MALAYSIA LAYAK KE SUKAN ASIA

 

4-1. Malaysia mengalahkan Bangladesh 4-1. Penjaga gol poyo tak beraksi malam ini. Tak ada jaringan poyo dari pihak lawan.


SCAMMER



MOHD SHAH RIM



Ada seorang Facebooker yang mengunakan gambar orang lain dan aktif digroup Kelantan dan Terengganu minta sumbangan dari pembaca..guna akaun nama Nur Zahida... Ni scammer.. harap berhati hati..


ISMAIL SABRI PERLU JADI BERANI, TAMATKAN POLEMIK TARIKH PRU DENGAN SEGERA!!

 

Ribut-ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan.

Yang peliknya, bukan saja parti-parti dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang seharusnya mereka itu bersatu hati tapi nampak terus berbalah tanpa henti-henti mengenainya, malah dalam UMNO sendiri juga tiada kata sepakat berkenaan dengannya.

Sementara UMNO sebagai sebuah parti dalam kerajaan telah membuat keretapan mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh, tetapi parti lain yang sama-sama dalam kerajaan, terutamanya Bersatu dan Pas, berpendirian sebaliknya.

Bersatu dan Pas berpendirian tiada keperluan Parlimen dibubarkan sekarang dan ia seeloknya dilakukan bila penggal Parlimen ini tamat tempoh iaitu Julai 2023.

Selain itu, walau diketahui UMNO telah membuat ketetapan mahu PRU15 disegerakan dan ia hendaklah diadakan lebih dahulu sebelum pemilihan parti melalui keputusan sebulat suara dalam PAU2021, kemudian disusuli dengan pindaan perlembagaan yang menetapkan perkara yang sama, seterusnya disemarakkan lagi dengan BN mengadakan konvensyennya, ketetapan itu bagaimanapun ternampak tidak dipatuhi oleh sebahagian pimpinannya sendiri.

Pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet dan diketahui tidak sebulu dengan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, secara umumnya menentang PRU awal serta mahu ia dilewatkan sehingga habis penggal.

Mereka juga sedang bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk meyakinkan Perdana Menteri supaya sependirian dan tidak goyah hati.

Pimpinan utama UMNO atau dikaitkan dengan gelaran kluster mahkamah pula terus menekan dan mengasak Ismail Sabri agar akur kepada ketetapan parti, dengan sandaran utama yang dicanangkan ialah mood rakyat didakwa sedang memihak kepada BN ketika ini.

Kebelakangan ini pula, perdebatan antara UMNO dengan Pas mengenai sama ada PRU perlu diawalkan atau dilewatkan tambah hangat memenuhi dada media dan dinding media sosial.

Selain UMNO berbalah sesama sendiri dan UMNO juga berbalah dengan parti-parti yang sama-sama menyokong kerajaan, tetapi perbalahan dengan Pas akhir-akhir ini nampaknya begitu serius, termasuk ada yang mendakwa Zahid Hamidi mahu PRU segera kerana dikatakan takut masuk penjara serta UMNO juga sebagai gila kuasa.

Perbalahan yang berterusan dan sehingga menyentuh hal-hal sensitif itu memberi petunjuk bahawa UMNO dan Pas memang tidak boleh berbaik dan seperti ditakdirkan akan berkelahi sampai ke mati.

Seperti mana kita sedia maklum, sama ada PRU mahu diawal atau dilewatkan, ia adalah hak Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Sedemikian itu, berterusan berbalah mengenai tarikh PRU yang mana ia sebenarnya bukan bidang kuasa mana-mana pihak yang berbalah itu untuk masuk campur, selain Perdana Menteri yang ada hak mengenainya, tetapi tidak pula dinafikan yang akhirnya menerima kesan dan dipandang tidak cantik di sebalik perdebatan yang berpanjangan ialah Perdana Menteri sendiri.

Selama ini banyak, sama ada di dalam UMNO atau di luar UMNO melihat Ismail Sabri tiada pendirian yang benar-benar jitu berkenaan penentuan tarikh PRU.

Kenyataan beliau dilihat sering berubah mengikut pentas di mana beliau berdiri dan ia sudah tentu menjadi satu sebab polemik itu terus berpanjangan sehingga sekarang.

Di atas pentas UMNO, selaku Naib Presiden parti, antara kata-katanya sebelum ini ialah beliau akan berbincang segera dengan “Top Five” kepimpinan UMNO berkenaan tarikh PRU15 serta tidak akan melewatkan walau sesaat pun jika jentera parti telah bersiap sedia.

Kenyataan seperti di atas memperlihatkan beliau benar-benar akur dengan kehendak parti dan sedia memenuhinya, cuma sudahkah ada perbincangan dengan “Top Five” dan kenapa setelah beribu minit berlalu, masih tiada juga ternampak bayang Parlimen akan dibubarkan?

Tetapi, di luar UMNO beliau menyebut, kuasa menentukan pembubaran Parlimen bukan hanya terletak di tangan Perdana Menteri secara individu, tetapi secara kolektif melalui persetujuan kabinet.

Kemudian, beliau juga menyatakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan PRU15 kerana rakyat sedang susah, harga barang mahal dan inflasi kian meninggi.

Minggu lalu pula, beliau berkata, di sebalik mandat ada padanya untuk menasihati Agong, kuasa sebenar berkenaan pembubaran Parlimen adalah di tangan baginda.

Ini kerana katanya, Agong boleh tidak bersetuju berkenaan pembubaran Parlimen yang dicadangkannya.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza nada itu dengan sendirinya merangsang polemik terus berpanjangan dengan masing-masing jadi kreafif mengeluarkan kenyataan dan memberi alasan.

Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sebenarnya boleh bertindak menamatkan polemik berkenaan tarikh PRU15 ini daripada terus diperkata, apalagi berpanjangan tanpa kesudahan.

Meski Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan memegang jawatan Presiden UMNO sebagaimana semua Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini, tambahan lagi fokus kerajaan ketika ini ialah untuk memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, inilah masa yang sesuai untuk beliau segera menunjukkan ketegasannya.

Dalam hal ini, kalau pun tidak cukup berani mengatakan Parlimen hanya akan dibubar tahun depan atau sehingga tarikh penggal Parlimen berakhir, memadai dengan berpendirian tegas bahawa PRU15 tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini selagi isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak berjaya diatasi sebaiknya serta dalam masa yang sama meminta UMNO iaitu partinya sendiri, menghentikan segera desakan agar Parlimen dibubarkan secepat mungkin.

Kalau sebelum ini beliau pernah mengatakan, PRU15 tidak akan dilewatkan walau sesaat sekali pun, apa salahnya pula jika beliau berpendirian lebih baik ia dilewatkan berdasarkan situasi semasa negara sambil menggesa semua pihak melupakan hal-hal politik, sebaliknya menumpukan kepada masa depan rakyat dan negara terlebih dahulu?

Tidak perlu lagi untuk beliau menunjukkan nada keinginan yang tidak sama ketika di pentas yang berbeza.

Jika ini dapat dilakukan, percayalah, Ismail Sabri mampu mendapat lebih kepercayaan daripada rakyat kerana beliau akan dilihat sebagai ketua kerajaan yang tidak tunduk kepada nafsu pemimpin dan kehendak partinya sendiri, tetapi benar-benar mengutamakan kehendak rakyat yang belum begitu gembira untuk keluar mengundi dalam PRU.

Beranikah Ismail Sabri?. – ShahbudinHusin 14/06/2022.


Rayuan Umno batal saman SRC International ditolak

 


Panel tiga hakim bersidang mendapati tiada merit dalam rayuan Umno
 dan memutuskan kes saman difailkan SRC bukan kes jelas untuk
 diputuskan melalui permohonan pembatalan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Umno membatalkan saman difailkan SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya untuk menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti itu.

Panel tiga hakim terdiri Hadhariah Syed Ismail, Abu Bakar Jais dan Mariana Yahya, mendapati tiada merit dalam rayuan Umno.“Ini bukanlah suatu kes yang jelas serta sesuai untuk diputuskan melalui permohonan pembatalan,” kata Hadhariah yang mengetuai panel itu.

Beliau mengatakan, bahawa terdapat beberapa isu ditimbulkan dalam pliding yang difailkan termasuk isu pelanggaran tanggungjawab fidisuari, pelanggaran amanah, penyalahgunaan duit amanah dan tindakan frod terhadap duit amanah yang hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh di mahkamah.

“Kesemua responden (SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd) memohon hak mereka untuk didengar,” katanya sambil menambah jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan, pasti ada cara untuk membetulkannya semula.

Hadhariah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, pada 10 Nov tahun lalu, yang menolak permohonan Umno membatalkan saman itu.

Panel itu juga membatalkan rayuan Umno terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan SRC International dan anak syarikatnya untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan mereka selepas peguam yang mewakili Umno, Shahrul Fazli Kamaruzaman, memberitahu mahkamah mengenai penarikan balik rayuan berhubung keputusan itu.

Panel hakim itu mendengar rayuan tersebut melalui dalam talian.

Dalam writ samannya, SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.

Syarikat itu pada mulanya memfailkan saman itu dengan menamakan Umno yang disaman melalui presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, selaku defendan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan syarikat itu untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan menggantikan Zahid dan Ahmad dengan Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan.

Pada 10 Mei 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei 2021 iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Peguam Nur Syafinaz Vani Abdullah mewakili SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran.

KEH..KEH...CITA CITA TETAP ADA WALAU KUDRAT NYAWA NYAWA IKAN

 

Walau tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’, Bersatu ‘licik’ mahu Muhyiddin jadi PM lagi, kata Razlan





Ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii berkata, gerakan ‘licik’ Bersatu menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik tidak stabil.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata, tindakan Bersatu yang mahu menjatuhkan kerajaan sekali lagi walaupun parti itu kini tinggal “nyawa-nyawa ikan” bukan sesuatu mengejutkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii juga menyifatkan Bersatu sebagai “licik” dengan beberapa gerakan mahu menjadikan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekali lagi.

Razlan berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu boleh menafikan gerakan tukar perdana menteri, tetapi apa dibangkitkan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin berjumpa beliau dan meminta sokongan untuk menjadi perdana menteri, tidak boleh disangkal lagi.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Presiden Warisan Shafie Apdal, membongkarkan perjumpaan dan permintaan Muhyiddin untuk mendapat sokongan Warisan supaya beliau dilantik semula menjadi perdana menteri.

“Gerakan licik Bersatu ini menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik yang tidak stabil, pertembungan keputusan dan sekali lagi akan memaksa istana campur tangan.

“Dalam kalangan pimpinan Bersatu kononnya mereka menempelak tidak mahu pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat dan meletakkan sasaran kepada Umno, tetapi mereka mencatur untuk merampas kuasa sekali lagi. Sungguh licik permainan politik mereka,” katanya kepada FMT.

Semalam, Faizal berkata soal kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ada 8 Jun lalu.

Faizal berkata, perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, parti itu masih kekal menyokong Ismail sebagai perdana menteri dan sedia membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Terdahulu, laporan media yang memetik sumber mendakwa bahawa mesyuarat MPT Bersatu pada 8 Jun lalu antara lain membincangkan mengenai kedudukan Ismail sebagai perdana menteri sekiranya parti itu mendapat sokongan daripada Pejuang, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) tanpa melalui pilihan raya.


KEH...KEH....CAP AYAM-CUBA HANG PEE TONTON KAT STADIUM..AGAK AGAK ADA KA TIDAK RAKYAT NAK SAMBUT HANG...


 

ART OF THE PARK- DI ISLAND GLADES

 "Arts speaks the soul of it's culture" - Abby willowroot.

Pejabat ADUN Seri Delima dengan kerjasama MyPenang Creative, Musium & Galeri Tungku Fauziah, MPKK Island Glades, Nasi Bang GIE akan mengadakan sebuah program "Arts In The Park "di Taman Kejiranan Karpal Singh Island Glades!!! Pelbagai acara akan diadakan dan jom ramai ramai hadir santai petang Sabtu sambil hayati keindahan seni!!!!
May be an image of text that says "PEJABAT ADUN SERI DELIMA PRESENTS ARTS INTTHE THE PARK 不 ART.MUSIC.CULTURE MUSIC OPEN WALL CANVAS BUSKING PENGLIPUR LARA DRUM CIRCLE BATIK PRINTING 2 JULY 2PM-6PM TAMAN KERJIRANAN KARPAL SINGH ISLAND GLADES IN COLLABORATION WITH: MYSERI DELIMA MyPC MyPenang Creative MUZIUM&GALER SYERLEENA.ABDRASHID UNIVERSIT BE SYERLEENA"

LAGI KUTUKAN HAMPUT UNTUK PAK MENTERI




W,FAUDZIN

Bodoh punya alasan menteri sukan. Sorakan penonton yg menyokong jadi punca kita kalah kepada Bahrain ? Kalau mcm tu, suruh pemain main dlm stadium kosong. Ini bukan menyaksikan pengkebumian, ini sukan bola sepak. Pemain lagi mahu lebih ramai penonton utk berikan semangat, tapi menteri kaki bangku ini lain pulak difikirnya. Sebelum ini, ramai penonton yang hadir memenuhi stadium dan kita boleh menang bahkan berhadapan puluhan ribu penyokong di tempat lawan, contohnya di Indonesia dan kita mampu menang.

Mungkin dia mahu alih perhatian orang ramai yg mengecam tentang mutu padang stadium nasional bukit jalil yg amat memalukan. Ini masalah melantik menteri yang tidak tahu buat kerja, asyik salahkan orang lain.

 

GST BAIK UNTUK SIAPA ?

 


GST baik untuk dilaksanakan, kata pensyarah ekonomi. Sudah tentu berkata begitu kerana dia seorang pensyarah ekonomi. Tetapi bukanlah saja kerana dia pandai hal ekonomi, tapi kerana gajinya puluhan ribu ringgit sebulan.

Kalau gajinya cuma RM1,200 sebulan, walaupun dia pensyarah ekonomi, aku amat yakin cakapnya akan berubah nada. Kerana dia pasti tahu berapa banyak kenaikan harga barangan akan berlaku sekiranya GST dilaksanakan semula.

Aku simpati dengan rakyat Malaysia. Dalam negara kita ini terdapat ramai pakar. Sayangnya pakar yang utamakan hal rakyat miskin tak pula ramai. Rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang. Tapi siapa yang kisah? Guane boh?


Raja Gelap

GANTI TIANG LAMPU RM150K SEBATANG, KONTRAK BOLEH DISUBCON?


PRU 15 SEGERA, BN BUKAN BOLEH MENANG BESAR PUN


WOIII....BAJU RAYA TAK AMBIK






 

INNALILLAH

 Insan yang berusaha hingga terciptanya ITM dan kini dikenali sebagai UiTM dengan izin Allah.

Beliaulah arkitek penubuhan ITM/UiTM.
Berjuta graduan UiTM hari ini mudah-mudahan menjadi sungai yang mengalir untuk hambaNya ini.
Saya alumni UiTM dari Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Untuk semua alumni UiTM, kita berada di kedudukan hari ini dengan izin Allah atas jasa hambaNya ini.
Al Fatihah untuk Tun Arshad Ayub dan Salam Takziah untuk seluruh ahli keluarganya.
“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”
Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954)
Semoga syurga untuk mu, Tun Arshad Ayub.
May be an image of 1 person and text

HAMID GURKHA KEMBALI KE RAHMATULLAH

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali"
Dukacita dimaklumkan bahawa Seniman Negara Pak Hamid Gurkha baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Jenazah masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Bersama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Pak Hamid.
Al-Fatihah
May be a close-up of 1 person and standing

(function() { var d = document, w = window; w

AMBOI NUSI...TAK PATUT HANG KATA KE BANG KHAI...DIA BALIK DARI TURKEY BERAPA BILLION WALAUN DOK KATA....DIA BAGI TAU YANG BETOI....TAU LA PARTI HANG NAK PELUK BERSATU DALAM PN- UMNO CERAI HANGPA DAH....

  Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu Nora Mahpar  - August 9, 2022  Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairu...