TAZKIRAH UNTUK WALAUN BOD YANG DITIPU PIMPINAN PAS.


Hamdan Taha


 Kes perjudian yang kecoh sekarang ini apabila mahfuz dapat jawapan bertulis dari menteri kewangan


Ada pimpinan pas kata itu bukan pas terlibat kerana menteri kewangan tu bukan orang pas jadi kami tak terlibat pun


Tiba tiba hari ini pemuda pas dan dewan ulama pas buat kenyataan bahawa mereka tak setuju dan dah minta nak jumpa menteri kewangan tapi belum dapat jumpa


Ada satu kenyataan sebelum pas jadi kerajaan oleh timbalan presiden pas tuan ibrahim tuan man,kita king dan tampa kita tak terbentuk kerajaan maka jika ada yang tak kena dengan pas maka kita tarik lah sokongan,apa nak susah saya rasa dia akan ikut kita jika tidak jatuh kerajaan,tapi kenyataan ini sebelum pas jadi kerajaan lah


Saya pelik satu saja nak buat apa pemuda pas dan dewan ulama pas nak jumpa menteri kewangan,sepatutnya depa pi jumpa menteri pas tiga orang tu dan buat demo depan pejabat menteri pas tanya kenapa mereka tak bantah dalam kabinet meting tentang perkara ini,itu paling terbaik dari pemuda nak jumpa menteri kewangan


Apa kata jika betul lah pemuda pas dapat jumpa menteri kewangan dan menteri pun jawap saya tak dapat bantahan di kabinet meting malah bertanya pun tak oleh tiga menteri pas


Atau pun mof jawap tak ada pun ahli parlimen pas jumlah 18 orang buat bantahan di parlimen tentang isu ini,kenapa di luar buat bantahan pulak


Kerana pas dah kelam kabut terpaksa lah pemuda dan dewan ulama buat kenyataan seolah olah depa tak setuju baru berlakun tu nampak real



VIDEO : PENYOKONG MAKI PIMPINAN PAS- HANGPA NAK KATA GAPO HADI DAN PIMPINAN PAS 18 KETOI DALAM KERAJAAN...BAGI DALILL


 

IKUT NAFSU "PAS HALALKAN" DEMI POLITIK | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Kenapa PAS lawan Allah? Lebai Dalil 02

DUU DULU SENADA JA DENGAN LEBAI ...KOT TAK DAPAT APA KOT.....Panas! Veteran Pas tempelak menteri Pas, gadai prinsip kerana seronok dapat jawatan

 


Panas! Veteran Pas tempelak menteri Pas, gadai prinsip kerana seronok dapat jawatan

Seorang veteran PAS mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Putrajaya selepas Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai kekerapan cabutan khas nombor ramalan dari lapan kali setahun pada 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Bercakap kepada FMT, Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat Mahfodz Mohamed menegaskan menteri PAS perlu sedar walaupun berada dalam kerajaan, prinsip perjuangan parti dalam menegakkan syiar Islam tidak harus diketepikan.

“Saya merasa tidak senang dengan keputusan kerajaan (naikkan cabutan nombor ramalan), sedangkan kerajaan yang ada ketika ini adalah berpaksikan Melayu-Islam, sepatutnya cabutan ini dikurangkan sedikit demi sedikit, bukan ditambah.

“Walaupun bersama dalam kerajaan kita ada prinsip tahu tentang halal dan haram, maka menteri PAS pun kena lantang bersuara. Pegang portfolio (Menteri Agama) pun pemimpin tertinggi PAS, jadi kita perlu bersuara, jangan anggap kita sebagai minoriti dalam kerajaan kita tak boleh bersuara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan meluluskan permohonan agensi ramalan itu dibawa terlebih dahulu ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, memandangkan ia berkait dengan kepentingan orang awam.

“Sepatutnya keputusan perkara besar itu dibentangkan di (peringkat) Jemaah Menteri walaupun PAS ada tiga menteri tetapi tidak sewajarnya (permohonan menambah kekerapan cabutan) dipersetujui, melainkan perkara itu tidak dibawa ke Jemaah Menteri,” katanya.

Mahfodz turut berpendapat keputusan kerajaan itu sebagai memberi dorongan kepada orang awam termasuk umat Islam untuk melakukan maksiat termasuk berjudi.

“Dengan penambahan cabutan judi akan menggalakkan orang untuk melakukan maksiat, orang Melayu Islam pun dikhuatiri terlibat terutama di kawasan pedalaman… dan ini membimbangkan kedudukan majoriti rakyat Islam.

“Kerajaan perlu ingat, kita kerajaan Islam bukan nak keuntungan dunia semata-mata tetapi keuntungan akhirat sekali,” tegasnya.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat mempersoalkan pendirian pimpinan PAS selepas kerajaan melalui Kementerian Kewangan meluluskan cabutan khas daripada lapan sebelum ini, kepada 22 kali setahun untuk semua agensi nombor ramalan.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Mahfuz di Dewan Rakyat mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria ketika mengulas mengenai perkara itu meminta semua ahli PAS tidak melatah dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kelulusan berkenaan.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diyakini dibuat tanpa melibatkan pimpinan PAS yang menganggotai Jemaah Menteri.

Sinovac kurang risiko kematian 84%, AZ dan Pfizer lebih 90%

 


Individu yang menerima vaksin lengkap mendapat manfaat maksimum daripada vaksin, kata Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Dr Kalaiarasu Peariasamy

PETALING JAYA: Vaksin Sinovac mampu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 sehingga 84%, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan merujuk dapatan daripada The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination Under PICK (RECoVaM), pihak kementerian berkata, suntikan Pfizer pula mempunyai kemampuan mengurangkan risiko kematian sehingga 93%.

Dalam ciapan Twitter, ia berkata, vaksin AstraZeneca menunjukkan keputusan lebih baik, merekodkan kadar rendah “kematian selepas lengkap divaksin”, dengan kajian mendapati suntikan vaksin berkenaan mengurangkan risiko kematian pesakit Covid-19 sehingga 96%.

Kajian itu berdasarkan kaji selidik dilaksanakan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan membabitkan 1,261,270 individu.

Semalam, Pengarah ICR Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, kematian dalam kalangan individu lengkap divaksin atau “kematian selepas lengkap divaksin” hanya mewakili kurang 0.01% daripada 14.5 juta individu yang lengkap divaksin.

Daripada keseluruhan 14,500,984 individu lengkap divaksin yang dikaji selidik, 1,445 maut akibat Covid-19.

Kalaiarasu berkata, angka kematian selepas lengkap divaksin membabitkan penerima Sinovac ialah pada kadar 0.015%, diikuti Pfizer, 0.005%; dan AstraZeneca, 0.002%.

Dalam kalangan 1,445 individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 walaupun sudah divaksin, 1,108 individu merupakan penerima Sinovac, 323 penerima Pfizer, manakala 14 lagi penerima vaksin AstraZeneca.

Dalam pada itu, daripada 14.5 juta individu lengkap divaksin, hanya 953 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada itu, 799 sudah divaksin dengan Sinovac, 147 individu dengan Pfizer dan tujuh individu dengan AstraZeneca.

Tak serik hina Agong, tukang kebun dipenjara kali ketiga atas kesalahan sama

 



Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama ‘Sharil bin Mohd Sarif’, pada 7.43 pagi, 20 April lalu.

KUALA LUMPUR: Seorang tukang kebun yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara dua kali kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial kira-kira dua tahun lalu, sekali lagi dihukum penjara setahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah atas kesalahan sama.

Sharil Mohd Sarif, 38, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah selepas kes disebut semula di hadapan hakim Mahkamah Sesyen M M Edwin Paramjothy, yang turut mengenakan denda tambahan RM1,000 terhadap tertuduh kerana mengulangi kesalahan.

Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama “Sharil bin Mohd Sarif”, pada 7.43 pagi, 20 April lalu.

Hantarannya itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 1.30 tengah hari, hari sama.

Sharil, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan menyalahgunakan fasiliti internet mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Ketika rayuan, tertuduh merayu hukuman diringankan kerana mempunyai tiga anak untuk ditanggung, manakala isterinya meninggal dunia tiga bulan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang bagaimanapun mempertahankan hukuman dikenakan sebagai pencegah, selain berhujah tertuduh sebelum ini sudah dua kali disabit atas kesalahan sama.

Tahun lalu, hakim sama menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara berasingan membabitkan dua tuduhan selepas tertuduh mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam akaun Instagram miliknya.

Hakim Paramjothy memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dilaksanakan serentak bermula tertuduh ditahan pada 2 Mac tahun lalu.

Kenyataan menghina itu dibuat di akaun rasmi Instagram, Istana Negara ketika siaran secara langsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 Muhyiddin Yassin.

Sharil berdepan hukuman penjara pertamanya selama dua bulan selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong, menggunakan akaun Facebook, “Shahril Chain”, dalam satu hantaran pada 11.30 pagi, pada 13 Mac 2019.

UPKO DAN PH AKAN LAWAN DI SABAH

 


Jeffrey sedia kerjasama dengan pembangkang, ambil balik hak Sabah




Akta Laut Wilayah 2012 dianggap bertentangan dengan Perlembagaan, selain undang-undang itu hanya terbatas di Semenanjung sahaja berikutan Sabah dan Sarawak tidak pernah mempersetujui pelaksanaannya, kata Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik demi kestabilan politik di Sabah, terutama dalam menuntut semula hak negeri itu yang terhakis.

Hasrat itu disuarakan hasil perkembangan baharu politik tempatan dengan kerajaan dan pembangkang sebulat suara menolak penguatkuasaan Akta Laut Wilayah 2012 di negeri terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri, berharap semua parti politik, khususnya parti politik tempatan, dapat mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama sebagai satu entiti seperti di Sarawak.

“Kami terbuka kepada apa sahaja cadangan dan kami dapat bekerjasama dengan mana-mana parti politik seperti apa yang telah kami lakukan selama ini.

“Ini supaya kita menjadi lebih kuat. Saya rasa itu ideal dan suatu hari, mungkin ini akan berlaku. Marilah kita berusaha ke arah itu,” katanya dalam kenyataan.

Kitingan berkata demikian selepas pelancaran usaha sama antara KOPSTAR Holdings Sdn Bhd dan Trucknet Machinery Trading Sdn Bhd, di sini.

Mengulas lanjut, Kitingan berkata, ketika ini terdapat perpaduan antara kerajaan dan pembangkang mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu pengembalian hak-hak Sabah.

Sebagai contoh katanya di DUN semalam, semua wakil rakyatnya sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengurangkan wilayah laut Sabah dan Sarawak daripada 12 batu nautika (22km) menjadi tiga batu nautika (5.5km).

Kitingan berkata, pengurangan kawalan milik Sabah dikurangkan sepanjang sembilan batu nautika (16.5km).

Katanya, pada April tahun ini, beliau turut mengeluarkan kenyataan menentang akta terbabit yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan dan menuntut agar undang-undang itu hanya terbatas di Semenanjung sahaja kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah mempersetujui pelaksanaannya.

KENYATAAN MALU ALAH…

 

malaysiakini.com
'Jangan cemari usaha, doa jauhi pandemik dengan 22 cabutan khas judi'
Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Kementerian Kewangan mempertimbangkan semula kebenaran peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan tahun ini.

'Jangan cemari usaha, doa jauhi pandemik dengan 22 cabutan khas judi'


BOB KELANANG


Benda ni bukan baharu... dah beberapa hari... sepatutnya seusai kenyataan dari Menteri Kewangan itu dikeluarkan dan diwarwarkan media massa... masa tu jugak la kenyataan membantah dibuat... tak perlu nak tunggu masa yang lama... xperlu nak meeting bagai... sebab benda ni isu dah lama... isu yang PAS sendiri pun lantang menyuarakan satu masa dahulu... jadi xlogik gak macam teragak-agak nak keluar kenyataan...

Apa yang aku nampak... kenyataan yang diberikan setelah beberapa hari isu ini berlegar adalah semata-masa kerana dah malu alah... orang sana sini dok bercerita... dok hinggaq... so... bila senyap sunyi ada rasa malu aaa time orang dok asyik tanya... maka terpaksalah keluar kenyataan malu alah camni...

KOH KOH KOH... lawak siot..

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Mohd Nor Hamzah menempelak kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

"Saya bagi pihak DUPP mendesak Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula untuk membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

"Jangan dicemari usaha dan doa kita kepada Allah SWT agar dijauhi dari ujian pandemik Covid-19 dengan membenarkan perkara mungkar ini.

"Saya minta tindakan segera diambil dengan menamatkan sektor perjudian nombor ramalan dalam Keluarga Malaysia yang kita kasihi ini,"

 

APA SUDAH JADI SPRM

 

HAMZAH RIE NA


Aduh, apa sudah jadi SPRM?

Duit yang jadi bukti kes, hilang.

Sekarang, salah seorang dari tiga pegawai kanan yang didakwa terlibat itu ditangkap kerana didakwa miliki dadah dan pistol.

Berita penuh: https://www.utusan.com.my/.../pegawai-kanan-sprm-ditahan.../

Yb Fahmi Fadhil


May be an image of 1 person, standing and text that says "Utusan BAHARU EMIKIRAN Malaysia LOG KELUAR LANGGAN BERITA ÛENAA NASIONAL TERKINI Pegawai kanan SPRM ditahan miliki dadah, senjata apı JALIL ABDUL JALIL HASSAN Oleh MASZUREEN HADZMAN 23 September 2021, 9:00 pm"

 

YA BILA ORANG GURAU BALIK...HANG PI REPORT PULIH...AKAI DA KA ?

 May be an image of 2 people and text that says "FMT Free Malaysia Today @fmtoday 'Demam' jika tak bergurau, saya mahu jadi diri sendiri, Sanusi beritahu pengkritik #FMTNews Translate Tweet freemalaysiatoday.com Demam jika tak bergurau, saya mahu jadi diri sendiri, Sanusi beritahu pengkritik"

SPRM..?? APA YANG KITA BOLEH HARAPKAN..!!

 

BOB KELANANG


Semenjak dua menjak ini kredibiliti SPRM dilihat jatuh menjunam... dari kes suspek lompat pagar SPRM la... sampailah pembebasan kes-kes rasuah yang fakta dan buktinya jelas tapi kalah di Mahkamah sama ada dari segi teknikal mahupun kes-kes yang ditarik balik pertuduhan...

Pening aaa SPRM la ni...

Sebab itu ada cadangan supaya SPRM ni dirombak dan diletakkan dibawah kuasa Parlimen dan bukannya dibawah kuasa Eksekutif... ada rasionalnya perkara ini..

 

S A T U P E R S O A L A N . . ? ?

 

BOB KELANANG


Satu persoalan yang boleh kita fikirkan bersama adalah apakah pendekatan untuk guru tak vaksin... adakah kita nak biarkan sahaja mereka langsung tak mengajar secara bersemuka? Adakah kita mahu membiarkan mereka mengendalikan hanya PdPR walaupun Covid-19 nih dah jadi "endemic"...

Atau kita bagi option kepada mereka untuk meninggalkan perkhidmatan perguruan?

Banyak sebenarnya yang kita kena lihat, kaji dan semak... keputusan tuntas kita kena buat...

Beberapa hari lalu Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (Page) menggesa kerajaan mempertimbangkan tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) untuk guru-guru yang menolak vaksin tanpa alasan munasabah.

 

Buka sekolah: Apa pendekatan untuk guru tak vaksin, tanya PIBGN


malaysiakini.com
Buka sekolah: Apa pendekatan untuk guru tak vaksin, tanya PIBGN
“Kita khuatir walaupun sedikit bilangannya tapi kadang-kadang perkara yang berbahaya berpunca daripada yang sedikit bilangannya itu,” kata Mohamad Ali.

LAPORAN POLIS DAN BUTIR BUTIR RAMPASAN KES SPRM.

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


YDH Tuan KJSJ

YDH Tuan Tim KJSJ (SP)

YDH Tuan Tim KJSJ (RO)

YDH Tuan PT D5


Update Rampasan Senjatapi Dan Amunisi Oleh Pegawai SPRM Putrajaya


Butiran Repot:

BBST/5294/21

Tarikh :21/09/2021 @ 1923hrs

Sek : Seksyen 8 (a) & Seksyen 36 Akta Senjata 1960

IO : ASP Mahafiz B Mat Lawi

    

Butiran Pengadu :

Nama : Roseli B Roszaini

Umur : 40 Tahun

Pekerjaan : Penguasa SPRM

Alamat : Ibupejabat SPRM Putrajaya


Butiran OYDS :

Nama :  Shahrum Nizam 

Umur : 39 Tahun

Pekerjaan : Penguasa Kanan SPRM

Alamat : No 1 Jalan SW3A, Taman Suria Warisan,43900 Sepang

 

Butiran Rampasan:


i. (1) pucuk pistol jenama KIMBER KHX ULTRA KU 332338 YONKERS NY USA bersama kelokap berisi (7) butir peluru 9mm (peluru hidup).


ii. (1) pucuk pistol angin jenama GLOCK 18C Austria 9x19 WET5168 DMD 168S MADE IN TAIWAN WE Tactical. CO. LTD bersama kelopak berisi (10) butir peluru plastik berbentuk bulan warna putih;


iii. (43) butir peluru hidup ukuran 9mm di dalam kotak putih WINCHESTER 9mm LUGER 115 GRAIN (7.5g);


iv. (50) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak lutsinar SME ORDNANCE SDN. BHD;


v. (45) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak lutsinar SME ORDNANCE SDN. BHD;


vi. (12) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak lutsinar SME ORDNANCE SDN. BHD;


vii. (50) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak bewarna putih bertulis SWISS P SeCa 99grs / 6,4g 13L1 jenama RUAG; dan


viii. (5) kotak bewarna putih bertulis SWISS P SeCa 99grs / 6,4g 13L1 jenama RUAG yang mana setiap kotak berisi (50) butir peluru hidup ukuran 9mm (keseluruhan 250 butir peluru hidup).


Fakta Kes :


1. Pada 13.09.2021, jam lebih kurang 1725hrs, OYDS bernama Shahrum Nizam bin Baharudin, No KP : 810704-06-5457 telah ditangkap oleh sepasukan Pegawai SPRM dari Ibu Pejabat SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya bersabit Aduan SPRM/IPJ/RPT : 0357/2021.


2. Pada 17.09.2021, jam lebih kurang 1300 hrs, pengadu mengetuai sepasukan Pegawai SPRM daripada Ibu Pejabat SPRM telah membuat pemeriksaan rumah di alamat No. 1, Jalan SW3A, Taman Suria Warisan, 43900 Sepang, Selangor yang mana pada waktu itu seorang perempuan melayu yang berada di rumah tersebut yang mengaku tuan rumah. Setelah pengadu perkenalkan diri sebagai Pegawai SPRM dan menyatakan sebab-sebab kehadiran pengadu kepada perempuan tersebut, pengadu minta perempuan tersebut untuk kemukakan kad pengenalan diri, setelah diperiksa dapati nama Noor Ashikin binti Ahmad, No KP : 820622-02-5266. Seterusnya dengan disaksikan perempuan tersebut, pihak SPRM telah membuat penggeledahan di dalam rumah dan menjumpai barang-barang seperti berikut :-


i. (1) pucuk pistol jenama KIMBER KHX ULTRA KU 332338 YONKERS NY USA bersama kelokap berisi (7) butir peluru 9mm (peluru hidup).


ii. (1) pucuk pistol angin jenama GLOCK 18C Austria 9x19 WET5168 DMD 168S MADE IN TAIWAN WE Tactical. CO. LTD bersama kelopak berisi (10) butir peluru plastik berbentuk bulan warna putih;


iii. (43) butir peluru hidup ukuran 9mm di dalam kotak putih WINCHESTER 9mm LUGER 115 GRAIN (7.5g);


iv. (45) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak lutsinar SME ORDNANCE SDN. BHD;


v. (12) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak lutsinar SME ORDNANCE SDN. BHD;


vi. (50) butir peluru hidup ukuran 9mm didalam kotak bewarna putih bertulis SWISS P SeCa 99grs / 6,4g 13L1 jenama RUAG; dan


vi. (5) kotak bewarna putih bertulis SWISS P SeCa 99grs / 6,4g 13L1 jenama RUAG yang mana setiap kotak berisi (50) butir peluru hidup ukuran 9mm (keseluruhan 250 butir peluru hidup).


3. Seterusnya pengadu telah sita barang-barang tersebut diatas dan serahkan (1) salinan Senarai Penyitaan Harta Alih mengikut peruntukkan undang-undang seksyen 33 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta 694) (SPRM 009/09) bertarikh 17/09/2021 antara Penolong Penguasa Mohd Shafiz Bin Shamsuddin dan Noor Ashikin Bt Ahmad, No KP : 820622-02-5266). Aduan ini dibuat bagi pihak PDRM menjalankan siasatan berkaitan dengan perkara di atas.


Hasil Siasatan Awal:


1. IO telah mengarahkan pengadu hadir memberikan rakaman percakapan.


2. OYDS telah ditahan bersabit rpt Presint7 7397/21 dan kes disiasat dibawah sek 12 (2) ADB 1952, IO : Asp Nadiyana.


3. Permohonan reman akan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Putrajaya pada 22/09/2021


4.Berdasarkan siasatan awal, rampasan telah dibuat oleh pengadu pada 17/09/2021 dirumah milik OYDS di Kota Warisan, Sepang dimana pada ketika itu OYDS berada di lokap SPRM. Rampasan dibuat dengan disaksikan isteri  OYDS iaitu Noor Ashikin Bt Ahmad.


5.OYDS mempunyai lesen senjatapi jenis KIMBER KHX ULTRA  No siri KU 332338 YONKERS NY USA yang dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan IPD Putrajaya. Berdasarkan lesen penggunaan senjatapi yang dikeluarkan, OYDS hanya dibenarkan untuk memiliki sebanyak 100 butir peluru saja.


6.Namun ketika rampasan dilakukan, pengadu telah menjumpai sebanyak 400 butir peluru bersaiz 9mm berserta 3 kelonsong peluru bersaiz 9mm serta sepucuk pistol tiruan.


7.Rampasan semula barang kes telah dilakukan oleh IO Kes bersabit rpt Presint7 7431/21. OYDS telah ditahan sebelum ini oleh pihak SPRM atas kes kehilangan wang tunai yang dirampas dari Datuk Hasanah.


8.Barang rampasan telah dibawa ke IPD Sepang untuk tindakan selanjutnya


9. Pada 21/09/2021 jam lebih kurang 2320 hrs, Io kes bersama dengan pasukan telah membuat pemeriksaan dirumah OYDS dan telah merampas sepucuk senapang jenis pum gun Jenama Benelli Armi System No Y 101246z17, 200 butir peluru jenis 9mm, seutas tali sling, satu alat tool pembuka senjata dan satu naskah buku manual penggunaan senjata bersabit rpt BBST/5300/21


10. Butiran rampasan adalah seperti berikut:


i. Laras Pump Gun Jenama Benelli Armi System No Y 101246Z17


ii. 4 Kotak Lutsinar Mengandungi 200 Butir Peluru Hidup Jenis Sme 9mm 3-16 ( 50 Butir Peluru Hidup Setiap Kotak)


iii. 1 Unit Tali Sling Tiada Jenama


iv. 1 Unit Tool Pembuka Senjata


v. 1 Buku Manual Senjata


11. Rampasan telah dibawa ke IPD Sepang untuk tindakan selanjutnya


Sekian terima kasih YDH Tuan


PAS DAN JUDI, ANTARA HUKUM ALLAH DAN NIKMAT DUNIA YANG SAYANG DILEPASKAN

 

Isu judi yang kini timbul semula berikutan jawapan Kementerian Kewangan kepada soalan yang ditanyakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat nampaknya benar-benar membuatkan Pas berpeluh dibuatnya.

Dalam soalannya lisan itu Mahfuz bertanya kepada Menteri Kewangan, berapakah jumlah cabutan khas yang dibenarkan kerajaan bagi tahun 2021 kepada syarikat-syarikat judi dan jawapan yang diberi ialah sebanyak 22 kali.

Jawapan itu bermakna, termasuk cabutan biasa yang mungkin tiga atau empat kali semingu, di tambah dengan 22 kali cabutan khas setahun, jumlah kekerapan untuk pemabuk-pemabuk judi mencuba nasib bagi jadi kaya dalam setahun hampir mencecah 200 kali banyaknya.

Wowww…dengan setahun ada 365 hari dan disediakan hampir 200 kali untuk perjuangan bagi kaki-kaki judi memeriahkan kehidupan mereka, apakah layak kerajaan yang ada ini dinamakan kerajaan Melayu Islam?

Mahu tidak mahu, dengan jawapan Menteri Kewangan dan jumlah cabutan khas judi yang kerap itu, Pas yang konon memperjuangkan Islam dan berada dalam kerajaan inilah yang paling terkesan sekali.

Lalu, apa sebenarnya peranan Pas dari segi memperjuangkan Islam dalam kerajaan Melayu Islam ini?

Tambahan lagi, jumlah kekerapan cabutan khas 22 kali setahun itu adalah tinggalan era BN yang kemudian dikurangkan kepada 11 kali pada 2019, seterusnya 8 kali pada 2020 iaitu ketika negara diambil alih oleh PH.

Fakta yang membingungkan di sini, kenapa kerajaan Melayu Islam sekarang kembali kepada tinggalan era BN dan tidak mencontohi amalan PH yang mengurangkannya, walau dituduh PH bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam?

Kerajaan mana dan parti mana yang tidak Islamik sebenarnya?

Walaupun pada peringkat awalnya ada pemimpin Pas yang cuba berhujah bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Pas, Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, judi hanya untuk bukan Islam dan pelbagai jawapan lain yang senada dengannya, tetapi dengan kecaman berterusan daripada rakyat, Pas akhirnya tunduk juga.

Ia kemudian menyebabkan ada pemimpin Pas lain yang secara terbuka membuat bantahan kepada kerajaan, bertegas mahu Kementerian Kewangan menarik balik kelulusan tersebut serta menyifatkan ianya tidak wajar dilaksanakan.

Nik Abduh Nik Aziz, Ahli Parlimen Bachok malah berkata, kerajaan sepatutnya hanya mengekalkan cabutan khas 8 kali setahun sebagaimana dilakukan PH sebelum ini dan bukan berundur ke belakang dengan meningkatkannya semula kepada 22 kali.

Bagi yang biasa mendengar ceramah-ceramah pemimpin Pas sejak sekian lama pasti menyedari isu judi adalah isu yang sering dimainkan mereka untuk menyerang serta memperlekeh kerajaan.

Meski judi adalah difahami untuk orang bukan Islam, tetapi Pas bertegas ingin mengharamkannya, bahkan dalam sebuah khutbah, Hadi Awang pernah berkata, “mereka yang melakukan amalan judi, menggalakkan judi dan membenarkan judi adalah mereka yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam.”

Video Hadi Awang itu boleh ditonton di bawah ini:-

Video Player
00:00
01:57

Jika setelah berada dalam kerajaan sekarang Pas sedar bahawa judi hanya untuk orang bukan Islam, kenapa sebelum ini mereka menentang dan ingin menghapuskannya?

Kalau Pas berhujah bukan mereka yang membuat keputusan berkaitan judi dan Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, lalu tidak berupaya untuk menghapus atau mengurangkan judi, bagaimana dengan kebersamaan mereka dalam kerajaan yang jelas menggalak dan membenarkan aktiviti judi?

Apakah golongan itu masih merupakan golongan yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam?

Maka, apa sebetulnya kuasa Pas dalam kerajaan Melayu Islam ini, kalau pun tidak mampu menghapuskan sama sekali judi, tetapi setidak-tidaknya berupaya mengurangkannya?

Kiranya Pas benar-benar memperjuangkan Islam, tidak menentang Allah, tidak mahu bermusuh dengan Allah dan tidak mahu bermusuh dengan Islam sebagaimana itulah tarbiah yang diterapkan selama ini, itu pun kalau mereka tidak berubah kepada lebih sayangkan jawatan atau kedudukan dunia melebihi segala-galanya, langkah yang boleh dan patut diambil oleh parti itu ialah mengugut untuk menarik sokongan atau keluar daripada kerajaan melainkan tuntutan mereka, setidak-tidaknya untuk mengurangkan judi dapat dipenuhi.

Tetapi, kenapa Pas tidak melakukannya dan kenapa juga pemimpin-pemimpin utamanya yang berjawatan menteri atau bertaraf menteri senyap begitu saja dalam isu judi ini, sebaliknya yang timbul bersuara hanya pemimpin di lapisan kedua dan ketiga?

Hmmmmmm…..sayang Allah atau sayangkan jawatan dunia? 


(ShahbudinHusin 24/09/2021)



Bahaya janji-janji manis Pas yang tidak menyebut tarikh

 

Notis pemberitahuan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU), yang menyatakan ‘pengiraan bil bulan Ogos dan September bagi Kuala Terengganu dan Kuala Nerus adalah dibuat mengikut anggaran’, telah menerima banyak reaksi negatif dari orang ramai.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar semasa krisis berlaku Ogos lalu telah mengumumkan dua bulan air percuma untuk mereka yang terjejas dan pemberitahuan oleh SATU telah mengejutkan rakyat serta menjejaskan imej serta kredibiliti Menteri Besar.

Beliau adalah Pengerusi SATU dengan beberapa lagi Exco kerajaan sebagai Lembaga Pengarah dan sudah tentu kredibiliti dan janji beliau sebagai Menteri Besar tercalar oleh kenyataan dari anak buah beliau sendiri dari SATU.

Laporan portal rasmi Pas Harakahdaily telah menyatakan Menteri Besar tiada menyebut tarikh janji tersebut akan dilaksanakan untuk cuba menutup kelemahan kenyataan yang menimbulkan kekecewaan dan kemarahan sebahagian besar dari sekitar 29,000 keluarga atau 150,000 rakyat yang terjejas.

Cubaan lidah rasmi Pas Harakahdaily untuk bermain dengan kata-kata Menteri Besar ‘tiada menyebut tarikh’ untuk bantuan air percuma sambil memperkecilkan masalah dan penderitaan 150,000 penduduk Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, merupakan penghinaan murahan yang akan menghantui Pas dalam banyak isu janji-janji Pas yang lain lagi.

Ada rakyat secara sinis menyatakan kerana itulah sehingga hari ini janji PRU14 kerajaan Pas untuk memberi tapak kediaman dan rumah kepada rakyat masih tidak ditunaikan kerana “tiada menyebut tarikh”.

Adakah ini permainan kata kata janji kosong atau akan dilaksanakan pada PRU ke 20? tanya kebanyakan mereka dengan nada sinis.

Adapun pendekatan yang sama sedang digunakan juga oleh Pas di peringkat Parlimen di mana setelah menjadi kerajaan, isu RUU 355 , Hudud dan isu judi tidak lagi kedengaran dengan seribu satu alasan ditangguh.

Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin pernah memegang jawatan Menteri Undang-undang menjaga urusan Parlimen boleh memudahkan pembentangan RUU355 tersebut tetapi tiada usaha dibuat.

Kini Menteri Agama Idris Ahmad iaitu Naib Presiden Pas, dan Timbalan Menteri Agama Marzuk, adalah dari Pas tetapi cabutan judi 4D naik 22 cabutan setahun dan judi di Genting masih diteruskan tanpa apa apa usaha lain membendungnya.

Kalau isu RUU355, Hudud dan judi boleh ditangguh tanpa ada jangkaan tarikh dan masa, apa sangatlah pula nasib air percuma dua bulan!

Seperti dikatakan oleh lidah rasmi Pas Harakahdaily, Pas “tiada menyebut tarikh” untuk janji bil percuma, samalah untuk pelaksanaan janji-janji RUU dan janji yang lain lain.

Seorang ahli kanan Dewan Ulama Pas apabila merujuk kepada perlaksanaan RUU 355 menyatakan pula “tidak akan lari gunung di kejar”!

Dua bulan air percuma yang dijanjikan itu jika dikira dengan purata RM15 sebulan, satu isi rumah hanyalah RM30 untuk dua bulan.

Kalau penduduk sebuah isi rumah mempunyai lima orang, ia bermakna seorang akan mendapat manfaat RM3 sebulan atau RM0.10 (sepuluh) sen seorang untuk satu hari.

Bandingkan dengan kos membeli air minum berbotol, bayar dobi, bayaran pesanan makanan melalui FoodPanda atau Grab, kerugian perniagaan bagi mereka yang berniaga makanan dan kuih serta masa dihabiskan beratur mengangkut air dari telaga atau lori air.

Rakyat rasa terhina dan tertipu dengan janji dan dolak dalih kerajaan dalam pendekatan yang diambil.

Di sidang Dewan Undangan Negeri pula jawapan isu krisis air dijawab dengan tidak memuaskan iaitu dengan menyalahkan jabatan sendiri atas kordinasi dan pengawasan.

Kalau Menteri Besar sebagai ketua kerajaan negeri dan juga sebagai Pengerusi SATU serta bersama Exco Kerajaan negeri tidak boleh menunaikan janji sekitar RM15 sebulan satu rumah atau 10 sen sehari untuk seorang rumah berisi lima penduduk, ke mana lagi rakyat nak berharap?

Di manakah perginya wang royalti minyak dan gas yang diterima terus dari kerajaan pusat sekitar RM2 bilion setahun dicurahkan kalau tidak pada yang susah?

Janganlah permainkan janji kepada rakyat yang dihimpit masalah air hampir sebulan setengah di tengah-tengah pendemik Covid-19 yang masih tidak kelihatan penghujungnya dengan alasan Menteri Besar dan PAS “tiada menyebut tarikh” menunaikan janji tersebut!


SAMAN ADALAH LANGKAH TERBAIK JIKA AKHBAR BAWA BERITA LONGKANG.RAKYAT DAH LIHAT NASIB UTUSAN YANG MENYEMBAH BUMI...

 


Saman Harakah: Mujahid hanya mahu nama dibersihkan, masih menanti permohonan maaf


Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meluahkan kelegaannya apabila kes saman fitnah yang difailkannya terhadap lidah rasmi Pas iaitu Harakah, dan beberapa defendan lain di dalam Harakah, selesai dengan rundingan yang baik di luar mahkamah.

Katanya, beliau masih menanti permohonan maaf dari defendan pertama (wartawan Harakah, Aziz Muda) yang mengikut persetujuan bersama, akan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya di akhbar Harakah.

“Paling utama kita menanti Harakah mengeluarkan kenyataan rasmi di portal rasmi dan media cetak mereka untuk memohon kata maaf serta beberapa ‘point’ yang dipinda dan dipersetujui bersama,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebooknya sebentar tadi.

Mujahid yang juga bekas Menteri Agama memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lalu, menamakan Aziz, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, penerbit laman sesawang Harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Mujahid mendakwa pada 7 Februari tahun lalu, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di Harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan’.

Defendan juga didakwa menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Februari menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH’.

Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transeksual (LGBT)’ selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita, sewaktu menunaikan umrah.

Sementara itu, dalam ulasan siaran langsung sebentar tadi, Mujahid menjelaskan bahawa pihaknya tidak mahu memanjangkan isu tersebut setelah Harakah bsrsetuju untuk mengeluarkan permohonan maaf.

Katanya, soal kos dan ringgit adalah terlalu kerdil jika dibandingkan dengan maruahnya yang tercemar kerana fitnah itu.

“Soal kos ringgit terlalu kerdil dibandingkan dengan maruah. Kalau penyelesaian ini maruah dapat diselamatkan dengan permohonan maaf dan menjelaskan sebenarnya, itu sudah cukup sebagai satu nikmat besar dan tidak lagi kita mahu memanjangkan perkara yang sudah dicapai.

“Tujuan saya hanya untuk membersihkan nama. Saya tidak berminat pergi jauh lebih sekadar dari tujuan asal. Saya harap tiada lagi yang ungkit kenapa tak teruskan perbicaraan, mahupun ungkit balik kepada Harakah. Hal ini sudah selesai,” ujarnya.

MENTERI AAGAMA TAK MASUK CAMPUR KA NIH..DULU WALAUN KERIAU TERUK SANGAT BAB SAJAT NIH

 

Adik Sajat mohon agar abangnya diberi sekali lagi peluang




Isnin lalu, kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditangkap pihak imigresen Thailand. Sajat walaubagaimanapun telah bebas dengan jaminan dan perlu melaporkan diri ke pejabat Imigresen negara itu setiap 14 hari.

Terbaru, adik kepada usahawan itu, Nur Mustika ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia dan keluarga hanya mampu berdoa semoga Sajat kuat menempuh ujian hidup.

Kali terakhir dia bertemu Sajat adalah pada Februari lalu sebelum dia menghilangkan diri. Ketika itu, Mustika sempat menegur mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi.

Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.

Sebagai seorang adik, Mustika berharap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel Sajat teruk atau sebagainya.

Instafamous berusia 33 tahun ini turut memohon Sajat diberikan dorongan supaya semua kesilapan sempat diperbetulkan.

Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.

Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

Dia mengaku ujian yang melanda ini sesuatu yang sangat berat untuk mereka sekeluarga. Dia sendiri mengetahui mengenai perkembangan Sajat menerusi laporan media beberapa hari lalu.

Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya?

Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajat yang kini memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sedang memohon untuk berpindah ke Australia.

Dia memberi alasan diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar Islam.

LIPUTAN 4G, 3G KAWASAN LUAR BANDAR, MENTERI PENDIDIKAN TAK JAWAB


(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media