PAS MP SHOWS THE BLACKNESS OF THE PEOPLE'S HEARTS, GRATEFUL FOR PAS' INS...
TENGOK KE KETA HEBAT LA ORANGNYA......MMMMM....
Alif Jamil
Pakai Honda ketam enjin 2.0 pon tidak menjanjikan otak tuan empunya kereta tu pandai.
Sepatutnya kalu dah pakai kereta besar cc besar, dia dah tak perlu sibuk soal subsidi minyak nih..
Ini tidak , dia pulak yg lebih laju lutut dari otak.
Tujuan kerajaan letak syarat IC & lesen tu mmg untuk tapis ketirisan supaya subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia, bukan warga asing dan bukan juga kartel seludup minyak lintas sempadan.
Kuota 300 liter pula bukan suka², ia berdasarkan kajian purata kegunaan majoriti rakyat.
Kalau kereta biasa isi seminggu RM60–70, sebulan pun tak habis lagi 300 liter.
Siap boleh bawak berjalan weekend pon lagi.
Dan mekanisma untuk 300 liter ini bukannya kekal selamanya.
Sampai masa nanti kerajaan Madani boleh pertimbang untuk tambah lagi bila sistem dah stabil, kebocoran subsidi berjaya ditutup dan kedudukan fiskal negara lebih kukuh.
Pokok asasnya, apabila ketirisan berjuta² liter yg selama ni disedut penyeludup dapat disekat, ruang itu boleh dipulangkan semula kpd rakyat dalam bentuk tambahan kuota atau penjimatan subsidi disektor² lain.
Masalah sistem down tu perkara biasa bila sistem baru dilancar.
Sistem banking online pun selalu je jadi macam tu. Kena bagi masa sikit untuk stabil.
Ini baru je peringkat permulaan, tapi dia punya kalut mcm dia tu miskin papakedana sangat dah.
Nasihat Buat Penjawat Awam:
Nasihat Buat Penjawat Awam:
JANGAN MASUK PENJARA
Saya menerima mesej daripada seorang rakan yang baru sahaja selesai menjalani parole dan dibebaskan sepenuhnya dari penjara:
“Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, I have just completed my parole dan baru sahaja dibebaskan today. TQVM for all your support. Semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua. Aamiin ya Rabbal A‘alamin. Just FYI. Thanks.”
Beliau dijatuhi hukuman 18 bulan penjara, namun diberi pelepasan selepas menjalani satu pertiga tempoh hukuman. Hari ini, beliau akhirnya bebas sepenuhnya.
Apabila saya tanyakan pengalamannya di dalam penjara, jawab beliau ringkas tetapi penuh makna:
“Jangan sekali-kali masuk penjara kerana ia ‘hell on earth’.”
Ya, penjara adalah neraka dunia.
Saya tidak akan dedahkan punca beliau dipenjara, namun pesannya kepada penjawat awam cukup jelas:
• “Do not trust anybody.”
• “Follow your conscience.”
• “Always protect yourself with all documents and make sure you know what you sign.”
• “Jangan percaya sesiapa.”
• “Ikut kata hati/nurani anda.”
• “Sentiasa lindungi diri anda dengan semua dokumen dan pastikan anda tahu apa yang anda tandatangani.”
Ramai akan cuba menggunakan kuasa anda, dan akhirnya menjadikan anda kambing hitam.
Pesan beliau berulang kali:
“Be smart and do not trust anybody.”
Semasa menjalani hukuman, beliau bertemu ramai bekas penjawat awam lain yang turut merengkok dalam penjara.
Lebih perit, beliau sudah berhabis lebih RM250,000 untuk kos guaman, tetapi akhirnya tetap disabitkan kesalahan.
Katanya dengan pahit, “My lawyers are laughing all the way to the bank.”
Moral of the Story
Sebagai seorang bekas penjawat awam, ini nasihat saya:
1. Ikut kata hati nurani dan jangan percaya sesiapa 100%. Sentiasa gunakan kebijaksanaan anda.
2. Jika anda pegawai ‘MELULUSKAN’, jangan sekali-kali meluluskan tender, sebut harga, atau apa-apa permohonan melibatkan SAUDARA sendiri.
Ramai tidak sedar ini satu kesalahan serius yang boleh menyebabkan sabitan jenayah.
Jika anda ahli jawatankuasa, declare kepentingan anda dan keluar dari mesyuarat (perlu diminitkan).
SAUDARA bermaksud: ibu bapa, datuk/nenek, anak, adik-beradik, anak saudara, suami/isteri, sepupu, cucu, cucu saudara, pak/mak saudara, dan menantu.
3. Lindungi diri dengan dokumen.
Pastikan anda benar-benar faham setiap dokumen sebelum menandatangani.
4. Segala keputusan berisiko kewangan mesti dibuat oleh jawatankuasa, bukan seorang individu.
5. Jangan sesekali memecah kecil perolehan bagi item yang sama semata-mata untuk elak proses sebutharga atau tender.
Kecuali dengan kelulusan rasmi Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri.
Wallahu a‘lam.
Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar
FB: Zainuddin Omar
*Three Sisters waterfall, Long San Sarawak.
BAB INI KENA UBAH..KEBARANGKALIAN SILAP ITU BANYAK. SEBAB KENA KIRA BAKI TU AGAK LAMBAT. BUKAN SEMUA JAGA PAM BIJAK MATEMATIK TU.
Malam tadi tuang minyak BUDI pertama kali. Ada 2 mende yg saya perasan:
1- Saya hampir Pengsan Berdiri sebab dekat pam minyak kena caj RM2.60 seliter (RM142/54 liter) padahal dah masuk & sah mykad.
2- Terus (Bini) saya serang kaunter bertalu2 macam Makcik Petir. Rupa2nya dekat pam memang dia tulis mcm tu, tapi dia akan bagi resit subsidi utk amaun sebenar yg akan di tolak.
Ingatkan siap2 dia tolak kat pam. Kenapa kena buat kerja 2 kali, kan konpius tu?
Ke saya sorang je yg Konpius Berdiri mcm ni?
AZRIL BAHAMAN
Pengasas Klasik Mercedes Malaysia
Pencetus Arghh Pergh Pengsan Berdiri!
HAI HADI AWANG... BOLEH TAK JANGAN HIPOKRIT DALAM ISU TRUMP? FADLI UCAP TAHNIAH LAGU MANA PULOK.... TAK JADI SETANG KE?
Sham Ghaz
Trump; posting terbaru TG Abdul Hadi Awang Presiden Pas kata ajak Trump seolah olah Kerajaan Malaysia ni nak berkawan dengan Syaitan.
SEKEJAP DIA KATA BERKECUALI... HAI NAK AMBIL HATI KE? AIKKK... SETANG PULOKKK... MANA SATU NI HADI?
Tapi yang peliknya, Ketua Penerangan PAS Malaysia Fadhli Shaari antara yang ucap TAHNIAH bila Trump mula mula menang Pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat.
Jadi PAS ucap Tahniah kepada Syaitan takpa, nak jemput Syaitan je tak boleh erk? 😅
Malah waktu Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah, Israhell perang dengan Hamas tahun 2021, boleh pula dia cakap “Malaysia Berkecuali”
Mungkin masa tu ada jawatan, jadi takut pada Syaitan Israhell kot, gaji Duta Timur Tengah kan mahal
Boleh Hadi Awang dan PAS jangan hipokrit!?
Dulu PAS label kat sape sape lawan dia, Munafik Haraki, sekarang ni kena kat depa balik kot😅
SUDAH LAH. ZAMAN PN TAK BUAT APA PUN
KERAJAAN MADANI HARUS BERANI BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN ‘VIDEO SANDAKAN’
29 September 2025
Tiada apa-apa yang lebih menarik sebenarnya dalam sidang media Wan Saiful Wan Jan petang tadi melainkan apa yang diperkatakannya mengenai “video Sandakan” yang didakwa melibatkan Azmin Ali.
Perkara-perkara lain yang disebut Wan Saiful dalam sidang medianya seperti SD (akuan bersumpah), dirinya disiasat berkaitan disiplin, pengakuan tiada usaha mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin, laporan bakal dibuat kepada Lembaga Disiplin terhadap Azmin serta Tun Faisal Ismail Aziz, adanya ugutan terhadap pemimpin tertentu tidak diberi watikah calon dan sebagainya, semuanya boleh dianggap tidak penting belaka.
Yang terpaling penting hanyalah berkaitan “video Sandakan” itu.
Wan Saiful mendedahkan, hubungannya dengan Setiausaha Agung Bersatu itu sebagai “kejap panas, kejap sejuk” sejak tahun lalu lagi.
“Selepas konvensyen (Bersatu) tahun lepas, saya terima maklumat baharu yang mendakwa siasatan forensik ke atas video intim yang dikatakan membabitkan Azmin di Sandakan mengesahkan video itu adalah tulen.
“Perkara itu mengubah pendirian saya terhadap Azmin.
“Saya nyatakan pandangan kepada beberapa orang bahawa selagi isu ‘video songsang’ ini tidak diselesaikan, Azmin tidak layak jadi pemimpin Bersatu.
“Saya berpandangan kalau ia fitnah politik, ya, kita mesti pertahan dan lawan.
“Tetapi kalau ia isu moral yang menyimpang, maka ia tidak sesuai untuk parti seperti Bersatu.
“Parti lain mungkin boleh terima. Tetapi bukan Bersatu,” kata Wan Saiful lagi.
Berkaitan hal ini, selain Azmin sendiri perlu tampil sekali lagi membersihkan dirinya, inilah juga masanya untuk kerajaan madani membuka semula siasatan berkaitan video tersebut.
Pada tahun 2020 lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak berhubung kes “video Sandakan” itu.
Tommy berkata, setelah menyemak keterangan yang dikumpulkan dan dikemukakan oleh polis kepada jabatannya, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung isu berkenaan.
“Bagaimanapun, seleras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika keterangan baru diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika itu Azmin adalah Menteri Ekonomi di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad.
Berikutan Wan Saiful sendiri sekarang ini mendakwa memperolehi maklumat baharu yang mengesahkan “video Sandakan” itu sebagai tulen, maka pihak polis harus memanggil Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu untuk diambil keterangannya.
Kerajaan madani tidak perlu gentar atau bimbang untuk membuka semula siasatan kerana perkara ini adalah isu penting berkaitan yang perlu ada jawapannya.
Jenayah songsang tidak harus dilindungi dan terus melindunginya bererti bersekongkol dengan jenayah itu.
Daripada segi moral, kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim ada tanggungjawab yang tinggi untuk menoktahkan terus isu “video Sandakan” itu daripada terus menjadi teka-teki berpanjangan dengan tidak membiarkan tiada apa-apa tindakan dilakukan di era pemerintahannya. – ShahbudinHusin 29Sept2024.
https://shahbudindotcom.net/2025/09/kerajaan-madani-harus-berani-buka-semula-kertas-siasatan-video-sandakan/






