MAKAN SUMPAH - TAMBRIN TUN GHAFAR


'MAKAN  SUMPAH'  ? 


Tamrin Tun Ghafar 


Rabu - 08/12/2021


( 1 - 15 )

 


1.    Hari ini , 20hb Disember  2019  iaitu hampir 2 tahun  Najib  MELAFAZKAN   SUMPAH  LAKNAT   di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur  BERHUBUNG  kes SRC 


2.    Najib bukan sahaja BERBOHONG dengan cuba  menyakinkan umum  TAPI  yang Maha Penting  BERBOHONG   kepada ALLAH  Maha Pencipta  dan Maha Menghatahui segala - gala nya 


3.    Hari ini 3 Hakim Mahkamah  Rayuan  sebulat suara mendapati  MOHD.  NAJIB  TUN  HAJI   ABDUL  RAZAK   bersalah  -  menggunakan wang tabung KWSP   sebanyak  RM42  juta  untuk  kepentingan dan kegunaan diri sendiri  dan isteri , Rosmah Mansor 


4.    Najib ketika itu TAHU ;  beliau sebagai Perdana Menteri , Menteri Kewangan  DAN   Penasihat  Agung  SRC  telah  MENYAKINKAN   Jemaah Menteri  tentang wang 'PINJIMAN'  SRC  tersebut 


5.    Kini Najib sudah kalah.  Satu di Mahkamah Tinggi  dan satu lagi di Makhmah Rayuan 


6.    Najib punyai satu lagi peluang , iaitu  menyakinkan  Mahkamah  Persekutuan

 
7.    JIKA   menang Najib akan dibebaskan  tapi jika kalah beliau PASTI  berangkat ke Penjara Sungai Buluh  untuk sekian lama 


8.    Umum juga  sedang menungggu 2 lagi keputusan , kes  Rosmah Mansor di Sarawak   dan kes  Yayasan  Akal Budi ,  kepunyaan Presiden Parti UMNO  Malaysia , Zahid Hamidi 


9.    Mereka  menghadapi  kes salahguna kuasa dan  RASUAH  


10.   Jika kalah juga  mereka akan MERENGOK dimana - mana penjara yang sesuai 


11.    Selalu saya berkata , jika TIDAK  MEROMPAK   bukan  UMNO  nama nya ! 


12.    Hari ini  Rabu 8hb Disember 2021  MUNGKIN  tidak ada lagi gelak gempita diruang tetamu rumah Najib di Pavilion , Kuala Lumpur 


13.    Maseh ingat kah kita apa berlaku  pada hari Rabu 9hb Mei 2018  dahulu ? 


14.    Rosmah Mansor  boleh lah cari BOMOH  baru  samada  dari India mahupun dari Indonesia 


15.    MALU  APA  BOSSKU
😭😭😭 

 


Wassalam
Terima Kasih

By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 08, 2021

 

NAJIB TERIMALAH HAKIKAT

 

MSO

Najib perlu tenang hadapi sunatullah

REAKSI

HARI ini tanggal 8 Disember 2021 mencatat sejarah tersendiri khasnya buat bekas perdana menteri Najib Razak apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM240 juta kerana disabit bersalah atas pertuduhan melakukan rasuah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020. Najib dituduh berkaitan dengan aliran wang milik SRC International berjumlah RM42 juta ke dalam akaunnya. 

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang mendengar rayuan Najib, Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas Najib yang dibuat oleh Nazlan Ghazali. 

Najib dalam satu sidang akhbar selepas pendengaran rayuannya itu melahirkan rasa kesal atas keputusan itu dan telah mengarahkan team penguam belanya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Kita tidak mahu komen panjang, cuma pengakuan Najib yang beliau tidak bersalah dan banyak melakukan kebaikan untuk membantu negara, mungkin benar, tetapi sama ada beliau bersalah atau tidak biarlah mahkamah menentukannya. Rakyat pula mengharapkan perbicaraan yang adil dan telus. 

Lazimnya sesiapa juga yang dihadap ke mahkamah sukar untuk mengaku kealahannya, lebih-lebih lagi apabila mereka mampu untuk menyediakan team penguam yang handal. 

Apa yang sedang dilalui oleh Najib kini sudah menjadi sunahtullah sebagai seorang pejuang atau ahli politik. Perasaan yang tertanggung di atas pundak Najib pernah dilalui dan dipikul oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin politik sebelum ini. 

Hal sama juga sedang dihadapi oleh sahabat baiknya Zahid Hamidi dan juga beberapa yang lain.

Dalam pada itu Dr Mahathir Mohamad seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dan menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? 

Apakah beliau mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin, ia memberi gambaran Najib akan lepas? 

Sekiranya Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai pendahulun. [wm.kl.5: 35 pm 08/12/2021]

 


KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN TERHADAP NAJIB AMAT DITERIMA BAIK, CUMA…

 

Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan.

Dalam keputusan pagi tadi, tiga hakim sepakat dan sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah terhadap Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh hakim Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Ketika itu, SRC International adalah anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian dipindah-milik kepada Kementerian Kewangan.

Kecuali bagi Najib dan penyokong tegarnya, semua yang lain boleh dikata menerima kewajaran dan kemunasabahan hujah-hujah hakim berkaitan kes tersebut.

Bagi mereka, keputusan hakim menolak alasan Najib bahawa beliau tidak mengetahui wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya, malah tidak tahu ia bersumberkan daripada SRC International adalah amat tepat dan logik sekali.

Begitu juga dengan keputusan hakim menolak bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Lagi pun, kata rata-rata mereka, Najib terlihat bebas membelanjakannya, termasuk membeli barangan mewah dan mahal untuk kegunaan peribadi di butik-butik mewah di luar negara.

Maka, mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri itu bukan saja diterima dengan baik, malah tiada apa-apa yang mengejutkan masyarakat.

Masyarakat mungkin amat terkejut jika keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi adalah sebaliknya.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Najib kekal sebagai orang yang bersalah dan beliau kini hanya ada satu peluang lagi untuk membebaskan dirinya iaitu merayu di Mahkamah Persekutuan.

Mengambil kira kes Anwar Ibrahim yang mengambil masa 11 bulan antara Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib bolehlah berharap tempoh sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang untuk rayuannya di dengar di mahkamah tertinggi itu.

Cuma, yang menjadi rungutan sesetengah pihak ialah kerana Mahkamah Rayuan masih membenarkan penangguhan hukuman sementara rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Ada yang berpendapat Najib tidak seharusnya lagi diberikan penangguhan hukuman, sebaliknya mesti menjalani hukuman sebagaimana disabitkan sehingga rayuannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Tambahan lagi, jika hanya kira-kira setahun daripada sekarang baru rayuannya akan didengar, meletakkan Najib dalam penjara menjalani hukuman sementara rayuannya didengar adalah suatu kemunasabahan yang logik berdasarkan kesalahan yang telah dilakukannya serta sebagaimana hujah hakim, perbuatan itu turut memalukan negara.

Kalau ditolak rayuannya nanti, maka beliau terus sajalah menyambung hukuman itu, manakala jika rayuannya diterima, setidak-tidaknya ada jugalah hukuman dunia yang diterimanya.

Tetapi, dengan penangguhan yang diberikan itu, Najib kini seolah-olah seorang yang tidak bersalah dan bebas melakukan banyak perkara dalam hidupnya, termasuk berkempen, berpolitik dan bergebang di media sosial.

Dan jika rayuannya diterima di Mahkamah Persekutuan nanti, maka beliau akan bebas sepenuhnya dan tidak pernah sama sekali menerima hukuman atas kesalahan dan sabitan yang telah dijatuhkan mahkamah terhadapnya.

Adakah adil begitu? tanya sebahagian mereka yang saya sempat berbual-bual dengan mereka. – ShahbudinHusin 08/12/2021.

'Hidup Bossku!' - Penyokong Najib berkumpul di luar Istana Kehakiman.Woiii makcik...balik woii nanak nasi pakcik hang nak makan ...esok kalau tak motong dan kait sawit hangpa nak makan pa woiii

PEGUAM PUN ADA KES JUGA...ELOK LA....MEMALUKAN




 

Runding semula harga tanah Kg Baru jika benar kerajaan BN bela Melayu - Syed Badli

 








Kerajaan 90% Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan.



Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman, harga RM300 sekaki yang ditawarkan melalui pengambilan paksa di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah (APT), 1960 amat memalukan kerana pemimpin pemimpin Umno dan Pas sebelum ini telah mencela idea kerajaan Pakatan Harapan untuk membeli semula tanah penduduk dengan harga RM1,000 sekaki.



Kata Syed Badli, APT tidak seharusnya digunakan jika kerajaan benar benar serius mahu melihat orang Melayu maju dan memiliki modal secukupnya untuk daya usaha baharu selepas mereka kehilangan tanah



"Pewartaan Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah yang dikuatkuasakan terhadap Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru adalah satu bentuk penindasan kepada pemilik.



"Ini berikutan masih terdapat kira-kira 110 pemilik belum menurunkan tandatangan untuk meneruskan projek ini.



"Jika kerajaan tetap mengenakan APT untuk meneruskan projek ini, bererti kerajaan BN sedang menghalau dan menindas pemilik yang rata-ratanya berbangsa Melayu secara paksa," katanya.



Menurut Syed Badli lagi, pemaksaan ke atas pemilik tanah tidak wajar dilakukan lebih lebih lagi dalam kerajaan hari ini terdapat parti Pas dan Bersatu yang pernah menentang dasar rakus BN merampas tanah milik orang Melayu.



Justeru, Syed Badli mahu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengotakan janji membela orang Melayu yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional dan kemudian BN.



"Oleh itu satu bentuk rundingan semula di antara kerajaan, pemaju dan pemilik yang tidak bersetuju perlu diadakan dengan segera untuk mencari solusi terbaik kepada masalah ini.



"Berikutan kegagalan Ahli Parlimen Titiwangsa YB Rina Harun untuk menyelesaikan perkara ini, saya menggesa Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Shahidan untuk turun bertemu dengan penduduk terjejas secepat mungkin," katanya.



Isu pengambilan paksa tanah Kampung Sg Baru menjadi panas semula semalam apabila bekas Perdana Menteri Najib Razak menjawab hartanah yang terlibat bukan terletak dalam kawasan Kampung Baru tetapi lokasinya berdekatan KLCC.



Bagaimanapun netizen menyerang Najib, sekiranya tanah di dalam kawasan Kampung Baru sebelum ini pemimpin Umno meletakkan harga RM3,000 sekaki, maka nilai tanah di Kampung Sg Baru sepatutnya lebih tinggi daripada itu.



Manakala hujah bahawa tanah tersebut berstatus pajakan 99 tahun dan bergantung kepada susut nilai tidak diterima netizen kerana sebelum ini BN menggunakan pelbagai alasan untuk mengambil tanah orang Melayu secara murah, sebaliknya kerajaan BN bersedia membayar harga lebih tinggi andai melibatkan bukan Melayu.

 

Pelabuhan Miri: Kerajaan buang duit RM400j, bina pelabuhan di sungai




Kerajaan Sarawak melalui parti SUPP yang memenangi DUN DUN sekitar Miri merestui pembinaan projek 'gajah putih' apabila Pelabuhan Miri tidak boleh menerima kapal kapal besar kerana terletak di perairan cetek.



Menurut Naib Presiden KEADILAN, Dr Micheal Teo, projek yang menghabiskan wang rakyat begitu banyak itu diluluskan oleh Gabungan Parti Sarawak secara semberono dan tidak melakukan kajian teliti sebelum membenarkan pembinaan.



"Pelabuhan Miri menjadi projek gajah putih kerana dulu kerajaan pusat beri duit kepada kerajaan Sarawak buat pelabuhan (tetapi tanpa kajian rapi).



"Pelabuhan Kuching, Bintulu atau Sibu memang boleh digunakan (kapal besar) tetapi SUPP mahu buat satu pelabuhan (di Miri). Miri port, malang tak boleh pakai dan buang duit RM400 juta.



"Kalau kita tengok pelabuhan itu terletak di sungai, bukan laut dalam. Bertempat 2 kilometer di (muara) Sungai Baram.



"Kuala Sungai Baram kedalaman air 10 kaki atau 3 meter. Kalau low tide baru 4 - 5 kaki saja. Kuala macam itu kapal besar dari Pelabuhan Kelang, Singapura mana boleh masuk?" tanya Dr Teo dalam sidang media secara atas talian, pagi tadi.

https://static.wixstatic.com/media/4449e2_c799bd86a32347d3b8b2e1808e44c796~mv2.png/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.png

Lokasi Pelabuhan Miri di muara sungai



Menurut Ahli Parlimen Miri itu lagi, pelabuhan tersebut ditertawakan oleh negara luar dan kapten kapten kapal takut untuk membawa kapal mereka berlabuh dikhuatiri akan tersangkut pada dasar sungai.



Oleh itu, katanya, barang barang yang dijual di Miri jauh lebih mahal kerana terpaksa diangkut dari beberapa pelabuhan lain yang beratus kilometer jauhnya.



"Sebab itu barang di Miri dari Semenanjung terpaksa ke Bintulu, Sibu atau Kuching. Barang di Miri (perlu di) hantar ke Bintulu dahulu, naik lori 3 jam. Kos bertambah. Jadi barang di Miri lebih mahal.



"Kalau kereta seperti Proton, mahu beli dari Pelabuhan Kelang, hantar ke Kuching dulu, dari sana tarik (towing) sampai Miri perlu bayar RM300.



"Ini (pelabuhan) projek buang duit. 25 tahun pelabuhan itu wujud saya tidak pernah tengok kapal datang dari mana mana," katanya sinis.



Sehubungan itu, Dr Teo merayu agar pengundi pada pilihan raya kali ini bertukar kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan wakil rakyat yang lebih baik pemikirannya dilantik.



Katanya, andai PH menang dan membentuk Kerajaan Negeri maka projek gajah putih tidak akan berlaku lagi dan dana akan dihemat daripada pembaziran.



"Kalau KEADILAN dapat bentuk kerajaan, bila buat pelabuhan kita akan kaji setelitinya, dan tidak akan buat projek cincai dan buang duit.



"Oleh itu dalam pilihan raya ini rakyat perlu tukar. Jangan lagi kekalkan SUPP di DUN. Mereka banyak buat projek yang menghabiskan dana. Tukar kepada calon PH dan KEADILAN yang lebih pandai," katanya lagi.





08.12.2021 - FOKUS 4.45 | NAJIB KEKAL BERSALAH, MAHKAMAH TINGGI TIDAK TE...



Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

RENTASAN 1025 | GEMPAR!!! KINI KERAJAAN TERBUKTI CUBA 'HAPUSKAN' GOLONGA...

PENJUALAN VAKSIN - BERAPA HARGA SEBENARNYA?



“Bagaimanakah kerajaan membenarkan Pharmaniaga beroperasi dengan cara yang membolehkan mereka bukan sahaja membuli Kerajaan Persekutuan, tetapi juga kerajaan negeri dan sektor swasta? “Mengapa Kerajaan kita tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan ketidakadilan itu?” Soal Nie Ching.

KAJI MOU JIKA KLEPTOKRASI KEMBALI


“AMANAH ingin menegaskan bahawa sekiranya golongan kleptokrasi dilihat kembali berpengaruh ke atas pentadbiran kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri, maka AMANAH akan mengesyorkan supaya PAKATAN HARAPAN mengkaji kembali keabsahan MoU yang telah ditandatangani,” tegasnya. Beliau berpendapat, kemungkinan golongan kleptokrasi kembali adalah hasil daripada tindakan khianat politik melalui Langkah Sheraton.

Anwar Ibrahim: Apa Kos Kontrak 5G Sebenar? 15 Bilion, 20 Bilion? Dah Sam...

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang


Isu: Patutkah Perlaksanaan Hukuman Penjara Terhadap Bekas Perdana Menteri Najib Razak ditangguhkan Sehingga Keputusan Rayuannya di Mahkamah Persekutuan?


Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman (stay of execution) telah difailkan oleh Najib Razak di Mahkamah maka persoalan ini akan dijawab dan akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.


Undang-undang yang sedia ada menyatakan bahawa rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi hatta ke Mahkamah Persekutuan sekalipun tidaklah bermakna secara otomatik penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta terhadap Najib Razak yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) itu akan dibenarkan.


Pendengaran atau perbicaraan permohonan Najib Razak terhadap penggantungan perlaksanaan hukuman tersebut perlu dilakukan oleh Mahkamah Rayuan.


Tetapi amalan duluan atau precedent dalam Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Kes Fitnah II perlu dirujuk.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan Anwar Ibrahim  daripada pertuduhan.Tetapi Pihak Kerajaan BN waktu itu yang diketuai oleh PM Najib Razak telah mengarahkan Pendakwa Raya supaya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


Mahkamah Rayuan Malaysia kemudianya telah mengenepikan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Anwar Ibrahim telah memohon penggantungan perlaksanaan hukuman penjara ke atasnya kerana beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


Tetapi permohonan Anwar Ibrahim itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Beliau dihantar dari Mahkamah Rayuan di Putrajaya terus ke Penjara Sungai Buloh.


Jadi, berdasarkan kepada Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan di mana dinyatakan secara bertulis bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang, maka saya menuntut tidak ada amalan dua darjat yang membezakan antara Najib dengan Anwar.


Justeru itu sebagai seorang Ahli Parlimen yang bersumpah untuk memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan, maka saya menuntut supaya apa keputusan yang Mahkamah telah jatuhkan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim hendaklah dilaksanakan hal yang sama terhadap Dato' Seri Najib Razak.


Jika demikian berlaku,  barulah Dunia melihat sistem undang-undang Malaysia sesungguhnya adil.


Hassan bin Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

08 Disember 2021



KES SRC NAJIB : BUKTI KUKUH DAN MENYAKINKAN..

 KES SRC NAJIB : BUKTI KUKUH DAN MENYAKINKAN..


Aku tak pasti apa keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Tetapi siapa yang baca penghakiman Sebelum dilantik Hakim,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Bukti yang dikemukan Pendakwaraya masa tu, Cukup kuat dan Menyakin kan.. 


Dulu aku pernah nyatakan point mengapa bukti salah laku itu jelas dan Menyakinkan sepertimana penghakiman Nazlan..Kalau aku, Tidak ada sebarang ruang Peguam Bela mencetuskan keraguan yg munasabah..


Sebelum dilantik Hakim..Hakim Mohd Nazlan seorang peguam korporat yang kemudiannya menyertai Maybank sebagai Group General Counsel and Company Secretary of Maybank cum Group Head of Corporate and Legal Services of Maybank. Dia cukup mahir dan Faqeh dalam hal Kewangan dan Jenayah kolar putih.. 


Ini bukan soal Pengkhianatan Peribadi..Ini Soal Negara..Seperti kata Hakim Mahkamah Tinggi, Najib adalah Pengkhianat Negara !! moga Allah berikan kurniaan keberanian dan kekuatan seperti Hakim Mohd Nazlan Ghazalie..


إِنَّ اللَّهَ مَعَ القَاضِي مَا لَمْ يَجُرْ، فَإِذَا جَارَ تَخَلَّى عَنْهُ وَلَزِمَهُ الشَّيْطَانُ...


 “Sesungguhnya Allah bersama hakim selama dia tidak menyimpang, jika dia menyimpang Allah meninggalkannya, dan syaitanpun menemaninya....”

 

Ipohmali


SPIN KES RAYUAN NAJIB

 LIYANA MARZUKI

1. Mahkamah Rayuan sudah putuskan untuk kekalkan sabitan kes Najib Razak. Kesemua 7 pertuduhan korupsi, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
2. Tak sampai setengah jam, team media propa dia dah start spin. Kata mereka, tiada arahan Najib beri, kenapa dia kena sorang, ada bukti baru kenapa jatuh hukum tergesa2. Semua retorik tanpa paham perkara undang-undang sebenar.
3. Saya nak rumuskan, supaya propaganda team Najib ni tak terus menerus menipu orang kampung dan orang bandar.
i. Terdapat bukti NR mempengaruhi keputusan KWAP untuk melepaskan pelaburan RM4billion kepada SRC. Semua pegawai setuju yang NR mempunyai pengaruh dalam setiap keputusan melalui arahan dan wakil beliau. NR tidak pernah membangkang perkara itu dalam pembelaan beliau di Mahkamah.
ii. Apa yang dia bangkitkan hanya dia tertipu oleh Jho Low. Dan Jho Low yang merupakan dalang kesemua penyelewengan. Namun, ada bukti yang Najib tahu semua tindakan Jho Low dan benarkan apa yang terjadi.
iii. Money trail duit SRC masuk ke akaun NR sebanyak RM42 juta dan dibelanjakan untuk tujuan peribadi, tidak langsung disanggah oleh beliau.
iv. Pembelaan dia hanya cakap dia ingat duit itu derma Raja Arab. Namun tiada langsung bukti dan saksi yang boleh dokong perkara ini. Mahkamah Rayuan siap cakap kalau betul derma dari Arab kenapa dana itu masuk akaun SRC dulu. Kenapa tidak secara terus? Dengan kata lain, nampak sangat menipu.
4. Ada spin kata kenapa NR seorang saja kena? Katanya ada duit masuk akaun suami TS Zeti dan TS Nor Yaakop. Itu tidak relevan kerana mereka sengaja kelirukan kes 1MDB yang lain dan kes SRC. Kalau betul mereka bersalah, boleh dakwa lah. Tiada la boleh nak menyucikan kes Najib ini. Mahkamah Rayuan pun tolak teori konspirasi ini.
5. Kes SRC ini clear cut sebab duit masuk terus ke akaun Najib yang asalnya dari KWAP. Pihak SRC juga telah ambil tindakan sivil ke atas Najib Razak sebagai defendan pertama dan 4 orang bekas pengarah SRC atas dakwaan pecah amanah.
6. Makanya, jangan lah spin hanya dia terpalit. Banyak je yang kena dakwa dan kena saman kerana kes ini dan 1MDB.
7. Cuma sebagai defendan pertama, dia tetap mastermind nombor satu. Kerana dia PM dan Menteri Kewangan. Hanya dia nan satu.
8. Apa jenis pemimpin, kalau masalah timbul dia takde akauntabiliti dan cuba basuh tangan. Padahal dia punya kuasa penuh buat keputusan dan boleh keluar arahan.
9. Saya malas nak layan sgt propaganda dan spin team media NR yang selalunya menipu rakyat.
10. Satu saja nak cakap, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah putuskan dia bersalah kesemua 7 pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, TANPA KERAGUAN YANG MUNASABAH.
11. Makanya, tak payah la pentaksub NR nak kupas kes ini mendahului dan tunjuk lagi pandai daripada Mahkamah. Ini semua cubaan nak meragukan rakyat jua. Boleh dikenakan tindakan contempt of court. Tak pasal2 pula.


(function() { var d = document, w = window; w

KERJA BUAT TAK JALAN LAGI PPUN- KABINET PUN TAK PENUH LAGI-LEBAI KALUT MINTA DUIT....AKAI ...TAK CERDIK..

  Kerajaan PH merubah segalanya bila jadi kerajaan 2018, di mana peruntukan sama rata untuk parti kerajaan dan pembangkang. Datang kerajaan ...