dan Bebas. Secara teorinya UMNO hanya perlu 5 atau 6 tambahan sokongan. Apakah PAS akan menyokong UMNO dalam fasa 2 setelah menyatakan sikapnya yang bertentangan dalam fasa pertama? Apakah PAS akan ‘kona baring’ dalam fasa ke dua? Bagaimana dengan Yb-Yb lompat? Apakah mereka akan lompat lagi?

4. Bagi saya, cabaran yang lebih utama ialah bagaimana fasa ini akan menjayakan sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan tidak mudah goyah bukan sekadar majoriti mudah. Saya mencadangkan angka 48 sebagai kayu pengukur yang perlu dilanjutkan dalam fasa ini, ia bukan mustahil. Ini bermakna 24 UMNO dan 24 PH mampu membentuk kerajaan yang dari sudut bilangannya adalah kukuh dan stabil.

5. Soal bagaimana teknikal pembentukan kerajaan UMNO+PH di Perak terpulanglah kepada perbincangan dan persetujuan bersama antara pemimpin UMNO dan PH. Keperluan ini adalah di atas premis membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kukub bilangan sehingga pembubaran wajib 2023. Peluang ini patut digunakan untuk kukuhkan demokrasi dan sembuhkan negeri Perak dari frisko politik langkah sheraton yang mengundang musibah besar politik negara.

6. Tidak syak lagi kerajaan UMNO+PH di Perak akan menimbulkan berbagai polemik di kalangan penyokong masing-masing. Tetapi dari sudut kerangka lebih besar, keperluan kerajaan yang bermajoriti kukuh untuk berkhidmat kepada rakyat harus diutamakan. Di sinilah politik berjiwa besar perlu ditonjolkan dalam suasana covid dan krisis kepercayaan kepada pemerintah menggugat ketahanan kita.

7. Saya melihat insiden di Perak adalah mikro kepada krisis politik nasional yang kita hadapi. Fasa pertama membuktikan gabungan undi UMNO+PH bukan mustahil, kita menanti fasa kedua apakah gabungan ini untuk stabiliti sebuah kerajaan boleh dicapai. ‘Langkah Perak’ mencabar MP di Persekutuan khususnya MP UMNO apakah mereka bersedia bersikap terbuka seperti PH di Perak?

8. Tidak ada bezanya di Persekutuan dari sudut tujuan besar yang ingin dicapai, iaitu membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil melalui bilangan undi yang solid antara PH dan UMNO. UMNO boleh membetuli keadaan dari badi langkah sumbang sheraton dan kecurangan PAS terhadap erti setiakawan politik dan sekaligus memulihkan imej untuk masul PRU dengan selesa.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

6 Dis 2020.

PAS HILANG SEMUA NEGERI PRU 15?