RAMAI YANG GAGAL KETIKA BERKUASA


Mohamad Hashim

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang “tergelincir daripada landasan” ketika memegang kuasa dahulu.

“Kita hadapi ujian di peringkat awal adalah kerana kita dah mula pegang tampuk kekuasaan. Bila diuji masa senang, ramai yang gagal.

“Bila susah, derita, dalam keadaan susah. Tapi bila kita ada di tampuk kekuasaan, banyak kecuaian. Cara kita menilai hilang, tergelincir dari landasan,” katanya ketika berucap di Konvensyen Penerangan PKR di Ampang hari ini.

Anggota Parlimen Port Dickson itu mengingatkan ahli parti yang tergelincir daripada landasan parti untuk meninggalkan parti.

“Sebaik tergelincir, kita bukan lagi dalam agenda keadilan. Sebab itu kalau orang nak keluar, silakan keluar,” katanya.

Anwar menjelaskan bahawa landasan parti tersebut adalah berkisar tentang “keadilan”.

“Kita tak boleh bicara soal ekonomi tanpa keadilan. Tak boleh bicara keadilan kalau kayakan anak-pinak.

“Bila kita ada kuasa, bibit sama telah menimpa kita. Ini maknanya kita tak istiqamah,” katanya.

Untuk rekod, hujung Februari lalu, dalam satu gerakan yang diberi julukan Langkah Sheraton, bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa anggota parlimen PKR keluar parti dan membentuk kerajaan baru di bawah Perikatan Nasional (PN) bersama Umno-BN, PAS, GPS, PBS dan Star.

Sejak itu, beberapa pemimpin PKR yang dilihat sebagai penyokong Azmin meletak jawatan atau dipecat daripada parti itu.

Bagaimanapun, Anwar tidak menamakan mana-mana individu dalam ucapannya.

Beliau menggesa jentera parti untuk turun padang, bertemu rakyat dan menjelaskan berkenaan agenda parti.

“Penjelasan kita bukan sekadar Langkah Sheraton, itu hanya serpihan.

“Orang-orang terlibat pun tak tahu dekat mana nak bertanding.

“Kalau jumpa saya pun banyak senyum sekarang, bukan nak marah dah,” katanya lagi.

KENAPA TIDAK DIUMUMKAN TARIK SOKONGAN SAJA SEKARANG ??


Sekurang-kurangnya tiga pemimpin UMNO bergelar Ahli Parlimen setakat ini telah bersuara tentang perlunya pilihanraya semula diadakan segera berikutan kedudukan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dilihat tidak stabil dan bila-bila masa boleh tumbang.
Mereka ialah Najib Razak (Pekan), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).
Yang bukan wakil rakyat, antaranya ialah Johari Ghani, Pengerusi UMNO WP yang mengatakan kerajaan yang memiliki majoriti tipis tidak akan meyakinkan para pelabur.
Berdasarkan undian menukar Speaker Parlimen yang diusulkan Muhyiddin baru-baru ini, PN hanya mempunyai majoriti dua undi berbanding blok pembangkang.
Kedudukan majoriti setipis ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan sebelum ini, sekaligus menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri paling rapuh kedudukannya.
Dalam hal ini, benarkah UMNO mahu pilihanraya semula?
Jika benar, kenapa mereka tidak umum saja penarikan sokongan dan tidak lagi menyokong Muhyiddin dengan segera?
Buat apa bising-bising konon mahu pilihanraya semula, tapi takut untuk bertindak yang membolehkankan Parlimen dibubarkan?
Apakah mereka berharap dengan bersuara itu akan membuatkan Muhyiddin membubarkan Parlimen?
Ohhhh…janganlah bermimpi!!
Dengan kedudukannya sekarang, Bersatu sedang berpecah dan kerusi untuk partinya juga tidak menentu, selagi boleh Muhyiddin akan berusaha mengelak daripada mengadakan pilihanraya semula.
Untuk itu, bagi UMNO, mereka seharusnya memaksa Muhyiddin agar membubarkan Parlimen iaitu dengan dua tiga Ahli Parlimennya mengumumkan penarikan sokongan.
Lagi pun, kalau benar UMNO mahu pemimpin mereka sendiri menjadi Perdana Menteri, inilah masanya untuk bertindak ke arah itu?
Malah, jika ada pemimpin UMNO yang berani bertindak menarik sokongan bagi membolehkan pilihanraya semula diadakan, mereka itulah hero yang akan disanjung rakyat.
Siapa yang berani melakukannya, tidak mustahil merekalah juga calon Perdana Menteri daripada UMNO yang dicari-cari ketika ini.
Najib, Ku Li – tunggu apa lagi? (Shahbudindotcom 26/07/2020)

BAGAIMANA UMNO MENJAGA CYBERTROOPER MEREKA....PH NAK MENANG?


Antara yang kerajaan PH dulu tak ambik berat....

Malah boleh dikatakan tiada apa pun untuk para cyber PH dulu yang banyak membantu di dalam sosial media.....tengak mcmna diaorg jaga orang mereka.
Kedengaran hari ini JASA di hidupkan kembali. Bermakna setiap dr mereka kan dapat habuan bulanan dan mungkin lebih. Kepada sdra Gobind, pa habaq... ada untung banyak juai roti?
Sewaktu sdra Gobind jadi menteri, memang ada pro dan kontra. Ya benar ada kebaikannya, jaga 5G dan harga internet yg fleksibel buat pengguna.
Tidak lama lg harga Streamyx & Unifi akan di selaraskan kembali. Faham dak makna selaraskan ?
Zaman kerajaan atap ini depa nak cakap naik harga, rakyat pasti jadi singa belaka. Sama ja isu buluh dan sawit merah... hanya pusing ayat utk tarik sokongan pd masa sama menekan lagi lebih.
Masih ingat pabila JASA di leraikan sebaik saja PH berjaya mendapatkan mandat rakyat PRU14, dengan setitis air mata dan pujuk rayu kata anak bini nak makan. Maka ratusan ahli JASA di serap ke pelbagai institusi... beri mereka pekerjaan... beri mereka elaun. Warga PH di abaikan kunun tak pandai cari peluang.
Semasa jasa itu di sara penuh, apa yg mereka tidak lakukan kepada ahli jabatan kerajaan yg lain, walaupun ada tulisan berbau tidak suka najib ja pun warga pendidik di pindah sana sini ke kawasan pendalaman. Nun hujung Kelantan dan Terengganu... kawasan pendalaman Sarawak dan Sabah. Penjawat awam yg tidak mengundi umno baru yg tidak ada akaun fb & twitter pun agensi ini lapurkan utk di tukarkan atau turunkan ke jawatan rendah. Ini adalah fakta dan telah berlaku bertahun lamanya.
Hari ini mereka sekali lg mendakwa ahli JASA yg di hentikan oleh PH tak dapat cari makan, maka di hidupkan kembali JASA ini kununnya nak beri bekas ahlinya sara hidup.
Persoalan utama, bukankah ratusan ahli bekas jasa telah pun di serap ke pelbagai agensi bawah kendalian PH itu sendiri apatah lagi menyerapkan mereka ke SKMM itu sendiri ? Tang bila lg mereka tak dapat cari makan ?
Ada rakan karya mohon dr GM sendiri bantuan proposal mewujudkan penulis karya ataih talian. Dan proposal itu telah di sempurnakan oleh beberapa rakan karya yg lain. Akhirnya di tolak hina ataih beberapa alasan. Tebuk atap naik ja memerintah, dengan puak2 hangpa sekali guyub.
Apa rasa... sardin ka atau sos cili yg di campur ke dalam cincau?
Ini pengajaran wahai sdra Gobind, dan pimpinan PH yg lain. Biar berpadalah jika nak budiman sekali pun. Nak cakap pun tak guna, kesilapan dah berlaku. PH buleh berjaya sekali lg di PRU15 dgn beberapa syarat antaranya kalian kembali ke meja Majlis Presiden dgn segera dan pengubahan beberapa perkara lain. Bukan berbunyi antara sesama, baling batu sembunyi tangan yg akhirnya hilang punca sendirian.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.




PKR PERLU TERUS KEHADAPAN

ZUBAIDI SUDIN

Frankly...saya rasa hanya Keadilan bergerak ke hadapan utk persiapan Snap Election atau PRU15. Tapi DSAI beri kredit pd PH... Oklah...kita harap belum terlambat....
****************
Pakatan sedia hadapi PRU15 lebih awal, kata Anwar
PAKATAN Harapan (PH) sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal walaupun berpandangan keadaan semasa tidak sesuai kerana penularan Covid-19 yang masih belum reda, kata pengerusi Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga presiden PKR berkata jentera partinya sudah digerakkan untuk menghadapi pilihan raya.
“Keseluruhan jentera parti di seluruh negara sudah digerakkan untuk menghadapi pilihan raya lebih awal walaupun mandat kita berbaki tiga tahun, kita tidak akan ambil risiko,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Penerangan PKR di Ampang, Selangor, hari ini.
Anwar yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata rundingan agihan kerusi antara komponen PH juga sudah bermula.
Katanya, dalam rundingan itu PKR diwakili ketua penerangan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sukar bertahan mengharungi pasca pandemik Covid-19 dengan majoriti tipis di Dewan Rakyat.
“Situasi Covid-19 memerlukan satu kerajaan yang kuat dan stabil… bukan kerajaan seperti PN, dan kerajaan yang jelas dasar ekonomi, bila diberi tumpuan (kepada dasar ekonomi dan masalah), kita boleh lakukan program,” katanya.
Beberapa pemimpin Umno antaranya timbalan presiden Mohamad Hassan dan pengerusi jemaah penasihat parti Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing sebelum ini menyuarakan pandangan agar pilihan raya disegerakan.
Ia bagi membolehkan kerajaan dibentuk dengan mandat baharu yang lebih kuat untuk menangani krisis ekonomi selepas dunia dilanda wabak Covid-19.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Jun mengadakan dua pertemuan berasingan dengan Najib Razak dan Tengku Razaleigh membincangkan persiapan Umno untuk menghadapi PRU15 lebih awal.
Minggu lalu, bekas timbalan menteri kewangan Johari Abdul Ghani juga memberi ingatan kerajaan yang tidak stabil akan menyukarkan Malaysian menarik pelaburan asing, terutama ketika semua negara serantau juga agresif cuba memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.
Pada pertengahan bulan lalu, media melaporkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bercadang mengadakan pilihan raya lebih awal tahun ini untuk menamatkan keraguan mengenai mandat pentadbirannya.
Muhyiddin kini mempunyai majoriti tipis lebih dua atau tiga kerusi daripada majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi. – 26 Julai, 2020.




SAYA PERCAYA LIM GUAN ENG


IBRAHIM MAT ISA

Bacaan Versi "Aiseymannnnn"
Mengenai dakwaan Mahathir bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memilih Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, Anwar mengatakan bahawa beliau percaya naratif ini tidak benar.
"Itu versi Mahathir. Saya percaya Lim," katanya.
Image may contain: 2 people, people standing and indoor

VIDEO : NAJIB DAN 1 MDB JADI BAHAN KETAWA DUNIA


GAMBAR GAMBAR DSAI DI AMPANG

Menghadiri Konvensyen Penerangan KEADILAN di Ampang.
Saya tegas menyatakan bahawa parti ini kena sentiasa di depan dalam mengangkat suara rakyat yang susah dan terpinggir.
Idealisme mesti terus menyala meski dilempar segala rintangan. Parti ini mesti menjadi parti masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, ia mesti konsisten bawa agenda reformasi dan perubahan.
InshaAllah, kita akan lawan lebih kuat dan gigih.
Bersatulah untuk reformasi.

Dulu keluar PKR, kini cari mana mahu bertanding

Dulu keluar PKR, kini cari mana mahu bertanding

Pemimpin PKR yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut, sekarang sedang mencari kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti tersebut tidak menghalang mana-mana pemimpin untuk meninggalkan PKR sekiranhya itu adalah kemahuan mereka.
“Dengan adanya pembersihan ini, kelompok yang sebelum ini gelisah sudah kembali semula kepada parti malah anak muda juga mula sertai cabang PKR.
“Mereka yang keluar itu kini tengah mencari di mana mahu bertanding (PRU-15). Mereka yang keluar itu juga kini lebih banyak senyum dan bukan marah lagi dengan saya,” ujarnya.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Penerangan PKR di Ampang hari ini.
Anwar Ibrahim
Untuk rekod, seramai 11 Ahli Parlimen mewakili PKR pada 24 Februari lalu mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.
Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengingatkan ramai yang lurus ketika berada dalam kesusahan tetapi gagal ketika senang.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar cabang PKR tidak mengikut perangai Umno yang mencantas cerdik pandai menyertai pentadbiran di peringkat bahagian.
Calon Perdana Menteri tersebut turut menegaskan kekuatan cabang PKR tidak terjejas walaupun pengkhianatan berlaku dalam parti itu.
“Satu dan dua cabang bertindak keluar parti itu bukan baharu. Mereka ini sejak pemilihan parti lagi sehingga sekarang bertindak namun begitu cabang-cabang di Malaysia semakin kukuh.
“Bagi media ia mungkin perkara baharu tetapi sebenarnya sudah lama. Mereka ini juga tidak pernah hadir dalam program yang saya hadiri,” tambahnya lagi.

Anwar nasihat cabang PKR elak ikut perangai Umno

Anwar nasihat cabang PKR elak ikut perangai Umno

MAHKAMAH NEW YORK REKOD PEMBABITAN NAJIB, ROSMAH, 1MDB

GUNAKAN PAMPASAN GOLDMAN SACHS UNTUK TEBUS BOND 1 MDB

Usaha Pakatan Harapan dalam isu 1MDB telah berjaya membuahkan hasil, di mana sejumlah besar dana yang diseleweng ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak telah dibawa kembali ke Malaysia.
Namun, usaha ini tidak harus terhenti di sini. Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi US$620 juta (RM2.6 bilion) daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Terbaru, bank pelaburan Goldman Sachs bersetuju membayar pampasan bernilai US$3.9 billion (RM16.6 bilion). Bayaran ini menunjukkan pendedahan skandal kleptokrasi ini selama ini adalah berasas dan bukan tohmahan.
Justeru, jumlah ini harus digunakan secara telus untuk menebus 3 bon 1MDB yang akan tamat tempoh pada 2022 dan 2023.
Malaysia harus membayar US$3.5 bilion (RM15 bilion) pada tahun 2022 untuk menebus 2 bon, dan US$3 bilion (RM12.8 bilion) pada 2023.
Penebusan bon-bon ini sangat mustahak supaya Malaysia tidak lagi terbeban dengan bayaran faedah setiap tahun. Untuk 3 bon ini sahaja, Malaysia membayar faedah sebanyak US$338.66 juta (RM1.44 bilion) setiap tahun.
Ini tidak termasuk bayaran faedah tahunan RM287.5 juta untuk sukuk 1MDB yang tamat tempoh pada 2039. Inilah hasil peninggalan kerajaan Najib Razak untuk rakyat Malaysia.
Memandangkan 1MDB adalah milik penuh kerajaan Malaysia, maka kegagalan 1MDB melunaskan hutangnya akan memberi impak terus kepada negara.
Justeru, kedudukan kewangan syarikat ini harus terus dipantau dan ditadbir dengan telus.
Saya menggesa agar Kerajaan Perikatan Nasional terus melaporkan status terkini dana 1MDB yang dipulangkan dan keadaan liabiliti syarikat tersebut seperti yang telah dilaporkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini dalam Tinjauan Fiskal 2020.
Rakyat berhak mengetahui perkembangan isu ini secara terbuka dan telus.
Siasatan dan pendakwaan berhubung skandal mega ini hendaklah diteruskan dan dilengkapkan terutama terhadap Najib Razak yang didakwa terlibat dalam penyelewengan wang 1MDB ini termasuk penerimaan wang berjumlah US$681 juta (RM2.6 bilion) hasil urusniaga 3 bon haram yang diatur Goldman Sachs ini.
FAIZ FADZIL
26 Julai 2020

BEZA TH DAN GLC KELANTAN

PAS MAIN-MAIN DENGAN HUDUD, SIAPA DIKAMBUS DIJIRAT CINA?

UMNO NASIHAT BERSATU UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI