ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???


 

ADA TARIAN SEPARUH BOGEL DI KELANTAN... LAAAAAA... BINGAI BETUL PUAK PUAK PAS NI


 

CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG


 Hilmi merantau jauh dari Kelantan ke Penang demi mencari sesuap nasi buat isteri dan 5 orang anak kecil. Anak yang sulung pun baru 9 tahun. Yang paling kecik, baru umur 2 tahun.






Mula-mulanya kat Penang dia dapat kerja sebagai driver lori. Gaji boleh tahan, dia pun jenis yang rajin bekerja. 


Bila keadaan dah lebih baik, Hilmi ingat nak pindah ke rumah sewa yang lebih selesa. Tapi nasib badan - dia kena scam dengan tuan rumah, sewa deposit semua dah bayaq tapi akhirnya dia kena halau. 


Maka dari situ mulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka 7 sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap takda, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.


Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan. 


Tapi Hilmi tak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah tu, kereta itu juga dibawa kesana kesini buat Lalamove. Bila hantar barang, satu famili terpaksa pi bersama. Kais pagi makan pagi. 


Oleh sebab dihimpit keadaan, dua orang anak yang bersekolah terpaksa berhenti. 


Selepas saya dapat aduan tentang keadaan Hilmi sekeluarga, saya terus turun ke lokasi mereka berada. 


Sayu melihat Hilmi dan isteri bersama 5 orang anak kecil duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta. Namun ketika had yang dewasa melengung memikir nasib kehidupan, anak-anak pula sedang bermain-main seakan tiada kerisauan. Itulah putih suci jiwa anak-anak kecil. Menitis air mata saya bila memandang mereka, terkenang anak saya sendiri.


"Kami belum makan lagi Pak Cik", luah anak-anak kecil. 


"Takpa, jom kita pi makan. Pak Cik belanja ayam goreng".


Mak depa bagitau, selalu kalau nak makan ayam goreng, nasik order 3 pinggang, ayam 2 ketui, pastu kongsi 7 orang.


Hari ini Pak Cik belanja seorang satu ketui. Lepas makan, kita balik ke rumah baru.


"Rumah baru?" 


"Ya rumah baru. Malam ini anak-anak tak perlu tidur dalam kereta."


Di rumah baru, saya rasa begitu gembira melihat anak-anak tersenyum riang. Sofa, katil, dapur, peti ais semua saya belikan. Beli yang simple simple je tapi tak sangka anak-anak begitu gembira bila nampak ada peta ais. Isteri Hilmi kata rumah lama mereka pun tak ada peti ais. 


Saya juga dapatkan kerja baru untuk Hilmi di sebuah syarikat lori. Lepas ni, Hilmi akan ada gaji tetap bolehlah jaga famili dengan lebih baik. 


Hilmi fokus bina semula kehidupan. Sewa rumah saya tanggung setahun, biar Hilmi dan isteri usah bimbang bab ni. 


Anak-anak saya uruskan balik ke sekolah. 


Nak ucapkan terima kasih juga kepada pegawai PPD, Tuan Shuhada Ibrahim serta Tuan Liang Chee Kin dan guru PK HEM SK Taman Impian Puan Rubiah Hassan yang hadir sendiri ke rumah baru menjenguk anak-anak. Surat masuk sekolah sekali depa bawa. Terima kasih Cikgu, Steven serahkan Syukur dan adiknya Rizqi kepada Cikgu.


Saya juga hulurkan sedikit bantuan tunai kepada Hilmi, malam ni beli lauk sikit, makan baik sikit kat rumah baru.


Bila saya serahkan kunci Hilmi pula menitiskan air mata. 


Usah bersedih Hilmi, kini masanya untuk membina semula kehidupan.


Malam ni saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri Yani, anak-anak mereka Syukur, 9 tahun, Rizqi 7 tahun, Amin 4 tahun, Rahmat 3 tahun, Aisyah 2 tahun tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan.


Tak kisahlah Hilmi ni dari Kelantan ke apa (saya tau pasti akan ada yang marah kat saya, pasti akan ada yang tegur dan kritik, pasti akan ada yang kata macam-macam), tapi bila ada orang susah mai kat saya, saya tetap akan bantu, tak kira kaum dan agama. 


Jalan Teruih.



Bersesak 3km ke sempadan walau pembangkang menyalak ekonomi negara merudum




 

Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dilapor sesak luar biasa hari ini seawal 6 pagi lagi.


Orang ramai dikatakan beratur panjang sejauh kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke ICQS bagi urusan mengecap pasport dan pas sempadan.


Mereka dilihat mengambil kesempatan bercuti di negara jiran walaupun pembangkang menyalak ekonomi negara kononnya merudum.


Trend kemampuan rakyat Malaysia melancong dan berbelanja di Thailand dengan kesesakan kenderaan berlaku sejak 19 Disember lalu serentak dengan kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diterima penjawat awam di negara ini.





Tular aksi gelek di Kelantan, bayangkan kalau berlaku di negeri ditadbir PH




Tular di media sosial aksi liar tarian gelek di sebuah majlis makan malam yang difahamkan berlaku di Kelantan.

TikTokers, PokWie Jebond menyelar penganjuran persembahan seksi di negeri kelahirannya itu.

“Cuba bayangkan kalau persembahan tarian gelek ini berlaku di negeri Pakatan Harapan memerintah, hancur lebur dunia.


“Aku nak tanya, kenapa ada perkara sebegini berlaku di negeri kelahiran aku (Kelantan) yang terkenal dengan panggilan Serambi Mekah?” bidasnya.

Menurut PokWie, persembahan tarian itu berlangsung semasa majlis makan malam sebuah syarikat lombong emas di Tanah Merah.

Menerusi sedutan video yang tersebar, program berlangsung di SJKC Yuk Cheng, Tanah Merah itu turut dihadiri pengunjung bertudung.

Rata-rata menyindir termasuk berpendapat ‘mujur’ penari berkenaan mengenakan pakaian berwarna hijau yang sinonim dengan Pas kerana dianggap boleh masuk syurga.

Selain itu, ada yang turut secara sinis menulis Pas akan mengeluarkan dalil berkaitan persembahan tersebut.

elain itu, ada yang turut secara sinis menulis Pas akan mengeluarkan dalil berkaitan persembahan tersebut.





Mahathir suruh ikat perut, Mahiaddin potong imbuhan, PMX yang dibenci bantu penjawat awam




Oleh NORMAN RADZUAN



Anwar bukan scammer dan kelmarin beliau membuktikan reformasi yang mahu dilakukan dikotakan. Walaupun dimaki hari-hari tetapi Anwar tetap membela nasib lebih 1 juta penjawat awam.

Penjawat awam turut berkongsi rasa teruja mereka menerima kadar gaji baharu melalui pelbagai hantaran di media sosial dan antaranya;


“Alhamdulillah, terima kasih kerajaan Madani saya ucap terima kasih bagi pihak isteri saya sebagai seorg penjawat awam. Kenaikan gaji sekitar RM500 untuk beliau kali ini… kata beliau, lagi setahun, akan naik sekitar RM500 sekali lagi… Syukur, Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kerajaan Madani untuk memerintah negara ini,” kata Zul Ismail dalam ruangan komen di Facebook.

Jelas, sekarang di era Mahathir, dia meminta penjawat awam membantu kerajaan dengan mengikat perut untuk mengurangkan perbelanjaan jabatan dan agensi masing-masing. Mahathir tiada idea bagaimana utk mencari dana bagi membantu kakitangan awam.


Malah, dalam satu hantaran video, Mahathir sinis terhadap cita-cita Anwar menaikkan gaji pekerja. Katanya, mana Anwar nak cari duit untuk beri kenaikan gaji yang tinggi kepada kakitangan awam.


Di zaman Muhyiddin paling tidak bertanggungjawab.


Hanya memenuhi nafsunya untuk menjadi PM, dia mempunyai jamaah Menteri paling ramai iaitu 70 orang dgn penambahan sekitar RM 7.6 juta setahun untuk membayar gaji lambakan Menteri Kabinet.

Muhyiddin hanya fikir kuasa hingga sanggup amalkan scheme of things membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.


Mudah Muhyiddin buat kerja, 800,000 penjawat awam pula dipotong Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Orang politik diraikan, penjawat awam dipotong imbuhan.


Berbeza dengan zaman PMX, Perdana Menteri tidak ambil gaji, Menteri pula ditolak 20% daripada gaji mereka tetapi kakitangan awam dinaikkan gaji dgn melibatkan kos RM 10 bilion.


Nampak bagaimana prinsip perjuangan Anwar, rakyat marhaen diangkat, pemimpin-pemimpin dididiknya berkorban untuk rakyat. Akhirnya, rakyat dapat manfaat atas segala usaha Anwar.

Saya tertarik serta tersentuh dengan hantaran seorang pengguna FB yang merupakan pengundi Tambun.

“Sahabat Anwar Ibrahim… Alhamdulillah… Hari ni terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya.. di pagi hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dpt sarapan pagi semeja dengan DSAI sebelum ke tempat penamaan calon.


“Aku luahkan kepada beliau berkenaan gaji aku sebagai penjawat awam, aku cerita kepada beliau komitmen aku dengan gaji yang aku perolehi waktu itu, potongan rumah, kereta, anak sekolah dan segala bagai.


“Aku kata kepadanya harap kalau Datuk Seri jadi PM nanti tolonglah naikkan gaji minimum penjawat awam. Dia kata kepada aku, “Doakan saya menang d Parlimen Tambun ini dan dapat jadi Perdana Menteri untuk mentadbir negara, Insya-Allah saya akan usahakan.


“Syukur, Alhamdulillah hari ni gaji dah naik 8% tahun depan KGT naik RM100 Januari 2026 pula naik lagi 7%. Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Terima kasih PMX dan terima kasih Kerajaan Perpaduan 🥰💙🇲🇾♥️.”

Alhamdulillah dan Insya-Allah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun rakyat akan dapat menilai antara Anwar dan pemimpin-pemimpin sebelum ini.


Anwar yang dicaci hari-hari, bekerja keras tanpa cuti mencari pelabur dan menghapuskan korupsi semata-mata untuk mencari peruntukan untuk membantu kakitangan awam ini. Nikmat apa lagi mahu didustakan.




TUUUUUUUU DIAAAAAA AIHHHHHH....DERMA MULUT JAHAT , HATI HITAM PEKAT..IIIISSSSHHHH...IIIISSSSHHHHH.....JIHAD NOH.


 Pas buat rayuan ‘derma jihad’, tolonglah bantu MP Kepala Batas

Pas membuat rayuan ‘derma jihad’ bagi membiayai perintah mahkamah berjumlah RM825,000 yang dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

Menerusi surat yang tersebar di media sosial hari ini, kegagalan Siti Mastura menyelesaikan tuntutan sebanyak itu kepada tiga pimpinan utama DAP terbabit boleh menyebabkan prosiding kebankrapan.

“… kesannya boleh menyebabkan Ahli Parlimen Kepala Batas hilang kelayakan dan kerusinya akan dikosongkan untuk suatu Pilihan Raya Kecil,” kata surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada 4 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Selain ganti rugi global kepada setiap pemimpin DAP itu, Mastura juga diperintah membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.

Hakim Quay memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mastura yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) itu berunsur fitnah dan pembelaannya atas dasar komen adil, keistimewaan bersyarat, dan penyebaran tanpa niat jahat tidak dapat dibuktikan.


Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Pas di semua peringkat perlu turut sama mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut.

“… memandangkan Mastura yang ‘didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap DAP’ itu melakukannya dalam keadaan yang berasas semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu dalam program kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 4 November 2023,” katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin mengarahkan pimpinan Pas dari peringkat Pusat, Negeri, Kawasan, Dewan-Dewan dan Cawangan melancarkan ‘derma jihad’ dengan jumlah semaksimum mungkin.

Menurut surat itu lagi, kadar minimum untuk AJK Pas Pusat/ Pesuruhjaya adalah RM500 seorang manakala Dewan-Dewan Pusat/Negeri/Kawasan sebanyak RM20,000.


Bagi BPP Negeri/ Wilayah Persekutuan, nilai minimum ‘derma jihad’ adalah RM20,000 manakala RM500 untuk Pas Kawasan/Cawangan





PM Anwar Ingatkan Lepas PH Menang Jangan Hukum Najib

 

Hantaran Kamil Munim di X pada Sabtu.

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Setiausaha Politik Perdana Menteri Muhammad Kamil Abdul Munim menafikan dakwaan Ketua Penerangan Parti Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali berhubung pendakwaan kes mahkamah melibatkan ahli politik pada 2018.

Ini selepas Rafique mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak membangkitkan isu mengenai “pendakwaan tergesa-gesa” berkenaan.

“Tuduh Anwar diam ketika Dr Mahathir (Mohamad) rakus balas dendam kepada Najib (Razak) buktikan Rafique mudah lupa.

“Minggu pertama kemenangan PH, Anwar ingatkan untuk tidak balas dendam kepada Najib.

“Anwar juga ingatkan kerajaan ketika itu untuk turuti proses keadilan dan jalur hukum. Ini kenyataan dan teguran yang dibuat secara terbuka. Ia bukan hal yang baru,” katanya dalam hantaran X, semalam.

Rafique sebelum ini mengulas kenyataan Anwar yang menyifatkan beberapa kes berprofil tinggi ketika itu “cacat” akibat pendakwaan yang “tergesa-gesa dan bermotifkan politik dendam”.

“Mengapa sekarang? Mengapa berdiam diri sejak 2018?” soal Rafique.

Bagaimanapun, Kamil mempertahankan Anwar dengan berkata dia kekal konsisten memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan institusi kehakiman.

“Marah kita, benci kita jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba,” katanya lagi.

Sebelum ini, Anwar menyifatkan beberapa pendakwaan berprofil tinggi pada 2018 dilakukan secara “tergesa-gesa” dan dicemari oleh “racun dan permusuhan.”

Anwar mengulas tentang pembebasan isteri Najib, Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang haram, sambil menegaskan dia tiada apa-apa penglibatan dalam keputusan mahkamah tersebut.

“Anda juga perlu tahu pada masa itu, pendakwaan dilakukan dengan tergesa-gesa, (dengan) racun, permusuhan dan dendam politik oleh pihak yang berkuasa ketika itu, sehingga banyak pendakwaan ada kelemahan,” katanya.

Rosmah dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).




PM Anwar Kongsi Pelbagai Rencana Strategik Untuk Lonjak Ekonomi

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara menerusi ‘Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran’ di laman Facebook beliau hari ini.

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada negara.

Perdana Menteri berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara menerusi ‘Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran’ di laman Facebook beliau hari ini.

Antara pencapaian itu adalah pelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2024, yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.

Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia termasuk Microsoft (RM10.5 bilion), NVIDIA dan YTL (RM20 bilion), Oracle (RM27 bilion), AWS (RM21.3 bilion) dan Google (RM9.4 bilion).

Pelaburan ini dijangka memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi dan menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia Tenggara.

Pelaburan Infineon di Kedah pula berjumlah RM30.1 bilion untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida terbesar di dunia, yang menghasilkan 4,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, langkah ini mengukuhkan industri semikonduktor Malaysia, menarik pelabur global dan meningkatkan eksport.

Kerajaan turut memfokuskan kepada pembangunan tenaga hijau menerusi pelancaran Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Perak.

Ladang solar berkeluasan 267.09 hektar itu akan dibangunkan melalui kerjasama strategik antara SD Guthrie dan Permodalan Nasional Bhd.

Bagi menggalakkan keterangkuman dan keseimbangan sosioekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (Putera35) diperkenalkan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan penyertaan ekonomi Bumiputera.

Ia termasuk melalui inisiatif yang disasarkan dan meningkatkan keadilan sosioekonomi dan kemampanan ekonomi negara.

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) 2030 pula menyasarkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM82 bilion menjelang 2030 dengan jangkaan 900,000 pekerjaan baharu melalui pelbagai projek kerjasama awam-swasta (PPP).

Langkah ini memacu pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan sektor swasta dan merupakan rangka terbaik untuk memperkukuh tatakelola.

Sementara itu, enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) melabur RM120 bilion di bawah program pelaburan GLIC (Gear-Up) bagi meningkatkan sektor pembuatan berteknologi tinggi dan tenaga mampan serta memacu daya tahan ekonomi jangka panjang.

Turut dikongsikan adalah kemajuan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), antaranya pertumbuhan KDNK sebanyak 4.7% (RM4.2 bilion) pada suku kedua 2024, peningkatan pekerjaan 0.9% atau 200,000 pekerjaan dan pelaburan sektor semikonduktor sebanyak RM34.6 bilion.

“Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun-tahun mendatang untuk memacu masa depan kita yang lebih sejahtera, insya-Allah,” kata Anwar.



BANYAK KALI TANGGUH SEBAB UBAH JAJARAN.... MASA PMX TAK SIAPA BERANI UBAH.. SEBAB TAK SKAW GAMAKNYA



 Terima Kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim🥰






DERMA JIHAD APA LAGU NI... NI BUKAN DERMA JIHAT... NI DERMA MULUT JAHAD HATI HITAM PEKAT...


Najib Bakar 


Boleh Pemuda PAS Malaysia sahkan kewujudan derma jihad kes fitnah sepu.pu ni?


Isk, orang lain yang buat taik, orang lain kena cuci. 😌





PERANGAI PUAK KHAWARIJ... TUDUH DAN FITNAH... MINTA MAAF KEMUDIAN

RMS


 Penyerang yang membunuh lima warga German berasal dari Saudi yang telah keluar dari agama Islam dan menyokong parti haluan kanan extreme, malah kjaan Saudi dah minta lelaki tersebuut dihantar pulang, tapi ditolak oleh kerajaan German..


Pasal tu, jangan terus hukum semata mata pelakunya dari keturunan arab atau negara arab..




FADLI DAKWA KANGKUNG RM 10 SEKILO... MUNG NAK WAT KENDURI KO MUNG NAK BAGI MAKAN LEMBU.

 

Che Ibrahim


Alhamdulillah... Tentu orang kampung gembira bila sayuran yang mereka tanam ada nilai yang tinggi.


Fadli Saari( aka = Ahli Parlimen Pas. Mu mari kat penang mu mari beli kangkung kalau 10 qiyar gok aku nok ketuk pala mu... Natang mung ni... Tak luluh kiro kiro... Bodow sokmo. 


Kasihan kepada rakyat, sewaktu rakyat bergelut dengan kos sara hidup semakin tinggi, PMX pula berkata "jika buat PRU sekarang, kerajaan akan menang.." Nasiblah rakyat mendapat kerajaan seperti hari ini.



SESUNGGUHNYA MEROKOK ITU HARAM

 RMS


Budi hartono adalah pengasas rokok jenama Djarum merupakan individu ke 87 terkaya didunia dgn nilai harta USD 22.4 billion lagi kaya dari individu terkaya di Malaysia.. jual rokok jah.. haha






WALAUN NI TAK SEMBANG BAB MB 32-0 DI BAGI TALK KAT RESTORAN CABUK.


RMS 


Tak de pulak dia sembang MB Tganu bagi ucapan kat restoran india muslim di Manchester, Uk....hihi




Tatakelola, Basmi Rasuah Jadi Keutamaan Kerajaan MADANI Tahun Depan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA, 21 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen meletakkan keutamaan dalam aspek tatakelola dan pembasmian amalan rasuah melalui pentadbiran kerajaan MADANI sepanjang 2025 nanti.

Jelas Perdana Menteri, dalam fokus penekanan dua isu utama itu, beliau mengakui ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat sebaliknya memerlukan masa untuk agenda reformasi terbabit menampakkan hasil.

Beliau mengakui mungkin pendekatan itu tidak disenangi segelintir pihak, namun bertekad meneruskan agenda berkenaan dalam usaha memulihkan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apa keutamaan 2025? Keutamaan saya sebut sebentar tadi ialah isu tatakelola kerana kita merosot sejak sekian lama, prestasi kerja dan rasuah yang mana orang anggap perkara biasa.

“Ini bukan saja dalam kerajaan, tetapi juga rakyat, anggap isu rasuah sebagai kecil…(ada yang anggap) jadi menteri jadi kaya, apa salah kaya? (Jadi) saya tekankan tatakelola walaupun tidak disenangi setengah pihak.

“Saya kira ini mesti dibetulkan, tiada kira siapa kamu, menteri, ketua jabatan mesti cakap tidak boleh (rasuah). Tindakan harus diambil,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semua pihak harus memahami pengasingan kuasa antara tiga cabang antara badan kehakiman, eksekutif dan perundangan yang mana Perdana Menteri boleh tidak mencampuri sebarang keputusan mahkamah.

Malah, beliau menegaskan pihaknya tidak pernah mencampuri sebarang urusan kehakiman sejak dua tahun mentadbir kerajaan.

“Sebagai Perdana Menteri, saya mesti berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Biarkan mahkamah tentukan. Saya ada pandangan sendiri, tetapi tidak boleh campur tangan,” katanya yang merujuk beberapa keputusan mahkamah membabitkan individu tertentu.




PM bagi ‘rating’ prestasi jemaah menteri



Dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, prestasi jemaah menteri diakui berada pada tahap memuaskan.


Perdana Menteri berkata, beliau paling berpuas hati apabila kerajaan pimpinannya kini tidak lagi mengizinkan amalan lama seperti rundingan terus dan “curi komisen”.


“Tapi saya puas hati satu perkara, walaupun orang bangkit soal rasuah, kes ini, kes itu, yang penting sejak dua tahun ini saya tak izinkan amalan lama rundingan terus, curi komisen…itu saya hentikan,” kata beliau dalam sidang media hari ini, memetik laporan Bernama.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi pencapaiannya kepada rakyat.


Pada masa sama Anwar berkata, walaupun ada beberapa pihak sudah tidak mahu lagi mendengar tentang isu tatakelola, namun beliau tidak boleh menafikan bahawa tatakelola baik adalah sangat penting.

“Orang tak mahu dengar isu tatakelola, tapi bagi saya ini masalah terbesar.


“Bagi saya tatatekola ini paling penting sebab kebocoran, rasuah, hilang dana puluh-puluh bilion bayar hutang yang tidak sepatutnya kita bayar,” katanya lagi seperti dilapor.



Draf Pisahkan Kuasa AG, Pendakwaraya Dijangka Siap Tahun Depan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA, 22 Dis – Cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) menerusi draf kertas kabinet dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cadangan pembahagian fungsi antara Peguam Negara dan PP telah diterima oleh Kabinet dan seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk menelitinya.

Perdana Menteri turut mengakui bahawa isu berkenaan cukup rumit, dan mengambil masa untuk disiapkan kerana ia memerlukan banyak pindaan, termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Bernama

”Usaha ini pasti akan berjaya dilaksanakan, diharapkan pada pertengahan tahun depan.

”Saya belum lihat draf itu.. tetapi kertas kerja yang dibentangkan setakat ini ialah keputusan dasar sama ada kita bersetuju dengan pengasingan itu yang telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Sidang media khas itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata bahawa pemisahan AG dan PP bukan sekadar pembahagian tugas, tetapi turut melibatkan soal menjaga integriti pejabat.

“Bagi saya, isunya bukan (sahaja) pembahagian tugas biasa… ia adalah integriti pejabat,” katanya.

Khamis lepas gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Anwar mengumumkan garis masa yang jelas untuk pengasingan fungsi pendakwaan awam daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada Mac 2023, Anwar mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk memisahkan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengasingan peranan AG dan PP bertujuan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan, memastikan keputusan pendakwaan dibuat tanpa pengaruh yang tidak wajar dan Peguam Negara boleh bertindak sebagai penasihat undang-undang yang tidak berat sebelah kepada kerajaan.

Sementara itu mengulas isu pelukis grafik Fahmi Reza dipanggil ke Ibu pejabat polis Bukit Aman untuk direkod keterangan berhubung karyanya yang berbentuk sindiran, Anwar berkata beliau tidak bersetuju sekiranya Fahmi ditahan atau dituduh.

Beliau berkata bukan setiap kritikan terhadap kerajaan perlu disiasat, terutamanya apabila ia tidak berkaitan dengan isu 3R (Royalti, Agama, Bangsa).

Fahmi disiasat oleh Bukit Aman berhubung grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik, Tun Musa Aman dan disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.