WALAU KALAH DAN PERNAH BERSALAH MASIH NAK TANDING???

Mohd Ali, 63, dipilih sebagai naib presiden Umno pada pemilihan 2004, bagaimanapun tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
 Bekas Ketua Menteri Melaka ini berkata dorongan kuat untuk beliau bertanding adalah disebabkan beliau mahu terus menyumbang kepada parti dan masyarakat.

Katanya pada masa kini kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti mahu diketepikan oleh banyak pihak dan ini menambah kepada semangatnya untuk mempertahankan hak golongan itu.

"Apa guna kita berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang Melayu, hak agama Islam di samping menjaga kepentingan orang lain.


 SPRM DAH SELESAI KAH SIASAT KENDURI MEGA?


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya.





mohd shukri abdul aca investigation director 080408"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Mohd Shukri Abdull (kanan) ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.