PMX JEMPUT USTZ ABDUL SOMAD KE PEJABATNYA

 


Selepas solat Jumaat bersama, saya jemput Ustadz Abdul Somad untuk singgah ke pejabat saya. Justeru, selain perbualan santai, kami turut menekuni perihal kegiatan dakwah antara dua negara akrab Malaysia-Indonesia serta usaha dalam mempertingkatkannya ke tahap yang lebih bermakna.











🔴 LANGSUNG | CERAMAH PERPADUAN PRK N.20 SUNGAI BAKAP | PUTERI GUNUNG, PU...

"Fitnah oleh mantan PM berpuluh tahun bila saya di penjara, tiada peluan...

LUTUT SANUSI MAKIN BERGETAR TAKUT!INI PULA SUARA ANAK MUDA SUNGAI BAKAP!

LUTUT SANUSI MAKIN BERGETAR TAKUT!INI PULA SUARA ANAK MUDA SUNGAI BAKAP!

(Terkini) Mat Sabu: Ucapan Penuh Ceramah "Countdown" PRK Sungai Bakap

PM Anwar Ibrahim santuni rakyat selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau...

RIBUAN DATANG CERAMAH MEGA PN SIAPAKAH MEREKA YANG SBENARNYA??MAI DARI KEDAH NUN- KEDAH CUTI JEMAAT- KLUAQ DARI DANOQ MAA NUN MAI PENANG..



Sungai Bakap ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 39,222 orang daripada 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi manakala 57 orang terdiri daripada anggota polis telah mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka untuk PRK itu walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas. Daripada keseluruhan jumlah pengundi berdaftar tersebut, majoriti pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 9,598 orang, diikuti 8,187 orang (30 hingga 39 tahun), 6,928 orang (40 hingga 49 tahun), 5,656 orang (50 hingga 59 tahun), 3,610 orang (60 hingga 69 tahun), 3,134 orang (18 hingga 20 tahun), 1,658 orang (70 hingga 79 tahun) dan 508 orang (80 tahun dan ke atas).








ISHAM JALIL HANTU TAK BERTUAN!YB RAFIZI JAWAB CABARAN SANG HANTU!

TAK BAGI TAU KA


Che Ibrahim


 Puak Pas ni khabar ke dak Pas Kelantan lah yang lulus tanah tu ke Dap... 




Tanah tersebut milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10500 ekar di Mukim Relai (Sungai Rakit).  YIK serah/beri pajak (50 tahun) kepada syarikat cina, Upaya Padu Plantation Sdn Bhd, kemudian syarikat tu diambilalih/takeover oleh pemimpin Dap tersebut tahun 2012.



RUU BARU BAKAL DIBENTANG

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata RUU itu dijadual akan dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat kali ini.



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



NI MAJLIS PELINGKUP NEGARA NAMANYA NI...

 

Zainuddin Omar


Memandangkan saya mempunyai ramai rakan Profesor, saya tak mahu komen mengenai hal ini kecuali satu. 



Harap MPN dapat senaraikan pencapaian mereka sehingga kini. 


****************

Jabatan Ketua Audit Negara mendapati Majlis Profesor Negara (MPN), sebuah majlis profesor universiti-universiti Malaysia yang dibiayai kerajaan telah menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.


Ini termasuk membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri.


Juruaudit juga mendapati RM373,516 dana MPN digunakan untuk membayar operasi dua syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah.


Ahli berkenaan tidak mengisytiharkan kepentingan mereka dalam syarikat itu, kata Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada satu kenyataan akhbar mengumumkan laporan audit terkini hari ini.


Tumpuan audit adalah untuk aktiviti dari 2019 hingga 2023.


MPN sebuah entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melapor kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Menteri menjadi penasihat kepada MPN.


Menurut laman web MPN, pengerusinya sejak 2019 ialah ahli antropologi UKM Shamsul Amri Baharuddin manakala pensyarah sains politik UUM Mohamed Mustafa Ishak adalah timbalan pengerusi.nya.


Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018, serta 2022 dan 2023.


Lantaran itu Ketua Audit Negara mengesyorkan JPM mengkaji semula MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.


"Status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan samada ada penyaluran peruntukan geran kepada MPN wajar diteruskan (atau tidak)," kata laporan itu.


Ketua Audit Negara juga menggesa JPM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan MPN.


"Bagi ketakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan berkaitan dan pengurusan MPN perlu dirombak secara menyeluruh," tegasnya.



KALAU LAGU NI... MEMANG HANGPA AKAN KENA CING LA PILIH PN


 

UPSEREYNAPETEY- TERJEMAHAN- BUAT PENGUNDI SG BAKAP. JANGAN DIKENCING OLEH GANG PENYAMUN.JANAWIBAWA- MENYAKAW SAMPAI SENDAWA


 

DAUN PANDAN Sebagai ANTI KENCING MANIS?





Daun pandan sering digunakan dalam pembuatan kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada nasi


Aroma pandan adalah disebabkan oleh bahan 2-acetyl-1-pyrroline (2AP). Bahan ini juga dijumpai dalam beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang


Kajian menunjukkan bahan ini bermanfaat untuk menambahkan selera makan


Bahan aroma hadir dalam daun pandan pada kadar 10% dan mudah hilang akibat proses pemanasan. 


Justeru, untuk kurangkan kehilangan aroma pandan, sebaiknya masukkan daun pandan diakhir proses memasak.


Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antivirus. 


Daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antikencing manis. 


Kajian menunjukkan pengambilan ekstrak air daun pandan selama 6 minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki.


Sebaiknya ekstrak air daun digunakan ketika masak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah


Ekstrak daun pandan pada kepekatan pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat. 


Justeru, untuk jadikan kuih lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak air daun pandan dalam kuih.


Kajian juga menunjukkan ekstrak air daun pandan boleh halang pertumbuhan bakteria Shigella dysentriae. 


Bakteria ini berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit disentri (boleh menyebabkan luka dalam usus).


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



PEGUAM DIRAJA NAK BANTU MUHYIDDIN




 Seorang peguam diraja (King's Counsel) dari United Kingdom akan mewakli Muhyiddin Yassin minggu depan semasa perbicaraan dalam permohonan semakan untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu.



Steven Perian, yang merupakan peguam diraja pertama diterima masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya akan memperkuat pasukan undang-undang Muhyiddin di depan panel lima hakim di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini.


Seorang daripada peguam bela Muhyiddin mengesahkan penyertaan Perian dalam pasukan pembelaan ahli politik terbabit.


Perian merupakan salah seorang rakan kongsi dalam firma guaman RDS Partnership yang bertindak untuk Muhyiddin dalam kes tersebut.


Portal Legal 500 memberikan pujian ke atas Perian atas kepintaran yang luar biasa dengan menyatakan peguam terbabit mempunyai minda analitikal dan pengetahuan ensiklopedia tentang undang-undang.


Pada Mac tahun lalu Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta terkait Jana Wibawa.


Mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, ahli parlimen Pagoh berkenaan didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapat dorongan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.


Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.


Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 - dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama.


Muhyiddin, 77, didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.


Tuduhan itu menyatakan pembayaran tidak dibuat kepada Muhyiddin sebaliknya diubah untuk dimasukkan ke akaun Bersatu.



PILIHANRAYA SG BAKAP AKAN MENENTUKAN SIAKP PENDUDUK YANG BERBAGAI KAUM


ISLAH


 Sungai Bakap, sebuah kawasan yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan sejarah, terkenal dengan keharmonian antara pelbagai kaum dan etnik yang menetap di sini. Dengan gabungan masyarakat Melayu, Cina, dan India, Sungai Bakap mencerminkan keindahan perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia. 




Penduduknya terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi dan sosial, dari petani dan peniaga kecil hingga profesional dan pekerja industri. Kehidupan di Sungai Bakap disemarakkan oleh pelbagai aktiviti kebudayaan, keagamaan, dan komuniti yang mencerminkan warisan yang kaya dan beraneka.


Dalam konteks pilihanraya kecil yang akan datang, demografi yang pelbagai ini memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan yang adil dan menyeluruh. Setiap undi membawa suara unik yang mewakili kepelbagaian pengalaman dan aspirasi penduduk Sungai Bakap. Pilihanraya ini memberikan peluang bagi penduduk untuk memilih pemimpin yang memahami dan menghargai kepelbagaian ini, serta mampu membawa perubahan positif dan pembangunan yang inklusif bagi semua.



WOIII.. KAH.. KAH.. NAK BANGKIT DENGAN SAPA.?



 Kalau benar status ini dibuat oleh Haji Hadi, beliau sendiri akan dibangkit bersama siapa?? 



Haji Hadi dalam sejarah politiknya pernah menjadi pengikut kepada Ust Fadhil Nor dalam Pas, pernah jadi pengikut kepada Anwar Ibrahim dalam Abim dan Pakatan Rakyat (PR). 


Haji Hadi juga pernah jadi pengikut kepada Muhyidin dalam PN, pernah sekejap jadi pengikut kepada Najib/Zahid dalam MN.... Terkini tak tahu sapa pengikut dan sapa yang diikut bersama Mahathir.



CARI SALAH KERAJAAN TAPI TETAP BAIK.





 Kemuliaan akhlak DS Anwar. Walaupun PAC kerjanya 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, tapi DS Anwar tetap menghargai. Bak kata Ketua Auditor 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗻𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶, pertama kali dapat nota begini 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶.


Berbeza parti tak bererti tak perlu hargai pekerjaan baik yang dilakukan. Walaupun PAC mendedahkan  𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, tapi kerja mengaudit ni bukanlah sesuatu yang mudah. Memakan masa. Maka tepatkan tindakan PMX ini.


Dan DS Anwar bukanlah jenis orang yang lari daripada tanggungjawab. Dapatan daripada hasil audit adalah untuk 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻. Jadi benar tindakan PMX tidak menganggap PAC sebagai musuh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BOIKOT IKUT TEKAK

 


ISLAH


Siapa sangka, nilai-nilai Islam seperti keadilan, kebersihan, dan penghormatan terhadap hak asasi manusia nampaknya lebih diamalkan di negara-negara Barat berbanding kita?


 Padahal, ini semua adalah ajaran asas dalam Islam yang sepatutnya kita pegang teguh. Lebih menghairankan, dengan gerakan boikot terpilih, segelintir pemimpin Islam hanya boikot yang bersesuaian dengan mereka. Bukankah itu hipokrit namanya?


Umpama menepuk air didulang, terpercik di muka sendiri.



DALIL UNTUNG RUGI


Mukhlis Eddie


 Perniagaan makanan bungkus, dia beralih juai minyak wangi d mana dulu dalilnya lain. 



Dalil ikut untung/rugi perniagaan 😋





BILA TERDESAK DAN BAKAL KALAH

 

Miqdad Zakaria


Semalam dah mula politik jijik pembangkang, suka sangat dengan politik lendir seperti Azmin dan Haziq.



Kepada pengundi Sg. Bakap, perkara buruk sebegini sama sekali tidak akan berlaku, melainkan pihak pembangkang sudah terdesak. 


Itu sahaja.


Oleh itu,


Sabtu ini undi hanya nombor satu.


Dr. Joohari pilihan semua.


😘😘



TUHAN TUNJUK

 

Zuwairi Md Yusof


Satu persatu Allah tunjukkan.Boleh nampak hipokrit talam bermuka muka PN


PN tadbir :

✔️airline Israel landing 🇲🇾

✔️Dana KWSP ke BlackRock

✔️ Kapal2 🇮🇱 masuk je


Bila Pengerusi PN ada kes mahkamah :

❌ Peguam 🇲🇾 

✔️ Peguam 🇬🇧 yg jelas support 🇮🇱 


Masa DSAI berdepan tuduhan,PMX istiqomah dengan peguam tempatan hingga ke akhirnya.He stand with 🇲🇾 lawyer till end.



Mmmm... TOYAMATMIN

 

Zainuddin Omar


Lim Sian See ni lebih Umno dari orang Umno. 


Lebih sudu dari kuah. 



Kalau sesiapa pun berkuasa, Najib tetap akan berada dalam penjara, like it or not.



TU DIA CHAMPIANG

 

Sham Ghaz. 


Kelantan Juara bab:


Klorin, E-Coli, Kekeruhan 😅


Nik Li


Kualiti air Kelantan memang champion (2016-2022)



Kekeruhan paling champion. 


sumber: Laporan Jabatan Audit Negara https://lkan.audit.gov.my/documents/lkan/2206/4-0--Laporan-Penuh-ALL-PETRA---Pengurusan-Air-Negara.pdf




RAMAI CERDIKPANDAI BERHIJRAH KERANA TIADA TEMPAT BELAJAR DALAM NEGARA

 


Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.



Ketua Program Interim, Teach For Malaysia, Sawittri Charun berkata peluang melanjutkan pengajian di institut pengajian awam ini merupakan ganjaran kepada usaha mereka meraih kecemerlangan dalam pengajian, terutamanya bagi pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



MENGAPA HADI KATA


  Nyanyuk. Hari pun tak perasan dah



MSO


Apa makaud dan tujuan Tok Dor Hadi kata hari mengundi di Sungai Bakap pada hari Ahad. Dua kali beliau kata hari mengundi hari Ahad sewaktu memulakan ucapan dan semasa menutup ucapannya diceramah grand finale sekejap tadi.


Apakah dia nyanyuk atau disengaja kerana mahu mengelirukan pengundi di Sungai Bakap yang dengar ceramahnya malam ini sekejap tadi.


Boleh jadi juga beliau sengaja buat lupa kerana mahu mengelirukan pengundi PN agar jangan keluar mengundi kerana nak mahukan calon PH menang? Trims.



Perbandingan Belanjawan PMX Anwar vs Perikatan Nasional*



1.0 *PMX Berjaya Mengurangkan Belanjawan Defisit* 


2021 - 6.5% ( Muhyiddin ) 

2022- 5.6% ( Ismail Sabri ) 

*2023 - 4.9% ( Anwar )* 

*2024 - 4.3% ( Anwar )* 


2.0 *Subsidi Kepada Rakyat Tertinggi* 


2021 - RM 28 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 77.7 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 64 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 81 Billion ( Anwar )* 


3.0 *Bantuan Wang Tunai Tertinggi*


2021 - RM 6.5 Billion ( Muhyiddin ) - BPR

2022 - RM 7.8 Billion ( Ismail Sabri ) - BKM

*2023- RM 8 Billion ( Anwar ) - BTR* 

*2024 - RM 10 Billion ( Anwar ) - BTR*


4.0 *Bonus Penjawat Awam Tertinggi* 


2021 - Penjawat awam RM 600 , pesara RM 300 ( Muhyiddin )

2022 - Penjawat awam RM700 , pesara RM 300 ( Ismail Sabri )

*2023 - Penjawat awam RM 700 , pesara RM 350 ( Anwar )*

*2024 - Penjawat awam RM 2000 , pesara/Veteren tidak berpencen RM 1000 ( Anwar )* 


5.0 *Subsidi & Insentif Kepada Sektor Pertanian ( Petani & Nelayan )*


2021 - RM 1.7 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 1.7 Billion ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1.6 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 2.6 Billion ( Anwar )* 


6.0 *Bantuan Awal Pra Persekolahan*


2021 - RM 328 Juta ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 450 Juta ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 450 Juta ( Anwar )*

*2024 - RM 788 Juta ( Anwar )* 


7.0 *Penjimatan Perbelanjaan Mengurus Negara Terendah* 


2021 - RM 322.5 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 395.3 Bilion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 386.1 Bilion ( Anwar )* 

*2024 - RM 303.8 Billion ( Anwar )* 


8.0 *Harga Lantai Belian Padi Tertinggi* 


2021 - RM 1200 per tan ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1200 per tan ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1200 per tan ( Anwar )* 

*2024 - RM 1300 per tan ( Anwar )* 


9.0 *Peruntukkan Perumahan Rakyat Tertinggi*


2021 - RM 1.2 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2024 - RM 2.47 Billion ( Anwar )* 


10.0 *Peruntukkan Pendidikan Tertinggi*


2021 - RM 50.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 52.6 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 55.2 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 58.7 Billion ( Anwar )* 


11.0 *Peruntukkan Kesihatan Tertinggi*


2021 - RM 31.9 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 32.4 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 36.3 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 41.2 Billion ( Anwar )* 


12.0 *Dana Pembangunan Sabah & Sarawak Tertinggi*


2021 - RM 9.6 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 9.16 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 12.1 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 12.4 Billion ( Anwar )* 


13.0 *Peruntukkan Hal Ehwal Islam Tertinggi* 


2021 - RM 1.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1.5 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 1.9 Billion ( Anwar )* 


14.0 *Nilai Ambang Muflis Tertinggi* 


2021 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000  (Muhyidin)


2022 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 (Ismail Sabri)


*2023 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 (Anwar)*


*2024 - Nilai Ambang Tidak Melebihi RM 200 000 (Anwar)*


15.0 *Sumbangan Guru takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal Tertinggi* 


2021 - RM 500 ( Muhyidin) 

2022 - RM 500 ( Ismail Sabri)

*2023 - RM 600 ( Anwar )*

*2024 - RM 700 ( Anwar )*


Ternyata PMX mengatasi kedua2 PM dari kerajaan tebuk atap PN.  Mengapa PMX mampu berikan semua ini meskipun menanggung hutang kerajaan lampau sebanyak RM 1.5 Trilion? 


*Jawapannya adalah, Kerajaan Perpaduan tidak membazir dan kerajaan melawan rasuah habis-habisan!!*


Sila viralkan seluas mungkin.



ELOK. PATUT UMNO BUANG LAMA DAH

 


Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.



Noh yang mengesahkan perkara berkenaan kepada Sinar Harian berkata, permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa pada Khamis.


Menurut Noh, keputusan itu dibuat berikutan kekecewaannya dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews


FATWA SESAT PEMIMPIN PAS


 

MUHYIDDIN GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN


 

STANDING ONDER- KES SAMAN BERJALAN BULAN 9 NANTI... HAMBIK KO..


 

DARI 230 KE 270..LA NI 4.00...TAK MADANI LAGI KA? GETAH SKRAP NAIK REGA


 

DI PERLIS AWAT SHAIDAN KASSIM TAK MAU BANTU? BARU JA PERINTAH... NAMPAK TAK KEGAGALAN PAS DAN BERSATU.


 

KEH KEH KEH.. KALAU PENGUNDI SG BAKAPNPILIH ABANG BIDIN LAGI.. TAK TAU NAK HABAQ LA