BUKU BARU DARI MSO

 

NOJJAH 

MSO antara penulis dan penganalisa politik Malaysia yg prolifik, mapan dan unggul di Malaysia .

Catatan dan analisa beliau bukan agak-agak dlm kesamaran semata2, melainkan dgn pemerhatian yg dlm..Walaupun tidak semua pendapat Mso aku setuju, tetapi itu perkara biasa sbg pembaca yg kritis..
Sebahagian besar pemain2 utama politik Malaysia adalah kenalan beliau.
Kepercayaan org2 politik dlm berdiskusi, melontar idea , dan perbincangan telus bersama MSO kemudian dirakam menjadi catatan sejarah .
Buku terbaru seperti di dalam gamba, boleh ditempah mulai sekarang..Harga seperti tertera.
Boleh tempah melalui aku no wassap 01170742148..
Boleh juga direct kpd no dlm gamba yg disertakan..

BERGAMBAR : ANWAR DI HADAPAN PARLIMEN MENDENGAR DAN MENERIMA MEMO RAKYAT

 

Pagi ini terima memorandum dari Otai Reformis, GBMRM, Jingga 13, dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen. Memorandum tersebut menyatakan bantahan keras kepada kenaikan harga barang yang menggila saat ini.

Sudahlah gaji masih di tahap yang parah, rakyat kini ditambah pula beban dengan kenaikan harga barang yang seolah tidak dikawal.
Ini tidak boleh diterima sama sekali, dan inshaAllah saya akan bangkitkannya di Dewan Rakyat.

LEONG HUP NI COMPANY MELAYU NI...INGAT CINA KAPIR....


 

Ismail Sabri akan terima seorang lagi Penasihat Khas di ketika rakyat sedang berhempas pulas mendapatkan makanan dengan harga tinggi

 



Oleh SURI LAILA / December 2, 2021

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerima seorang lagi Penasihat Khas yang bertanggungjawab menasihati beliau dalam bidang kesihatan dan akan dilantik dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, Penasihat Khas itu kini sedang dalam proses lantikan.

“Penasihat yang dilantik ini dalam kalangan mereka yang mempunyai jaringan hubungan, pengalaman dan kepakaran dalam hal berkaitan dengan skop tugas mereka, yang boleh memberi faedah kepada usaha pembangunan negara, selari dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu) yang bertanya mengenai jumlah Penasihat Khas Perdana Menteri yang dilantik dan apakah bidang mereka.

Amiruddin juga meminta penjelasan tentang implikasi kewangan bagi setiap lantikan dan keputusan penting yang dibuat hasil daripada nasihat yang diberikan.

Sementara itu Abdul Latiff menjelaskan, anggaran kos bulanan keseluruhan bagi setiap pejabat Penasihat Khas yang dilantik termasuk kos pegawai di pejabat itu adalah RM50,000.

“Kos ini termasuk bayaran gaji dan emolumen Penasihat Khas serta pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat itu,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Agama).


((PANAS)) ISU BN NAIK, BARANG NAIK? DATO ZAHARIN "BALUN" KERAJAAN & PENI...


((PANAS)) ISU BN NAIK, BARANG NAIK? DATO ZAHARIN "BALUN" KERAJAAN & PENIAGA! MENTERI GAGAL RAKYAT MENDERITA! SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH

'Jangan hanya salahkan peniaga naik harga barang' - Lim Guan Eng tegur K...



Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi yang memberi amaran kepada peniaga-peniaga sekiranya menaikkan harga barang lebih awal menjelang perayaan Krismas. Kata Lim, peniaga-peniaga juga menjadi mangsa dalam hal ini oleh itu, tidak boleh salahkan peniaga semata-mata sekiranya mereka menaikkan harga barang.




Anwar Ibrahim: Isu Harga Barang Yang Dihadapi Rakyat Harus Dibahas Terbu...

Ahli Parlimen gesa bahas isu kenaikan harga barang



Beberapa Ahli Parlimen gesa isu kenaikan harga barang dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Anwar Ibrahim: Parlimen Lemah Kalau Tidak Boleh Beri Luang Membahaskan I...



Tindakan Speaker untuk mengelak kebertanggungjawaban Parlimen dan kerajaan dengan memindahkan perbahasan penting ini hanya di peringkat ‘Kamar Khas’ dalam isu kenaikan harga barang sangat dikesalkan.
Saya turut bangkitkan persoalan apakah keempat-empat kementerian utama Menteri Ekonomi, Pengguna, Pertanian dan Kewangan akan hadir dan komited untuk hadir ke ‘Kamar Khas’.

Malaysia perlu kembali aktif dalam hal ehwal antarabangsa - Sim Tze Tzin


Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Hal Ehwal Antarabangsa pada minggu ini mungkin akan menjadi pemangkin penglibatan Malaysia yang lebih aktif dalam hal ehwal antarabangsa.

Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu memainkan peranan penting menyelesaikan konflik di rantau Asia ketika gandingan Perdana Menteri Tun Mahathir dan TPM Datuk seri Anwar Ibrahim, sejak dua dekad lalu semakin menyepi dari arena antarabangasa

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi sebahagian anggota jawatankuasa berkenaan, harapan kini kembali bersinar untuk Malaysia menyumbang lebih baik di peringkat antarabangsa.

"Pengerusi PSC ialah YB Salahuddin Ayub, dan Ahli Parlimen kanan seperti Nazri Aziz dan Teong Kin Sin sebagai ahli

"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang dihormati ini untuk menyumbang meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Saya berminat dalam hal ehwal antarabangsa sejak dalam darjah 4, apabila saya mula membaca akhbar. Pada tahun 1989, kejatuhan Tembok Berlin, insiden Dataran Tiananmen dan Perjanjian Oslo meningkatkan lagi minat saya dalam hal ehwal luar," katanya.

Menurut Pengarah Strategik KEADILAN itu, Malaysia perlu aktif semula sebagaimana peranannya pada 1990an lalu yang sering mengikuti misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan diiktiraf dunia sebagai negara pendamai.

Setelah lama membisu, akhirnya Ismail Sabri akui harga barangan keperluan memang naik

 Setelah lama membisu, akhirnya Ismail Sabri akui harga barangan keperluan memang naik



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.

Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.

Beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.

“Memang benar harga barangan keperluan naik ketika ini. Kenaikan ini bukan berpunca daripada peniaga dan pemborong. Saya lihat ia berpunca daripada rantaian bekalan.

“Sebagai contoh harga ayam. Penternak ada kos, kilang ada kos, pemborong ada kos. Jadi bila sampai kepada peniaga, harga sudah tinggi,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di Putrajaya.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian terhadap situasi tersebut.

“Dalam masa sama, kita (kerajaan) kena lihat isu penglibatan orang tengah secara serius,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

“Untuk permulaan kita akan bawa masuk 200 kontena dahulu,” katanya dan menambah bahawa bekalan ayam sejuk beku import itu dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.

Ismail Sabri berkata harga ayam tempatan ketika ini dijual pada harga yang tinggi berbanding sebelum ini.

“Peningkatan harga ayam di pasaran sehingga RM9.80 sekilogram adalah di luar kebiasaan walaupun sebelum ini pernah cecah lebih RM10 sekilogram. Tetapi jarang berlaku, biasanya harga ayam sekilogram antara RM7 dan RM8,” katanya, memetik laporan Bernama.

Bagi isu bekalan ikan segar pula, Ismail Sabri berkata MAFI akan menghentikan sementara eksport ikan bagi memastikan bekalan itu mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga munasabah untuk pasaran tempatan.

“Kalau boleh kita hentikan sementara eksport ikan ke luar negara kerana yang penting ketika ini adalah rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan khususnya barang basah,” katanya.

Menurutnya, kaedah tersebut pernah dilakukan pada 2013 ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan ikan segar tempatan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.

INI MENUNJUKKAN BAHAWA UMNO TIDAK YAKIN TENTANG KEKUATAN SENDIRI

 


Terkini! Tanpa Pas, usaha BN untuk rampas Selangor akan gagal, kata Noh


Terkini! Tanpa Pas, usaha BN untuk rampas Selangor akan gagal, kata Noh



BN perlu bekerjasama dengan PAS jika ingin merampas semula Selangor daripada PH, kata Noh Omar.

Pengerusi BN Selangor itu membangkitkan PRN Melaka lalu di mana BN bertembung dengan PAS walau memeterai kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Noh membangkitkan kekalahan mereka pada PRU lalu adalah kerana berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan PAS.

“Kerana itu kita di Selangor, cara terbaik ialah dengan MN. Sebab itu kita dengan PAS negeri hubungan kita baik.

“Kita harap pucuk pimpinan Umno, PAS tolong tengok…Selangor ini lain dari lain. Politik ini lain negeri, lain cara,” katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

Dia berkata demikian dalam program Sembang Politik PRU15: BN Mampu Tawan Selangor? yang disiarkan di laman Facebook Utusan.

BN mula tewas di Selangor sejak PRU 2008.

Pada masa ini, PH memegang 41 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

Bersatu memegang enam kerusi, Umno dengan lima kerusi, Pejuang dengan tiga kerusi dan PAS satu kerusi.

Noh berkata lagi, dia telah menyuarakan pandangan itu kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan juga Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Kalau di Selangor Umno dan PAS masih nak bertembung saya bimbang dua-dua akan habis. Kena cari formula jangan bertembung.

“Kita harap semangat MN di Selangor kita akan teruskan, tapi kalau PAS nak dengan Perikatan Nasional (PN) kita tak ada pilihan. Jangan esok-esok berlaku pertembungan nak salahkan Umno,” katanya lagi.

Berhubung kerjasama dengan Bersatu, Noh yang juga pengerusi Umno Selangor berkata pihaknya terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk tidak lagi bekerjasama dengan parti itu.

100 HARI ISMAIL SABRI, HARGA BARANG2 MAKIN TINGGI

 

Harga barang naik. Rakyat sengsara.

Ini pencapaian 100 hari Kerajaan BN Ismail Sabri.

Sama dengan namanya. BN, Barang Naik.

Kuasa beli rakyat merosot dengan barangan keperluan harian dijual dengan harga yang tinggi.

Macam telur, ayam, sayur dan sebagainya dah jadi barangan mewah.

Negara sedang menghadapi krisis inflasi. Tetapi Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak tahu pun apa yang Majlis Pemulihan Negara atau Perdana Menteri lakukan untuk mengatasi krisis yang sedang melanda negara ini.

Rakyat tertekan dan rasa cemas. Kerajaan BN tidak dapat rasa kesusahan dan kebimbangan rakyat ke?

DAP mencadangkan suntikan RM3 bilion daripada hasil yang dikutip daripada Cukai Makmur atau cukai durian runtuh ke dalam Dana Penstabilan Harga Barang Nasional untuk melambatkan kenaikan harga barangan keperluan asas dan mengurangkan ketidaktentuan harga yang melampau.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.

BUKAN SAHAJA BERPINDAH MALAH MENETAP DI PULAU PINANG KHASNYA DI SEBERANG PERAI KERANA KEMUDAHAN ASAS,PERUMAHAN DAN HARGA MAKANAN YANG MURAH DI PULAU PINANG

 

Lebih 3,000 rakyat Kedah hijrah ke P Pinang setiap tahun, kata Ramasamy




Bilangan rakyat Kedah yang berhijrah ke Pulau Pinang tidak termasuk mereka yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kata P Ramasamy. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Kira-kira 3,500 rakyat Kedah berhijrah ke Pulau Pinang setiap tahun dalam tempoh antara 2014 dan 2020 dengan tiga perempat daripadanya berbuat demikian disebabkan peluang pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata, bilangan orang Kedah di negeri itu juga lebih tinggi pada masa tertentu kerana ramai yang merentas sempada negeri setiap hari untuk bekerja

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy

Beliau berkata, golongan berkenaan menyumbang hampir 10% daripada jumlah penghijrahan masuk ke Pulau Pinang dari negeri lain.

Ramasamy berkata, secara purata sekurang-kurangnya 7,550 penduduk dari negeri utara, iaitu Perlis, Kedah dan Perak berhijrah ke Pulau Pinang setiap tahun sejak 2014 hingga 2018.

Katanya, bilangan itu menurun tahun lalu kepada kira-kira 4,200 orang disebabkan pandemik Covid-19.

Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri menjawab pertanyaan Satees Muniandy (PH-Bagan Dalam), yang ingin tahu mengenai jumlah rakyat Kedah yang bekerja di Pulau Pinang.

Satees turut bertanyakan mengenai jumlah pelaburan di Kedah sejak kebelakangan ini terutamanya di Kulim dan apakah langkah Pulau Pinang untuk bersaing dari aspek itu.

Ramasamy berterima kasih kepada rakyat Kedah yang menyumbang khidmat mereka di Pulau Pinang sambil berkata, beliau hanya mempunyai isu dengan Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor), yang disifatkan “iri hati, perkauman dan ekstremis”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam Satees Muniandy

Katanya, disebabkan Pulau Pinang mempunyai ekosistem yang bagus, ia kekal menjadi tempat yang baik untuk bekerja dan melakukan perniagaan.

Ramasamy menambah, kekurangan tanah di Pulau Pinang memaksa syarikat untuk beroperasi di Kedah. Katanya, selama ini syarikat berpindah ke Pulau Pinang untuk memanfaatkan ekosistemnya yang mantap dan kukuh.

“Kita tidak ada halangan untuk pelaburan masuk ke Kedah tetapi kita mempunyai masalah dengan kerajaan PAS di sana yang menghalang perpaduan Malaysia.”

JIKA GURU TIDAK SIHAT DUBENARKAN MENGAJAR, DAN BAGAIMANA PULA GURU YNG TIDAK DIVAKSIN? MALAH ANGKA ANGKA KKM KINI KURANG MENYAKINKAN

 

Guru ‘tidak sihat’ dibenar mengajar sebelum disahkan Covid? soal ibu pelajar Seri Puteri




Menteri Pendidikan Radzi meninjau perkembangan kes positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya semalam. Seorang ibu hari ini mendakwa guru yang dilaporkan pencetus wabak Covid-19 di sekolah itu terus mengajar walaupun ‘seperti tidak sihat’ sebelum disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA: Ibu kepada seorang pelajar di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mendakwa guru yang dilaporkan sebagai pencetus wabak Covid-19 di sekolah itu terus mengajar walaupun “seperti tidak sihat”, sebelum disahkan positif Covid-19.

Bercakap kepada FMT, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, anaknya memaklumkan bahawa guru terbabit memberi amaran tegas agar semua pelajar tidak menanggalkan pelitup muka ketika sesi pembelajaran.

Wanita itu berkata, anaknya adalah antara pelajar Tingkatan 1 di sekolah berkenaan yang terkesan dengan wabak Covid-19.

“Anak (saya) ada maklumkan yang cikgu berkenaan pesan semua pelajar sentiasa pakai ‘mask’.

“Cikgu itu juga memakai dua lapis ‘mask’, (dan) seperti tidak sihat. Kebiasaannya hanya satu lapisan. Anak (saya) kata, tak tahulah kenapa cikgu cakap (pesan) macam tu,” katanya.

Beliau berkata, kronologi kes bermula apabila anaknya dan pelajar Tingkatan 1 lain diarah kuarantin susulan guru berkenaan “dikhuatiri positif” selepas menunjukkan simptom ketara.

Wanita itu memperolehi maklumat daripada anaknya menerusi telefon bimbit yang disediakannya.

Pada 22 Nov, guru terbabit disahkan positif Covid-19. Semua pelajar yang menjadi kontak rapat dengan guru dan pelajar kelas dikuarantin.

Pelajar dua kelas Tingkatan 1 dan tiga kelas Tingkatan 4 terlibat dalam proses isolasi. Ketika ini, semua saluran komunikasi dengan warden asrama tidak dibenarkan malah penggunaan telefon awam juga dilarang.

Antara 24 hingga 28 Nov lalu, seorang lagi guru dan enam pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 pula disahkan positif Covid-19.

Kalangan ibu bapa dilaporkan kesal pihak sekolah tidak memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa pelajar yang dikuarantin atau positif.

Mereka hanya sedar anak mereka positif ujian RT-PCR melalui aplikasi MySejahtera.

Wanita itu memberitahu FMT, pada 30 Nov lalu, anaknya bersama rakan lain di asrama menjadi kontak rapat kepada pelajar positif.

Mereka terus dikuarantin dan memakai gelang merah jambu. Semua pelajar di asrama berkenaan menjalani ujian RTK-Antigen dan semua keputusan negatif.

Pada 1 Dis, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang menjalankan saringan terhadap semua 240 pelajar yang akan dihantar pulang ke rumah.

Sejumlah 66 daripada mereka disahkan positif dan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 MAEPS.

Pada 2 Dis, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan selepas proses saringan diteruskan hari ini.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, beliau kesal pengurusan sekolah lewat memaklumkan keadaan terkini situasi penularan Covid-19 di sekolah sehingga mencetuskan gelombang penularan yang lebih buruk.

Katanya, pihak sekolah hanya mengemaskini gambar dan maklumat anak mereka pada hari kedua kuarantin di aplikasi Telegram dan selepas itu tiada maklumat terbaru.

“Sepatutnya pihak sekolah benarkan anak-anak pegang telefon masing-masing untuk senang kami berhubung, bukannya melarang terus komunikasi dengan ibu bapa.

“Pihak sekolah juga tidak memaklumkan sebarang maklumat mengenai kes terbaru di dalam sekolah, (sehingga)…ibu bapa yang (terpaksa) kerap menghubungi sekolah untuk dapatkan ‘update’,” katanya.

Malah katanya, pelajar yang dikuarantin juga tidak dipantau dengan rapi dan warden asrama hanya “menjenguk” keadaan pelajar sekali sehari.

Katanya, anaknya kini sudah dikuarantin di bilik isolasi selama 11 hari tanpa sebarang simptom, tetapi masih belum dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau berkata, kuarantin di sekolah dengan pemantauan longgar menjadi kebimbangan ibu bapa sepertinya.

“Daripada kuarantin dekat sekolah yang kurang pemantauan, baik dia kuarantin di rumah. Biar ibu bapa sendiri yang jaga. Ibu bapa dah maklumkan nak ambil anak untuk jaga, tapi sekolah tak benarkan.

“Anak (saya) maklumkan pemantauan tidak begitu ketat dan tiada yang mengawasi cuma pelajar tidak boleh keluar dari kawasan dorm,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan “membisu” pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat tepat kepada ibu bapa sehingga menimbulkan kerisauan dan prasangka tidak baik tentang tahap kesihatan anak-anak.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam komuniti sekolah selepas proses saringan dilakukan ke atas semua kakitangan dan pelajar sehingga 3 Dis.

Setakat ini, jumlah keseluruhan individu yang disaring sehingga jam 3 petang tadi adalah seramai 946 orang membabitkan 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas manakala jumlah kumulatif kes positif yang dikesan ialah 139 orang iaitu 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

Sementara itu, Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin selepas meninjau perkembangan sekolah berkenaan malam tadi, mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri berpunca daripada seorang guru di sekolah itu.



YEEEHAAA....AKU BEBAS KESANA KE SINI


 

TERKINI: (2 Dis) TIADA WARAN TANGKAP UNTUK ROSMAH, walau tak hadir court. Kalau rakyat biasa pasti akan kena. APA KOMEN ANDA?


VIDEO PENDEK ; LAWAN TETAP LAWAN


 

VIDEO PENDEK ; FUHHHH...HEBAT


 

UNTUNG JADI KAYANGAN...BANYAK FAEDAH DAPAT MACAM DALAM FILEM TAMILJANGAN LUPA BUAT KENDURI KESYUKURAN.


May be an image of 2 people, headscarf and text that says "malaysiakini Neelofa lepas kes langgar SOP di Nilai Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Neelofa terhadap pertuduhan melanggar SOP PB di kedai karpet di Nilai, Mei lalu. DECEMBER 1, 2021 AT 11:58 AM ULOFA @nilofa.hq nilofa."


Hello encik! Korang.boleh ketawa sekejap je tau. Sebab korang marhaen. Tengok kayangan. Dorang boleh ketawa selamanya. Jelas buat kesalahan pun boleh lepas. Pergh!

Apa kena mengena Neelofa mengandung dengan kesalahan yang dia buat? Lepas ni sesiapa yang buat salah, lekas-lekas mengandung sebelum perbicaraan supaya boleh dilepaskan.
Kalau seorang yang bela diri elak dirogol hingga penjenayah terbunuh boleh dihukum, kenapa yang langgar undang-undang pencegahan penyakit seperti ini boleh terlepas?
Nyata ada perbezaan layanan terhadap seorang yang berduit, yang berpengaruh dengan seorang marhaen. Adakah keseriusan dalam menegakkan undang-undang? Kalau marhaen disaman tanpa bicara. Kalau kayangan dibicarakan pun lepas.
Patutlah ada kayangan kata dia boleh ketawa untuk banyak tahun. Tapi tak. Allah Maha Adil. Ketawalah sepuasnya sekarang. Semoga boleh juga ketawa di hadapan Allah kelak.

REGA RUMAH MACAM TAK LIHAT PENDAPATAN RAKYAT

 


May be an image of text that says "VOCKET VOCKET 1d Johor sekali lagi muncul sebagai negeri dengan jumlah hartanah tidak terjual tertinggi di Malaysia di mana jumlahnya dilaporkan semakin meningkat berbanding tahun 2019 i THEVOCKET.COM Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia Dengan 6,509 Unit"



Johor negeri dengan jumlah hartanah tak terjual paling tinggi di Malaysia. Adakah ini bukti yang Johor mendapat layanan anak tiri oleh kerajaan pusat?

Sebenarnya sebab hartanah di Johor seperti rumah dan apartment, bukan dibuat untuk rakyat Johor. Bangunan-bangunan ini dibuat untuk orang luar negara.
Mana mungkin rakyat tempatan mampu beli rumah yang melampau mahal? Gaji dahlah kecil gila! Rumah-rumah ini, terutamanya di JB, dibina untuk warga luar seperti Singapura dan China.
Bila ada sekatan warga asing masuk Malaysia, maka hartanah sebegini tak lakulah. Nak harap rakyat sendiri beli mana mampu. Nak beli sayur pun perit.
Nasiblah rakyat Johor. Anak tiri kan... Tapi bukan anak tiri kerajaan pusat. Anak tiri kerajaan negeri sendiri. Tiada siapa peduli nasib rakyat Johor...

TAK RASA RUGIKAH, ADA PIMPINAN NAK BERTANDING SOLO. KANG RUGI TAK BOLEH TUBUH DEVELOBMENT ACTION PARTY

 



Seorang lagi wakil rakyat tinggalkan DAP Sabah?





Isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini menjadi antara punca ketidakpuasan hati, menurut Elopura Calvin Chong.

KOTA KINABALU: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang mewakili DAP mula memikirkan masa depannya dalam parti itu, kurang dua minggu selepas bekas pengerusi negerinya Jimmy Wong meletakkan jawatan.

ADUN Elopura Calvin Chong berkata, isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini, yang menyaksikan beliau dan beberapa wakil rakyat DAP lain tidak diundi ke jawatankuasa negeri, menjadi antara punca ketidakpuasan hatinya.

Chong yang mempertahankan kerusi Elopura untuk penggal kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu bagaimanapun tidak menyebut bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.

“Buat masa ini saya masih dengan DAP. Bagaimanapun, saya ingin melihat sama ada parti akan mengambil langkah bagi memperbetulkan isu terbabit dan sejauh mana jawatankuasa itu menunjukkan prestasi mereka,” katanya kepada FMT.

“Jika tiada tindakan dilakukan, saya perlu memikirkan langkah yang seterusnya.”

Wong, bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan wakil negeri, mengumumkan keluar DAP pada 22 Nov kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Selain Chong, beberapa lagi yang gagal dipilih semula ke dalam jawatankuasa negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin, ADUN Kepayan Jannie Lasimbang dan bekas Senator Adrian Lasimbang.

ADUN Tanjong Papat Frankie Poon dilantik sebagai pengerusi DAP Sabah.

Wong, yang pernah menyandang jawatan pembantu menteri dalam kerajaan pimpinan Warisan sebelum ini, mendakwa Poon mengabaikan “pemikir parti” yang telah lama berjuang untuk parti.

Katanya, beliau telah lama memendam kekecewaan terhadap kepimpinan negeri dan keputusan pemilihan itu adalah titik terakhir.

Poon dilaporkan menafikan bahawa wujudnya puak atau sebarang perpecahan dalam parti terbabit.

INILAH PEMIMPIN YANG TAK AMBIL TAHU HAL RAKYAT



 Isu yang rakyat suarakan, harga barangan yang meroket naik, kehidupan yang perit, ekonomi merudum, pengeluaran KWSP.

Isu yang kerajaan (PM dan pemimpin kerajaan), isu sekolah vernakular, penggunaan bahasa Malaysia dan.... Batik!
Wow... Ini contoh PM yang dikatakan berjaya lepasi dugaan getir. Kalau macam ni cara, memang tiada cahaya di hujung terowong...

Gabungan PKR-Amanah masuk akal, kata bekas ahli akademik

 


Gabungan PKR-Amanah masuk akal, kata bekas ahli akademik



Ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi, manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu, menurut ahli akademik.

PETALING JAYA: Gabungan antara PKR dan Amanah pasti memanfaatkan kedua-dua parti kerana mampu menarik undi orang Melayu luar bandar, kata seorang bekas ahli akademik.

Azmi Hassan bagaimanapun menambah ada kemungkinan perkara itu mendapat tindak balas negatif segelintir pemimpin PKR.

“Amanah mempunyai beberapa pemimpin yang boleh dipercayai seperti Dzulkefly Ahmad dan Raja Kamarul Bahrin yang mampu meraih sokongan pengundi luar bandar,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi, manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu.

“Jika mereka bergabung, Amanah dapat menarik pengundi luar bandar yang tidak meminati pandangan keagamaan ekstrem PAS. Sejak dua tahun lalu, pengundi Melayu luar bandar melihat PAS, yang menjadi sebahagian kerajaan, tidak mampu mentadbir negara,” katanya.

Semalam, Anwar mendedahkan ada cadangan supaya PKR dan Amanah bergabung, namun setakat ini belum ada perbincangan secara formal.

Azmi berkata, Umno tidak akan berasa senang dengan gabungan PKR-Amanah kerana ia mampu menggugat undian parti itu di kawasan luar bandar.

Katanya, gabungan seumpama itu adalah wajar kerana dapat mengukuhkan kedudukan PKR dalam menghadapi sebarang tekanan daripada DAP. Ia juga akan mengurangkan isu berkaitan pembahagian kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun beliau berkata, Anwar perlu bersedia untuk menghadapi tindak balas negatif pemimpin PKR yang mungkin bimbang Amanah akan mengaut kedudukan penting, contohnya jawatan timbalan atau naib presiden.

Oh Ei Sun dari Singapore Institute of International Affairs berkata, kedua-dua parti itu berdepan dilema sama dalam meyakinkan pengundi Melayu-Islam yang semakin konservatif untuk menyokong mereka.

Katanya, orang Melayu mempunyai pilihan antara Umno, PAS dan Bersatu di satu pihak, selain PKR yang liberal dan Amanah yang sederhana di pihak lain.

Beliau turut memberi amaran bahawa Anwar mungkin berdepan tindak balas negatif daripada penyokong bukan Melayu PKR, selain segelintir penyokong konservatif Amanah. Ini disebabkan ideologi berbeza dua parti berkenaan.

Sumber PKR memberitahu FMT bahawa gabungan seperti itu bagaimanapun mampu mengakibatkan perselisihan jika veteran parti yang menyokong Anwar sejak 1998 berasa diketepikan.

“Bagaimana dengan jawatan timbalan presiden? Adakah akan diberikan kepada veteran PKR atau pemimpin Amanah?” soalnya.

Tambahnya, keahlian Amanah kecil, manakala ahli Amanah dari beberapa cawangan di Kedah, Perak dan Johor telah menyertai PKR dalam tempoh setahun lalu.

Kata sumber itu lagi, wujud kebimbangan bahawa Amanah akan meminta kerusi boleh menang daripada PKR.

“Jika Amanah boleh menarik pengundi luar bandar, mereka tidak perlu bergabung dengan PKR. Jika mereka kuat, mereka boleh melakukannya sendiri.

“Gabungan berlaku apabila satu parti lemah dan di sini parti itu adalah Amanah. Adakah ia akan menerima gabungan itu tanpa membuat sebarang tuntutan?” soal sumber berkenaan.

PKR perlu mengadakan pemilihannya sebelum Mei 2023, namun desas-desus mengatakan pemilihan parti mungkin diawalkan ke tahun depan.

RENTASAN 1021 | GEMPAR!!! PRN SARAWAK: KINI PAS BANTAH KEPUTUSAN MAHIADDIN?

MENARIK DALAM RENTASAN 1021 1. HARGA BARANG NAIK, PERLU LANTIK PENASIHAT? SINDIR MP PH 2. PERIKATAN NASIONAL TERUS KUCHALANA 3. LEPAS TANGKAP, BILA NAK DAKWA? 4. ROGOL BUKAN SATU JENAKA








MENARIK DALAM RENTASAN 1021 1. HARGA BARANG NAIK, PERLU LANTIK PENASIHAT? SINDIR MP PH 2. PERIKATAN NASIONAL TERUS KUCHALANA 3. LEPAS TANGKAP, BILA NAK DAKWA? 4. ROGOL BUKAN SATU JENAKA

1BESTARINET - SPRM DAH SIASAT KE BELUM?



"Setelah PKR berada dalam situasi dan populariti yang tidak begitu menggalakkan pada waktu ini, terutamanya selepas natijah kekalahan PRN Melaka, saya merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi membawa perubahan. "Ada yang mengejek mengapakah saya menyertai parti yang kalah, malah presidennya diserang dari pelbagai sudut oleh lawan dan malah segelintir kawan juga.

HARGA BARANG NAIK, PERLU LANTIK PENASIHAT? SINDIR MP PH



Beliau menambah bahawa pihaknya akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas. Bagaimanapun, kata Nanta Linggi, isu kenaikan harga barang ketika ini bukan di bawah tanggungjawab kementeriannya sahaja.

NASIB LA ADA DALAM KERAJAAN MELAYU ISLE

 ASUWADI ASWAD


Duit ada pun belum tentu dapat beli minyak masak zaman kerajaan Melayu Islam jadi kerajaan...

Sebab itu nak jadi pemimpin ni kita kena pilih kebijaksanaan bukan sebab mereka ada gelaran Ustaz...Ulama.. saja..
Kecuali mereka di gelar ulama tapi bijak hal duniawi juga....



May be an image of text that says "HAD PEMBELIAN MINYAK PEK POLYBAG 1KG Terhad sebanyak tiga (3) unit untuk setiap pelanggan. Kerjasama phak sangat dihargal, Terima kasih."

(function() { var d = document, w = window; w

FILEM ANWAR TELAH SIAP SEPENUHNYA

 Filem berjudul "Anwar" telah selesai shooting di Jakarta minggu lepas. Akan ditayang awal tahun depan. Filem ini arahan Westi Viv...