MGID

BERITA DARI NEGARA JIRAN : Anwar Ibrahim PM Baru Malaysia?

PERJUANGAN PAS MUDAH, SIAPA SAJA JADI PM, PARTI JENAMA ISLAM INI AKAN SOKONG

 

Nik Amar kata, SETAKAT INI Pas sokong PN. Kalau PN jatuh, itu cerita lain, katanya. Hahaha.. Nampak tak cara Pas berpolitik? Cara paling mudah, tiada prinsip. Janji senang dapat beli mercedes.

Dulu, waktu Mahathir jadi PM kjaan PH, Hadi kata sokong Mahathir sampai PRU15. Tiba2 Mahathir letak jawatan utk beri laluan pengkhianat rampas mandat rakyat, dan Muhyidin jadi PM kjaan pintu belakang. Maka, Ostat Tuan Berahim pula kata Pas akan bawa usul percaya kepada Muhyidin pula.

Hari ini Muhyidin masih mengaku beliau PM walaupun Anwar petang tadi menyatakan kjaan Muhyidin telah tumbang sebenarnya dan ini disahkan oleh Zahid Hamidi, Presiden Umno secara tidak langsung bila menyebut ramai MP Umno kini menyokong Anwar. Errinya, kerajaan PN Muhyidin yang terbukti selama ini hanya kelebihan dua atau tiga MP, telah hilang sokongan. Tetapi oleh kerana Anwar belum dapat bertemu Agong, ertinya Muhyidin masih rasa dia PM. Maka, Pas pun kata dia sokong Muhyidin sekarang, lain cerita kalau PN tumbang esok lusa, kata Nik Amar.

InsyaAllah, esok lusa Muhyidin tumbang, jangan pelik kalau Hadi dan Nik Amar orang pertama akan ketuk pintu pejabat PM baru. Mereka pernah buat sewaktu Mahathir jadi PM bawah kjaan PH dulu. Bagi Pas, perjuangan itu mudah saja, ikut siapa jadi kerajaan. Kalau Dap ditakdirkan jadi kerajaan, Pas akan nyatakan sokongan mereka kpd Dap. Mudah, bukan?

WFAUZDIN NS


Anwar Ibrahim: Dengan Sokongan & Majoriti Kukuh, Meyakinkan Bermakna Ker...

ZAHID HAMIDI SUDAH ADA DEAL DENGAN ANWAR. UMNO TERBELAH DUA

 

Suhu politik kembali panas selepas negara dikejutkan dengan polemik terbaharu susulan pengumuman Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya sudah memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebaik selepas pengumuman tersebut, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula seakan senada dengan Anwar apabila kenyataannya memberi bayangan terdapat Ahli Parlimen daripada UMNO yang akan menyertai kem Anwar untuk membentuk kerajaan baharu tersebut.

Kata Zahid Hamidi, UMNO dan BN tidak dapat menghalang mana-mana Ahli Parlimennya daripada mengambil keputusan menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Zahid Hamidi seterusnya memberitahu, beliau dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid Hamidi tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang daripada kalangan pimpinan UMNO, malah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa tidak menyembunyikan pendirian mereka yang seolah-olah tidak mahu UMNO menyeberang untuk bersama Anwar membentuk kerajaan baharu, sekaligus menumbangkan Muhyiddin Yassin.

Kata Mohamad Hasan, UMNO masih lagi menyokong dan mendokong kerajaan PN.

“Sebarang perubahan keputusan mestilah diputuskan oleh parti,” jelasnya.

Annuar pula berkata, semua parti yang bergabung dalam PN kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Sambil menyangkal dakwaan Anwar mempunyai sokongan majoriti, Annuar menambah, apa yang dilakukan Presiden PKR itu tidak lebih ulangan publisiti murahan seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tetapi, yang menjadi persoalan besar di sini ialah tentang kenyataan Zahid yang begitu lunak terhadap rancangan peralihan kuasa Anwar dan seolah-olah beliau sudah mempunyai persefahaman dengan Presiden PKR itu untuk menarik beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk bersama dalam kerajaan baharu.

Malah ada sumber memberitahu, lantaran adanya sokongan Zahid Hamidi kepada Anwar itulah yang menyebabkan beliau mempunyai keyakinan untuk menjatuhkan kerajaan dipimpin Muhyiddin dan disebabkan itu juga satu sidang media tergempar diadakannya.

Perkembangan terkini ini dijangka turut memberikan kesan kepada kempen PRN Sabah yang sedang berjalan, malah krisis terbaharu ini menyebabkan kem UMNO kini sudah berpecah dua dan ia memberikan kesan moral kepada jentera pilihan raya BN yang sedang berkempen di Sabah ketika ini.

Lebih dari itu, dengan gambaran Muhyiddin sudah hilang majoriti, kedudukan PN menjadi lebih parah dan akan menyebabkan tiada siapa lagi mahu mengundi calon gabungan kerajaan itu.

Persoalannya lain, adakah selain Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga terlibat dalam komplot terbaharu ini?

Dengan perkembangan ini, apakah Muhyiddin bakal ditikam oleh rakan sekutunya sendiri dalam UMNO?

Sama-sama kita nantikan kesudahannya dalam beberapa hari akan datang nanti.(Shahbudindotcom 23/09/2020)

OWHHHH...BENTUK KERAJAAN PINTU BELAKANG BERHATI PERUT...

 

IBRAHIM MAT ISA


Di baca: Saya baru je dapat merasa gaji timbalan menteri 7 bulan, tak sempat buat banyak surat sokongan dah kena ngangur


Image may contain: 1 person, text

PAS PUN BANYAK KALI SEBUT SANDIWARA

  

SYUKUR RAKYAT DAH KENAL PAS..

 Image may contain: 1 person, text that says "astro AWANI Malaysia Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pas sokong Anwar Tuan Ibrahim"

Istana sahkan Anwar dijadual menghadap semalam

 

Istana sahkan Anwar dijadual menghadap semalam

MANY MPs SUPPORT ANWAR


 "BN and Umno president Ahmad Zahid Hamidi said "many" MPs from his coalition and party have voiced support for PKR president Anwar Ibrahim to form a new government.

"Umno and BN cannot stop MPs who have chosen to support Anwar, who wishes to be granted an audience with the Yang di-Pertuan Agong.
"I have been informed that many Umno and BN MPs have expressed support (for Anwar). I respect the position of those MPs," he added in a brief statement.
Zahid stressed that Umno and BN are not officially part of the Perikatan Nasional coalition.
"Support for the PN government was based on the support of individual MPs only," he added."
Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini NEWS Azneal Ishak malaysiakini.co Zahid: Many Umno and BN MPs backing Anwar Published ago Updated 18 m ago 63"


SEMOGA SEGERA SEMBUH

 

DENGAN INI MAJORITINYA...

 SIFUDDIN NASUTION



Dengan rasa rendah diri, saya mohon doa dari semua.

Takdir dan ketentuan semua dari Allah Taala, Tuhan yang Maha Esa.


"Pakatan Harapan chief secretary Saifuddin Nasution Ismail said that Umno president Zahid Hamidi's media statement confirmed that Prime Minister Muhyiddin Yassin has lost his majority in Parliament.
Saifuddin (above) was commenting on Zahid's statement earlier today which revealed that many of Umno and BN MPs support PKR president Anwar Ibrahim to form a new government.
Saifuddin said this means that Muhyiddin would definitely have lost his majority since the prime minister only had a slim support of 113 out of 222 MPs in Parliament.
"His words are very specific. He confirmed that many Umno and BN parliamentarians back Anwar. And he does not stop them from doing so," Saifuddin told Malaysiakini."



ANTARA AKHBAR INDONESIA MENYIARKAN BERITA TENTANG ANWAR

 

Anwar Ibrahim Klaim Kantongi Suara Mayoritas yang Kuat dan Meyakinkan Kompas.com –


23/09/2020, 13:10 WIB BAGIKAN: Komentar Lihat Foto Anwar Ibrahim.(AFP / MANAN VATSYAYANA) Penulis Danur Lambang Pristiandaru | Editor Danur Lambang Pristiandaru KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Pemimpin Partai Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Anwar Ibrahim, mengumumkan bahwa ia mengantongi suara mayoritas yang kuat, tangguh, dan meyakinkan untuk membentuk pemerintahan berikutnya. Pengumuman tersebut disampaikannya dalam konferensi pers, Rabu (23/9/2020), yang juga disiarkan langsung melalui Facebook. Dilansir dari Mothership, Anwar juga telah menulis surat kepada Raja Malaysia, Yang Dipertuan Agong Abdullah, untuk meminta audiensi.   Learn more Diberitakan Kompas.com sebelumnya, Anwar mengklaim memiliki suara mayoritas di parlemen untuk menjadi Perdana Menteri baru Malaysia. Baca juga: Klaim Mayoritas Parlemen, Anwar Ibrahim: Pemerintahan Muhyiddin Telah Jatuh “Pemerintahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh” tegas Anwar. Menanggapi pertanyaan hadirin, Anwar menyatakan bahwa ini bukanlah pemerintahan “pintu belakang”. Dia juga menolak untuk mengungkapkan jumlah anggota Parlemen yang mendukungnya. Dia menambahkan bahwa Raja Malaysia harus menjadi yang pertama tahu dan dia akan mengungkapkannya setelah bertemu dengan Yang Dipertuan Agong. Baca juga: Gulingkan Muhyiddin, Anwar Ibrahim akan Jadi Perdana Menteri Baru Malaysia? Anwar mengatakan akan memprioritaskan penanganan pandemi Covid-19, masalah ekonomi, dan ketimpangan ekonomi. Dia mengatakan bahwa istrinya, Wan Azizah, yang sebelumnya menjabat sebagai Wakil Perdana Menteri di pemerintahan Pakatan Harapan, tidak akan menjalankan peran yang sama di pemerintahan berikutnya. Anwar menambahkan dia tidak memiliki masalah pribadi dengan Perdana Menteri Malaysia saat ini, Muhyiddin Yassin. Diperlukan minimal 112 kursi untuk membentuk pemerintahan di Malaysia. Koalisi berkuasa Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin memiliki mayoritas sangat tipis 113 kursi. Baca juga: Anwar Ibrahim Gagal Batalkan Upaya Gugatan Menentang Pengampunan dari Raja Malaysia Anwar saat ini memimpin koalisi Pakatan Harapan yang terdiri dari Partai Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya, Partai Aksi Demokratik (DAP) dan Partai Amanah dengan total 91 kursi. Sementara itu, Muhyiddin dijadwalkan akan menyampaikan pidato khusus pada Rabu pukul 14.30 waktu setempat.

Artikel ini telah tayang di 
Kompas.com dengan judul "Anwar Ibrahim Klaim Kantongi Suara Mayoritas yang Kuat dan Meyakinkan", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/global/read/2020/09/23/131044570/anwar-ibrahim-klaim-kantongi-suara-mayoritas-yang-kuat-dan-meyakinkan.
Penulis : Danur Lambang Pristiandaru
Editor : Danur Lambang Pristiandaru

Download aplikasi 
Kompas.com untuk akses berita lebih mudah dan cepat:
Android: 
https://bit.ly/3g85pkA
iOS: 
https://apple.co/3hXWJ0L

ANWAR ANGKAT SUMPAH PM9 ?

OWH...INI RUPANYA ANWAR YA....

 

Bosamo Tok Min

"𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌��𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐇, 𝐏𝐊𝐑 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐇"

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐇𝐈𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐃𝐀𝐇-𝐆𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐇𝐈𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍


Boleh sebut satu nama di Malaysia dan di dunia yang mendapat pengiktirafan sebegini?

- Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang TERBAIK DI DUNIA.

- Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan TERBAIK DI ASIA.

- Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008

- Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ‘ PAKAR PERUNDING KEWANGAN ‘ oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

- Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia yang diakui sebagai ‘ PAKAR EKONOMI & KEWANGAN ‘ oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.

- Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’

- Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai ‘Consultant Bank Dunia - Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.

- Anwar Ibrahim dilantik independent non-executive director, ABG. badan pelaburan dan Islamic Bank antara yang terbesar di dunia sejak Mac 2006

- Kerajaan Turki telah mengambil Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan Turki. Ekonomi kerajaan Turki sekarang adalah yang ke 7 terbaik di dunia dan ke 3 terbaik dikalangan negara-negara Europah.

- Singapura pernah mendapatkan nasihat kewangan Anwar Ibrahim dengan bayaran sebanyak SD100,000 bagi setiap satu jam khidmat nasihat kewangan.

- Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.

- Di Mesir pada tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.

- Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Belaiu sangat dihormati di Indonesia. Seorang tokoh politik asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

- Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat

- Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Di Malaysia pula :Image may contain: 1 person

1) Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 berturut-turut.

2) Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia numbur 1 di Asean.

3) Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia Numbur 1 di Asean.

4) Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia numbur 1 di Asean.

5) Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘ UNTUNG ‘ iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.

6) Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari sendiri,akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.

7) Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan,Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.

Kejayaan Anwar mengurus ekonomi menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asean Tiger

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.

#𝐁𝐨𝐬𝐚𝐦𝐨𝐓𝐨𝐤𝐌𝐢𝐧

"𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐍𝐈𝐒𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍"

 

ANWAR PD


Sekitar Kelas Tajwid Mingguan bersama Ustaz Che Nar di Pejabat Parlimen Port Dickson pada hari ini.

Kelas mingguan ini diadakan pada setiap Selasa jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan terbuka buat semua warga PD.

Moga usaha ini mendapat barakah dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.



[GAMBAR] Sekitar Kelas Tajwid Mingguan bersama Ustaz Che Nar di Pejabat Parlimen Port Dickson pada hari ini.

Kelas mingguan ini diadakan pada setiap Selasa jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan terbuka buat semua warga PD.

Moga usaha ini mendapat barakah dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

 

 

 

 


MUHYIDDIN JATUH.SOKONGAN PARTI PARTI LAIN TERHADAP ANWAR AKAN MENYUSUL

 

Berikut adalah kenyataan yang dibacakan Anwar Ibrahim dalam sidang media khas tengahari tadi mengenai sokongan majoriti yang sudah diperolehinya untuk mengambil alih kerajaan daripada PN yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, turut disertakan kenyataan media Amanah yang turut menyatakan sokongan daripada 11 Ahli Parlimennya kepada pembentukan kerajaan baru oleh Anwar itu.

Dijangka, beberapa parti lain akan turut mengeluarkan kenyataan medianya, sama ada petang ini atau esok pagi, untuk menyatakan sokongan yang sama kepada Anwar sebagai Perdana Menteri dan gabungan kerajaan baru yang bakal dibentuknya.

Apa pun, dengan sokongan majoriti kukuh yang diperolehi Anwar, kerajaan PN Muhyiddin kini telah jatuh dan sinar baru untuk Malaysia telah menjelma. (Shahbudindotcom 23/09/2020)

—————————————————————

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

Bismillah Ar-Rahman Al-Rahim

As-salamu alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuhu

Dan salam sejahtera

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua rakan media tempatan dan antarabangsa yang hadir walaupun jemputan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat.

Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini daripada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum.

Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 22 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam Selasa lalu saya telah mendoakan aa’fiah buat Kebawah Duli Tuanku.

Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat, Insha’Allah.

Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini. Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

Akhir sekali, saya memohon seluruh rakyat supaya bersabar dan mendoakan kesembuhan segera Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat. InshaaAllah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya.

Terima Kasih.

ANWAR IBRAHIM

23 September 2020.

—————————————————————

KENYATAAN MEDIA

PARTI AMANAH NEGARA

Kami mengambil maklum pengumuman yang di buat oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan, dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan memberi kan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

HAJI MOHAMAD SABU

Presiden AMANAH

23 September 2020

Pertubuhan pelajar sokong kerajaan baharu

 

Pertubuhan pelajar sokong kerajaan baharu

Amanah sokong, beri kepercayaan tubuh kerajaan baharu

 




Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menyokong pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembentukan kerajaan baharu.

 Menurut kenyataan media Mohamad Sabu, Amanah dan 11 Ahli Parlimen dari parti itu sentiasa memberi kepercayaan kepada Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk kembali kerajaan mandat rakyat.

 "Kami mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

 "Seperti yang diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu," katanya dalam satu kenyataan.

 

Presiden Umno tidak halang Ahli Parlimen sokong Anwar

 





Pengumuman kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar pagi tadi tidak dilakukan secara sebelah pihak.

 Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan mengetahui sejumlah Ahli Parlimen parti itu terlibat menyokong kerajaan baharu yang akan dibentuk oleh Anwar.

 Menurutnya, Umno bukanlah komponen rasmi Kerajaan Perikatan Nasional dan sokongan kepada Muhyiddin dibuat secara individu oleh Ahli-ahli Parlimen yang terlibat.

 "Sebagaimana diketahui umum, Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-ahli Parlimen sahaja.

 "Umno dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

 "Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-ahli Parlimen berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

 Dalam sidang media kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, Anwar mengumumkan sejumlah Ahli Parlimen Umno antara yang akan ikut serta dalam pembentukan kerajaan baharu. Dengan itu kerajaan Muhyiddin 'tumbang' apabila sokongan tidak lagi memihak kepada beliau.

 Bagaimanapun, sebarang keputusan untuk membentuk kerajaan baharu hanya akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 

(function() { var d = document, w = window; w

29 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

DEMI JAWATAN DAN LUBANG KENCING Jauh benar pendirian Pas mengenai wakil rakyat lompat parti ketika  sebelum ada kuasa dengan setelah dapat k...