Ahmad Maslan sifatkan tempoh 14 hari untuk panggil Parlimen bersidang “keputusan besar dibuat bersama”

 

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: Tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen adalah keputusan besar parti dibuat “secara bersama”, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Beliau berkata mesyuarat biro politik pada Ahad lalu yang membuat keputusan itu disertai oleh hampir semua ahlinya.

“Mesyuarat Biro Politik secara maya…dihadiri oleh 25 daripada 26 orang kecuali 1 naib presiden (Mahdzir) yang kurang sihat,” kata Ahmad di Twitter.

“Pada Isnin, presiden (Ahmad Zahid Hamidi) keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat. Gaya Zahid adalah keputusan besar dibuat secara bersama,” tambah Ahmad.

Kenyataan beliau itu sekali gus membayangkan bahawa naib presiden parti Ismail Sabri Yaakob hadir pada mesyuarat itu.

Pagi tadi, Ismail Sabri berkata tempoh 14 hari untuk panggil Parlimen bersidang’ itu “pandangan” biro politik Umno, bukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Jadi Umno berpandangan perlu cepat 14 hari, itu biro politik Umno, bukan MKT, dari biro politik (ia) hanya mencadangkan, tapi MKT akan memutuskan,” kata Ismail.

Bekas menteri besar Perlis, Shahidan Kassim, juga dilihat meremehkan keputusan biro politik itu dengan menegaskan sebarang notis memanggil sidang Parlimen perlu dibuat dalam tempoh 28 hari, bukannya 14 hari seperti yang diinginkan Zahid.

“Kami bersetuju Parlimen disegerakan tapi ikut notis. Notis adalah 28 hari, bukan 14 hari (dan) itu sebenarnya tidak tepat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Zahid dilaporkan berkata, Umno memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan bagi membuka Parlimen susulan pandangan Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen harus bersidang secepat mungkin.

Zahid berkata, kegagalan kerajaan berbuat demikian akan mendorong parti itu mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi bagi mengambil tindakan sewajarnya.

GEMPAR!! - Rafizi Ramli "DEDAH" KRATEL Baru PKR

TERGEMPAR!!! MP UMNO SUDAH MENGAKU INI...SYABAS DAN TAHNIAH DSAI

AKHBAR DAH DIBENCI MACAM UTUSAN DULU DULU-BAKAL MELINGKUP JUGA NANTI

 

MOHD SHAH RIM


Setelah Hishamuddin jumpa Al Sisi .. artikel Harakah Daily yang mengritik Al Sisi HILANG..

BABI APA NI..??


May be an image of ‎text that says "‎Hd Harakahdaily 18 May 2015 Harakahdaily Q KENDOJA Morsi dihukum mati, rejim Al-Sisi setara zaman Firaun: PAS mengutul tindakan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada Dr Mohammed Morsi serta URBAN Panala INDIA ة NEPAL ARE Ada CHAD 000 YAMAN EAMING i Ooops... Error 404 Sorry, but the page you are looking for doesn't exist. WWW.HARAKAHDAILY.NET Morsi dihukum mati, rejim Al-Sisi setara zaman Firaun You can go to the HOMEPAGE‎"‎


 

Bekas MB Johor dedah PRU-15 akan diadakan akhir tahun ini

 

Bekas MB Johor dedah PRU-15 akan diadakan akhir tahun ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada akhir tahun ini iaitu selepas Belanjawan 2022 dibentangkan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian yang mendedahkan perkara itu berkata, gambaran berkenaan diberikan Muhyiddin ketika mesyuarat Bersatu Johor yang berlangsung secara maya pada 16 Jun lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PRU15 dapat dilaksanakan seandainya Belanjawan 2022 di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri selesai dilakukan.

“Jika Belanjawan 2022 sudah lulus dan diumumkan di peringkat Persekutuan, kena tengok juga negeri-negeri. Kalau belum umum, kena tunggu negeri-negeri dahulu.

“Kemungkinan besar PRU15 akan diadakan pada akhir tahun ini sama ada November atau Disember. Lagipun tiada yang mustahil kerana ada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dilakukan selepas Belanjawan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya musim hujan berlaku di kebanyakan negeri terutama di pantai timur disebabkan monsun timur laut pada ketika itu, tidak mustahil PRU15 akan ditunda sehingga awal tahun hadapan.

“PRU15 akan diadakan sekiranya kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan sebagaimana disasarkan kerajaan, selain berjaya membentuk imuniti kelompok 60 hingga 80 peratus penduduk yang telah divaksin di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, menerusi mesyuarat Bersatu Johor yang dipengerusikan Muhyiddin selaku Presiden parti, pelbagai isu lain turut disentuh termasuk bantuan kepada rakyat dan langkah menangani penularan Covid-19.

Selain itu, katanya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk melakukan persediaan menyediakan bahan-bahan pilihan raya untuk diedarkan ke bahagian-bahagian.

“Parti sudah bersedia pada bila-bila masa untuk hadapi PRU. Persediaan itu bermaksud kita memperkukuhkan lagi gerak kerja dan memperbaiki kelemahan.

“Persediaan daripada bilik gerakan sehingga latihan-latihan asas di mana sebahagian ketua- ketua bahagian masih baharu perlu diberikan seminar,” katanya.

DIA MENTERI JENIS KAYANGAN..MANA DIA MAU TOLONG RAKYAT MARHAEN

 

Memang style Menteri Kewangan, kena desak baru beri sikit-sikit – Asyraf


MGF10092020_MESYUARAT-PEMUDA-UMNO_09-1

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – “Memang style Menteri Kewangan ini kena kita desak secara berterusan, barulah dia bagi sikit-sikit.”

Itu sindiran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ia ekoran kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan kelulusan moratorium secara automatik akan diberikan kepada peminjam yang layak baru-baru ini.

Namun menurut Asyraf Wajdi, pihaknya MNO, kami bukan sahaja minta kerajaan pertimbangkan moratorium automatik kepada para peniaga yang terjejas akibat tidak berniaga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihaknya mahu dua perkara utama iaitu moratorium automatik secara pukal untuk semua kategori termasuk B40, M40 dan Pengusaha Kecil dan Sederhana.

Selain itu moratorium tanpa caj atau faedah tambahan yang sifatnya compounded dan amat membebankan rakyat.

“Tolonglah rakyat yang sedang menderita, tertekan dan amat memerlukan bantuan ini! Kami hampir setiap hari menerima beratus aduan dan maklumbalas perihal pengalaman masing-masing berurusan dengan bank-bank,” tulisnya di media sosialnya hari ini.

Asyraf Wajdi dalam ruangan komen juga mengingatkan kerajaan bagaimana rakyat membantu bank-bank semasa menghadapi krisis kewangan tahun 1997.

“Waktu bank-bank hadapi krisis kewangan sehingga hampir muflis/bankrup tahun 1997, wang rakyat juga digunakan kerajaan untuk bail out dengan cara memindahkan NPL (aset2 bank yang bermasalah -non-performing loans) kepada Danaharta dan danamodal.

“Sekarang bila rakyat pula susah, bank-bank pula pula patut berkorbanlah sedikit (bukan rugi pun hanya kurang untung) untuk bantu rakyat yang susah dan terdesak dalam keadaan krisis yang amat luar biasa dan tak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya lagi.-

Lelaki ini dedah bukan 43 billion, tetapi hanya 2 billion saja FDI 2021 di Kedah

 


Gempar! Lelaki ini dedah bukan 43 billion, tetapi hanya 2 billion saja FDI 2021 di Kedah


Bukan 43 Billion tapi hanya 2 Billion Sahaja FDI 2021 di Kedah.

Kalau benda ini jadi masa Mukhriz jadi MB pun saya akan persoalkan kenapa jumlah data dia ada kesenjangan dari tahun terdahulu, inikan pula di bawah lebai selut. Tapi mereka seperti biasa akan claim dulu, details apa semua tak tahu, malu kokram. Kes ini akan jadi macam karbon kredit Kelantan dan “menang saman interlokturi Sarawak Report”. Dia punya bunting claim kemenangan macam menang jackpot GDBET333 pula.

Benda ini mudah faham, Risen Energy ini adalah public listed company dalam Shanghai Stock Exchange. Mana-mana public listed company kalau mereka hendak buat pelaburan biasanya akan ada MOU dan news akan di hebahkan sebab nak bagi pelabur dan pemegang saham faham hala tuju syarikat.

Risen Energy terang-terang tulis yang dia hendak melabur di Malaysia dengan sebanyak RMB2.2 Billion ( sama dengan RM1.4 billon), tapi celah mana MITI Kedah kata dapat pelaburan sampai 42.23 billion?

Jadi pelaburan sebenar FDI kedah hanya dalam RM2 billion (1.41 Billion Kilang Risen Solar + 600 Juta pelaburan lain) sahaja yang mana angka ini lebih munasabah. Sebab itu sidang DUN kena buka supaya pembangkang boleh buat diligent check, ini MB punya free sampai boleh recce raptor dan rentas negeri siap langgar SOP ( bila keputusan siasatan nak keluar?).

Tapi kalau bab claim, mereka memang nombor satu, bab perlaksanaan pasti hancur. Sebab itu negeri yang mereka perintah hanya bergantung pada 2 benda; sumber balak tak pun royalti minyak. Seperti biasa, yang pasti untung pelaburan belum jelas tapi kereta MB kena tukar dulu. Bak kata Doereamar:

“Tokkey MB nok naik BIBA”



Moratorium bersasar indah khabar dari rupa – Ahmad Zahid

 

By

 Shawaliah Hadir

 -

 22 June 2021



Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Permohonan moratorium automatik bersasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diibarat memohon jawatan pengarah berikutan syarat dan temuduga yang dikenakan tidak semudah yang dihebahkan 

 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkongsi luahan yang disuarakan kepadanya menerusi dua kisah kesukaran memohon moratorium berkata, bantuan itu ternyata ‘indah khabar dari rupa’.

 Pada hakikatnya ia mempunyai syarat dan birokrasi yang menyukarkan rakyat, ujarnya.

“Baki gaji berapa? Berapa guna untuk belanja? dan akhirnya bank maklumkan baki gaji cukup untuk bayar ansuran kereta.

“Memanglah cukup (bayar ansuran kereta), tetapi mana cukup tampung seisi keluarga pada waktu pendapatan isi rumah sedang terjejas. Dan bank terus kategorikan sebagai golongan M40 (tidak layak dapat moratorium automatik),” katanya menerusi laman Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, bank turut mengenakan beberapa syarat untuk peniaga kecil yang mahu mendapat moratorium selain mereka perlu menunjukkan bukti pendapatan hilang akibat PKP.

Namun, syarat yang menyukarkan peniaga kecil adalah apabila tiada bukti selain penyata bank dan rekod-rekod dalaman perniagaan.

“Bank kenakan beberapa syarat untuk peniaga kecil yang mahu dapat moratorium. Perlu tunjuk bukti hilang pendapatan semasa buat permohonan moratorium.

“Masalahnya peniaga kecil tiada bukti selain penyata bank dan rekod rekod dalaman perniagaan. Ramai peniaga kecil tidak ada slip gaji, penyata KWSP atau surat dibuang kerja. Ada pula peminjam yang dapat moratorium wajib bayar faedah setiap bulan,” katanya.

Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan sepatutnya menbantu rakyat dengan sepenuh hati dengan cara memudahkan permohonan mereka dan mengurangkan birokrasi.-

 

Pemimpin muda Pejuang sinis Jakim, tak payah lama sangat semak ‘kehilangan’ fatwa Amanat Haji Hadi

 


Pemimpin muda Pejuang sinis Jakim, tak payah lama sangat semak ‘kehilangan’ fatwa Amanat Haji Hadi

PIHAK berkuasa agama tidak perlu terlalu lama untuk menyemak “kehilangan” fatwa berkaitan amanat Presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata pemimpin muda Pejuang.

Yang lebih perlu lama diteliti ialah kenapa fatwa, yang dikeluarkan sejak 1980-an dan dipertegaskan semula pada awal 2000-an, itu ditiadakan, kata ketua penaja Pemuda Pejuang Abu Hafiz Salleh Hudin.

JANGAN DOK KONAR BARING LAGI LA…


Bob Kelanang

Pada 16 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa parlimen perlu bersidang segera.Titah tersebut bagaimanapun menimbulkan persoalan undang-undang penting: adakah dalam tempoh darurat, baginda terikat kepada nasihat perdana menteri termasuk berkaitan sidang parlimen.


Hal itu kerana Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Maka adakah pernyataan tersebut terikat dengan nasihat berkenaan?


Bagi menjawab persoalan ini, adalah perlu untuk kita merujuk kepada peruntukan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 secara in verbatim menyatakan:


“Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.


Peruntukan ini sangat jelas dan tiada kekaburan (unambiguous) bahawa kuasa mutlak terletak pada Agong untuk memanggil sidang Parlimen. Maka dekri Agong itu adalah sah.


Namun keadaan ini mewujudkan percanggahan undang-undang kerana perlembagaan menyatakan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri tetapi Ordinan Darurat memberikan kuasa kepada baginda untuk memanggil sidang parlimen. Maka apabila berlaku percanggahan di antara peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Darurat, undang-undang manakah yang mengatasi dan terpakai?


Jawapannya ialah Ordinan Darurat mengatasi dan terpakai. Justeru Agong berkuasa mutlak memanggil sidang parlimen tanpa terikat dengan nasihat Perdana Menteri berdasarkan peruntukan undang-undang berikut:


i) Perkara 150 (6) dan (6A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana peruntukan dalam Akta Parlimen yang diluluskan sebagai undang-undang darurat tidak dianggap batal walaupun bertentangan dengan perlembagaan kecuali berkaitan perkara agama, adat istiadat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan atau bahasa.


ii) Mahkamah Persekutuan dalam kes Eng Keok Cheng lwn Pendakwa Raya memutuskan bahawa Akta Darurat (1964) adalah sah dan mengatasi perlembagaan. Dalam kes ini, tertuduh didapati bersalah memiliki senjata api dan dihukum gantung mengikut Akta Darurat (1964). 


Hujah bahawa Akta Darurat ini tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan tidak diterima panel hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka memutuskan semasa darurat, apa sahaja undang-undang boleh dibuat walaupun bertentangan dengan perlembagaan.


Berdasarkan hujah di atas saya berpendapat bahawa dekri Agong bahawa parlimen perlu dipanggil bersidang segera hendaklah dilaksanakan secepat mungkin oleh kerajaan PN sebagai badan eksekutif mengikut Ordinan Darurat (2021). Dekri Agong bahawa sidang Parlimen dipanggil "secepat mungkin" adalah jelas dan tidak mempunyai maksud berlainan (unambiguous).


Oleh itu, menurut Peraturan 11 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, perdana menteri sebagai ketua majlis mesyuarat hendaklah memberikan notis penetapan tarikh sidang parlimen tanpa sebarang kelengahan. Jika tidak, PN bukan sahaja dilihat kerajaan gagal, tetapi derhaka kepada dekri Agong. - Faiz Fadzil.mk

 

KENA MAKI SAMPAI TAHAP INI WALAUN DIAM..KAH..

Kak Ida Abdullah


Apabila Lokman Adam maki PAS berbakul, walauns/tit semua diam. Cuba kalau DSAI bgtau beliau ada bukti PAS cekik 90 juta, berbakul walauns/tit maki hamun. Ungkit fitnah liwat bagai!


Ada manusia yang tak boleh dilayan secara beradab dan lemah lembut. Ada yang layak dibaling terompah, dipukul selipar jamban atau diseranah apatah yang macam kaldai unta tu!




 

ANWAR TEKANKAN PENTINGNYA TINGKATKAN SARINGAN DAN PEMBERIAN VAKSIN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia terus menggunapakai strategi yang lapuk terutamanya dalam hal ujian saringan COVID-19 yang rendah.

Pada 21 Jun pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya 58,384 ujian saringan COVID-19 telah dilakukan dengan 4,611 kes positif dikesan, dengan kadar kes positif pada 7.90%. Ia adalah kadar kes positif harian yang tertinggi sejak bulan Januari tahun ini.

Ujian saringan telah menurun sebanyak 52% sejak 29 Mei dan tidak mengejutkan juga bahawa kes harian juga menurun sebanyak 48% dalam tempoh yang sama.

Untuk membandingkan, pada bulan April 2021 yang lalu Malaysia secara puratanya melaporkan sebanyak 2,107 kes harian baharu dengan melakukan 58,277 ujian saringan satu hari.

Dalam maksud lain, kita hari ini mempunyai dua kali ganda kes dengan kadar ujian yang sama yang kita lakukan pada bulan April.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 hingga 30 ujian mesti dilakukan untuk satu kes positif, atau lebih bilamana terdapat perebakan wabak bagi membendung kes-kes sporadik.

Malaysia kini terus menjadi antara negara yang mempunyai kadar kes COVID-19 yang tertinggi di dunia, dan kebanyakan kes yang dikesan tidak dikesan dengan mana-mana kluster.

Menurut syor dari WHO itu, Malaysia seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 138,000, atau 300,000 ujian saringan setiap hari.

Sekiranya 138,000 ujian saringan dilakukan hari ini, kita pasti akan mengesan lebih 9,000 kes-kes baharu.

Ramai pakar penyakit berjangkit mengesyorkan agar kadar ujian ditingkatkan, dan juga saintis-saintis data dan pakar-pakar ekonomi.

Badan-badan dan institut-institut pemikir dan penyelidikan yang dekat dengan kerajaan PN juga mengesyorkan langkah yang sama.

Namun, kadar pengujian kita terus menurun, dan ada beberapa kerat pemimpin politik tanpa rasa bersalah menyatakan kes sedang menurun kononnya kesan dari langkah PKP yang dijalankan pemerintah.

Pengarah Kesihatan pada 5 Februari yang lalu memberitahu bahawa KKM sedang merencana untuk meningkatkan keupayaan pengujian kepada 200,000 satu hari.

Minggu ini, Pengarah Kesihatan telah mengarahkan makmal-makmal swasta untuk meningkatkan ujian saringan.

Setakat ini, kes baharu yang paling tinggi dikesan dalam satu hari adalah sebanyak 126,964 pada 29 Mei yang lalu. Angka ini jauh dari sasaran 200,000 ujian saringan yang disasarkan KKM.

Malaysia telah berada dalam fasa darurat sejak bulan Januari yang lalu. Saya bingung memikirkan mengapa keupayaan ujian saringan tidak mencapai sasaran yang dibuat, dan mengapa kerajaan yang mempunyai kuasa di bawah Ordinan Darurat kini merayu pada sektor swasta bagi membantu dalam rencana ini.

Ini bukti nyata kerajaan PN adalah kerajaan yang GAGAL.

Kempen vaksinasi juga lemah dan lembab, dengan dos total harian yang disuntik menurun sebanyak 40% sejak hari Khamis yang lalu.

Dengan kadar vaksinasi yang lembab selembab siput, saya fikir AMAT WAJAR kadar pengujian ditingkatkan bagi melindungi kesihatan warga.

ANWAR IBRAHIM

22 Jun 2021.



Apakah rasional pembelian 500 buah ambulans tekanan negatif untuk putuskan rantaian Covid 19?

 


POSTED BY AMIR WRLR


Keputusan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk membeli 500 buah ambulans bersistem tekanan negatif, penapis HEPA dan lampu UV di saat negara mempunyai keperluan lain yang lebih mendesak dalam memberhentikan rantaian jangkitan Covid 19 menimbulkan pelbagai persoalan.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH), keputusan itu mencetuskan spekulasi negatif apabila ia melibatkan kewangan negara berjumlah RM300 juta.


"Apakah rasionalnya pembelian ini? Apakah data yang ditunjukkan dalam penyelenggaraan pesakit Covid 19 ini sehingga menyebabkan Dr Adham memutuskan untuk membeli ambulan jenis ini dan sebanyak itu?


"Berapakah jumlah anggota frontliners yang mengendalikan pengangkutan pesakit Covid atau jenazah pesakit Covid yang telah terjangkiti (dengan menggunakan ambulans jenis sedia ada) ataupun menyumbang kepada kluster baru di negara ini?


"Ini adalah suatu pembaziran yang nyata dan tidak langsung membantu dalam penyelesaian krisis pandemik Covid 19 di Malaysia.


"Alangkah baiknya jika wang itu diguna melaksanakan perkara-perkara seperti mengambil lebih ramai sukarelawan dalam PICK serta memperbanyakkan Program Ujian Saringan besaran-besaran, supaya isolasi segera dapat dilaksanakan kepada mereka yang didapati positif. Cara ini sudah tentu dapat membendung rebakan jangkitan dengan lebih efektif," kata kenyataan itu.


Menurut jawatankuasa itu lagi, alangkah baiknya sekiranya peruntukan mega itu digunakan untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mendapatkan imunisasi kelompok menjelang hujung tahun ini.


"Seharusnya peruntukan diguna untuk memperbanyakkan PPV (Pusat Pemberian Vaksin) supaya akses kepada vaksin menjadi lebih mudah, termasuk menggalakkan dan mempermudahkan klinik-klinik swasta beroperasi sebagai PPV di komuniti.


"Memperluaskan lagi klinik bergerak agar vaksin meliputi lebih ramai penduduk di kawasan pendalaman dan luar bandar.


"Juga memperbanyak lagi PPV pandulalu (drive-thru) sebagai akses mudah bagi mereka di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar.


"Kita turut mendesak supaya Menteri memberikan jawaban kepada persoalan-persoalan ini dengan lebih telus, jelas dan dengan kadar segera," kata mereka.


Sehubungan itu Jawatankuasa Kesihatan PH menanyakan beberapa soalan untuk dijawab oleh Menteri Kesihatan berhubung pembelian ambulans terbabit.


"Mengapakah Kementerian memulakan tender 500 ambulan ini dalam keadaan yang tergesa-gesa? Adakah keputusan ini telah mendapat kelulusan kabinet?


"Apakah pelaksanaan tender ini dilakukan secara terbuka atau bagaimana? Dan syarikat mana pula yang telah berjaya memperolehnya?" tanya mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor, AMANAH), Dr Lee Boon Chye (Gopeng, KEADILAN), Dr Ong Kian Ming (Bangi, DAP), Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli (Lumut, AMANAH), Dr Kelvin Yil (Bandar Kuching, DAP), Sim Tze Tzin (Bayan Baru, KEADILAN), Alice Lau (Lanang, DAP), Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Dr Norlela Ariffin (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang), Veerapan Supramaniam (Exco Kerajaan Negeri Sembilan), Dr Niekmah Adam (AMANAH) dan Dr Zaliha Mustafa.

 


Mengapa Saifuddin guna 'arahan menteri', bukan tender terbuka agih kontrak?

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sewajarnya mengamalkan kaedah tender terbuka dalam urusan kontrak di kementerian tersebut agar wujud ketelusan dan akauntabiliti.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, mempersoalkan kaedah 'arahan menteri' yang digunakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam menganugerahkan kontrak spektrum dan 5G.


"Merujuk kepada laporan media, Datuk Saifuddin Abdullah telah menganugerahkan Syarikat Altel Communications kontrak spektrum 2x5Mhz untuk jalur 900Mhz bagi tempoh masa lima tahun secara arahan menteri (ministerial order) bertarikh 31 Mei 2021.


"Ini adalah bertentangan dengan tindakan beliau pada tahun lepas apabila arahan Menteri bagi menganugerahkan kontrak 5G terpaksa dibatalkan apabila mendapat bantahan dan kecaman orang ramai.


"Mengapa Datuk Saifuddin masih berdegil menggunakan arahan Menteri tanpa melalui proses tender terbuka bagi menganugerahkan kontrak sedangkan pada tahun lepas beliau terpaksa membatalkan kaedah yang sama akibat bantahan dan kritikan banyak pihak?" tanya Akmal dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mahukan penjelasan, berapakah harga yang perlu dibayar syarikat tersebut bagi mendapatkan kontrak berkenaan.


Beliau juga bertanya apakah kewajaran penganugerahan kontrak dibuat ketika darurat dan Parlimen ditutup yang menyebabkan tiada ketelusan serta proses semak dan imbang.


"Mengapa pembangunan rangkaian 5G hanya diberikan kepada sebuah syarikat sahaja sedangkan negara kecil lain memiliki sekurang-kurangnya dua penyedia rangkaian 5G bagi mewujudkan persaingan serta memberi pilihan alternatif?


"Tindakan arahan Menteri untuk penganugerahan kontrak spektrum dan 5G ini tidak bertanggungjawab ketika mana Parlimen sedang digantung," katanya lagi.


Tindakan penganugerahan yang tidak disemak Parlimen itu, dakwa Akmal, dikhuatiri akan membuka ruang kepada ketirisan, monopoli dan mutu perkhidmatan yang lemah seterusnya akan menjadi beban kepada rakyat sebagai pengguna.

 

Tokoh wartawan dakwa Bersatu akan sokong Zahid kekal Presiden UMNO

 


Tokoh wartawan dakwa Bersatu akan sokong Zahid kekal Presiden UMNO


Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin akan terus menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno, kata wartawan veteran Kadir Jasin.

Kadir berkata oleh sebab itu Muhyiddin dan Hamzah mencipta pelbagai alasan bagi menggagalkan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Muda.

Katanya, dengan mengekalkan Ahmad Zahid, ia akan dapat melemahkan Umno dan memastikan parti itu kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

“Mahiaddin (Muhyiddin) dan Hamzah ‘kenal’ siapa Ahmad Zahid dan mereka mempunyai kuasa memastikan dia tidak belot terhadap PN. Tengok sajalah macam mana Ahmad Zahid membuat ‘U-turn’ terhadap sokongannya kepada Anwar Ibrahim akhir tahun lalu.

“Buat masa ini, Ahmad Zahid menikmati kebebasan daripada cengkaman Mahiaddin dan Hamzah dengan berselindung di sebalik kekuatan kumpulan yang mendesak supaya parlimen dipulihkan segera seperti dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada 16 Jun lalu.

“Umno adalah antara parti yang paling nyaring mendesak agar Mahiaddin mentaati titah di-raja itu. Natijahnya, Umno akan terus berpecah belah dan lemah selagi Ahmad Zahid menerajuinya,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Kadir merupakan penyokong setia kepada bekas perdana menteri yang juga bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua tokoh itu diketahui umum tidak sehaluan dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Akibat krisis politik yang berlaku pada Februari 2019, Mahathir bertindak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri apabila Muhyiddin yang juga presiden Bersatu ketika itu memutuskan parti itu keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kumpulan pro-Mahathir dan PKR gagal mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri seterusnya, menyebabkan Yang di-Pertuan Agong memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Selepas berlaku krisis politik tersebut, Bersatu yang dipimpin Muhyiddin bersama Umno dan PAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). Namun hubungan antara Umno dan Bersatu kemudiannya mulai retak menanti belah.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Mac lalu, Umno memberi bayangan bakal meninggalkan kerajaan PN pada bulan Ogos nanti.

Umno baru-baru ini juga memberikan tekanan kepada Muhyiddin agar mengadakan segera sidang parlimen seperti yang dititahkan Agong.

Selain itu, sebelum ini timbul spekulasi bahawa Anwar merancang untuk mengadakan kerjasama dengan Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Anwar baru-baru ini berkata PKR tidak boleh “terlalu keras” dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada daripada pembangkang atau PN.

‘Halal dan haram bukan pertimbangan mereka’

Mengulas lanjut, Kadir berkata Muhyiddin dan Hamzah bercita-cita besar menjadikan Bersatu sebagai parti Melayu-Islam terbesar menggantikan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Cita-cita mereka sudah separuh berjaya dengan menjadi parti tunjang Perikatan Nasional (PN).

“Halal atau haram, sah atau tidak bukanlah pertimbangan utama mereka. Yang penting mereka sudah berjaya menubuhkan kerajaan dan dengan itu boleh melaksanakan ‘scheme of things’ mereka.

“Tidak ada parti politik yang mahu pesaingnya kuat apatah lagi Bersatu yang cita-cita besarnya adalah mengambil alih peranan Umno sebagai parti dominan Melayu-Islam,” katanya.

Gempar! Total Lockdown kemungkinan besar disambung lagi

 


Gempar! Total Lockdown kemungkinan besar disambung lagi


Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown yang dijangka berakhir 28 Jun ini berkemungkinan besar perlu disambung dengan syarat ia dimodifikasi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dilihat kurang memberi kesan yang diharapkan sebagaimana PKP 1.0 disebabkan pecahan kes jangkitan Covid-19 tinggi di Selangor serta kewujudan banyak kluster tempat kerja terutama kluster kilang industri.

Jelas beliau, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bukan sebenar-benarnya mencapai objektif ‘total lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 kerana sektor perkilangan dilihat masih beroperasi secara menyeluruh dengan risiko 1.5 juta pekerja yang belum divaksin.

“Kes jangkitan Covid-19 masih mencatatkan jumlah tinggi susulan langkah kerajaan negeri Selangor melaksanakan saringan Covid-19 percuma secara besar-besaran yang membawa pecahan kes tinggi di negeri itu serta peningkatan kewujudan kluster tempat kerja.

“Dengan kadar kematian masih dicatatkan sekitar purata 60 hingga 70 hari, saya berpandangan ‘total lockdown’ mungkin perlu diteruskan dengan sedikit modifikasi dari aspek kawalan penularan di tempat kerja serta kajian semula strategi saringan besar-besaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau mengulas kebimbangan ramai pihak terhadap keberkesanan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 susulan jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada lebih 6,000 kes.

Peningkatan semula jumlah kes jangkitan itu amat mengejutkan memandangkan kerajaan sudah melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga minggu dan keputusan itu sepatutnya memberi kesan positif terhadap usaha membendung penularan Covid-19.

Pada Ahad, kes harian positif Covid-19 menurun kepada 5,293 kes pada Ahad berbanding 5,911 kes pada Sabtu dan 6,440 pada Jumaat.

Mengulas mengenai peningkatan kluster tempat kerja, Dr Malina mencadangkan agar kerajaan memberi keutamaan pemberian vaksin kepada golongan pekerja perkhidmatan perlu, warga emas, pelajar menduduki peperiksaan utama serta kelompok berisiko Covid-19.

Jelas beliau, fokus itu amat penting memandangkan majoriti golongan pekerja sektor khidmat perlu ini kebiasaannya menjadi punca penularan jangkitan kepada keluarga dan komuniti.

“Kerajaan perlu meneliti semula definisi sebenar perkhidmatan perlu atau kritikal itu kerana bagi saya, golongan pekerja tergolong bukan sektor khidmat perlu, mereka juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan tidak boleh dianggap kelas kedua,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berpandangan bahawa kerajaan tidak perlu meneruskan sekatan pergerakan penuh setelah tempoh pelaksanaannya berakhir 28 Jun ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sudah boleh menumpukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi Covid-19 atau kawasan yang mencatatkan angka penularan tinggi.

“Tempoh empat minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tidak boleh dianggap tidak berkesan sepenuhnya, meskipun kadar penurunan kes masih tidak begitu memuaskan sebagaimana PKP 1.0.

“Kalau kita lihat, kluster dalam kalangan komuniti turun mendadak, cuma kluster tempat kerja terutama daripada kilang yang masih tinggi.

“Saya berharap pada akhir Jun ini, jumlah kes jangkitan akan menurun kepada angka lebih baik kurang daripada 3,000 kes dan saya yakin kita masih mempunyai masa untuk mencapainya,” katanya.

Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama sebulan sepatutnya memberikan maklumat sains dan data mencukupi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengenal pasti lokasi dan faktor tercetusnya kluster baharu Covid-19

PELABURAN RM43 BILION: KEJAYAAN ERA MB MUKHRIZ?