GAMBAR GAMABR DI MARKAS BAKRI: WALAU DI "JEBONKAN", DI BARUAKAN DI KAPIRKAN, DI ANWARINASKAN , MEREKA TETAP HEBAT


 LAPORAN TMI

Pemimpin progresif PAS bakal tubuh parti, teruskan kerjasama DAP, PKR

17 Jun — Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu...



 KREDIT FOTO : AZHAN ABDULLAH & WAN FAUWDZIN

Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li



Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li

Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li

Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia “mungkin” menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

“Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: “Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan.”

“Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya.”

Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.

Ditanya masalah siapa lebih besar, sama ada BN atau PR, Razaleigh ketawa dan berkata: “Saya tak tahu, saya tidak terlibat dalam masalah yang satu lagi. Saya cuma tahu masalah yang ini sahaja.”
“Jadi, saya tak tahu yang mana lebih besar atau lebih kecil. Tetapi, masalah tetap masalah.”

Beliau berkata, langkah PR membubarkan dirinya sesuatu yang “bagus” kerana ia boleh membantu mengukuhkan pembangkang.
“Saya fikir mereka mesti bersedia mengambil tindakan berani untuk memperkenalkan langkah yang selaras. Selaras dengan anak muda, terutamanya,” kata putera Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan PR tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan “semua pihak” yang mahu melihat pemerintahan BN berakhir.

Dalam BN pula, Umno terus memainkan peranan yang dominan selepas parti komponen utama lain merosot teruk prestasinya pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

MIC, misalnya, dibelenggu dengan perebutan kuasa dan terdahulu hari ini menyingkirkan presidennya Datuk Seri G Palanivel dan melantik timbalannya Datuk Seri S Subramaniam sebagai pemangku.

Bulan lepas, Razaleigh menggesa agar parti berasaskan agama dan kaum dihentikan dan menggesa negara bergerak ke arah satu sistem terbuka yang menepati keperluan generasi muda Malaysia.

Beliau menambah, konsep yang berasaskan kaum hanya membawa kejatuhan, terutamanya bagi Umno, yang katanya menghadapi masalah melebarkan keahliannya dan menarik golongan belia.

Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan


Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan

Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan

Pengumuman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli malam tadi bahawa parti itu belum membuat keputusan berhubung nasib Pakatan Rakyat menimbulkan spekulasi PR akan diteruskan oleh PKR dan PAS selepas DAP mengumumkan keluar pada 16 Jun lalu.

Sumber yang rapat dengan PKR mendakwa mesyuarat yang berlangsung selama 4 jam malam tadi tidak mengambil sebarang keputusan penting kerana Timbalan Presiden Azmin Ali tidak hadir dan beliau juga tidak berada di Selangor. Azmin dilaporkan masih menyokong PAS dilibatkan dalam PR dan tidak mahu gabungan itu berpecah di Selangor.

Perpecahan di Selangor akan menyebabkan pilihan raya negeri dan yang terburuk tentulah BN akan kembali berkuasa.

Sabotaj pilihan raya

Azmin juga didakwa lebih senang bekerja dengan PAS berbanding DAP. PAS tidak menuntut banyak perkara dalam kerajaan negeri, sebaliknya DAP menuntut dan tidak berkomproni dalam beberapa perkara.

Namun kebanyakan ahli Biro Politik PKR, badan tertinggi pembuat keputusan tidak lagi berminat untuk bekerjasama rapat dengan PAS setelah golongan ekstrem mengambil alih teraju parti itu dan menimbulkan pelbagai masalah.

Pemimpin PKR masih belum lupa sabotaj PAS dalam pilihan raya umum lalu yang membenarkan calon parti itu bertanding di kerusi yang dipersetujui PKR bertanding. Surat kebenaran bertanding dikeluarkan oleh sama ada Presiden Hadi atau Setiausaha Agung Mustafa Ali.

Kebenaran bertanding menyebabkan PKR kalah di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh serta di beberapa DUN di Terengganu. PAS juga menjadi penghalang kemasukan PSM ke dalam PR. PAS menentang parti berideologi sosialis. Sedangkan PAS sendiri pada kemudian hari ingin berbaik-baik dengan Umno.

PKR juga mempunyai rekod kerjasama buruk bersama PAS dalam Barisan Alternatif. Selepas DAP meninggalkan gabungan pada 2001 berikutan isu Negara Islam, PAS mengisytiharkan dokumen Negara Islam pada 2003.

Langkah itu tidak dirundingi bersama PKR. Cina dan India berhenti menyokong BA dan gabungan itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004. Hanya Dr Wan Azizah menang dengan 600 undi di Permatang Pauh.

Kerjasama lebih menguntungkan bersama DAP. Parti itu jelas memihak kepada kehendak rakyat berbanding PAS yang memihak kepada kehendak dua tiga orang pemimpin utama dan think tank parti.

Selangor stabil

Walau apa pun yang berlaku, Azmin tidak tergugat sebagai MB di Selangor dan DAP serta PAS masih menyokong beliau. PR tidak menandatangani dokumen bertulis sebagai satu parti, sebaliknya kerjasama longgar.

Dalam kerjasama longgar, maka mana-mana parti yang setuju untuk membentuk kerajaan negeri akan terus memerintah sehingga tamat penggal, melainkan parti di peringkat pusat memberi arahan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.

Barangkali itu penyebab utama Azmin meninggalkan Selangor ketika mesyuarat Biro Politik PKR berlaku. Apa sahaja keputusan Biro Politik beliau tidak terlibat dan masih kekal sebagai MB yang tidak boleh diletakkan sebarang prasangka buruk oleh DAP mahu pun PAS.

Di peringkat pusat, PKR masih berbelah bahagi meneruskan kerjasama dengan PAS namun spekulasi menyebut arus kuat untuk memisahkan diri daripada PAS dan menunggu gabungan baharu terbentuk, mungkin selepas PasMa menubuhkan parti baharu selepas Aidilfitri.

AZMIN LARI MESYUARAT BIRO POLITIK?

1. Azmin tak hadir ke mesyuarat biro politik yang membincangkan kedudukan PKR dalam PR.

2. PKR memutuskan untuk bersama DAP. Bukan bersama PAS. Yakni PR memang dah bubar la.

3. PKR akan adakan sidang media khas pada esok hari. Ini aku dapat melalui sumber whatsApp.

4. Ada member bagi info juga. Yang Azmin p jumpa Hadi. Dia sambut/jumpa Hadi kat airport. Gambar takde. Setakat sebaran wassap je. Wassap aku dah jadi macam media gosip. Macam2 berita/cerita masuk. Huhu.

AMANO WORLD



(function() { var d = document, w = window; w

KAH..KAH...DARI DULU SAMPAI SEKRANG...PUNCA SUSAHNYA ANWAR NAK NAIK KERANA KUASA INILAH YANG UTAMA,,,