SYARIKAT GLIC HARUS PRIHATIN KEPADA MANGSA BANJIR KHUSUSNYA KOS BAYAR SEWA. .



 Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini, yang antara lain menyentuh perihal banjir yang mengesankan peniaga dan orang awam.






Saya tegaskan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu peka kepada beban ditanggung perniagaan dan orang awam, khususnya kemudahan terkait bayar sewa bangunan dan ansuran bayaran balik pinjaman kewangan.


Mesyuarat turut membincangkan kemajuan syarikat-syarikat di bawah Yayasan dalam menyokong inisiatif Kerajaan seperti program GEAR-uP serta ketetapan Kongres Ekonomi Bumiputera.


#MalaysiaMADANI



SIAPA MENTERI UNDANG UNDANG MASA TU ? SIAPA PM MASA TU ?PM ketika itu buat keputusan sembunyi-sembunyi menyebabkan Malaysia hila...



Perdana Menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Negara hari ini.



SIASAT SAJA - DIA LEPAS SENYAP SENYAP -RCI BATU PUTEH | Syor Siasatan Jenayah Terhadap Mahathir, Laporan Polis ...


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3





SEMOGA PENYOKONG TEGAR HADI AWANG PAS TABAH MENGHADAPI PENGUMUMAN INI

OOOWHH KEBETULAN PULAK YA ADA PLASTIK PAS YA... AAAUUUUMMMMMM...


 

PEMUDA UMNO DESAK KETUA MENTERI SABAH LETAK JAWATAN

 


Pemuda Umno Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor supaya meletakkan jawatan susulan pendedahan dakwaan skandal rasuah melibatkan anggota dewan undangan negeri (Adun).

Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abd Karim berkata, pihaknya menyuarakan kebimbangan serius terhadap isu-isu yang melibatkan Adun-Adun Sabah berkaitan skandal Sabah Mineral Management Sdn Bhd.

Katanya, berdasarkan video-video yang tular, terdapat dakwaan salah urus, penyalahgunaan kuasa, dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan memberi kesan langsung kepada rakyat Sabah dan Hajiji mesti mengambil tanggungjawab penuh. 

“Oleh itu, Pemuda Umno Sabah mendesak Hajiji meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Sabah agar siasatan dapat dijalankan secara bebas dan telus tanpa mengganggu pentadbiran negeri. 

“Satu siasatan menyeluruh dan bebas dilakukan terhadap organisasi Sabah Mineral Management Sdn Bhd

“Pendedahan hasil siasatan kepada rakyat Sabah kerana rakyat Sabah berhak mengetahui keadaan sebenar dan hasil siasatan dilaporkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap pentadbiran negeri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Malaysiakini semalam mendedahkan tujuh video penuh dan salinan-salinan dokumen daripada pemberi maklumat berkaitan dakwaan skandal rasuah negeri.

Ia mengandungi rakaman perbualan mengenai pemulangan wang suapan yang diberikan kepada ahli politik untuk mendapatkan sokongan bagi permohonan lesen penerokaan perlombongan mineral.  

Hajiji sebelum ini berkata video-video tersebut bertujuan untuk mencemarkan dan melemahkan kerajaannya.  

Dia juga berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM tetapi menegaskan bahawa pemberi maklumat, yang motifnya dipersoalkan, perlu ditangkap dan disiasat.

Sementara itu, Sufian berkata sebagai rakyat Sabah, Pemuda Umno negeri tidak lagi boleh berdiam diri.

“Adalah perkara yang sangat membimbangkan apabila wujud dakwaan bahawa sumber kekayaan negeri ini telah disalahgunakan sehingga menyebabkan kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sabah.

“Kekayaan Sabah adalah milik rakyat, bukan milik segelintir,” tegasnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/727914







TERKINI! Sanusi rayu Anwar tolong Kedah | Mangsa banjir dipaksa jadi ahl...


1. Jumlah mangsa banjir MTL adalah tertinggi selepas 2014.
2. Fuziah Salleh sangkal dakwaan mangsa banjir perlu daftar ahli untuk dapatkan bantuan.
3. Hassan Karim cadang cukai keuntungan Syarikat besar dinaikkan 3 peratus.
4. MB Kedah minta Kerajaan Persekutuan pertimbang salur bantuan pasca banjir.
5. Menteri Pendidikan jelaskan, tidak perlu sesi kedua bagi SPM kerana ujian bertutur catat 99 peratus kehadiran.
6. MIC gesa KPM kaji semula silibus yang semakin tidak relevan dengan perkembangan pelajar. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾







PM Anwar marah dapat tahu projek MyDigital ID,5G tertangguh setahun

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana terpaksa melepaskan kemarahan yang agak keras dalam satu mesyuarat semalam.


Kemarahan itu berikutan kelewatan projek MyDigital dan rangkaian kedua 5G yang sudah hampir setahun.


Katanya, beliau agak tidak sabar apabila mengetahui urusan rundingan Digital Nasional Berhad (DNB) dengan syarikat telekomunikasi telah lama tertangguh, dengan kedua-dua pihak belum memberikan sebarang maklum balas.



“Ada hal hal rumit berbangkit yag menyebabkan saya agak kurang sabar. Boleh jadi dalam dua tahun ini, (pertama kali) saya melahirkan kemarahan yang keras sikit. Jadi saya minta maaflah. Kadang-kadang harapan kita tinggi.



“Bila MyDigital terlambat pelaksanaannya hampir setahun dan urusan dengan DNB dan telco tertangguh…(malah) peringatan kita satu tahun lalu belum dijawab secara positif oleh kedua-dua pihak, ini menyebabkan saya agak hilang kesabaran,” katanya dalam pertemuan bulanan bersama kakitangan Kementerian Kewangan pagi ini.


Kemarahan itu dizahirkan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), semalam.



Anwar berkata, kemarahannya itu menyebabkan menteri-menteri yang hadir turut terkejut.

“Saya pun ada kekurangan. Berharap tinggi menggunung, kadang-kadang bila tak kesampaian (jadi kecewa)… menteri-menteri yang hadir terkejut dengan sikap saya. Saya minta maaf setulusnya…,” ucapnya lagi.



Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, sukar untuk negara hendak maju ke arah digital dan perkembangan AI sekiranya perkara asas yang patut dibina belum disiapkan.



“Saya anggap cuai, kerja lambat.. bagi saya macam mana kita nak ke arah digital dan AI padahal perkara asas yang patut kita bina dalam negara itu belum kita siapkan,” katanya lagi.


Berkenaan MyDigital, Anwar pada 21 November lalu, mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital khususnya membabitkan urusan dengan kerajaan.



Namun setakat November lalu, media melaporkan hanya 1.2 juta pengguna sudah mendaftar di bawah MyDigital.







PENDANG MOHON MAAF KERANA MEMFITNAH DIPARLIMEN! DIHALAU KELUAR DARI DEWA...

ELOK LA GANTUNG DEWAN PUN. PATUT LAMA LAGI.BUKAN BERGUNA PUN..TAK BAWA APA PEMBAHRUAN ATAU HUJAH BERNAS BANTU RAKYAT PENDANG PUN

 


Selepas Wan Fayhsal, giliran MP Pendang pula digantung dari Parlimen





Selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada sidang Parlimen, kini giliran Ahli Parlimen Pendang pula digantung daripada menghadiri sidang berkenaan.

Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat selepas beliau enggan menarik balik atau membuat permohonan maaf atas ucapan yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Awang sebelum itu diminta secara baik untuk menarik balik kenyataan menghina di aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu.


Johari memaklumkan, beliau sudah mengemukakan surat kepada Awang pada 22 Julai lalu supaya menarik balik ucapan berkenaan dan membuat permohonan maaf, tetapi sehingga hari ini belum ada tindakan.

“Tindakan Pendang adalah menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dipilih dan diamanahkan menjalankan tanggungjawab berdasarkan peraturan Dewan Rakyat.

“Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai speaker, maka saya perintahkan YB keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2),” katanya.


Bagaimanapun, keputusan itu cuba dibantah oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, mendakwa peraturan disebut Johari tidak boleh digunakan bagi kesalahan di luar dewan.

Bagaimanapun, Johari menjawab hujah Kiandee dengan mengingat semula keputusan Kiandee ketika menjadi Timbalan Speaker yang menggantung seorang Ahli Parlimen pembangkang pada 2013 dan 2014 kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat sewaktu sidang media.

Dewan juga menjadi kecoh apabila Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) menambah perasa dengan berkata tempoh gantung selama 10 hari adalah tidak adil dan sepatutnya Ahli Parlimen Pendang digantung selama 60 hari.





NAYA NAYA.... UN BAYAQ UN BAYAQ


 

AKU RASA SEJARAWAN KAT MALAYSIA NI GULING GULING GELAK. DIA ADA OHD.. TAPI BODO GAK MASA SAMPAI CERAMAH.


 

MASUK NERAKA KALAU GINI

 


Demi kemenangan dalam pilihanraya, PAS sanggup memfitnah apa sahaja.


Berapa ramai yang percaya dengan fitnah PAS ini?

betapa ramai pula penyokong PAS yang menyambung fitnah ini pua?


Boleh jadi di akhirat kelak, kita dapat lihat kelompok yang ramai merangkak untuk minta maaf, adalah pemimpin PAS dan penyokong mereka.




PAS PATUT BERHENTI MAIN ISU PERKAUMAN


Sekarang, selepas tak berkawan lagi dengan Dap, Pas marah betul dengan Dap. Bahkan sangat marah. Dulu, semasa berkawan, pemimpin Pas sanggup peluk pemimpin Dap. 


Setelah tak berkawan, Pas sanggup bawa cerita tak betul tentang pemimpin Dap. Sepatutnya, sebagai parti yang mengaku "berjuang Islam", Pas tak buat begitu. Itu bukan ajaran Islam sebenar.


Dap parti politik macam Pas juga. Justeru, Pas perlu lawan Dap secara politik. Bukan bawa cerita tak betul berkaitan keturunan pemimpin Dap. Itu perlecehan peribadi namanya.


Caranya, tewaskan Dap dalam pilihanraya. Pas bertandinglah di semua kerusi Dap. Jangan serah kepada Gerakan atau sekutu Pas yang lain. Ini baru betul namanya lawan Dap.


Pas patut berhenti bermain isu perkauman dalam persaingan politik. Walaupun Dap majoritinya orang Cina, mereka juga warga negara. Mereka juga bayar cukai macam orang Pas.


Bahkan boleh jadi, orang Cina Dap lebih banyak bayar cukai berbanding orang Pas. Boleh jadi, ada orang Pas yang bekerja mencari rezeki di negeri yang ditadbir oleh Dap. Boleh jadi, ada majikan orang Pas adalah orang Dap.


Pas tak perlu pandang serong kepada kami yang berkawan dengan Dap. Secara asas, kami berkawan secara politik dengan Dap atas dua pertimbangan. 


Pertama, Dap adalah parti politik yang mahu negara ini berjalan atas asas perlembagaan. Kedua, orang Dap adalah saudara kami dalam kemanusiaan dan kenegaraan.


Kami juga boleh berkawan dan bekerjasama politik dengan Pas. Cuma Pas perlu berada di atas pertimbangan yang sama dengan kami. Ada dua pertimbangan:


Pertama, Pas jangan main isu perkauman. Kedua, Pas mesti menghentikan tuduhan berkawan dengan Dap sebagai tindakan mengabaikan Islam.


Tidak bersama Pas tidak bermakna tidak berjuang Islam. Secara umum, sesiapa saja yang berbuat baik, itulah kerja "berjuang untuk Islam", meski tidak ditempel label Islam. Islam dan kebaikan adalah sinonim.


Saya harap, perintah bayaran ganti rugi berjumlah RM750,000 yang dikenakan ke atas seorang MP Pas menyedarkan Pas dan orang Pas bahawa mereka mesti berhenti daripada membawa cerita tidak benar meskipun terhadap musuh politik yang paling dibenci.


Berpolitiklah secara berhemah dan jujur. Buktikan dengan tindakan bukan sekadar bercakap dan berslogan. 


Tak perlu desak kerbau untuk terbang kerana binatang itu memang tidak bersayap. 


Zola,

05122024



TAK YAH ACAH KISAH DUNIA AKHIRAT LA.. DAH FITNAH NI DUNIA KENA AKHIRAT KENA.


 

KERJA ORANG TAK ADA TAMADDUN DALAM DUNIA


 

SEJAK 15 TAHUN LEPAS. PENANG KINI TERKENAL DWNGAN PUSAT RAWATAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN UNTUK PELANCONG DARI LUAR NEGARA.


 

SEHARI DUA NI DIA TERKENAL... TAPI KEKAL SEBAGAI KAKI FITNAH


 

WALAUN TAK ADA ADAP


 

TAK BERANI JUGA DIA


 

JANGAN BUANG SEMUA DARI NOBITA


RMS


 Sebenarnya, kita semua tak nak mana mana pelajar gagal duduki SPM, mungkin boleh dipertimbangkan cadangan bekas menteri pendidikan, memang situasi kali ini berbeza, itu perlu akui kerana musibah menyamai 2014..untuk subject yang telah dijalankan dan bagi pelajar yang terjejas dgn banjir..




NAK BANTAH, TAPI BENDERA PUN TAK KEN

 

Belakang tu bukan bendera China tapi Vietnam..😆😆



Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.


RMS



NAK SERAH MEMO JA KOT.... JANGAN LA SAMPAI TAHAP TU POSTER.



 Demo (aku rasa oleh pemain media) ini agak biadab bila meletakkan wajah PMX dengan pakaian 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 sambil tunjuk 𝗷𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵.Mereka berdemo untuk serah 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝗮𝗻𝗱𝘂𝗺.





Tapi apa berlaku? PMX 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 memorandum yang mereka bawa. Malah berjanji akan teliti setiap bantahan. Sekarang ni nak 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶?


Kalau zaman Mahathir PM4 dulu, jangankan nak bawa 𝘱𝘭𝘢𝘤𝘢𝘳𝘥 biadab begini, 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗺𝗼 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽. Muka-muka dalam gambar ni silap-silap 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. Zaman Mahathir dulu la.


Kalau 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, jangan haraplah dia berani terima memorandum ni. Nak jumpa wartawan pun tak berani, nak buat 𝘭𝘪𝘷𝘦 pun kecut, apa lagi nak berdepan dengan 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 macam ni.


Tapi tengok daripada cara demo ni, aku rasa memang patut pun kebebasan media ini 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂. Cuba tengok perangai mereka. Media sepatutnya mendidik rakyat tapi kalau media pun dah 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 begini, 𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁?


Tambah lagi media sekarang terlalu mengejar sensasi. Mereka tidak lagi mengamalkan etika kewartawanan sebenar. 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻. Sebab nak 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮.


Bahagian hiburan lebih lagi jeliknya. Dulu selalu jaja gambar tubuh artis. Sekarang sekali aib orang pun jadi jajaan. Media kita dah 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿.


Kerajaan kena buat macam zaman Mahathir PM4 dulu agaknya. 𝗞𝗲𝗷𝗮𝗺, 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗸𝗮𝗻, 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺, barulah pengamal media dan pembangkang (terutamanya Saddiq) akan puas hati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KINI MAATURA DIANGGAP PEMFITNAH

 


𝗠𝗮𝘀𝘁𝘂𝗿𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗕𝗮𝘁𝗮𝘀 kini telah 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 sebagai 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Ini bukannya anggapan tapi telah disahkan oleh mahkamah. Fitnah adalah satu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 di sisi Islam.


Sekarang ni aku nak tanya. Adakah PAS, sebagai parti yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 memperjuangkan Islam, akan biarkan saja 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 ini lepas dan terus membarisi saf pimpinan PAS?


Kalau PAS benar-benar mahu memartabatkan Islam, pasti PAS 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗲𝗿𝗮𝗻𝘀𝗶 dengan 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶. Melainkan kalau PAS hanya tunggang Islam sedangkan PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



CONTOHI SIKAP DATUK TAJUDDIN


MSO




Hari Tajuddin Abdul Rahman dibebaskan daripada penggantungan keahlian Umno saya tak sempat untuk wish mengucapkan selamat dan tahniah kepadanya, kerana pada masa beliau dimerdekakan itu banyak kisah dan perististiwa yang melanda dalam kepala untuk dituliskan. 


Kisah dan cerita banjir besar di negeri  pantai timur dan bagaimana ia dipolitizekan, kisah dua Siti Pas dan macam macam lagi.


Ketidaksempatan itu ditambah pula dengan tiba tiba diserang stroke sehingga terpaksa di tahan dalam ward. Apapun Alhamdulilah tidak serius dan otak pun tidak terganggu dan kini sudah discaj.


Jadi hari ini boleh menulis mencatatkan hal Tajuddin Rahman. Saya tidak baik dengannya tetapi cukup mengenali karakter dan wataknya dalam politik. Seorang yang bengis, tegas dan outspoken. Beliau tidak pandai berkompromi dengan sesuatu yang melanggar prinsipnya.


Selain itu Tajuddin dikenali sebagai pejuang Melayu tulen. Bumi kelahirannya Pasir Salak adalah bumi pahlawan dan pejuang. Darah dan bau bumi itu mempengaruhi kehidupan dan sukmanya.  


Ada sisi istimewa yang boleh dipelajari daripada beliau. Misalnya kesetiaannya kepada Umno walaupun diuji  tetapi kesetiaanya tidak berbelah bahagi. Dua kali dia digantung daripada parti namun pergantungan itu tidak menyebabkan ia hilang sabar dan mahu meninggalkan parti. 


Seperti mana diakuinya dia dipinang dua kali oleh Pas untuk bertanding mempertahankan kerusi Pasir Salak, tetapi beliau tidak menerimanya. Penolakan itu menunjukkan dia berjuang bukan hendak kerusi. Kesetiaanya kepada Umno tidak boleh dijual beli.


Ini keistimewaan Tajudin yang boleh diiikuti dan diteladan, walaupun digantung dua kali namun masih setia dengan satu parti. Dia tidak merajuk bertindak membakar kelambu marahkan nyamuk. Orang sepertinya yang patut berada di hadapan jadi kepala kerana tegas dan berani. Memang tepat kalau Umno releasenya.


Saya tidak mahu menulis panjang tentang Tajuddin Rahman ini, cukup sekadar untuk angkat tabik diatas kesetiaannya  kepada Umno, ketabahan dan kesabarannya tidak mudah dipancing, kekal dengan prinsip perjuangan dan keberanian yang diwarisi daripada Tok Saga. 


Sekali lagi saya nak katakan kepada para pemain politik biarlah ada semangat dan prinsip seperti Tajuddin, biar ada kesetiaan kepada parti sepertinya. Dan biarlah ada keberanian menyuarakan sesutau tidak mengampu dan bodek hatta diambil tindakan. Syabas Datuk Tajuddin. Trims.



VP: MUHYIDIN DAN UMOBILE. KITA AKAN DEDAH SAMPAI HABIS.

PMX : "KITA ADA BUKTI RUNDINGAN TERUS PROJEK TEBATAN BANJIR SEBELUM INI"

Kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion melalui rundingan te...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.




Tuan Ibrahim Pertahan Rundingan Terus Dibawah Kementeriannya (KASA)

AKIBAT EGO


 Bila 𝗲𝗴𝗼 bertemu 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂, inilah yang berlaku.



Kes mudah. Dah terang perkara yang dia sebutkan itu, yang pemimpin DAP 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴 adalah fitnah. Kalau Mastura ikut cara Islam dari awal lagi dia dah 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 dan 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳.


Tapi disebabkan hati tu 𝘁𝗲𝗯𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 disaluti rasa 𝗲𝗴𝗼, maka inilah kejadiannya. Sekarang 𝗺𝗮𝗹𝘂 dapat, 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 pun dapat. Bukan itu saja, dia juga dah 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 dan burukkan nama 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Macamana seorang 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 boleh bangga dan 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵? PAS ni 𝘀𝗶𝗻𝗼𝗻𝗶𝗺 sangat dengan fitnah. Sebab tu 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺!


Lain kali jangan ego. Dah salah tu mengaku je. Minta maaf. Ego tu kan 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Kenapa nak ikut sifat iblis sedangkan 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮? Dah tu lepas ni nak buat apa? Lancar 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗹𝗼? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BILA LEBAI PAS BERGURAU ISU MURTAD

 


Bila 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔𝗦 𝗯𝗲𝗿𝗴𝘂𝗿𝗮𝘂. Perkataan 𝗺𝘂𝗿𝘁𝗮𝗱 pun jadi bahan gurauan. Islamlah begitu? Ulamakah begitu?



Rendah sangat nilai iman bila perkara seserius murtad pun boleh jadi bahan gurauan. Takkan dia tak belajar agama dulu?


Kata Nabi ﷺ, apabila seorang itu memanggil seorang lagi 𝙃𝙚𝙞 𝙠𝙖𝙛𝙞𝙧! Maka kafirlah salah seorang daripada mereka.


Bermakna, kalau yang dipanggil kafir itu tak kafir, maka 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿. Sebab tu jangan buat main perkara ni.


Begitu 𝘀𝗼𝗻𝗴𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Lebih merosakkan dari mengelokkan. Bagus buat 𝗽𝗲𝘁𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PMX MENERIMA KUNJUNGAN SETIAUSAHA AGONG ASEAN








 Menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn petang tadi bagi berbincang perihal persediaan dan penyelarasan menjelang bermulanya tempoh Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun depan.


Peranan dan sokongan Sekretariat ASEAN penting bagi memastikan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia berjalan lancar. Alhamdulillah, kesiapsiagaan Malaysia untuk memikul tanggungjawab ini kini di peringkat akhir.


Saya nyatakan keutamaan sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN, yakni memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau; melonjak perdagangan dan pelaburan antara ASEAN serta memperluas kerjasama ekonomi ASEAN; dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang terangkum.


Bicara kami turut menyentuh perkembangan memuaskan dalam proses penggubalan Pelan Strategik Visi Komuniti ASEAN 2045, serta beberapa perkara lain terkait hal ehwal ASEAN.


Saya mengalu-alukan kehadiran pasukan Sekretariat dan seluruh delegasi negara anggota ASEAN ke Malaysia tahun depan. 


Selamat datang, welcome to Malaysia!


===============



IDEA KE LAUT. KERAJAAN ADA CARA LEBIH BAIK DARI IDEA KOLOT KO.

 

𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 ni 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 ke?




Dia cadangkan PMX salurkan bantuan untuk mangsa banjir 𝗸𝗲 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Katanya untuk memudahkan. Mudahkan apa? Mudahkan untuk sakau? Mudahkan untuk 𝙘𝙡𝙖𝙞𝙢?


Bantuan secara 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 yang diuruskan oleh agensi kerajaan pusat itu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗿𝘂𝘀. Berapa banyak jentera yang wakil rakyat ada nak cari penerima nanti?


Aku tak tahu niat sebenar ucapan Wan Fayhsal ni. Tapi mengenali PN, aku tak pelik kalau permintaan ini lebih kepada untuk 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Boleh MP 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 dia buat kerja.


Tapi kita pun ada lihat video bagaimana bantuan untuk mangsa banjir yang 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣 𝙠𝙪𝙡𝙞𝙩, dimasukkan dalam 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝗣𝗔𝗦. Sedangkan itu bukan dari PAS.


Kita juga dihidangkan dengan cerita penyokong PH tak dibenarkan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂 𝗣𝗠𝗫 ketika beliau ke Kelantan baru-baru ini. Dan juga penghulu yang 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢.


Dengan kisah-kisah begini, bolehkah kita percaya MP PN akan berlaku adil? Kemungkinan bantuan hanya akan 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 atau dijadikan umpan sangat cerah.


Selain itu, pemimpin PN juga 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Dari pengerusi sampai ke machai. Semua kaki sakau. Dari sudut mana kita boleh percaya yang duit bantuan tu nanti takkan disakau? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TEEIMA KASIH PRODUK PELANCONGAN


 

TERIMA KASIH DSAI


 

BIASA LA NAK NAMA

 Ehwal Semasa. 


Memang team KA dah sorting bagi siap2 ikut jumlah mangsa dekat PPS, kenapa perlu bukak pastu bagi balik ?



SEMUA BETUL. ASAL KENA BAYAR SEBAB FITNAH

 RMS





RM850k

RM815k

RM750k


Semua betul..fakta kes Siti Mastura kalah.. 😆😆



KERAJAAN PUNYA CARA YANG TERBAIK. TAK ADA KO PUN BOLEH SAMPAI.

RMS


 Sumbangan kepada mangsa banjir akan disalurkan direct oleh ICU melalui data NADMA dan JKM - DSZH



Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata bantuan telah diberikan secara sama rata oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain.


Wakil rakyat dan Ahli Parlimen boleh terlibat sama, tak ada masalah cuma bantuan akan diuruskan oleh ICU dan PMO.



KITA TUNGGU KES NI..

RMS


 Tunggu kes ni pulak..

 😇😇




DI PERAK ADA SEKOQ CELAKA.

 

Lebih baik dari sebar fitnah, lepas tu minta maaf, fitnah lagi, ulang balik minta maaf.. 😆😆




MANA MAU MINYA MAAF


WANG XIANG 


KALAU benar² cerdik apa masalah kalau minta maaf.

Tapi sayangnya mereka tidak cerdik.

Salam 75




ADUN PAS MURTADKAN ORANG DALAM DEWAN.


 

MASUK NERAKA FITNAH ORANG NI


 

MALU ADA PHD MACAM NI


 

KANTOI DOK PEMBOHONG


 

LETAK LA 2 BAHASA