Rafizi kata PAS ‘nampak bangang’, SPRM mohon maaf, Bersatu ketuai demo ‘...

Hadi Awang kata PMX pemimpin perosak ekonomi......

THE PRIDE OF PAS LEADERS! THERE IS NO TREATMENT FOR IT! DON'T BE PLAYED ...

DEMO TURUN ANWAR! SIAPA BAKAL PM PAS-PN? BAIK PAS GANTI HADI SEBAB DAH T...

BANTU PETANI KERJA KERAJAAN MADANI... SAPA LAGI NAK BANTU


 

KATA PARTI KEADILAN. BAB DEMONTRASI NI PKR DULU PUN KEPALA DEMONTRASI.... PM ANWAR PUN TAK KATA APA... BIAR LAH.


 

ADAKAH INI PENYELESAIAN.

 


Mungkin ada yang tak setuju dengan tindakan SPRM, tapi aku rasa ni penyelesaian yang sensible dan perlu diterima semua pihak, kes ni dijadikan benchmark untuk meningkatkan SOP dalam siri siasatan terhadap individu yang dipanggil memberi keterangan.


Jika nak prolong, sampai bila.??




KATA BEKAS GURU LETAK GAMBAR... TAPI GAMBAR BETUL LAIN


 

POS FIRASAT NI BACA SERONOK.... BACA PI LA YA.. SUKA SUKA.

 Wisata Roh


Pertembungan "mas0nslayer" dan Roh Ibrahim (1)




+++++++++


Kekuatan tulisan Wisata Roh adalah meladuni masa depan.

Umum mengetahui Roh Ibrahim adalah mas0n yang dah insaf dan sokong Anwar jadi PM.


Semua tidak berhenti takat itu, mereka hanya gunakan Anwar untuk selamatkan UMNO dan kalahkan 2 Mah.


Kes yang melibatkan kroni mereka, semua disuruh senyapkan.

So yang sakit skang ni kroni Daim dan kroni Atok.


House of Daim pegang MUDA dan funder kepada tentera simpson.

Nampak sangat geng mas0n pakai cara wisata roh bagaimana nak runtuhkan kerajaan PERPADUAN.


Mereka guna barang dari posting saya bertarikh 1 october 2024,

bahawa playmaker sebenar adalah PKR bukan Sabah Sarawak.

Sebab tu Langkah Dubai tak berjaya..

Mereka dah kena reject dengan Abang Jo sebanyak 3 kali, dengan ayat 

"Kita bukan paloi.."


Telah aku delete semua spy dan haters Anwar,

yang terbaru darah judas tak boleh ejas.


Mereka kini bermula dengan point no.9,

kini dak dak mas0n  menuju kepada point no.10,

mereka sudah bertemu kunci nak jatuhkan Anwar iaitu mesti kena ada MP PKR.


Dulu sekutu iblis ni taja Azmin kartel 1.0, kini taja Rafizi kartel 2.0.

Dan tulisan saya pertikai loyar loyar dorang ni kerja apa akhirnya terbongkar, House of Daim dibelakangnya.

Saya bukan fitnah, siap ada gambar lagi.


Mereka akan kacau bilaukan PKR supaya boleh bikin Langkah Sheraton 2.0.

Tak dapat jack.


Dalam hukum ilmu laduni, setiap ciptaan itu akan berlaku kocakan besar sekali saja.

So dalam sejarah penubuhan Malaysia, semua paling kuat berlaku sekali je.

Melayu gaduh besar ngan cina, 13 Mei. Sekali je. Bila orang nak spark lagi dah tak menjadi.

Melayu gaduh ngan India, black area Taman Medan. Sekali je.

Reformasi 1998,  sekali je.

Langkah Sheraton pun sekali je.


Kalau betul pun nak lengkapkan siklus ghaib metafizik, kena lalui 9 putaran,

setiap putaran siklus ghaib kena lalu seekor naga, hanya yang tahu je tahu.

So Langkah Sheraton berlaku tahun 2020, 9 kali lipat lagi PRU baru leh bikin satu lagi.

Pada tahun 2060 dan selepas itu baru boleh spark semula Langkah Sheraton.


Tu yang dunia gelar history is repeating.

Mereka yang belajar dari sejarah takkan lupa..


Dan jangan risau, 2060 dan ke atas itu berlaku zaman cucu cicit kita, itupun kalau negara Malaysia masih wujud.

Kerana akan datang adalah union baru.


So mereka dah hijack dan curi laduni WR, dan terperangkap nak bina another Langkah Sheraton.

Biarkan... biarkan.....

Hamzah Zainudin sakau minyak misak B40 wajib dikekalkan.


Ok saya tamatkan dengan matlamat terakhir House of Daim, mereka akan sogok duit kepada MP PKR,DAP dan AMANAH.

Budak kita(Hamzah) akan join semula kuatkan UMNO, dan klimaks akan buat "undi percaya" kepada Anwar Ibrahim.

Sebab dalam perlembagaan Malaysia tidak ada usul undi tidak percaya.


Tak usah khawatir tuan-tuan, darah pengkhianat judas iscariot ni akan merudum semerudumnya.


So kacau bilau PKR kini dah terjawab.

Inilah jawapan yang you cari..


____________


Ada follower tegar WR , PM tepi duk marah-marah, itulah kau pergi bagi tau semua rahsia, yang susah skang DSAI la...

Ok saya jawab kat sini, lagi baik saya dedahkan skang..


Sebab nanti time pencalonan tentera simpson kartel 2.0 yang dikapla-i Rafizi akan hijack.

Punca Selangor tak dapat 2/3 majoriti kerana kartel Rafizi sabotaj.

Saya dah ulas banyak kali sebelum ni..

Sabar, Naik Serah dan Tunggu(NST), makrifat NST ni ni yang dipakai arwah Tan Sri P Ramlee.

Dan digunapakai oleh PMX sekarang.


Ok move to point 11, PAS nak tinggalkan BERSATU dah, cuma PMX tak izinkan.

Sebab Roh Ibrahim nak UMNO kuat, nak hapuskan PAS.

Tu yang dia selamba je sound kalau tak suka negeri Johor, sila keluar...


Dalam posting sebelum ni WR dah bukak rahsia ghaib masa depan politik malaya,

jatuh PAS maka UMNO lah yang akan kuat.


UMNO = MRR


Selagi ada MRR, selagi itu UMNO bernyawa.


UMNO kuat maka Anwar kena bagi calon payung kuning jadi PM plak.


Selagi ada PAS, selagi itu hayat politik Anwar Ibrahim masih bernyawa..

Benda ni yang berlaku pertembungan antara "mas0nslayer" dan Roh Ibrahim.

Sesuai ngan tajuk di atas.


Playmaker Roh Ibrahim adalah Nazri.

Nazri sokong penuh Anwar.

So MRR sokong penuh PMX.


Itu clear part semua orang tahu.


Ini rahsia sebenar,

MRR nak Anwar lead UMNO.

Mereka nak singkirkan Zahid.

Anwar tak nak.

MRR cuba plak letak Tengku Z masuk PKR dan jadi MB Selangor.

Yang lead mesyuarat MRR adalah Sultan Selangor.

Pun Anwar tak setuju pasal Tengku Z.


So Anwar kena ikat tangan kaki dan badan dengan Roh Ibrahim.

Zahid marah dengan Anwar.

Tu yang dia ugut akan langgar semua kerusi PH kat Melaka dan Johor.

Bila diberitahu situasi sebenar dalam mesyuarat, Zahid ok.


So MRR(baca Roh Ibrahim) tak puas hati, diorang nak hakim semua bidak catur dorang.

Supaya kes anak sedara Sultan Pahang, kes pegawai TMJ tampar OKU, dan banyak lagi hok belakang tabir, mereka dapat conquer dan menang.

Situasi sama mereka nak Malaysia jadi macam Brunei.

Hudud palsu dibuat, tapi golongan kerabat berkecuali..


Bukan saja-saja Tengku Z dinaikkan dan dapat layanan istimewa.

Dia adalah future PM bagi Roh Ibrahim.


Mereka akan guna hujah kita dah bagi PKR, DSAI peluang, bla bla bla jadi orang nombor satu.

Kini masa PMX untuk membalas jasa.


Saya rasa PMX akan setuju jika Tun M dan konco-konconya merempat atau masuk jail.

Benda ni take time.


Presiden UMNO juga desak PMX minta immuniti macam Tun Ali, jadi TYT.

Tapi Roh Ibrahim tak setuju,

Anwar kata sabar, kita kena menang besar dan bergaya dulu..

PAS mesti dikuatkan. Supaya MRR tak boleh kawal hakim dan ugut perdana menteri.


MRR yang kawal hampir separuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) telah desak PMX ikut hakim bidak catur mereka.

Anwar counter balik dengan hantar Nurul Izzah supaya bikin tribunal, hakim yang siasat hakim.

Macam dalam filem sherif tu polis siasat polis.

Mana mau lari.


House of Daim melalui proksinya Rafizi kartel 2.0 suruh ugut dan bikin RCI.

Nurul Izzah kasi checkmate semalam.

Padan muka.


Sekurang-kurangnya 5 hakim kanan akan ditubuhkan untuk siasat hakim yang korup.

Roh Ibrahim akhirnya setuju Alhamdulillah, yang paling mustahak 2 Mah dan konco-konconya wajib ditohok dalam tong sampah.


Rafizi dan BFF dia marah sangat dengan langkah surprise Nurul Izzah sampai tak nak hadir meeting.

Kah kAh kaH 🤣🤣🤣

Team HIRUK berpecah lagi teruk, hanya sekitar 5 orang saja yang masih setia.

Hok lain semua back kembali pada PMX.


Sebab tu bila back pada hukum ilmu laduni , setiap kocakan besar itu hanya sekali je seumur hidup.

Kalau umur kau panjang dan sihat, roh you akan bangkit , contoh seperti tahun 1998 , 24 tahun kemudian tahun 2022.

So untuk lonjakan kali kedua sejarah akhirnya akan ditulis pula oleh orang yang kalah.


Tengok landskap geopolitik, lepas 40 tahun baru Iran berjaya menang perang.

Amerika request gencatan senjata.

Iron dome ciptaan mereka tak boleh intercept ballistic missile proksi blok BRICS(Russia dan China).


Phoenix dibangkitkan dari timur untuk bebaskan Al-Aqsa tanpa pertumpahan darah.

Negara eropah cukup sayang dan jaga pheonix sebaik mungkin.


Geng Kitab Kuning yang bermula dari Indonesia akan jadi tonggak..

China dan Russia akan dan telah JV dengan sufi centrist;

history is repeating, dulu haters mas0n gabung dengan khalifah turki uthmaniyah(sufi centrist);

di Malaysia dikenali dengan geng kitab kuning, dibelakangnya Roh Ibrahim.

*

*

*

Macam biasa ending mesti bagi barang best;

Dulu UMNO adalah lawan Anwar.

Kini bak kata Nazri, UMNO bekerja dan ditundukkan olehnya.

Aset terbesar PMX bukan Perikatan Nasional , tetapi PAS.


PAS kena kekalkan blok paling besar di parlimen supaya abang besar tak boleh diwujudkan.


Setelah selamatkan UMNO, Anwar Ibrahim naik makam jadi Pheonix untuk selamatkan PAS, dari kena telan pada PRU-16 tahun depan.

Sebab tu Anwar mula lancar madani program, tuisyen semua dekat negeri Ganu 32-0.


Hanya yang legend dalam membdeah politik Malaysia saja dapat paham.

Warna yang dipakai oleh Dr Sam pun dah terang-terang House of Anwar, kaler oren.


Diam-diam sude, yang penting Anwar kekal PM next term, UMNO dan PAS dapat sama rata.

So dorang nak ugut PMX dengan kes saman sivil pun sudah tidak ampuh.


BERSAMBUNG




PULAK MEROYAN LAGI


Wisata Roh


 Anak Raja Petra Primasin meroyan Anwar tak dapat dijatuhkan.. 😂


Baru semalam i dedah , hari ini tentera simpson kat group whatsapp politik dah forward posting anak dia.


Bagaikan tahik pulang ke jamban.


Sekarang ni peluru House of Daim ada tangan tentera simpson a.k.a mas0n melayu tolong sebarkan.


Maklum lah pernah kerja dan makan duit under Godfather Daim kan, sudah jadi darah daging.


Takde jalan shortcut, puak kartel 2.0 ni wajib dicuci darah, kalau dah tak dapat diselamatkan tu, biarkan aja..


Jangan bermain di lumpur ~


WR




TUNGGU MAJLIS RAJA RAJA SELESAI BARU UMUM


 

SIAPA BAKAL GANTI ANWAR 26 JULAI INI


 

UDARA LAUT HUTAN TEBING LAUT TEBING SUNGAI LA NI DALAM HUTAN.... SEMUA OUT... SANUSI SANUSI




PAKAI LAGI KA DIA NI...


 

PROJEK BARU GANU


 

Keh...Keh..Keh...


RMS

 Surat fake pun warga emas ni percaya, bersungguh buat komen.. bagi tahu dia, pakcik semalam tido pakai pampers ke tak.?




HAIYAAAA.... INI GAMBAR FAKE.... GAMBAR BETUL DI ATAS TIKTOK


Foti. Iswardy 

INDONESIA MEMBAYAR DEMI 19% TARIF

 

Zainuddin Omar



Dipetik dari detikFinance yang memetik CNN Business pada hari Rabu (16 Julai 2025), empat syarat Trump kenakan pada Indonesia: 



Pertama, Indonesia tidak akan mengenakan sebarang tarif terhadap produk eksport dari Amerika Syarikat.


Kedua, Indonesia akan membeli produk tenaga dari Amerika Syarikat bernilai AS$15 bilion atau kira-kira RM244 trilion (mengikut kadar tukaran Rp16,271/AS$).


Ketiga, Indonesia akan membeli produk pertanian dari Amerika Syarikat bernilai AS$4.5 bilion atau sekitar Rp73 trilion.


Keempat, Indonesia akan membeli 50 buah pesawat Boeing, kebanyakannya model siri 777. Pembelian ini dirancang akan dilakukan melalui syarikat penerbangan Garuda Indonesia.


Apa kata seorang rakyat Indonesia di FB: 


"Bayangkan Trump duduk gagah di depan kamera, tersenyum puas seperti juragan sapi yang baru saja menjual kawanan terakhirnya ke pasar budak.


“Ranchers, Farmers, Fishermen! Kini kalian bebas masuk Indonesia, pasar 280 juta orang bodoh yang tak pandai menawar. Nol persen tarif! Langsung! Tanpa perlawanan!”


Di balik senyum itu, sapi-sapi Amerika telah lebih dihargai daripada pekerja tambak kita. Daging mereka melenggang ke supermarket Jakarta, sedangkan nelayan kita dibiarkan mati perlahan di dermaga.


Di Timur Tengah, Iran tak banyak cakap. Rudal diluncurkan. Tepat ke sarang AS di Qatar. Bukan demi menang, tapi demi satu kata yang tak pernah bisa dibeli dengan FTA atau MoU: harga diri. Mereka tahu rudal itu tak akan menggulingkan Amerika, tapi dunia tahu: mereka berani menampar.


Lalu Indonesia?

Tidak perlu rudal. Tidak perlu perlawanan.

Cukup diam, cukup tunduk, cukup jadi pasar.


Tarif 19 persen? Bukan karena kita lemah. Tapi karena kita memang sudah biasa diperlakukan sebagai pihak yang tak punya opsi selain: “ya sudah, terima saja.”


Di Gedung Putih, Trump menertawakan kita, bukan Iran. Karena Iran masih berani melawan. Indonesia? Kita bahkan tak berani menegosiasikan harga garam sendiri.


Kita lebih takut kehilangan investor daripada kehilangan muka. Lebih sibuk mengatur insentif pajak daripada bertanya:

“Mengapa kita selalu ditempatkan di bawah, bahkan oleh sapi impor?”


Amerika tersenyum, Iran menembak.

Kita tersipu malu, membuka lebar pintu gerbang pasar kita — seolah inilah takdir yang mulia.


Di dunia ini, mereka yang tak punya rudal, setidaknya harus punya keberanian berkata: TIDAK. Karena Tapi Indonesia? Bahkan itu pun tidak punya"



Kau tulis panjang-panjang buat apa Fais oi.




Kau sendiri mengaku kau tulis tu takdak sumber, jelas kau memfitnah MRR.


Kau jawab je la panjang lebar macam tu kat balai nanti.


#TangkapFaisAlHajari




‘Pengumuman Majlis Raja-Raja akan tolak segala persepsi negatif’


 


Perdana Menteri menyifatkan pengumuman Majlis Raja-Raja berkenaan pelantikan Ketua Hakim Negara akan menolak segala tanggapan buruk.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Raja-Raja dijangka akan mengumumkan pelantikan ketua badan kehakiman tertinggi tersebut hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja pagi semalam.



“Pagi tadi (semalam) saya telah mengadakan perbincangan panjang bersama Majlis Raja-Raja, dan saya fikir biarlah mereka yang memutuskan, dan insya-Allah esok (hari ini) akan ada pengumuman yang jelas akan menolak segala persepsi negatif tersebut,” jelasnya.


Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti di Putrajaya, semalam.

Tokoh yang diiktiraf sebagai salah satu 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia itu turut mengambil maklum kebimbangan berhubung isu kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara.



“Tanggapan bahawa beberapa pelantikan bagi jawatan penting dalam badan kehakiman mungkin seolah-olah terjejas atau dicemari.


“Ada calon-calon yang dikatakan dipersoalkan atau diragui oleh sesetengah pihak tetapi saya memberi jaminan bahawa perkara ini tidak berlaku.


“Dan nama-nama yang dipersoalkan, atau kelihatan mencurigakan, tidak pernah pun dibawa untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja.


“Jadi, saya tutup perkara ini, dan saya harap, insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa Kerajaan Madani komited kepada reformasi termasuk prinsip kebebasan kehakiman,” katanya lagi.


Menteri Kewangan itu juga menafikan pernah berbincang mengenai sebarang kes dengan mana-mana hakim demi memastikan prinsip kebebasan kehakiman kekal dipertahankan.


“Saya tidak pernah berbincang dengan mana-mana hakim mengenai sebarang kes, sama ada dengan Ketua Hakim Negara mahupun hakim-hakim lain, saya kekal memegang prinsip kebebasan kehakiman,” tegas Perdana Menteri lagi.




Hutang negara diurus baik, pelabur terus yakin



Oleh AHMAD FAIZUDDIN



Dalam Belanjawan 2025, defisit dibentangkan pada kadar RM80 bilion.

Madani sudah ambil hutang sebanyak RM76.3 bilion. Masih ada baki RM3.7 bilion.



Dan Lim Sian See (LSS) ini tekankan lagi, ketika kerajaan Madani memerintah, sebanyak RM270.8 bilion hutang baharu diambil.

Jumlah bayaran hutang (Debt service charges)

Jawapan balas: LSS tidak mendedahkan bahawa kerajaan juga telah membayar sebanyak RM150 bilion selama tiga tahun ni. Mana dapat angka ini?


Saya semak laporan The Edgehttps://theedgemalaysia.com/node/730703

Bermaksud, kerajaan bertanggungjawab membayar charges hutang-hutang yang telah matang, dan jumlah bayaran ni adalah tertinggi berbanding pentadbiran-pentadbiran sebelum.

Pinjam RM270.8 bilion, bayar Debt Service Charges RM151.8 bilion. LSS hanya siarkan bahagian pinjam, dia tak cerita bahagian bayar.

Dan adakah ini tidak sihat dari segi ekonomi?

Semakan credit rating


Sebab itu, saya suka melihat kepada laporan Agensi Penarafan Kredit. Antara tugas agensi ini adalah, melihat kemampuan ekonomi sesebuah negara, menguruskan ekonomi terutamanya hutang.

Jika credit rating negara baik dan dilabel stable outlook, maksudnya hutang negara diuruskan dengan baik, ayat mudah.

Bila credit rating baik, pelabur akan yakin dan akan beli hutang kita.

Ingat credit rating ni main-main ke? Amerika Syarikat (AS) pun Moody’s turunkan credit rating.

“Moody’s cited rising debt, saying US had repeatedly failed to end the trend of large annual fiscal deficits and interest.”





Dalam kes Malaysia, mari kita semak:

“Moody’s Affirms Malaysia’s Sovereign Credit Rating At “A3” With Stable Outlook”.

Malaysia’s economy is expected to remain resilient and outperform its A-rated peers despite mounting global uncertainties driven by trade tensions, said Moody’s Ratings.


Pernah ke Moody’s turunkan credit rating Malaysia? Pernah. Tahun 2016.

Moody’s Cuts Malaysia Credit-Rating Outlook on Weaker Finances.

Kesimpulannya, kadar hutang baharu diturunkan dari tahun ke tahun, dalam masa yang sama sasaran 2028 adalah fiskal defisit 3.0%.

Selagi mana hutang dikawal, dan negara masih alami pertumbuhan ekonomi, inflasi dikawal dengan baik, kadar pengangguran rendah, matawang ada tanda-tanda pemulihan, dan credit rating agency tidak menurunkan rating negara kita, ekonomi Malaysia masih resilience.

Ya, mencabar, tapi berdaya tahan.


Semoga bermanfaat dan tidak dikelirukan oleh Lim Sian See





Pembangkang bersorak AS kenakan tarif 19 peratus tapi tak tahu apa digadai Indonesia



Aktivis politik, Syam Ghaz mengecam tindakan pembangkang yang dikatakan bersorak tanpa memahami isu tarif perdagangan terbaharu melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia.


Beliau merujuk kepada kritikan terhadap kerajaan Malaysia selepas keputusan AS hanya mengenakan tarif sebanyak 19 peratus terhadap Indonesia.


Hakikat sebenarnya, ia telah mencetuskan kebimbangan rakyat negara itu sehingga ada yang menggesa protes secara besar-besaran di media sosial.


“AS kenakan tarif 19 peratus kepada Indonesia, pembangkang katak bawah tempurung bersorak kritik kerajaan.


“Mereka tidak tahu beberapa sektor ekonomi di Indonesia akan tergadai!


“Rakyat mereka tengah bangkit di media sosial kebimbangan dan tidak mustahil protes seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, tindakan AS itu bukan datang tanpa syarat, malah Indonesia didakwa telah memberi komitmen besar kepada Washington.



Ia termasuklah pembelian tenaga bernilai AS$15 bilion, produk pertanian AS$4.5 bilion, pembelian 50 jet Boeing dan memberikan akses penuh kepada petani, penternak dan nelayan AS ke pasaran Indonesia yang berjumlah lebih 280 juta pengguna.



“Jadi, pembangkang nak kerajaan Malaysia gadaikan nasib syarikat kecil, penternak, petani dan nelayan kita yang rata-rata miskin kepada free trade dengan US? Adakah mereka mampu bersaing?” soal beliau.


“Kami cukup berterima kasih kepada pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Tengku Zafrul. Cukup cermat, hati-hati dan betul betul fikirkan kepentingan rakyat dan Negara,” katanya.


Pada masa sama, beliau menyarankan kerajaan supaya terus mengukuhkan kerjasama dalam kerangka pelbagai hala seperti ASEAN+3, CPTPP dan RCEP, selain meneroka pelaburan dari EU, China, Timur Tengah dan negara-negara BRICS bagi mengurangkan kebergantungan kepada AS dan dolar.


“Nasiblah di Malaysia, pembangkang yang menang level YB Pak Pandir dengan manipulasi sentimen ‘gelombang hijau’.



“Lepas tu, marah PMX dan delegasi Malaysia jumpa negara luar untuk tarik pelaburan kukuhkan ekonomi negara,” tempelaknya.

Beliau menegaskan bahawa jika pembangkang diberikan kuasa, nasib negara boleh menjadi lebih buruk.










ANALISA SIAPA LAYAK JADI PERDANA MENTERI KALAU ANWAR LETAK JAWATAN?

JOM DENGAR MUDAH FAHAM


 

DAH NYAWA NYAWA IKAN PUN MASIH LAGI EKSYEN


 

MINTA DERMA PILIHANRAYA ..BAGI KE DAP 800K


 

MAHASISWA PERLU PEMIMPIN YANG BIJAK


 

SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH?

BILA CAKAP KURANG GUNA OTAK KECUALI MENANAM PERSEPEKTIF. JAWAB LA NANTI.

 Saya dapat benda ini dari facebook.





Saya yakin ini adalah disebabkan oleh status saya semalam yang menyentuh tentang Majlis Raja-Raja berhubung isu Terrirudin.


Pertamanya saya mengaku kekhilafan dan kesilapan saya berkongsikan satu berita yang saya tidak pastikan lagi kesahihannya di sosial media, apatah lagi berkaitan dengan persidangan Majlis Raja-Raja yang sememangnya merupakan sesuatu yang sulit. Saya harus akui, saya tiada akses terhadap persidangan tersebut. Apa yang saya kongsikan hanyalah dari perbualan-perbualan yang saya tangkap isinya sahaja. Silap saya kerana terlalu teruja berkongsikan sesuatu yang tidak pasti walaupun dengan niat bertanyakan kesahihan, dan walaupun perkara itu berkonotasikan positif.


Namun demikian, saya tidak berniat memfitnah Raja-raja, apatah lagi melemahkan kedudukan mereka. Sebaliknya saya yakin dan percaya, majoriti rakyat terutamanya mereka yang cakna akan isu kehakiman ini memang mengharapkan agar MRR akan bertindak mengenepikan nama Terrirudin tersebut. Di saat rakyat mengalami defisit kepercayaan terhadap institusi-institusi utama di negara ini, maka Majlis Raja-Raja sahaja merupakan harapan terakhir rakyat yang mahu suara mereka didengar. Dan saya yakin dan percaya, rakyat pasti menjunjung tinggi Majlis Raja-Raja sekiranya "cakap-cakap" itu benar.


Apapun, itu tidak membenarkan perbuatan saya mengongsikan sesuatu yang belum pasti, baik benda itu negatif atau positif. Saya akui kesalahan saya, dan saya memohon ampun kepada Majlis Raja-Raja atas kelancangan saya. Saya bersedia memberikan kerjasama kepada pihak Polis sekiranya diperlukan. 


Sepertimana saya lantang mempertahankan titah diRaja seperti titah addendum, seperti itulah saya terus teguh menjunjung Rukunegara kedua.




PAS JAGA NEGERI MUNDUR..MACAMANA NAK SOH PM ANWAR LETAK JAWATAN.


 

NAK SURUH ANWAR TURUN. LIHAT LAH DAN BANDINGKAN DENGAN PENCAPAI PN YANG LALU.

 


Bersama MADANI di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim inilah nilai perdagangan kita. Suram di bawah PAS PN dan kembali meningkat di era MADANI.




Kenapa Kerajaan GAGAL seperti PAS PN nak mendesak Kerajaan yang Berjaya seperti Perpaduan Malaysia Madani ini untuk undur? Adakah mereka nak lihat Malaysia gagal seperti mana zaman mereka memerintah?

#MADANIBekerja #RancakkanMADANI



PENERANGAN BAIK



 Terbaik bro teruskan bagi mesej pd rakyat insha Allah lama² rakyat akan faham..pembangkang memang ambik kesempatan guys sbb nk jadi kerajaan..seluruh dunia perangai pembangkang ttp sama cari peluang dan cari kesalahan...teruskan beri sokongn pd PMX.




#akutetapsokongpmx



Isu pelantikan Hakim: Pengumuman Majlis Raja Raja

Pelantikan hakim diumum esok!, PM sahkan 'hakim itu' tak tercalon, 'Izza...

HRC LIVE!! - SIAPA SEBENARNYA CAMPUR TANGAN? - MAHAKAYA MANA? | RAFIZI ...

SEMUA INDIVIDU DALAM CABANG KERAJAAN DAN PENTADBIRAN NEGARA SEWAJARNYA MEMBUAT PENGISYTIHARAN HARTA TANPA SESIAPAPUN TERKECUALI.

 Aiman Athirah






Pengasingan kuasa adalah konsep dalam pemerintahan di mana kuasa politik atau pemerintahan dibahagikan antara cabang-cabang kerajaan yang berbeza, biasanya eksekutif, legislatif, dan kehakiman. 


Ini bertujuan untuk mengelakkan pemusatan kuasa dan penyalahgunaan kuasa, serta untuk memastikan keseimbangan dan semak dan imbang dalam sistem pemerintahan. 


Dalam konteks Malaysia, pengasingan kuasa merujuk kepada pembahagian fungsi dan tanggungjawab antara tiga cabang utama kerajaan: 


1. Badan Eksekutif (Pemerintah):

Bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang dan menjalankan dasar negara. Di Malaysia, ini termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Kabinet, dan jentera kerajaan.


2. Badan Legislatif (Perundangan):

Bertanggungjawab untuk membuat undang-undang. Di Malaysia, ini adalah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.


3. Badan Kehakiman (Judisiari):

Bertanggungjawab untuk mentafsir undang-undang dan menyelesaikan pertikaian. Di Malaysia, ini termasuk mahkamah atasan dan bawahan.


Konsep pengasingan kuasa di Malaysia juga melibatkan sistem "check and balance" di mana setiap cabang kerajaan boleh menyemak dan mengimbangi cabang-cabang lain untuk mencegah penyalahgunaan kuasa. 


Ini memastikan bahawa tidak ada satu cabang kerajaan yang terlalu berkuasa atau mendominasi cabang-cabang lain. 


Melihat kepada kepentingan peranan dan integriti semua peringkat ini dapat berjalan fungsi dengan baik serta selari dengan agenda reform, maka sewajarnya SEMUA INDIVIDU yang terlibat dalam PERINGKAT PENGASINGAN KUASA ini MEMBUAT PENGISYTIHARAN HARTA tanpa sesiapapun terkecuali. 


Sukar menafikan "politicking" ada di semua peringkat, 'ala kulli hal semua adalah manusia, yang bukan malaikat.



Pesan ikhlas untuk PMX.


DESA HM



INGAT YAB Datuk Seri... 


Yang menghantar sedara ke penjara sebelum ni, bukanlah 'musuh' yang lantang menegur .. 


Tapi 'kawan²' yang nampak mesra disekeliling sdra, yang sering memuji.


Jangan mudah lupa Datuk Seri!


🤭

.



SALAH TEKA RUPANYA


 W. Faudzin



Mula2 puak2 tu tuduh nama Terarudin ada dlm list dan risaunya mereka jika nama tersebut jadi ketua hakim.  Pastu, bila kantoi nama Teraruddin tiada dlm list, ubah pulak, mereka kata majlis raja2 dah buang nama Terarudin.  Waktu mereka bercakap tu, majlis raja2 pun belum bersidang lagi.


  Nampak tak punya ghairah nak burukkan pmx.  Akhirnya Allah tunjukkan kebenaran



Perihal Islam Terancam.



Ridwan Abu Bakar





Dulu masa PH1.0, depa kata Islam terancam, antara bukti dakwa depa kerana Menteri Agama iktiraf 'kewujudan' geng LGBT, (bila puak depa jadi Mentega, dia pun jumpa jugak LGBT, o tak pa pula sebab tujuan dia dakwah - harey sungguh puak ni 😁), Menteri Agama Liberal kerana kawan dengan geng Liberal - antaranya Hishamuddin Rais - (malam ni para walaun Kedah  akan bertalaqqi dengan Hisham di Suka Menanti, lucu kan puak ni 😁😃😄) . 


Mai zaman Madani, depa riuh rendah kata 'Islam diabaikan... ', PMX tak adil ...... Manakala di pihak PMO dan juga Menteri Agama banyak 'jaga' puak PAS atau walaun depa, hatta untuk jelaskan tentang M.A.D.A.N.I pun, Ustaz yang cenderung 'P.A.S' dan berdakyah untuk PAS diberikan ruang yang seluas-luasnya, contohnya Ustaz Wadi Anuar, sudah banyak kali diberikan 'ruang' oleh PMO atau yang berkaitan dengannya untuk menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam, yang terbaru dalam karnival MADANI di kawasan Supol PMX (Indera Mahkota), Wadi Anuar diberikan 'ruang' sekali lagi. 


Ustaz 'cokia' PAS pun pernah dijemput ke Sri Perdana - untuk catatan punya terbuka PMO, Asatizah yang sokong Madani pun tak dijemput, yang diberi ruang adalah Ustaz² PAS, permohonan untuk temu janji dengan Mentega kalau dari Asatizah pro Madani agak susah dilayan, kalau Walaun secepat kilat diterima kerana MADANInya-. 


Sampai², ada seorang tokoh PAS dijemput dalam majlis penutup Majlis Sama' Hadith Bukhari di Putrajaya tahun lepas, diberikan ruang berucap dan disiarkan secara langsung oleh TV Hijrah, tokoh tersebut selamba saja pakai kopiah berlogo PAS, tiada sapa larang, bahkan TV Hijrah zoom lama wajah tokoh tersebut dan logo PAS, kalau logo parti² perpaduan dah tentu akan ditegur, kerana MADANInya. 


Tegha ni punya MADANI pun, PAS tetap kata 'Islam diabaikan', 26 ni ramai tokoh-tokoh yang diberikan ruang oleh PMO akan turun ke himpunan TURUN ANWAR dan selepas itu depa akan terus diberikan ruang dalam waktu perdana oleh Mentega dan PMO... betapa terbukanya kerajaan ni. 


Gambar : Wadi Anuar bersama Dato' Farhan Fauzi (Setiausaha Politik PMX) di dalam program MADANI di Indera Mahkota.