Terpaksa kibar bendera putih, ketepikan malu untuk anak, isteri .

 

KALAU TANYA LEBAI BODOH. DIA SOH DOA.KAH..KAH..KAH..PUNYA BODO PIANG.BUKAN DIA NAK BANTU DIA TAK FAHAM MAKSUD.TU LA BODOH NAMANYA.LAIN ORANG SEMBANG LAIN DIA NAK CAMPUR JUGAK.


Jurukimpal, Zulkifli Samsuddin, 39, berkata dia mengibarkan bendera putih kerana terputus bekalan makanan dan demi anak-anak serta isterinya yang sarat mengandung.

PETALING JAYA: Seorang jurukimpal yang bekerja sendiri dan hilang separuh pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa ketepikan rasa malu mengibarkan bendera putih di pagar rumah selepas terputus bekalan makanan.

Bagai jatuh ditimpa tangga, bukan saja kehabisan bekalan makanan, Zulkifli Samsuddin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor, tidak mampu membelikan lampin pakai buang serta susu untuk anak lelakinya yang berusia setahun.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan.

“Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Akibat sukar mendapatkan pendapatan bagi menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun, dia juga tidak mampu membayar sewa rumah dan ansuran kereta.

Zulkifli berkata, dia terpaksa kibarkan bendera putih petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial.

“Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.

Katanya, buat masa ini barangan keperluannya sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya.

Terdahulu, wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu segera.

TAK TAHU MALU

 

HAMZAH RIE NA

#TakTahuMalu ke?

Sepatutnya menteri malu sebab rakyat angkat bendera putih.. Menteri patut BERTINDAK SEAWAL DULU bantu rakyat sebelum rakyat angkat bendera putih

BUKANNYA hijack kempen #RakyatBantuRakyat macam ni..

Kredit: Fahmi Reza

SR

 May be an image of 1 person and text that says "#TAK TAHU MALU Suka Û prihatin inisiatif rakyat untuk acah A AUNTIE AUNTIEZOO"

PERASUAH HARUS DIHUKUM BUNUH

 REFORMASI RAKYAT

China dan Singapura maju sebab rasuah tiada di china dan Singapura.Tapi di malaysia parasuah dilantik sebagai menteri.

May be an image of text that says "Sebab malaysia semakin mundur rasuah dibela CHINA MAJU SEBAB PERASUAH DITEMBAK MATI"

Angka mengejutkan, 336 kes bunuh diri hingga Mac tahun ini

 

Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 pada 2019 malah sehingga Mac tahun ini, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada polis.

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 memberikan impak besar terhadap kesihatan mental individu di dunia termasuk Malaysia dengan peningkatan jumlah kes bunuh diri, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 pada 2019 malah sehingga Mac tahun ini, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada polis.

Katanya, sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan tekanan yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan.

“Sekiranya masalah kemurungan gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

“Masyarakat dipohon lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan dan orang ramai boleh membantu dengan berkomunikasi secara berkesan dengan individu mengalami kemurungan,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata, media boleh memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai tingkah laku bunuh diri.

Selain itu katanya, masyarakat juga diminta menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video atau mengedarkan gambar di media sosial berhubung individu yang membunuh diri.

“Bunuh diri boleh dicegah, namun tindakan viral di media sosial boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko.

“Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti:

  • MHPSS di 03 29359935 atau 014 3223392.
  • Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019 2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan).
  • KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111 9598214.
  • Befrienders Kuala Lumpur di talian 03 76272929.

MGNews : Ahli Parlimen UMNO Sedang Menunggu Keputusan Terkini



Ahli Parlimen UMNO sedang menunggu keputusan terkini sama ada Parlimen akan dipanggil bersidang dalam masa terdekat atau sebaliknya. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu semenangnya menjunjung pandangan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sekali lagi berpendirian bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.



VIDEO : Anwar Ibrahim: Mengulas Sesi Mengadap Yang di-Pertuan Agong Dengan YDP D...

VIDEO : Anwar Ibrahim: Bayangkan Merayu Mendapat Rezeki Untuk Keluarga, Maka Men...

VIDEO : RENTASAN 916 | PANAS!! PERLEKEH DAN INGKAR TITAH RAJA-RAJA MELAYU, PEGUA...


MENARIK DALAM RENTASAN 916
1. PEGUAM NEGARA DERHAKA 2. SD 25 AHLI PARLIMEN UNTUK APA SEBENARNYA? 3. KERAJAAN TAK JUAL HARTANAH LAPANGAN TERBANG SUBANG 4. MISTERI CALON PERDANA MENTERI BARISAN NASIONAL


VIDEO : Inilah Anwar Ibrahim Pada Masa Itu, Dipecat Cara Fitnah. Ikuti Pengakua...

Tak rasa malu ke? Diaib bila Agong berkali-kali gesa buka Parlimen, soal Anwar kepada Muhyiddin

 

Anwar Ibrahim berkata pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat.

PETALING JAYA: Ketegasan Yang di-Pertuan Agong yang berulang kali menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera memberi bayangan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara dengan baik dan telus, dakwa Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang berkata, pengulangan gesaan oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini adalah pandangan majoriti yang membuktikan baginda memahami penderitaan rakyat berbanding menteri dan pentadbiran PN termasuk Peguam Negara, Idrus Harun yang membuat kenyataan angkuh.

Malah, katanya, gesaan Agong supaya jawatankuasa pilihan Parlimen meneruskan sesinya sekarang sebagai proses semak dan imbang tidak pernah diadakan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin.

“Yang ada percubaan merompak sesuka hati, mengadakan tender tanpa penilaian dan semak imbang.

“Bayangkan, kerajaan tak rasa malu dan diaibkankah bila Agong terpanggil untuk beri gesaan sedemikian,” katanya pada sidang media maya di Facebook.

Justeru, beliau berpendapat Perdana Menteri dan kerajaan ketika ini perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan tadbir urus yang berlaku dengan berundur segera.

“Pelbagai pakej bantuan diperkenalkan…berapa banyak dah, tetapi semua itu pakej melingkup saja.

“Pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat. Sebab itu kita harus menggesa perubahan berlaku kerana kegagalan itu nyata,” katanya.

Presiden PKR itu berkata, ia terbukti apabila wujudnya kempen kibar bendera putih yang menunjukkan rakyat ketika ini benar-benar tersepit dan terkesan, walaupun hanya untuk mendapatkan makanan.

“Apa makna kepimpinan dan pengurusan kerajaan…sungguh aib, malang dan tragedi bagi rakyat yang terpaksa naikkan bendera putih untuk dapatkan bekalan makanan,” katanya.

Kempen #BenderaPutih yang digerakkan warganet beberapa hari lalu bertujuan membantu rakyat yang terdesak memerlukan bantuan ketika fasa perintah kawalan pergerakan.

DAH BANYAK KALI DAH MEMALUKAN LEGASI TOK GURU

 


Ulamak Pas kata jangan angkat bendera putih, mungkin kena angkat bendera Pas kot

Ulamak Pas kata jangan angkat bendera putih, mungkin kena angkat bendera Pas kot

1- Punya teruk pemimpin PAS ni, Kempen yang baik nak tolong org yang kelaparan pun depa marah.. Kata Ulama PAS Pahang jangan angkat bendera putih, Kata Nik Abduh angkat Doa..Punyalah Jahil dan jahatnya Ulama PAS..

2- depa Pemimpin PAS takpa lah ,Angkat Doa, Buat live Solat sambil letak no Akaun, Guna air liur membohong waktu ceramah boleh angkat duit derma dari org Miskin.. last last, Pemimpin depa Angkat Vellfire, Angkat Mercedes, Pengikut cuma angkat bendera PAS..

3- Kalau takda kemampuan, Angkat bendera pun satu tawakkal..Tawakkal ini tu bukan dengan hanya angkat Doa..Kalau Tawakkal tu angkat Doa, Saidina Umar tidak mengendung gandum bagi orang miskin makan, Atau tidak Nabi keluar mencari rezeki dan berniaga, Bermohon Doa saja dari Allah…

4- Semua kebergantungan orang beriman hanya Kepada Allah, hatta orang Kristian dan Yahudi pun bermohon dan mengangkat Doa kepada Tuhan.. Konsep tawakkal ini mengikut daripada Umar bin al-Khattab diumpamakan seperti Burung yg keluar mencari makanan..Nabi SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً

“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Riwayat Ahmad

5- Jadi jangan pendokong PAS, dah berpuluh tahun angkat Doa Laknat..Angkat Bendera PAS, apa yang depa dapat, hidup merempat..Minum air kotor..Sebab hat Perintah tu kelompok Ruwaibidhah, Depa angkat Mercedes bukan angkat gandum bagi orang miskin makan..

Time Plihanraya kenapa kenapa angkat Bendera PAS, Kenapa tak angkat Doa jer..
🙂

Ipohmali

Terkini! Agong titah sekali lagi, sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

 


Terkini! Agong titah sekali lagi, sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Rais Yatim dan Azhar Harun di Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan  yang disiarkan di Facebook Istana Negara berkata, pertemuan sejam itu adalah lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang diadakan pada 16 Jun lalu.

“Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baginda turut berpandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab, khususnya dalam menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

“Perlu diperjelaskan juga di sini bahawa pandangan dan seruan-seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya,” kata kenyataan itu lagi.

Turut hadir dalam pertemuan yang bermula jam 11 pagi itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Mohamad Ali Mohamad kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

Selain itu, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan secepat mungkin, serta menyeru rakyat untuk mendoakan kesejahteraan negara dan agar wabak Covid-19 dapat dibendung segera.

Sementara itu, Bernama memetik Rashid sebagai berkata sesi pertemuan kira-kira satu jam itu membincangkan pembukaan parlimen seperti titah Seri Paduka sebelum ini.

“Insya-Allah, apa yang dititahkan (Seri Paduka) dalam ruang lingkup melalui nasihat perdana menteri untuk kita membuka parlimen.

“Kita jumpa nanti. Insya-Allah sama ada secara biasa atau hibrid,” katanya kepada pemberita setelah selesai sesi menghadap itu.

Pada 16 Jun, selepas mempengerusikan pertemuan khas dengan raja-raja Melayu, Agong bertitah agar Parlimen bersidang “secepat mungkin”.

Rais dan Azhar mengeluarkan kenyataan pada 25 Jun bahawa Parlimen sedang mengkaji persidangan secara hibrid, dan memerlukan masa untuk membuat persediaan.

Dijangka, parlimen secara hibrid dapat mula bersidang pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya awal September depan.

Sehari kemudian, kedua-dua mereka dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan yang berlangsung tadi.

 Di sebalik kenyataan Rais dan Azhar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata kerajaan belum memutuskan sama ada persidangan Parlimen akan berlangsung secara fizikal atau hibrid, dan kenyataan speaker Parlimen itu hanyalah cadangan sahaja.

SEONOK BERAMAI BALUN DURIAN


 MALIKFAISAL

Dah la Batu Pahat banyak kes. Rengit pulak zon merah. Dibuat pulakk kenduri makan durian secara berjemaah. Macamana angka nak turun ke 4,000? Hmmm..Pekalah sikit pada yg x dapat berkerja atau meniaga semasa lockdown ni.


MELINGKUP HABIS

 

HAMZAH RIE NA


16 pusat tauliah kemahiran ditutup menyebabkan 10,000 tenaga kerja bakal kehilangan pekerjaan.

100,000 peniaga kecil sudah 'berkubur'.

TANG MANA YANG LEGA TU !!

TAK KAN LEBAI NAK MENIPU..

SR


May be an image of 1 person and text that says "MalaysiaGazette Gazette Sinar NASIONAL 16 ILKS terpaksa tamat operasi, berpuluh lagi bakal menyusul By Wartawan MalaysiaGazette ne 021 >>BERITA NASIONAL 100,000 peniaga kecil sudah "berkubur' 100,000 peniaga kecil sudah 'berkubur' KHAIRIL AMIN] 28 2021 PREMIUM Rakyat lega Setahun kejatuhan PH pentadbiran PN jauh lebih baik -Presideng PAS- Harakahdaíly 27 Februari 2021"
Jasvinder Kaif and 8 others
4 comments

Sidang Media: Laporan Polis Terhadap Peguam Negara Kerana Memperlekehkan...

KALAU BODOH TU BAiK DIAM.ANGKAT BENDERA PUTIH TU BUKAN KETEPIKAN DOA..IANYA SIMBOLIK DAN MOHON BANTUAN SEGERA...LAIN KALI TAK FAHAM BAIK DIAM LA BODOH.


 Zayn Al Shahab


DULU SOH BELAJAR MALAS...TU TAKFAHAM BAHASA....


Dia faham bahasa ker tidak?

Bendera putih  bukan  serah kalah dalam kontak signal bantuan kpd asnaf pandemik Covid-19..

Nak bagi tahu penderma & kerajaan bahawa mrk telah habis barangan makanan..

Apa yg bodoh sangat  ni...

Berdoa lah...itu  memang  tuntutan   


Ini juga ikhtiar..

Bukan senang  nak cari siapa yg kehabisan makanan!

Ada signal bukankah mudah!

Jika sanggup angkat bendera putih tu serius la situsai  mereka ...apa yg bangang sangat  ni?

Kenapa tak ulas yg bunuh diri?


Di ketika rakyat dalam kesusahan dan tak terkecuali juga rakyat negeri mamat ni, orang ramai mengendalikan satu simbol angkat bendera putih sebagai satu kempen untuk memohon bantuan disegerakan . Ianya bukan membawa makna tidak berdoa.Tetapi hanya sebagai simbol perlukan bantuan. Berdoa tapi kalau wakil rakyat nganga pun tak guna juga terutamanya CIA bachok ni.

Nak juga tunggang dan peguna agama..betul lah kita usaha dan kemudian berdoa. Usaha tetap uaha dan doa nombor satu.Kau lebai...kau ingat berdoa tanpa usaha Tuhan nak bagi kah apa yang kau minta?

Angkat tangan berdoa, bukan bendera putih – Nik Abduh

By


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terjejas kehidupan mereka akibat pandemik Covid-19 sewajarnya dinasihatkan supaya mengangkat tangan berdoa kepada Allah.

Ini kerana, berdoa adalah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

”Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Nik Abduh membuat kenyataan itu ketika pengguna media sosial melancarkan kempen kibar bendera putih.

Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing untuk membolehkan mereka dibantu.

Kempen itu juga bagi memberi isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Kempen yang tular sejak petang semalam dipercayai digerakkan susulan peningkatan kes tekanan mental dan jiwa dalam kalangan rakyat Malaysia rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

 

AGONG BOLEH PANGGIL PARLIMEN TANPA NASIHAT PM WAKTU DARURAT


ENGGAN PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG SALAHGUNA KUASA – SIVARASA


Jangan umum pakej rangsangan kosmetik — perlu ada moratorium, suntikan RM45b


Oleh B. Suffian

Pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan tidak boleh bersifat kosmetik. 

Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pakej rangsangan itu harus merangkumi moratorium automatik pinjaman bank dengan pengecualian faedah sehingga akhir tahun. 

Selain itu tambahnya, ia perlu disertakan dengan suntikan dana minimum RM45 bilion. 

Menurutnya, suntikan itu adalah untuk mengimbangi jangkaan kerugian ekonomi sebanyak RM170 bilion yang ditanggung daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘total lockdown’ sekarang.

“Salah satu sebab utama tujuh pakej rangsangan ekonomi sebelum ini berjumlah RM380 bilion, yang diperkenalkan sejak tahun lalu oleh PN untuk mengimbangi kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19, gagal untuk memberi sebarang kesan adalah disebabkan oleh jumlah dana langsung yang tidak mencukupi. 

“Daripada RM380 bilion itu, suntikan fiskal langsung dianggarkan hanya RM77.6 bilion, sangat tidak mencukupi untuk menangani kerugian ekonomi beratus-ratus bilion ringgit sejak ‘total lockdown’ pertama PKP 1.0,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurut Guan Eng, Pakatan Harapan (PH) telah mencadangkan moratorium automatik pinjaman hingga akhir tahun, kecuali kumpulan 20 teratas (T20). 

Tambah beliau, begitu juga dengan cadangan suntikan bantuan kewangan sebanyak RM45 bilion secepat mungkin untuk menyelamatkan pekerjaan, mata pencarian ekonomi, dan perniagaan. 

Dari RM45 bilion tersebut, tegas beliau, sekurang-kurangnya RM35 bilion harus diperuntukkan untuk membantu perniagaan yang sedang bergelut dengan masalah, terutamanya hampir 1 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Beliau berkata, golongan itu merupakan 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia dan menyumbang 39 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara kita pada tahun 2019. 

IDEA PEMBANGKANG PUN DIA NAK KATA DIA PUNYA IDEA.

 May be an image of text that says "Idea Kempen Bendera Putih Zuraida Saya Kamaruddin Admin @zura... 11m mereka #benderaputih ini bagi bersama dalam perlu bendera. merayu, yang memerlukan tak perlu #KempenBenderaPutih malu. Kibar mengenal kempen bantuan. Tak pasti #PEMULIH saja #ActionBeyondPolitics #ActionBeyondPolitics YBZ9 Kibar bendera putih jika #BENDERAPIT perlu Kena #ActionBeyondPolitics Hijack Jan terlalu diri video Dah La Rampas Kerajaan, Idea Pembangkang Pon Nak Rampas"

PAKLEBAI DIAM MEMBISU BILA RAKYAT SUSAH...

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "JIKA PUTUS BEKALAN MAKANAN, KIBAR BENDERA PUTIH SUPAYA JIRAN TAHU MALAYSIAKINI BM Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan Sinar Sinar Harian 12m LIVE Tindakan itu disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan. Pesuruhjaya Pas Pahang Sinar Selua) 9k 2021 Kempen kibarkan bendera putih tarik perhatian warganet PARAH i PAS Apa Pak Pak Lebai Rakyat Buat Kelaparan? Bantu SINAR HARIAN Elak kibar bendera putih mohon bantuan"


MAN TOBA

Lebai nak tunjuk pandai. Bila kes-kes  rakyat susah terabai sampai bunuh diri, mana puak-puak lebai nih berada?

Bila rakyat tolong rakyat dengan buat kempen sesiapa yang perlu bantuan, kibarkan bendara putih. Puak lebai dok suruh tadah doa.

Weh keparat lebai. Ko pikir mereka yg susah nih tak berdoa??

Bodoh mcm anjing laut punya lebai. Pui !


NEGARA ROSAK SEBAB PEMIMPIN & 'ULAMA'


May be an image of text that says "Jika Ulama Bergaul dengan Penguasa dan asik dengan dunia Jauhilah Mereka!! "ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. karena itu, jauhilah mereka" (HR al-Hakim)"

NORMAN RADZUAN



Rakyat sdg gelisah mereka sibuk cerita soal hukum seks

NEGARA ROSAK SEBAB PEMIMPIN & 'ULAMA'

Negara rosak kerana dua sebab. Pertama pemimpinnya makan rasuah seperti makan nasi. Rasuah dianggap sedekah atau komisen. Curi ratus juta hingga berbillion... lalu mereka perbodohkan bangsanya dgn berkata kami pembela Melayu.

Kerosakkan kedua ini jauh lebih bahaya hingga menjerumus rakyat bukan kpd sahaja kpd kemiskinan tetapi kesesatan. Kedua rosaknya negara ini kerana 'Ulama'nya menjual agama berkhayal dgn keseronokkan dunia. Di kala rakyat ramai yg bunuh diri, ramai yg sakit mental, ramai yg hilang pekerjaan, ramai yg menjadi pencuri utk terus hidup... mereka seperti setan bisu.

Ada Ustaz popular sibuk menjawab soalan2 seks utk dijadikan tarikan...." Berapa lama baru isteri puas... bolehkah membesar zakar." Yg Tok Petinya pun sama sibuk juga bercerita bab seks, yg Ulama dlm semak itu sibuk bercerita bab nafsu poligami. Yg seorang 'Ulama' sibuk bawa janda ke sana sini dan ada 'Ulama' tu ceraikan bini di Whatsapp sahaja...Inilah taraf org2 agama yg dikatakan Ulama kononnya..

Sepatutnya di saat rakyat sdg berhadapan krisis ekonomi paling teruk dlm sejarah negara... mereka menegur pemimpin utk menjadi seperi Saidina Umar. Berceramah beri kesedaran bab rasuah. Beri ceramah bab akhlak pemimpin Islam....sebaliknya pula berlaku. Mereka pula lebih teruk dari itu.

Jadi kerana dua golongan inilah hari2 kita dgr org terjun bangunan dan jambatan. Hari2 kita dgr masyarakat hilang mata pencarian. Jadi kalian fahamkan apa yg dikatakan dan dikesalkan oleh pemikir hebat seperti Pendita Zaaba, Abdullah Mursyi, Hamka & Prof Engku Aziz mengenai perangai org Melayu.