ADAB TIADA..AKAL PUN TIADA


 

KERAJAAN AMBIL ALIH. NUSI GAGAL TERUK.

Em Jay


 Amat menyedihkan….. Kerajaan Pusat terpaksa ambil

alih projek LRA Bukit Selambau  dan perlu tambah RM50 juta kerana kegagalan Nusi menyiapkan dari tahun ke tahun….. Mat Nusi gagal teruk. Yang dia tahu  hanyalah berbohong dan terus berbohong rakyat Kedah





BERSEPAI


 

Ini kronologi projek LRA Sungai Limau yang terbengkalai walau dapat peruntukan besar


 


Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang sepatutnya menjadi penyelesaian kepada masalah bekalan air di Kedah kini terus menjadi tanda tanya selepas gagal disiapkan mengikut jadual walaupun telah menerima peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan.

Lebih membimbangkan, projek bernilai hampir RM90 juta itu bukan sahaja mengalami kelewatan berulang kali, malah didakwa terbengkalai sejak pertengahan 2024.

Kegagalan projek ini menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk bagaimana kontraktor dipilih kerajaan negeri boleh memperoleh dua kontrak besar dalam tempoh singkat, ke mana perginya peruntukan asal sebanyak RM900 juta, dan mengapa janji untuk mendedahkan punca sebenar kelewatan masih belum ditunaikan.

Kami kongsikan kronologi penuh isu LRA Sungai Limau seperti dikongsi oleh pengguna X, Cik Yanie.

๐—ž๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ r๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜‚

2020

  • MB Kedah umum Kedah terima RM900 juta daripada kerajaan Pusat (PN) untuk bina 4 LRA termasuk LRA Sungai Limau.
  • Janji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.

2021

  • Kerajaan Kedah beri kontrak LRA Sungai Limau kepada Widad Builders Sdn Bhd bernilai RM89.8 juta.
  • Tempoh projek: 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.
  • Sebulan kemudian, Widad dapat lagi kontrak LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta.

2023

  • Projek gagal siap ikut jadual.
  • Kerajaan negeri beri EOT (lanjutan masa).

2024

  • Spot check kementerian dapati ada bahagian projek langsung tak bergerak walaupun sudah 2 tahun.
  • Teguran diberikan kepada MB Kedah.
  • MB Kedah salahkan pelbagai pihak termasuk kontraktor dan Covid-19.
  • Janji baru dibuat, projek kononnya siap Januari 2025.

2025

  • Pemeriksaan lanjut dapati projek terus terbengkalai sejak Julai 2024.
  • MB Kedah salahkan kontraktor dan umum mahu tukar kontraktor baru.
  • Sekali lagi banyak alasan diberi, tetapi projek masih gagal disiapkan.

2026

  • Kerajaan Madani ambil alih projek bagi menyelamatkan LRA Sungai Limau.
  • Tender baru dibuka untuk “kontraktor penyelamat” dengan tambahan kos RM50 juta.
  • MB Kedah sebelum ini kata mahu “dedah satu persatu”, tetapi sampai hari ini tiada pendedahan dibuat.

Kesimpulan

๐Ÿ”ธ SPRM wajar siasat hubungan dan urusan sebenar antara kerajaan negeri Kedah dan Widad.

๐Ÿ”ธ Persoalan timbul bagaimana Widad boleh dapat dua kontrak besar LRA dalam tempoh singkat.

๐Ÿ”ธ Ke mana pergi RM900 juta peruntukan asal daripada kerajaan Pusat?

๐Ÿ”ธ Ke mana pula wang projek LRA Sungai Limau dan Bukit Selambau dibelanjakan?

๐Ÿ”ธ Rakyat berhak tahu kenapa projek penting bekalan air boleh gagal sampai terbengkalai.

.




‘Sejak awal saya dah jangka hayat politik Bersatu tak akan panjang’ – Zahid


 


Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam urusan dalaman Bersatu yang kini dilaporkan berdepan beberapa siri pemecatan terhadap ahli parti itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, beliau sejak awal lagi telah menjangkakan bahawa umur politik Bersatu tidak akan bertahan lama.

“Saya tidak berniat untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti serpihan Umno ini.

“Sejak awal lagi saya sudah menyatakan bahawa jangka hayat politik parti itu tidak akan panjang. Kita akan lihat dalam masa terdekat apakah nasib yang menanti mereka,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika Bersatu dilaporkan berdepan pergolakan dalaman yang menyaksikan beberapa ahlinya dikenakan tindakan disiplin dan dipecat, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan parti tersebut.

Semalam, 10 orang pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah digantung keahlian dan dipecat dari parti.

Jumlah pemimpin yang dipecat bertambah kepada tiga orang iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak; dan Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat.

Manakala ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man pula digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti.

Turut digantung keahlian adalah lima orang Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.




509: Lapan Tahun Gelombang Kuasa Rakyat Dan Putaran Takdir

 


Dunia menyaksikan kejatuhan sebuah rejim pemerintahan 60 tahun sebuah kerajaan yang dirasakan tidak mungkin tumbang tetapi akhirnya pada 9 Mei 2018, rakyat bersuara di peti undi menolak mereka secara besar-besaran. Foto Andre Lai

PENDAPAT, 9 Mei – ​้ฃŽๆฐด่ฝฎๆต่ฝฌ (Fฤ“ng shuว lรบn liรบ zhuร n) — Feng Shui sentiasa berputar. Ungkapan yang sering kita dengar dalam perbualan harian masyarakat Cina ini membawa makna yang mendalam: bahawa keadaan dunia ini tidak pernah statik.

Dalam kanta metafizik purba, setiap 60 tahun menandakan satu putaran tenaga kosmik yang lengkap, sebahagian daripada kitaran besar 180 tahun. Kitaran inilah yang kita saksikan sedang membentuk semula wajah Malaysia.

​Imbas kembali pada 9 Mei 2018 (PRU-14), satu tarikh yang telah melakar sejarah luar biasa. Sebuah gergasi yang selama ini dianggap “terlalu besar untuk tumbang” (too big to fail) akhirnya rebah ke bumi.

Kejatuhan itu mengejutkan dunia, tidak tumpah seperti runtuhnya Lehman Brothers pada tahun 2008 yang melumpuhkan tunjang kewangan Amerika Syarikat. Sesuatu yang dianggap mustahil, akhirnya menjadi realiti di tangan rakyat.

​Rentetan detik itu, bermulalah perjalanan saya dalam struktur kerajaan di bawah panji Pakatan Harapan. Ia adalah fasa di mana saya berkhidmat secara rasmi demi agenda reformasi institusi, meneliti setiap seluk-belok fungsi kerajaan dengan penuh azam.

Walaupun memegang amanah dalam struktur politik melonjakkan saya ke hadapan, perjalanan itu tidaklah seindah yang dibayangkan. Haloba dan ketamakan kuasa—baik dari dalam mahupun luar, membuktikan bahawa arus reformasi sentiasa berdepan dengan tembok yang sukar ditembusi.

​Negara kemudiannya diuji dengan badai pandemik dan pergolakan politik yang mencetuskan episod huru-hara. Namun, melalui PRU-15, mandat rakyat diperbaharui sekali lagi dalam satu episod baharu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Sebenarnya, sejak tahun 2008, rakyat telah mula mengambil alih kemudi politik negara. Daripada kerajaan yang “terlalu besar untuk tumbang” sehingga kepada kewujudan kerajaan yang “mustahil menjadi realiti,” suara keramat rakyat semakin menyerlah dan matang.

​Hari ini, politik bukan lagi sekadar bicara golongan elit di menara gading, tetapi dibahas setiap hari oleh akar umbi melalui media sosial dan audio siar. Namun, kematangan ini datang bersama cabaran baharu; berita palsu, laskar siber, dan pempengaruh mula menjadi kuasa politik yang mampu memesongkan kewarasan dengan emosi. Isu-isu sensitif 3R pula semakin kerap dimainkan tanpa rasa gentar.

Keteguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan isu rakyat sejak 1974 diterjemahkan pada 2022 dengan konsep Malaysia MADANI sehingga kini.

​Dalam menyelusuri nadi masyarakat di peringkat bawahan, saya melihat para pengundi kini berada dalam persimpangan. Di sebalik “bunyi bising” politik yang mengelirukan, adakah mereka akan kembali mencari pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat tanpa bebanan ideologi yang bertindih?

​Hari ini, genap lapan tahun gelombang itu bermula dan kita kini semakin menghampiri gerbang PRU-16. Dalam tempoh setahun dua lagi, adakah kita bakal menyaksikan satu lagi episod luar jangka? Mungkin benar, roda Feng Shui sedang berputar untuk pusingan seterusnya.

Namun, walau apa pun yang mendatang, marilah kita terus berpaut pada harapan demi sebuah negara yang lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

​Pepatah Cina untuk rujukan:

​้ฃŽๆฐด่ฝฎๆต่ฝฌ (Fฤ“ng shuว lรบn liรบ zhuร n)

(Roda nasib sentiasa berputar; keadaan tidak selamanya kekal sama).

Oleh Lai Chen Heng



Transformasi Digital, AI Mesti Sampai Ke Akar Umbi – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku pelawat ketika lawatan ramah mesra di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi, Karakit, Kudat pada 9 Mei 2026. Foto Norsila Samsudin

KUDAT, 9 Mei – Dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa.

“Bila kita jadikan ini dasar negara, dua tahun setengah yang lepas, kebimbangan saya ialah dasar itu tinggal (tertumpu) di Kuala Lumpur, di universiti-universiti utama, badan-badan penyelidikan penting, tetapi tak sampai ke akar umbi.

“Jadi berlaku kesenjangan antara golongan terdidik, golongan kaya bandar, dengan golongan miskin terutama di pedalaman desa, pulau, bukit dan gunung di seluruh Sabah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian bagi memastikan pembangunan digital tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan peluang baharu rakyat.

Menurut Menteri Kewangan itu, kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi di sini yang dinobatkan juara kategori capacity building pada World Summit on the Information Society (WSIS) anjuran International Telecommunication Union (ITU) di Geneva tahun lepas, membuktikan masyarakat di kawasan pulau terpencil juga mampu cemerlang dalam bidang digital apabila diberi ruang, kemudahan dan sokongan sewajarnya.

Beliau berkata walaupun Pulau Banggi jauh dari pusat bandar dan berdepan pelbagai kekangan kemudahan, kawasan itu tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ramah mesra di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi, Karakit, Kudat pada 9 Mei 2026. Foto Norsila Samsudin

Perdana Menteri berkata kejayaan itu juga menjadi antara faktor beliau mahu turun sendiri ke Pulau Banggi bagi melihat pencapaian masyarakat dan pengurusan NADI di pulau berkenaan.

“NADI di Pulau Banggi disebut antara NADI yang berjaya di negara kita. Di Pulau Banggi, pulau yang terpencil, tak ramai yang pakar-pakarnya, tetapi masih melahirkan, menjadikan pusat ini pusat utama. Saya ucap tahniah bukan saja kepada pengurusan NADI tetapi kepada seluruh rakyat di Pulau Banggi,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kejayaan NADI Pulau Banggi perlu menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan terpencil untuk terus membina keupayaan dalam bidang digital, sekali gus membuktikan pembangunan teknologi boleh dimanfaatkan semua lapisan rakyat.




Kesiapsiagaan Pos Dogoton Pulau Banggi Diperkukuh, Hadapi Ancaman Rentas Sempadan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

KUDAT, 9 Mei – Kerajaan memberi jaminan kesiapsiagaan keselamatan di kawasan sempadan perairan negara terus diperkukuh khususnya di utara Sabah yang bersempadan dengan Filipina bagi menangani ancaman pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara fokus lawatan kerjanya ke Pulau Banggi, Sabah pagi tadi seusai kembali ke tanahair selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Pagi ini (tadi) saya meneruskan lawatan kerja dengan berkunjung ke Pulau Banggi, Sabah seusai Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina. Saya ke Pos Dogoton untuk meninjau tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan Malaysia-Filipina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Pos Dogoton adalah antara pos keselamatan hadapan bersempadanan dengan perairan Filipina yang memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara di kawasan utara Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Ini termasuk mengawal ancaman pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan pada akaun Facebook, miliknya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, beliau diberi taklimat berkenaan pelaksanaan operasi pos keselamatan di lokasi terbabit sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Saya diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan operasi di sini (Pos Dogoton), sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan di kawasan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

“Penugasan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi dan cuaca yang mencabar menuntut ketahanan mental, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam pasukan. Penghargaan tertinggi buat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan menjaga kedaulatan tanah air di Pos Dogoton,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pos Dogoton, Kudat bagi meninjau tahap kebajikan dan kemudahan semasa pada 9 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan pasukan dalam mempertahankan setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman adalah lambang pengorbanan yang jarang terlihat, namun menjadi benteng yang memastikan kita terus hidup aman dan tenteram.

Oleh Mahani Ishak




RAKYAT MARAH


 

PM Anwar Dijangka Umum Kesinambungan Bekalan Minyak Negara Pertengahan Mei

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, mengingati kembali lawatan beliau pada 10 November 1994 lalu pada 9 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan Mei ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelan itu dijangka memfokuskan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan bekalan semasa mampu bertahan sehingga Jun.

Menurutnya, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kini pada peringkat akhir memuktamadkan sumber bekalan baharu bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak negara dalam tempoh seterusnya.

“Perdana Menteri sebelum ini telah menyatakan bahawa beberapa sumber baharu sedang dimuktamadkan dan beliau dijangka mengemukakan jadual seterusnya berkaitan bekalan minyak negara,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum “Energy Crisis 2026: Are We Ready to Rethink Refuel?”, sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya (UMES) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, simpanan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap operasi, namun Malaysia masih mampu bertahan meskipun berlaku gangguan bekalan hasil langkah intervensi dan pengurusan yang dilaksanakan.

Selain usaha domestik, katanya, kerajaan turut melihat kerjasama serantau sebagai antara pendekatan penting untuk memperkukuh daya tahan bekalan tenaga.

“Di peringkat ASEAN saya difahamkan ada perbincangan dalam konteks hala tuju untuk simpanan di peringkat serantau tetapi sudah pasti dari segi kerangka, mekanisme dan sebagainya itu kita perlu perincian yang lanjut kerana ia melibatkan soal diplomasi dan hubungan antara negara-negara anggota,” katanya.

Mengenai penggunaan biodiesel B15, beliau berkata, kerajaan optimis pelaksanaan peningkatan campuran biodiesel dapat dimulakan pada 1 Jun ini bagi membantu memanjangkan jangka hayat bekalan diesel negara.

Tambahnya, struktur pelaksanaan melibatkan keseluruhan rantaian bekalan biodiesel termasuk pengedaran ke stesen minyak dan mendapat komitmen baik daripada kementerian serta agensi-agensi berkaitan. – Bernama




PM umum peruntukan khas lebih RM31 juta naik taraf infrastruktur Pulau Banggi


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan khas Kerajaan MADANI bernilai lebih RM31 juta untuk menaik taraf infrastruktur asas untuk penduduk di Pulau Banggi, pulau terbesar di Malaysia.

Peruntukan itu meliputi projek menaik taraf jalan dan jambatan di beberapa kampung termasuk Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran dan Bayangan Laut.

Ia juga melibatkan projek menaik taraf Balai Polis Pulau Banggi; menambah baik Klinik Kesihatan Karakit; menaik taraf asrama sekolah di Banggi dan Balambangan; dan menaik taraf Jeti Awam Karakit kepada Terminal Feri.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2.25 juta bagi beberapa projek baharu.

Ia merangkumi RM1.25 juta untuk program pendidikan, pengupayaan institusi, teknologi hijau, kesihatan dan pembangunan insan di bawah Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

RM1 juta untuk naik taraf jeti di Kampung Dogoton bagi manfaat penduduk kampung serta agensi penguatkuasaan

“Insya-Allah, ikhtiar ini bukan sekadar menambah baik kemudahan asas, tetapi memastikan rakyat di pulau terpencil ini menikmati pembangunan yang lebih adil, selesa dan bermaruah. 

“Terpencil tetapi tidak sesekali terpinggir. Itu janji saya,” katanya hari ini.




KISAH GENTING HIGHLAND


 

SLOW...SAMSURI BUAT APA ?


 

PMX LAWAT POS TENTERA


 

GEMPAK! ADUN UMNO N9 AKUR PRESIDEN! BAGAIMANA YANG LAIN?


 

MAHATHIR KATA DIA GAGAL SATUKAN MELAYU,




FAKTANYA DIA LAH PUNCA MELAYU BERPECAH BELAH


Ramai menjadi mangsanya, Tun Hussein Onn, KuLi, Pak Lah, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Razak. Mahathir bijak bermain politik dgn melahirkan emosi or or play victim.


Benar dia gagal malah dia bapa perpecahan. Yg Mahathir berjaya ialah melahirkan anaknya di kalangan billioaire dan kroni kroninya.
Yg derita pondok2 agama di selat bantuan. Kelantan di dera begitu lama di era TGNA menjadi MB. Sejarah Mahathir jika ada kajian sgt menyedihkan buat negara.
Sejarah juga tidak akan menipu. A simple fact u can lie to all the people, but u cant lie to yourself Tun. Cukup2 lah.
See less