'Tiada sesiapa di atas undang undang' telah ditegakkan di Malaysia - Pusat C4


 Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam melaksanakan keputusan yang betul dengan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak.


Menurut Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4), keputusan sebulat suara 5 hakim itu merupakan satu seruan keadilan yang hebat bagi bangsa dan negara.


"Penghakiman tegas ini menegakkan kembali prinsip tiada siapa boleh atasi undang-undang di negara ini, termasuklah seorang bekas Perdana Menteri.


"Pusat C4 meraikan kekuatan dan kebebasan institusi kehakiman Malaysia dan semangat kolektif rakyat Malaysia yang gigih dalam usaha memastikan individu yang pada suatu ketika dahulu merupakan individu yang paling berkuasa di negara ini, sujud di muka keadilan.


"Najib Razak telah pun disabit dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi, dan keputusan ini dikekalkan oleh semua hakim yang bersidang di kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


"Tidak diragukan lagi bekas Perdana Menteri ini benar-benar bersalah atas tuduhan jenayah yang didakwa terhadapnya," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat C4.


Bagaimanapun, Pusat C4 menyuarakan kekesalan mereka kerana perjuangan undang undang yang berakhir semalam dipenuhi pelbagai percubaan bagi melanjutkan prosiding, termasuklah permintaan penangguhan kes dan pertukaran peguam yang berterusan daripada pihak Najib Razak.


Dalam pada itu, kata Pusat C4, banyak lagi skandal yang memelerukan penyelesaian melibatkan Najib semasa tempoh pentadbirannya. Misalnya penglibatan Najib dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene, pembunuhan Altantuya Shariibuu dan juga skandal kapal LCS baru-baru ini yang melibatkan penggelapan wang berbilion-bilion ringgit.


"Apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan semalam membuktikan bahawa beban yang digalas oleh mereka yang memberi maklumat, menyiasat, menjalankan proses pengadilan, dan menentang ketidakadilan akhirnya telah membuahkan hasil.


"Selama bertahun-tahun, Pusat C4, bersama dengan rakan kongsi organisasi serta orang awam telah menghadapi pelbagai cabaran bagi menegakkan kebenaran dalam kes ini.


"Hukuman terhadap Najib Razak telah mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman dan telah meniup semangat baharu untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik.


"Sambil kita meneruskan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa, wajarlah untuk kita sebagai rakyat mengambil iktibar bahawa kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha bersama.


"Keputusan bersalah bekas Perdana Menteri ini merupakan hasil keringat pemberi maklumat, pekerja media, penyiasat, organisasi masyarakat sivil, pegawai kerajaan dan orang awam yang tampil untuk mendedahkan jenayah yang dijalankan kepada orang ramai," kata kenyataan itu lagi.


Menurut Pusat C4, perjuangan menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa perlu diteruskan


Keputusan semalam juga, kata pusat itu, merupakan satu peringatan kepada mereka yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri, yang memanipulasi institusi-institusi awam untuk menyembunyikan kesalahan, bahawa mereka tidak sesekali akan dapat mengatasi keadilan.

NEXT CHANGE COMING SOON. MP BALING. TANGKAP PEQABIH BUANG...YANG DOK SEKONGKOL JANGAN LAGI UNDI..DENGAR TU AUN..


 

BARU HANGPA KENAI PEMIMPIN UMNO...


 

LOKMAN ADAM DALAM DUA KES.

 

HAMDAN TAHA


Perbezaan kes Anwar Ibrahim dan Najib Razak

1. Kes Anwar Ibrahim Lokman Adam dan penyokong Anwar marah kepada Perdana Menteri ketika itu di katakan campur tangan dalam urusan Penghakiman dan Peguam Negara

2. Anwar buat kenyataan dari awal lagi menyerang PM kerana mengunakan Polis,Peguam Negara dan Hakim untuk membawa dia ke Penjara

3. Ramai rakyat masa itu marah Perdana Menteri dan Hakim kerana menjatuhkan hukuman pada Anwar

Dalam kes Najib

1. Lokman Adam dan sekutunya juga penyokong Najib marah kerana Perdana Menteri tak mahu campur tangan dan selamatkan Najib mereka mahu PM beri arahan Pada AG dan Hakim supaya bebaskan Najib

2. Najib juga bertidak seperti Anwar cuma tidak sekeras anwar menyerang PM dan marah pada Pm kerana tak tolong dia dan tak berikan arahan kepada Hakim dan Peguam

Negara

3. Rakyat nampak berpuas hati dengan apa yang di lalui Najib iaitu di penjarakan...mejoriti rakyat dan rakyat tak marah langsung PM kecuali 00000.1 peratus rakyat

Perbezaan Anwar dan Najib

1. Anwar ke sg buluh

2. Najib ke Kajang

Nampak macam sama tapi tak sama

 

KAH..KAH...LAWAK PAGI INI..IKLAN SUPER RING MACAI KOYAK


AHMAD ALBAB.


 

Teruskan usaha pertahan, perkukuh institusi kehakiman - Nurul Izzah









 Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana sabitan bersalah menggelapkan RM42 juta dana SRC International tidak bermakna usaha untuk memperkukuh institusi kehakiman boleh dihenti atau dikendurkan.


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, amat penting negara mengekalkan pemisahan kuasa antara eksekutif dan kehakiman agar ahli politik tidak campurtangan ke atas keputusan para hakim demi memastikan kedaulatan undang undang terpelihara.


"Kita kena terus berusaha mempertahan dan memperkukuh institusi kehakiman.


"Kita tahu perjuangan untuk mempertahankan institusi kehakiman supaya tidak ada campurtangan politik sangat penting, maka keputusan jawatan setinggi mana pun, bila semuanya terbukti melewati keraguan munasabah kamu terpaksa menghadapi akibat undang undang (hukuman).


"Jadi, saya berharap kita sentiasa mendukung perjuangan untuk mempertahankan cabang cabang demokrasi dalam negara ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, petang tadi.


Nurul juga mahu usaha digiatkan untuk membenteras kleptokrasi secara global termasuk individu yang terlibat menggelapkan dana rakyat Malaysia yang masih bebas di luar negara.


Najib sukar cabar sabitan hukuman, kata Anwar


Anwar Ibrahim percaya Najib Razak akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripadanya pada awal 2000, selepas bekas timbalan perdana menteri itu dinafikan mendapatkan buku dan lawatan keluarga ketika menjalani hukuman.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan Najib Razak berdepan situasi amat sukar untuk mencabar sabitan dan hukumannya, mengambil kira pengalamannya terdahulu yang pernah disabit bersalah berkait kesalahan rasuah dan liwat.

Bekas perdana menteri itu, bagaimanapun, boleh memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata Anwar dalam wawancara bersama CNBC.

Namun, memandangkan impak kewangan berhubung skandal 1MDB, Najib akan berdepan kesukaran, kata presiden PKR itu.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman kes SRC International, dengan Najib dihantar ke Penjara Kajang, susulan keputusan mahkamah tertinggi itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Keputusan itu menjadikan Najib sebagai bekas perdana menteri pertama dalam sejarah negara ini dipenjara.

Anwar percaya Najib akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripadanya pada awal 2000, selepas bekas timbalan perdana menteri itu dinafikan mendapatkan buku dan lawatan keluarga ketika menjalani hukuman.

“Dari apa yang saya faham daripada ‘rakan’ lama (yang juga) pegawai penjara, beliau akan diberikan layanan lebih baik, beliau akan diberi beberapa kemudahan,” katanya.

“Namun, penjara bukan tempat yang selesa. Ia sukar, terutama nak dibandingkan gaya hidup (Najib) seperti hotel tujuh bintang. Beliau akan berdepan pengalaman sukar,” katanya.

Awal hari ini, Jabatan Penjara menyangkal khabar angin bahawa Najib akan menerima layanan istimewa di Penjara Kajang, seperti ditularkan di media sosial.

Pada April 1999, Anwar dihukum penjara enam tahun atas tuduhan rasuah, manakala pada Ogos 2000, beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana meliwat.

Pada 2004, beliau dibebaskan selepas sabitannya digugurkan. Bagaimanapun, beliau sekali lagi dipenjara pada 2014 kerana meliwat sebelum menerima pengampunan diraja. Beliau dibebaskan, pada 2018.