Aman Muhamad
Begitulah bagaimana kemunafikan walaun terciduk, menggelupur tak habis lagi tu.
;)
Bakal ubah landskap politik Terengganu.
Atas kesedaran betapa banyaknya kelamahan dan kegagalan kerajaan Pas Terengganu sejak memerintah negeri itu telah membuka minda para intelektual, penggerak masyarakat dan asatizah untuk membentuk sebuah gerakan NGO bagi menyatupadukan rakyat dan membuka landskap politik baru di negeri Terengganu.
NGO itu dinamakan Muafakat Terangganu Baru (MTB) yang merupakan gabungan idea dan tenaga para asatizah dan professional dari pelbagai profesyen, peguam, pendidik, arkitek, jurutera, doktor dan sebagainya.
NGO ini disamping menjadi pemudah cara dalam membantu kerajaan Madani menyalurkan bantuan kepada masyarakat, ia bertindak mencari soluasi untuk mengeratkan hubungan kerjasama Terengganu dengan kerajaan Persekutuan yang sekarang ini sedikit bermasalah sehingga menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan polisi kebajikan membantu rakyat di negeri itu.
Dengan adanya NGO ini banyak solusi yang akan dicapai untuk dilaksanakan kerajaan Madani demi kepentingan rakyat Terengganu bagi menambah apa yang dilakukan setakat ini yang dilihat tidak mendapat kerjasama sepatutnya.
Ngo ini ini juga akan memaksiumkan masalah pergeseran disebabkan fahaman politik, perpecahan disebabkan politiking atau salah dalam menterjemahkan pengertian politik kepada rakyat bawahan.
Individu atau kumpulan terlibat dalam NGO ini terdiri daripada veteran dari pelbagai lapisan masyarakat, pimpinan masyarakat, pendakwah bebas, bekas calon pilihan raya, bekas wakil rakyat termasuk pernah menjadi Exco kerajaan Terengganu setengahnya sudah ada pengalaman luas menguruskan kerajaan.
Selain itu ia turut sama membabitkan teknokrat di peringkat negeri dan nasional yang berasal dari Terengganu yang sangat komited dengan Terengganu.
Menurut jurucakapnya sdr Zubir Mohamad yang juga selaku pengerusi, MTB ini dibentuk di setiap kawasan parlimen di Terengganu yang mempunyai lapan kawasan yang dipengerusikan seorang pengerusi dan jawatanjuasa masing-masing.
Menurutnya sebaik pembentukan ini selesai ia akan diumumkan secara rasmi dalam suatu majlis peluncuran nanti.
Menurut Zubir sejak idea mewujudkan MTB ini diwar warkan, ia mendapat sambutan dari kalangan rakyat, ini terbukti bila mana disetiap majlis dialog penubuhan diperingkat parlimen diadakan mendapat sambutan hangat orang ramai, dan semua kawasan parlimen sudah ditubuh.
Menurut Zubir lagi satu konvensyen bertemakan “Terengganu Baru dan Masa Depan Gemilang” sedang dirancangkan dan bakal dirasmikan oleh seorang tokoh terkenal. Trims.
Lawan Jojo lepas ni bukan cikai ayam punya fighter, Estupinan tu one of the most exciting fighters on the planet, benda ni ONE sendiri cakap, mereka dalam ONE tak pernah nampak fighting style yang gila² macam si 'panda kick' tu sebab dia unorthodox yang mix kan latin punya style dengan Thai punya striking.
Tapi siapa sangka, Jojo accept fight ni dengan tangan terbuka sebab dia tahu ini fight yang boleh ubah 100% perjalanan karier dia dalam ONE championship ni.
Nak jadi 'world champ' memang ni lah lawan dia.
Step by step.
Kalau kita tengok Jojo punya training camp dekat Thailand sana nampak davelopment dia makin hari makin padu, kicking striking dia dah berbeza dari sebelum ni, kalau sebelum ni dia banyak pakai kekuatan hand striking dia melalui jab dengan elbow tapi lepas ni Jojo tampil lebih 'different'.
Dia train pun bukan dengan individu biasa, Trainer Gae, sparring partner dengan Superbon Banchamek, semua ni wajah² "juara dunia", jelas si Jojo ni memang terbang ke Thailand tu untuk isi 'peluru' versi baru, dia cuba mix up kan semua semata² untuk fight dengan Johan Estupinan ni.
Ni lah cara fighter berwibawa bekerja, susunan training camp tu berdasarkan dengan apa yang opponent dia akan bawa dalam fight ni.
Jojo menyedari Estupinan ni fancy punya fighter, more like ninja zaman moden punya style, jadi Jojo nak tak nak kena pergi dua kali ganda lebih jauh.
Ingat, usaha tak akan mengkhianati hasil.
Dalam fight vs Estupinan tu nanti kalah ke menang kita akan nampak different level punya Johan Ghazali, mungkin dia bukan Jojo yang dulu lagi.
Bukan nak merendahkan 'coaching department' dari negara kita tapi Thailand ada semua benda yang boleh keluarkan potensi lebih gila dari fighter kita.
Johan Ghazali is ready to give it all!
Kau tahu apa yang aku respect pasal Jojo ni harini, dia tak lagi jadi spokeperson untuk siapa² dan tak lagi jadi promoter mana² brand dalam negara, dia juga dah sedar yang dia tak lagi layan benda² datang dari sebelah yang cuba tarik dia kebawah, dia fokus dengan apa yang dia nak perjuangkan.
No BYON or whatever, ONE is more bigger.
"Tun Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara dan individu.
"Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Dr Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri," kata anak Pak Lah berkenaan tuduhan "giliran curi wang" ketika bapanya menjadi PM.
Aman Muhamad
"Tak patut bantu sekolah persendirian Cina sebab mereka sudah mahakaya", kata walaun.
jika begitu tak perlu banru sekolah persendirian agama Islam jugak lah sebab mereka pun mahakaya juga.
dengan kata lain, walaun tak mahu sekolah agama dibantu la tu.
:)
Pandai admin harakah tak letak perkataan "persendirian".
:)
Saya dan delegasi Malaysia petang ini berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Semasa lawatan ini juga, saya akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dan rakan sejawat, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Usai lawatan kerja di UAE, saya akan berlepas ke London, United Kingdom sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik kedua-dua negara termasuk pertemuan dengan rakan sejawat saya Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
Saya kemudiannya akan ke Brussels, Belgium untuk menghadiri beberapa agenda penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo selain sesi bersama Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.
Usai rencana di Brussels, saya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland dan pastinya ini platform penting dalam membahaskan pelbagai isu dunia antaranya ketidaktentuan perubahan iklim, kepesatan inovasi dalam kecerdasan pembuatan dan kepantasan teknologi.
Mohon dititipkan doa agar perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah selain kesemua perancangan yang diatur mendapat keberkahan lantas membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
Ini bukan setakat satu 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 malahan juga satu 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 terhadap YDP Agong 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.
𝗛𝗮𝗻𝗶𝗳𝗳 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗿𝗶, sebagai peguam, takkan tak tahu yang kuasa pengampunan adalah 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗸 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴? Dia nak suruh 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 bersidang tu untuk apa?
Adakah di 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 kebolehan Tuanku Sultan membuat keputusan? Tak masuk akal langsung untuk seorang 𝗯𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻, MRR kena bersidang. 𝗔𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Najib Bakar
Baru nak sembang bab video Tourism Malaysia, lepas keadaan sejuk sikit.
Latar belakang video, lagu "kenek-keneklah odey, lembu patoh tanduk ah. Cek mek kenolah godey, cek awe keno tumbuk. Uwa uwa uwa uwa uwa uu"
Lagu tradisional Melayu, loghat Kelate, diangkat dalam video.
Berpotensi jadi lagu yang dinyanyi di TikTok oleh mat saleh, oppa, dan sekalian bakal pelancong.
Bayangkan depa viralkan lagu ni, sekaligus mempromosi Malaysia secara tak langsung.
Influencer warga asing yang tinggal di Malaysia boleh mulakan trend ni.
Dan lagu ni memang lagu Malaysia, tak boleh di'claimed' oleh you know who.
Juga ada scene pesilat, dan tarian Melayu yang aku screenshot.
Basically, aku suka konsep video ni, best! Tambah pula maskot yang comel dan nampak ada effort, bukan sekadar lepaskan batuk di tangga cipta logo dan branding.
Cuma, video ni dijadikan modal serangan, yang of course dimulakan sebab politik.
Bertebaranlah komen, "kenapa bangunan agama lain ditunjuk, tapi masjid tak ada?"
Mulanya aku pun rasa macam tak sesuai la gitu kan.
Aku pun teliti la video tu.
Yang ada, Batu Caves, tempat yang mat saleh minat nak lawat. Bagi influencer mat saleh, situ memang tempat wajib bagi depa pi.
Kemudian sebuah gereja zaman Belanda, terletak di Melaka, yang di luarnya bersusun beca-beca sebagai tumpuan pelancongan.
Gereja tu diisytihar sebagai UNESCO World Heritage Site, dibina pada 1753 zaman penjajahan Belanda (1641-1825).
Tapi aku dok cari, mana tokong Cina?
Laa rupanya tokong Cina pun takdak. Baru aku perasan, tu bukan video perbandingan agama.
Aku tanya Jason Yew, dia tak mengamuk ke scene tokong tak ada?
Dia cakap, dia merayakan semua perayaan.
Cis, dasar pluralisme punya Jason!
Najib Bakar
12 Januari 2025
Hahahaha... Tergelak aku baca berita ni. Gila ke budak 𝗔𝗳𝗻𝗮𝗻 ni? Siapa dia yang tergila-gilakan PAS? Kalau nak samakan PAS dengan anak gadis sunti, memang tak kena. 𝗕𝗼𝗵𝘀𝗶𝗮 lebih tepat.
Sebab bukan untuk 𝙨𝙩𝙚𝙖𝙙𝙮 𝙧𝙚𝙡𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙨𝙝𝙞𝙥. Setakat nak 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 je. Macam 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Bersama PAS pun sebab nak tunggang jentera PAS. Ingat kalau Bersatu tu kuat, dia pandang PAS?
Sama macam masa Najib Presiden UMNO dulu. Pikat PAS setakat untuk 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Sebab Najib tahu masa tu UMNO dah semakin tenggelam. Dah hampir nak lemas dah.
Begitu juga dengan Mahathir. Guna PAS sebab dia 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 untuk berdiri di pentas politik. Sebab dia tahu PAS 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Sedia ditunggang walaupun dulu macam-macam 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦.
Wahai budak, silap perumpamaan ko tu. PAS bukan anak dara yang digilai. PAS cuma 𝗯𝗼𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝙡𝙤𝙧𝙙 yang mat rempit 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 untuk 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗼𝗸 sambil 𝙥𝙤𝙬 𝗱𝘂𝗶𝘁. Begitulah hinanya PAS.
Malangnya hingga ke hari ni PAS masih 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶. Perasan hebat. Walau pada pandangan mata umum PAS amat 𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗻𝗮. Dan sikap itulah yang akan tenggelamkan PAS dalam PRU mendatang, InsyaAllah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Ini je la naratif yang dia mainkan. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 Tapi tak disertakan fakta. Dari sudut apa yang dia nak kata ekonomi merudum?
Pelaburan masuk beratus bilion nilainya. Pertumbuhan negara pun meningkat malahan 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮. Semua elok.
Inflasi kita stabil. Matawang kita juga stabil,. Menutup tirai 2024 sebagai 𝗺𝗮𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗔𝘀𝗶𝗮. Fakta mana yang dia guna nak kata ekonomi merudum?
Kalau nak banding zaman PAS dalam kerajaan, 𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿 𝗯𝗼𝗰𝗮𝗶 negara. Defisit meningkat. Inflasi tinggi. Lebai cuma kata, masalah global, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Siap kata 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻.
Begitulah lebai. Tak ada fakta. Dia pun tahu apa yang dia cakap tu tak betul. Tapi saja nak 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗷𝗲. Lebai sampah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Himpunan adendum 6hb telah telanjangkan wajah sebenar Pas.
Mereka hanya bersandiwara dan mengamalkan politik Machiavelli.
Sehingga orang Umno pun dapat hidu bau 'busuk' itu.
https://vt.tiktok.com/ZS69LMDK8/
Miqdad Zakaria
Ada lagi jenis Supol Menteri AMANAH yang jenis cuping telinga nipis, kalau tak mampu dengar kritikan dari ahli bawahan, letak jawatan jer la.
Betul la kata orang lama dalam politik, kalau lidah tak panjang jangan cuba dekat dengan orang besar, takut jilat tak sampai, kita pulak dipersalahkan.
Orang besar suka manusia lidah panjang, kalau bercabang lagi afdhal, boleh jilat terus sampai licin.
Selamat pagi ahli AMANAH sedunia.
😅😅
Mohd Fairul Al Qasas
Malaysia boleh pergi jauh. Tapi rakyat sering politikkan keputusan kerajaan.
Contohnya dalam hal pengecualian visa, memanjangkan tempoh lawatan.
Hot FM
Bangkok telah dinobatkan sebagai bandar pelancongan pertama dunia untuk tahun 2024 oleh Euromonitor International, dengan jumlah pelawat yang mencatatkan rekod sebanyak 32.4 juta orang.
Pencapaian ini disumbangkan oleh dasar visa Thailand yang mesra pelancong, termasuk pengecualian visa selama 60 hari untuk warganegara dari 93 negara serta peluasan visa ketibaan (visa-on-arrival) kepada 31 negara.
#HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ
Kredit: @nypost & @pubity
Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Nor Azrina Surip menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Khairy Jamaluddin di IPD Putrajaya pada Sabtu.
KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat.
Nor Azrina Surip tampil berbuat demikian selepas menerima video berdurasi tiga minit dan 14 saat dalam grup WhatsApp memaparkan Khairy mendakwa Zaliha sewajarnya tahu mengenai Titah Adendum terkait penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun ia tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan.
Laporan itu dibuat supaya siasatan dapat dijalankan terhadap bekas Menteri Kesihatan itu secara keseluruhannya kerana berniat jahat memfitnah dan menghina nama baik Dr Zaliha Mustafa.
Saya juga mohon siasatan dijalankan terhadap Khairy atas kesalahan penyebaran maklumat palsu, mengganggu ketenteraman awam dan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian media sosial beliau untuk menyebarkan maklumat palsu atau mana-mana undang-undang yang terpakai.
“Kenyataan dikeluarkan Khairy adalah tidak benar dan telah memburukkan imej Zaliha. Perkara ini juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, Khairy menerusi siaran audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya UMNO susulan isu Titah Adendum yang melibatkan Najib.
Khairy yang dipecat UMNO dua tahun lalu, juga menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah.
Hos bersama program itu, Shahril Hamdan berkata, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa Peguam Negara tidak melaporkan perkara tersebut kepadanya.
Tambah Nor Azrina, Zaliha juga telah mengeluarkan kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa beliau tidak pernah melihat dokumen yang disebutkan sebagai Titah Adendum itu.
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada Azalina juga membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat selepas melihat satu artikel di sebuah portal yang melaporkan Khairy mendakwa Azalina berkomplot menyembunyikan Titah Adendum.
Laporan tersebut dibuat supaya polis segera menyiasat bekas Menteri Kesihatan itu.
Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, Datuk Suraya Yaacob memberitahu bahawa kenyataan yang dibuat oleh Khairy itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai menteri Kabinet.
Zuwairi Md Yusof
Anwar Ibrahim Di Angkat Najib Razak Dan Mahiaddin
Pentaksub-pentaksub Najib Razak sudah sudahlah mengata DSAI macam-macam dan buat sangkaan jahat hakikatnya PMX sudah lama memaafkan ape BOSSKU pernah buat padanya mase BOSSKU jadi PM6 dahulu.
Hakikatnya DSAI sendiri dedahkan dia sendiri yang beri cadangan kepada YDPA16 Sultan Abdullah untuk memberi Tahanan Rumah kepada Najib.
Cadangan itu di terima oleh Al Sultan Abdullah dan di beri saat akhir kepada Najib cuma tidak sempat di buat kerana YDPA16 sudah turun takhta dan bertukar kepada YDPA17 jadi BOSSKU perlu membuat rayuan baru kepada LEMBAGA PENGAMPUNAN yang akan di putuskan oleh YDPA17 Sultan Ibrahim sendiri.
Memandangkan masih berbaki 2 kes perlu di hadap BOSSKU make sewajarnya 2 kes itu di clearkan dulu baru boleh bagi keputusan akhir yang di mahukan keluarga Najib.
Pentaksub-pentaksub Abah Kau pula sudah sudahlah di permainkan Bapa PDF,Rakaman Tertunda yang satu itu.Abah Kau dan Mahiaddin dulu2 pun siap tolong angkat DSAI lagi macam yang berlaku di dalam gambar berwarna ini,hahahaha.Kita semua ingat DSAI akan jadi Perdana Menteri Malaysia dahulu daripada Najib dan Mahiaddin tetapi Allah SWT ada perancangannya sendiri dan akhirnya semua lihat bagaimana DSAI di angkat untuk mencuci kerosakan-kerosakan di buat PM6 dan PM8 yang pernah bersamanya dan pernah mengangkatnya seperti di dalam gambar ini.Tinggal lagi Mahiaddin belum merasa meringkuk di dalam penjara tetapi itu akan menyusul juga nanti percayalah.
Lagi Mahiaddin cuba mengelak lagi lambat dia keluar penjara dari Najib itu sendiri,hahahaha