FAKTA: Rakyat Sabah kena terima hakikat perlantikan TYT hasil pilihan mereka melaluinPRN yang lalu.
Hajiji selaku KM & Kerajaan GRS lebih berhak & berkuasa' untuk menentukan yang 'terbaik' untuk Sabah. Rakyat khasnya penduduk Sabah tak wajar letak kesalahan ke atas bahu PMX seorang.
Jika Warisan yang pentadbir Sabah sudah pasti 💯% nama Musa Aman tidak ada dalam senarai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Bernama
SUBANG JAYA, 21 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan Kerajaan MADANI mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum (PRU) jika diadakan dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi.
“Kalau ada pilihan raya umum sekarang, saya lebih yakin menang.
“Ia memerlukan usaha yang tinggi untuk meletakkan agenda ekonomi pada situasi sekarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata pihaknya yakin prestasi Kerajaan MADANI termasuk Jemaah Menteri masih boleh diperbaiki.
Beliau mengakui ada prestasi barisan menterinya yang cemerlang, namun ada juga masih berada di tahap sederhana.
“Adakah saya berpuas hati? Saya cuba sedaya upaya tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki. Apakah saya berpuas hari dengan menteri? Ada yang cemerlang ada yang sederhana, sama juga dengan Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang kes salah guna kuasa dalam kalangan anggota Kabinet.
Katanya, dalam pentadbiran Kerajaan MADANI yang sudah memasuki tempoh dua tahun, antara amalan lama yang tidak diizinkannya berlaku adalah membabitkan rundingan terus projek ataupun ‘kecurian’ komisen.
“Ia bukan sahaja soal menteri namun juga pegawai dan ke bawah, soal tatakelola dan pengurusan yang cermat ada kes lama yang boleh diselesaikan dan ada sebahagian belum selesai.
“Dua tahun lalu, ada kes Perdana Menteri mengambil dana untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
“Kepentingan syarikat berbilion-bilion, kalau kita kekang dan perlu diperbaiki, langkah itu kita ambil,” katanya.
Perdana Menteri berkata, pihaknya masih perlu menghormati proses undang-undang walaupun beliau mengakui wujudnya aspek penguatkuasaannya yang agak perlahan dalam kes tertentu.
Katanya, beliau turut membiarkan badan kehakiman kekal bebas, walaupun ada keputusan dalam kes tertentu yang beliau sendiri tidak bersetuju dengannya.
“Saya rasa pelik soal tokoh politik yang lantang di Parlimen pertahankan rasuah, kerana dia sudah tua dan ia kes lama… bagi saya penguatkuasaan agak perlahan, saya juga tidak sabar, mengapa lambat sangat atau remeh sangat.
“Tapi proses ini kita perlu hormati, kalau kebebasan badan kehakiman, itu bebas… kita setuju atau tidak setuju itu soal lain. Apakah saudara ingat saya setuju semua? Tidak tetapi kita perlu hormat,” katanya.
Mengenai penilaian yang dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan MADANI sebelum ini, Perdana Menteri berkata, pihaknya terbuka namun ada urusan prestasi yang dilakukan adalah sangat terbatas.
Mengambil contoh penilaian dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia tidak mengambil kira aspek rasuah, tatakelola dan pengurusan ekonomi yang lebih penting untuk dilihat.
Beliau berkata, agenda reformasi tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau dua tahun namun usaha itu sedang dilaksanakan kerajaan khusus dalam beberapa aspek termasuk pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Katanya, berdasarkan mesyuarat Kabinet semalam, Perdana Menteri berkata, beberapa idea diluahkan Jemaah Menteri antaranya membabitkan penambahbaikan dalam pengambilan tindakan terhadap kes tertentu.
“Melalui mesyuarat Kabinet semalam, ada menteri kata untuk diadakan ‘retreat’pada Januari bagi membuat penilaian kekuatan dan kelemahan kita… ada juga kritikan termasuk isu penangkapan, isu polis dan rasuah.
“Ada yang melahirkan pendapat bagi kes berat… kalau tidak panggil (tindakan) tidak boleh contohnya panggil pemimpin dajal, panggil ketua polis pelacur.
“Adakah kebebasan media atau dasar moral yang boleh dirujuk… jika ada tindakan penguatkuasaan yang disifatkan keterlanjuran, saya akui dan perlu diperbaiki,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan perjuangan dan agenda reformasi yang telah didukung bersama selama ini.
Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak mengemudi negara dua tahun lalu, kerajaan masih mendukung perjuangan sama yakni memastikan Malaysia diangkat sebagai negara hebat, bersatu serta menjuarai hak setiap rakyat, tanpa meminggirkan identiti asas negara.
“Justeru di hadapan teman-teman seperjuangan, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya dan Kerajaan MADANI tidak pernah meninggalkan perjuangan dan agenda reformasi.
“Reformasi ini telah bermula dengan memperbetulkan tatakelola bagi melawan rasuah yang sistemik dan tadbir urus lemah.
“Saya mulakan dengan menghapuskan amalan rundingan terus dan pengaruh menteri dalam perolehan kerajaan — reformasi penting namun dipandang enteng pengkritik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Presiden PKR itu berkata, beliau mendengar desakan-desakan untuk menyegerakan reformasi, namun sejarah mengajar untuk pintar dan cermat dalam membawa perubahan tanpa mengorbankan kestabilan negara.
Beliau turut menyinggung mengenai suara “memualkan” yang kononnya mendakwa kerajaan gagal melaksanakan agenda reformasi dalam tempoh dua tahun ini, sedangkan kata Anwar, mereka jugalah yang sebelum ini sanggup mencium kaki penyakau dan perasuah.
“Kerajaan MADANI harus terus kukuh, bersama dan kekal mentadbir untuk merealisasikan agenda reformasi ini, kerana kegagalan bererti negara ini akan kembali di bawah pemerintahan pelampau agama dan perkauman.
“Terima kasih saudara Kit yang terus menjadi teman sejati yang setia. Saya hargai setiap pandangan, nasihat dan sokongan untuk kita menyaksikan agenda reformasi menjadi kenyataan demi sebuah negara Malaysia yang lebih baik,” katanya selepas meluncurkan memoir Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau dengan Kit Siang ketika meluncurkan memoir teman seperjuangan, Tan Sri Lim Kit Siang bertajuk ‘Malaysian First’, yang membukukan perjalanan berlikunya dalam memperjuangkan Malaysia yang lebih baik di Ipoh pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim
IPOH, 21 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi di semua peringkat di seluruh negara.
Dalam hal ini, Perdana Menteri mengecam mereka yang tunduk kepada pemimpin zalim dan korup sebelum ini namun kini menuduh kerajaan gagal melaksanakan reformasi dalam dua tahun kebelakangan ini.
“Saya tidak setuju dengan mereka, sebahagian mereka tidak berkata apa-apa mengenai rasuah sebelum ini. Anda mahu kami melakukan perubahan?
“Saya sudah mulakan dengan tadbir urus yang baik. Saya telah pastikan tiada menteri atau pemimpin kerajaan boleh mempengaruhi keputusan proses tender. Pada saya ini sangat penting.
“Saya tak boleh cakap mengenai apa yang berlaku 10 tahun dulu, tetapi saya jamin dalam dua tahun kebelakangan ini kami tidak tunduk atau bertolak ansur dengan perkara ini (rasuah),” katanya dalam ucapan pada pelancaran buku bertajuk “Lim Kit Siang: Malaysian First” Volum 1 dan 2, di sini hari ini.
Anwar mengaitkan ketamakan dan ‘rompakan’ dalam negara kepada kelemahan sistem pentadbiran sebelum ini.
Beliau turut menekankan kepentingan kerajaan sekarang untuk kekal kuat dan bersatu sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kembalinya ketaasuban kepada perkauman dan agama.
“Sekarang, jika kita mahu kekalkan kuasa, pertama, perlu pastikan kita sedar bahawa mandat kita ialah untuk melaksanakan reformasi bukan bertolak ansur… Anda fikir selepas mengharungi penderitaan, 10 tahun dalam penjara, 10 tahun ulang-alik, mahkamah, anda fikir saya lupa (agenda reformasi)? Tidak.
“Jadi, setialah dengan kami, sokong usaha kami. Lebih kuat sokongan, lebih cepat kita boleh laksanakan reformasi kerana, seperti anda telah lihat, kesemua tindakan terhadap taikun besar, bilionair, kurang mendapat sokongan terutama daripada golongan elit,” katanya.
Anwar berkata kerajaan tetap teguh dalam agenda reformasi dan menggesa rakyat menaruh kepercayaan dan menyokong usaha ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju jika aktivis Fahmi Reza ditahan atau didakwa berhubung satira politik yang dihasilkannya.
“Saya tak setuju,” kata Anwar memetik New Straits Times ketika ditanya mengenai aktivis itu dalam sidang media hari ini.
Anwar berkata, beliau percaya tidak semua kritikan terhadap kerajaan perlu dikenakan tindakan.
Terdahulu Fahmi dipanggil Bukit Aman berhubung karikatur Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dengan label “koruptor no 1 Sabah”.
Dia disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
============================================================================
Seorang penjawat awam melahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menikmati kenaikan gaji setelah sekian lama, dan mengatakan Perdana Menteri telah mengotakan janji kepadanya.
Fuad Nordin dalam satu hantaran di Facebook mengimbas kembali janji Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada waktu itu katanya dia sempat meluahkan kepada Anwar tentang dilema gaji sebagai penjawat awam dan komitmen yang besar, sebelum Anwar sendiri menyahut perkara itu dengan positif.
“Alhamdulillah. Hari ni terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya pada aku. Di pagi Hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dapat sarapan pagi semeja dengan DSAI sebelum ke tempat penamaan calon.
“Aku luahkan kepada beliau berkenaan gaji aku sebagai penjawat Awam. Aku cerita kepada beliau kometmen aku dengan gaji yang aku perolehi waktu itu. Potong rumah, kereta, anak sekolah dan segala bagai.
“Aku kata kepadanya jarap kalau Datuk Seri jadi PM nanti tolonglah naikkan gaji minimum penjawat awam,” kongsinya.
Pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025 mencetuskan semula perdebatan mengenai tuduhan rasuah lampau dan pembebasannya pada 2020.
Pembangkang menyalahkan Perdana Menteri kerana dahulu beliau yang paling menentang pembebasan Musa.
Kumpulan itu cuba mengaitkan pelantikan Musa ada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam isu pelantikan Musa Aman sebagai TYT Sabah ini, Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi urusan pelantikan, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah
Di situ jelas disebut pelantikan adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong tetapi selepas berunding dengan Ketua Menteri.
Musa pada awalnya didakwa semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kerajaan PH.
Namun, pembebasannya berlaku selepas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengambil alih kuasa pentadbiran.
Sementara itu seorang penyokong pro kerajaan membidas Presiden Muda Amira Aisya yang mendakwa reformasi kini menjadi reformati kerana pelantikan tersebut.
“Dia nak bangkit soal Musa Aman rasuah. Tapi Musa Aman dah dibebaskan dari kesemua 46 tuduhan rasuah yang dihadapinya. Bila? Tahun 2020. Zaman Mahiaddin jadi PM. Salah DS Anwar ke?
“Bila zaman Mahiaddin dia dah dibebaskan dari semua tuduhan rasuah, jadi apa masalahnya dia dilantik oleh YDP Agong sebagai TYT Sabah di zaman Madani ni? Sebab pada asasnya dia tak ada kes rasuah dah,” kata Raja Gelap II.
Tapi media Malaysia ni bila diberikan kebebasan, suka mainkan isu kaum dan agama dan menyebarkan kebimbangan tanpa sebab hingga menggugat keharmonian yang ada
Anwar Ibrahim
Media adalah watak penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan, ulasan, dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.
Dalam kesempatan yang ada hari ini, saya bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara.
Sesi ini penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya terkait prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.
Saya turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.
Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya.
Hari inilah merupakan Tahun Baharu sebenarnya, setiap orang Cina dipercayai akan bertambah satu tahun lebih tua, lebih tepat lagi pada 21 atau 22 Disember setiap tahun. Foto Andre Lai
PENDAPAT, 21 Dis – Hari ini merupakan perayaan Dong Zhi atau Solstis Musim Sejuk, hari yang melambangkan pertemuan semula dan kehangatan. Semasa perayaan tradisional ini, kita berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan, menikmati tang yuan (bebola pulut), dan berkongsi kegembiraan bersama.
Solstis Musim Sejuk amat signifikan bagi masyarakat Cina sedunia. Oleh kerana ia jatuh pada pertukaran musim, ia bagaikan menandakan permulaan tahun dan dikatakan lebih penting daripada Tahun Baharu Cina itu sendiri.
Sambutan ini melambangkan hubungan erat antara manusia dan alam, berkongsi kisah suka duka kehidupan dalam memaknai erti sebuah perpaduan.
BILA MUALAF TERSALAH PILIH TEMPAT UNTUK MENDALAMI ISLAM
Mualaf Ryan Wong ni masuk Islam tu dah betul tetapi memilih PA$ untuk belajar Islam adalah satu kesilapan. Dia di ajar menFITNAH dan perkara itu bukan di ajar dalam Islam malah ianya mengundang dosa. PNfitnah ini di laknat oleh Allah swt. Untuk mengenal Islam sebenar bukan lah PA$ di jadikan rujukan kerana mereka semakin sesat. Untuk makluman, mencela, fitnah, perkauman, tuduhan liwat & zina tanpa 4 saksi adil, mencarut, menghina, mengkafirkan dan tuduhan munafik itu bukan ajaran Islam.
Maaqub sintok walaun ni nak hasut... Woiii.. Kami dapat dah gaji baru la.
JADI Kerajaan x tau cari duit, disuruhnya Penjawat Awam berjimat-cermat tapi depa sibuk menyakau.. Sorg anak² jadi billionaires, sorg lagi anak² jadi millionaires..
Ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa industri halal Malaysia jauh ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand, dipersoal ramai.
Dalam ucapan di Dewan Rakyat baru-baru ini beliau mendakwa Indonesia telah berjaya meningkatkan eksport produk halal kepada USD10 bilion pada tahun 2023, manakala Thailand meningkat kepada USD6 bilion pada tahun sama.
Sebaliknya kata beliau, eksport produk halal Malaysia hanya mencapai USD12 bilion yang mana peningkatan ini tidak seimbang dengan potensi besar dimiliki Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal global.
Data perbandingan yang dikeluarkan wakil rakyat Pas itu mengundang rasa pelik ramai bagaimana Malaysia boleh dianggap jauh ketinggalan sedangkan eksport produk halal negara ini jauh lebih besar berbanding dua negara yang disebutkan.
Poster beliau dengan ucapannya tentang industri halal negara ada dimuat naik di Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia.
Orang ramai mempersoal apa yang cuba disampaikan kerana fakta yang dikemukakan membuatkan ramai keliru.
Kata mereka jika Ahmad Fadhli hendak membandingkan perkembangan tahunan Malaysia yang bergerak perlahan berbanding Indonesia, beliau sepatutnya menggunakan frasa ayat yang betul.
Mereka juga mempersoal sama ada beliau membuat semakan atau tidak teks yang disediakan sebelum dibaca.
“Ini masalah bila tak lulus SPM. Beza angka 6, 10 dan 12 pun tak tahu mana kecil dan mana besar,” kata warganet.
Kenderaan persendirian Kelas 1 akan mendapat pengecualian tol di semua lebuh raya sempena perayaan Krismas mulai jam 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).
KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kenderaan persendirian Kelas 1 akan mendapat pengecualian tol di semua lebuh raya sempena perayaan Krismas mulai jam 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).
Pengecualian tol hanya akan diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 sahaja selaras dengan aspirasi “MADANI di Hati, Rakyat Disantuni” sempena perayaan Hari Krismas 2024.
Beliau berkata pengecualian tol itu akan menyebabkan kerajaan menanggung implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM 38 juta bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol terbabit.
“Pengecualian tol ini diharapkan dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia MADANI yang berbilang kaum, budaya dan agama untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Krismas 2024 terutama kepada yang beragama Kristian,” katanya dalam kenyataan.
Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pemberian pengecualian tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa musim cuti.
Pengguna juga dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sambutan perayaan kali ini.
Pengguna juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh bagi pengalaman pemanduan yang selamat, memastikan kondisi kenderaan dan tayar kenderaan sentiasa baik serta baki kad Touch ‘n Go serta eWallet yang mencukupi.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS).
Pengguna yang menggunakan lorong Smart Lane diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong Smart Lane yang telah diaktifkan, memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling semasa.
Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk berhati-hati terutama semasa trafik tinggi di lebuh raya. Pastikan berhenti di tempat teduhan yang telah disediakan di lokasi terpilih di sepanjang lebuh raya serta sentiasa peka dan berwaspada apabila menghampiri laluan Smart Lane yang diaktifkan.
Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemaskini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik).
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mengetahui keadaan trafik terkini atau bantuan.
Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my
Di samping itu, maklumat keadaan trafik juga boleh diperolehi daripada WhatsApp Channel LLM Info Trafik.