ISWARDY DITAHAN SEMULA SETELAH DIBEBASKAN.

 

Iswardy Morni di tahan semula setelah di bebaskan. Esok di dakwa di mahkamah.  #KerajaanGagal ni nak main.....


NAPSIAH KHAMIS

Uncle Kentang taja pembedahan anjing ‘teman setia’ polis


Keadaan Johnny yang dilanggar kereta baru-baru ini.

PETALING JAYA: Ketika tiga anggota polis mengawal sekatan jalan raya di Kota Tinggi, Johor, tahun lalu, mereka dikejutkan kehadiran seekor anjing liar yang berkeliaran di situ.

Selepas beberapa hari melihatnya masih berkeliaran berhampiran mereka, anggota polis terbabit mula menerima kehadirannya. Tidak lama kemudian, anjing itu yang kini dinamakan Johnny, mula menjadi teman setia mereka.

Anjing yang tetap setia bersama mereka tidak kira hujan atau panas itu lama kelamaan turut terkenal dalam kalangan pegawai lain.

Malangnya, semalam, Johnny mengalami kemalangan selepas dilanggar pacuan empat roda jenis Hilux.

“Anggota polis terbabit menghubungi saya semalam. Mereka hanya konstabel polis biasa, jadi gaji tidak tinggi dan hanya ada beberapa ratus ringgit saja untuk membayar doktor haiwan,” kata Kuan Chee Heng, yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, kepada FMT.

Bimbang Johnny tidak dapat diselamatkan akibat kecederaannya, polis yang memberi makan dan merawatnya selama ini membawanya ke klinik haiwan terdekat.

Tetapi kerana kecederaannya yang parah, prosedur itu perlu dilakukan di klinik haiwan lain di Johor Bahru, kira kira satu jam dari Kota Tinggi.

Kuan berkata, pembedahan yang diperlukan Johnny mungkin menelan kos hingga ribuan ringgit.

“Tulangnya patah, dan doktor haiwan memberitahu Johnny perlu dihantar ke kemudahan yang lebih baik untuk dibedah. Ia juga mengalami kecederaan di perut.”

“Ini adalah kisah yang cukup menyentuh perasaan saya kerana anggota polis ini adalah orang Melayu, Islam. Mereka sanggup membawa Johnny pulang dan merawatnya, dan bimbang kakinya tidak akan sembuh.”

“Saya beritahu polis itu, jangan bimbang tentang bil, saya akan membayarnya. Mereka adalah hero sebenar hari ini.”

Kuan, yang mengasaskan Community Policing Malaysia (CPM), cukup terkenal kerana kerja amalnya.

Beliau banyak menganjurkan usaha yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik, khidmat ambulans murah, penghantaran makanan kepada orang miskin, dan program “Pasar 10 sen”, di mana dia menjual pakaian, peralatan dan buku yang disumbangkan kepada yang memerlukan.

Uncle Kentang juga bakal menerima anugerah Commonwealth Points of Light Award pada 12 Jun ini di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur.

“OPERASI BESAR2AN TANGKAP PATI BOLEH AKIBATKAN COVID19 SUKAR DIKAWAL”

 

Pada pendapat saya, keutamaan pada krisis pandemik yang kritikal ketika ini bukan untuk umum operasi besar-besaran untuk mencari dan menangkap pendatang tanpa izin (PATI) tetapi untuk memastikan rantaian Covid terputus dalam masa paling singkat.

Ini bukan masa yang sesuai untuk mengambil tindakan sebab Covid tak pilih warga Malaysia, pekerja asing dengan permit atau pendatang tanpa izin untuk menjangkit.

Pada ketika ini, ianya bukan mudah bagi mereka lari ke luar negara atau PATI baru menyusup masuk sebab kawalan sempadan negara sudah pada tahap tinggi.

Jika diumum operasi besar-besaran sekarang, PATI tidak akan berani tampil untuk disaring, dikesan. dikurung atau dirawat.

Akibatnya, Covid akan terus menular dalam komuniti mereka dan akhirnya akan menjangkit warga tempatan juga.

Kos dan mudarat kepada negara adalah jauh lebih tinggi sekiranya Covid tidak terputus sebab ianya masih menular dalam komuniti PATI berbanding sebarang penjimatan atau kebaikan yang diperolehi dengan mengambil tindakan terhadap mereka sekarang.

Jadi, pendapat saya ialah kita perlu sabar seketika untuk umum satu tempoh pengampunan sementara diberi kepada PATI sehingga pandemik berakhir.

Selepas itu, baru lah kita ambil tindakan yang paling tegas secara besar-besaran.

Ini bukan soal nak lindung PATI tetapi untuk lindung warga dan kepentingan Malaysia dari mudarat yang lebih besar.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

VIDEO AUDIO Anwar Ibrahim: Speaker Patut Buat Kenyataan Yang Jelas, Jangan Berselind...

VIDEO : ((PANAS)) DATO KAMAL: MENTERI² POTONG GAJI 50%? || 64 RIBU PELAJAR DIJAN...

VIDEO AUDIO : Anwar Ibrahim: Penjelasan Berhubung Isu Iswardy Morni

VIDEO AUDIO : Anwar Ibrahim: Respon Saya Tentang Isu Vaksin Dan "Total Lockdown"

BANYAK BETUL ANAK NAJIB NAK BAYAR CUKAI 13 JUTA...KAYA ANAK BERANAK MANA DAPAT DUIT ?

 

Anak Najib setuju bayar cukai lebih RM13 juta kepada LHDN



Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar Najib, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Anak bekas Perdana Menteri Najib Razak, Mohamad Nizar bersetuju menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13.16 juta bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata, ini berikutan anak guamnya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN.

“Sepatutnya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 27 Mei lepas, namun dijadualkan semula ke 4 Ogos ini berikutan perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes berhubung rayuan Mohamad Nizar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman secara dalam talian, hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam, Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.

Berhubung rayuan Mohamad Nizar, peguam itu berkata mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui sama ada permohonan anak guamnya untuk melapangkan tarikh pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 16 Jun dibenarkan oleh mahkamah sementara menunggu perintah persetujuan direkodkan.

Pada 11 Ogos tahun lepas, Mohamad Nizar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Ogos tahun sama yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang dibangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas selain berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun.

Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.

Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga perlu membayar cukai pendapatan kepada LHDN seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib perlu membayar RM1.69 bilion manakala Mohd Nazifuddin RM37.6 juta.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan belum melunaskan bayaran itu menyebabkan LHDN menfailkan notis kebankrapan terhadap mereka dan kes itu masih di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

Kes Covid-19 di Kelantan boleh cecah 1,000 sehari mulai Jun, kata EXCO


KOTA BHARU: Kes positif Covid-19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1,000 kes sehari mulai bulan depan, berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang.

EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin, berkata selain nisbah jangkitan, kegagalan pematuhan SOP dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan apabila kes positif harian tinggi dicatat dalam tempoh beberapa lepas.

“Nisbah jangkitan berbanding penduduk sangat tinggi, sebagai contoh Kota Bharu mencatat 583 kes daripada 100,000 penduduk pada masa ini.

“Kita jangka kes akan naik lagi kerana wabak Covid-19 sudah berada dalam komuniti secara besar-besaran. Sebelum ini kita sudah ingatkan kalau tidak patuhi SOP, selepas raya kes dijangka naik, jangkaan itu tepat. Lihat pada trend sekarang, Jun ini kes boleh mencecah hingga 1,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kota Darulnaim.

Semalam, Kelantan mencatat 612 kes positif COVID-19 dengan 7,869 kes aktif.

Ampun Tuanku..tolong Tuanku, rakyat susah Tuanku’, rayu lelaki sambil menangis kepada Agong

 

Pemanggil menghubungi Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar) sebelum membuat rayuan penuh emosi kepada Agong dan Raja-Raja Melayu.

PETALING JAYA: Rayuan penuh emosi seorang lelaki kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam situasi Covid-19 yang semakin buruk di negara ini menjadi tular.

Pemanggil hanya mahu dikenali sebagai Azizi, membuat rayuan melalui panggilan telefon dalam satu sesi YouTube secara langsung yang dihoskan oleh Timbalan Presiden Otai Reformis, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa.

Dalam rayuan itu, Azizi menyatakan kerajaan seolah-olah tidak mampu mengendalikan keadaan semasa Covid-19 yang terus mencatat lonjakan dalam jumlah kes, kematian, dan kluster sejak seminggu lalu.

Katanya, pelaksanaan sekatan penuh ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 hanya akan melumpuhkan perniagaan kerana tidak ada insentif yang diumumkan.

Ketika itulah Azizi mula sebak dan menangis sambil merayu kepada Agong untuk campur tangan.

“Kalu bolehlah, buka baliklah Parlimen. Saya mohonlah Raja-Raja Melayu tengoklah rakyat kat bawah ni, campur tanganlah. Ampun Tuanku..tolong Tuanku, rakyat susah Tuanku.

“Saya susah, saya nak bayar duit kereta pun tak boleh nak bayar, bisnes takde. Macam mana saya nak hidup. Tak ada langsung insentif daripada kerajaan.

“Mohonlah Tuanku, sembilan Raja ni tolonglah buat sesuatu. Sultan ni payung rakyat. Tolonglah, tolong bantu rakyat kat bawah ni. Dengarlah rintihan rakyat kat bawah ni,” rayunya sambil memaklumkan bukan dia saja yang susah malah ramai lagi yang menderita.

Azizi turut merayu semua Sultan untuk bersidang dan berbincang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah ini.

Parlimen digantung sejak 12 Januari lalu berikutan pengisytiharan darurat selama lapan bulan untuk menangani wabak Covid-19.

Darurat akan berlangsung sehingga 1 Ogos atau satu tarikh yang lebih awal sekiranya kes Covid-19 berjaya dikurangkan dan stabil.

KAH..KAH..KAH DAH KENA PECAT RUPANYA.BARU DEDAH TEMBELANG Pengerusi LGM akui ditamatkan kontrak, akui skandal tanah LGM?

 

Gempar !!! Pengerusi LGM akui ditamatkan kontrak, akui skandal tanah LGM?
SEDAR Malaysia begitu terperanjat dengan kenyataan media oleh YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris yang mengakui beberapa perkara yang didedahkan oleh kami adalah berasas.

Kami tidak tahu yang beliau telah ditamatkan kontrak sebagai Pengerusi LGM. Kami juga amat terperanjat dengan pendedahan yang beliau telah berkongsi dengan Perdana Menteri mengenai isu yang melanda LGM tetapi sehingga hari ini nampaknya tiada tindakan. Ianya mengingatkan kita semua bagaimana Mantan IGP Hamid Bador yang turut mendedahkan kepada umum, Perdana Menteri telah dimaklum berkenaan campur tangan Menteri KDN yang tidak patut berlaku. Ini telah meyakinkan kami yang Perdana Menteri kita tidak mampu membetulkan apa yang salah.

SEDAR Malaysia masih mempunyai beberapa persoalan yang ingin diajukan kepada YB Menteri Khairuddin at-Takiri dan YB Nazlan, namun dengan status terkini YB Nazlan ianya jelas yang isu LGM ini tidak lagi boleh dipanjangkan dan tindakan segera mesti diambil.

SEDAR Malaysia memang tidak berniat untuk membuat laporan ke SPRM kerana kami tidak percaya yang SPRM akan bertindak. Ini adalah kerana sejak beberapa tahun ini kami melihat bagaimana tindak tanduk SPRM telah menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Rancangan awal kami ialah selepas tujuh hari mempersoalkan bertalu-talu isu berkenaan LGM kami akan membuat aduan ke Jawatankuasa Akaun Awam oleh Parlimen atau PAC. Ianya diwakili oleh Ahli Parlimen dari pelbagai pihak. Kita maklum Parlimen dihalang dari bersidang, walaupun YDPA telah bertitah boleh bersidang. Kita juga maklum oleh itu PAC tidak dapat menjalankan tugasnya buat masa ini. Namun kami yakin bila tiba masanya PAC boleh memastikan segala pendedahan dan soalan-soalan kami terjawab.

Oleh kerana isu LGM ini telah menjadi satu skandal yang begitu besar dan tidak boleh dilengahkan lagi, kami akan menghubungi Pengerusi PAC YB Wong Kah Woh secepat mungkin untuk mengaturkan mesyuarat rasmi berkenaan isu ini.

Kami juga telah menerima banyak maklumat berkenaan beberapa lagi salah laku oleh YB Menteri Khairuddin at-Takiri dan beberapa menteri yang lain. Kami sedang meneliti fakta-fakta yang diberikan.

Jika kami yakin ada asas fakta-fakta yang diberikan itu, kami akan terus bersuara dan tidak akan gentar jika kami diugut dengan apa cara sekalipun. Tanggung jawab kami ialah memastikan adanya semak dan imbang tidak kisahlah siapa yang menjadi kerajaan.

Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064
Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759
Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159
Pautan catatan keempat berkenaan isu LGM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962327594315064

May be an image of text

Sumber:

Mana pengumuman moratorium, bantuan khas?, tanya Anwar


Mana pengumuman moratorium, bantuan khas?, tanya Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan yang sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung moratorium pinjaman bank kepada rakyat susulan pelaksanakan sekatan pergerakan penutupan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh negara, yang berkuatkuasa malam ini.

Anwar yang juga presiden PKR berkata pelaksanaan moratorium 2.0 langsung tidak dibahaskan meskipun terdapat banyak laporan bahawa perbankan mencatatkan jumlah keuntungan yang besar ketika ini.

Kata Anwar, lebih parah lagi apabila tiada pengumuman sebarang bentuk pakej bantuan khas yang dibuat kerajaan ketika memutuskan pelaksanaan penutupan penuh itu.

“Sehingga hari ini belum ada kenyataan tegas tentang moratorium walaupun bank-bank umumkan keuntungan besar dan yang lebih parah (tiada pengumuman banntuan).

“Setiap kali ada lock down mesti ada bantuan kepada rakyat.

“Lock down dua minggu, orang hilang kerja dan sebagainya, kilang ditutup jadi semua ini harus diselesaikan sekurang-kurangnya bantuan walaupun tak sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di PPV Dewan Kompleks Belia dan Sukan Port Dickson, hari ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun.

Susulan itu, Umno, PKR dan Amanah menggesa kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas termasuk moratorium pinjaman bank kepada rakyat.

Pada 11 Mei lalu, Bank Negara berkata moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu memenuhi obligasi hutang mereka.

Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata semua bank mempunyai pelan bantuan pembayaran termasuk moratorium pinjaman bersasar dan ia dapat ditawarkan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan mereka berkurangan.

Peminjam juga katanya boleh menggunakan pelbagai saluran yang disediakan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu berkata kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan lain.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion, Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin Tambahan (RM10 bilion), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bernilai RM35 bilion), pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin bernilai RM10 bilion dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

PERTIKAIAN VAKSIN ASTRAZENECA SELANGOR – PUSAT SELESAI


LEBIH BAIK BENTUK KERAJAAN DARURAT – JOHARI ABDUL

 

Ambil kira cadangan suntikan wang tunai RM45b untuk pekerja, perniagaan (CADANGAN KALI 4) KERAJAAN PN MASIH MEMBISU

 

Oleh Ghafar NS

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pengumuman berkenaan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan `total lockdown’ Fasa Pertama mulai 1 Jun ini akan dibuat secepat mungkin.

Pakej bantuan tersebut diharapkan dapat mengambil kira cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini yang mendesak kerajaan merangka satu pakej baharu bantuan kewangan bernilai RM45 bilion.

“Pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion ini dapat bertahan sehingga akhir tahun apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepatutnya selesai, dengan 80 peratus penduduk diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Guan Eng menjelaskan, suntikan wang tunai berjumlah RM45 bilion ke dalam ekonomi akan memberi manfaat terus kepada pekerja dan perniagaan merangkumi:

• Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk penganggur, menelan belanja RM7 bilion untuk baki 7 bulan tahun ini,

• Pelanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20 peratus Teratas, sehingga PICK selesai pada akhir tahun.

Ini akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia. Kos ini harus ditanggung oleh industri perbankan, yang masih mencatatkan keuntungan selepas cukai hampir RM23 bilion untuk tahun 2020 berbanding RM32.3 bilion pada tahun 2019.

• Insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa dua tahun, merangkumi insentif upah RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan kepada majikan, yang akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia yang menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran belia masih setinggi 13.4 peratus pada Mac 2021.

• RM3.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dan kemampuan hospital serta peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelakkan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan awam kita.

• RM28 bilion dalam bentuk geran kewangan; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit; untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana, pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang telah lumpuh.

“Pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion ini diperlukan untuk menggalakkan pendekatan keseluruhan masyarakat bagi mengurangkan kesan ekonomi yang merugikan dari “total lockdown” dan mengelakkan kemelesetan ekonomi semakin teruk,” ulas Ahli Parlimen Bagan itu lagi.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebelum ini, memutuskan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Lockdown: Rangka pakej bantuan RM45 bilion (SARANAN KALI 3) OLEH GUAN ENG

 

Oleh B. Suffian

Terdapat keperluan mendesak untuk merangka pakej baharu bantuan kewangan bernilai RM45 bilion untuk rakyat dan semua sektor ekonomi yang terjejas dengan ‘lockdown’. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion itu akan menyebabkan defisit belanjawan meningkat 3 hingga 4 peratus lagi, suntikan dana langsung akan membantu menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi.

“Pakej bantuan kewangan baharu bernilai RM45 bilion ini dapat bertahan sehingga akhir tahun apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepatutnya selesai, dengan 80 peratus penduduk diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam, memutuskan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, suntikan wang tunai berjumlah RM45 bilion ke dalam ekonomi perlu memberi manfaat secara terus  kepada pekerja dan perniagaan merangkumi:

• Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk penganggur, menelan belanja RM7 bilion untuk baki 7 bulan tahun ini,

• Pelanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20 peratus Teratas, sehingga PICK selesai pada akhir tahun. 

Ini akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia. Kos ini harus ditanggung oleh industri perbankan, yang masih mencatatkan keuntungan selepas cukai hampir RM23 bilion untuk tahun 2020 berbanding RM32.3 bilion pada tahun 2019.

• Insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa dua tahun, merangkumi insentif upah RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan kepada majikan, yang akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia yang menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran belia masih setinggi 13.4 peratus pada Mac 2021.

• RM3.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dan kemampuan hospital serta peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelakkan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan awam kita.

• RM28 bilion dalam bentuk geran kewangan; subsidi upah, sewa dan utiliti;  jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit;  untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana, pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang telah lumpuh. 

Industri pelancongan kerugian RM100 bilion pendapatan tahun lalu dan tanpa ‘talian hayat’ dari kerajaan, menghadapi masa depan yang suram. 

KALAU INI BERLAKU DIZAMAN PH...PAGI PETANG SIANG MALAM RATIB KAPIR KAPIR...JADI ZAMAN INI..DIAM BISU...

 

AHMAD FAROUK

Arab Saudi dan Indonesia pun tegas tidak benarkan pesawat Israel lalu ruang udara mereka.Tapi Malaysia dengan bangganya Malaysia benarkan dengan kenyataan dari Kementerian Pengangkutan di bawah Menteri MCA Wee Ka Siong.

 Kalau ini berlaku semasa era PH, tahu-tahu jelah kan. DAP diratibnya, 'mereka semakin berani' Tapi ini berlaku era PN (Bersatu, UMNO, PAS, MCA, MIC) maka diam jelah mereka mengiyakan dan beri tabik hormat kepada pesawat.

May be an image of text that says "PERIKATAN NASIONAL δΈ­ Pesawat Israel dapat kelulusan lalu ruang udara Malaysia"

ANWAR JAWAB ISU ISWARDY

 May be an image of 1 person and text that says "ANWAR JAWAB ISU ISWARDY APAKAH SAYA SETUJU DENGAN TINDAKAN AKTA HASUTAN? SAYA TIDAK SETUJU SECARA PRINSIP KITA TIDAK SETUJU (PIHAK BERKUASA) GUNA AKTA HASUTAN. APAKAH SAYA SETUJU BELIAU DIBERIKAN BANTUAN GUAMAN? APAKAH TIDAK WAJAR BELIAU MENEGUR? SAYA SETUJU INI HAK SETIAP RAKYAT DAPAT PERLINDUNGAN GUAMAN. ITU HAK SETIAPRAKYAT MENEGUR TERUTAMA DAL KEADAAN SEKARANG, CUMA ADA KAEDAH DAN ADAKEBIJAKSANAANNYA -31 MEI 2021, PORT DICKSON"

VIDEO JANGAN JADI KAKI AMPU BRO!WAN SAIFUL SURUH PKR PECAT ISWARDY/WAN SAIFUL ...

BURUKNYA DAP MENTADBIR

May be an image of 1 person and text that says "Tok Perak @TokPerak8 Isreal dibenarkan terbang atas kepala kita Habis basah kena kencing dengan Perikatan Nasional Sokong Palestin kunun Pergi mampus lahh Translate Tweet 16:2529My21td 21 Twitter for Android 29 May"

 

HAMZAH RIE NA

Kerajaan Isle MCA-PAS membenarkan pesawat Israel memasuki ruang udara, TANPA BANTAHAN !!.. berbanding negara jiran Indonesia dgn tegas melarangnya.

Siapa ABANG BESAR Yang Jaga kementerian ini..?

Menteri-MCA Wee Ka Siong,

Dengan hanya 2 kerusi Parlimen shj sudah membolehkan PAS jadi khadam MCA.

Kerajaan Isle la katakan..

#PasKhadamMca

#PasPuasHati

SR


 

SOP BERPUSING PUSING WALAU LEPAS SETAHUN MASIH TAK BOLEH BUAT SISTEM YANG BIJAKSANA.

 

MOHD MUKHLIS



May be an image of text


SOP berpusing-pusing itu satu hal, inipun lepas setahun masih tak boleh nak buat satu system yang robust dan intelligent.

Cuma kalau bab SOP pun dah kelam kabut, hangpa rasa bantuan untuk rakyat sempat ke dapat sebelum esok? Jap lagi panik pula beratur pula kat KWSP atau bank kalau bantuan di umum secara tergesa-gesa. Itu kalau ada bantuan, kalau tak ada? Hangpa pandai-pandai la tanak "rahmat" dalam rice cooker, mana tahu boleh bagi anak bini makan "rahmat palsu" kan?

Sebab itu amanah adalah perkara yang sangat berat, yang membuatkan seseorang menyesal di akhirat nanti.

ADA KEPERLUAN KERAJAAN BAGI 2 JENIS VAKSIN INI

 

SHAHBUDIN HUSIN


Rasanya ada keperluan untuk kerajaan memberi hanya vaksin Pfizer dan AZ saja untuk rakyat yang beragama Islam.

Ini kerana dua jenis vaksin tersebut saja yang diterima oleh Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah dan sebagai orang Islam, kalau pun tidak sekarang, lambat laun semua daripada kita pasti ada keinginan menunaikan ibadah tersebut.

Bagaimana jika seseorang itu sudah menerima dua suntikan vaksin jenis lain daripada Pfizer dan AZ jika mereka ingin menunaikan haji dan umrah nanti, masih bolehkah mereka disuntik dua lagi suntikan Pfizer dah AZ semata-mata untuk memenuhi syarat Arab Saudi bagi ibadah haji dan umrah?


May be an image of text that says "Ibadah Umrah, Haji- Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Sahaja May 4, 2021 Liyana Am,Antarabangsa,Berita Semua pihak sedia maklum, kerajaan Arab Saudi kini telah menetapkan antara kriteria perjalanan jemaah haji pada tahun ini adalah memperolehi suntikan vaksin COVID-1 Susulan itu, menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri- bagi jemaah Malaysia yang terpilih mengerjakan ibadah haji pada tahun ini akan diberikan suntikan vaksin Pfizer-BioN'Tech dan AstraZeneca."

OK, Selepas ‘lockdown’, apa ya?

 

Betul sekarang bukan masanya menuding jari dan menyalahkan kerajaan. Betul ini masanya tumpuan diberi terhadap usaha mengalahkan Covid-19. Tetapi kerajaan juga mestilah bersifat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk seteru sekali pun.

Jangan malu, jangan takut, jangan ego. Jadikan salah dan silap lalu iktibar dan ambil langkah memperbaiki. Hakikatnya tolehlah ke belakang untuk bergerak ke hadapan.

Banyak kesilapan dan salah langkah kerajaan masa lalu tidak perlu dihuraikan. Ramai sudah maklum dan lebih penting, kerajaan sendiri tentu sudah tahu. Semua ini pernah saya tulis pada artikel terdahulu.

Kini rakyat dan kerajaan nampaknya menaruh harapan kepada “full lockdown” yang akan berkuatkuasa esok 1 Jun 2021 sebagai penawar atau ubat pahit untuk melandaikan lekuk Covid-19 yang kian menokok dengan ratusan orang mati setiap hari. Selama ini pun, ramai dan pelbagai pihak mahu “full lockdown” dilaksanakan.

Tetapi Muhyiddin dan pentadbirannya keberatan. Kata perdana menteri, PKP penuh akan menjejaskan ekonomi dengan teruk walau pun beliau secara peribadi akui itu cara terbaik untuk hentikan penularan Covid-19.

Malah, Menteri Kesihatan, Adham Baba, sanggup mencadangkan PKP kendiri atau “self-imposed lockdown”, walaupun mendedahkan hampir 50,000 kanak kanak dan bayi dijangkiti Covid-19. Ini saya petik laporan FMT bertarikh 25 May lalu. Sedih dan menakutkan. Kata beliau, ibu bapa mesti ambil perhatian dan pastikan mereka memberi penjagaan dan perlindungan terbaik buat anak masing-masing.

Sepatutnya beliau umumkan langkah tegas, bukan lagi minta orang ramai menawarkan diri menjalani “self-lockdown”. Reaksi beliau hanya menyerlahkan persepi ramai bahawa kerajaan tidak mahu ambil langkah pertama. Sebaliknya, mahukan rakyat mengambil langkah sendiri. Gambarannya kerajaan hilang punca dan seakan “surrender”.

Kita tahu kerajaan mahu mengimbangi kesan penyakit dengan kesan ekonomi. Ia bukan sesuatu yang senang. Dan yang jelas, itu tak dapat, ini pun tak dapat. Covid-19 terus mengganas menjangkiti rakyat manakala ekonomi terus sengsara. Darurat tidak memberi manfaat seperti yang didakwa kerajaan masa ia diumumkan dulu.

Akhirnya, kerajaan memutuskan “full lockdown” dikuatkuasakan. “Better late than never” gamaknya. Selaras dengan itu, kita jangkakan langkah tertentu akan dijalankan bagi menolong rakyat mengharungi cabaran getir kali ini. Pun begitu, sudah ada suara-suara mengatakan lockdown kali ini tidaklah ketat seperti yang diuar-uarkan kerana masih banyak kelonggaran diberikan kepada sektor perniagaan. Sama-sama kita nantikan keberkesanannya.

Persoalan penting. Setelah lockdown apa yang akan dibuat kerajaan? Apa langkah masa panjang. Kawan lama saya, Ho Wah Foon, menulis untuk akhbar The Star berkata, Malaysia harus menimbang minta pertolongan China dalam krisis Covid-19.

Buat masa ini, penularan Covid-19 mesti dihentikan segera. Lockdown ketat boleh menghentikan virus merebak. Namun bagi pakar perubatan, itu sahaja tidak cukup. Tumpuan ialah vaksinasi yang mesti dijalankan secara menyeluruh di setiap pelusuk negara dengan cepat, agresif, cepat, dan pantas.

Ada pihak sudah mencadangkan peranan tentera diperluaskan. Sebenarnya, bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong tahun lalu ada memberi beberapa cadangan supaya tentera memainkan peranan besar untuk membantu. Malangnya cadangan tidak diendahkan dan anggota tentera ditugaskan mengawal sekatan jalan raya bersama polis.

Baiklah itu cerita lama. Cerita baru mesti dicipta. Belajarlah daripada negara lain. Setiap kali disaran Singapura dicontohi, reaksi lazim ialah Singapura lebih kecil daripada Malaysia. Oleh itu ia senang dijaga berbanding Malaysia yang jauh lebih besar.

Jujur, saya tegaskan tidak setuju dengan alasan seperti itu. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan polemik, saya kata baiklah kita ambil Indonesia untuk dicontohi. Bagaimana? Indonesia ada lebih 15,00 pulau dalam 34 wilayah. Penduduknya lebih 270 juta. Warga Jakarta sahaja sekitar 11 juta.

Ya, mereka ada masalah pelaksanaan SOP tertentu. Umpamanya penjarakan sosial. Penolakan vaksin dalam kalangan sesetengah golongan rakyat juga kuat. Mereka ini terpengaruh dengan ajaran anti-vaksin, hujah vaksin haram, dan sebagainya.

Namun, bak kata penyanyi Nourul Depp, Indonesia berjaya memudahkan proses pemberian vaksin secara sistematik dan efisien kepada rakyatnya. Betul apa yang dikatakan beliau walaupun diakui belum semua daerah sudah dapat vaksin yang memadai.

Keutamaan diberi kepada daerah yang penduduknya padat terutama di Jawa, Sumatera, Kalimantan, dan Sulawesi.

Di bandar besar seperti Jakarta, pendaftaran dibuat melalui organisasi atau syarikat. Bagi golongan bekerja. Waktu vaksin tiba Februari lalu “frontliner” termasuk golongan warga emas disuntik. Ada juga program gotong-royong di mana pemerintah dan pengusaha beli vaksin bersama untuk vaksinasi pekerja kilang dan syarikat mereka.

Menarik juga di kampung dan desa, golongan atuk dan nenek dijemput dengan beca (dan kenderaan lain) untuk disuntik. Percuma. Tidak perlu aplikasi berjuta ringgit. Di bandar, gelandangan yang setiap malam berteduh bawah jambatan juga dibawa untuk mendapat suntikan. Begitu juga golongan penghantar makanan, pemandu kenderaan pengangkutan awam, dan lain-lain. Hakikatnya tidak ada proses memeningkan kepala untuk dapat vaksinasi.

Wartawan sudah awal lagi disuntik. Esok 1 Jun vaksinasi tahap 4 bila mana masyarakat umum akan disuntik. Nourul Depp mahu Malaysia mencontohi Indonesia. Bagi saya contohilah siapa sahaja asalkan ia baik untuk kita.

Tidak dinafikan anggota pasukan kesihatan dan perubatan kita terus bertungkus-lumus memberi yang terbaik. Tidak dinafikan di beberapa pusat vaksinasi semua berjalan baik. Tabik hormat buat mereka.

Cuma yang diperkatakan ini ialah sistem yang dirangka kerajaan yang kakitangan dan sukarelawan di arah laksanakan. Sistem yang perlu diperbaiki. Jika perlu. Saya ulangi kata-kata pakar ekonomi, Jomo Kwame Sundaram, “Malaysia jangan bodoh sombong.”

Apabila menyebut “Malaysia”, kita tahu siapa yang dimaksudkan.

Semoga Tuhan selamatkan kita semua.



(function() { var d = document, w = window; w

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik