Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian

Artikel yang sesuai untuk dibaca.

liewchintong03-480x300
Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.
Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?
Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.
Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno.
Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?
Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.
Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.
Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.
Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.
Ketiga pula, bagaimana untuk menang tanpa PAS?
Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.
Kalau kita anggapkan saja “angin” politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.
Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.
Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.
Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.
Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.
Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.
Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.
Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.
Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan ‘Baju Merah’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.
Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme
Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.
Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.
Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.
Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.
Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.
Keempat, bolehkan PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?
Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.
Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.
Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS.
PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.
Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.
Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia. – Roketkini

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara-Shahbuddin


 | October 5, 2015

Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini
Shahbudin-Husin_najib_umno_600
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.

Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.
“Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara,” tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.

Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.

Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.

Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.

“Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

“Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya,” kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.



AMANAH mutiara baru politik negara

Akhirnya parti baru yang dinantikan berjaya didaftarkan dengan sah menurut undang-undang.
Parti Amanah Negara (Amanah) bakal diuji dan dicuba dengan pelbagai percaturan politik ala Malaysia.
Hubungan pemimpin dan ahli Amanah dengan PAS akan tetap kekal diingati oleh kawan dan lawan

. Selamanya pemimpin utama Amanah akan dikenang sebagai pengkhianat kepada pejuangan Islam oleh pemimpin PAS lantaran keberanian bekas pemimpin PAS menubuhkan wadah baru ini.
Pas makin huru-hara
PAS yang sudah berlambak kerja kini ditambah beban dengan memikirkan strategi untuk menghadapi kemaraan Amanah yang punyai ahli daripada ahli Pas itu sendiri.

Kebanjiran ahli dalam Amanah bukan sahaja daripada atasan parti malahan daripada bawahan juga.

Selagi Pas tidak berhenti melabel dan mengecop bekas pemimpin dan ahli Amanah sehingga sampai tahap kafir maka permusuhan dan dendam akan berleluasa sesama parti Pas dan Amanah.

Hal ini sukar untuk dielakkan kerana kekecewaan telah wujud dalam diri kedua ahli parti Pas dan Amanah.

Hadi tak wajar didewakan

Tindakan ahli dan pimpinan Pas mendewakan pemimpin no 1 mereka sehingga ke tahap maksum sangat tidak relevan dengan perjuangan demokrasi di negara ini.

Juga menuduh dan mentertawakan ahli yang meninggalkan Pas seolah-olah wujudnya ketamakan perjuangan Islam. Hanya Pas sahaja yang layak.

Bagi pihak Amanah pula mereka harus membuktikan wadah perjuangan baru mereka kini adalah lebih baik dan lebih teratur berbanding parti lama mereka yang semakin rosak.


Pas Terengganu tak boleh pergi jauh

Pas Terengganu jangan banyak soal isu nak joint Pakatan Harapan atau tidak. Pas selangor mahu joint tapi pemimpin Terengganu kacau. Pemimpin Terengganu patutnya fokus perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang Allah bagi mereka 15 kerusi itu.
Kedangkalan mengulas isu-isu dalaman Pakatan Rakyat yang telah berkubur itu tidak mendatangkan kebaikan yang banyak kepada Pas Terengganu.
Lebih molek Yb Satiful Bahri, Adun Paka dan juga Pesuruhjaya Pas Terengganu itu memantau Adun-Adun Pas yang kurang berperanan sebagai wakil rakyat.
Isu di Terengganu ialah kebimbangan dan ketakutan rakyat ketika Pas memerintah Terengganu. Maka jika Pas di izinkan Allah mendapat semula kuasa kerajaan di Terengganu maka apakah beberapa tokoh Pas yang pernah berkuasa dulu akan campur tangan juga nanti dalam pemerintahan Pas kelak? Padahal umum sangat maklum peranan tokoh-tokoh tersebut yang buatkan pengundi serik doh undi Pas.
Slogan Derih Jusoh sangat mujarab dan keramat iaitu ‘Serik Doh Weh’ berjaya menenggelamkan jasa Pas era 1999-2004 dan Pas hanya tinggal 2 kubur dengan 4 nisan sahaja ketika itu, sama seperti Pas kuburkan BN pada 1999 dengan 4 nisan juga!



Kemasukan 1.5 pekerja Bangladesh rampas peluang anak tempatan


Sivakumar-DAP
KUALA LUMPUR 3 OKT: DAP Perak menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya menangguh cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.
Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk sebegitu ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.
Bimbang kemasukan itu menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.
“Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.
“Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?” katanya pada kenyataan media, semalam.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.
Tanpa menafi peranan pekerja asing, Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar boleh menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya memasuki secara haram.
“Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara,” katanya.
Beliau khuatir mereka merampas peluang anak muda tempatan berikutan kegagalan kerajaan mengawal mereka hingga ada memulakan perniagaan, mendirikan rumah tangga, malah menjadi warganegara Malaysia.
“Nampaknya warga asing lebih makmur di tanah air ini. Rakyat tempatan rugi kerana pekerja asing sanggup menjadi buruh murah. Ini memaksa pekerja tempatan juga dibayar gaji murah.
“Kebajikan pekerja tempatan juga tidak dipeduli. Dalam keadaan ekonomi meleset, kos hidup tinggi dan gaji rendah menjejaskan ekonomi rumah tangga pekerja tempatan,” katanya.
Beliau juga bimbang pekerja asing itu membawa bersama pelbagai penyakit yang memudarat penduduk, selain sebahagian mereka cenderung terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah. – Roketkini.com

(function() { var d = document, w = window; w

KEH..KEH..BAGI BERGASAK...MOKHTAR SENIK DAH JADI KEMUDARATAN PADA PAS-LAGI DIA CAKAP LAGI ORANG MELUAT PADA PAS.....

  Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘sound’ balik ulama Pas October 28, 2021  Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘s...